bab 1- malaysia dalam kepelbagaian edit

25

Upload: nursyahirah93

Post on 11-Sep-2015

127 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

  • Selepas mempelajari bab ini, para pelajar dapat:Menjelaskan konsep perpaduan dalam kepelbagaian.Menerangkan konsep kesepaduan sosial. Menghuraikan dinamika sejarah hubungan etnik di Malaysia.

  • Tumpuan modul kepada;Bentuk, tahap, tingkat intensiti hubungan antara kumpulan etnik.Mempelajari, menganalisis serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia.Hubungan individual dalam masyarakat tidak hanya dipengaruhi oleh unsur-unsur etnik; dipengaruhi juga oleh unsur-unsur sosial yang lain seperti kelas, status, agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi, ideologi politik dan wilayah.

  • Sebuah Negara, Dua Imaginasi Sosiologikal: Antara Perpaduan atau Kesepaduan

    Definisi Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan ialah KeSAMAan atau keSATUan - 1 bangsa, 1 agama, 1 bahasa dan 1 negara.

  • Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya masing-masing.Jalinan hubungan terjelma dalam putaran ekonomi dan pasaran yang menyebabkan saling kebergantungan melalui kegiatan ekonomi seharian.

  • Terdapat TIGA perspektif : Psikologi Sosial rasa kesatuan merentas pemisahan fizikal dan psikologikal.Antropologi-sosiologi: aspek epistemologi- ialah bagaimana manusia mengurus abstrak dan nyata serta perbezaan sosial sedia ada.Aspek Ontologi- mengurus dan menyusun perbezaan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil bagi meraih kesenangan dan kemewahan material.

    2. Memahami perpaduan dalam konteks cogan kata perpaduan dalam kepelbagaian.

  • Konsep kesepaduan sosial adalah fenomena praperpaduan dan difahami menerusi konsep takrifan harian (everyday define) dan takrifan autoriti (authority define).

    Justeru setiap anggota masyarakat bebas bertindak dan berperilaku demi survival diri, keluarga dan kelompok sosial.

  • Contoh TakrifanAutoriti Cenderung bersifat tetapContoh: Melayu-menganut agama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam dan budaya Melayu

    HarianTakrifan masyarakat awam berbeza dalam kehidupan seharian.Contoh: Melayu-sebahagian bertutur dalam bahasa Inggeris. Adakah layak dipanggil Melayu?

    Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan ia menjadi pelekat sosial dalam konteks hubungan etnik tanpa campur tangan daripada pihak negara.

  • Dinamika Hubungan Etnik di Malaysia

    A. ERA KONFLIK (1945-1960)

    Pasca Perang Dunia Kedua (PD2)Rusuhan etnikHuru-hara BuruhDarurat dan PengganasPerubahan governans: Unitari ke Federalisme

    Tiang seri pembinaan semulaKeselamatanPembangunan Lima TahunPerundingan EtnikA | ERA KONFLIK (1945 60) A | ERA KONFLIK (1945 60)

  • Rumusan Era Konflik (1945-1960) di Malaya sebenarnya era cukup kritikal dari semua aspek antaranya:Asas pembentukan negara MalaysiaSistem pemerintahanPengagihan kuasaSistem perundanganTadbir UrusPenentuan hak-hak rakyat dalam sebuah sistem demokrasi

  • B. ERA STABIL TAPI TEGANG (1961 1970)Pelbagai cabaran masih wujud menguji kesepaduan sosial.Pembentukan Malaysia 16 Sept 1963: Kesan positif & negatifKonfrontasi melibatkan Indonesia dan Malaysia- sebab konsep Msia tidak diterima oleh Indonesia.Konflik etnik terbuka 1964 & 196921 Julai & 3 September 1964, Singapura (masih dalam Malaysia)13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965

  • Selepas 13 Mei 1969 pelbagai usaha pihak kerajaan (top down) dilaksanakan seperti:Majlis Perundingan RakyatJPNINRukun NegaraDasar Ekonomi BaruRanc. Msia Kedua (RMK2) Bermulalah perpaduan dijadikan sebagai harapan nasional rakyat Msia.

  • C. ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)Lebih 40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2001 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk kesepaduan sosial.Harapan untuk perpaduan tetap ada: 1Malaysia Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia???Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran = M+N+P- meskipun sewaktu krisis global.

  • Masyarakat Malaysia yang matang:Suka bertikam lidah tetapi tidak berparanganKonflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduanKeterbukaan rakyat Msia menyuarakan pandangan/tidak puas hatiRumusan ekonomi pesat & politik stabil paksi kepada KESEPADUAN SOSIAL.

  • ANTARA KONFLIK SOSIAL & KESEPADUAN SOSIAL| Perbandingan Malaysia & Sri Lanka (1945-2011)1948 - 1960MALAYSIA

    SRI LANKA201119451940-1950

    1951-1960

    1961-19701971-1980

    1981-1990

    1991-2010196920011964KEAMANAN ditakrif sebagai the absence of violence (GPI 2011). Konflik berdarah berlaku di Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945. Bukti menunjukkan bahawa keadaan kesepaduan sosial mendominasi hidup di Malaysia di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan darah, meragut lebih dari 100,000 nyawa. Untuk sebuah analisis perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, Economic Development and Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, South Asia Economic Journal 9:2(2008): 393-417

  • Global Peace Index

    2007World Ranking37. Malaysia

    Asia Ranking9. Malaysia 2008World Ranking37. Malaysia

    Asia Ranking8. Malaysia 2009 World Ranking26. Malaysia

    Asia Ranking6. Malaysia 2010World Ranking22. Malaysia

    Asia Ranking4. Malaysia 2011World Ranking19. Malaysia

    Asia Ranking4. Malaysia 2012World Ranking20. Malaysia

    Asia Ranking4. Malaysia

  • 10.0 Indek Ketegangan Masyarakat (IKM)Keganasan/Rusuhan : Tiada Tiada TiadaDemonstrasi/Protes : 398 456 482Serangan/Pergaduhan : 1522 1104 1046Isu : 493 234 371

    Jumlah : 2413 1794 1899 IKM : 27.9 21.6 22.5 /sejuta penduduk 2008 2009 2010

  • Indeks Ikatan Sosial 1990-2012

  • Potret Hubungan Etnik di Malaysia

    Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik. Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat penting.

  • Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik

    Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama seperti di Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik masing-masing.Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik dan berlaku kepupusan ciri-ciri etnik.Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.Media massa sering memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit - membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita.

  • Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat.Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama. Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras memahami permasalahan masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya, masyarakat hidup dalam aman dan stabil.

  • Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya.Masyarakat Malaysia bersifat dinamik membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi mekanisme untuk mengekalkan toleransi.

  • Hubungan Saling Terkait & Saling BergantunganJalinan hubungan sosial terbina secara berterusanContoh cerita sepinggan nasiDari manakah datangnya sepinggan nasi yang anda makan pada tengahari ini? Siapakah yang terlibat untuk memastikan anda dapat menjamah sepinggan nasi sebentar tadi? Di manakah anda membeli makanan tengahari anda tadi?

  • Kesimpulan Kesepaduan dalam kepelbagaian, bukan perpaduan dalam kepelbagaian. Perpaduan adalah work in progress . Kesepaduan sosial sedia ada perlu dikekalkan dan dipertahankan.Hubungan etnik di Msia perlu dilihat dari dimensi KESEPADUAN SOSIAL formula kesejahteraan masyarakat pelbagai etnik.

    **