copy of topik 4(latest) 16.4.2011

63
Pengenalan Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah beroperasi secara penyeluruh di sekolah. Pelaksanaannya adalah berdasarkan kepada semua aspek pendidikan yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang bertanggungjawab, sering diperkatakan oleh berbagai- bagai golongan masyarakat. Bahkan jika dibandingkan dengan organisasi-organisasi lain dalam mana-mana masyarakat pun, sekolah lebih banyak mendapat perhatian dengan berbagai kajian, analisis, perbincangan

Upload: john-chong

Post on 02-Jul-2015

3.547 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Pengenalan

Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah beroperasi secara penyeluruh di sekolah. Pelaksanaannya adalah berdasarkan kepada semua aspek pendidikan yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan yang bertanggungjawab, sering diperkatakan oleh berbagai-bagai golongan masyarakat. Bahkan jika dibandingkan dengan organisasi-organisasi lain dalam mana-mana masyarakat pun, sekolah lebih banyak mendapat perhatian dengan berbagai kajian, analisis, perbincangan dan juga kritikan.

Page 2: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Bila sekolah diperkatakan maka sudah tentulah Pentadbir menjadi bahan dan sasaran kritikan dan sungutan tersebut. Ini kerana mereka menganggap bahawa kekurangan dan kelemahan sesebuah sekolah itu adalah berpunca dari kelemahan dan kekurangan pengurusan dan juga pentadbirannya dari aspek organisasi kurikulum sekolah rendah.

Page 3: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Dengan itu dapatlah dilihat betapa beratnya beban tugas dan tanggungjawab seorang Pentadbir dan guru-guru sekolah yang memainkan pelbagai peranan seperti seorang pemimpin, pengurus, pentadbir, pengelola, perancang, penyelia, pengawal, penilai dan sebagainya dalam menjayakan kurikulum sekolah rendah dengan organisasi yang mantap.

Tugas dan tanggungjawab ini kian hari kian mencabar ke arah positif untuk Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, Pentadbir dan guru-guru.

Page 4: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kebelakangan ini :

Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPD, Pentadbir dan guru-guru memikirkan bagaimana hendak meningkatkan kualiti prestasi atau pencapaian murid-muridnya dalam bidang akademik dan dalam peperiksaan awam tetapi juga mesti memberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya terhadap pencapaian matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara keseluruhannya yang seharusnya dijelmakan dalam semua bentuk perancangan dan tindakan yang dilakukannya.

Page 5: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Maka, organisasi kurikulum sekolah rendah memainkan peranan yang penting untuk melicinkan pencapaian matlamat dan objektif pendidikan negara kita.

Page 6: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Pengurusan sekolah yang baik dan kewujudan iklim organisasi kurikulum sekolah rendah yang sesuai serta kondusif dengan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kualiti kepimpinan, kewibawaan dan kemampuan Pentadbir.

Page 7: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kepimpinannya menentukan arah organisasi kurikulum sekolah rendah, gaya sesebuah sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme guru-guru dan darjah keprihatinan mereka terhadap kesan pembelajaran kepada murid-muridnya.

Page 8: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Pentadbir juga merupakan orang perantaraan utama organisasi kurikulum sekolah rendah di antara sekolah dan masyarakat dan cara yang ditunjukkannya dalam kemampuan dan kedudukannya yang sedemikian, sebahagian besar menentukan sikap ibu bapa dan murid terhadap sekolah.

Jika sesebuah sekolah itu berkemampuan menjadi tempat yang dapat memberi peranan kepada murid mempunyai reputasi yang terbaik mengikut kemampuannya, maka orang boleh menyatakan dengan tegas bahawa kepimpinan Pentadbir itu merupakan kunci kejayaan.

Page 9: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Sebagai organisasi kurikulum sekolah rendah, pengurusan sekolah bukan sahaja sangat luas, tetapi unik dan kompleks. Di sekolah rendah berbagai-bagai kegiatan dirancang dan dilaksanakan, yang diarahkan kepada pencapaian matlamat mendidik murid-murid supaya menjadi manusia yang sempurna, seimbang dan harmonis dari semua segi: intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial yang dicerna melalui tiga bidang asas kurikulum iaitu komunikasi, alam dan manusia dan perkembangan individu.

Page 10: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kegiatan-kegiatan itu boleh digolongkan kepada dua bidang utama dalam organisasi kurikulum sekolah rendah.

Pertama ialah bidang kurikulum, yang dilaksanakan melalui pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kegiatan-kegiatan begini memerlukan suasana iklim dan keadaan yang sesuai, kondusif dan menyumbang terhadap pencapaian matlamat pendidikan.

Page 11: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Bidang yang kedua ialah kegiatan pengurusan dan pentadbiran yang dilakukan untuk menyumbang ke arah menyedia dan mewujudkan suasana dan iklim yang diperlukan itu. Walaupun mengajar dan mengurus tidak dapat dipisahkan tetapi tidaklah pula semestinya tidak boleh dibezakan kegiatannya. Kegiatan mengajar yang baik disokong oleh pengurusan yang baik akan menghasilkan pembelajaran murid yang berkesan.

Page 12: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Objektif

Memahami konsep organisasi kurikulum sekolah rendah.

Memahami peranan organisasi kurikulum sekolah rendah dalam pencapaian matlamat dan objektif pendidikan negara.

Mengaplikasikan pengurusan yang efektif dalam organisasi kurikulum sekolah rendah.

Mengetahui organisasi kurikulum sekolah rendah dan peranan sekolah dalam melaksanakan kurikulum.

Page 13: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.1 Definisi Sekolah

Umum telah mengetahui bahawa sekolah adalah sebuah tempat untuk mengajar dan belajar, tempat untuk memberi dan menerima pendidikan formal. Sekolah dianggap sebagai pusat menimba ilmu khusus kepada kanak-kanak, bermula dari peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Bagi setiap kategori tersebut dikenali dengan nama-nama yang berlainan. Pra Sekolah bagi kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun. Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah bagi peringkat usia 7 hingga 12 tahun. Sekolah Menengah bagi peringkat usia 13 hingga 19 tahun. Manakala Universiti, Kolej, Institut, Maktab dan sebagainya adalah pusat-pusat pengajian tinggi. Namun konsepnya adalah sama, yakni memberi pendidikan (mengajar dan belajar).

Page 14: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.2 Definisi PendidikanPendidikan yang dimaksudkan ialah satu

perubahan tingkahlaku individu setelah mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Pendidikan itu sendiri merangkumi proses P&P tersebut. Pengajaran dapatlah diertikan sebagai satu sistem kegiatan yang ditujukan kepada pelajar. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk membawa perubahan tertentu dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru. Untuk mencapai tujuan itu, guru perlulah mempunyai pandangan yang jelas terhadap perubahan tertentu dalam tingkahlaku pelajar yang ingin ditimbulkan oleh guru, iaitu dari segi pengetahuan dan kefahaman yang guru mahu pelajar dapat gunakan serta perubahan dalam sikap mereka.

Page 15: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Pembelajaran pula adalah satu proses yang membawa kepada berlakunya perubahan dan perlakuan dalam diri seseorang individu hasil daripada pengalaman-pengalaman baru yang diperolehi atau dialaminya. Perubahan perlakuan pertuturan (verbal behaviour) seseorang individu itu adalah menjadi perhatian utama kerana daripada penulisan dan pertuturannya dapat dipastikan sama ada telah berlaku perubahan perlakuan seseorang itu.

Page 16: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.3 Definisi OrganisasiOrganisasi membawa erti satu kesatuan yang mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu yang mempunyai tujuan untuk kepentingan ahli-ahli dalam organisasi tersebut.

Page 17: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Organisasi kurikulum sekolah rendah membawa maksud satu gabungan atau kesatuan yang mempunyai objektif mentadbir, mengajar dan belajar. Tugas mentadbir di sesebuah sekolah diserahkan kepada Pentadbir dengan dibantu oleh Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan juga pekerja-pekerja perkeranian. Manakala tugas mengajar dipikul oleh guru-guru di sekolah tersebut. Murid-murid pula mempunyai peranan belajar dan menerima tunjuk ajar dari guru-guru. Gabungan komponen-komponen inilah yang menjadikan sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidikan.

Page 18: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kedudukan Sekolah Dalam Sistem Pendidikan Negara

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI(PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI)

KEMENTERIAN PELAJARAN(MENTERI PELAJARAN)

SEKOLAH(PENGETUA/GURU BESAR)

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH(PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH)

Model Hiraki Asas Sistem Pendidikan Malaysia

Model Hiraki Asas Sistem Pendidikan MalaysiaModel Hiraki Asas Sistem Pendidikan Malaysia

Page 19: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Dalam sistem pendidikan negara, kedudukan sekolah adalah terletak di bahagian paling bawah sekali. Secara umumnya Kementerian Pelajaran akan membuat dasar pendidikan dengan diterajui oleh Menteri Pelajaran. Dasar-dasar yang digubal serta rekabentuk kurikulum oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) itu diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk dilaksanakan. Seterusnya JPN akan memanjangkannya kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), manakala PPD akan memastikan sekolah-sekolah melaksanakan dasar pendidikan dan rekabentuk kurikulum daripada BPK tersebut. Dalam keempat-empat peringkat itu, hanya sekolah sahaja yang mempunyai murid di mana murid ini akan menerima proses pendidikan mengikut dasar yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran yang dirancang khas oleh BPK yang telah disalurkan melalui organisasi kurikulum sekolah rendah.

