bab 4 perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

84

Click here to load reader

Upload: akmal-amethyst

Post on 27-Jul-2015

447 views

Category:

Education


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik
Page 2: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan negara ini dipengaruhi oleh perjuangan nasionalisme Melayu dan bumiputera serta penglibatan etnik-etnik lain yang berunding sesama mereka dan dengan Sultan negeri-negeri dan British.

Perlembagaan Malaya dan Malaysia memperuntukkan kedudukan anak watan dalam kalangan Melayu dan bumiputera, Orang Asli dan juga etnik-etnik lain.

Page 3: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaannya bersifat mengurus etnonasionalisme anak watan dan keperluan masyarakat pelbagai etnik yang sivil.

Pengalaman pemerintahan persekutuan di Negeri Sembilan dijadikan asas untuk membina negara moden Malaya dan Malaysia.

Kepentingan setiap rakyat, negeri dan kumpulan minoriti diambil kira dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

Page 4: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan : dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang mustahak bagi penubuhan dan kewujudan sesebuah negara dan sistem politiknya.

Perlembagaan menjadi sumber kepada undang-undang dalam negara berkenaan

Semua undang undang lain tidak boleh bertentangan dengan undang-undang dan prinsip-prinsip perlembagaan dan jika bertentangan, maka undang undang perlembagaan yang lebih unggul diterima pakai sebagai undang undang yang lebih utama

Page 5: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Hashim (1983) pula berpendapat perlembagaan lebih daripada apa-apa perkara yang hanya berkenaan dengan urusan kerajaan, rangka-rangka demokrasi dan perlindungan hak-hak rakyatnya.

Perlembagaan juga ialah sebuah dokumen yang mengandungi peruntukan-peruntukan asas tertentu yang secara tersendiri mencerminkan pertimbangan suasana muhibah, penerimaannya yang murni dan kesefahaman antara rakyatnya.

Perlembagaan bukan sekadar satu dokumen undang-undang tetapi ialah dokumen yang tidak terpisah daripada sejarah, perkembangandan tradisi sesuatu negara khususnya di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik

Page 6: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

beberapa kesimpulan tentang makna perlembagaan iaitu:

i. Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara.

ii.Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah negara.

iii.Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain di dalam negara.

iv.Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara.

v. Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara.

Page 7: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis.

Badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual.

Secara ringkas, Perlembagaan Persekutuan menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain.

Page 8: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan Persekutuan adalah unik kerana mengekalkan unsur-unsur tradisi seperti :

1.Agama Islam 2.Bahasa Melayu3.Kedudukan istimewa orang Melayu 4.Pemerintahan beraja.

Manakala pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan boleh dilakukan melalui:

Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia,pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.

Page 9: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

ii. Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda iaitu perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi yang melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera.

iii. Perkara 159 (5) menjelaskan bahawa perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.

Page 10: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Tidak terdapat institusi yang mengatasi ketertinggian Perlembagaan Persekutuan. Malahan ketiga-tiga badan kerajaan, iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada PerlembagaanPersekutuan (Mohamed Suffian 1987).

perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas hari Merdeka danyang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

Page 11: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perundangan Islam paling awal telah diamalkan melalui Prasasti Terengganu yang bertarikh 14 Rejab 702H bersamaan 22 Februari 1303 (Syed Naquib 1970).

Prasasti Terengganu memperuntukkan beberapa peraturan berhubung dengan jenayah, urus niaga dan pentadbiran.

Seterusnya kewujudan Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) oleh Hang Sidi Ahmad dan Undang-Undang Laut Melaka(bukti jelas yang menunjukkan negara ini telah mempunyai sistem

perlembagaan sebelum kuasa Eropah tiba di Tanah Melayu)

Perlembagaan bertulis yang paling awal dihasilkan di Tanah Melayu adalah pada tahun 1895, iaitu Perlembagaan Negeri Johor diikuti dengan Perlembagaan Terengganu 1911.

Page 12: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Dalam perlembagaan tersebut, diperuntukkan bahawa seorang raja hendaklah berbangsa Melayu, berdarah raja, seorang keturunan raja-raja Johor, lelaki dan menganut agama Islam.

Malah menteri-menteri juga mesti Melayu, rakyat sultan dan menganuti agama Islam.

Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip-prinsip perlembagaan moden disebabkan nilai dan struktur masyarakat pada masa itu berbeza dengan situasi masa kini.

Page 13: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Menurut Perlembagaan Malayan Union, Malayan Union akan diperintah oleh Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak.

Sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Manakala majlis yang membincangkan hal ehwal agama Islam akan dianggotai oleh sultan-sultan tetapi Gabenor yang menjadi pengerusinya.

Perlembagaan Malayan Union juga cuba memberikan hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli yang bermaksud jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union, seseorang itu berhak menerima kerakyatan dengan mudah.

Dari segi pentadbiran, Gabenor memerintah bersama-sama dengan Majlis Penasihat sehingga dua badan tetap, iaitu Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dapat

ditubuhkan (Zainal Abidin 1979).

Page 14: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

kerajaan British melalui Perintah Malayan Union dalam Majlis 1946 dan Arahan Diraja pada 27 Mac 1946, telah mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946

Dibubarkan pada Februari 1948 kerana mendapat tentangan daripada orang Melayu kerana sebab-sebab berikut:

i. Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

ii. Pemberian hak kerakyatan yang sama pada kaum-kaum lain melalui prinsip jus soli.

Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua, iaitu menandatangani persetujuanMalayan Union atau dilucutkan daripada takhta pemerintahan.

Page 15: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Malayan Union diganti dengan sebuah persekutuan, iaitu Persekutuan Tanah Melayu 1948 .

Menerusi konsep persekutuan ini, kerajaan pusat berkuasa dalam semua perkara yang penting secara menyeluruh tetapi mengekalkan autonomi negeri-negeri serta menghormati kebesaran, martabat dan bidang kuasa Raja-raja dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 1 Februari 1948 di bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948 meliputi sembilan negeri Melayu dan dua daripada tiga Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka.

Singapura terpisah sebagai sebuah Tanah Jajahan Mahkota di luar Persekutuan kerana orang Melayu merasakan mereka mungkin dikuasai oleh orang Cina sekiranya Singapura menyertai Persekutuan Tanah Melayu dari segi bilangan penduduk.

Page 16: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan baharu ini telah memenuhi kehendak pihak yang terbabit dalam pertikaian tentang idea penubuhan Malayan Union.

Kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan, begitu juga dengan kedudukan istimewa orang Melayu serta prinsip jus soli telah digugurkan.

Pembentukan persekutuan merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu kerana mengiktiraf kedaulatan dan hak negeri-negeri yang dahulunya telah dihapuskan dalam Malayan Union.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas bagi Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Page 17: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara etnik Melayu dan bukan Melayu mula terjalin. Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Kaum 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik

pada Pilihan Raya Umum 1955, Parti Perikatan telah bertanding dalam pilihan raya dengan meletakkan calon bagi semua 52 kerusi iaitu Parti Negara sebanyak 33 kerusi dan PAS sebanyak 11 kerusi.

Page 18: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

PARTI PERUNTUKAN KERUSI

PERATUSAN KERUSI

PERATUSAN PENGUNDI

UMNO 35 69 84.2 (Melayu)

MCA 15 28 11.2 (Cina)

MIC 2 3 3.9 (India)

Page 19: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Satu perkara yang menarik semasa Pilihan Raya Umum 1955 ialah penolakan sikap perkauman dalam kalangan orang Melayu

Pada Julai 1954, Perikatan dan pihak British telah bersetuju untuk mengadakan sebuah Majlis Perundangan Persekutuan yang mempunyai 98 orang ahli, 52 daripadanya adalah dipilih dan 46 orang lagi dilantik.

Daripada 46 ahli yang dilantik ini, lima orang daripadanya dicalonkan oleh parti politik yang mendapat majoriti dalam pilihan raya. Dalam pilihan raya ini, pengundi Melayu adalah majoriti dalam 50 daripada 52 kawasan pilihan raya kerana 84 peratus daripada pengundi adalah daripada pengundi seluruh negara.

Selain itu, daripada 46 orang ahli yang dilantik terdiri daripada orangMelayu iaitu sembilan orang Menteri Besar

Page 20: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

isu mengenai kemerdekaan melewati batas perkauman dan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Mereka mengetepikan pandangan sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Setelah berunding dengan Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray, Tunku membentuk Kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum, iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India.

Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang baik dengan pelantikan tiga orang Cina dan seorang India untuk memberikan keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam Majlis Legislatif.

Page 21: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956.

Keahliannya terdiri daripada :i. Lord Reid dari Britain (Lord of Appeal in the

Ordinary)ii. Sir Ivor Jennings juga dariBritain (Master of

Trinity Hall, Cambridge),iii.Sir William Mckell dari Australia(bekas Gabenor

Jeneral Australia),iv.B. Malik dari India (bekas Hakim Besar

Mahkamah Tinggi Allahabad) Hakim Abdul Hamid dari Pakistan(Hakim

Mahkamah Tinggi Pakistan Barat).

Page 22: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

mengenai keahlian Suruhanjaya ini, Perikatan bersetuju dengan anggota-anggota Suruhanjaya yang akan dipilih oleh British sendiri tanpa melibatkan rakyat Tanah Melayu bagi menentukan dan bertanggungjawab merangka perlembagaan.

Hal ini disebabkan perundingan yang dijalankan di London dianggotai oleh pegawai-pegawai British yang ramai, iaitu 35 orang berbanding dengan wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu seramai lapan orang.

Page 23: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang hendak digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.

ii.Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja raja Melayu.

iii.Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong.

iv.Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.

v.Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Page 24: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Suruhanjaya ini juga mempunyai dua objektif dalam menyediakan rangka perlembagaan yang baharu, iaitu:

i. Mestilah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik.

ii.Mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Page 25: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Suruhanjaya ini juga meneliti kedudukan perlembagaan unit-unit dalam Persekutuan, melawat negeri negeri Melayu dan Negeri Selat, berjumpa Raja-raja, Menteri-menteriBesar, Penasihat-penasihat British, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Residen serta pegawai-pegawai negeri dan Negeri Selat.

Suruhanjaya ini juga telah membuat pertemuan secara terbuka dan sering mengadakan mesyuarat tidak rasmi.

Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana Suruhanjaya telah meminta cadangan dan pandangandaripada bukan sahaja parti politik tetapi juga orang ramai, individu dan Raja-raja Melayu.

Page 26: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mendapat persetujuan dan pandangan majoriti rakyat

Malaysia. Inilah yang dikatakan permuafakatan sosial

(kontrak sosial),iaitu orang Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkarayang sangat penting kepada kestabilan negara.

Perlembagaan Tanah Melayu bukan sahaja merupakan dokumen perundangan bahkan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.

Page 27: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.

Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam perlembagaan dan begitu juga tentang kedudukan agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.

Page 28: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Perikatan, Raja-raja Melayu dan kolonial British untuk mengkaji semula cadangan Suruhanjaya Reid tersebut bagi menyediakan Kertas Putih.

Laporan tersebut mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu pada Februari 1957.

Page 29: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Kertas Putih yang mengandungi pindaan ke atas Penyata Reid dan rangka perlembagaan yang disusun oleh jawatankuasa itu telah diterbitkan pada 3 Julai 1957.

Jawatankuasa kerja dipengerusikan oleh MacGillivray dan termasuk empat wakil dari Perikatan dan empat wakil dari Raja-raja Melayu. Wakil Perikatan ialah

i. Tunku Abdul Rahman (UMNO)ii.Datuk Abdul Razak (UMNO)iii.Ong Yoke Lin (MCA)V.T Sambathan (MIC),

Page 30: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

• manakala wakil Raja-raja Melayu ialah :i. Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar

Raja-raja)ii. Shamsudin Nainiii. Tunku Ismailiv.Tunku Yahya v.Neil Lawson. • Ahli lain ialah:i. Ketua Setiausaha Kerajaan,Sir David

Watherston,ii.Peguam Negara, T.V.A Brodie dan iii.E.O Laird yang bertindak sebagai Setiausaha.

Page 31: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Draf Perlembagaan Persekutuan diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan Persekutuan sekali lagi diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu, lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

Page 32: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Amnya, tradisi bermakna pemindahan dan kesinambungan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

Perkara ini menggambarkan bahawa tradisi mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman sesuatu bangsa dan masyarakat (Abdul Aziz 2002).

Dalam konteks politik dan perlembagaan, yang dimaksudkan dengan sistem tradisi merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden, iaitu sebuah sistem yang keesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya.

Page 33: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana telah wujud ratusan tahun sebelum Perlembagaan Persekutuan 1957.

Unsur-unsur berkenaan berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957 (Mohd Salleh 1984).

Keadaan ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.

Page 34: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh etnik Melayu dan bukan Melayu iaitu:

i. Hak istimewa orang Melayuii. Islam sebagai agama persekutuan iii.bahasa Melayu diterima sebagai bahasa

kebangsaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu dikekal dan diperkukuhkan.

Page 35: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Wujud sejak berabad-abad lamanya.Menurut sistem beraja, raja mempunyai

kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik khususnyasebelum penjajahan British.

Sebelum Perang Dunia Kedua (1939-1945), sultan merupakan pemerintah yang berdaulat dan memiliki kuasa penuh dalam negeri masing-masing walaupun berada dalam penjajahan British.

Page 36: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan padatahun 1957, institusi pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa pindaan supaya disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Menurut konsep Raja Berperlembagaan, mereka dikehendaki menerima nasihat daripada menteri dan bertindak menurut nasihat itu.

Sebagai contoh, di peringkat pusat, Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugasnya menurut nasihat Kabinet.

Manakala di peringkat negeri pula, raja hendaklah bertindak atas nasihat Majlis MesyuaratKerajaan.

Page 37: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mestilah dilantik, iaitu seorang sultan yang dipilih daripada Raja-raja dari sembilan buah negeri Melayu.

Berdasarkan konsep Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong ialah

i. diberi kuasa memerintah persekutuan dan baginda dikehendaki bertindak atas nasihat Kabinet

ii.Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan

iii.mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera dan bagi kesalahan

Page 38: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Institusi beraja yang wujud di Malaysia hari ini dilindungi olehperlembagaan melalui Perkara 38(4) iaitu tiada pindaan boleh dibuatterhadap peruntukan berhubung dengan Majlis Raja-Raja, susunan keutamaan dan hak-hak mereka untuk warisan sebagai raja negeri masingmasing tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Yang di-Pertuan Agong juga menjadi lambang perpaduan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Etnik Melayu,Cina, India, bumiputra Sabah dan Sarawak dan bangsa-bangsa lain menganggap baginda sebagai pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik di Malaysia.

Page 39: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

sifat berkecuali Yang di-Pertuan Agong perlu ada bagi mengelakkan baginda daripada dipandang sebagai alat pemerintah .

Institusi beraja juga dikaitkan dengan persoalan agama kerana mereka ialah ketua agama di negeri masing-masing.

Mereka bertanggungjawab menjaga agama Islam serta sebarang pindaan yang ingin dibuat terhadap agama Islam perlu mendapat perkenan raja-raja terlebih dahulu.

Page 40: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Yang di-Pertuan Agong juga merupakan lambang keadilan dan kesaksamaan kerana baginda yang melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Begitu juga perlu dirundingi mengenai pelantikan juruaudit negara, pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Page 41: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah unsur tradisi yang amat penting di Malaysia.

Yang di-Pertuan Agong ialah satu-satunya institusi perlembagaan yang bersifat Melayu dan Islam serta amat penting kerana Perdana Menteri, Kabinet dan Parlimen tidak semestinya dikuasai oleh etnik Melayu.

Secara simboliknya, Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai pemegang autoriti dan kuasa yang diserahkan oleh negeri-negeri Melayu kepada pihak berkuasa pusat.

Page 42: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Islam dalam perlembagaan bukan sahaja hanya terkandung dalamPerkara 3, tetapi juga harus dibaca bersama-sama dengan Perkara 8, 11,12, 121, 150 dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal agama Islam.

Walaupun perkara ini menunjukkan bahawa Islam dalam perlembagaan mempunyai keistimewaan namun agama-agama lain tetap diberi perlindungan. Islam.

Berlaku konflik dalam kes Natrah pada tahun 1950 dan Nur Aisyah pada tahun 1998.

Page 43: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Islam tidak termasuk dalam rangka perjanjian antara Raja-raja Melayu dengan pihak British yang bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang

memberi kuasa kepada British dalam sistem pemerintahan di TanahMelayu ketika itu.

Namun, ini memang tujuan British untuk mengecilkan peranan Islam dalam sistem pentadbiran negara yang menyebabkankedudukan Islam itu dalam bidang tertentu sahaja iaitu tidak bersifat menyeluruh.

Page 44: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

beberapa perkara boleh dirumuskanberkenaan dengan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan seperti mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam, agama Islam berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kebebasan beragama dan undang-undang yang menghalang penyebaran mana-mana kepercayaan dalam kalangan orang Islam.

Kewujudan peruntukan Islam dalam perlembagaan telah memberi keistimewaan kepada agama Islam.

Page 45: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

beberapa keistimewaan Islam yang menonjol dalam perkara berikut:

1.Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam ialah unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undangdan perlembagaan.

2.Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negerimensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragamaIslam dan keturunan raja.

Page 46: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

3) Dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi,Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalamagama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam.

4) Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) ialah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah,Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.

Page 47: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

5) Raja dan sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islambagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam, mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).

6) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Islam.

Page 48: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

7) Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan perkara ini kekal terjamin.

8) Sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan Islam diMalaysia.

9) Peruntukan Islam terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya memerlukan sokongan majoriti lebih 2/3 parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Page 49: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

10) Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa-apa juga keadaan dalam mana-mana undang-undang dan pelantikan pihak berkuasa awam, namun terdapat pengecualian terhadap pelantikan bagi sesuatu institusi agama Islam.

11) Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai agama selain daripada Islam.

12) Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah daripada Mahkamah Sivil yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah.

Page 50: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Bahasa kebangsaan disentuh dalam perlembagaan melalui Perkara 152, iaitu memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar atau belajar bahasa lain kecuali bagi maksud rasmi.

Hasil permuafakatan perlembagaan, bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Page 51: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Peruntukan Perkara 150(6A) dengan terang menyatakan bahawa hal-hal yang berhubung dengan bahasa Melayu, walaupun dalam keadaan darurat adalah dilindungi oleh perlembagaan

Kedudukan bahasa Melayu semakin jelas dalam perlembagaan melaluiPerkara 10 (4) yang menjadikan bahasa Melayu adalah antara perkara sensitif yang dilarang daripada dibahaskan di tempat terbuka atas tujuan keselamatan dan ketenteraman awam.

Kedudukan ini juga begitu kukuh kerana tidak dapat dipinda oleh Parlimen jika tidak mendapat sokongan 2/3 dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja melalui Perkara 159 (5).

Page 52: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

kedudukan sebagai bahasa rasmi bagi tujuan kerajaan baik kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri dan termasuk apa-apa tujuan untuk sesuatu kuasa awam, hendaklah menggunakan bahasa Melayu kecuali atas beberapa perkara yang dibenarkan oleh undang-undang seperti yang termaktub dalam Seksyen 4, Akta Bahasa Kebangsaan.

Antara pengecualian tersebut adalah bagi tujuan hubungan diplomatik dan latihan yang dijalankan oleh pakar-pakar asing

Page 53: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

peruntukan di bawah Perkara 160(B) yang menjelaskan bahawa jika perlembagaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan dan jika terdapatpercanggahan teks terjemahan dengan teks dalam bahasa Inggeris, maka teks kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa Inggeris.

Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan dan kehakiman di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Jabatan Polis dan sebagainya bagi memudahkan urusan pentadbiran kerana kakitangannya terdiri daripada pelbagai kaum

Page 54: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Pegawai Eropah yang memegang lebih 95 peratus jawatan Kumpulan I perlu mempelajari bahasa Melayu, mengambil ujian bahasa Melayu dan dikehendaki lulus, barulah boleh ditempatkan diPersekutuan Tanah Melayu pada ketika itu (Mohamed Suffian 1987).

Keadaan ini menunjukkan bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasaperantaraan rasmi walaupun pada zaman penjajahan British.

Tan Siew Sin dalam Majlis Perundangan Persekutuan, 10 Julai 1957 yang mengatakan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas bagi memastikan bahasa Melayu dijadikan alat perpaduan.

Page 55: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Peruntukan orang Melayu dalam perlembagaan bukan sahaja setakat dalam Perkara 153, tetapi juga terangkum dalam Perkara 8(5e), Perkara 89 dan 90 dan Jadual 13 seperti yang terkandung di dalam PerlembagaanPersekutuan.

Jika merujuk takrif Melayu, maknanya sangat luas dan jika diambil dalam pengertian sejarah dan sosiobudaya, Melayu itu meliputi mereka yang mendiami kepulauan Melayu.

Walaupun terdapat pelbagai suku bangsa, bahasa dan loghat, namun ahli-ahli bahasa dan budaya menganggap mereka sebagai satu kumpulan yang sama, iaitu keturunan Melayu .

Page 56: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan, orang Melayuditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap dalam bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu, dan:

a.Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada Hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau

b.Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Page 57: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan dalam peruntukan tersebut:

i. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan tidaklah semestinya seseorang itu berketurunan Melayu. Umpamanya, seorang India boleh dianggap sebagai Melayu sekiranya ia menganut agama Islam, menjadi kelazimannya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu. Sebaliknya, walaupun dia seorang Melayu jati daripada keturunan Melayu sekalipun, bagi maksud perlembagaan ia bukan Melayu jika bukan beragama Islam

Page 58: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

ii. Untuk menjadi seorang Melayu bagi maksud perlembagaan, seseorang mestilah mempunyai sedikit sebanyak perhubungan dengan Persekutuan Tanah Melayu atau Singapura. Oleh itu, seorang Indonesia yang menganut Islam, kebiasaannya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu, bukanlah seorang Melayu bagi maksud perlembagaan jika dia dilahirkan sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau dia keturunan seseorang yang tersebut.

Page 59: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Peruntukan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuandisentuh dalam perkara berikut:

Pertama, Perkara 153. Perkara ini menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan juga melindungi hak kaum lain.

Page 60: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Yang di-Pertuan Agong atas nasihat kerajaan boleh memberi peruntukan kepada orang Melayu beberapa bahagian yang difikirkan patut dalam perkara-perkara berikut:

i. Menentukan suatu kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam.

ii.Menentukan kadar perizaban permit dan lesen bagi menjalankan sebarang perniagaan atau pekerjaan.

iii.Menentukan kadar perizaban dalam biasiswa, bantuan dan keistimewaan pelajaran dan latihan atau kemudahan khas yang diberikan atau diadakan oleh kerajaan.

Page 61: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Kedua, Perkara 89, yang menyentuh tentang tanah rizab Melayuseperti berikut:

i. Tanah Rizab Melayu terus menjadi tanah rizab Melayu selepas merdeka.

ii.Mana-mana tanah yang bukan tanah rizab Melayu boleh diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu mengikut undang-undang.

iii.Kerajaan negeri boleh mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu dan bukan Melayu.

iv.Jika tanah tersebut telah dimiliki oleh orang bukan Melayu, maka tanah rizab Melayu tidak boleh diisytiharkan.

Page 62: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Ketiga, Perkara 90 pula menyentuh mengenai pengecualian undang-undang yang ada berkenaan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka serta undang-undang yang ada di Terengganu mengenai tanah pegangan orang Melayu.

Keempat, Perkara 8 (5)(f) pula menjelaskan bahawa kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu di-Raja hanya diperuntukkan kepada orang Melayu. Namun, kemasukan ke rejimen tentera yang lain adalah terbuka kepada semua etnik di Malaysia dan tiada sekatan dikenakan.

Page 63: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Kelima, Jadual 13 dalam perlembagaan pula menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip yang perlu dipatuhi sebelum penentuan atau penyemakan semula sempadan pilihan raya dibuat. Keempat-empat prinsip tersebut ialah:

i. Sebuah kawasan hendaklah jangan melintasi sempadan negeri dan mempertimbangkan kesukaran yang akan timbul jika kawasan dewan undangan negeri meliputi Dewan Rakyat.

ii.Perlunya dipertimbangkan segala kemudahan yang ada dalam kawasan berkenaan bagi pendaftaran pengundi.

Page 64: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

iii. Ditetapkan juga bahawa jumlah pengundi bagi tiap-tiap kawasan pilihan raya hendaklah sama. Namun, perlembagaan juga menetapkan bahawa kawasan luar bandar hanya separuh daripada jumlah pengundi bagi sesebuah kawasan pilihan raya di bandar diperlukan.

iv. Perlu juga dipertimbangkan mengenai segala kesukaran apabila suatu kawasan ditukar dan mustahaknya dikekalkan perhubungan seseorang dengan kawasannya.

Page 65: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Permasalahan Kebebasan BeragamaPermasalahan kebebasan beragama di Malaysia banyak disentuh khususnya daripada perspektif hak asasi dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Isu yang selalu dibangkitkan ialah setakat mana kebebasan seorang Islam mengamalkan agamanya, isu murtad dan penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam.Selain Perkara 11, kebebasan beragama juga boleh dirujuk dalam Perkara 3(1), Perkara 10, Perkara 8 dan Perkara 12. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan bukan Islam.Bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran beragama adalah tidakmutlak.

Page 66: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Sebagai contoh, Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam. Maksudnya, orang bukan Islam tidak boleh menyebarkan agama mereka dalam kalangan orang Islam dan orang Islam dibenarkan berbuat demikian.

Perkara ini seperti berlaku ketidakadilan dalam kebebasan beragama. Namun menurut Harding (2002), peruntukan ini dimasukkan demi memelihara kestabilan masyarakat.

Page 67: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa kebebasan ini tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan bagi mengawal atau menyekat pengembangan agama yang lain daripada Islam dalam kalangan umat Islam.

Dengan kata lain, agama lain boleh diamalkan secara aman jika tidak mengganggu ketenteraman awam dan tidak menyakitkan hati penganut agama lain.

Selain itu, kebebasan beragama ini tertakluk kepada undang-undang awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Polis 1967.

Page 68: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

menyebut soal kebebasan beragama, dalam konteks penganutan dan pengamalannya oleh seseorang, perlembagaan juga dengan jelas melindungi seseorang itu daripada dipaksa membayar sebarang cukai sekiranya cukai tersebut digunakan untuk maksud-maksud agama yang lain daripada agama anutannya.

Perlembagaan juga melindungi kumpulan-kumpulan agama yang dengan jelas menyebut bahawa mereka berhak menubuhkan atau menguruskan yayasan bagi tujuan agama atau kebajikan mereka serta hak memperoleh atau memegang harta.

Dengan ini boleh dikatakan bahawa hak kebebasan agama ini mencakupi hak perseorangan dan juga hak kumpulan. Ternyata hak kebebasan beragama bersifat tidak mutlak.

Page 69: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan memperuntukkan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan juga berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang.

Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan ia merupakan salah seorang rakyat raja mana-mana negeri, kecuali yang dibenarkan oleh perlembagaan.

Page 70: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Diskriminasi terhadap warganegara tidak boleh diamalkan semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah pihak berkuasa awam atau dalam mana-mana pentadbiran undang-undang yang berhubung dengan perolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubung dengan penubuhan atau perjalanan apa-apa perdagangan, perniagaan, kerjaya atau pekerjaan.

Page 71: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Pada tahun 1865, pindaan ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat telah dibuat bagi menghapuskan perhambaan. Implikasinya, keistimewaan yang didapati daripada orang kulit hitam yang sebelum pindaan dibuat ialah hamba abdi, hanyalah kebebasan diri dan seterusnya hak mengundi. Tidak terdapat rancangan perlembagaan yang positif untuk meninggikan taraf hidup orang kulit hitam di Amerika Syarikat.

Melalui sistem laissez faire ia telah mendedahkan orang kulit hitam dalam keadaan yang jauh ketinggalan daripada etnik lain.

Page 72: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Begitu juga satu sistem persamaan dan peluang yang sama yang tidak ada batas akan mengakibatkan penghapusan masyarakat Melayu sedikit demi sedikit.

Menurut Hashim (1983), satu masyarakat yang mempunyai sistem feudal agrarian tidak boleh diubah dalam sekelip mata kepada satu sistem moden. Tanpa perlindungan, golongan Melayu ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan golongan lain yang lebih aktif di negeri ini.

Hak sama rata tidak lagi menjadi hak mutlak. Kehadiran doktrin ini menyebabkan hak asasi ini terpaksa dilonggarkan dan diberikan hak bersyarat.

Perkara ini adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan di negara yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik dan kedudukan sosial yang tidak seimbang

Page 73: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Bagi sesebuah negara yang bersifat pelbagai etnik adalah sesuatu yang biasa apabila perlembagaan negara tersebut memperuntukkan konsep diskriminasi perlindungan sebagai salah satu peruntukan yang penting dan diiktiraf.

Negara India menjadi contoh yang jelas iaitu diskriminasi perlindungan diamalkan kerana India mempunyai penduduk yang bersifat pelbagai etnik sehingga menimbulkan masalahtukan yang penting dan diiktiraf.

Page 74: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Di Malaysia, konsep ini berlaku dalam beberapa perkara di bawah peruntukan perlembagaan seperti dalam peruntukan Perkara 153 yang memberi perlindungan kepada etnik Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Perkara 153 merujuk kepada kedaulatan Raja-raja Melayu tidak pernah dipertikaikan seperti yang dibuktikan dalam beberapa perjanjian antara Raja-raja negeri dengan British sebelum wujudnya perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Page 75: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perjanjian-perjanjian itu menunjukkan satu hasrat secara umum agar orang Melayu dibantu.

Dalam perdebatan Dewan Perundangan, mesyuarat ke-13 dan ke-14 sesi kedua Dewan Perundangan Kedua Persekutuan Tanah Melayu 1956 telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan bahawa orang Melayu perlu dibantu disebabkan ketinggalan dari sudut ekonomi.

Page 76: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Secara ringkasnya, diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan berikut:

i. Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat pelbagai dan baru mencapai kemerdekaan. Keutamaan memasuki perkhidmatan awam diberikan kepada orang Melayu dengan tujuan mereka boleh menguasai keadaan politik negara kerana pegawai kerajaan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi dan dasar pemerintah. Begitu juga dengan perkhidmatan tentera dan polis yang dikuasai oleh majoriti orang Melayu untuk tujuan yang sama.

ii. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami golongan majoriti. Sebagai contoh, dalam Perlembagaan India, hak golongan minoritiseperti bahasa, kebudayaan dan kepercayaan dijamin dan dipertahankan.

Page 77: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

iii. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya. Tujuannya adalah supaya sebarang perubahan secara radikal tidak berlaku.

iv. Perlembagaan memberi kuasa kepada kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan dari segi ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat mundur.

v. Diskriminasi perlindungan juga berlaku disebabkan oleh kompromi antara etnik atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal. Sesuatu yang diberi kepada kumpulan lain bererti kumpulan memberi itu berhak kepada beberapa keistimewaan yang lain.

Page 78: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Persoalan Perkara 153 difokuskan kepada dua, iaitu dari segi pencapaian pendidikan dan ekonomi

Manakala persoalan tentang pencapaian dalam perkhidmatan awam tidak dibincangkan kerana dengan adanya penggunaan sistem kuota, bilangan etnik Melayu yang menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam adalah semakin ramai berbanding sebelum tahun 1970.

Berdasarkan statistik kerajaan, Perkara 153 ini telah membantu Ke arah mengeluarkan etnik Melayu daripada kemiskinan dan meningkatkan pencapaian mereka dari sudut ekonomi dan pendidikan

Page 79: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Walau bagaimanapun, penyertaan dalam bidang profesional dan teknikal masih lagi ketinggalan.

Perkara 153 khususnya dalam bidang perniagaan tidak banyak membantu mengatasi masalah kemiskinan etnik Melayu dan mencapai matlamat DEB untuk memastikan penguasaan 30 peratus pengagihan ekuiti negara.

Hal ini disebabkan sebanyak 75 peratus etnik Melayu bergantung hidup kepada pertanian dan perikanan, sedangkan sumbangan pendapatan daripada kedua-dua sektor tersebut adalah kecil.

Walaupun etnik Melayu diberi perlindungan dan hak istimewa dalam bidang ekonomi, keadaan etnik Melayu tidak banyak berubah

Page 80: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

kewujudan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Matrikulasi yang dikhususkan kepada etnik Melayu, bagi bukan Melayu : kuota 10 peratus

Kemasukan pelajar ke IPTA melalui sistem kuota juga telah ditukar kepada sistem meritokrasi iaitu pemilihan pelajar berdasarkan merit akademik tanpa mengira etnik

melalui DEB ditetapkan kadar pemilikan ekuiti negara bagi etnik Melayu sebanyak 30 peratus, tetapi sasaran itu masih lagi belum tercapai.

Page 81: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963 merupakan satupersetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak.

Antara tuntutannya adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III.

Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan

Page 82: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perkara 165 dalam Perlembagaan Malaysia memasukkan Perjanjian 20 Perkara bagi Sabah dan Perjanjian 18 Perkara bagi Sarawak. Antara perkara tersebut adalah:

i. Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu agama sebagai agama rasmi negeri.

ii.Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi/kebangsaan, tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa.

iii.Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri

Page 83: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

iv. Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.

v. Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri.

vi. Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu (Persekutuan Tanah Melayu), tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.

Page 84: Bab 4   perlembagaan persekutuan tiang seri hubungan etnik

Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengambil kira kepentingan setiap etnik di Malaysia. Walaupun perkara yang termaktub dalam perlembagaan seolah-olah memberi kelebihan kepada sesuatu etnik, namun terdapat perimbangan bagi setiap perkara tersebut.

Permuafakatan sosial yang dipersetujui sewaktu menggubal perlembagaan adalah persetujuan yang telah diterima oleh semua etnik pada ketika itu.

Pengingkaran kepada permuafakatan sosial akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan etnik.

Perkara ini sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215,iaitu Islam dan orang Melayu merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia.