sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan,...

12
1

Upload: lethuy

Post on 10-Jul-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

1

Page 2: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

2

Perutusan PEGAWAI KESIHATAN DAERAH

Dari Meja KETUA EDITOR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi Buletin PKD Kuala Langat edisi Jan-

Jun 2011 telah berjaya diterbitkan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada

Sidang Redaksi di atas penerbitan buletin pada kali ini.

Masa begitu pantas berlalu dan kita telahpun tiba ke pertengahan tahun

2011. Justeru itu, kita perlulah menilai dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan

kualiti perkhidmatan sejajar dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia

memartabatkan dan memperkasakan perkhidmatan yang diberikan kepada

masyarakat. Saya menyeru kepada warga kerja PKD Kuala Langat agar sentiasa

bersatu dan mengamalkan kerja berpasukan demi mencapai matlamat yang

sama.

Akhir kata dari saya, adalah diharapkan wargakerja PKD Kuala Langat

sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan kepantasan

bertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah

yang lebih baik untuk mendapat pulangan optimum kepada perbelanjaan kerajaan

serta mengamalkan integriti yang tinggi semasa menjalankan tugas. Semoga

PKD Kuala Langat akan terus berjaya dengan cemerlang pada masa akan

datang.

-DR. NOR IZZAH BT HJ AHMAD SHAUKI-

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya jua,

Buletin PKD Kuala Langat edisi Jan-Jun 2011 ini dapat diterbitkan untuk tatapan semua warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada jawatankuasa editorial yang telah menunjukkan komitmen dan usaha yang berterusan untuk merealisasikan penerbitan buletin pada kali ini. Buletin pada kali ini memaparkan aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang bulan Januari hingga Jun 2011. Kepada warga kerja Pejabat Kesihatan Kuala Langat, saya berharap dengan penerbitan buletin ini dapat memberi manafaat kepada tuan puan. Segala pandangan kearah penambaikan sangat dialu-alukan. Sekian. Wassalam -NORHISHAM BIN ABDUL RAHMAN-

2

Page 3: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

3

Majlis Pelancaran Program NCDP 1Malaysia Komuniti

Telok Datok telah diadakan di Pusat Promosi Klinik Kesihatan

Telok Datok pada 26 Mac 2011 bertemakan “Komuniti Aktif,

Kuala Langat Produktif”.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Dihormati,

Raja Dato’ Hj Engku Uzair bin Tengku Zainon Rasyid Shah,

Orang Besar Daerah Kuala Langat.

Program ini telah dibuka kepada masyarakat sekitar

Telok Datok yang mempunyai masalah berlebihan berat

badan bagi mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah disusun

sepanjang 6 bulan program intervensi dijalankan.

Konsep program ini ialah segala aktiviti dan program

akan dirancang dan digerakkan oleh komuniti manakala

bantuan teknikal akan dibantu oleh anggota Pejabat

Kesihatan Daerah Kuala langat

Sempena dengan majlis pelancaran tersebut, pelbagai

aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik, tai chi,

pemeriksaan kesihatan, promosi aktiviti fizikal, pameran

kesihatan dan runding cara pemakanan, berhenti merokok,

kesihatan minda dan pertandingan menu kerabu sihat.

3

Page 4: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

4

Klinik Kesihatan Kanchong Darat

bersama Ahli Panel Penasihat Klinik

Kanchong Darat dan Kelab Warga Emas

Kampung Kanchong Darat telah

menganjurkan majlis gotong-royong di

Klinik Desa Morib pada 21 Mei 2011.

Seramai 60 orang peserta telah

terlibat di dalam majlis tersebut. Di antara

aktiviti yang dijalankan ialah Projek Taman

Herba, penghapusan sarang pembiakan

nyamuk Aedes dan senamrobik.

Kem Kesihatan Peringkat Klinik Kesihatan

Kanchong Darat telah diadakan di Dewan Orang

Ramai Kampung Klanang pada 12 Februari 2011.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj.

Hasiman bin Sidom, ADUN Morib. Turut hadir pada

majlis tersebut ialah Pegawai Kesihatan Daerah

Kuala Langat, Dr Nor Izzah bt Hj Ahmad Shauki

dan En. Abdul Razak bin Khasbullah, Pengerusi

Panel Penasihat PKD Kuala Langat dan Tuan Haji

Samingan bin Samin, Pengerusi Panel Penasihat

Klinik Kesihatan Kanchong Darat.

Program ini diadakan bertujuan memberi

kesedaran kepada masyarakat mengenai

kepentingan penjagaan kesihatan di samping

memberi peluang kepada masyarakat untuk

menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti

senamrobik oleh kelab warga emas, pameran dan

pemeriksaan kesihatan, ceramah berkaitan

pemakanan dan kanser, pencegahan denggi,

kanser payudara dan juga pertandingan melukis.

4

Page 5: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

5

Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Peringkat Daerah Kuala Langat 2011 telah diadakan di

Klinik Kesihatan Jenjarom pada 27 Mei 2011. Program

ini telah dianjurkan oleh Klinik Kesihatan Jenjarom

bersama Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan

Jenjarom dengan bertemakan “EKPRESI HAK ANDA”.

SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU INI

DIFOKUSKAN KEPADA MASYARAKAT KHUSUSNYA

KEPADA REMAJA DAN BELIA TENTANG BAHAYA

MEROKOK KEPADA KESIHATAN DAN KEPENTINGAN

MENINGGALKAN TABIAT MEROKOK DI KALANGAN

PEROKOK.

Majlis tersebut turut diserikan dengan

pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,

senamrobik, khidmat kaunseling berhenti merokok

dan pertandingan “kerabu sihat”.

5

Page 6: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

6

6

Page 7: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

7

Pelancaran hari COMBI

peringkat Daerah Kuala Langat

telah diadakan pada 14 Januari

2011 bertempat di Klinik Kesihatan

Kampung Bandar. Majlis tersebut

telah dirasmikan oleh Dr. Nor Izzah

bt Hj Ahmad Shauki, Pegawai

Kesihatan Daerah Kuala Langat.

Dalam ucapannya,

beliau berharap dengan

penubuhan pasukan COMBI

peringkat klinik dapat membantu

mengawal pembiakan nyamuk

Aedes di daerah Kuala Langat.

Beliau juga berharap pihak klinik

dapat menjalinkan kerjasama

bersama masyarakat di dalam

aktiviti -aktiviti gotong-royong

bagi menghapuskan tempat

pembiakan nyamuk Aedes

7

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah

perbarisan pasukan COMBI yang mewakili setiap klinik

kesihatan. Pasukan COMBI Klinik Kesihatan Jenjarom

telah memenangi kategori perbarisan terbaik pada

upacara perbarisan yang telah diadakan.

Page 8: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

8

Majlis Konvensyen Doktor Muda

Peringkat Daerah Kuala Langat 2011 telah diadakan

pada 9 April 2011 bertempat di Dataran Majlis

Daerah Kuala Langat. Majlis ini merupakan anjuran

bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat dan

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat dan telah

berjaya menarik kehadiran seramai 350 orang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Dr. Nor

Izzah bt Haji Ahmad Shauki, Pegawai Kesihatan

Daerah Kuala Langat. Pelbagai pertandingan

diadakan seperti pertandingan bercerita mengenai

kesihatan di dalam bahasa Melayu dan bahasa

Inggeris, pertandingan pameran kesihatan dan

pertandingan buku skrap.

Sebanyak 13 buah sekolah kebangsaan dan

jenis kebangsaan di daerah Kuala Langat telah

mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut.

Sekolah Kebangsaan Bandar Banting telah muncul

juara keseluruhan dalam pertandingan tersebut dan

seterusnya akan mewakili daerah Kuala Langat ke

pertandingan Doktor Muda peringkat Negeri

Selangor. Syabas dan Tahniah diucapkan!

8

Page 9: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

9

Sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat Daerah

Kuala Langat telah diadakan pada 2 April 2011 di Balai

KEMAS Batu 10, Kebun Baru anjuran bersama Klinik

Kesihatan Telok Panglima Garang dan Ahli Panel Penasihat

Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang.

Bertemakan “STOP TB”, sambutan kali ini

bertujuan menimbulkan kesedaran di kalangan penduduk

tentang bahaya penyakit Tibi dan kepentingan untuk

mengelakkan penularan penyakit tersebut. Majlis tersebut

telah dirasmikan oleh Encik Abdul Razak bin Khasbullah

selaku Pengerusi Ahli Panel Penasihat Daerah Kuala Langat.

Seramai 70 orang penduduk setempat telah

menghadiri majlis tersebut dan turut dijalankan beberapa

aktiviti promosi kesihatan seperti saringan penyakit Tibi,

pameran, ceramah, kuiz, pemeriksaan kesihatan dan

cabutan bertuah.

9

Page 10: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

10

10

Tanggal 16 April 2011, Sambutan Hari Kesihatan

Sedunia Peringkat Daerah Kuala Langat telah diadakan di

Klinik Kesihatan Kampung Bandar. Majlis tersebut telah

dirasmikan oleh Dr. Nor Izzah bt Hj Ahmad Shauki, Pegawai

Kesihatan Daerah Kuala Langat. Pelbagai aktiviti telah

diatur oleh anggota Klinik Kesihatan Kampung Bandar

bersama Panel Penasihat Klinik Kampung Kampung

Bandar.

Diantara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan

kesihatan secara percuma, saringan Tibi dan HIV, pemeriksaan

gigi, pertandingan masakan makanan sihat,pertandingan

mewarna, pertandingan sukan tradisi dan sebagainya.

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia ini telah berjaya

menarik lebih 400 orang penduduk di sekitar Klinik Kampung

Bandar yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa dan usia.

Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran maskot

popular Upin dan Ipin yang diundang khas pada hari tersebut.

Page 11: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

11

“OPS Info Blast Tanda Larangan Merokok” telah

dijalankan pada bulan April 2011. Modus operandi ialah mencari

premis yang gagal atau tidak mempamerkan papan tanda DILARANG

MEROKOK dan papan tanda LARANGAN MENJUAL HASIL TEMBAKAU

KEPADA ORANG BAWAH UMUR 18 Tahun. Operasi ini dilakukan di

sekitar kawasan Pekan Banting, Jenjarom, Telok Panglima Garang dan

Sijangkang.

“OPS Info Blast Orang Belum Dewasa” ini telah berjalan

pada bulan Mei 2011. Modus Tujuan operasi ini adalah mengeluarkan

kompoun kepada pelajar sekolah (orang belum dewasa) yang memiliki

atau menghisap rokok. Operasi ini dilakukan di sekitar kawasan operasi

Daerah Kuala Langat.

“OPS Info-Blast Penjualan Rokok Kurang 20 batang”

telah diadakan pada bulan Jun 2011. Operasi ini berjalan serentak di

seluruh Negeri Selangor. Modus Operandi operasi ini adalah mencari

dan mengkompaun pekedai yang menjual rokok kurang dari 20 batang

mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

11

“OPS Basuh” telah dilancarkan pada 29 Januari 2011 sempena

Perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan di sekitar kawasan

operasi Daerah Gombak. Operasi Bersepadu ini melibatkan 6

anggota dari PKD Kuala Langat.

Matlamat operasi ialah membuat rampasan makanan yang

telah rosak, tamat tarikh luput, kerosakan fizikal makanan dan

minuman yang kemudiannya akan dilupuskan bagi kepentingan

kesihatan awam. Hasil daripada operasi bersepadu ini, sebanyak 9

jenis produk makanan yang bernilai RM 207.45 telah dirampas.

Page 12: sentiasa membudayakan kreativiti dan inovasi, mementingkan ... filebertindak dan membuat keputusan, sentiasa mengaplikasikan cara atau kaedah yang lebih baik untuk mendapat pulangan

12

12

Siri 1/2011 Majlis Mesra Jabatan Siri 1/2011 telah diadakan pada 25 Februari 2011 di

Dewan Harmoni Pejabat Kesihatan Kuala Langat. Majlis mesra ini diadakan bagi meraikan anggota-anggota yang menyambut hari lahir dari bulan Januari - Mac. Bertemakan warna merah, majlis ini dihadiri oleh anggota-anggota yang terlibat.

Turut diraikan pada majlis tersebut ialah anggota-anggota yang bersara yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada jabatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Anggota-anggota tersebut ialah Haji Ramlan bin Daud, Encik Mohd Danuri bin Kasiban dan Encik China Kolondek @ Sinnakulandai A/L Perumal.

Pada Majlis tersebut kumpulan DSA Asthma turut diberi penghargaan kerana telah mengharumkan nama PKD Kuala Langat kerana menjadi johan Konvensyen Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2010.

Siri 2/2011 Majlis Mesra Jabatan Siri 2/2011 telah diadakan pada 13 Mei

2011. Bertemakan warna unggu, majlis tersebut bertujuan bagi meraikan anggota yang menyambut hari lahir dari bulan April sehingga Jun. Turut diraikan pada majlis tersebut ialah anggota yang bersara iaitu Puan Radziah bt Hanapiah dan Puan Paridah bt Sariat.