copy of bab 5 barubaru

Upload: aizat-khairi

Post on 16-Jul-2015

186 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

BAB 5: ANALISIS PENANGANAN MASALAH PELARIAN MORO DAN ROHINGYA DI MALAYSIA DALAM KONTEKS KESELAMATAN INSAN

5.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan mengenai analisis terhadap penanganan masalah pelarian di Malaysia yang dilakukan oleh pihak kerajaan sebagai aktor utama di samping organisasi lain yang berkaitan. Seperti yang telah dibincangkan secara mendalam pada bab 3 mengenai sejarah, asal-usul, isu dan masalah yang dihadapi oleh pelarian Moro dan Rohingya serta bab 4 yang membincangkan penanganan masalah pelarian di Malaysia, penyelidik akan menjalankan analisis terhadap tindakan kerajaan dalam menangani masalah pelarian Moro yang berada di Sabah dan pelarian Rohingya yang berada di Semenanjung. Hasil daripada analisis dalam bab ini adalah penting dalam usaha untuk menjawab persoalan kajian yang telah ditimbulkan oleh penyelidik pada bab 1 iaitu kajian ini cuba menjawab 4 persoalan utama iaitu yang pertama; Bagaimanakah masalah pelarian Moro dan Rohingya ditangani oleh kerajaan Malaysia? Kedua, adakah dasar dan akta yang berkaitan dengan isu pelarian jelas dan membantu ke arah menyelesaikan masalah pelarian di Malaysia? Ketiga, adakah penanganan masalah pelarian ini memenuhi konsep Keselamatan Insan yang berlandaskan kebebasan dari kekurangan dan kebebasan dari ketakutan? Keempat, apakah persepsi pelarian terhadap penguatkuasaan yang dilakukan ke atas mereka? Dalam usaha menjalankan analisis dalam bab ini, penyelidik akan menggunakan kerangka konseptual yang telah dibina dan dibincangkan pada bab 2. Kerangka konseptual ini penting kerana ia akan membantu penyelidik menjalankan analisis dengan

251

lebih teratur, berstruktur dan mendalam. Tambahan pula, kerangka konseptual Keselamatan Insan yang dibina ini telah disesuaikan dalam usaha melihat penanganan masalah pelarian yang dilakukan oleh kerajaan di Malaysia khususnya di Sabah dan Semenanjung. Kerangka ini juga memandu penyelidik agar dapat menjalankan analisis dengan baik dan tidak tersasar daripada landasan dan objektif penyelidikan. Penyelidik akan cuba mengaitkan penanganan masalah pelarian dengan kerangka konseptual yang dibina dan melihat sama ada penanganan yang dilakukan memenuhi matlamat pembinaan kerangka ini atau sebaliknya. Kajian akan dilakukan dengan melihat sama ada penanganan yang dilakukan ke atas pelarian Moro mempunyai persamaan atau perbezaan terhadap penanganan yang dilakukan ke atas pelarian Rohingya serta alasan yang menghasilkan penanganan tersebut. Perbincangan analisis akan dimulakan oleh penyelidik berdasarkan kerangka konseptual yang dibina dengan melihat punca-punca yang menggugat Keselamatan Insan di negara asal yang menyebabkan mereka menjadi pelarian dan lari ke Malaysia, punca yang menggugat Keselamatan Insan apabila mereka berada di Malaysia serta hasil penanganan yang dilakukan kerajaan terhadap kedua-dua golongan pelarian ini sehinggalah penanganan dapat dilihat sama ada mencapai matlamat Keselamatan Insan iaitu kebasan daripada ketakutan dan kebebasan daripada kekurangan ataupun sebaliknya. Penyelidik akan memulakan analisis dalam bab ini dengan membincangkan hubungan konsep Keselamatan Insan dengan Pelarian Moro dan Rohingya.

252

5.2 Analisis Hubungan Konsep Keselamatan Insan dengan Pelarian Moro dan Rohingya

Berdasarkan definisi konsep Keselamatan Insan UNDP yang luas, keselamatan terhadap insan bukan sahaja memerlukan usaha untuk melindunginya daripada ancaman tradisional seperti peperangan dan pengeboman, tetapi merangkumi juga ancaman bukan tradisional seperti penyakit, kemiskinan, kebuluran, penganiayaan dan pencabulan hak asasi manusia (HAM). Keselamatan Insan merupakan konsep keselamatan yang menyeluruh dan menjadikan insan sebagai teras keselamatan. Ringkasnya, apa-apa ancaman yang boleh mengugat Keselamatan Insan, ia haruslah dicegah daripada awal lagi1. Penyelidik mendapati hubungan antara konsep Keselamatan Insan yang dijadikan sebagai kerangka dalam kajian ini dengan golongan pelarian Moro dan Rohingya yang berada di Malaysia adalah relevan berdasarkan hujah yang dinyatakan secara jelas oleh pemerintah Jepun dan juga Sverre Lodgaard di dalam bab 2 pada muka surat 64 dan 652. Hal ini kerana pada kebiasaannya pelarian adalah merupakan golongan yang sering ditindas disebabkan mereka tidak mempunyai kelebihan dan pengaruh dari segi politik mahupun ekonomi di negara asal. Golongan pelarian juga akan terus menghadapi ancaman keselamatan walaupun melarikan diri ke negara asing disebabkan mereka bergantung kepada dasar pemerintahan negara yang mereka tujui di mana jika negara tersebut tidak memberi pengiktirafan terhadap status pelarian, adalah mustahil negara tersebut akan memberi perlindungan dan bantuan. Oleh yang demikian, apabila golongan1

Perbincangan mengenai Konsep Keselamatan Insan dan kerangka konseptualnya telah dibincangkan penyelidik di Bab 2 pada muka surat 66. 2 Sverre Lodgaard (2000)., op.cit.

253

pelarian ini menerima ancaman-ancaman yang mampu mengugat keselamatan mereka di negara yang ditujui, ia akan mempengaruhi matlamat utama dalam Konsep Keselamatan Insan iaitu kebebasan daripada ketakutan dan kebebasan daripada kekurangan. Apabila pelarian Moro dan Rohingya lari keluar dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama, matlamat yang mahu dicapai oleh mereka adalah untuk mendapatkan perlindungan di negara ini. Tetapi, apabila mereka berada di Malaysia masalah lain pula yang timbul dan ini mengakibatkan kehidupan mereka berada dalam keadaan yang tidak menentu berdasarkan situasi kehidupan seharian serta penanganan yang mereka hadapi daripada kerajaan Malaysia. Sebelum penyelidik menjalankan analisis pelarian Moro dan Rohingya di Malaysia, penyelidik akan mengkaji punca-punca yang menyebabkan mereka menjadi pelarian dengan menggunakan kerangka konseptual yang diutarakan oleh Sverre Lodgaard.

5.2.1 Punca yang Menyebabkan Pelarian Moro dan Rohingya Menjadi Pelarian.

Menurut hujahan Sverre Lodgaard yang telah dibincangkan di bab 2 pada muka surat 65, terdapat dua punca utama yang menyebabkan berlakunya masalah Keselamatan Insan. Pertama, Keselamatan Insan boleh tergugat disebabkan oleh munculnya suatu keadaan keganasan seperti perang atau pemberontakan yang berlaku di dalam negara. Kedua pula adalah dipengaruhi oleh politik dalaman sesebuah negara dan golongan pemerintah yang menjalankan urusan pentadbiran negara. Bagi golongan pemerintah sesebuah negara, mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menjamin

254

kelangsungan politik, kuasa dan pengaruh mereka dan ini berpontensi menjejaskan tahap Keselamatan Insan disebabkan akan berlakunya kemungkinan-kemungkinan seperti pencabulan hak asasi manusia, ketidakadilan serta penganiayaan3. Berdasarkan hujahan di atas, penyelidik mendapati punca utama yang menyebabkan orang Moro menjadi pelarian adalah Keselamatan Insan mereka tergugat disebabkan4. Perang di antara tentera kerajaan Filipina dengan pejuang pembebasan Moro yang dilihat berpunca daripada konflik agama, identiti dan budaya ini telah mencetuskan suasana yang huru-hara di Kepulauan Mindanao5. Peperangan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan pembunuhan di antara tentera kerajaan dan pasukan pejuang, namun nyawa orang awam yang tidak terlibat juga turut sama terkorban6. Bagi yang tidak terkorban, melarikan diri keluar adalah jalan terbaik yang difikirkan pada ketika itu dan kesannya daripada peperangan ini menyebabkan sebilangan besar Moro menjadi pelarian dan lari ke Sabah disebabkan faktor geografi seperti jarak perjalanan yang tidak jauh serta faktor budaya dan agama yang hampir sama dengan penduduk di Sabah7. Bagi pihak pelarian Rohingya pula, mereka menjadi pelarian keadaan politik dalaman Myanmar yang bersifat tidak adil dan double standard8. Ini berikutan tindakan pemerintahnya yang tidak mahu mengakui bangsa Rohingya sebagai salah satu bangsa di Myanmar seperti yang telah dibincangkan di bab 39. Oleh yang demikian, Rohingya boleh dikatakan menerima kesan yang lebih teruk lagi berbanding dengan pelarian Moro3 4

Sverre Lodgaard (2000)., op.cit. H. Mahbub Djunaidi (1975)., op.cit. 5 Cesar Adib Majul (1988)., op.cit. 6 Datuan M. Magon (2008)., op.cit. 7 Azizah Kassim (2009)., op.cit. 8 Amnesty International (2004)., op.cit. 9 Sila rujuk di bab 3 pada muka surat 138 mengenai kewarganegaraan orang Rohingya yang dinafikan pemerintah junta.

255

disebabkan Rohingya bukan sahaja menjadi pelarian tetapi juga digelar golongan yang tidak mempunyai kerakyatan (stateless people)10. Boleh disimpulkan bahawa Moro dan Rohingya menjadi pelarian disebabkan Keselamatan Insan mereka tergugat berdasarkan faktor-faktor seperti peperangan dan juga pencabulan hak asasi manusia di tempat asal. Disebabkan mahu menyelamatkan diri, mereka telah menjadi pelarian dan lari keluar daripada negara asal dan pergi ke negara jiran atau negara asing dalam usaha untuk membina kehidupan di tempat baru. Destinasi yang menjadi pilihan mereka adalah Malaysia disebabkan faktor penarik seperti peluang ekonomi, keamanan dan geografi11.

5.2.2 Punca yang Menggugat Keselamatan Insan Terhadap Pelarian Moro di Sabah

Pelarian Moro melarikan diri ke Sabah disebabkan ia bersempadan dengan pulaupulau di Selatan Filipina termasuklah Kepulauan Mindanao yang menjadi tempat tinggal asal Moro. Tambahan pula, terdapat pulau-pulau kecil sepanjang perjalanan daripada Selatan Filipina ke Sabah yang membantu golongan pelarian ini berlindung daripada angin taufan dan juga mendapatkan rehat sementara. Di samping itu, laluan yang digunakan pelarian Moro untuk ke Sabah lazimnya menggunakan laluan yang pernah digunakan oleh nenek moyang mereka untuk menjalankan aktiviti perdagangan dan dakwah di Sabah. Hal ini telah dibincangkan oleh penyelidik di bab 3.