Page 20: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.4 Peranan SekolahOrganisasi kurikulum sekolah rendah

menetapkan sekolah supaya berperanan menyusun gerakan pendidikan untuk membangun, memupuk dan menyuburkan seluruh potensi keinsanan dari sudut-sudut rohaniah mahupun jasmaniah, sehinggalah pontensi itu dapat membina kemampuan kendiri (boleh berdikari) untuk terus subur dan berkembang.

Page 21: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Di samping itu mampu pula menghadapi segala kemungkinan lingkungan suasana persekitaran sehingga insan yang dilahirkan (dari kesan pendidikan) itu akan sentiasa berusaha membangun diri, keluarga, organisasi dan negara dalam batasan wilayah dan kemampuan masing-masing.

Page 22: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Antara peranan sekolah sebagai organisasi kurikulum sekolah rendah ialah:

sebagai pusat pendidikan yang mempunyai kemudahan fizikal dan sumber manusia yang kompetan dan berilmu

menjadi agen penggerak dan penerus perubahan masyarakat.

menjadi katalis (pemangkin) perubahan.menjadi pusat pembinaan budaya ilmu dan

penggerak kepada gerakan memajukan prinsip pendidikan sepanjang hayat untuk masyarakat seluruhnya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Page 23: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

berperanan sebagai agen pendidikan dan pembangunan yang utama dalam pembinaan tamadun bangsa.

menjadi asas melahirkan pemimpin-pemimpin sosial (masyarakat) dan politik dan juga membangkitkan kesedaran perjuangan.

menjadi pusat gerakan pendidikan yang dapat melaksanakan program mobilisasi, latihan, khidmat bimbingan dan rundingcara serta penyelidikan

melahirkan anggota masyarakat yang berilmu dan beradab, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Page 24: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.7 Sumber Di SekolahOrganisasi kurikulum sekolah rendah sebagai

sebuah organisasi pendidikan sudah tentu sekolah mempunyai sumber atau tenaga untuk menjalankan peranan-peranan di atas. Pengurusan sekolah memainkan peranan penting kepada asas organisasi tersebut. Selain dari pengurusan, guru dan murid, falsafah pendidikan sekolah, kurikulum, panitia mata pelajaran, pusat sumber sekolah, peraturan sekolah dan sebagainya adalah juga sumber yang menentukan pencapaian sekolah. Selain dari sumber-sumber fizikal dan infrastruktur seperti bangunan, padang dan gelanggang permainan, keceriaan dan keselamatan.

Page 25: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Selain dari pengurusan, guru dan murid, falsafah pendidikan sekolah, kurikulum, panitia mata pelajaran, pusat sumber sekolah, peraturan sekolah dan sebagainya adalah juga sumber yang menentukan pencapaian sekolah. Selain dari sumber-sumber fizikal dan infrastruktur seperti bangunan, padang dan gelanggang permainan, keceriaan dan keselamatan.

Page 26: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.8 Falsafah Dan Matlamat Pendidikan Sekolah

Falsafah pendidikan sekolah menjadi penentu asas kepada segala program dan kegiatan yang dirancang dan dilaksanakan di sesebuah sekolah itu. Falsafah dan matlamat ini perlulah seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insanyang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Page 27: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Usaha ini adalahbagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia,bertanggungjawab dan mencapai kesejahteraandiri

serta memberi sumbangan terhadap keharmoniandan

kemakmuran masyarakat dan negara."

Page 28: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Dalam usaha ke arah pencapaian falsafah dan matlamat pendidikan sekolah yang ditetapkan itu, suasana persekolahan yang memberi peluang kepada murid-murid mendapat pengalaman hidup, bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dan kerjasama di antara satu sama lain perlulah diwujudkan. Perhatian yang wajar haruslah diberi kepada perkembangan murid secara menyeluruh bukan hanya menitikberatkan satu-satu aspek tertentu sahaja.

Page 29: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kejayaan atau kegagalan mencapai hasrat dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sekolah bergantung kuat kepada peranan Pentadbir sesebuah sekolah itu. Prinsip yang terkandung dalam falsafah dan matlamat pendidikan sekolah itu boleh difahamkan sebagai hasil program pendidikan sekolah yang akan tercapai setelah ianya terlaksana dalam satu jangkamasa tertentu.

Page 30: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.9 Pengurusan PendidikanSecara umumnya organisasi kurikulum sekolah rendah disokong oleh pengurusan pendidikan serta struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Page 31: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

PENGURUSAN KURIKULUM

PENOLONG KANAN I

GURU BESAR

PUSAT SUMBER

PANITIA MATA PELAJARAN

BIDANG PENGURUSAN SEKOLAH

PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Page 32: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Organisasi kurikulum sekolah rendah serta pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan aspek-aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan.

