bahagian 1 gaya hidup sihat

2
UNIT 8 : GAYA HIDUP SIHAT Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Aktiviti riadah Pemeriksaandoktor Gaya hidup sihat Pemakanan yang seimbang CONTOH KARANGAN BERPANDU Marcapada, sering kita lihat di media-media massa akan perihal kesihatan yang kini diambil ringan oleh masyarakat. Rakyat Malaysia masih tiada kesedaran walaupun pihak kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit untuk menyedarkan mereka supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini tidak begitu sukar untuk diamalkan serta tidak menggunakan kos yang mahal.

Upload: wanizzahwanshamshudin

Post on 20-Jul-2015

1.077 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian 1 gaya hidup sihat

UNIT 8 : GAYA HIDUP SIHAT

Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Aktiviti riadah Pemeriksaandoktor

Gaya hidup sihat

Pemakanan yang seimbang

CONTOH KARANGAN BERPANDU

Marcapada, sering kita lihat di media-media massa akan perihal kesihatan yang kini diambil ringan oleh masyarakat. Rakyat Malaysia masih tiada kesedaran walaupun pihak kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit untuk menyedarkan mereka supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ini tidak begitu sukar untuk diamalkan serta tidak menggunakan kos yang mahal.

Page 2: Bahagian 1 gaya hidup sihat

Antara cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat ialah kita harus melakukan aktiviti riadah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Faedah apabila aktiviti riadah dilakukan ialah kita dapat mengeluarkan toksik-toksik di dalam badan melalui peluh. Hal ini menjadikan kita menjadi lebih bertenaga dan kelihatan segar. Oleh itu, cubalah mengajak ahli keluarga untuk beriadah. Di samping dapat menjaga kesihatan, kita juga turut dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Selanjutnya, kita boleh melakukan pemeriksaan doktor dua kali setahun untuk memeriksa tahap kesihatan kita. Kos untuk melakukan pemeriksaan kesihatan tidak begitu mahal berbanding dengan kos rawatan penyakit. Oleh itu, kita harus melakukan pemeriksaan doktor untuk mengetahui kondisi badan kita serta melakukan langkah pencegahan awal jika mempunyai tanda-tanda awal penyakit.

Tambahan lagi, masyarakat Malaysia perlu mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang supaya masalah obesiti di negara kita dapat dikurangkan. Oleh hal yang demikian, masyarakat yang obesiti perlu mengawal pemakanan mereka. Janganlah hendak bertindak apabila kita telah mendapat penyakit, bak kata pepatah sudah terhantuk baru nak tengadah.

Konklusinya, masyarakat haruslah mengamalkan gaya hidup sihat untuk memastikan kesihatan mereka tidak terjejas. Sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, pelbagai masalah dapat dikurangkan sekaligus mampu menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang kurang mempunyai masalah penyakit-penyakit kronik.

(248 patah perkataan)

KOSA KATA MENARIK

Marcapada - Dewasa

Kondisi - Keadaan

Konklusi - Apa yang dapat disimpulkan

Obesiti - Kegemukan