bab 3 siap edit

6
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Metodologi Kajian Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam menjalankan kajian ini. Melalui bab ini penjelasan meliputi reka bentuk kajian, model kajian, persampelan, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisaan data. 3.2 Rekabentuk kajian Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan persepsi terhadap pekerja di tapak bina serta kilang berhubung kesedaran mereka terhadap keselamatan dan kesihatandi tempat kerja. Tinjauan persepsi ini hanya di jalankan di

Upload: fatin-nazirah

Post on 17-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Laporan akhir projek

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3 SIAP EDIT

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Metodologi Kajian

Bab ini akan membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh penyelidik

dalam menjalankan kajian ini. Melalui bab ini penjelasan meliputi reka bentuk

kajian, model kajian, persampelan, kaedah pengumpulan data dan kaedah

penganalisaan data.

3.2 Rekabentuk kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan persepsi terhadap pekerja di

tapak bina serta kilang berhubung kesedaran mereka terhadap keselamatan dan

kesihatandi tempat kerja. Tinjauan persepsi ini hanya di jalankan di tapak bina dan

kilang yang terpilih sahaja. MenurutCohen (dalam Mohamad Najib, 1999) kajian kes

ialah usaha mengkaji satu-satu unit padasatu-satu masa untuk melihat secara intensif

peristiwa yang berlaku pada peringkat akhirdapat membuat andaian tentang unit

populasi yang lebih besar mengenai peristiwa yangsama. Kajian ini melibatkan

instrumen pengumpulan data melalui soal selidik yangdiedarkan kepada pekerja di

sektor pembinaan dan perkilangan. Persepsi adalah dilihat dari aspek pengetahuan,

kefahaman, pendapat, penerimaandan kesedaran responden terhadap aspek kajian.

Page 2: BAB 3 SIAP EDIT

Soal selidik ini hanya diedarkan sekalisahaja kepada responden dan ini bermakna

tiadanya kumpulan kawalan dalam kajian ini.

3.3 Model Kajian

Menentukan skop kajian dan pembentukan objektif kajian

Pembacaan literatur subjek kajian

Pengumpulan data kajian

Bahan bacaan dan rujukan Penyediaaan rangka soalan selidik kepada pihak yang berkaitan

Penyediaan maklumat literatur Menjalankan soal selidik dengan pihak berkenaan

Penyusunan maklumat literatur

Analisis maklumat serta pembincangan tajuk

Kesimpulan dan cadangan

Menentukan skop kajian dan pembentukan objektif kajian

Pembacaan literatur subjek kajian

Pengumpulan data kajian

Bahan bacaan dan rujukan Penyediaaan rangka soalan selidik kepada pihak yang berkaitan

Penyediaan maklumat literatur Menjalankan soal selidik dengan pihak berkenaan

Penyusunan maklumat literatur

Analisis maklumat serta pembincangan tajuk

Kesimpulan dan cadangan

Page 3: BAB 3 SIAP EDIT

RAJAH 3.1 : Model Kajian

3.3 Persampelan

Kajian kes dilakukan terhadap syarikat kontraktor yang berdaftar dengan

Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang menjalankan projek pembinaan serta kilang-

kilang di sekitar negeri Pulau Pinang dan Kedah. Lawatan ke tapak pembinaan serta

kilang dibuat untuk meneliti penekanan yang diberikan terhadap aspek keselamatan

dan kesihatan dengan lebih terperinci.

Sampel bagi kajian ini adalah terdiri daripada pekerja di tapak bina dan

kilang. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 50 orang dan dipilih melaluikaedah

persampelan tidak rawak jenis sampel bertujuan (purposive sampling)

iaitupenyelidik dengan sengaja memilih sampel dengan tujuan mendapatkan jumlah

sampelyang mewakili populasi (Blum et al. 1986). Responden bagi kajian ini

sebagaimana yangtelah dijelaskan adalah terdiri daripada kalangan pekerja yang

bekerja di tapak bina dan juga kilang.

3.5 Kaedah Perkumpulan Data

3.5.1 Data Primer

Data primer ialah data yang diperolehi daripada sumber utama (responden)

daripadasoal selidik yang diedarkan dan dianalisis. Sumber primer ialah data terkini

yang diperlukan dalam penyelidikan. Biasanya data ini lebih objektif dan memenuhi

kriteria serta matlamat penyelidikan ini.

Page 4: BAB 3 SIAP EDIT

Dalam membuat analisis, rumusan, dan cadangan bagi penyelidikan, data

primer digunakan kerana lebih sesuai. Walaupun terdapat pelbagai kaedah empirikal

yang dapat digunakan bagi mengumpul data dari sumber primer seperti soal selidik,

temubual dan pemerhatian, hanya kaedah yang bersesuaian akan digunakan. Kaedah

bersesuaian yang digunakan telah dibincangkan secara terperinci iaitu Kaedah

Penyelidikan.

3.6 Kaedah Penganalisisan Data

Bagi mencapai objektif penyelidikan, penganalisisan data terhadap maklumat

yang berkaitan telah dijalankan. Bagi memudahkan proses analisis dijalankan,

perisian komputer telah digunakan. Perisian komputer yang dimaksudkan ialah

perisian Statistical Package For Social Science (SPSS for Windows). Perisian ini

menganalisis data yang dikumpulkan secara statistik. Ia juga dapat membentangkan

hasil analisis dalam bentuk graf atau carta yang lebih mudah difahami serta menarik

minat.

Dalam menggunakan kaedah statistik berbantukan perisian SPSS untuk

menganalisis data, pelbagai pecahan kaedah statistik dapat diaplikasikan oleh

pengguna. Antaranya ialah statistik deskriptif, analisis purata, analisis kolerasi,

analisis linear model am, klafikasi data, analisis regresi dan banyak cara lagi.

Namun, dalam penyelidikan ini hanya kaedah kekerapan (frequency) sahaja

digunakan. Analisis statistik kekerapan secara amnya menunjukkan peratusan

kekerapan bagi setiap pembolehubah atau soalan jika merujuk kepada kajian ini.

Page 5: BAB 3 SIAP EDIT