Medecins Sans Frontieres (2002)., op.cit. Guido Dorigo, Waldo Tobler (2005), Push-Pull Migration Laws, Annal of the Association of American Journal Geographers11

10

256

Pada mulanya ketibaan pelarian Moro di Sabah mendapat perhatian oleh Kerajaan Negeri yang memerintah ketika itu. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan UNHCR yang datang di kemudiaan harinya untuk membantu Kerajaan Negeri menangani masalah pelarian dengan teratur dan menyeluruh. Kerajaan Negeri memberi bantuan kepada pelarian Moro adalah didorong oleh dua faktor utama iaitu pertama, Ketua Menteri Sabah ketika itu ialah Tun Datu Mustapha Datu Harun yang mempunyai asal-usul keturunan daripada bangsa Moro dan beragama Islam. Faktor kedua pula adalah disebabkan ratarata penduduk Sabah mempunyai persamaan dari segi agama dan budaya serta sebahagian daripadanya mempunyai pertalian saudara dengan pelarian Moro terutamanya penduduk Sabah yang tinggal di bahagian Pantai Timur12. Kepimpinan politik Sabah sering bertukar ganti dan perkara ini memberikan kesan terhadap penanganan masalah pelarian Moro. Setelah Tun Datu Mustapha dan partinya iaitu USNO telah kalah dalam Pilihanraya Negeri Sabah 1976, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan digantikan oleh Tun Fuad Stephens dari parti Berjaya. Namun begitu, Tun Fuad memegang jawatan sebagai Ketua Menteri tidak lama akibat terkorban dalam nahas kapal terbang pada tahun yang sama dan jawatan beliau telah digantikan oleh Datuk Harris Salleh yang sebelum ini merupakan timbalannya13. Walaupun telah bertukar kepimpinan politik, Datuk Harris yang juga merupakan seorang beragama Islam masih meneruskan dasar Kerajaan Negeri terdahulu dengan memberikan bantuan kepada pelarian Moro yang tinggal di Sabah. Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1986 telah berlaku sekali lagi pertukaran tampuk kepimpinan politik Sabah di mana Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh PartiAbdul Malek Unar (1993) , op.cit. Sin, Fong Han (1979). "A Constitutional Coup D'Etat: An Analysis of the Birth and Victory of the Berjaya Party in Sabah, Malaysia". Asian Survey 19 (4). Hlm. 379389.12

13

257

Berjaya telah mengalami kekalahan serta tewas dalam Pilihanraya Negeri pada tahun itu. Keadaan ini telah menyaksikan Datuk Harris dari Parti Berjaya terpaksa melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri dan jawatan ini telah digantikan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan dari Parti PBS yang telah memenangi kerusi secara majoriti dalam Pilihanraya Negeri14. Ironinya, Datuk Pairin merupakan ahli politik dari Parti Berjaya tetapi beliau telah dipaksa meninggalkan parti dan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri bahagian Tambunan yang dimenangi kerana lantang mengkritik dasar-dasar Kerajaan Negeri. Selepas meninggalkan Parti Berjaya, beliau telah menubuhkan PBS dan bertanding dalam Pilihanraya Negeri 1985 serta berjaya mengalahkan parti Berjaya untuk mengambil alih kepimpinan negeri15. Parti PBS yang menerajui tampuk pentadbiran negeri Sabah telah melihat masalah pelarian Moro di Sabah dari perspektif yang berbeza dari kerajaan Negeri sebelumnya16. Sebelum ini Sabah diterajui oleh parti USNO melihat masalah pelarian Moro dari sudut kemanusiaan dan berusaha memberikan bantuan serta bekerjasama dengan UNHCR yang wujud di Sabah semasa era 70an dengan membina penempatan sementara untuk golongan pelarian Moro ini. Dasar keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap pelarian Moro diteruskan lagi oleh Parti Berjaya yang menggantikan Parti USNO mentadbir KerajaanChin, James (1994). "Sabah State Election of 1994: End of Kadazan Unity, Asian Survey, Vol. 34, No. 10, Hlm. 904-915 15 Datuk Pairin terpaksa membubarkan DUN Sabah berikutan berlakunya tragedi yang dinamakan sebagai Rusuhan 1986 kesan daripada kejayaan Parti PBS memenangi Pilihanraya Negeri pada tahun 1985 walaupun parti PBS hanya ditubuhkan kira-kira 47 hari sebelum Pilihanraya Negeri Sabah diadakan. Rusuhan yang berlaku adalah disebabkan perasaan tidak puas hati atas kemenangan parti PBS dan telah berlakunya beberapa siri letupuan kecil di bandar-bandar utama Sabah seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan yang mengundang keadaan yang huru-hara serta terdapat beberapa kematian dan kecederaan di kalangan masyarakat tempatan.Setelah DUN dibubarkan, maka pada tahun 1986 berlakunya Pilihanraya Negeri sekali lagi dan hasilnya membuktikan parti PBS masih diterima rakyat negeri Sabah disebabkan parti ini berjaya memenangi Pilihanraya Negeri Sabah pada tahun itu. 16 Walaupun parti politik seperti USNO, Berjaya dan PBS bukanlah parti berteraskan bangsa dan agama, namun jika dilihat dari segi kempimpinan dan keahliannya parti-parti ini jelas menunjukkan ia berteraskan agama. Misalnya parti USNO dan Berjaya didominasi oleh penduduk Sabah yang beragama Islam manakala PBS dilihat didominasi oleh penduduk Kadazan Dusun yang beragama Kristian.14

258

Negeri. Kerajaan Berjaya telah menubuhkan UPJKM dalam usaha untuk menangani masalah pelarian Moro di Sabah secara menyeluruh seperti melakukan bancian, pendokumentasian serta bantuan kebajikan. Ketika PBS mentadbir Kerajaan Negeri, masalah pelarian telah dilihat dari sudut ancaman keselamatan disebabkan kebanjiran pelarian17 bersama-sama PATI yang datang ke Sabah atas alasan ekonomi mampu mempengaruhi landskap geopolitik dan sosioekonomi penduduk Sabah18. Tambahan pula, pada tahun 1987 UNHCR telah menarik diri daripada menangani masalah pelarian di Sabah disebabkan UNHCR berpendapat bahawa pelarian Moro sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan di Sabah serta mampu bergaul dengan penduduk tempatan19. Hal ini menyulitkan lagi Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini dan akhirnya masalah pelarian Moro telah diadukan kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed oleh delegasi Kerajaan Negeri Sabah yang diketuai oleh Datuk Pairin sebagai Ketua Menteri. Delegasi Kerajaan Negeri Sabah telah menyatakan bahawa jika penanganan masalah pelarian tidak berjaya diselesaikan dengan baik, maka ia akan memberi kesan yang negatif terhadap penduduk Sabah dari segi ancaman politik, sosial dan ekonomi20.

Kerajaan PBS tidak mengiktiraf pelarian Moro sebagai pelarian berdasarkan negara Malaysia yang tidak menjadi ahli dalam Konvensyen Pelarian 1950. Oleh yang demikian, pelarian Moro telah dianggap sebagai PATI seperti pendatang Filipina yang datang pada kemudian harinya dan juga pendatang Indonesia berdasarkan cara kemasukan mereka ke Sabah secara haram dan tidak mempunyai dokumen imigresen yang sah. 18 Ramli Dollah; Wan Shawaluddin Wan Hassan; Diana Peters; dan Marja Azlima Omar. (2003). Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian Dari Sudut Keselamatan. JATI, Bil 8, December: Hlm. 217240. 19 Ong, Joshua. (2005). UNHCR s Role in Addressing the Issue of Stateless/Undocumented Children in Sabah. dalam Tenaganita, Acting Today for Tomorrow's Generation. Proceedings of Regional Conference on Stateless/Undocumented Children di Kota Kinabalu, Sabah, 16-18 November. 20 Temubual bersama Tan Sri Simon Sipaun, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dari tahun 2000 hingga 2010 di Pejabat SUHAKAM Sabah, Kota Kinabalu pada 6 Februari 2011.

17

259

Kerajaan Negeri memerlukan campur tangan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah pelarian di Sabah memandangkan Sabah termasuklah dalam tangunggjawab Kerajaan Persekutuan dan jika keselamatan Sabah tergugat maka ia akan mempengaruhi kestabilan negara dari sudut politik, sosial, ekonomi dan imej. Di samping itu, Kerajaan Negeri mempunyai kemampuan yang terbatas dari segi kos pengurusan penanganan dan aktiviti penguatkuasaan. Jadi, dengan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani masalah pelarian di Sabah, beban Kerajaan Negeri dapat dikurangkan. Kesan daripada pertemuan tersebut, maka Dr. Mahathir telah mengarahkan supaya PPKP ditubuhkan bagi membantu menangani secara menyeluruh bukan sahaja masalah pelarian Moro tetapi termasuk juga isu PATI dan pekerja asing yang berada di Sabah21. Namun begitu, sudah lebih 20 tahun PPKP ditubuhkan tetapi pasukan yang ditubuhkan secara khas ini belum dimansuhkan lagi dan dilihat peranannya makin bertambah besar disebabkan isu yang perlu diselesaikan adalah rumit. Berdasarkan perbincangan di atas, penyelidik melihat bahawa punca yang mempengaruhi polisi kerajaan terhadap pelarian Moro di Sabah adalah disebabkan faktor pemerintah tempatan dan politik dalaman . Keadaan kepimpinan politik sering bertukar tangan antara parti politik yang wujud di Sabah. Ini telah mempengaruhi pembentukan dasar termasuklah dasar Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pelarian di Sabah. Secara tidak langsung ini telah mempengaruhi Keselamatan Insan bagi pelarian Moro di Sabah. Penyelidik melihat dapatan kajian yang dimiliki penyelidik ini menyamai dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Bahrin dan Rachagan yang mengatakan faktor

Temubual bersama Ketua Pengarah PPKP di pejabatnya, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu pada 9 Februari 2011.

21

260

kepimpinan politik memberi kesan terhadap keadaan kehidupan pelarian Moro di Sabah22.

5.2.3 Punca yang Menggugat Keselamatan Insan Terhadap Pelarian Rohingya di Semenanjung

Berdasarkan kepada perkembangan penanganan masalah pelarian di Semenanjung Malaysia, penyelidik mendapati bahawa punca yang menyebabkan tergugatnya Keselamatan Insan bagi golongan pelarian di Semenanjung termasuklah pelarian Rohingya adalah disebabkan oleh faktor keputusan politik kerajaan yang mempengaruhi pembuatan dasar yang tidak menentu terhadap penanganan masalah pelarian. Walaupun kerajaan telah menghadapi masalah pelarian ini seawal tahun 1975 oleh kehadiran pelarian Cham dari Kemboja dan pelarian Vietnam yang melarikan diri akibat perang di negara asal serta pencabulan hak asasi manusia oleh kerajaan mereka, namun Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kaedah yang spesifik untuk menangani masalah pelarian ini dengan baik. Penanganan masalah pelarian yang tidak jelas adalah hasil daripada dasar kerajaan yang kabur disebabkan pendirian kerajaan yang tidak mahu mengakui status pelarian yang berada di sini. Hal ini boleh dibuktikan dengan pendirian kerajaan yang tidak menjadi ahli dalam Konvensyen Pelarian 1950 dan ini menjelaskan bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang kewajiban untuk mematuhi kriteria yang terdapat

22

Bahrin dan Rachagan (1984)., op.cit.

261

dalam konvensyen tersebut23. Pendirian kerajaan juga berubah dari suatu tempoh masa ke tempoh masa yang lain. Ketika Malaysia dipimpin oleh Perdana Menteri yang Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, beliau telah menghulurkan bantuan terhadap pelarian Cham yang lari akibat kekejaman kerajaan junta Khmer Rouge. Beliau bersimpati terhadap pelarian yang beragama Islam ini dan menyalurkan bantuan menerusi PERKIM dengan membina kem pelarian serta membekalkan kelengkapan kehidupan asas kepada pelarian Cham24. Kerajaan Malaysia telah terlibat dalam menangani masalah pelarian Vietnam tetapi kali ini ia melibatkan kerjasama daripada Kerajaan Negeri dan UNHCR. Kerajaan Persekutuan telah berbincang dengan Kerajaan Negeri Terengganu untuk membenarkan pelarian Vietnam tinggal sementara di Pulau Bidong dan menyerahkan usaha-usaha bantuan kepada UNHCR yang lebih berpengalaman menangani masalah ini25. Kerajaan juga pernah memberi bantuan terhadap pelarian Aceh yang lari akibat perang antara GAM dan kerajaan Indonesia serta bencana tsunami dengan memberi mereka kad IMM13 untuk tinggal sementara di Semenanjung26. Bukan itu sahaja, malah kerajaan turut memberi perhatian terhadap pelarian yang berasal luar dari Asia Tenggara seperti pelarian Bosnia, Palestin dan Iraq27.

