bab 2 - perlembagaan persekutuan

43
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Malaysia mempunyai perlembagaan bertulis Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim A. Hamid (Pakistan)

Upload: nasywah79

Post on 11-Jul-2015

544 views

Category:

Education


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

Malaysia mempunyai perlembagaan

bertulis

Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957

Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang

diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor

Jenning (British), Sir William Mckell

(Australia), B. Malik (India) dan Hakim

A. Hamid (Pakistan)

Page 2: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Digubal berdasarkan 131

memorandum yang diserahkan oleh

parti politik dan pertubuhan Tanah

Melayu.

Merupakan sumber segala

perundangan yang wujud dalam

negara.

Dikanunkan tetapi boleh dipinda

Memperakukan semua undang-

undang yang wujud di Sabah dan

Sarawak sebelum Hari Malaysia.

Page 3: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia

berasaskan kepada Perlembagaan

Tanah Melayu 1957.

Mengandungi 15 Bahagian, 183

Perkara dan 13 Jadual.

Merupakan dokumen sumber segala

perundangan lain yang wujud dalam

negara

Page 4: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Takrif dan Konsep

PerlembagaanKumpulan peraturan dan undang-undang yang menjadi asaspembentukan sesebuah negara.

Merupakan dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan danprinsip sebagai panduan kpd kerajaanutk mentadbir negara

Sekiranya tidak dipatuhi, bermaknanegara akan berada dalam keadaanhuru-hara dan kerajaan gagalmelaksanakan pemerintahannya.

Page 5: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

KONSEP KETERTINGGIAN

PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan

merupakan undang-undang tertinggi

negara

Menjadi punca kepada semua

undang-undang sama ada yang sedia

ada atau yang bakal digubal.

Semua undang-undang yang ada

tidak boleh berlawanan dengan

Perlembagaan

Page 6: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Parlimen memperoleh kuasanyadaripada Perlembagaan.

Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuatundang-undang bagi perkara-perkarayang berada di luar bidang kuasanya.

Mahkamah mempunyai kuasa untukmembatalkan sesuatu undang-undangyang digubal oleh Parlimen jikaundang-undang berkenaan berada diluar bidang kuasanya danbertentangan dengan PerlembagaanPersekutuan.

Page 7: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Ketua Negara, iaitu Yang di-Pertuan

Agong juga tertakluk kepada

Perlembagaan Persekutuan.

Sebarang undang-undang yang

bercanggah dengan Perlembagaan

akan terbatal setakat mana yang

bercanggah sahaja.

Tidak ada sebarang institusi di

Malaysia yang boleh mengatasi kuasa

dan kedudukan Perlembagaan

sebagai undang-undang tertinggi.

Page 8: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan boleh dipinda. Pindaan

dibuat untuk kepentingan rakyat dan

negara. Namun, pindaan

perlembagaan tidak boleh dibuat

sewenang-wenangnya.

Perlembagaan boleh dipinda melalui

empat cara menurut Perkara 159 dan

161E :

a) Mendapat pungutan suara majoriti

mudah Majlis Parlimen

Page 9: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

b) Mendapat suara dua pertiga Majlis

Parlimen

c) Mendapat suara dua pertiga Majlis

Parlimen dan mendapat keizinan drpd

Majlis Raja-raja

d) Perkara yang menyentuh Sabah &

Sarawak memerlukan pungutan suara

dua pertiga Majlis Parlimen & prstujuan

Yang di-Pertua Negeri.

e) Pindaan juga boleh berlaku melalui

Perkara 150. (Perisytiharan Darurat)

Page 10: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perkara-perkara yang tidak boleh

dipersoalkan dalam Perlembagaan :

a) agama Islam sebagai agama

Persekutuan

b) kedudukan istimewa orang-orang

Melayu dan bumiputera di Sabah dan

Sarawak

c) kedudukan Bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan;

d) Kedudukan Raja-raja Melayu

e) kerakyatan/kewarganegaraan

Page 11: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Terletak kepada kedudukannya

sebagai undang-undang tertinggi yang

menjadi sumber dan punca semua

undang-undang

Semua undang-undang lain

hendaklah tidak bertentangan dengan

perlembagaan Perkara 4(1).

Semua undang-undang mestilah

selaras dengan Perlembagaan, jika

tidak maka undang-undang itu adalah

terbatal

Page 12: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Badan Kehakiman adalah badan yang

bertanggungjawab menjaga dan

memelihara keluhuran dan

ketertinggian Perlembagaan

Badan Kehakiman berkuasa

membatalkan sesuatu undang-undang

yang digubal oleh Parlimen jika

bertentangan dengan Perlembagaan.

Page 13: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUANTerdiri daripada 15 Bahagian yang mengandungi 183 Perkara

seperti dalam jadual berikut:Bahagian Butir-butir Perkara

1 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan Perkara 1-4

2 Kebebasan Asasi Perkara 5-13

3 Kewarganegaraan Perkara 14-31

4 Persekutuan Perkara 32-69

5 Negeri-negeri Perkara 70-72

6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri Perkara 73-95E

7 Peruntukan-peruntukan Kewangan Perkara 96-112D

8 Pilihan raya Perkara 113-120

9 Kehakiman Perkara 121-131A

10 Perkhidmatan Awam Perkara 132-148

11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan

Kuasa-kuasa Darurat

Perkara 149-151

12 Am dan Pelbagai Perkara 152-160

12A Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan

Sarawak

Perkara 161-161H

13 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 162-180

14 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya Perkara 181

15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Perkara 182-183

Page 14: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERUNTUKAN UTAMA

PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUANKewarganegaraan

Terdapat 4 cara menjadi warganegara

Malaysia :

a) kuatkuasa undang-undang

b) pendaftaran

c) naturalisasi/ kemasukan

d) penggabungan wilayah

Page 15: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kewarganegaraan melalui

kuatkuasa undang-undangMajoriti rakyat mendapat

kewarganegaraan kuatkuasa undang-

undang. Cthnya : orang2 yang lahir

pada atau selepas Hari Malaysia (16

Sept 1963)

Seseorang yang dilahirkan di dalam

Malaysia dengan salah seorang ibu

atau bapanya pada ketika dia

dilahirkan adalah seorang

warganegara atau pemastautin tetap

Malaysia

Page 16: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Seseorang yang dilahirkan di luar

Malaysia dan bapanya pada ketika

kelahirannya adalah seorang

warganegara yang lahir di Malaysia.

Page 17: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kewarganegaraan melalui

PendaftaranSeorang wanita yang berkahwin

dengan warganegara Malaysia dan

yang mana perkahwinannya telah

didaftarkan di Malaysia boleh

didaftarkan sebagai warganegara

sekiranya :

a) dia masih bersuami dan suaminya

adalah warganegara

b) Kerajaan Persekutuan berpuas hati

bahawa dia telah bermastautin di

dalam

Page 18: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Persekutuan selama 2 tahun sebelum

tarikh permohonan dan berniat untuk

bermastautin tetap dan berkelakuan

baik

c) Seseorang yang di bawah umur 21

tahun boleh didaftarkan sebagai

warganegara sekiranya sekurang-

kurangnya ibu atau bapanya adalah

seorang warganegara. Kerajaan

Persekutuan juga boleh mendaftarkan

seseorang di bawah umur 21 tahun

dalam keadaan khas yang difikirkan

sesuai.

Page 19: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kewarganegaraan melalui

naturalisasi/ kemasukanKerajaan Persekutuan boleh, dalamapa-apa keadaan khas yang difikirkansesuai ataupun atas permohonanseseorang yang berumur 21 tahunatau lebih dan bukan warganegara, memberikan perakuan naturalisasisekiranya :

a) Orang itu telah bermastautin didalam Persekutuan bagi tempohyang dikehendaki dan berniatberbuat demikian secara tetap,

Page 20: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

b) Berkelakuan baik dan mempunyai

pengetahuan memadai dalam bahasa

Melayu

Page 21: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kewarganegaraan melalui

Penggabungan Wilayah

Sekiranya terdapat wilayah baru yang

diterima masuk ke dalam Malaysia

selepas Hari Malaysia, Parlimen boleh

menetapkan individu di dalam wilayah

tersebut adalah warganegara

Page 22: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kehilangan Taraf

Kewarganegaraan

Setiap warganegara Malaysia boleh

kehilangan taraf kewarganegaraan

disebabkan oleh dua keadaan seperti

yang diperuntukkan oleh

Perlembagaan iaitu melalui cara

penolakan (Perkara 23 Perlembagaan

Persekutuan) dan pelucutan (Perkara

24 Perlembagaan Persekutuan)

Page 23: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Penolakan (Pelepashakan)

Seseorang warganegara yang

berumur 21 tahun atau lebih dan

sempurna akal dan juga adalah

warganegara bagi suatu negeri lain

atau yang hendak menjadi seorang

warganegara bagi suatu negeri lain

boleh menolak warganegara Malaysia

Page 24: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pelucutan

Seseorang yang telah menjadi

warganegara asing

Seseorang telah menderhaka

terhadap kerajaan semasa

peperangan

Warganegara yang telah

membuktikan dia tidak setia kepada

negara sama ada melalui percakapan

atau tindakannya yang boleh

mencemar keselamatan dan

kedaulatan negara

Page 25: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

KEBEBASAN ASASI

Kebebasan Diri

Tiada warganegara pun boleh diambil

nyawanya atau dilucutkan kebebasan

dirinya kecuali menurut undang-

undang

Seseorang warganegara tidak boleh

ditahan oleh pihak polis lebih 24 jam

kecuali setelah dibawa ke hadapan

seorang majistret untuk mendapat

perintah tahanan.

Page 26: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Seseorang warganegara yang

ditangkap oleh pihak polis hendaklah

diberitahu tentang sebab2 dia

ditangkap dengan seberapa segera

yang boleh bagi membolehkannya

berunding dengan peguam yang

dipilihnya dan dibela oleh peguam

tersebut.

Jika seseorang warganegara

ditangkap dan tidak mengikut undang-

undang, dia boleh memohon habeas

corpus daripada mahkamah untuk

membebaskan dirinya.

Page 27: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pengabdian dan Kerja Paksa

Tiada warganegara pun boleh ditahan

sebagai abdi.

Segala jenis kerja paksa dilarang

tetapi Parlimen boleh dengan kuasa

undang-undang membuat peruntukan

bagi tujuan perkhidmatan kerahan

tenaga bagi maksud negara.

Page 28: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlindungan daripada undang-undang

Jenayah yang Berkuatkuasa Kebelakangan &

Perbicaraan Berulang

Tiada warganegara yg boleh dihukumkerana sesuatu perbuatan yg manasebelum itu tidak menjadi kesalahan disisi undang-undang pada masaperbuatan dilakukan.

Seseorang warganegara yg telahdibebaskan drpd satu2 kesalahan ataudisabitkan dgn sesuatu kesalahan tdkboleh dibicarakan semula keranakesalahan yg sama. Kecuali perintahpembebasan tersebut dibatalkan olehmahkamah yg lebih tinggi.

Page 29: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Sama Rata

Semua warganegara adalah sama

rata di sisi undang-undang dan

mereka berhak untuk mendapat

perlindungan yang sama rata di sisi

undang-undang.

Seseorang warganegara tidak boleh

didiskriminasikan daripada aspek

agama, kaum, keturunan, atau tempat

lahir.

Page 30: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Larangan Buang Negeri dan

Kebebasan BergerakTiada warganegara yang boleh

dibuang negeri atau ditahan daripada

memasuki Persekutuan

Setiap warganegara berhak untuk

bergerak dengan bebasnya di seluruh

Persekutuan dan bermastautin di

mana-mana bahagiannya.

Page 31: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kebebasan Bercakap,

Berhimpun dan Menubuhkan

PersatuanSetiap warganegara bebas bercakap

dan mengeluarkan fikirannya.

Setiap warganegara berhak untuk

berhimpun dengan aman

Setiap warganegara berhak

menubuhkan persatuan

Page 32: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kebebasan Beragama

Setiap warganegara berhak untuk

menganut dan mengamalkan

agamanya.

Page 33: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Hak-hak Berkenaan dengan

PendidikanTidak boleh ada diskriminasi terhadap

mana-mana warganegara

berdasarkan agama, kaum, keturunan

atau tempat lahir

Tiap-tiap kumpulan agama berhak

untuk menubuhkan dan

menyelenggarakan institusi untuk

pendidikan kanak-kanak dalam

kumpulan itu sendiri.

Page 34: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Hak Terhadap Harta

Tiada warganegara pun boleh

dilucutkan hartanya kecuali mengikut

undang-undang

Tiada undang-undang pun boleh

membuat peruntukan bagi mengambil

atau menggunakan harta dengan

paksa tanpa pampasan yang

mencukupi.

Page 35: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Nota :Setiap warganegara mempunyaikebebasan bercakap dan mengeluarkanfikiran. Tetapi Parlimen boleh menggubalundang2 untuk menyekat hak ini jikaperlu atau suaimanfaat bagi kepentingan:

a) Keselamatan Malaysiab) Hubungan baik dengan negara lainc) Ketenteraman awam atau moraliti; ataud) Melindungi keistimewaan Parlimen atau

mana2 Dewan Undangan atau utkmembuat peruntukan menentangpenghinaan mahkamah, dan fitnah.

Page 36: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Agama bagi Persekutuan

Islam ialah agama bagi Persekutuan;

tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan damai di

mana-mana bahagian Persekutuan

Negeri selain negeri-negeri yang tidak

menpunyai Raja, Ketua agama Islam

ialah Raja/Sultan negeri berkenaan

Page 37: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua

agama Islam di negeri Melaka, Pulau

Pinang, Sabah dan Sarawak dan

Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Labuan dan Purtajaya

Agama lain disekat disebarkan

kepada penganut Islam seperti yang

diperuntukkan di dalam Perkara 11(4)

Page 38: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Bahasa Kebangsaan

Bahasa kebangsaan ialah bahasaMelayu dan hendaklah dalam tulisanyang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen

Dengan syarat bahawa :

a) tiada seorang pun boleh dilarangatau dihalang daripada menggunakan(selain bagi maksud rasmi), ataudaripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan

Page 39: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini

boleh menjejaskan hak Kerajaan

Persekutuan atau hak mana-mana

Kerajaan Negeri untuk memelihara

dan meneruskan penggunaan dan

penggajian bahasa mana-mana kaum

lain di dalam Persekutuan

Page 40: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Sistem Pemerintahan

Kerajaan Persekutuan (Bahagian 4)

Kerajaan Negeri (Bahagian 5)

Perhubungan Antara Persekutuan

dengan Negeri-negeri (Bahagian 6)

Peruntukan Kewangan (Bahagian 7)

Pilihanraya (Bahagian 8)

Perhakiman (Bahagian 9)

Page 41: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Pembahagian Bidang Kuasa

Perlembagaan telah menjelaskan

pengasingan kuasa perundangan

antara kerajaan Persekutuan dan

kerajaan negeri

Pengasingan kuasa perundangan

tercatat di Jadual Kesembilan –

Senarai Perundangan

Page 42: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Kepentingan Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-

undang yang mengandungi peraturan

serta prinsip sebagai asas kepada

pembentukan kerajaan

Perlembagaan merupakan panduan

kepada kerajaan untuk melaksanakan

kuasa dan mentadbir negara

Page 43: Bab 2 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan menjadi asas penting

untuk menjamin kesinambungan

pentadbiran dan kestabilan politik

Perlembagaan menjamin pentadbiran

yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil

Perlembagaan menjamin hak rakyat

untuk hidup sebagai seorang

warganegara secara aman dan

harmoni