Page 33: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Organisasi kurikulum sekolah rendah juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian Pelajaran, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibat dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang.

Page 34: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan.

Page 35: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Di antara peranan dan tanggungjawab Pentadbir sebagaipengurus sesebuah organisasi pendidikan dalam organisasi kurikulum sekolah rendah ialah:

memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.

membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.

Page 36: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat.

mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita-cita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.

membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.

menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

Page 37: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.11 Peranan GuruGuru mempunyai peranan yang sangat

besar dalam organisasi kurikulum sekolah rendah semasa mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

Page 38: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya peka kepada organisasi kurikulum sekolah rendah untuk menguasai pelbagai kemahiran iaitu:

Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran.

Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif.

Page 39: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik.

Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

Page 40: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.

Page 41: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan.

Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.

Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri.

Page 42: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.

Page 43: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.12 Organisasi KurikulumOrganisasi kurikulum sekolah rendah boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah.

Page 44: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid.

Page 45: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Dari segi pelaksanaannya, organisasi kurikulum sekolah rendah sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 46: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Organisasi kurikulum sekolah rendah merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahan-bahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah.

Page 47: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Dalam organisasi kurikulum sekolah rendah terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum.

Page 48: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Perkara-perkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahan-bahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan.

Page 49: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid.

Page 50: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

4.13 Panitia Mata PelajaranDi antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif.

Page 51: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Ia itu mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara dengan aplikasikan organisasi kurikulum sekolah rendah.

Page 52: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Selain itu PMP juga mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah.

Page 53: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Fungsi dan peranan PMP dalam organisasi kurikulum sekolah rendah sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:

memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas.

memilih dan mencadangkan kepada Pentadbir buku teks untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut.

Page 54: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang penggunaannya kepada pelajar.

menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan.

Page 55: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru.

merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam hal-hal berkaitan profesional perguruan.

membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas.

Page 56: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang diberi.

merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid dari masa ke semasa.

Page 57: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Rumusan Dalam perancangan sesuatu kejayaan dan

kecemerlangan, penentuan bagi kedua-duanya didokong oleh beberapa faktor. Apabila semua sumber dapat diurus dengan baik dan menghasilkan kecemerlangan dari semua segi, dapatlah diandaikan bahawa tiada pembaziran. Terdapat di kalangan guru sudah berpuas hati apabila telah berjaya menghasilkan peratus keputusan yang tinggi sedangkan beliau tidak menggunakan seluruhnya sumber yang diperuntukan. Ini belum dapat memberi jaminan kepada guru tersebut bahawa setiap tahun beliau akan memperolehi kejayaan yang sama.

Page 58: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Begitu juga Pusat Sumber Sekolah. PSS ghalibnya jarang menerima kunjungan dari semua pihak di dalam masyarakat sekolah itu. Jika dibuat bancian sudah tentu terdapat individu-individu, sama ada dari kalangan guru atau murid tidak pernah menghampiri PSS. Hal ini bukanlah aneh kerana sememangnya pendekatan dan tarikan yang terdapat di PSS itu sendiri tidak memberansangkan.

Page 59: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Keceriaan persekitaran sekolah juga membantu murid memanfaatkan alam semula jadi sebagai sesuatu yang perlu dipelihara. Hal ini sering diabaikan oleh banyak pihak suatu masa dahulu walaupun kini pihak berkuasa pendidikan telah mula memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sumber-sumber semula jadi ini.

Page 60: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Pentadbir juga tidak kurangnya melakukan pembaziran sumber. Ini berlaku kerana pengetahuan yang cetek dalam sesuatu hal menjadikan beliau sentiasa bimbang dan tidak berani membuat keputusan yang segera. Nyatalah ilmu yang luas dan pertimbangan yang rasional akan membantu Pentadbir melakukan tugas dengan sempurna dan juga dapat menguruskan semua sumber yang tersedia dengan berkesan serta penggunaan yang optimum dari sumber tersebut.

Page 61: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Organisasi Kurikulum Pendidikan Sekolah Rendah adalah satu komponen penting dalam Kurikulum Sekolah Rendah. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah memainkan peranan yang instrumental untuk menjayakan kurikulum secara menyeluruh. Jikalau Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah tidak diaplikasikan dalam mana-mana sistem pendidikan maka kurikulum itu mungkin mengalami kekangan untuk mencapai matlamat dan objektif kurikulum tersebut.

Page 62: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah yang disyorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum Malaysia adalah panduan yang amat mantap untuk diaplikasi oleh jabatan pelajaran negeri PPD dan sekolah-sekolah secara praktikal. Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah yang efektif adalah tanda positif kepada pembangunan mana-mana sistem kurikulum secara amnya.

Page 63: Copy of TOPIK 4(latest) 16.4.2011

SEKIAN.TERIMA KASIH.