Temubual bersama Ketua Pengarah PPKP di pejabatnya, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu pada 9 Februari 2011. 24 Temubual bersama Haji Ibrahim, Pegawai Hal Ehwal Orang Rohingya PERKIM bertempat di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2011. 25 Kisah Anak Pulau Bidong http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg =ru_01.htm .Tarikh diakses 1/12/2010 26 Enggan pulang ke Aceh http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0918&pub=kosmo&sec=negara&pg=ne_01.ht m Tarikh diakses 20/10/2011 27 Wujud situasi menang-menang http://www.hmetro.com.my/articles/2011061203050220110612030502/Article/ Tarikh diakses 20/9/2011

23

262

Penyelidik melihat bahawa walaupun kerajaan tidak menjadi ahli dalam Konvensyen Pelarian 1950, tetapi kerajaan masih memberikan bantuan dan perhatian dalam usaha menangani masalah ini. Tetapi, disebabkan dasar kerajaan yang tidak menentu dan kabur maka penanganan yang dilakukan adalah tidak menyeluruh dan teratur. Tambahan pula, selepas era 1990an kerajaan melihat kehadiran pelarian yang lari ke Malaysia khususnya di Semenanjung adalah merupakan suatu bentuk ancaman yang boleh mengugat keselamatan dan kedaulatan negara. Ini berikutan kenyataan akhbar tempatan oleh Menteri Luar pada ketika itu berkenaan status pelarian di Malaysia iaitu We allow people for temporary stay and when that stay is over they have to go back. We have never granted anybody refugee status. Syed Hamid Albar. Beliau juga menambah kenyataan ini iaitu Malaysia will not recognize refugees as it does not want to open the flood gates to illegal migrant workers. . . . Not all who say they are refugees are political refugees. . . . Some are here for economic reasons and this is a burden to our society. ..28. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya tidak mengakui status pelarian bagi warga asing yang melarikan diri ke Malaysia walau apa-apa alasan sekalipun. Masalah pelarian di Malaysia adalah berkaitan dengan hal-hal keimigrasian yang termaktub dalam Akta Immigresen. Namun begitu, tiada peruntukan undang-undang yang jelas mengenai pelarian. Oleh sebab itu, mereka dianggap sebagai PATI berdasarkan cara kemasukan mereka secara haram ke Malaysia29. Hal ini menyebabkan golongan pelarian termasuk pelarian Rohingya berdepan dengan situasi yang berisiko apabila berhadapan tindakan penguatkuasaan daripada kerajaan. Mengikut prosedurnya,Kenyataan Bekas Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam akhbar tempatan, New Straits Times pada 9 March 2007. 29 Undang-undang Immigresen (2005) , op.cit.28

263

mereka akan ditahan dan dibawa ke depoh tahanan serta akan dihantar pulang ke negara asal jika didapati bersalah berdasarkan undang-undang sedia ada. Oleh itu dari segi undang-undang, pelarian dan PATI dianggap sama sahaja walaupun tujuan mereka datang ke Malaysia adalah berbeza. Penyelidik melihat bahawa adalah sukar untuk menangani masalah pelarian di Malaysia disebabkan pendirian kerajaan dan yang berbelah bahagi yakni penyelidik boleh mengatakan bahawa kerajaan Malaysia pada suatu ketika memberi bantuan kepada golongan pelarian disebabkan atas dasar keprihatinan dan perikemanusiaan. Namun pada ketika yang lain, golongan pelarian dikatakan memberi ancaman keselamatan kepada negara dan penanganan yang dilakukan melibatkan kos yang tinggi serta tiada peruntukan undang-undang mengenainya. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati kesan daripada keputusan politik kerajaan yang tidak menentu dan tidak jelas ini mengakibatkan penanganan yang dilakukan juga berada dalam keadaan yang tidak terurus. Penyelidik tidak membincangkan pelarian Rohingya dalam bahagian ini secara khusus disebabkan penyelidik melihat dasar dan keputusan politik yang dibuat bukan sahaja boleh menggugat Keselamatan Insan terhadap pelarian Rohingya, bahkan juga pelarian-pelarian lain yang masih berada di Semenanjung Malaysia sehingga ke hari ini. Oleh yang demikian, bagi memahami masalah pelarian Rohingya berkaitan isu ini maka penyelidik akan membincangkannya di bahagian berikutnya mengenai hasil pelaksanaan penanganan masalah pelarian oleh kerajaan berdasarkan dasar yang sedia ada dalam usaha melihat penanganan yang dilakukan memenuhi matlamat Keselamatan Insan iaitu kebebasan daripada ketakutan dan kebebasan daripada kekurangan.

264

5.3 Analisis Penanganan Masalah Oleh Kerajaan Terhadap Pelarian Moro dan Rohingya Berdasarkan 3 Kriteria Utama dalam Agenda Pelaksanaan Keselamatan Insan

Pada bahagian ini, penyelidik akan membincangkan mengenai penanganan yang dilakukan kerajaan terhadap masalah pelarian Moro yang berada di Sabah dan pelarian Rohingya yang berada di Semenanjung berdasarkan 3 kriteria utama yang perlu ada dalam pelaksanaan agenda Keselamatan Insan menurut Sverre Lodgaard iaitu tindakan pencegahan, fokus terhadap isu yang melibatkan keganasan dan jalinan kerjasama dengan NGO.

5.3.1 Tindakan Pencegahan terhadap Pelarian Moro dan Rohingya

Boleh dikatakan Kerajaan Negeri Sabah telah berusaha melakukan tindakan pencegahan masalah pelarian Moro seawal kedatangan golongan ini secara beramairamai bermula pada sekitar tahun 197230. Pada mulanya usaha ini berjalan dengan lancar melalui pembinaan penempatan sementara dan proses bancian serta pemberian dokumen seperti kad burung-burung, namun disebabkan pertukaran parti politik yang memerintah Sabah ia juga memberi kesan kepada tindakan pencegahan yang dilakukan. Peralihan kuasa politik di Sabah telah menyebabkan usaha ini menjadi tidak lancar dan tidak

30

Bahrin dan Rachagan (1984)., op.cit.

265

teratur. Akibatnya, golongan pelarian Moro yang menjadi mangsa kepada perubahan dasar yang dipengaruhi oleh peraliham tampuk pemerintahan politik Sabah31. Akhirnya, PPKP telah diwujudkan di Sabah sebagai usaha tindakan pencegahan yang dilakukan kerajaan bagi menangani masalah pelarian di Sabah. Apa yang menjadi persoalan, mengapa Kerajaan Persekutuan boleh dikatakan agak lewat memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri sedangkan masalah ini telah wujud sejak tahun 1970an? Hal ini disebabkan Sarawak dan Sabah khususnya mempunyai peruntukan khas dalam hal-hal keimigrasian yang merupakan salah satu daripada Perkara 20 di mana Kerajaan Negeri mempunyai hak dan autoriti untuk menguruskan sendiri hal ehwal imigrasinya32. Namun, disebabkan Kerajaan Negeri tidak mampu lagi untuk menangani masalah pelarian Moro secara bersendirian maka bantuan telah diajukan kepada Kerajaan Persekutuan lalu telah ditubuhkan PPKP untuk membantu UPJKM menangani masalah pelarian Moro secara menyeluruh33. Tindakan pencegahan yang dilakukan oleh PPKP bagi menangani masalah ini ialah dengan menjalankan kegiatan bancian dan pendokumentasian secara besar-besaran bagi mengetahui bilangan dan lokasi pelarian Moro di seluruh Sabah. Setelah itu, PPKP

31

Chin, James (1994). ., op.cit.

Perkara 20 atau dikenali sebagai Perjanjian 20 merupakan suatu memorandum yang menyenaraikan 20 perkara sebagai prasyarat kepada Kerajaan Persekutuan oleh Sabah kepada Semenanjung Malaysia dalam usaha untuk melakukan proses penggabungan negeri dan menubuhkan Malaysia. Perjanjian ini dilakukan pada 16 September 1963. Sarawak juga tidak ketinggalan dalam menyenaraikan 18 Perkara terhadap Kerajaan Persekutuan. Oleh yang demikian, penerimaan perjanjian ini ditentukan dengan dua kaedah di mana terdapat perjanjian yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan ada juga perjanjian yang hanya diterima berdasarkan perjanjian lisan sahaja. Antara 20 Perkara bagi Sabah ialah Agama, bahasa, perlembagaan, Ketua Persekutuan, Nama Persekutuan, Imigrasi, hak menarik diri, Borneonisation, pegawai-pegawai British, kewarganegaraan, cukai dan kewangan, kedudukan khas Bumiputera Sabah, Kerajaan Negeri, jangka masa peralihan, pelajaran, perlindungan kepada perlembagaan, perwakilan dalam Parlimen Persekutuan, nama Ketua Negeri, Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain perkara. Lihat "No.10760: Agreement relating to Malaysia" . United Nations Treaty Collection. PBB. Julai 1963. 33 Temubual bersama Datuk YB. Wilfed M. Tangau, bekas ahli Parlimen P.170, Tuaran di pejabatnya, Kota Kinabalu pada 1 Februari 2011.

32

266

bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Sabah dengan mengeluarkan dan memberikan kad IMM13 menggantikan HIF21 kepada pelarian Moro. Kad IMM13 digunakan sebagai dokumen khas bagi membenarkan pelarian tinggal di mana-mana kawasan seluruh Sabah dan Labuan serta bekerja di sektor tidak formal. Mereka dibenarkan melakukan kegiatan sedemikian bagi meneruskan dan menyara kehidupan mereka seharian sehingga keadaan di tempat asal mereka menjadi aman dan boleh pulang dengan selamat34. Usaha PPKP dan UPJKM untuk menangani masalah ini dilihat tidak begitu mencapai matlamatnya disebabkan masalah pelarian Moro di Sabah menjadi semakin kompleks. Hal ini disebabkan dua faktor iaitu mereka telah tinggal di Sabah dalam suatu tempoh masa yang lama bermula dari tahun 1975 sehingga ke hari ini dan sebahagian besar daripada mereka adalah merupakan generasi baru yang sudah berasimilasi dengan budaya dan cara hidup penduduk tempatan. Hal ini menyukarkan kerajaan untuk menggesa mereka pulang ke negara asal disebabkan generasi pelarian Moro pada hari ini adalah dilahirkan di sini dan menganggap mereka sebahagian daripada penduduk Sabah. Faktor yang berikutnya adalah keamanan sepenuhnya di tempat asal pelarian Moro belum dicapai dengan masih berlangsungnya rundingan damai antara Kerajaan Filipina dengan pejuang pembebasan walaupun rundingan ini sudah berlangsung dalam suatu tempoh masa yang sangat lama. Keadaan ini menyebabkan kerajaan berada dalam keadaan dilema dalam usaha mencari penyelesaian terbaik untuk menangani masalah pelarian Moro ini. Berbanding tindakan pencegahan yang dilakukan terhadap pelarian Moro di Sabah, tindakan pencegahan yang dilakukan terhadap pelarian Rohingya di Semenanjung

Temubual bersama Ketua Pengarah PPKP di pejabatnya, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu pada 9 Februari 2011.

34

267

adalah lebih mengelirukan lagi. Hal ini disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf status pelarian dan juga tidak menjadi ahli dalam Konvensyen Pelarian 1950. Walaubagaimanapun, kerajaan Malaysia khususnya Kerajaan Persekutuan telah membenarkan golongan pelarian Rohingya dan pelarian-pelarian lain untuk tinggal secara sementara di Semenanjung sehingga penyelesaian di kemudian hari berjaya dilaksanakan seperti penempatan di negara ketiga, pulang ke negara asal atau diintegrasikan dengan masyarakat tempatan. Hal ini berdasarkan dasar kerajaan yang menghormati prinsip non-refoulment yang melarang negara yang menjadi destinasi pelarian untuk menghantar golongan ini pulang kerana asal kerana dikhuatiri keselamatan mereka akan tergugat35. Walaupun dapat diketahui bahawa kerajaan telah membenarkan pelarian Rohingya dan pelarian-pelarian lain untuk tinggal secara sementara di Semenanjung, namun tindakan pencegahan yang berikutnya dilihat tidak dilaksanakan. Penyelidik mendapati bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai inisiatif secara langsung untuk mencegah masalah ini sebaliknya hanya menyerahkan tugas ini kepada UNHCR untuk ditangani disebabkan kerajaan merasakan tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan bantuan dan perlindungan secara langsung kepada golongan pelarian berdasarkan pendirian kerajaan yang tidak mengikiraf pelarian. Kerajaan hanya lebih memberi tumpuan kepada aspek pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pelarian Rohingya di Semenanjung ini36. Perkara ini dapat dilihat melalui dasar yang berkaitan dengan isu pelarian ini iaitu Akta Imigresen yang tidak mempunyai peruntukan untuk pelarian dari segi terma, definisi dan peraturannya. Oleh itu, golongan ini boleh dianggap35

Azizah Kassim (2010)., op.cit. Temubual bersama Pegawai MKN yang mempunyai pengkhususan mengenai isu pelarian di Malaysia bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada 2 Jun 2011.36

268

sebagai PATI dan akan diadili seperti golongan PATI yang lain37. Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa tindakan pencegahan yang dilakukan terhadap pelarian Moro di Sabah adalah lebih baik berbanding dengan tindakan pencegahan yang dilakukan terhadap golongan pelarian Rohingya di Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun penyelidik boleh simpulkan bahawa tindakan pencegahan agak sukar dilakukan memandangkan punca yang menyebabkan terjadinya masalah pelarian adalah disebabkan ia berlaku di negara asal. Tambahan pula, Kerajaan Malaysia turut sukar untuk mengawal kemasukan golongan pelarian disebabkan keadaan geografi Malaysia yang hampir dikelilingi laut dan mempunyai kawasan pendaratan yang luas.

