bab 4 draf2 copy

11
BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan tentang dapatan yang diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan dan hasil daripada temuduga yang telah dibuat. Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap pelaksanaan PBS, latihan atau kemahiran yang dimiliki serta masalah yang dihadapi dalam mengendalikan PBS di sebuah sekolah menengah di Daerah Gombak. Disebabkan kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini, maka pengkaji hanya memilih 5 orang responden yang berada di bawah panitia dalam bidang Teknik dan Vokasional sebagai subjek kajian. Walaubagaimanapun setiap responden mengajar subjek yang berbeza.

Upload: gharul-annuar

Post on 07-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bab 4

TRANSCRIPT

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang dapatan yang diperolehi melalui soal selidik yang telah diedarkan dan hasil daripada temuduga yang telah dibuat. Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap pelaksanaan PBS, latihan atau kemahiran yang dimiliki serta masalah yang dihadapi dalam mengendalikan PBS di sebuah sekolah menengah di Daerah Gombak. Disebabkan kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini, maka pengkaji hanya memilih 5 orang responden yang berada di bawah panitia dalam bidang Teknik dan Vokasional sebagai subjek kajian. Walaubagaimanapun setiap responden mengajar subjek yang berbeza. Pengkaji telah mengedarkan borang soal-selidik serta mengadakan sesi temubual terhadap guru-guru yang terbabit bagi mengetahui persepsi guruguru terhadap PBS dan mengenalpasti masalah yang timbul semasa pelaksanaan PBS.

4.2Dapatan daripada soal selidik

Soal selidik diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumat mengenai aspek jantina, mata pelajaran yang diajar, pengalaman mengajar, jumlah waktu mengajar dalam masa seminggu, kursus yang pernah dihadiri oleh responden dan pengalaman responden sepanjang perkhidmatan mereka.

4.2.1Jantina RespondenHasil daripada kajian didapati responden lelaki adalah seramai 2 orang manakala responden perempuan seramai 3 orang. Keadaan menunjukkan bahawa kaji selidik ini mempunyai responden perempuan melebihi responden lelaki seperti dalam Jadual 4.1 di bawah.JantinaBilanganPeratus (%)

Lelaki260 %

Perempuan340 %

Jumlah5100 %

Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina

4.2.2Mata Pelajaran DiajarSampel kajian kami terdiri daripada 5 orang guru yang berada di bawah bidang Teknik dan Vokasional. Setiap guru mengajar matapelajaran yang berbeza iaitu mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Kemahiran Hidup, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Lanskap dan Nurseri seperti dalam Jadual 4.2 di bawah.

Mata Pelajaran DiajarBilanganPeratus (%)

Teknologi Kejuruteraan120%

Lukisan Kejuruteraan120%

Kemahiran Hidup120%

Teknologi Maklumat dan Komunikasi120%

Lanskap dan Nurseri120%

Jumlah5100%

Jadual 4.2: Taburan Responden mengikut Mata Pelajaran Diajar 4.2.3Pengalaman Mengajar RespondenDapatan kajian menunjukkan seramai 2 orang responden mempunyai pengalaman mengajar diantara 2 hingga 5 tahun dan seramai 3 orang responden kajian mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 5 tahun sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 4.3 di bawah.Pengalaman MengajarBilanganPeratus (%)

Antara 2 hingga 5 tahun120%

Lebih daripada 5 tahun480%

Jumlah5100%

Jadual 4.3: Taburan Pengalaman Mengajar Responden

4.2.4Jumlah Waktu Mengajar dalam Masa SemingguDaripada analisis yang telah dilakukan didapati seramai 3 orang responden kajian mempunyai jumlah waktu mengajar kurang daripada 20 waktu manakala 2 orang responden mempunyai jumlah waktu mengajar antara 20 hingga 30 waktu dalam masa seminggu dan tiada responden kajian yang mempunyai lebih daripada 30 waktu mengajar dalam masa seminggu. Ini ditunjukkan dalam Jadual 4.4 di bawah.Jumlah Waktu SemingguBilanganPeratus ( % )

Kurang 20 waktu360%

Antara 20 hingga 30 waktu240 %

Lebih daripada 30 waktu00%

Jumlah5100 %

Jadual 4.4: Taburan Jumlah Waktu Mengajar Responden Dalam Masa Seminggu

4.2.5Analisis Kemahiran Guru-guru.

Berdasarkan Jadual 4.5, didapati responden yang mendapat pendedahan awal tentang pentaksiran berasaskan sekolah semasa menjalani latihan perguruan di maktab atau universiti mencatatkan seramai 3 orang mengatakan pernah, seorang pula mengatakan tidak pernah dan seorang tidak pasti sama ada menerima pendedahan awal atau tidak.

