bab 1-3 edit

39
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda agar berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Sifat Matematik secara semulajadinya adalah untuk menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan dapat mencabar pemikiran pelajar. Konsep pembelajaran Matematik dikenali sebagai satu proses konstruktif di mana pelajar akan membina dan membentuk ilmu dalam bidang Matematik dan mengaitkan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Kurikulum Matematik secara amnya disusun sebagai himpunan kemahiran dan konsep mengikut hierarki tertentu. Matematik menjadi wardah terbaik untuk mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan

Upload: odiezee

Post on 13-Jul-2016

105 views

Category:

Documents


25 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: bab 1-3 edit

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda agar berfikir secara mantik

dan bersistem dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan. Sifat

Matematik secara semulajadinya adalah untuk menggalakkan pembelajaran yang

bermakna dan dapat mencabar pemikiran pelajar. Konsep pembelajaran Matematik

dikenali sebagai satu proses konstruktif di mana pelajar akan membina dan

membentuk ilmu dalam bidang Matematik dan mengaitkan ilmu atau konsep yang

sedia ada pada mereka.

Kurikulum Matematik secara amnya disusun sebagai himpunan kemahiran

dan konsep mengikut hierarki tertentu. Matematik menjadi wardah terbaik untuk

mengembangkan profisiensi intelektual individu dalam membuat penaakulan logik,

visualisasi ruang, analisis dan pemikiran abstrak. Pelajar diberi peluang untuk

mengembangkan kemahiran numerasi, penaakulan, cara berfikir dan menyelesaikan

masalah melalui pembelajaran dan aplikasi Matematik.

Matlamat utama pendidikan Matematik sekolah rendah adalah untuk

membina dan mengembangkan pengetahuan pelajar dalam konsep nombor dan

kemahiran asas mengira. Kedua-dua matlamat ini akan digunakan dalam

menyelesaikan masalah-masalah harian secara berkesan, seterusnya membuka mata

Page 2: bab 1-3 edit

2

dan minda pelajar untuk lebih menghargai kepentingan dan keindahan Matematik,

Penguasaan pelajaran Matematik menuntut pelajar agar berkebolehan

mempersembahkan idea-idea secara lisan, tulisan, melukis gambar atau graf,

menggunakan bahan konkrit serta penyelesaian masalah yang memerlukan

penguasaan sedia, kemahiran dan segala untuk mengenalpasti sesuatu keadaan.

Pengalaman sedemikian meningkatkan minat dan menjadi daya penggerak pelajar

mempelajari Matematik di luar bilik darjah dan di peringkat pengajian yang lebih

tinggi (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013).

1.1 Latar belakang kajian

Aspek pencapaian akademik adalah suatu agenda penting yang perlu diberi tumpuan

dalam menilai kemenjadian murid, walaupun masih tidak menafikan aspek sahsiah

iaitu matlamat lain peperiksaan UPSR seperti yang digariskan dalam Falsafah

Pendidikan Negara bagi membangunkan personality dan meningkatkan jati diri

seseorang pelajar. Kegagalan menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira menjadi antara faktor utama yang membawa kepada kegagalan menerima

sesuatu input dalam mata pelajaran seperti yang telah dinyatakan olek Kementerian

Pelajaran (2010) dalam Program Hala Tuju Program Transformasi Kerajaaan (GTP).

Menurut Kamel ariffin (2002), terdapat keluhan daripada pelbagai pihak

tentang tahap penguasaan Matematik yang lemah di kalngan majority pelajar di

negara ini, dan ianya perlu diberi perhatian yang serius. Antara punca yang

membawa kemerosotan subjek ini ialah kurikulum itu sendiri, di mana mata

pelajaran ini berkaitan dengan simbol-simbol dan rumus-rumus yang perlu difahami

sebelum dapat digunakan oleh pelajar. Terdapat juga rungutan daripada segelintir

pelajar bahawa mereka tidak berminat dalam mata pelajaran Matematik kerana ia

ditafsirkan sebagai salah satu daripada mata pelajaran yang membosankan serta

sukar untuk difahami. Kenyataan ini disokong oleh kajian oleh Zolkepeli et a l

(2001), di mana dapatannya mengatakan Matematik merupakan subjek yang paling

sukar difahami berbanding dengan subjek-subjek lain.

Page 3: bab 1-3 edit

3

Pengurusan sekolah juga merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian.

Pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada pimpinan atasan iaitu guru besar,

barisan penolong kanan, staf-staf sokongan serta guru-guru itu sendiri memainkan

peranan penting dalam kemenjadian murid-muridnya. Secara umumnya, semua

system pendidiakan yang ada pada hari ini memerlukan pengurusan dan pentadbiran

untuk menggerakkannya ke arah matlamat dan objektif secaralancar dan berkesan

sehingga mampu menghadapi sebarang masalah serta cabaran yang mungkin

timbul.Pengurusan dikatakan faktor penentu bagi prestasi sesebuah organism

pendidikan kerana pengurusan dan organisasi pendikan berkait rapat antara satu

sama lain berikutan hasil daripada penyatupaduan pengurusan yang berkualiti

mampu membentuk sekolah yang cemerlang.