5.6.2 Isu yang Melibatkan HAM

Penyelidik melihat isu-isu yang melibatkan masalah keganasan terhadap pelarian seperti yang telah dibincangkan oleh Sverre Lodgaard adalah tidak begitu bersesuaian dalam kajian ini38. Hal ini kerana isu-isu keganasan yang merupakan salah satu kriteria penting dalam agenda pelaksanaan Keselamatan Insan yang dihujahkan oleh Sverre Lodgaard adalah merujuk kepada golongan insan yang menjadi mangsa kesan daripada konflik peperangan yang berlaku sama ada perang di dalam negara atau perang antara negara. Hujah berkenaan kriteria keganasan ini juga digariskan secara umum oleh Sverre Lodgaard tanpa merujuk mana-mana golongan yang tertentu. Jika penyelidik menggunakan kriteria ini untuk melihat masalah pelarian Moro dan Rohingya, penyelidik

Isu mengenai dasar dan akta kerajaan berkaitan isu pelarian telah dibincangkan di bab 4 pada muka surat 173. 38 Sila lihat muka surat 64 di bab 2 untuk perbincangan pendekatan Sverre Lodgaard berkenaan isu keganasan.

37

269

mendapati bahawa isu-isu keganasan ini lebih dominan di negara asal pelarian Moro dan Rohingya sehingga memaksa mereka lari meninggalkan negara asal39. Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan oleh penyelidik berdasarkan masalah pelarian Moro dan Rohingya yang berada di Malaysia, isu yang lebih relevan adalah berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan Hak Asasi Manusia (HAM). Oleh itu, wajarlah jika penyelidik melihat masalah pelarian Moro dan Rohingya dari sudut HAM berbanding isu keganasan dalam usaha memberi fokus terhadap golongan pelarian Moro dan Rohingya untuk melihat sama ada Keselamatan Insannya tergugat atau tidak40. Sepanjang kehidupan pelarian Moro di Sabah, terdapat berlakunya suatu perkembangan dari segi fitrah insan itu sendiri. Seperti insan yang lain, pelarian Moro juga tidak terkecuali untuk berkahwin dan memiliki pasangan masing-masing serta zuriatnya. Oleh itu, sehingga ke hari ini boleh dikatakan majoriti generasi pelarian Moro yang berada di Sabah adalah bukannya golongan yang melarikan diri ke sini, sebaliknya mereka adalah anak-anak dan cucu-cicit pelarian Moro yang dilahirkan di Sabah. Walaubagaimanapun, mereka masih dianggap sebagai pelarian oleh kerajaan mahupun masyarakat tempatan41. Walaupun kerajaan telah memberikan kad IMM13 sebagai dokumen pengenalan diri dan dibenarkan untuk tinggal serta bekerja dalam sektor tidak formal di Sabah, namun penyelidik mendapati dokumen ini mempunyai kelemahan dari segi pengurusan dan pengagihannya. Ketika kerajaan menjalankan bancian semula secara besar-besaran di penghujung tahun 1980an dan awal tahun 1990an, terdapat golongan pelarian yang tidakPenyelidik membuat kenyataan ini berdasarkan pembacaan yang berkaitan mengenai masalah pelarian di Malaysia serta kajian dan pemerhatian yang dilakukan di lapangan. 40 Amnesty International (2004)., op.cit. 41 Temubual bersama Ketua Pengarah PPKP di pejabatnya, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu pada 9 Februari 2011.39

270

tampil menemui pihak berkuasa untuk menjalani proses bancian disebabkan beberapa faktor seperti perasaan bimbang dan takut kerana menganggap mereka akan ditahan oleh pihak berkuasa tempatan dan dihantar pulang ke negara asal, tidak mengetahui kerajaan menjalankan aktiviti bancian disebabkan mereka tinggal jauh di pedalaman, tidak mengetahui kepentingan bancian yang dijalankan dan terdapat juga yang tidak memahami serta tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia. Kesannya, terdapat golongan pelarian yang tidak mempunyai kad IMM13 tetapi masih meneruskan kehidupan mereka di Sabah tanpa pulang ke negara asal42. Sementara itu, terdapat juga golongan pelarian yang mempunyai kad IMM13 tetapi gagal untuk memperbaharuinya setiap tahun disebabkan faktor-faktor seperti kehilangan kad, terlupa, tidak mengambil berat, kad dicuri dan sebagainya. Oleh itu, penyelidik melihat isu-isu seperti ini akan menimbulkan masalah dalam jangka panjang dan golongan yang akan menghadapi masalah ini adalah generasi pelarian Moro yang berikutnya. Ini disebabkan apabila generasi seterusnya menjalani kehidupan di Sabah tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, ia akan memberikan masalah dalam kehidupan seharian. Kesan yang akan mereka hadapi apabila tidak memiliki dokumen IMM13 adalah mereka akan dianggap sebagai PATI dan berkemungkinan mereka akan ditangkap lalu dibawa ke depoh tahanan. Jika mereka gagal membuktikan diri sebagai pelarian, berkemungkinan mereka akan dihantar pulang ke negara asal43. Kad IMM13 diibaratkan sebagai kad pengenalan diri yang memberikan perlindungan kepada golongan pelarian Moro untuk terus tinggal dan bekerja untuk

Temubual bersama Tuan Dairin, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Imigresen Sabah di pejabatnya pada 5 Februari 2011. 43 Temubual bersama Encik Samsol Aim yang merupakan Penolong Pegawai UPJKM di SPP Kampung Hidayat, Tawau pada 14 Februari 2011.

42

271

menyara kehidupan seharian di Sabah. Tanpa IMM13, hidup mereka dilihat akan berada dalam keadaan yang tidak menentu kerana tidak dibenarkan bekerja dan tinggal di Sabah serta akan terdedah kepada risiko ditangkap, ditahan dan dihantar pulang. Keadaan ini lebih memberi kesan kepada golongan kanak-kanak pelarian Moro yang tidak mempunyai dokumen IMM13 disebabkan ibu bapa yang tidak mempunyai kad IMM13 atau gagal memperbaharuinya. Mereka akan terdedah dengan risiko sepanjang kehidupan mereka di Sabah dan Labuan. Oleh itu, penyelidik memahami bahawa dengan adanya kad IMM13, HAM bagi pelarian Moro masih boleh dikecapi walaupun pada tahap yang asas. Namun, jika mereka gagal memiliki kad IMM13 HAM pelarian Moro akan tergugat disebabkan keadaan kehidupan mereka akan terdedah kepada risiko sepanjang masa44. Keadaan pelarian Rohingya di Semenanjung pula dilihat mempunyai sedikit perbezaan berbanding pelarian Moro di Sabah dalam isu HAM. Hal ini disebabkan ia dipengaruhi oleh keputusan politik dan dasar yang berbeza di antara Sabah dan Semenanjung. Di Sabah, pelarian Moro telah diberikan kad IMM13 yang dianggap sebagai dokumen pengenalan diri dan membolehkan mereka tinggal serta bekerja di Sabah dan Labuan. Namun, pelarian Rohingya di Semenanjung tidak diberikan kad IMM13 dan keadaan ini memberi kesan terhadap kehidupan mereka seharian. Ini menyebabkan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang berisiko seperti ditangkap oleh pihak berkuasa, ditahan di depoh tahanan serta dihantar pulang ke negara asal. Apabila mereka dihantar pulang ke negara asal mereka akan menerima hukuman

Temubual bersama Encik Kamal Aripin, Penolong Pengarah Seksyen Perancangan dan Penempatan, PPKP di SPP Kampung Hidayat, Tawau pada 14 Februari 2011.

44

272

daripada pemerintah di sana dan sudah tentunya HAM mereka akan tergugat termasuklah nyawa45. Penyelidik melihat bahawa tanpa pemberian dokumen seperti IMM13 yang boleh mengesahkan kelompok Rohingya sebagai pelarian yang terpaksa meninggalkan negara asal, HAM mereka di negara ini juga akan berada dalam keadaan yang tidak menentu46. Tanpa sebarang dokumen juga, pelarian Rohingya akan dianggap setaraf dengan PATI lain yang datang ke Semenanjung berdasarkan matlamat ekonomi pada kelazimannya. Apabila pelarian Rohingya ditahan dalam operasi-operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh agensi kerajaan, mereka akan didakwa atas kesalahan-kesalahan berkaitan dengan keimigrasian seperti masuk secara tidak sah ke Semenanjung dan tinggal di sini tanpa mendapat sebarang pengesahan daripada agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Imigresen47. Antara inisiatif yang dilakukan oleh pelarian Rohingya ini ialah mereka perlu melakukan sebarang pekerjaan dalam usaha untuk memastikan keperluan asas mereka dipenuhi. Ini menjadi cabaran kepada pelarian Rohingya yang telah berkahwin dan mempunyai anak kerana bukan sahaja mereka perlu menyara diri sendiri tetapi juga isteri dan anak-anak. Disebabkan pelarian Rohingya tidak mempunyai dokumen dan kelayakan akademik yang tinggi, mereka terpaksa mencari pekerjaan dalam sektor-sektor tidak

Amnesty International (2010). Abused and Abandoned: Refugees Denied Rights in Malaysia. Amnesty International. UK 46 Disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf status pelarian, penyelidik melihat ia telah memberi pelbagai kesan dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh agensi kerajaan serta keadaan kehidupan seharian golongan pelarian. Temubual bersama Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM), Encik Hamid bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011. Sila rujuk isu mengenai dasar dan akta kerajaan berkaitan isu pelarian telah dibincangkan di bab 4 pada muka surat 173.47

45

273

formal seperti menjadi buruh binaan, pekerja restoran, petugas kebersihan dan lain-lain lagi48. Walaupun gaji yang diterima daripada hasil kerja-kerja tersebut tidak begitu lumayan dan menguntungkan, tetapi pelarian Rohingya masih boleh berpuas hati dan bersyukur jika gaji atau upah yang diberi kepada mereka boleh digunakan untuk menyara kehidupan seharian. Namun begitu, terdapat juga pelarian Rohingya yang dianiaya oleh pihak majikan yang mengambil kesempatan terhadap status mereka yang tidak menentu. Disebabkan mereka ini berstatus pelarian, pihak majikan telah menggunakan peluang ini untuk menindas pelarian Rohingya seperti melakukan kerja melebihi masa yang ditetapkan, bayaran upah yang tidak memadai dan menghukum mereka jika melakukan kesalahan49. Terdapat pelarian Rohingya yang melakukan kerja sendiri tanpa melibatkan majikan seperti mengambil upah memotong rumput dan mengutip barang-barang lusuh untuk dijual. Tetapi mereka menghadapi risiko seperti khidmat yang telah diberikan tidak dibayar serta ditipu oleh pemborong barang lusuh. Pelarian Rohingya tidak boleh melaporkan masalah-masalah yang mereka hadapi ini kepada pihak berkuasa tempatan disebabkan status mereka yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan mereka juga berkemungkinan akan ditahan disebabkan berada di negara ini secara tidak sah. Ini telah menjejaskan HAM pelarian Rohingya dalam usaha untuk mendapatkan pembelaan serta keadilan daripada pihak berkuasan mengenai masalah yang mereka hadapi ini50.

Temubual bersama pelarian Rohingya yang bernama Anuar, bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011 49 Temubual bersama Encik Ghani, Timbalan Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011. 50 Temubual bersama Encik Kader, ahli Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011.

48

274

Namun begitu, HAM pelarian Rohingya di Semenanjung mendapat sedikit pembelaan dengan bantuan daripada UNHCR yang menubuhkan pejabatnya di Kuala Lumpur. UNHCR bukan sahaja memberi perhatian terhadap pelarian Rohingya bahkan pelarian-pelarian lain yang berada di Semenanjung. Antara inisiatif yang dilakukannya ialah dengan memberi status pelarian terhadap golongan pelarian yang lari ke Semenanjung berdasarkan Undang-undang Antarabangsa dan Konvensyen Pelarian 1950. Oleh itu, UNHCR telah mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai kad pelarian UNHCR kepada golongan pelarian sebagai tanda untuk mengesahkan mereka adalah golongan perlu mendapatkan perlindungan dan berbeza daripada PATI51. Walaupun kerajaan tidak memberi pengiktirafan kepada dokumen tersebut berdasarkan dasar dan undang-undang negara, namun kad pelarian UNHCR ini sedikit sebanyak membantu pihak kerajaan dan UNHCR untuk mengenal pasti dan membezakan antara golongan pelarian dan PATI. Hal ini cukup penting kerana ia akan mempengaruhi baik atau buruk sesuatu tindakan yang diambil terhadap golongan ini. Misalnya, jika pihak berkuasa tempatan menahan seorang PATI dari Indonesia semestinya PATI ini akan ditahan di depoh tahanan dan apabila siasatan terhadapnya telah selesai, dia akan dihantar pulang ke negara asalnya. Tetapi jika pelarian Rohingya ditahan, mereka masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan dan permohonan dengan menunjukkan dokumen kad pelarian UNHCR dan berharap adanya perasaan simpati serta budi bicara daripada pihak berkuasa untuk melepaskannya52. Penyelidik melihat pemberian dokumen adalah mekanisme yang penting dalam usaha melindungi HAM pelarian Rohingya walaupun ia hanya pada tahap yang minimum.Temubual bersama Pegawai Perhubungan Awam UNHCR Malaysia pada 22 April 2011 bertempat di UNHCR Malaysia, Kuala Lumpur. 52 Ibid,.51

275

5.3.3 Kerjasama antara Kerajaan, Badan Antarabangsa (UNHCR) dan NGO

Penyelidik mendapati pada suatu ketika dahulu Kerajaan Negeri Sabah mempunyai hubungan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti UNHCR yang datang ke Sabah sekitar tahun 1975. Hal ini telah dibincangkan oleh penyelidik di bab 4 pada muka surat 230 mengenai kerjasama yang dijalinkan. Namun, disebabkan pertukaran kepimpinan politik yang berlaku ia juga mempengaruhi hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan UNHCR53. UNHCR telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mengintegrasikan pelarian Moro dengan masyarakat tempatan disebabkan keadaan di negara asal mereka belum menemui keamanan akibat konflik yang masih berlarutan dan juga Sabah memerlukan golongan ini untuk mempertingkatkan sektor ekonomi dari segi pembinaan, perladangan dan perkhidmatan seperti kenyataan ini We want the refugees to be assimilated into the local population. At the same time we want them to contribute to the local economy (Daily Express, 7 Julai 1978). Cadangan ini telah disokong oleh kenyataan Kerajaan Negeri ketika itu iaitu the aim of the

Government is to provide permanent settlement to these 50,000 refugees who are scattered all over the state (Jabatan Ketua Menteri, 1976). Sementara menunggu keadaan di negara asal pulih daripada konflik yang berlaku, pelarian Moro dibenarkan menetap di Sabah dan Kerajaan Negeri telah membenarkan mereka untuk bekerja bagi menyara kehidupan seharian seperti kenyataan Tan Sri Benard Dompok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatakan to stay and work without limitation of time in Sabah and Labuan. . . . they (Filipino refugees) were

53

Azizah Kassim (2009)., op.cit.

276

also encouraged to return to their home country once the situation permits them to do so. (DailyExpress, 18 April 2001). Usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama UNHCR dilihat mempunyai kesan yang positif terhadap penanganan masalah pelarian Moro di Sabah. Namun begitu, pertukaran parti politik yang memerintah di Sabah pada tahun 1985 memberi kesan sebaliknya terhadap penanganan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama UNHCR. Parti PBS yang didominasi oleh kaum Bumiputera tempatan dan majoritinya bukan beragama Islam iaitu kaum Kadazan Dusun yang memerintah Sabah mulai 1985 telah melihat masalah pelarian Moro di Sabah sebagai satu ancaman keselamatan

berbanding isu kemanusiaan dan kebajikan oleh Kerajaan Negeri terdahulu. Kehadiran pelarian Moro di Sabah juga mampu memberi kesan terhadap geopolitik Sabah pada masa hadapan jika mereka tidak pulang ke negara asal. Kenyataan ini disokong oleh Bahrin dan Rachagan yang mengatakan:

For Sabah, the existence of a large number of Filipinos, even while satisfying the current critical labour needs of the state, has immense social and political implications. . . . The predominantly non-Muslim Kadazans who consider themselves the definitive people of Sabah already fear that the influx of Filipino Muslims would jeopardise their tenuous claim to numerical strength and therefore, cultural and political supremacy in Sabah. . . . The Kadazans are not alone in their fear. The Chinese community, amongst whom are the principal beneficiaries of cheap labour of

277

the Filipinos have also been responsive to the alarm raised by the politicians (Bahrin dan Rachagan,1984),

Kerajaan Negeri pimpinan PBS melihat kerjasama dengan UNHCR akan memberi kelebihan kepada pelarian Moro di Sabah disebabkan matlamat utama UNHCR adalah berharap agar pelarian Moro akan diintegrasikan bersama kehidupan masyarakat tempatan. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah bersikap dingin terhadap kerjasama bersama UNHCR. Oleh itu, pada tahun 1987 UNHCR telah membuat keputusan untuk memberhentikan operasinya di Sabah seperti kenyataan yang dilakukan iaitu:

We eventually closed down our office in 1987, after UNHCR determined that this refugee group had a standard of living comparable to the local population. Meaning that more or less they were on their own feet. Since then, UNHCR did not have any representative office outside Kuala Lumpur. (Ong, 2005).

Berdasarkan perbincangan di atas, penyelidik mendapati bahawa pertukaran tampuk kepimpinan politik di Sabah sememangnya memberi kesan terhadap hubungan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan UNHCR. Tambahan pula, kepimpinan negeri Sabah yang digantikan dengan pimpinan yang bukan beragama Islam telah mengubah pandangan kerajaan negeri daripada melihat masalah pelarian Moro dari sudut kebajikan kepada ancaman keselamatan. Walaupun temubual yang dijalankan oleh penyelidik terhadap Datuk Wifred Tangau yang mengatakan jika pelarian Moro diberi taraf

278

warganegara sebagai cara untuk menangani masalah pelarian ini, maka akan wujud suatu fenomena yang dinamakan sebagai reverse take over yakni orang Moro ini akan menuntut daripada kerajaan Malaysia untuk keluar daripada Persekutuan Malaysia54. Namun, pada temubual lain yang dijalankan terhadap pelarian Moro mereka menyatakan perasaan bersyukur dengan kesudian kerajaan menerima mereka untuk tinggal di Sabah55. Di samping itu, mereka memohon kepada kerajaan untuk menceburi diri dalam bidang ketenteraan untuk membuktikan kesetiaan mereka terhadap negara dan cinta kepada tanah air ini56. Hal ini disokong oleh temubual dengan Ketua Pengarah PPKP yang mengatakan pelarian Moro berasa gembira dan bersyukur kerana berpeluang mengecapi kehidupan di Sabah dan mereka tidak akan mengkhianati budi yang telah dicurahkan oleh kerajaan57. Mengenai hubungan antara kerajaan dengan NGO dalam menangani masalah pelarian Rohingya di Semenanjung, penyelidik melihat terdapat dua jenis hubungan yang boleh dibincangkan iaitu hubungan kerajaan dengan UNHCR sebagai badan antarabangsa dan hubungan kerajaan dengan NGO tempatan. Melalui temubual serta pemerhatian di lapangan, penyelidik mendapati bahawa kerajaan mempunyai hubungan kerjasama dengan UNHCR namun kerajaan tidak mempunyai hubungan kerjasama secara langsung dengan NGO tempatan. Walaupun kerajaan mempunyai hubungan kerjasama dengan UNHCR namun penyelidik melihat hubungan kerjasama ini tidak begitu berkesan

Temubual bersama Datuk YB. Wilfed M. Tangau, bekas ahli Parlimen P.170, Tuaran di pejabatnya, Kota Kinabalu pada 1 Februari 2011. 55 Focus Group Discussion (FGD) telah diadakan pada 14 Februari 2011 di antara penyelidik bersamasama JKKKMP di SPP Kampung Hidayat Tawau bersama-sama Pengerusi JKKKMP, Tuan Haji Mohd Tahir dan Ahli-ahli jawatankuasanya iaitu Encik Mohd, Encik Suaib, Encik Zulkifli dan Encik Iya. 56 Temubual bersama Encik Mubin Bin Parajah, Pengerusi JKKKMP Pulau Mabul, Semporna pada 13 Februari 2011. 57 Temubual bersama Pengarah PPKP di Komplek Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu pada 2 Februari 2011.

54

279

disebabkan faktor kepercayaan yang tidak begitu mendalam dan juga faktor keselamatan58. UNHCR telah mengambil langkah untuk mengadakan rundingan dengan kerajaan mengenai pemberian dokumen dan pengesahan status terhadap golongan pelarian Rohingya yang berada di Malaysia59. UNHCR telah mengadakan rundingan dengan kerajaan disebabkan kerjasama dengan pihak kerajaan amat penting memandangkan kerajaan adalah merupakan badan yang bertanggungjawab untuk menggubal, mentadbir dan melaksanakan dasar serta undang-undang negara60. Oleh sebab itu, UNHCR melihat bahawa penglibatan kerajaan dalam menangani masalah pelarian Rohingya adalah suatu kemestian dan hasilnya pada tahun 2003 hingga 2004 UNHCR melalui ketua perwakilannya di Malaysia iaitu Dr. Volker Turk telah telah mengadakan rundingan dan kerjasama dengan kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Menteri di JPM iaitu Datuk Seri Nazri Aziz. Kesinambungan daripada rundingan dan kerjasama tersebut maka kerajaan

Temubual yang dijalankan oleh penyelidik terhadap pegawai MKN dan Pengarah PPKP yang menyatakan UNHCR mempunyai agenda tersembunyi serta UNHCR juga telah melebihi bidang tugas yang sepatutnya dilakukan. Di samping itu, jika kerajaan mengikuti saranan UNHCR maka negara berkemungkinan akan menerima ancaman kebanjiran warga asing khususnya daripada golongan pelarian. Temubual bersama Pegawai MKN yang mempunyai pengkhususan mengenai isu pelarian di Malaysia bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada 2 Jun 2011 dan Temubual bersama Pengarah PPKP di Komplek Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu pada 2 Februari 2011. 59 SUARAM, Over 20 Burmese Asylum Seekers and Refugees Arrested by RELA, Kenyataan media pada 5 April 2007, Diakses di at http://www.suaram.net/index.php?option=com_content&task=view&id=84&Itemid=31 dan SUARAM, Release all Refugees and Asylum Seekers and Stop the Use of RELA Immediately, Kenyataan media pada 30 April 2007, Diakses di http://www.suaram.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19&Itemid=29 60 UNHCR bantu pelarian Rohingya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0409&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri &pg=dn_31.htm&arc=hive Tarikh diakses 21/9/11

58

280

telah bersetuju untuk melaksanakan proses pendokumentasian terhadap golongan pelarian Rohingya yang berada di Semenanjung ini61.

Rajah 5.1: Surat Pengesahan Terawal yang Dikeluarkan oleh UNHCR untuk Pelarian Rohingya

SUARAM, IMM 13 Registration Exercise for Rohingya Refugees Should Continue, Kenyataan media pada 30 Ogos 2006.

61

281

Kerajaan telah mengambil masa selama kira-kira dua tahun untuk melaksanakan dasar ini dan akhirnya pada 1 Ogos 2006 kerajaan telah melancarkan proses pendaftaran bagi pemberian dokumen khas di bawah Akta Immigresen iaitu IMM13 terhadap golongan pelarian Rohingya. Melalui pemberian dokumen IMM13 ini, pelarian Rohingya dibenarkan tinggal di Semenanjung untuk suatu tempoh yang sementara serta mereka dibenarkan bekerja dalam sektor tidak formal dan anak-anak mereka boleh bersekolah di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Oleh itu, bermula dari 1 Ogos 2006 kira-kira seramai 12000 orang pelarian Rohingya mendaftarkan diri dengan kerajaan dan dokumen IMM13 ini perlu diperbaharui setiap tahun dengan bayaran sebanyak RM90.00.

Walaubagaimanapun, dua minggu kemudian

kerajaan telah memansuhkan dan

membatalkan proses pendaftaran ini tanpa sebarang pengumuman disebabkan terdapatnya unsur-unsur penipuan dan penyelewangan dalam proses pendaftaran ini62. Boleh dikatakan kerjasama antara kerajaan dan UNHCR menemui kegagalan disebabkan pendaftaran dan pemberian IMM13 terhadap pelarian Rohingya tidak dapat dilaksanakan. Penyelidik berpendapat bahawa tindakan kerajaan untuk membatalkan proses ini disebabkan kerajaan tidak mahu mengambil risiko kerana apabila pelarian Rohingya mendapat IMM13, maka golongan pelarian yang lain akan menuntut hak yang sama dan kesan ini akan menyebabkan negara terdedah kepada ancaman dari segi politik, sosial dan ekonomi pada masa hadapan. Walaupun kesan daripada pembatalan proses pendaftaran IMM13 terhadap pelarian Rohingya menyebabkan hubungan antara kerajaan dan UNHCR menjadi dingin, namun UNHCR masih tidak berputus asa untuk

62

SUARAM (2008) Undocumented migrants and refugees in Malaysia: Raids, Detention and Discrimination. Suara Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur

282

mengadakan rundingan dari masa ke semasa dengan kerajaan dalam usaha untuk menangani masalah pelarian di Malaysia dengan lebih baik dan menyeluruh63. Penyelidik melihat bahawa kerajaan bukan sahaja pernah bekerjasama dengan UNHCR tetapi dengan NGO tempatan. Namun, segala hubungan kerjasama yang dijalankan adalah berdasarkan kepada kesediaan kerajaan untuk melakukan hubungan kerjasama. Jika kerajaan enggan untuk bekerjasama maka hubungan kerjasama dengan NGO tidak akan berjaya dilakukan walaupun NGO tempatan menyatakan kesudian untuk bekerjasama. Oleh sebab itu, penyelidik mendapati bahawa NGO tempatan seperti ABIM, FGN dan SUARAM lebih menumpukan aspek kerjasama dengan UNHCR dalam usaha menangani masalah pelarian di Semenanjung tanpa melibatkan penyertaan kerajaan di dalamnya64. Oleh itu, NGO tempatan ini telah mendapatkan bantuan daripada UNHCR seperti bantuan kewangan dan khidmat nasihat untuk membantu golongan pelarian Rohingya khususnya yang berada jauh daripada Ibupejabat UNHCR yang terletak di Kuala Lumpur. Antara kerjasama yang dilakukan adalah seperti memberi akses pendidikan dan latihan peningkatan kapasiti terhadap golongan pelarian65. Mengenai ketiga-tiga agenda pelaksanaan yang perlu ada dalam dasar Keselamatan Insan bagi golongan pelarian di Malaysia, penyelidik mendapati bahawa agenda-agenda yang telah dibincangkan di atas seperti tindakan pencegahan, isu HAMPenyelidik melihat hubungan kerjasama antara pihak kerajaan dan UNHCR adalah dingin berdasarkan tembual penyelidik terhadap seorang pensyarah IPTA yang menjalankan kajian mengenai pelarian Rohingya di Semenanjung. Pensyarah tersebut mengatakan kerajaan di bawah MKN telah memberi geran penyelidikan dengan mengkaji pelarian Rohingya di Semenanjung untuk mengetahui jumlah, kedudukan dan keadaan kehidupan mereka di sini. Penyelidik difahamkan bahawa kerajaan lebih yakin dengan hasil kajian sekumpulan pensyarah IPTA ini berbanding data-data mengenai pelarian Rohingya yang dimiliki oleh UNHCR. 64 Temubual bersama Haji Ibrahim, Pegawai Hal Ehwal Orang Rohingya PERKIM bertempat di Bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Kuala Lumpur pada 18 Ogos 2011. 65 Temubual bersama Tuan Haji Zaki Bin Haji Abdul Rahman, Pengetua Rohingya Educatioan Centre (REC) kelolaan Future Global Network (FGN) bertempat di REC Seberang Perai, Pulau Pinang pada 3 Februari 2012.63

283

serta kerjasama antara kerajaan dan NGO tidak berjaya dipenuhi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri. Hal ini kerana agenda-agenda tersebut adalah dipengaruhi oleh keputusan politik yang diputuskan oleh kerajaan untuk melihat masalah pelarian Moro dan Rohingya bukan daripada aspek Keselamatan Insan tetapi daripada aspek Keselamatan Negara. Walaupun kerajaan mendapat gesaan daripada badan antarabangsa seperti UNHCR dan NGO tempatan untuk menangani masalah berteraskan prinsip HAM dan kemanusiaan namun kerajaan tetap tegas dengan keputusannya untuk melihat kehadiran golongan pelarian Moro dan Rohingya serta pelarian-pelarian lain di Malaysia adalah merupakan suatu ancaman keselamatan keselamatan yang mampu memberi kesan negatif terhadap negara pada masa hadapan jika ia tidak ditangani dengan segera. Penyelidik melihat juga bahawa ketiga-tiga agenda yang perlu ada dalam dasar Keselamatan Insan bagi golongan pelarian mempunyai persamaan dan perbezaan di antara penanganan masalah pelarian yang dilakukan di Semenanjung dan Sabah. Mengenai persamaan yang timbul ialah tindakan pencegahan dan isu HAM yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah dipengaruhi oleh keputusan politik mereka. Misalnya, di Sabah Kerajaan Negeri yang meminta bantuan Kerajaan Pusat telah membuat keputusan untuk memberikan IMM13 kepada pelarian Moro supaya mereka boleh tinggal secara sementara di Sabah dan Labuan serta mendapatkan pekerjaan di sektor tidak formal bagi menyara kehidupan seharian. Di Semenanjung pula, ia agak kompleks kerana pemberian IMM13 hanya diberikan oleh golongan pelarian tertentu sahaja seperti pelarian Aceh. Pelarian Rohingya suatu ketika hampir berjaya mendapatkan IMM13 namun proses ini telah dibatalkan oleh kerajaan dengan alasan yang tidak jelas.

284

Walaupun golongan pelarian Rohingya tidak berjaya mendapatkan IMM13 dan berkemungkinan akan berhadapan dengan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan oleh kerajaan, tindakan ini telah disusuli dengan elemen kemanusiaan di mana walaupun kerajaan tidak mengiktiraf mereka sebagai golongan yang berstatus pelarian, namun kerajaan telah mengelarkan golongan pelarian ini sebagai PATI yang memegang kad UNHCR di mana kerajaan telah bertindak untuk tidak menahan pelarian Rohingya asalkan mereka menunjukkan kad IMM13 kepada penguatkuasa yang menahan mereka. Sungguhpun jika mereka ditangkap dan dibawa ke depoh tahanan, pihak kerajaan akan menghubungi wakil UNHCR untuk mengesahkan pelarian Rohingya yang ditahan adalah seorang pelarian atau sebaliknya mereka akan dibebaskan apabila UNHCR berjaya menyakinkan wakil penguatkuasa bahawa mereka adalah golongan pelarian Bagi agenda kerjasama antara kerajaan dan NGO, penyelidik mendapati ia mempunyai perbezaan di antara penanganan yang dilakukan terhadap pelarian Moro di Sabah dan pelarian Rohingya di Semenanjung. Hal ini kerana pada suatu ketika dahulu Kerajaan Negeri pernah dibantu oleh UNHCR untuk menangani maslah pelarian Moro namun bantuan ini telah diberhentikan disebabkan UNHCR telah menutup pejabatnya di Sabah dan menumpukan perhatian terhadap golongan pelarian yang berada di Semenanjung pula. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah mengambil alih sepenuhnya dan kemudian Kerajaan Pusat telah datang dengan menubuhkan PPKP bagi membantu Kerajaan Negeri menangani bukan sahaja masalah pelarian Moro tetapi termasuklah PATI dan buruh asing yang berada di Sabah dan Labuan. Di Semenanjung pula, kerajaan pada suatu ketika dahulu pernah mengadakan hubungan kerjasama dengan NGO tempatan tetapi ia hanya bersifat sementara sahaja. Kini kerajaan telah menjalinkan

285

kerjasama dengan UNHCR dalam menangani masalah pelarian yang berlaku di Semenanjung. Walaupun hubungan kerjasama ini agak dingin dan tidak jelas, namun ia masih diteruskan disebabkan masalah pelarian adalah merupakan masalah yang kompleks dan kerajaan juga mahu menjaga hubungan diplomasi dan politiknya dengan UNHCR yang merupakan salah sebuah agensi yang berada di bawah naungan PBB.

5.4 Kesan Penanganan Masalah Pelarian Terhadap Keselamatan Insan Pelarian Moro dan Rohingya Berdasarkan 7 Kategori Keselamatan Insan UNDP

Di bahagian ini, penyelidik akan melihat kesan daripada pelaksanaan dasar dan keputusan politik kerajaan yang mempengaruhi keadaan kehidupan pelarian Moro dan Rohingya di Malaysia berdasarkan 7 kategori yang terdapat dalam konsep Keselamatan Insan UNDP seperti yang telah dibincangkan di bab 2. Ini untuk melihat sama ada kesan daripada pelaksanaan penanganan yang dilakukan ini memenuhi matlamat Keselamatan Insan iaitu kebebasan daripada ketakutan dan kebebasan daripada kekurangan atau sebaliknya. 7 kategori ini ialah seperti Keselamatan Ekonomi, Keselamatan Makanan, Keselamatan Kesihatan, Keselamatan Persekitaran, Keselamatan Personal, Keselamatan Komuniti dan juga Keselamatan Politik. Namun begitu, penyelidik akan menambah satu lagi kategori keselamatan yang perlu ada bagi golongan pelarian iaitu Keselamatan Pendidikan. Relevansi Keselamatan Pendidikan akan dibincangkan oleh penyelidik selepas membincangkan mengenai 7 kategori Keselamatan Insan UNDP.

286

5.4.1 Keselamatan Ekonomi

Menurut konsep Keselamatan Insan UNDP, Keselamatan ekonomi merujuk kepada jaminan seseorang individu itu untuk mempunyai sumber pekerjaan. Melalui pekerjaan yang dilakukan ia menjadi akses kepada pendapatan bagi menyara kehidupan seharian. Tanpa melakukan sesuatu pekerjaan maka tidak mungkin seseorang itu mampu menjana pendapatan untuk memenuhi keperluan harian66. Berlandaskan kategori ini, penyelidik mendapati bahawa kedua-dua pelarian Moro dan Rohingya telah dibenarkan bekerja di Malaysia dengan syarat mereka hanya boleh bekerja di sektor tidak formal sahaja seperti kenyataan ini Refugees who are waiting to be resettled to third countries are not allowed to work but can take on odd-jobs67. Pelarian Moro hanya dibenarkan bekerja di dalam negeri Sabah dan pelarian hanya dibenarkan bekerja di Semenanjung Malaysia sahaja. Jika mereka di luar batasan tersebut, tindakan akan diambil oleh penguatkuasa dengan menahan mereka di depoh tahanan serta akan dibicarakan di mahkamah tempatan68. Dari segi Keselamatan Ekonomi ini apabila penyelidik melakukan penelitian mengenai kajian yang dilakukan oleh Profesor Azizah Kassim dan kajian di lapangan, penyelidik mendapati bahawa pelarian Moro lebih dahulu mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk bekerja berbanding dengan pelarian Rohingya. Pada permulaan kehadiran pelarian Rohingya di Semenanjung, mereka hanya dibenarkan tinggal di sini tetapi tidak

UNDP (1994)., op.cit. Kenyataan Kerajaan Malaysia dalam Akbar Tempatan berbahasa Inggeris iaitu The Star http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/21/nation/20100221173332&sec=nation Tarikh diakses 22/2/10. 68 Temubual bersama Pengarah PPKP di Komplek Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu pada 2 Februari 2011.67

66

287

dibenarkan bekerja memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen. Perkara ini agak mustahil untuk dilaksanakan kerana jika kerajaan tidak membenarkan pelarian Rohingya untuk bekerja maka siapakah yang akan bertanggungjawab untuk menyara kehidupan pelarian Rohingya di Semenanjung?69 Oleh sebab itu, UNHCR telah mengadakan rundingan kerajaan terhadap isu ini dan akhirnya pelarian Rohingya dan lain-lain pelarian di Semenanjung dibenarkan bekerja tetapi hanya di dalam sektor yang tidak formal. Keputusan ini memberi manfaat kepada semua pihak kerana golongan pelarian khususnya pelarian Rohingya boleh mencari sumber pendapatan mereka sendiri tanpa melibatkan peranan kerajaan dan UNHCR. Walaubagaimanapun, dengan keadaan mereka yang tidak berdokumen

menyebabkan pelarian Moro dan Rohingya sukar mencari pekerjaan disebabkan ia berkaitan dengan undang-undang pekerjaan yang mahukan majikan mengambil pekerja yang mempunyai dokumen yang sah dan lengkap70. Oleh itu, para majikan berasa bimbang jika mereka mengambil golongan pelarian bekerja dengan mereka kerana jika diketahui oleh pihak berkuasa, mereka akan dikenakan tindakan. Pada masa yang sama, golongan majikan pula boleh mengambil kesempatan terhadap pelarian yang bekerja dengan mereka dengan memberi upah yang sedikit serta perlu bekerja lebih masa dengan alasan mereka terpaksa mengambil risiko untuk membenarkan golongan pelarian ini bekerja dengan mereka71. Oleh sebab itu, pelarian dilihat sering ditindas jika menghadapi situasi seperti di atas, namun tidak dinafikan terdapat juga golongan yang majikan yang baik hati dan menghormati golongan pelarian disebabkan kerajinan dan kejujuran yang

Temubual bersama Pegawai Perhubungan Awam UNHCR Malaysia pada 22 April 2011 bertempat di UNHCR Malaysia, Kuala Lumpur. 70 Azizah Kassim (2009)., op.cit. 71 Azizah Kassim (2010)., op.cit.

69

288

ditonjolkan72. Bagi pelarian Rohingya misalnya, jika mereka tidak mendapat sebarang peluang pekerjaan, mengemis merupakan cara terakhir untuk menjana pendapatan dan situasi ini sering ditemui oleh penyelidik ketika menjalankan tinjauan di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dan orang ramai seperti di Padang Kota serta perhentian bas dan teksi di Butterworth. Kawasan-kawasan ini terletak di Pulau Pinang73. Berdasarkan perbincangan di atas, penyelidik mendapati bahawa Keselamatan Ekonomi pelarian Moro adalah lebih baik daripada pelarian Rohingya disebabkan pelarian Moro mempunyai dokumen IMM13 yang membenarkan mereka bekerja di Sabah dan Labuan. Manakala pelarian Rohingya yang hanya berbekalkan kad pelarian UNHCR sukar mendapatkan pekerjaan kerana ia bukan suatu jaminan oleh kerajaan untuk mendapatkan mereka pekerjaan dan pada masa yang sama pelarian Rohingya perlu bersaing dengan pelarian-pelarian lain yang berada di Semenanjung serta golongan majikan yang keberatan untuk memberikan pekerjaan kepada mereka. Walaupun kerajaan sedang mencari penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan masalah pelarian berkaitan pemberian pekerjaan74, namun jika ia tidak ditangani dengan segera maka Keselamatan Ekonomi pelarian Rohingya akan tergugat serta akan memberi kesan kepada Keselamatan Makanan golongan pelarian Rohingya.

Temubual bersama Encik Kader, ahli Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011. 73 Kenyataan ini adalah merupakan pengalaman penyelidik menjalankan kajian lapangan dan pemerhatian di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai dan para pelancung di Pulau Pinang. Penyelidik juga menemubual secara bersahaja terhadap beberapa peminta sedekah yang merupakan pelarian Rohingya yang terdiri daripada golongan kanak-kanak dan wanita. 74 Government may allow refugees to work http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/22/nation/5692963&sec=nation Tarikh diakses 22/2/10.

72

289

5.4.2 Keselamatan Makanan

Keselamatan Makanan adalah berkait rapat dengan Keselamatan Ekonomi kerana ia melibatkan kemampuan seseorang individu itu memiliki akses kepada perolehan sumber makanan iaitu pekerjaan75. Setelah kerajaan memberi kebenaran terhadap golongan pelarian Moro dan Rohingya untuk bekerja bagi menampung keperluan seharian, penyelidik melihat bahawa kedua-dua golongan pelarian ini mempunyai

persamaan dari segi pekerjaan yang dilakukan di Malaysia dari segi sektor tidak formal. Sebelum pelarian Moro lari ke Sabah, mereka telah menjadikan sektor pertanian dan perikanan sebagai pekerjaan utama mereka dan penyelidik berpendapat ia dipengaruhi oleh keadaan geografi tempat tinggal mereka di pulau-pulau dan ia merupakan sebahagian daripada cara hidup dan budaya yang diamalkan sejak turun temurun76. Pelarian Rohingya juga adalah merupakan golongan petani dan nelayan di negara asal dan pekerjaan yang diamalkan ini juga dipengaruhi oleh faktor geografi dan budaya77. Apabila pelarian Moro dan Rohingya melarikan diri ke Malaysia, kedua-duanya dilihat telah bekerja di sektor yang berbeza daripada negara asal. Kebanyakan pelarian Moro dan Rohingya terutamanya golongan lelaki bekerja di sektor pembinaan sebagai buruh kasar78. Namun, tidak dinafikan juga terdapat di antara mereka yang melakukan pelbagai aktiviti pekerjaan seperti di dalam sektor perkhidmatan iaitu menjadi pembantu kedai dan restoran, penyapu sampah, tukang kebun dan terdapat juga sebilangan kecil75

UNDP (1994)., op.cit. Temubual bersama Encik Mohammad, pelarian Moro yang tinggal di SPP Kampung Bahagia, Sandakan pada 11 Februari 2011. 77 Temubual bersama pelarian Rohingya yang bernama Anuar, bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011 78 Temubual bersama Encik Komri, seorang pelarian di SPP Kampung Bahagia, Sandakan pada 11 Februari 2011.76

290

yang bekerja di sektor perikanan dan perladangan tetapi sektor ini tidak mendapat sambutan daripada mereka79. Di samping itu, terdapat juga di antara mereka yang bekerja secara sendiri dengan mengutip barang-barang buangan untuk dijual serta menjadi golongan peniaga secara kecil-kecilan80. Penyelidik melihat semua pekerjaan yang dilakukan oleh golongan pelarian Moro dan Rohingya ini adalah demi menyara keperluan seharian untuk mendapat akses kepada sumber makanan. Walaubagaimanapun, pekerjaan yang dilakukan oleh golongan pelarian Moro dan Rohingya ini tidak memberi menjaminkan pendapatan yang akan diperoleh secara tetap. Hal ini disebabkan mereka bekerja dalam sektor yang tidak formal dan terdedah kepada risiko seperti ditipu oleh majikan atau orang yang menggunakan khidmat mereka81. Walaupun terdapat badan-badan NGO seperti PERKIM dan ABIM atau agensi kerajaan seperti Pusat Urus Zakat, Baitul Mal atau Jabatan Agama Islam yang memberi sumbangan barang-barang keperluan asas seharian terhadap golongan pelarian ini, namun sumbangan seperti ini hanya berlaku pada tempoh masa tertentu misalnya sama umat Islam menyambut Bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban. Oleh itu, golongan pelarian lebih mengharapkan hasil pendapatan daripada pekerjaan yang dilakukan dan jika pekerjaan mereka terjejas maka ia akan mempengaruhi akses golongan pelarian untuk mendapatkan bekalan makanan82.

79

Focus Group Discussion (FGD) telah diadakan pada 14 Februari 2011 di antara penyelidik bersamasama JKKKMP di SPP Kampung Hidayat Tawau bersama-sama Pengerusi JKKKMP, Tuan Haji Mohd Tahir dan Ahli-ahli jawatankuasanya iaitu Encik Mohd, Encik Suaib, Encik Zulkifli dan Encik Iya. 80 Azizah Kassim (2005)., op.cit. 81 Temubual bersama Encik Ghani, Timbalan Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011. 82 Ibid.,

291

5.4.3 Keselamatan Kesihatan

Keselamatan kesihatan atau jaminan kesihatan adalah bermatlamat bagi menjamin perlindungan yang minimum terhadap individu daripada daripada penyakit dan wabak yang berisiko menjejaskan kesihatan83. Golongan pelarian juga tidak terkecuali untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan kesihatan bagi menjaminkan taraf kesihatan mereka. Pelarian Moro suatu ketika dahulu hanya perlu membayar rawatan dan pemeriksaan kesihatan setaraf dengan penduduk tempatan. Ini menyebabkan keadaan kesihatan mereka boleh diperiksa secara berkala dari semasa ke semasa84. Namun, setelah kerajaan menarik balik perkhidmatan ini maka pelarian Moro perlu membayar harga setaraf dengan orang asing yang lebih mahal daripada harga untuk penduduk tempatan. Misalnya jika rawatan untuk pesakit luar adalah sekitar RM1.00, maka kos yang sama untuk warga asing adalah RM15.00. Hal ini menyebabkan pelarian Moro berada dalam keadaan dilema kerana apabila terdapat ahli keluarga yang sakit, mereka tidak mampu untuk pergi ke hospital atau klinik kerajaan disebabkan kos rawatan yang tinggi85. Pelarian Rohingya turut mengalami nasib yang sama dengan pelarian Moro di mana pada permulaanya mereka perlu mengikuti harga yang dikenakan oleh warga asing terhadap kos rawatan yang dikenakan. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai tindakan yang dilakukan oleh golongan pelarian ini dalam usaha memastikan mereka mendapat rawatan kesihatan. Misalnya, terdapat golongan pelarian yang melarikan diri dari hospital secara diam-diam kerana tidak mampu untuk membayar kos rawatan. Di samping itu,

84

UNDP (1994)., op.cit. Azizah Kassim (2005)., op.cit. 85 Temubual bersama Puan Norin Binti Osman, seorang pelarian Moro yang tinggal di SPP Kampung Bahagia, Sandakan pada 11 Februari 2011.

83

292

terdapat golongan pelarian yang lebih rela melahirkan anak di rumah daripada di hospital serta mereka lazimnya akan pergi ke kedai ubat persendirian atau farmasi bagi mendapatkan ubat yang diperlukan untuk penyakit yang dihidapi86. Tetapi, beban golongan pelarian Moro dan Rohingya serta lain-lain pelarian terhadap kos rawatan kesihatan berjaya dikurangkan sedikit disebabkan kerajaan telah bersetuju untuk melakukan potongan sebanyak 50% daripada kos rawatan asal yang dikenakan terhadap mereka seperti kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di JPM iaitu "Pelarian ini layak mendapat diskaun sebanyak 50 peratus ke atas caj perubatan berbanding dengan kadar biasa yang perlu dibayar oleh warga asing berdasarkan Akta Fi 1951 (Akta 209)87. Walaupun pelarian hanya perlu membayar dengan kadar yang lebih rendah daripada warga asing yang lain namun ia masih menjadi kepada golongan pelarian yang tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

5.4.4 Keselamatan Persekitaran

Keselamatan persekitaran adalah merujuk kepada perlindungan insan daripada ancaman perbuatan insan yang lain terhadap alam sekitar88. Tetapi, berdasarkan kajian ini penyelidik akan membincangkan mengenai keadaan persekitaran tempat tinggal pelarian Moro dan Rohingya sama ada berada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya. Penyelidik mendapati bahawa kebanyakkan pelarian Moro lebih gemar untuk tinggal di

Temubual bersama Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM), Encik Hamid bertempat di Universiti Sains Malaysia pada 6 Julai 2011. 87 Kerajaan tidak pernah dera atau cederakan pelarian http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=utusan_malaysia&sec=Parlimen&pg= pa_04.htm&arc=hive Tarikh diakses 29/7/10 88 UNDP (1994)., op.cit.

86

293

kawasan yang berhampiran dengan laut dan ini mungkin disebabkan ia dipengaruhi oleh budaya dan cara hidup yang telah diamalkan sejak turun temurun89. Di samping itu, isu tempat tinggal ini telah mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri dan UNHCR suatu ketika dahulu, maka Kerajaan Negeri telah menyediakan tapak di samping UNHCR menyumbangkan dana untuk membina penempatan sementara di kawasan-kawasan tertentu. Tujuan dibina penempatan ini adalah supaya pelarian Moro ini boleh diasingkan daripada PATI yang lain dan memudahkan pihak kerajaan untuk menyelia dan menguruskan mereka. Namun, terdapat golongan pelarian Moro yang tinggal di luar kawasan penempatan yang disediakan dan tinggal bersama-sama golongan PATI yang lain disebabkan faktor pekerjaan. Oleh itu, ia menyukarkan pihak kerajaan untuk memantau keadaan kehidupan pelarian Moro ini90. Ketika pelarian Moro mendiami penempatan yang dibina oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama UNHCR, kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik terpaksa dikongsi bersama. Misalnya, dalam sesebuah penempatan hanya dibekalkan mesin penjana elektrik dan sebuah pam air untuk kegunaan seharian91. Walaubagaimanapun, penyelidik melihat pada masa kini terdapat penempatan pelarian Moro yang sudah mempunyai bekalan air paip secara persendirian dan juga bekalan elektrik secara terus ke

Focus Group Discussion (FGD) telah diadakan pada 14 Februari 2011 di antara penyelidik bersamasama JKKKMP di SPP Kampung Hidayat Tawau bersama-sama Pengerusi JKKKMP, Tuan Haji Mohd Tahir dan Ahli-ahli jawatankuasanya iaitu Encik Mohd, Encik Suaib, Encik Zulkifli dan Encik Iya. 90 Temubual bersama Tuan Haji Moktar Yassin Ajam, Setiausaha Hal Ehwal dalam Negeri dan Penyelidikan merangkap Pengarah UPJKM di Pejabat Hal Ehwal dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri, Likas, Kota Kinabalu pada 10 Februari 2011. 91 Temubual bersama Encik Mohammad, pelarian Moro yang tinggal di SPP Kampung Bahagia, Sandakan pada 11 Februari 2011. Di samping itu, ketika Profesor Azizah Kassim menjalankan kajian mengenai pelarian Moro beberapa tahun yang lalu, beliau mencatatkan kemudahan asas di kawasan tempat tinggal pelarian Moro berada dalam keadaan tidak memuaskan kerana mereka terpaksa berkongsi kemudahan air dan kemudahan elektrik. Namun apabila penyelidik menjalankan kajian di lapangan menerusi lawatan ke tempat tinggal pelarian sekitar bulan Februari 2011, penyelidik mendapati kemudahan-kemudahan asas ini telah dipertingkatkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan menyediakan bekalan air paip di setiap rumah pelarian Moro serta bekalan elektrik.

89

294

rumah mereka. Hal ini berkemungkinan dipengaruhi oleh sebahagian pelarian Moro yang sudah mempunyai taraf penduduk tetap atau mempunyai taraf warganegara. Namun begitu, keadaan persekitaran kawasan kediaman mereka boleh dikatakan agak kotor dan faktor ini didorongi oleh sikap mereka yang tidak dididik untuk menjaga kebersihan serta tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar perkhidmatan pembersihan mahupun perkhidmatan mengutip sampah92. Mengenai pelarian Rohingya di Semenanjung pula, mereka lazimnya mendiami di kawasan bandar disebabkan mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Namun begitu, terdapat pelarian Rohingya yang tinggal di kawasan pekan atau kampung disebabkan sewa yang murah serta bekerja di sektor pertanian, penternakan dan perladangan93. Di kawasan bandar, pelarian Rohingya akan menyewa di rumah-rumah flat bertingkat dan walaupun keadaan kediaman mereka kotor dan usang tetapi asalkan ia boleh diduduki dan sewanya murah ia tidak menjadi masalah kepada mereka94. Pelarian Rohingya terpaksa mencari kediaman yang murah sewanya disebabkan golongan ini tidak mendapat bantuan daripada kerajaan disebabkan status mereka yang tidak diiktiraf di negara ini dan kerajaan menganggap mereka tidak mempunyai kewajipan untuk membantu pelarian ini disebabkan tidak menjadi ahli dalam Konvensyen Pelarian 195095. UNHCR juga tidak menyediakan penempatan kepada pelarian Rohingya disebabkan peranan UNHCR di Malaysia adalah terbatas serta kedudukan kewangan

Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada kajian dan pemerhatian di lapangan yang dilakukan oleh penyelidik melalui lawatan ke SPP di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. 93 Temubual bersama Encik Ghani, Timbalan Presiden Rohingya Society in Malaysia (RSM) bertempat di Ibu pejabat RSM, Ampang, Selangor pada 18 Ogos 2011. 94 Keadaan tempat tinggal pelarian Rohingya telah dibincangkan oleh penyelidik di bab 3 pada muka surat 155-157. 95 Temubual Pegawai MKN Pulau Pinang berpangkat Deputy Supritendan (DSP) pada 8 September 2009 di Bangunan MARA, Pulau Pinang.

92

295

yang terhad96. Di samping itu, jika pelarian Rohingya diberi tempat tinggal maka UNHCR juga perlu menyediakan tempat tinggal kepada golongan pelarian yang lain dan ini akan membebankan UNHCR serta akan mencetuskan konflik dengan kerajaan Malaysia disebabkan segala keputusan yang dibuat harus mendapat kelulusan dan perbincangan terlebih dahulu kerana ia melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan negara97. Walaubagaimanpun, terdapat kelebihan yang dimiliki oleh pelarian Rohingya mahupun pelarian Moro dalam soal kediaman kerana pelarian Rohingya dibenarkan untuk tinggal di mana-mana kawasan di seluruh Semenanjung dan pelarian Moro dibenarkan untuk tinggal di seluruh Sabah serta Labuan. Kelebihan ini tidak dimiliki oleh sebahagian pelarian-pelarian di negara lain yang lazimnya ditempatkan di kem-kem pelarian secara tertutup dan dibina pagar besi disekelilingnya98.

5.4.5 Keselamatan Personal

Keselamatan personal juga dikenali sebagai keselamatan individu adalah bertujuan untuk mempertahankan seseorang individu daripada keganasan fizikal dan mental sama ada di dalam negara atau di luar negara99. Merujuk kepada kajian ini maka penyelidik akan membincangkan mengenai penanganan yang dilakukan di dalam negara

Temubual bersama Pegawai Perhubungan Awam UNHCR Malaysia pada 22 April 2011 bertempat di UNHCR Malaysia, Kuala Lumpur. 97 Temubual bersama Pegawai MKN yang mempunyai pengkhususan mengenai isu pelarian di Malaysia bertempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya pada 2 Jun 2011. 98 Kenyataan ini dikemukakan oleh penyelidik berdasarkan perbandingan tempat tinggal golongan pelarian yang berada di negara-negara seperti Sudan, Somalia, Bangladesh dan Thailand di mana golongan pelarian ditempatkan di kem-kem khas yang dipagari sekelilingnya dan golongan pelarian ini juga tidak dibenarkan keluar daripada kem tersebut sesuka hati. Hal ini amat berbeza dengan golongan pelarian Moro dan Rohingya serta pelarian-pelarian lain yang berada di Malaysia kerana mereka tidak ditempatkan di kemkem. 99 UNDP (1994)., op.cit.

96

296

Malaysia sahaja dan isu yang sering dikaitkan dengan keselamatan personal bagi golongan pelarian adalah dari segi HAMnya. Semenjak pelarian Moro berada di Sabah bermula sekitar tahun 1970an, isu-isu yang melibatkan HAM sering ditimbulkan100. Walaubagaimanapun, apabila kerajaan telah memperkenalkan IMM13 sebagai dokumen pengenalan diri untuk pelarian Moro maka isu-isu yang melibatkan pencabulan HAM berjaya dikurangkan disebabkan dengan pemberian IMM13 pelarian Moro mendapat banyak manfaat daripadanya. Manfaatnya adalah seperti boleh tinggal di mana-mana kawasan di seluruh Sabah dan Labuan serta boleh memohon pekerjaan untuk menyara kehidupan seharian101. Walaupun pelarian Moro bebas untuk bergerak dan bekerja di Sabah dan Labuan, namun mereka masih tidak terlepas daripada persepsi negatif oleh masyarakat tempatan dan penguatkuasa. Hal ini telah dinyatakan oleh Profesor Azizah Kassim dalam kajiannya ke atas pelarian Moro yang menyatakan kediaman mereka sering diserbu oleh pihak berkuasa tempatan ketika operasi penguatkuasaan dilaksanakan misalnya dalam Ops Nyah II. Pelarian Moro sering ditahan kerana mereka disangka sebagai PATI disebabkan kebanyakkan tempat tinggal pelarian Moro di Sabah juga dihuni oleh golongan PATI. Hal ini menyebabkan pelarian Moro berada dalam keadaan yang tidak tenang akibat Keselamatan personalnya tergugat disebabkan penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan102. Di samping itu, kajian oleh Wan Shawaluddin dan Ramli Dollah yang merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah melaporkan bahawa golongan pelarian sering dikaitkan dengan imej negatif disebabkan cara hidup mereka yang

100 101

Amnesty International (2010)., op.cit. Temubual bersama Encik Mubin Bin Parajah, Pengerusi JKKKMP Pulau Mabul, Semporna pada 13 Februari 2011. 102 Azizah Kassim (2005)., op.cit.

297

ditafsirkan sebagai ganas dan sering terlibat dalam masalah jenayah dan sosial seperti rompakan, penyeludupan dan penyalahgunaan dadah103. Ketika penyelidik menjalankan kajian lapangan di Sabah, penyelidik mendapati sebahagian masyarakat tempatan yang berpersepsi negatif terhadap pelarian Moro telah melarang dan mengingatkan mengenai bahaya yang akan dihadapi oleh penyelidik jika berhasrat melawat ke penempatan pelarian Moro di Sabah104. Namun begitu, ketika penyelidik mengadakan lawatan dan temubual dengan pelarian Moro di penempatan mereka penyelidik mendapati majoritinya menunjukkan reaksi yang positif dan menghormati serta menerima kehadiran penyelidik105. Di samping itu, temubual penyelidik dengan pegawai PPKP juga menyatakan kini pelarian Moro sudah mempunyai banyak perubahan dari segi cara hidup dan tingkah laku yang makin bersopan-santun dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan106. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati jika masalah persepsi negatif ini tidak ditangani maka ia akan memberi kesan ke atas Keselamatan Personal pelarian Moro di Sabah. Keselamatan personal bagi pelarian Rohingya dilihat mempunyai perbezaan dengan pelarian Moro di Sabah disebabkan pelarian Rohingya tidak diberikan IMM13. Inisiatif untuk mengesahkan pelarian Rohingya adalah berstatus pelarian hanya dilaksanakan oleh UNHCR dengan memberikan kad pelarian UNHCR kepada mereka107. Walaupun kad tersebut tidak diiktiraf kerajaan namun terdapat budi bicara dalam103

Wan Shawaluddin dan Ramli Dollah (2011). Pendatang dan Isu Keselamatan di Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah. 104 Temubual bersama Encik Yahya Rizan dan Puan Fatimah yang merupakan penduduk tempatan di Tawau, Sabah pada 14 Februari 2011. 105 Kajian lapangan di Sabah yang dilakukan oleh penyelidik dengan melawat tempat tinggal pelarian Moro seperti di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan. 106 Temubual bersama Encik Kamal Aripin, Penolong Pengarah Seksyen Perancangan dan Penempatan, PPKP di SPP Kampung Hidayat, Tawau pada 14 Februari 2011. 107 Temubual bersama Pegawai Perhubungan Awam UNHCR Malaysia pada 22 April 2011 bertempat di UNHCR Malaysia, Kuala Lumpur.

298

menjustifikasikan status pelarian Rohingya di Semenanjung108. Usaha ini telah dilakukan oleh UNHCR yang sering berunding dengan kerajaan supaya memberi kelonggaran kepada pelarian Rohingya untuk tinggal dan bekerja di Semenanjung. Tambahan pula, kerajaan pernah membat