ItemPenyataan ItemPernahTidak PernahTidak Pasti

5Pernahkah anda mendapat pendedahan awal tentang pentaksiran berasaskan sekolah semasa anda menjalani latihan perguruan di maktab/universiti120%360%120%

Jadual 4.5: Analisis pendedahan awal tentang pentaksiran yang diterima guru

Item 6 yang menyoal tentang menghadiri sebarang kursus atau latihan yang berkaitan dengan PBS ini mencatatkan bahawa semua guru pernah menghadiri kursus atau latihan berkaitan dengan PBS. Ini dapat dilihat dalam Jadual 4.6 yang tertera di bawah.

ItemPenyataan ItemPernah

6Pernahkah anda menghadiri sebarang kursus atau latihan formal yang berkaitan dengan PBS ini.5100%

Jadual 4.6: Analisis kursus atau latihan yang pernah dihadiri guru

Bagi item 7 pula yang menyoal tentang kekerapan menghadiri kursus PBS ini, mencatatkan seramai seorang menghadiri kursus sebanyak kurang daripada 2 kali, 2 orang sebanyak antara 2 hingga 5 kali dan 2 orang responden kajian menghadiri lebih daripada 5 kali. Ini dapat dilihat dalam Jadual 4.7 di bawah.ItemPenyataan ItemKurang Daripada 2 kaliAntara 2 Hingga 5 KaliLebih daripada 5 Kali

7Berapa kalikah anda menghadiri kursus tersebut.120%240%240%

Jadual 4.7: Analisis bilangan kali menghadiri kursus oleh guru

Bagi item 8 iaitu bagaimana memahami isi kandungan PBS ini, seramai 3 orang menyatakan bahawa mereka membaca Buku Panduan PBS, seorang memilih bertanya kepada rakan setugas dan seorang pula menyatakan bahawa mereka memilih kedua-dua cara yakni melalui pembacaan, dan bertanya rakan setugas. Didapati tidak ada seorang pun responden kajian yang memilih cara mencerap rakan setugas.ItemPenyataan ItemMembaca Buku Panduan PBSBertanya Rakan SetugasMencerap Rakan SetugasMembaca buku panduan dan bertanya rakan setugas

8Cara anda memahami isi kandungan PBS ini.360%120 %00%

120%

Jadual 4.8: Analisis cara guru memahami isi kandungan PBS

Untuk item 9 iaitu mengenai siapa yang menyampaikan kursus yang telah dihadiri, seramai 3 orang memilih Pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, seramai dua memilih guru kanan Panitia Mata pelajaran dan tiada responden kajian menyatakan rakan setugas serta menyatakan lain-lain daripada pilihan diberi. Jadual 4.9 menunjukkan analisis ini.

ItemPenyataan ItemPegawai Lembaga Peperiksaan MalaysiaPensyarah Universiti/MaktabGuru Kanan PanitiaRakan SetugasLain-lain

9Pihak yang menyampai kan kursus yang anda hadiri.360%00%240 %00 %0 0 %

Jadual 4.9: Analisis pihak yang menyampaikan kursus kepada guru.

Bagi item 10 pula iaitu berdasarkan pengalaman responden, sejauh manakah kekuatan isi kandungan program PBS disampaikan kepada responden kajian, seramai, 3 orang menyatakan secara terperinci dan seramai 2 orang memilih terlalu ringkas sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 4.10 di bawah.ItemPenyataan ItemSebahagianTerperinciTerlalu Ringkas

10Sejauh manakah kekuatan isi kandungan program PBS disampaikan kepada anda.00%360 %240 %

Jadual 4.10: Analisis kekuatan isi kandungan PBS yang disampaikan kepada guru.

Bagi item 11 pula iaitu mengenai pengalaman responden sebagai pentaksir PBS di luar sekolah, didapati 2 orang responden pernah menjadi Ketua Pentaksir Kawasan, seorang responden pernah bertugas sebagai Pentaksir Kawasan manakala 2 orang responden tidak mempunyai kedua-dua pengalaman.ItemPenyataan ItemKetua Pentaksir KawasanPentaksir KawasanTidak pernah

11Pernahkah anda menjadi pentaksir PBS di luar sekolah.240%240 %120%

Jadual 4.11: Pengalaman responden sebagai pentaksir PBS di luar sekolah

4.2Dapatan daripada temubualPenyelidik kemudianya telah menjadakan temubual bagi mendapatkan persepsi responden dalam pelaksanaan PBS serta masalah yang dihadapi. Penyelidik juga ingin mendapatkan cadangan penambahbaikan program PBS.