Tahap kesediaan ibu bapa untuk memupuk kecemerlangan anak-anak adalah

bermula dari rumah. Pemerhatian ini dapat dilihat daripada sejauh mana ibu bapa

mendorong prestasi akademik anak-anak dan seterusnya memberikan kerjasama

kepada guru dan pihak sekolah. Begitu juga dengan tahap kesediaan murid. Faktor

pemakanan dan kesihatan berakar umbi di rumah turut manjadi punca permasalahan

Faktor ini seterusnya akan mempengaruhi kesediaan murid menerima pelajaran di

sekolah dan mencapai prestasi akademik yang lebih baik.

Guru pula merupakan individu yang paling penting dalam proses

penyampaian ilmu kepada murid. Tanpa guru yang baik, proses pembelajaran yang

berlaku mungkin tidak berkesan. Merujuk kepada Surat Perkeliling Bilangan 4 1986,

keberkesanan pengajaran dan guru membawa pengaruh yang besar kepada murid-

muridnya. Murid-murid yang berpencapaian akademik yang rendah biasanya tidak

dapat melakukan aktiviti-aktiviti kognitif dengan memuaskan. Kajian –kajian yang

telah dijalankan oleh Swanson dan Ransby (1994), Hulme dan Mackenzie (1992),

membuktikan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid yang

berpencapaian akademik yang rendah ialah untuk mengingat kembali maklumat ya

nng penting. Mereka juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka

pendek, tetapi kajian oleh Jones et al (1988), membuktikan masalah seumpama ini

boleh diatasi dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang

sesuai. Kaedah kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir

seperti membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan,

Page 4: bab 1-3 edit

4

membuat ramaln, mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan

masalah (Meister & Rosenshine,1992).

1.2 Penyataan Masalah

Pengajaran dan pembelajaran Matematik yang lebih menekankan penghafalan

formula, latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran

berpusatkan guru, adalah punca murid tidak berminat dengan Matematik. Ini terbukti

apabila keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menunjukkan

kemerosotan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut laporan TIMSS,

2007, skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada

2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.

Guru perlu bersedia menghadapi cabran-cabaran dan perubahan-perubahan

yang dijangkakan dari segi amalan pembelajaran khususnya dalam menguasai

kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar. Dalam mata pelajaran Matematik,

bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting ke arah memahamkan

konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat

pelajar. Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam

penciptaan peralatan pengajaran dan pembelajaran memberi kesan yang sangat nyata

dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dilakukan oleh guru

dan ianya juga amat membantu dalam mempercepatkan proses pembelajaran di

kalangan pelajar.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

i) Menyelesaikan masalah kehilangan minat di kalangan para pelajar semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Page 5: bab 1-3 edit

5

ii) Untuk mengenalpasti sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar dapat

mempertingkatkan pencapaian pelajar.

1.4 Persoalan Kajian

i) Adakah penggunaan bahan bantu mengajar dapat menarik minat pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

ii) Adakah penggunaan bahan bantu mengajar dapat membantu

mempertingkatkan pencapaian penguasaan kemahiran?

iii) Adakah terdapat perbezaan pencapaian murid sasaran dan ujian pra dan ujian

pos?

1.5 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat member idea-idea dan membantu:

i) Guru dan pelajar

Menyedarkan guru tentang penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai

memudahkan pengajaran guru serta memberi ransangan, motivasi dan menarik

minat pelajar untuk memnguasai kemahiran yang disampaikan dan seterusnya

meningkatkan pencapaian akademik murid-murid tersebut.

ii) Pihak Sekolah

Menyedarkan pihak sekolah serta pentadbir tentang masalah yang dihadapi

oleh guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar. Dengan itu pihak sekolah

harus turut berasa bertanggungjawab atas masalah yang dihadapi oleh guru

Page 6: bab 1-3 edit

6

untuk membina dan menyediakan bahan bantu mengajar dan tidak

membebankan guru sepenuhnya.

iii) Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri

Mengambil kira tentang keperluan menyediakan kursusu, bengkel dan latihan

dalaman secara intensif untuk menambah kemahiran dan pengetahuan guru-guru

dalam menyediakan, mengendali serta menggunakan bahan bantu mengajar dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Skop Kajian

Penyelidikan ini melibatkan 46 orang murid di Sekolah Kebangsaan Taman Johor

Jaya 2. Mereka terdiri daripada murid-murid tahun 4 Intelek dan 4 Cendekiawan.

Murid-murid ini telah dikenalpasti lemah dalam kebanyakan kemahiran asas nombor

dan operasi. Masalah yang ketara dalam kumpulan sasaran ini ialah operasi darab.

Kebanyakan di antara mereka berada di kedudukan terbawah.

1.7 Limitasi Kajian

Banyak kekangan dan faktor-faktor yang dijangkakan akan menghalang dalam

melaksanakan kajian ini. Antara faktor-faktor tersebut peruntukan masa untuk

membuat kajian memandangkan pelar-pelajar ini terikat dengan jadual waktu kelas,

sikap murid yang tidak suka hadir ke sekolah, serta ketiadaan sumber yang

bersesuaian.

Page 7: bab 1-3 edit

7

1.8 Kerangka Konsep

Prestasi murid akan diukur melalui perancangan yang dibuat seperti berikut:

Rajah : Kerangka Konsep Kajian

Rajah 1.1 : Carta Aliran Kerangka Konsep

Pemerhatian/ Mengenalpasti masalah

Mula

Tamat

Mengenalpasti Latar belakang masalah dan masalah kajian

Mengenalpasti objektif /Skop Kajian

Kajian Literatur

Metodologi Kajian

Pembentukan instrumen

Kajian sebenar/ujian pra/ujian pasca

Analisis data

Dapatan kajian diperolehi/Pembentangan dapatan

Page 8: bab 1-3 edit

8

1.9 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah utama yang digunakan dalam kajian ini. Antaranya ialah :

1.9.1 Bahan Bantu Belajar

Menurut Brown J.W. (1983), bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang

digunakan oleh guru dan pelajar untuk membantunya dalam menyampaikan

pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar bukan sahaja terhad kepada

buku teks, papan tulis, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi merangkumi segala

benda yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan semua

pancaindera, iaitu merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid.

1.9.2 Pembelajaran

Menurut Noorhisham (2011), pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik

dengan pendidik agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau

penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan kepada peserta

didik. Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat,

pengetahuan dan sikap. Pembelajaran merupakan proses mental yang aktif untuk

mendapatkan, menyimpan, mengingat dan mengaplikasikan ilmu. Ianya juga

didefinisikan dengan perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman. Serta

ditafsirkan juga sebagai proses aktif minda individu untuk berfikir tentang situasi,

termasuklah kepercayaannya, jangkaannya dan perasaannnya mempengaruhi fakta

yang seseorang individu itu pelajari.

Page 9: bab 1-3 edit

9

1.9.3 Pendekatan

Pendekatan dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan dilaksanakan, di

mana kaedah pengajaran merupakan cara mempelajari sesuatu mengikut

kecenderungan individu, proses memperolehi maklumat dan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan pembentukan sikap serta kepercayaan. Dalam bidang

pendidikan, pendekatan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang diamalkan

dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektif yang

disasarkan. Terdapat pelbagai jenis pendekatan dan setiap pendekatan ini berbeza

daripada segi konsep dan cara penggunaanya bergantung kepada keadaan

pelajar.Penggunaan pendekatan yang sesuai perlu agar guru-guru dapat mencapai

objektif pembelajaran yang diharapkan. Pelajar pula perlu mengetahui kepelbagaian

kaedah pembelajaran agar mereka dapat mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk diri

mereka supaya mereka mencapai keputusan pembelajaran yang lebih baik dalam

Matematik (Dun dan Dun, 2008).

1.9.4 Pengajaran

Menurut Romiszowski (1988), pengajaran adalah proses yang berorientasikan

matlamat yang dirancang terlebih dahulu. Bagi Heinich, Molenda dan Russell

(1981), pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk

menghasilkan pembelajaran. Dalam kajian ini, tugas utama guru di dalam

pengajarannya adalah untuk membimbing pelajar-pelajarnya agar dapat menguasai

isi pelajaran dan seterusnya mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan.

Page 10: bab 1-3 edit

10

1.10 Kesimpulan

Bab ini menghuraikan tentang latar belakang kajian, permasalahan, objektif kajian,

persoalan kajian, kepentingan, skop kajian, dan batasan kajian. Bab ini juga ada

menyentuh tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang perlu dan

seharusnya dilakukan oleh seorang yang bergelar guru mahu pun pelajar dalam

mencapai objektif yang disasarkan.

Page 11: bab 1-3 edit

11

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan meningkatkan

keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar di dalam kelas. Penggunaan

kaedah yang tepat dan menarik akan dapat membantu pelajar-pelajar untuk mencapai

objektif dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan, misalnya

ada unsur-unsur grafik dan warna yang secara tidak langsung dapat menarik minat,

perhatian serta mempertingkatkan kefahaman. Media pengajaran yang berasaskan

bahan bantu mengajar dan benda maujud ini juga akan dapat meningkatkan motivasi

pelajar dan seterusnya menghinda salah anggapan dan pentafsiran.

Pada masa sekarang penggunaan bahan bantu mengajar telah berkembang

dengan pesat dalam dunia pendidikan selaras dengan perkembangan dan kemajuan

sains dan teknologi, namun keberkesanan setiap bahan bantu mengajar itu bukan

terletak kepada kecanggihannya, tetapi lebih kepada kesesuaiannya berdasarkan

penggunaan serta penyerlahan konsep atau idea kandungan sesuatu mata pelajaran.

Kecekapan seseorang guru mengaplikasikan bahan bantu mengajar adalah penting

dalam menjamin kejayaannya menyampaikan pengajaran.

Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan tentang beberapa istilah dan

konsep yang digunakan dalam kajian. Di samping itu disediakan juga kajian-kajian

Page 12: bab 1-3 edit

12

lepas yang berkaitan agar dapat dijadikan panduan dan perbandingan dengan tajuk

kajian ini.

2.2 Bahan Bantu Mengajar

2.2.1 Takrif Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bahan bantu mengajar (BBM) ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/

murid untuk membantunya dalam penyampaian pengajaran di dalam kelas. Peralatan

mengajar tidak terhad kepada buku-buku teks, papan putih, marker, kapur, papan

hitam dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang

digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera seperti melihat,

mendengar, merasa, hidu dan sebagainya, iaitu merangkumi apa sahaja yang dialami

oleh pelajar.

Ikhsan dan Norila (2005), mendefinisikan BBM sebagai bahan yang

digunakan oleh guru bagi menggerakkan proses pengajaran dan pembelajaran kea

rah mencapai objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Bagi Musa Sulaiman

(2005), BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleg guru dan pelajar untuk

membantunya dalam penyampaian pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, bolehlah

disimpulkan bahawa BBM adalah satu alat sokongan yang melibatkan penggunaan

deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan untuk meyerlahkan konsep atau idea

kandungan kemahiran sesuatu mata pelajaran.

2.2.2 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar

Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru sekurang-kurangnya boleh

dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis, iaitu bahan

Page 13: bab 1-3 edit

13

bantu mengajar bukan elektronik, bahan bantu mengajar elektronik, bahan bercorak

pengalaman dan bahan sebenar. Namun walau apa jua kategori bahan bantu

mengajar yang diguna pakai oleh seseorang guru dalam pengajarannya, matlamatnya

adalah untuk memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat

verbalistik, mengatasi keterbatasan ruang, mengatasi sifat pasif pelajar dan memberi

rangsangan, mempersamakan pengalaman serta membangkitkan persepsi di kalangan

murid.

Atan Long (1981) dan Mohd Ali al-Khauli (1982) membahagikan bahan

bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu alat pendengaran (pita rakaman dan

radio), alat pandang (papan-papan dan gambar) dan alat pandang dengar (filem).

Bagi Noraziah Abdul Hamid (1981) pula, beliau membahagikan BBM kepada dua

kumpulan iaitu media elektronik (radio, televisyan, filem pita, piring hitam, overhead

projector, makmal bahasa) dan media bukan elektronik (buku, carta, kad imbasan ,

papan hitam, objek-objek dan bahan maujud).

Selain dua kumpulan tersebut, bahan bantu mengajar yang asas (papan

hitam/papan tulis, buku teks dan buku kerja) juga merupakan antara jenis bahan

bantu mengajar (Mat Nor Hussin, 1988). W.F Connell (1981) membahagikan sumber

pengajaran kepada tiga kategori iaitu alat bantu mengajar am (papan hitam dab buku

bercetak), alat pandang dengar ( model, patung, gambar,lukisan, gambar foto, graf,

kartun, radio, pita rakaman suara, alat pemain piring hitam dan system pembesar

suara) danalat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram dan mesin mengajar yang

berkaitan.

2.2.3 Rasional Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam PdP

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembvelajaran ini

adalah untuk mngetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan

sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa

menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah

Page 14: bab 1-3 edit

14

dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebih-lebih lagi bahan yang digunakan itu

bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan

yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian ilmu pelajaran. Bahan

bantu mengajar juga dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada

pelajar. Jika bahan bantu mengajar ini digaunakan dengan teratur semasa memberi

penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar. Abdul

Ghani (1996), dalam Lee Kim Hong, menegaskan factor bahan member kesan dalam

meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan

berinteraksi dengan lebih berkesan. Oleh itu guru perlu menggunakan pelbagai bahan

media yang sesuai dan menarik supaya dapat menukar suasana pembelajaran yang

kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar atau berpusatkan pelajar.

Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu

mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain.

Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap

pelajar), dan disokong bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang

maksimum. Guru-guru haruslah bijak dan kreatif dalam pengajarannya dengan

memperbanyakkan penggunaan bahan bantu mengajar..

Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang

digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini kerana pancaindera yang

berlainan menghasilkan kaedaan penanggapan yang berlainan. Setiap pancaindera

melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan suatu pancaindera yang

lain. Denagan itu pengajaran yang menggunakan alat-alat yang berbagai pancaindera

akan mendatangkan kesan yang lebih baik. Aalat yangt menggunakan warna dan

bentuk yang menarik akan lebih mendapat perhatian.

2.3 Teori Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adakalanya membosankan pelajar

sekiranya topik atau tajuk yang dibincangkan tidak mampu memancing minat pelajar

Page 15: bab 1-3 edit

15

untuk memahaminya dengan tepat.Menurut Rohani Abdullah et al, 2004, dalam

Nurul Amirah Mohd Razali, Pm Dr. Zaidatun Tasir,(2008), urutan perkembangan

pembelajaran Matematik di dalam komponen kognitif melalui tiga tahap iaitu yang

pertama ialah tahap konkrit di mana ia menggunakan bahan maujud dan objek.

Tahap kedua ialah tahap gambar iaitu penggunaan gambar dan diagram manakala

tahap yang ketiga adalah tahap simbol iaitu penggunaan 1, 2, 3, 4 dan seterusnya.

Maka ini jelas menunjukkan penguasaan tiga tahap ini penting untuk dikuasai olek

kanak-kanak bagi menguasai konsep nombor seterusnya persediaan kepada

pembelajaran Matematik yang lebih tinggi.

Kon Pengalaman Edgar Dale, 1969 (dalam Mustafa Abdul Sami, 2004),

merupakan garis panduan untuk digunakan oleh guru dalam proses PdP. Dalam kon

ini, Dale menegaskan klasifikasi mengenai media dan teknik yang boleh digunakan

agar PdP menjadi lebih berkesan iaitu dapat mengubah kefahaman pelajar daripada

sukar kepada mudah iaitu dengan member pengalaman sebenar telah membawa

kesan pembelajaran yang maksimum.

Menurut Edgar Dale, 1969, (dalam Noriati A. Rashid, 2009), pelajar boleh

memanfaatkan aktiviti pembelajaran yang abstrak, iaitu penggunaan media simbolik

verbal jika mereka sudah memiliki banyak maklumat konkrit untuk mentafsirkan

maklumat abstrak berkenaan. Berikut ialah paparan Kon Pengalaman Edgar Dale,

yang menyusun bahan bantu mengajar yang digunakan oleh beliau sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran.

Page 16: bab 1-3 edit

16

Terdapat tiga tahap dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale, iaitu persimbolan,

pemerhatian dan juga penglibatan. Kon ini bermula daripada konkrit ke abstrak. Di

bawah tahap persimbolan, Kon Pembelajaran Dale memecahkannya kepada dua

bahagian iaitu symbol lisan dan juga symbol penglihatan. Pada tahap kedua pula,

Dale telah memecahkannya kepada empat bahagian iaitu rakaman radio dan gambar,

televisyen, pameran, serta demontrasi atau tunjuk cara, manakala pada aras terakhir

iaitu penglibatan, Dale memecahkannya kepada tiga peringkat iaitu main peranan,

penggunaan alat dan bahan sebagai model dan bercorak tiga dimensi serta

pengalaman langsung. Ketiga-tiga aras pengalaman yang diutarakan oleh Dale

mempunyai peranan dan fungsi tersendiri. Aktiviti dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih bersistematik dan tidak membosankan.

Edgar Dale juga membuat klasifikasi pengalaman menurut tingkat, iaitu daripada

tingkat yang paling konkrit iaitu asas kepada aras yang tertinggi iaitu abstrak.

Maksudnya semakin konkrit pengalaman belajar itu, semakin besar manfaat yang

akan diterima oleh pelajar.

2.4 Kajian-kajian Lepas

Kajian-kajian lepas yang dirujuki ini adalah kajian yang dijalankan dalam pelbagai

bidang pendidikan berkaitan dengan kepentingan penggunaan bahan bantu mengajar.

Kajian yang dijalankan oleh Norma Hassan (2004), berkaitan hubungan di antara

penggunaan bahan bantu mengajar dengan minat pelajar tahun lima di Sekolah

Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Dapatan analisis daripada 36 orang

murid itu menunjukkan wujudnya hubungan yang positif antara bahan bantu

mengajar dengan minat. Oleh itu, ia membuktikan bahawa bahan bantu mengajar

yang digunakan oleh pelajar berupaya memotivasikan mereka dan dapat

mengelakkan kebosanan murid di dalam kelas.

Kenyataan ini juga disokong oleh kajian Sukri Berawi (2006), terhadap

Penggunaan Bahan Maujud dan Kaedah Biasa (conventional) dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Kemahiran Menambah Pelajar- pelajar Tahap I, iaitu pelajar tahun dua

Page 17: bab 1-3 edit

17

dan tiga di Sarikei. Menurut beliau penggunaan bahan maujud merupakan satu

pilihan alternatif dan inovatif di dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran

menambah pelajar tahap satu. Pelajar tahap satu ini boleh berinteraksi dan berasa

lebih seronok dengan bahan maujud yang digunakan. Kaedah bahan maujud juga

boleh menceriakan suasana pembelajaran murid-murid dan mengelakkan mereka

daripada berasa bosan.

Charlie Anak Ungang (2008), mengkaji penggunaan bahan bantu mengajar

dalam kemahiran asas membaca di kelas pemulihan di lima buah sekolah rendah di

Daerah Serian, Sarawak. Dapatannya menunjukkan penggunaan bahan bantu

mengajar tidak dapat dinafikan lagi telah berjaya mempertingkatkan prestasi

penguasaan asas bacaan di kalangan pelajar pemulihan.Peratusan purata min yang

ditunjukkan pada awal semester ialah 59%. Pada akhir semester, prestasi purata min

meningkat kepada 80% iaitu peningkatan sebanyak 21% setelah penggunaan bahan

bantu mengajar diperhebatkan dalam proses pengajaran asas bacaan di kelas

pemulihan.

Kajian oleh Munirah (2010), menyatakan bahawa wujud hubungan yang

positif di antara teknik pengajaran menggunakan bahan bantu mengajar menerusi

model dengan peningkatan dari segi kefahaman dan ingatan murid. Beliau

menyatakan bahawa para guru perlu menyediakan satu kaedah pengajaran yang

berkesan dengan menggunakan sebanyak mungkin bahan bantu mengajar ketika

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Keupayaan murid memegang dan

memanupulasikan bahan maujud tersebut akan menimbulkan keseronokan dalam

pembelajaran dan ingatan yang lebih panjang.

Mohd Aris, Siti Fatihah & Asmah (2004), dalam Ainul Shahman (2012),

menyatakan penggunaan BBM dalam pengajaran membolehkan pelajar bukan sahaja

Nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat memperbaiki kesalahan yang

dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Pelajar yang pintar dapat belajar

dengan sendiri menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar

yang lemah. Guru yang tidak menggunakan BBM semasa mengajar akan

menimbulkan banyak masalah kepada pelajar untuk memahami apa yang dipelajari.

Manakala menurut kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida

Ahmad (2000), penggunaan BBM seperti bahan pengajaran multimedia dapat

Page 18: bab 1-3 edit

18

menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta menjadikannya lebih berkesan. Menurut Charlie Anak Unggang

(2008), BBM juga dapat mnjelaskan mesej yang ingin disampaikan dengan lebih

jelas di samping mengekalkan minat belajar. Ini membuktikan bahawa penggunaan

BBM telah Berjaya mempertingkatkan prestasi pelajar.

Pada zaman teknologi kini, computer merupakan salah satu alat bantu

mengajar yang paling efektif yang boleh digunakan oleh pelajar. Van Horn et al.

(2007) dalam Nurul Amirah Mohd Razali dan Zaidatun Tasir (2008), mendapati

bahawa sifat keyakinan kanak-kanak akan lebih meningkat di dalam kelas yang

dilengkapi peralatan komputer berbanding yang tidak mempunyai komputer. Beliau

menyatakan ramai guru percaya yang sikap daya saing kanak-kanak akan lebih

meningkat dan kanak-kanak akan merasa diri mereka penting apabila mereka

menggunakan komputer. Ini adalah kerana kanak-kanak memandang komputer itu

sebagai peralatan orang dewasa. Pembelajaran menggunakan komputer mampu

menarik minat kanak-kanak untuk belajar di samping meningkatkan daya pemikiran

yang kreatif dan kritis di dalam menyelesaikan masalah.

Kajian oleh Aszoura (2007), terhadap 66 orang sampel berkenaan

keberkesanan kaedah pembelajaran berbantukan komputer (Penggunaan perisian

Power Point Interaktif) terhadap peningkatan penguasaan konsep sains dalam tajuk

sel tingkatan satu, menunjukkan pelajar sebenarnya lebih tertarik kepada suasana

pembelajaran yang berbeza daripada kaedah tradisional yang digunakan. Menurut

beliau lagi, penggunaan Ms. Power Point mampu member gambaran yang jelas

tentang sesuatu konsep sains yang sedang dipelajari dan dapat mempertingkatkan

pemahaman serta minat pelajar.

2.5 Kesimpulan

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa kajian-kajian yang lepas telah

membuktikan bahan bantu mengajar sama ada yang berbentuk elektronik atau media

bukan elektronik amat diperlukan dalam memastikan objektif pembelajaran tercapai.

Page 19: bab 1-3 edit

19

dan pelajar kekal minat untuk terus belajar. Pengajaran guru yang menggunakan

bahan bantu mengajar berbanding dengan guru yang mengajar secara tradisi tentu

sekali mempunyai perbezaan yang ketara dari segi penerimaan dan tumpuan pelajar,

aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian pelajar.

Seorang guru yang dedikasi perlu menyedari hakikat bahawa pengajaran ayng

menggunakan bahan bantu mengajar lebih diharapkan oleh anak didik yang

dahagakan ilmu pengetahuan daripada gurunya. Ini bukan sahaja dapat

meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah, malahan dapat

melahirkan pelajar yang dapat menyumbangkan tenaga kea rah pembangunan

negara.

Page 20: bab 1-3 edit

20

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metadologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk

menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab

permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif metadologi yang

dirangka adalah melibatkan reka bentuk kajian, lokasi kajian, sampel kajian,

instrumen kajian dan penganalisaan data.

3.2 Reka bentuk kajian

Reka bentuk kajian yang akan dijalankan adalah dengan menggunakan kajian

kuantitatif iaitu untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran matematik

dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai.. Pengkaji akan menggunakan

kaedah eksperimen di mana data terkumpul melalui ujian pra dan ujian pasca. Dua

set soalan iaitu ujian pra dan ujian pasca yang mengandungi 20 soalan bagi setiap

satunya akan diberikan kepada murid. Ujian pra bertujuan untuk mengetahui dan

mendapat gambaran awal tentang tahap penguasaan murid terhadap soalan.

Manakala ujian pasca akan diberikan setelah kumpulan eksperimen diberikan

rawatan selama 4 minggu untuk mengetahui sejauh mana peningkatan pencapaian

murid dan keberkesanan pendekatan yang akan digunakan.

Page 21: bab 1-3 edit

21

3.3 Lokasi kajian

Kajian ini akan dilakukan di salah sebuah sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor.

Sekolah yang menjadi pilihan ialah Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2.

Pemilihan sekolah ini dibuat memandangkan penyelidik mengajar di sekolah ini, dan

murid-muridnya mempunyai latar belakang yang berbeza terutama dari segi sosio

ekonomi dan masalah disiplin. Dengan pemilihan sekolah ini diharapkan penyelidik

dapat menjalankan penyelidikan dengan lebih efektif dan berkesan.

3.4 Sampel kajian

Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2, mempunyai bilangan murid seramai 433

orang iaitu 239 pelajar lelaki dan 194 orang pelajar perempuan. Kajian ini akan

dilakukan ke atas murid-murid tahun 4 sahaja.. Jumlah sampel yang dicadangkan

ialah 46 orang. Mereka terdiri daripada 25 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar

perempuan.

3.5 Instrumen kajian

Instrumen merupakan alat ukur yang digunakan dalam menentukan data serta

maklumat yang diperolehi. Bagi kajian ini penyelidik akan menggunakan soal-

selidik, ujian pra dan ujian pos. Borang soal-selidik akan diedarkan sebelum ujian

Pra. Ujian pra dijalankan bagi mengenalpasti sampel yang ingin diselidik. Manakala

ujian post dijalankan setelah aktiviti intervensi dijalankan. Menurut Mohd Majid

Konting (2005), soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan

fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik juga dapat

meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan

soalan yang diberikan.

Page 22: bab 1-3 edit

22

Instrumen kajian yang telah dipilih ialah seperti berikut:

a) Borang Maklumat Pelajar (Lampiran A)

b) Borang Soal Selidik (Lampiran B)

c) Ujian Pra

d) Ujian Pos

3.5.1 Borang Maklumat Pelajar

Pengkaji akan mengkategorikan kumpulan pelajar mengikut pencapaian tinggi atau

pencapaian rendah serta menentukan jantina pelajar daripada borang maklumat

pelajar.

Gred Mata Pelajaran Matematik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015, akan diambil

dan dianalisis berdasarkan jadual di bawah:

Jadual 3.1: Skala Tahap Penguasaan Dan Gred Keputusan Peperiksaan dan Ujian

(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia

Markah Gred Kategori

85 – 100 A Lulus

70 – 84 B Lulus

60 – 69 C Lulus

50 – 59 D Lulus

40 - 49 E Lulus

01 - 39 F Gagal

Page 23: bab 1-3 edit

23

3.5.2 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik yang disediakan oleh pengkaji adalah untuk mengesan tentang

minat pelajar dan penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran dalam Matematik. Sebanyak 15 item soalan telah dikemukakan dalam

borang soal selidik ini yang berkaitan dengan minat, motivasi dan persepsi pelajar

terhadap mata pelajaran Matematik. Ia dibina daripada jenis skala Likert lima

peringkat skor yang mewakili:

1 2 3 4 6

Sangat Tidak

setuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Jadual 3.2: Skala Likert

(Sumber : Mohd Najib bin Abd. Ghafar, 1998)

3.5.3 Ujian pra dan ujian pasca.

Ujian yang terdiri daripada 20 soalan darab. Bagi ujian ini pelajar dikehendaki

menyiapkannya dalam masa 40 minit. Soalan-soalan yang dibina pada setiap ujian

diperolehi daripada buku teks pelajar yang dibekalkan oleh pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia. Ujian pra diberikan untuk menilai kebolehan menyelesaikan

soalan sebelum pelajar mengikuti eksperimen manakala ujian pasca diberikan bagi

menilat pencapaian pelajar dalam menyelesaikan soalan darab setelah eksperimen

dijalankan. Kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan

akan diberikan satu ujian pra pada hari pertama sebelum rawatan, kemudian ujian

pasca akan diberikan pada hari terakhir selepas tamatnya tempoh rawatan. Ujian pra

dan ujian pasca diberikan secara serentak terhadap kedua-dua kumpulan tersebut

pada waktu yang ditetapkan. Pentadbiran ujian ke atas kumpulan eksperimen akan

dikendalikan sendiri oleh pengkaji manakala kumpulan kawalan akan dikendalikan

dengan bantuan seorang guru Matematik sekolah berkenaan. Jangka masa ujian

tersebut ialah 40 minit.

Page 24: bab 1-3 edit

24

3.6 Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, kaedah pengumpulan data diperolehi daripada penyelidikan

perpustakaan dan sumber maklumat daripada internet. Di peringkat ini, data yang

diperolehi hanyalah bilangan sampel dan jantina. Senarai keputusan pencapaian

murid akan diambil ambil setelah kajian dijalankan.

3.7 Analisis Data

Data yang diperolehi akan dianalisa dengan melihat hubungan antara pembolehubah.

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer Microsoft excel.

Skor mentah yang dperolehi respoden dicatat dalam borang skor. Skor keseluruhan

responden dianalisis menggunakan kaedah statistik iaitu kekerapan dan peratus

3.8 Kesimpulan

Dalam bab ini membincangkan bagaimana pengkaji akan memperoleh data bermula

daripada peringkat perancangan hingga ke peringkat pelaksanaannya serta kaedah

pentafsiran data. Kajian akan dilaksanakan mengikut bentuk eksperimental dan

pengumpulan data menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Analisis data

menggunakan kaedah deskriptif iaitu dinyatakan dalam peratus dan kekerapan.

Rujukan

Page 25: bab 1-3 edit

25

Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad. (2000). Keberkesanan Penggunaan Bahan

Pengajaran Multimedia Interaktif (BPMI) .Pengajaran.Jurnal BTP. 17-34.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Abdul Rasid Jamian , Shamsudin Othman , Humaizah Hashim (2012). Persepsi Guru

Terhadap Penggunaan Kartun Dalam Transformasi Pengajaran Penulisan

Karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa MelayuMalay

Language Education Journal (MyLEJ) UPM Bil. 1 (Mei 2012): 129-140

Aszoura Binti Mohame Salleh, (2007). Keberkesanan Kaedah Pembelajaran

Berbantukan Komputer (Penggunaan Perisian Power Point Interaktif)

Terhadap Peningkatan Penguasaan Konsep Sains dalam tajuk Sel Untuk

sains Tingkatan 1, UTM

Azizi Yahaya, Halimah Ma’alip & Mohamad Hasan Omar,(2011). Permasalahan

Yang Mempengaruhi Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar

Bumiputra (Tingkatan 4) di Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru.

Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011,

Pages 1-27

Blog Panitia Matematik SMK Khir Johari,(2012). Laporan Tindakan Untuk

Meningkatkan Prestasi Murid Dalam Matematik .Di capai daripada

http://panitiamatematiksmkkj.blogspot.com.tr/2012/05/kesimpulan-

daripadakajian-kes-laporan.html

Charlie Anak Unggang,(2008).Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 8, Penggunaan Bahan

Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas Membaca di Kelas Pemulihan:

Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian.

Christopher Lu Wei Wang,(2009). Kesan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Visual Dalam Pengajaran Subjek Sains Tahun Tiga. Koleksi Artikel

Page 26: bab 1-3 edit

26

Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar

Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.87-101

Faridah Hanim Yahya, (2011). Pembinaan Konsep Matematik Secara Konseptual

Menggunakan Kaedah PBL Elektronik. Jurnal Teknologi Pendidikan

Malaysia Jilid 1, Nombor 4, Disember 2011

Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong:

PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Lee Kim Hong ,Pengajaran dan Pembelajaran Sastera dalam Sukatan Pelajaran

Pengajian Cina, KDPM Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban.

Munira Binti Mohamad (2011). Meningkatkan Minat Murid Tahun 2 Terhadap Mata

PelajaranSains Menggunakan Dam Sains Sebagai Bahan Bantu Mengajar.

Institut Pendidikan GuruKampus Dato Razali Ismail, KualaTerengganu.

Nasrah ,(2011). Borang soal selidik.Kuala Lumpur.OUM

Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin. Musa Daia.(2001). Penerapan Nilai Murni

Melalui Pembelajaran-Kooperatif dalam Sains. Jurnal Pendidikan 27(2001)

47-57.

Norma Binti Haji Hassan (2004), Hubungan Di Antara Penggunaan BahanBantu

Mengajar Dengan Minat PelajarTahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem,

Pengkalan Chepa,Kelantan. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Nurul Amirah Mohd Razali , Pm Dr Zaidatun Tasir (2008), Rekabentuk Sistem

Pembelajaran Konsep Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan Yang

Menerapkan Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak. Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

Page 27: bab 1-3 edit

27

Nurulhuda Binti Ngasiman,(2014). Kesan Kaedah Pembelajaran Koperatif Terhadap

Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Matematik. Universiti Tun

Hussein Onn Malaysia

Salha Mohamed Hussain,(2014). Keberkesanan Pembelajaran Kooperatif Untuk

Meningkatkan Motivasi Pelajar Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.

Kementerian Pendidikan Singapura

Sukri Berawi dan Victor, (2006). Penggunaan Kaedah Bahan Maujud Dan Kaedah

Biasa (Conventional) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemahiran

Menambah Pelajar-Pelajar Tahap I. Institut Perguruan Rajang bintangor,

Sarawak

Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki, Jamil Ahmad,(2005).

Prestasi Akademik Mengikut Gender. MengJiukurnt aGlePnednedridikan 30

(2005) 93 - 111