bab 4 perlembagaan persekutuan

65
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK

Upload: izwan-afiz

Post on 01-Jul-2015

939 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 4 perlembagaan persekutuan

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:

TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK

Page 2: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 3: Bab 4 perlembagaan persekutuan

OBJEKTIF PENGAJARAN

Menjelaskan sikap akomodasi yang wujud dalam kalangan pelbagai etnik semasa penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

Menghuraikan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

Menganalisis rasional unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan.

Page 4: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan: Persekutuan: Tiang Seri Tiang Seri Hubungan EtnikHubungan Etnik

PengenalanPengenalan

Sejarah Sejarah Penggubalan Penggubalan Perlembagaan Perlembagaan PersekutuanPersekutuan

Definisi dan Definisi dan Konsep Konsep PerlembagaanPerlembagaan

6.46.4 Unsur-unsur Unsur-unsur Tradisi Dalam Tradisi Dalam Perlembagaan Perlembagaan PersekutuanPersekutuan

Isu: Kebebasan Isu: Kebebasan Beragama dan Beragama dan KesamarataanKesamarataan

Isu: Diskriminasi Isu: Diskriminasi Perlindungan Perlindungan dan Persoalan dan Persoalan Perkara 153Perkara 153

Isu: Perkara 20 Isu: Perkara 20 dan Perkara 18dan Perkara 18

Page 5: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Pengenalan

Setiap negara mempunyai perlembagaan dan perlembagaan terhasil dari perjalanan sejarah sosial setempat

Setiap etnik dilindungi kepentingan dalam perlembagaan

Contoh, terdapat perimbangan peruntukan orang Melayu dengan orang bukan Melayu : Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas

diamalkan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi

bahasa lain dibenarkan Kedudukan Istimewa orang Melayu dan

bumiputera tetapi hak etnik lain tidak boleh dinafikan

Page 6: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Konsep Perlembagaan Definisi

Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara.

Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan sesebuah negara.

Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain di dalam negara.

Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara.

Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan kewujudan dan kesinambungan negara.

Page 7: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Perlembagaan Persekutuan sepintas lalu Bertulis Mengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan

13 Jadual Menyentuh bidang kuasa perundangan,

kehakiman dan eksekutif Menyentuh juga aspek bahasa, agama,

kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

Page 8: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Tujuan Perlembagaan

Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya.

Panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.

Panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja

Page 9: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Pindaan Perlembagaan (3)

Perkara 159 (4)- memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap

dewan. Contoh: sumpah dan ikrar taat setia,

pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meliputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.

Page 10: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Pindaan Perlembagaan Perkara 161 (E)

perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak

CONTOH; bidang kuasa kerajaan negeri, kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.

Page 11: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Pindaan Perlembagaan Perkara 159 (5)

Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja.

Contoh: Kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.

Page 12: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan

Contoh: • Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga

dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan

Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

Page 13: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Sejarah Penggubalan

Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Batu Bersurat Terengganu membuktikan telah wujud sistem perlembagaan di Tanah Melayu

Diikuti Perlembagaan Johor dan Terengganu yang memperuntukkan seorang Menteri mestilah Melayu, rakyat sultan dan beragama Islam

Menjelaskan sistem perlembagaan itu telah wujud sebelum kedatangan penjajah British

Page 14: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 15: Bab 4 perlembagaan persekutuan

MALAYAN UNION. 10 OKT 1945.

Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:

1.Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

2.British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu.

3.Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri.

Page 16: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 17: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Ciri-ciri Malayan Union.

1. Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.

2. Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.

3. Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.

4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

Page 18: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

Page 19: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Tentangan orang Melayu kerana:1. Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.

2. Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.

3. Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara.

4. Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.

5. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.

Page 20: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 21: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 22: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 23: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Persekutuan Tanah Melayu 1948

British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British

Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.

British menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 24: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Ciri-ciri penting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948:

Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.

Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.

Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.

Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.

Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.

Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Page 25: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Kerjasama antara etnik ke arah kemerdekaan.

Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi.

Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

Tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini: Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham.

Page 26: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 27: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 28: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama) memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia.

Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kerusi pilihan raya seperti dalam Jadual

Page 29: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Pembahagian kerusi dan calon, UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi kerana meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%).

Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan

konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MIC sebanyak dua kerusi

Page 30: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Parti Peruntukan Kerusi

Peratusan Kerusi

Peratusan Pengundi

UMNO 35 69 84.2 (Melayu)

MCA 15 28 11.2 (Cina)

MIC 2 3 3.9 (India)

Page 31: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Perkara ini mengetepikan pandangan sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Tunku membentuk kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India.

Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang baik dengan perlantikan tiga orang Cina dan seorang India untuk memberikan keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam Majlis Legislatif.

Page 32: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 33: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Suruhanjaya Reid Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.

Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.

