bagaimana mengaplikasikan teori kreativiti fisher di dalam kelas

Upload: fakhriyah-said

Post on 15-Oct-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    Kreativiti Fisher

    1. PENGENALAN

    Definisi kreativiti mengikut Blog akuseorangpensyarah, maksud perkataan Latincreareialah

    membuat dan dalam perkataan Greek, creare bermaksud memenuhi. Manakala dalam Kamus

    Dewan(2002) definisi kreativiti ialah kemampuan mencipta daya kreatif.

    Manakala menurut tokoh-tokoh ilmuan seperti Majaro (1992), kreativiti sebagai satu proses

    pemikiran yang mendorong dalam mengenalisikan idea baru. Oldham dan Cumming

    (1996)pula, menyatakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau

    prosedur menghasilkan idea baru. Begitu juga pendapat Nystrom (1979) , kreativiti sebagai

    penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.Semasa Seminar Pendidikan Seni oleh Encik Mat Desa b. Mat Radzi dari Pusat

    Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa manusia ini boleh

    menjadi kreatif apabila ditimpa musibah. Musibah barangkali menjadi masalah. Masalah pula

    boleh menjadi peluang. Manakala, peluang pula bisa menjadikan manusia itu berfikir. Menurut

    beliau lagi, berfikir yang kreatif dan positif boleh menyelesaikan musibah itu tadi. Pastinya ianya

    dapat menaikkan martabat otak manusia. Beliau juga menyebut bahawa manusia yang paling

    kreatif di dalam dunia ini ialah Nabi Muhamad SAW.Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa kreativiti ialah sesuatu anugerah yang boleh dicapai

    oleh seseorang di bawah sedar dan dengan kesedaran bahawa otak mampu melahirkan satu

    citpaan atau idea baru yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini. Sungguh kagum dengan

    kebolehan pencipta lagu, pelukis, pencipta filem, penulis buku, pencipta otomobil dan

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    sebagainya yang begitu kreatif. Mampukah kita sebagai guru membentuk satu generasi yang

    berkebolehan dan kreatif.Sebenarnya, melalui Pendidikan Seni Visual kita sebagai guru mampu membentuk murid

    yang kreatif dan berdaya saing. Langkah pertama ialah seseorang guru itu perlu ada ilmu dan

    kemahiran seni. Maka dengan itu bolehlah diterapkan kepada murid. Murid dapat

    mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran. Murid akan memaksa otaknya untuk menghasilkan

    sesuatu perkara yang baru dan akhirnya sungguh menakjubkan sekali hasil seni mereka.

    2. 5 TAHAP PEMIKIRAN KREATIF OLEH FISHER

    Kita akan membincangkan tentang pemikiran kreatif oleh Fisher. Sebelum itu marilah kita

    mengenali beliau secara sepintas lalu. Namanya ialah Robert Fisher. Beliau merupakan seorang

    guru, penyelidik dan penulis mengenai cara dan teknik mengajar berfikir dengan secara

    kreatif. Beliau mendapat PhD dalam penyelidikan tentang Philosophy of Children di Universiti

    Brunel. Semasa itu beliau menjadi pensyarah pendidikan.Buku-bukunya termasuklah Teaching Children to Think, Teaching Children to Learn,

    Teaching Thinking, Stories for Thinking,Poems for Thinking, Values for ThinkingdanGames for

    Thinking. Beliau adalah seorang consultant kepada beberapa projek pemikiran kreatif di

    negarannya dan di peringkat antarabangsa. Laman web mengenainya

    ialahhttp://www.teachingthinking.net/thinking/pages/robert_fisher_webresources.htmFoto : Robert Fisher

    http://www.teachingthinking.net/thinking/pages/robert_fisher_webresources.htmhttp://www.teachingthinking.net/thinking/pages/robert_fisher_webresources.htmhttp://www.teachingthinking.net/thinking/pages/robert_fisher_webresources.htm
  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    Terdapat 5 tahap pemikiran kreatif yang dikemukakan oleh beliau iaitu :

    2.1 PERINGKAT RANGSANGANPeringkat ransangan mengikut Fisher, dalam Buku HBA3503 Perkembangan Seni dan Kanak-

    kanak dalam Bab 5, Kreativiti dan Kanak-kanak ialah pemikiran kreatif dirangsang dengan

    pelbagai soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu merangsang

    minda murid dengan pelbagai soalan kritikal. Guru mestilah dapat membantu murid untuk

    berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid pada sesuatu isu atau

    perkara.

    Sebenarnya dengan mengemukan soalan yang kritikal boleh mendorong perasaan ingin

    tahu murid. Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Soalan

    kritikal adalah soalan demi soalan diberikan untuk membantu mencari jawapan pada sesuatu

    perkara. Sekarang ni dalam EMK (Elemen Merentas Kurikulum) adanya penambahan elemen

    kretiviti dan Inovasi. Oleh itu, Pembelajaran dan Pengajaran perlu ada soalan `Menaakul` iaitu

    soalan yang mencapah dan mampu menjana minda murid supaya lebih kreatif dan berinvovasi.

    Soalan menaakul adalah sama dengan soalan kritikal.

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    Dalam sistem pendidikan sekarang, amat ditekankan dengan kemahiran berfikir secara

    kreatif. Guru-guru perlu mahir dalam membina soalan yang boleh menjana kreativiti murid.

    Soalan yang betul, tepat laras bahasa boleh menarik minat murid untuk mencipta idea

    baru. Merujuk pada Pendidikan Seni, pelbagai soalan rangsangan boleh dibentuk oleh guru

    secara rentetan dari soalan guru dan jawapan murid itu sendiri. Soalan demi soalan dibina dari

    jawapan murid itu supaya murid dapat menjana minda.,

    Contohnya, semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran( P dan P ) :Bidang : Menggambar - catan

    Tajuk : Buah ManggisTema : Ciptaan TuhanUnsur seni : Garisan, Rupa, Bentuk, warna( primer dan skunder) dan ruangPrinsip Rekaan : Harmoni, imbangan, kontra

    Foto : Lakaran Foto : CatanSoalan yang boleh digunakan untuk menarik perhatian semasa berkarya ialah seperti berikut : (

    perlu menitik beratkan Bahasa Seni )

    1. Apakah warna pada kulit buah manggis? (Jawapan betul: ungu)

    2. Apakah warna pada kelopak dan tampuk pada buah manggis? (Jawapan Betul : hijau)

    3. Warna ungu berada di dalam kumpulan warna apa?( Jawapan betul: skunder)

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    4. Apakah campuran warna yang perlu dicampur untuk menghasilkan warna ungu? ( Merah dan

    biru dalam nisbah yang sama banyak)

    5. Bagaimana untuk menghasilkan warna ungu seperti yang terdapat pada buah manggis?

    6. Apakah rupa dan bentuk buah manggis? ( bulat )

    7. Semasa menghasilkan catan apakah bahan dan alatan yang sesuai digunakan?

    8. Apakah kedudukan dan saiz buah manggis yang sesuai dilakarkan di atas kertas lukisan? (

    soalan ini melibatkan pengetahuan ruang)

    9. Bagaimanakah cara untuk menghasilkan buah manggis kelihatan timbul dan seolah-olah seperti

    buah manggis yang betul?

    Melalui jawapan yang diberikan oleh murid , diharapkan murid dapat menjana minda mereka

    dalam menghasilkan catan buah manggis yang menarik, unsur seni yang betul dan prinsip rekaan

    yang tepat. Murid itu sendiri dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka

    sendiri. Kemungkinan mereka telah belajar tentang warna dan kumpulan warna pada masa yang

    lepas atau pada P dan P yang lalu.

    Kesan soalan yang baik dan berkesan boleh memupuk sifat ingin tahu murid. Murid juga lebih

    menghargai alam. Sebenarnya kesan yang ketara ialah selepas ini murid akan lebih memerhati

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    sesuatu perkara, benda, alam dan apa sahaja di sekitar mereka dengan lebih

    terperinci. Bagaimana cantiknya ciptaan Tuhan. Kemungkinan sebelum ini semua itu tidak

    diperdulikan. Pada masa akan datang murid akan mula menghargai alam disekitar mereka.

    2.2 PERINGKAT PENEROKAANPada peringkat ini, soalan yang dikemukakan oleh guru cuba dijawab oleh murid. Guru perlu

    memberi peluang dan masa kepada murid untuk menjawab soalan yang diberi. Satu kesilapn

    yang dilakukan oleh guru ialah guru selalu memberi jawapan bila murid tidak menjawab

    soalan. Berikan murid ruang masa yang secukupnya. Ruang masa boleh membantu mereka

    mengingati semula apa yang telah dipelajari secara langsung dan tidak langsung.Seperti di atas, soalan-soalan dikemukakan kepada murid dan murid cuba menjawabnya. Guru

    boleh bertanya secara individu atau secara kumpulan ataupun secara kelas. Jawapan itu nanti

    boleh dijadikan pendoman untuk berkarya. Semasa berkarya nanti murid boleh menjadikan

    soalan dan jawapan sebagai panduan semasa melakukan aktiviti. Jawapan dari rakan juga boleh

    memberikan idea kepada murid lain. Pada peringkat ini murid mula meneroka unsur seni dan

    prinsip rekaan secara tidak disedari oleh murid. Pada peringkat sekolah rendah murid hanya

    didedahkan secara tidak langsung tentang unsur seni dan prinsip rekaan tetapi pelajar di sekolah

    menengah diberi secara formal dan mereka juga menjalani peperiksaan.

    Pada peringkat penerokaan ini murid, semasa sesi bersoaljawab murid sudah dapat menjana

    minda mereka untuk bersikap lebih terbuka. Minda mereka tidak lagi tertutup tetapi terbuka

    sepenuhnya. Murid-murid yang kreatif boleh memerhati contoh-contoh catan yang dibawa oleh

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    guru atau pun berkhayal/berfikir untuk mendapatkan hasil karya yang menarik. Dalam seni

    visual meniru pada peringkat permulaan adalah amat baik dan selepas itu murid akan cuba

    melakukan sesuatu yang baru pula tanpa bergantung kepada peniruan.Selain dari soalan guru juga boleh membawa Alat Bantu Belajar seperti benda maujud, contoh-

    contoh karya, tayangan video dan apa sahaja yang difikirkan perlu. Contoh-contoh karya yang

    diases dari internet boleh digunakan oleh guru. Contoh-contoh karya dari pengkarya seni

    terkenal juga boleh dijadikan panduan. Bahan seperti ini dan soalan yang dikemukakan dapat

    memudahkan murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.Soalan yang diberi oleh murid mestilah menjana minda murid supaya mampu menggunakan

    media dan teknik yang betul semasa berkarya. Murid tidak lagi terikat dengan arahan guru

    semata-mata. Ini boleh melahirkan idea yang kreatif dan baru. Implikasi yang akan dilihat ialah

    murid dapat mengenal pasti serta memahami teknik yang akan digunakan semasa berkarya kelak.

    2.3 PERINGKAT PERANCANGANPeringkat perancangan adalah peringkat ke 3 mengikut Fisher ialah peringkat menggalakkan

    pemikiran kreatif. Peringkat ini adalah untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan

    merekodkan segala kemungkinan. Menurut Buku HBA Perkembangan Seni dan Kanak-kanak,

    pada peringkat ini aktiviti akan dilakukan secara dua peringkat iaitu :

    1. Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian , interaksi dan

    sebagainya.2. Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    Dalam kelas semasa sesi Pembelajaran dan Pengajaran, terutamanya kelas seni visual

    terdapat 4 Standard kandungan iaitu Persepsi Estetik, Aplikasi Seni, Ekspresi kreatif dan

    Apresiasi seni. Dalam kes ini iaitu perancangan secara verbal iaitu melalui perbincangan,

    pemerhatian dan interaksi berlaku semasa proses Apl ikasi Seni. Biasanya berlaku pemerhatian

    dan perbincangan dahulu sebelum murid memulakan aktiviti berkarya. Murid berbincang dengan

    rakan serta guru seperti apakah bentuk dan rupa buah manggis. Apakah warna yang sesuai.

    Kedudukan atau ruang yang sesuai.Semasa proses Aplikasi Seni juga berlaku perancangan secara visual iaitu murid meneliti gambar

    yang dipamerkan atau kemungkinan guru boleh menayangkan video serta slaid bagi membantu

    murid berkarya secara lebih kreatif dan inovatif.Pendidikan Seni visual adalah merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh

    dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Murid yang didedahkan dengan Pendidikan

    Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain

    terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi

    visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela.Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep

    atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi peringkat

    perancangan ini.

    2.4 PERINGKAT AKTIVITIPeringkat ini ialah peringkat Aktiviti iaitu mengikut Fisher, peringkat ini seseorang itu mendapat

    pemikiran kreatif bermula dengan set idea yang baru. Semasa ini mereka akan merencanakan

    segala aktiviti. Proses merencanakan ini dibantu oleh persoalan-persoalan. Persoalan seperti

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    apakah alatan yang akan digunakan?. Bagaimanakah cara atau teknik atau proses yang sesuai

    untuk digunakan semasa melakukan aktiviti?

    Beri murid tempoh masa yang yang sesuai untuk melakukan aktiviti. Ini kerana dia sudah

    merancang satu set idea dan perlu melalui satu peringkat ke peringkat yang seterusnya. Lagi

    pun, masa berkarya inilah mereka cuba bereksperimentasi atau meneroka mencari kepuasan diri.

    Semasa inilah mereka menyatakan apa yang dirasakan, difikirkan dan dilihat. Imaginasi dalam

    kotak fikiran kanak-kanak ini dapat menghasilkan karya yang terbaik dari mereka.Pada peringkat ini, guru perlu membantu murid menggunakan alatan dan bahan dengan teknik

    yang betul. Apatah lagi jika itulah sesi yang pertama murid menggunakan alatan dan bahan

    berkenaan. Contohnya, kertas lukisan mestilah digunakan pada sebelah kertas yang lebih licin

    dan permukaan yang kasar untuk sebelah belakang. Beritahu murid bahawa berus yang besar

    adalah untuk kegunaan kawasan yang luas atau objek yang lebih besar manakala berus yang

    kecil adalah untuk objek kecil atau garisan. Semasa ini juga, murid boleh dibimbing

    membancuh warna dengan nisbah yang betul bagi mendapatkan warna yang sepatutnya.

    Selain itu pada masa ini, murid akan mencuba alatan dan bahan yang dibincangkan sebelum

    ini. Kekadangan dengan kreativiti yang ada pada murid, murid itu sendiri boleh mencuba alatan

    dan bahan yang lain. Sebagai contohnya, semasa menghasilkan catan Buah Manggis. Murid

    akan melakarkan dahulu buah manggis dengan menentukan kedudukan buah manggis yang perlu

    dilukis. Prinsip ruang mestilah diambil kira. Oleh itu, semasa peringkat rangsangan guru perlu

    bijak memberikan soalan supaya prinsip ruang ini boleh diaplikasi di dalam karya semasa

    peringkat aktiviti ini. Selepas itu, berikan kebebasan untuk berkarya dalam keadaan

    terkawal. Bermaksud guru perlu mengawal aktiviti berkarya supaya murid lebih berdisplin.

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    Semasa berkarya, tekankan tentang pentingnya berkerjasama dan menghormati keputusan

    rakan. Kebanyakkan peralatan dan bahan harus dikongsi bersama dalam kumpulan. Semasa ini,

    murid perlu sentiasa menghormati rakan. Tidak berebut-rebut semasa mengambil alatan dan

    bahan. Sentiasa berdisplin dan tertib dalam karya. Ini juga dapat mengelakkan dari murid

    membuat comot pada lukisan sendiri dan rakan. Murid juga dapat mengelakan diri dari berlaku

    kemalangan kecil yang boleh mengotorkan pakaian rakan dan luka yang kecil. Sekiranya ianya model atau dalam bidang membentuk dan membuat binaan memerlukan

    peralatan seperti gunting dan pembaris. Pastikan murid dapat menggunakan peralatan dengan

    cermat. Elakkan menggunakan pisau atau cutterdanpembaris besi jika murid sekolah rendah.

    2.5 KAJIAN SEMULAPada peringkat ini, satu peringkat di mana ianya menilai keberkesanan tindakan yang telah

    diambil sebelum ini bagi proses penambahbaikan selain melihat samada objektif kerja dapat

    dicapai atau tidak. Dalam Pendidikan Dunia Seni Visual bagi tahap 1 di sekolah rendah ianya

    melibatkan sesi apresiasi seni. Apresiasi seni menurut Zakaria Ali (1989) iaah satu latihan yang

    melibatkan deria pandang dan deria sentuh kita. Manakala mengikut T.S.Elliot ( terjemahan

    Wong Seng Tong 1911), kritikan seni ialah mengupas dan menghuraikan karya-karya seni

    dengan menggunakan tulisan atau tujuan berdasarnya adalah menjelaskan karya-karya seni

    sementara mengawal selera pembaca.

    Menurut Salawati Hj Abdul Wahab, dalam Buku Apresiasi dan Kritikan Seni, seseorang itu perlu

    ada beberapa kritera asas mengkritik dan menghayati seni seperti pengetahuan tentang warna,

    ruang komposisi, tema, imbangan dan struktur.

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    Oleh kerana itu, murid perlu didedahkan tentang Bahasa Seni ini secara tidak langsung bagi

    memudahkan guru menjalani sesi apresiasi ini. Murid sekolah rendah hanya perlu didedahkan

    secara tidak langsung tentang Bahasa Seni atau dulu dipanggil dengan Asas Seni Reka. Guru

    boleh memperkenalkan tentang kumpulan warna sehingga warna perimer dan warna sekunder.

    Murid tidak perlu hingga terpaksa menyalin nota.

    Apabila murid sudah mahir secara asas tentang Bahasa Seni maka mudahlah sesi Apresiasi

    dijalankan. Bagaimana sesi ini boleh dijalankan? Ada pelbagai teknik untuk menjalankan sesi

    ini. Antaranya ialah murid mempamerkan karya yang dihasilkan dan murid itu menceritakan

    sendiri apa sahaja . Mungkin tentang media yang digunakan, teknik yang digunakan atau cerita

    disebalik hasil karya tersebut.

    Murid boleh juga menceritakan tentang idea yang diperolehi dan langkah-langkah yang

    dilakukannya. Biasanya akan berlaku murid meniru rakan-rakan bercerita semasa sesi ini. Guru

    boleh bertindak dengan bertanyakan soalan yang boleh membina motivasi positif dalam

    diri. Guru sebenarnya mampu melihat kemampuan murid itu. Guru juga boleh melihat teknik

    yang digunakan adakah bersesuaian untuk menghasilkan karya.

    Teknik yang seterusnya ialah sesi menghargai hasil karya rakan mereka sendiri. Rakan-rakan di

    dalam kelas boleh memberikan komen tentang karya mengikut apa yang mereka rasa dan

    lihat. Jika murid diberi pengetahuan tentang Bahasa Seni akan berlakulah sesi apresiasi yang

    diinginkan oleh guru. Murid tidak akan menghentam rakan mereka malahan dapat membantu

    membaiki karya rakan itu sendiri. Objektif sesi apresiasi akan tercapai dengan baik sekali.

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    Selain dari itu, semasa sesi ini murid juga dapat mempelajari tentang sejarah seni dan budaya

    masyakarat. Murid akan lebih menghargai alam sekitar mereka. Murid akan lebih merasa

    tentang kehebatan ciptaan Allah dan tentang adanya insan yang begitu istimewa dapat

    menghasilkan karya teragung. Murid akan mula memerhatikan sebagai contohnya urat-urat pada

    daun, jalinan pada batang pokok, awan yang berubah-ubah dan daun yang beraneka warna.

    Semasa sesi inilah guru dapat mengenalpasti murid yang lemah dan perlukan bimbingan serta

    pemulihan. Guru boleh membimbing terus semasa sesi ini atau semasa aktiviti seni yang lain

    pula. Konsep pemulihan tidak berlaku di dalam kelas seni tetapi guru boleh terus membimbing

    murid ini semasa melakukan bidang yang sama dimasa P dan P lain. Guru juga perlu tahu

    tentang kebolehan murid-muridnya. Ada murid yang perlu dibimbing semasa sesi catan tapi

    amat cemerlang semasa melakukan kraf tangan seperti Bidang Membentuk dan Membuat

    Binaan.

    3. RUMUSAN

    Sebagai rumusannya, 5 peringkat perkembangan kreativiti kanak-kanak mengikut Fisher

    adalah berketepatan sekali dengan objektif NKRA yang menambah dua lagi dalam EMK(

    Elemen Merentas Kurikulum) iaitu inovasi dan kreativiti serta keusahawan bagi menjayakan

    KSSR. Guru seni boleh menggunakan pendekatan ini untuk meningkatkan kreativiti kanak-

    kanak.

  • 5/25/2018 Bagaimana Mengaplikasikan Teori Kreativiti Fisher Di Dalam Kelas

    http:///reader/full/bagaimana-mengaplikasikan-teori-kreativiti-fisher-di-dalam-ke

    Ciri-ciri kreativiti dalam seni ialah mempunyai daya persepsi yang tinggi,

    berkemampuan membina idea sendiri, suka mengkaji dan menyelidik, peka terhadap nilai-nilai

    estetik serta berkeyakinan tinggi. Peka terhadap nilai estetik bermaksud murid itu boleh menilai

    keindahan seni dan menjiwai seni. Murid perlu sedar bahawa setiap karya mempunyai keindahan

    yang tersendiri.

    Pendidikan seni ini memberi kepekaan murid terhadap sesuatu seperti tertarik kepada

    nilai keindahan dan kecantikan alam semesta di sekeliling mereka. Melalui aktiviti meningkatkan

    kreativiti seperti di atas, murid juga dapat mendapatkan keyakinan pada diri sendiri untuk

    berkarya. Keyakinan ini juga berlarutan hingga kepada pelbagai perkara lain seperti yakin

    menjawab soalan, yakin berdepan dengan sebarang masalah. Murid juga dapat menjadikan

    perasaan dan emosinya kuat dalam membuat penyataan diri.

    Murid juga dapat meningkatkan daya persepsi yang tinggi seperti dapat satu kekuatan

    dalam menilai estetika dan makna pada objek alam di sekeliling mereka. Ini juga dapat membina

    dan menjana idea tersendiri dalam diri mereka. Mereka akan mencuba teknik baru dan mampu

    meneroka pendekatan baru. Selain itu, mereka dapat memanipulasikan sebarang idea dan juga

    dapat berimaginasi tinggi.Besarlah harapan semoga kanak-kanak ini dapat menerbitkan satu sifat suka mengkaji

    dan menyelidik. Sebenarnya ianya dapat memberi makna atau pengertian kepada sesuatu

    penciptaan. Berkarya adalah satu dari penciptaan. Murid akan mencipta sesuatu benda

    baru. Murid sebenarnya suka bertanya untuk mencari penjelasan tetapi guru boleh mengubahnya

    dengan guru pula bertanya. Supaya murid dapat jawapannya.