Page 34: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Perjanjian London menetapkan perlembagaan perlu mengambil kira: Pembentukan sebuah persekutuan dengan

kerajaan pusat yang kuat. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan,

kehormatan dan hak Raja-raja Melayu. Pengwujudan jawatan ketua negara yang

bergelar Yang di Pertuan Agong. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu

serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain. Pembentukan sebuah sistem

kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Page 35: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 36: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Suruhanjaya meminta cadangan dan pandangan daripada parti-parti politik, orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu.

Ini menjelaskan Perlembagaan merupakan kontrak sosial dan perjanjian perdamaian.

Melalui permuafakatan sosial ini, orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan dan begitu juga tentang kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu.

Page 37: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.

Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu

Page 38: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Jawatankuasa Kerja dan Perisytiharan Perlembagaan

mengumpulkan hasil semakan dan penelitian yang dibuat berkenaan dengan laporan yang disediakan oleh Suruhanjaya Reid yang diserahkan kepada Baginda Ratu dan Raja-raja Melayu

Jawatankuasa Kerja dipengerusikan oleh MacGillivar dan Tunku Abdul Rahman (UMNO), Datuk Abdul Razak (UMNO), Ong Yoke Lin (MCA) and V.T Sambathan (MIC), Mustapha Albakri (Penyimpan Mohor Besar Raja-raja), Shamsudin Nain, Tunku Ismail Tunku Yahya dan Neil Lawson. Ahli lain terdiri dari Ketua Setiausaha Kerajaan, Sir David Watherston, Peguam Negara, T.V.A Brodie dan E.O Laird bertindak sebagai Setiausaha.

Perlembagaan Persekutuan telah diterima dan diisytiharkan sebagai Perlembagaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Page 39: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 40: Bab 4 perlembagaan persekutuan
Page 41: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-Unsur Tradisi

Merujuk kepada sistem yang wujud sebelum kedatangan zaman moden iaitu sebuah sistem yang kesahannya bergantung kepada agama dan nilai-nilai asal lainnya

Kontrak sosial meliputi: bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan

bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan pemerintahan beraja

Page 42: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana Telah wujud ratusan tahun sebelum

perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Berperanan menstabilkan sistem politik

negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957

Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.

Page 43: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Juga merupakan satu prasyarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna:

• Orang Melayu diberikan hak istimewa, • Islam menjadi agama persekutuan dan• Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa

kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.

Prasyarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

Page 44: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-Unsur Tradisi: Kesultanan

Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa mutlak Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan –

bertindak atas nasihat Kabinet Dilindungi di bawah Perkara 38(4) Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Mengampundan menangguhkan sabitan kesalahan di mahkamah

tentera Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan Lambang perpaduan Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik Ketua agama bagi negeri tidak beraja Lambang keadilan Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam

Page 45: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam 1. Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang

beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan.

2. Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu, beragama Islam dan keturunan diraja.

3. Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang dikehendaki dalam agama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam

Page 46: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam 4. Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3)

adalah ketua agama Islam di negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai raja.

5. Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam mereka mempunyai budi bicara dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).

6. Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan maka tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi agama Is1am.

Page 47: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam

7. Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin (Perkara 150 (6a)).

8. Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah wang bagi pembangunan Islam di Malaysia (Perkara 2 (2).

9. Peruntukan Islam ini terjamin dalam keadaan mana sekalipun kerana untuk memindanya, perlu akan sokongan majoriti lebih dua pertiga di parlimen dan perkenan Yang di-Pertuan Agong (Perkara 159 (5).

Page 48: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-Unsur Tradisi: Agama Islam

10. Walaupun tidak dibenarkan perbezaan dalam apa juga keadaan dalam mana-mana undang-undang dan perlantikan pihak berkuasa awam, namun terdapat pengecualian terhadap perlantikan bagi sesuatu institusi agama Islam (Perkara 8).

11. Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan orang Islam mengenai agama selain dari Islam (Perkara 11 (4).

12. Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah dari Mahkamah Sivil yang menunjukkan pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah (Perkara 121 (1A).

Page 49: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-Unsur Tradisi: Bahasa Melayu Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu

sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.

Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

Dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan darurat

Perkara 10(4) perkara sensitif Perkara 160B, teks dalam bahasa kebangsaan

mengatasi teks dalam bahasa Inggeris

Page 50: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-Unsur Tradisi: Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibonda lain

Menjadi bahasa lingua franca Zaman penjajah telah dijadikan

bahasa rasmi Pegawai Eropah perlu belajar dan

lulus bahasa Melayu

Page 51: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Unsur-Unsur Tradisi: Kedudukan Istimewa orang Melayu Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam

Perkara 153, Perkara 89 dan 90, Perkara 8(5)(f) dan Jadual Ketigabelas - persempadanan kawasan pilihanraya

orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazimnya bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan

Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu ia adalah berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau

Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Page 52: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Manakala takrifan bumiputera ;• Sarawak

• terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.

• Sabah • anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum

asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

Page 53: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Isu-Isu: Kebebasan Beragama Merujuk kepada Perkara 11, Perkara

3, Perkara 10, Perkara 8 dan Perkara 12

Tertakluk kepada tidak mengganggu ketenteraman awam

Berhak menubuh institusi berkaitan agama masing-masing

Page 54: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Isu-Isu: Kesamarataan

Semua orang adalah sama di sisi undang-undang

Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi menurut agama, ras dan lain-lain kecuali dibenarkan oleh perlembagaan

Namun, perubahan politik dan ekonomi menyebabkan sesetengah etnik ketinggalan dan ini perlu dibantu

Page 55: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Isu-Isu: Diskriminasi Perlindungan

Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan dan hak yang istimewa kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan dalam masa yang sama tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik lain.

Etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu dan ditingkatkan taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih terkehadapan.

Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan memberikan perlindungan yang istimewa untuk kepentingan pelajaran dan ekonomi sesuatu kumpulan yang mundur Contohnya, keutamaan dalam lantikan dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti keretapi, pos, kastam dan perkhidmatan telegraf

Page 56: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Diskriminasi perlindungan itu dibuat dengan tujuan:

Ia dibuat bagi membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat majmuk dan baru merdeka.

Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami majoriti.

Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya.

disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan tertentu semasa perlembagaan digubal.

Page 57: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Isu-Isu: Persoalan Perkara 153

Mengeluarkan orang Melayu dari arus kemiskinan (Ekonomi)• Kemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) • Jurang Pendapatan melebar antara etnik• Negeri majoriti Melayu miskin khususnya di

pantai timur• Pemilikan kekayaan negara bagi Melayu

hanya 2.4% tahun 1970• Pembahagian kekayaan dan agihan

pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)

Page 58: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad, 1995 dan 1999

Kumpulan Hak Milik1995 1999

Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah)

20.6 19.1

Cina 40.9 37.9

India 1.5 1.5

Rakyat Asing 27.7 32.7

Syarikat Nomini 8.3 7.9

Jumlah 100 100

Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

Page 59: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30%

• Bumiputera

• Bukan Bumi.

– Cina

– India

– Lain-lain

• Asing

• Nomine

JUMLAH

1970 1990 1990

Matlamat Pencapaian

2.4

32.3

63.3

2.0

100.0

30.0

40.0

30.0

100.0

19.3

46.8

45.5

1.0

0.3

25.4

8.5

100.0

2002

18.7

43.2

40.9

1.5

0.8

28.9

9.2

100.0

Page 60: Bab 4 perlembagaan persekutuan

0

10

20

30

40

50

60

Jumlah 49.3 16.5 5.1

Luar Bandar 58.6 21.1 11.4

Bandar 24.6 7.1 2.0

Ketermiskinan 3.9 1.0

1970 1990 2002

Kemiskinan % Isi rumah Malaysia

Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh dari PLI.

Page 61: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Jurang pendapatan antara kaum

Luar Bandar : BandarBumiputera : CinaBumiputera : India

1: 2.11: 2.31: 1.8

1970 1980 1990 2002Nisbah ketaksamaan

pendapatan isirumah 1999

1: 1.81: 1.91: 13

1: 1.71: 1.71: 13

1: 1.81: 1.71: 1.4

1: 2.11: 1.81: 1.3

Page 62: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Kerasionalan Perkara 153 Pendidikan

Kewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka kepada bukan Melayu

Kuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasi

Page 63: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Isu-Isu: 18 Perkara dan 20 Perkara Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan

satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai 20 Perkara bagi Sabah dan 18 Perkara bagi Sarawak.

Antara tuntutan adalah tentang imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Senarai II dan Senarai III.

Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang di-Pertua Negeri berkenaan dan pindaan hanya boleh dibuat sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.

Parlimen tidak boleh meminda kedudukan istimewa bumiputera Sabah dan Sarawak iaitu menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja-Raja berhubung dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung.

Page 64: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Antara perkara tersebut adalah: Agama - Sabah menuntut supaya negeri itu tidak memperakukan suatu

agama sebagai agama rasmi negeri. Bahasa - Sabah bersetuju bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi/kebangsaan tetapi memohon supaya bahasa Inggeris boleh terus digunakan tanpa had masa.

Perlembagaan - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembagaan Malaysia, tetapi penggubalannya patut melibatkan semua negeri.

Imigresen - Bersetuju bahawa kuasa imigresen ialah kuasa pusat, tetapi soalan tentang keluar atau masuk ke Sabah harus dikawal oleh Sabah sendiri.

Kewangan - Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri. Bumiputera Sabah - Mendapat hak istimewa seperti orang Melayu

(Persekutuan Tanah Melayu) tetapi formula berkenaan harus disesuaikan dengan keadaan (sifat demografi) Sabah.

Page 65: Bab 4 perlembagaan persekutuan

Kesimpulan Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan

yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa.

Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi.

Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin