bab 9 : perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957 cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. perlembagaan...

14
1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin Raja-raja Melayu, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan British mengadakan bebera- pa rundingan dalam usaha merintis jalan ke arah kemerdekaan. Perubahan di dalam dan di luar negara mempengaruhi usaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita. 9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan Keadaan selepas Perang Dunia Kedua menyaksikan usaha membebaskan negara daripada penjajahan kuasa asing seperti di Mesir, India. Burma dan Filipina. Rakyat bangkit menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan. Kerajaan British memberikan ja- minan bahawa mereka akan membantu Persekutuan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri secepat mungkin. Pilihan Raya Umum 1955 menjadi asas kepada pemben- tukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri Wakil Raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan mendapat sokongan masyarakat berbilang kaum tanpa mengira ideologi politik. Pihak yang menyokong perundingan ini termasuklah E.E.C. Thuraisingham (wakil orang Ceylon), Ketua Parti Rakyat (Ahmad Boestamam) , pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani. Ahmad Boestamam me- nyeru agar rakyat menyokong usaha rombongan ke London. Kepentingan rundingan kemerdekaan antara wakil Raja-raja Melayu dengan wakil Parti Perikatan Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu menjelaskan perlunya misi rundingan di London bagi membincangkan hal keselamatan, hubungan British - Tanah Melayu dan soal berkaitan dengan per- lembagaan negara yang akan merdeka. Wakil Raja-raja Melayu Wakil Parti Perikatan Menteri Besar Perak: Dato' Panglima Bukit Gantang, iaitu Dato' Haji Wahab Abd Aziz Tunku Abdul Rahman Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid Dato' Abdul Razak Hussein Menteri Besar Johor: Dato' Mohamad Seth Mohammad Said H.S. Lee Menteri Besar Kelantan: Dato' Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood Dr. Ismail Abdul Rahman

Upload: others

Post on 02-Mar-2021

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

1

9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

Raja-raja Melayu, para pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan British mengadakan bebera-pa rundingan dalam usaha merintis jalan ke arah kemerdekaan. Perubahan di dalam dan di luar negara mempengaruhi usaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita.

9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan

Keadaan selepas Perang Dunia Kedua menyaksikan usaha membebaskan negara daripada penjajahan kuasa asing seperti di Mesir, India. Burma dan Filipina. Rakyat bangkit menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan.

Kerajaan British memberikan ja-minan bahawa mereka akan membantu Persekutuan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri secepat mungkin.

Pilihan Raya Umum 1955 menjadi asas kepada pemben-tukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri

Wakil Raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan mendapat sokongan masyarakat berbilang kaum tanpa mengira ideologi politik. Pihak yang menyokong perundingan ini termasuklah E.E.C. Thuraisingham (wakil orang Ceylon), Ketua Parti Rakyat (Ahmad Boestamam) , pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani. Ahmad Boestamam me-nyeru agar rakyat menyokong usaha rombongan ke London.

Kepentingan rundingan kemerdekaan antara wakil Raja-raja Melayu dengan wakil Parti Perikatan

Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu menjelaskan perlunya misi rundingan di London bagi membincangkan hal keselamatan, hubungan British -Tanah Melayu dan soal berkaitan dengan per-lembagaan negara yang akan merdeka.

Wakil Raja-raja Melayu Wakil Parti Perikatan

Menteri Besar Perak: Dato' Panglima Bukit Gantang, iaitu Dato' Haji Wahab Abd Aziz

Tunku Abdul Rahman

Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid

Dato' Abdul Razak Hussein

Menteri Besar Johor: Dato' Mohamad Seth Mohammad Said

H.S. Lee

Menteri Besar Kelantan: Dato' Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood

Dr. Ismail Abdul Rahman

Page 2: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

2

Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London

Tunku Abdul Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan menaiki kapal terbang.

Pada 1 Januari 1956 pukul 5:00 petang, rombongan kemerdekaan menaiki kapal laut, M.V. Asia berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura dengan mem-bawa semangat merdeka.

Rombongan ini singgah di Ka-rachi, Pakistan. Kemudian, mereka menaiki kapal terbang

Rombongan ini tiba di London pada 14Januari 1956

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

1. Rundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956, an-tara wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan dengan British di Lancaster House, London.

2. Dalam ucapannya, Tunku Abdul Rahman telah menyatakan bahawa kehadiran rom-bongannya adalah berusaha bagi mendapatkan taraf berkerajaan sendiri untuk Perseku-tuan Tanah Melayu dengan serta-merta dan kemerdekaan penuh pada tahun hadapan.

Perkara yang dirundingkan dan disepakati di London

1. Ahli Majlis Eksekutif, selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri.

2. Kerajaan Persekutuan Tanah Mela-yu harus memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diber-hentikan.

3. Mengadakan Perjanjian Pertahan-an dan Bantuan Bersama antara Persekutuan Tanah Melayu dengan British.

4. Pihak British dan Komanwel akan memberikan bantuan seperti per-tahanan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

1. Menghapuskan jawatan Setiausaha Kewangan dan digantikan dengan Menteri Kewangan.

2. Menuntut agar Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

3. Menginginkan Menteri Pertahanan daripada rakyat Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Pengarah Gerakan yang disandang oleh pe-gawai Biritish.

4. Menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 31 Ogos 1957.

5. Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan, kewangan, kesela-matan dalam negeri dan perkhid-matan awam.

British Perwakilan Tanah Melayu

1. Dalam rundingan merdeka, segala perbincangan dihasilkan dalam satu laporan setebal 20 halaman.

2. Misi rombongan dari Persekutuan Tanah Melayu berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu pada 8 Feb-ruari 1956.

3. Dalam rundingan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk membentuk Suruhanjaya Per-lembagaan yang berperanan merangka perlembagaan kemerdekaan tanah air kita.

Page 3: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

3

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

Sambutan bersejarah di Melaka

Rombongan merdeka diarak hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka. Lebih kurang 100 ribu orang datang dengan menaiki bas, lori dan berjalan kaki dari seluruh negara.

Mereka berkumpul untuk mendengar uca-pan pengumuman tarikh kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman memaklumkan baha-wa melalui Perjanjian Kemerdekaan, nega-ra kita akan diberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Serentak dengan pengumuman itu, rakyat yang membanjiri Pa-dang Banda Hilir, Melaka, me-laungkan "Merdeka" dengan bergemuruh.

Langkah menuju kemerdekaan memper-lihatkan kesungguhan semua pihak. Keputusan yang dipilih oleh pemimpin negara harus dihormati supaya kehar-monian berkekalan selamanya

Sambutan Bersejarah di Melaka Tunku Abdul Rahman dan rombongan merdeka selamat tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada 20 Februari 1956.

Memeriksa aturan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu, mengarnbil kira kedudukan dan marta-bat Ratu England dan Raja-raja Mela-yu.

Memberikan cadangan terhadap Per-lembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasar-kan Demokrasi Berparlimen dengan dua Dewan Perundangan

Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga rnempunyai autonomi tertentu.

Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan di negeri masing-masing.

9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Hasil persetujuan di London, pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid). Suruhanjaya ini memulakan tugasnya

pada akhir bulan Jun 1956. Antara tugas Suruhanjaya Reid ialah membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Terma Rujukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam men-jalankan peranannya adalah seperti yang berikut:

Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara, iaitu Yang di-Pertuan Besar (kemudiannya dikenali se-bagai Yang di-Pertuan Agong) untuk Persekutuan Tanah Melayu.

Mengadakan satu bentuk kewarga-negaraan bagi Persekutuan

Menjaga kedudukan is-timewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

Page 4: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

4

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

Tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Meminta cadangan daripada semua penduduk yang bermi-

nat secara bertulis atau lisan. Suruhanja-ya ini menerima mem-orandum bertulis da-

ripada pelbagai pihak untuk diteliti.

Mengadakan persidangan untuk membincangkan pel-bagai isu. Sebanyak 118 perjumpaan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Ok-tober 1956. Mengkaji dan membuat laporan serta ca-dangan membentuk per-lembagaan bagi sebuah negara merdeka.

Gerak Kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutu-

an Tanah Melayu

Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Perseku-tuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat Brit-ish dan pegawai negeri. Mereka juga bermesyuarat dan melawat negeri Melayu serta Negeri-negeri Selat.

Anggota Suruhanjaya Perlembagaan Perseku-

tuan Tanah Melayu.

9.3 Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

1. Beberapa langkah diambil sejak pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan perseku-tuan Tanah Melayu (Suruhanjaya Reid).

2. Antara langkah yang diambil ialah mendapatkan memorandum daripada pelbagai pihak.

3. Suruhanjaya ini juga mengadakan rundingan dan akhirnya merangka draf per-lembagaan.

Page 5: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

5

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

Langkah Pertama

Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima antaranya daripada pihak Ra-ja-raja Melayu, parti politik, badan awam dan orang perseorangan untuk di-pertimbangkan. Memorandum ini berkaitan dengan corak pentadbiran, kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa serta pendidikan

i. Memorandum daripada Pihak Raja-raja Melayu

• Raja-raja Melayu mengemukakan memorandum baginda sendiri. Antaranya bag-inda mencadangkan supaya Persekutuan yang merdeka mempunyai seorang Ket-ua Negara yang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong.

• Yang di-Pertuan Agong harus dipilih oleh Raja-raja Melayu berdasarkan keka-nanan. Tempoh jawatan yang dicadangkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ialah lima tahun. Yang di-Pertuan Agong boleh meletakkan jawatan dengan persetujuan Mallis Raja-Raja.

• Raja-raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

ii. Memorandum daripada Parti Politik dan Pihak Awam

• Parti Perikatan telah menyuarakan cadangan melalui memorandum yang di-namakan Testament Amanah Politik Perikatan. Semasa rnenyediakan memoran-dum ini, terdapat perbezaan pandangan tentang isu jus soli dalam parti Perikatan. Terdapat beberapa pihak dalam UMNO yang menolak pemberian kewarganega-raan jus soIi.

• Dewan Perniagaan Melayu memohon mengetatkan soal kewarganegaraan. • Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya menggesa suruhanjaya membuat

peruntukan basi kewarganegaraan menerusi kelahiran. • Masyarakat India menuntut kedudukan kewarganegaraan mereka diteliti. • Masyarakat Serani mahu hak mereka dipertahankan.

a. Soal Kewarganegaraan

b. Bahasa dan Pendidikan

• Memorandum daripada MCA menuntut supaya semua sekolah yang ada daripada ali-ran bahasa Inggeris atau vernakular perlu diteruskan.

• Memorandum juga mencadangkan supaya semua sekolah kebangaan mempelajari bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil

Langkah Kedua

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengeluarkan draf perlembagaan yang mengandungi perkara yang berikut:

• Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan dengan negeri mempunyai kuasa terten-tu.

• Sistem kewarganegaraan berasaskan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu.

• Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan. • Raja-raja diterima dengan konsep Raja Berperlembagaan dengan seorang Yang di-

pertuan Agong dipilih bagi Persekutuan Tanah Melayu. • Sebuah parlirnen dengan dua Majlis Mesyuarat, iaitu Dewan Negara dan Dewan

Rakyat dibentuk.

Page 6: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

6

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

Reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Langkah

Ketiga

• Terdapat juga sebahagian daripada pertubuhan masyarakat Cina ingin menjadikan baha-sa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan.

• Sementara itu, MIC mahukan syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian.

• Terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep jus soli kerana bimbang kedudukan istimewa orang Melayu akan tergugat.

• Agama Islam mestilah diakui sebagai agama rasmi. • Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa rasmi

• Parti PAS pmengkritik soal kewarganegaraan yang dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan mahu kedudukan agama Islam menjadi asas pemerintahan negara.

• Menuntut bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.

• Dato' Onn Jaafar dari Parti Negara menolak syarat kewarganegaraan yang longgar. • Hal ini mendorong Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat mengadakan kongres pada 4 Mei

1957 hingga 7 Mei 1957 untuk membincangkan draf perlembagaan ini.

Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato' Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T. Sambanthan berlepas sekali lagi ke London un-tuk berbincang dengan kerajaan British tentang isu kewarganegaraan dan beberapa isu yang belum muktamad. Beberapa perubahan dan pindaan dibuat pada draf perlembagaan.

Langkah

Keempat

Hasil pindaan disembah perkenan dan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja.

Langkah

Kelima

Draf ini kemudiannya dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957.

Langkah

Keenam

Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu akhirnya diluluskan oleh Parlimen British di London dan kemudiannya diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957. Dengan lulusnya rang undang-undang ini, maka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuat kuasa secara rasminya pada 31 Ogos 1957.

Langkah

Ketujuh

Deligasi Bersama pemimpin

kerajaan dan wakil parti

Perikatan akan bertolak ke

Britain bagi membincangkan

cadangan perlembagaan ba-

ru Tanah Melayu dengan

setiausaha kerajaan British,

Sir Alan Lennox Boyd Dari kiri V.T Sambanthan, Datuk Abdul Razak Hussein, Tunku Abdul Rahman,

Mustapha Albakri, Shamsuddin Naim dan Ong Yoke Lin

Page 7: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

7

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

9.4 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 (PTM), telah ditandatangani pada 5 Ogos

1957 yang dinamakan sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Perjanjian ke-

merdekaan ini ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan Sir Donald MacGillivray bagi

pihak baginda Queen Elizabeth II di King's House, Kuala Lumpur. Perjanjian ini dijadikan asas

pembentukan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Perjanjian ini mengandungi beberapa perkara :

Pengamalan Raja Berper-

lembagaan dan Sistem

Demokrasi Berparlimen

Kewarganegaraan

Kedudukan istimewa orang

Melayu dan kepentingan

sah kaum lain

Kedudukan agama Islam

Bahasa

1.

2.

3.

4.

5.

Pemilihan seorang raja sebagai Yang di-Pertuan Agong

yang dilantik dalam kalangan Raja Melayu setiap lima

tahun sekali merupakan satu keistimewaan.

Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan agama

lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara

kita

Setiap orang yang dilahirkan dalam Persekutuan pada

atau selepas hari merdeka akan menjadi warganegara.

Kewarganegaraan diberikan dengan tiga cara.

Perjanjian Persekutuan menjaga kedudukan istimewa

orang Melayu. Walaupun semua rakyat Persekutuan

Tanah Melayu mempunyai hak serta kewajipan yang sa-

ma, rakyat keturunan Melayu diberikan beberapa keu-

tamaan dengan mengambil kira status mereka sebagai

rakyat asal Tanah Melayu. Hak untuk masyarakat lain

tetap dipelihara dan dilindungi.

Dalam Perjanjian Persekutuan ini, bahasa Melayu diikti-raf sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu dijadi-kan bahasa pengantar dan bahasa komunikasi.

Kedua memohon

didaftarkan sebagai

rakyat [Perkara 15]

Ketiga memohon untuk me-

nukar kewarganegaraan atau

naturalisasi [Perkara 19].

Pertama, melalui penguat-

kuasaan undang-undang

[Perkara 14].

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 merupakan cerminan sikap permuafakatan

dan tolak ansur pelbagai pihak. Sebagai warganegara yang cinta akan negara, kita seha-

rusnya menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan supaya negara kekal aman dan ber-

daulat.

Page 8: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

8

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

Bahagian A: Soalan Struktur

1. Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu menjelaskan perlunya misi rundingan di London bagi membincangkan hal keselamatan, hubungan British-Tanah Melayu dan soal berkaitan dengan perlembagaan negara yang akan merdeka

a. Wakil Raia-raja Melayu yang menyertai rombongan kemerdekaan ke London ialah

i.

ii.

......................................................................................................................................

............................................................................................................................. ........

2 markah

b. Apakah perkara yang dirundingkan dan disepakati di London oleh perwakilan Persekutuan Tanah

Melayu?

i.

ii.

iii.

iv.

......................................................................................................................................

..........................................................................................................................

......................................................................................................................................

............................................................................................................................. .........

4 markah

c. Nyatakan kejayaan yang dicapai dalam Rundingan kemerdekaan yang berlangsung di London

......................................................................................................................................

.....................................................................................................................................

2 markah

d. Apakah sikap perjuangan pemimpin tempatan yang boleh dijadikan iktibar dalam perjuangan mendapat-kan kemerdekaan tanah air?

......................................................................................................................................

............................................................................................................................. ........

2 markah

2. Berikutan persetujuan di London, maka pada 8 Mac 1956, setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, kerajaan British mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid.

a. Senaraikan anggota Suruhanjaya Reid

i.

ii.

iii.

...........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

3 markah

Page 9: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

9

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

3. Terdapat sebanyak 131 memorandum bertulis diterima oleh Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk dipertimbangkan.

a. Senaraikan antara perkara yang terkandung dalam memorandum tersebut

i.

ii.

......................................................................................................................................

............................................................................................................................. .........

2 markah

b. Apakah tugas Suruhanjaya ini?

...........................................................................................................................

..........................................................................................................................

2 markah

c. Senaraikan gerak Kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

...........................................................................................................................

.......................................................................................................................... .

2 markah

d. Berikan cadangan kepada generasi muda hari ini supaya mereka menjadi warganegara Malaysia yang berupaya mempertahankan kedaulatan negara.

...........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

3 markah

b. Apakah reaksi ahli UMNO terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

...........................................................................................................................

..........................................................................................................................

..........................................................................................................................

3 markah

c. Nyatakan lnti Pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

......................................................................................................................................

......................................................................................................................................

2 markah

Page 10: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

10

Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu Rosle Yasin

Bahagian B: Soalan Esei

1. Kesungguhan Raja-raja Melayu, para pemimpin dan rakyat dalam usaha menuntut kemerdekaan

telah membawa misi kemerdekaan ke London

a. Apakah faktor yang mendorong kepada misi kemerdekaan tersebut?

4 markah

b. Tunjukkan kronologi perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London 4 markah

c.i Huraikan sambutan bersejarah menyambut kepulangan Tunku Abdul Rahman dan rom-bongan merdeka ke tanah air

6 markah

c.ii Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, bagaimanakah anda dapat berperanan dalam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air kita daripada diganggu gugat kuasa asing.

6 markah

2. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengeluarkan draf perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

a. Senaraikan isi kandungan draf tersebut

4 markah

b. Nyatakan reaksi masyarakat yang wujud terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu

8 markah

c. Pada pandangan anda, bagaimanakah semangat nasionalisme boleh terus dipupuk dalam kalangan generasi muda kita hari ini?

8 markah

Page 11: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

11

6 Rombongan kemerdekaan Tanah Melayu

diketuai oleh Tunku Abdul Rahman

merancang perjalanan rombongan ke Karachi

dengan menaiki kapal laut. Mengapakah

Tunku bertindak sedemikian?

A Berjimat cermat

ms B Tambang murah

217 C Menyusun strategi

D Kurang sumber kewangan

2 Wakil Raja-raja Melayu dan wakil Parti Peri-

katan mendapat sokongan segenap kaum

dalam usaha mendapatkan kemerdekaan.

Antara pihak yang menyokong perunding ter-

sebut ialah

ms I. E.E.C. Thuraisingham

216 II. Sir William Ivor Jennings

III. Raja Chulan Abdul Hamid

IV. Ahmad Boestamam

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

3 Wakil Parti Perikatan yang terlibat

merundingkan kemerdekaan tanah di Lon-

don ialah

ms I. Dato’ Onn Jaafar

216 II. Dr. Ismail Abdul Rahman

III. Dato' Abdul Razak Hussein

IV. Encik Abdul Aziz Abdul Majid

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

7 Pada 1 Januari 1956 pukul 5:00 petang, rom-

bongan kemerdekaan menaiki kapal laut, M.V.

Asia dalam perjalanan membawa semangat

merdeka. Kapal tersebut berlepas dari

ms A Pelabuhan Melaka

217 B Pelabuhan Kelang

C Pelabuhan Pasir Gudang

D Pelabuhan Tanjung Pagar

4 Mengapakah rombongan tersebut bertolak

ke London?

Rombongan 1956

• Wakil Raja-Raja Melayu

• Wakil Parti perikatan

ms A Merundingkan kemerdekaan

216 B Membincangkan hal pilihan raya C Mendesak pembentukan suruhanjaya D Mencadangkan pindaan perlembagaan

8 Apakah perkara yang dirundingkan dan disepa-

kati di London antara wakil Raja-raja Melayu,

Parti Perikatan dengan British?

ms

218

A Mengekalkan jawatan Setiausaha

Kewangan B Mengadakan Perjanjian Pertahanan

dengan Amerika C Memberikan ganti rugi kepada pegawai

British yang diberhentikan D Ketua Setiausaha dan Peguam Negara

dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British

1 Apakah nilai yang ditunjukkan daripada isi kandungan perjanjian Perlembagaan Perseku-tuan Tanah Melayu 1957?

A Toleransi

ms B Berfikiran terbuka

214 C Bertanggungjawab

D Sanggup berkorban

Bahagian B: Soalan Esei

5 Wakil Raia-raja Melayu yang menyertai rom-

bongan bagi merundingkan kemerdekaan

tanah Melayu di London ialah

ms I. Dato'Panglima Bukit Gantang

216 II. Dr. Ismail Abdul Rahman

III. Raja Chulan Abdul Hamid

IV. Dato' Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

9 Di manakah rundingan kemer-dekaan berlang-

sung dari 18 Januari 1956 hingga 6 Februari

1956? A Kings House, London

ms B Lancaster House, London

218 C Buckingham Palace, London

D Westmister Palace, London

10 Misi rombongan dari Persekutuan Tanah Melayu

telah berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan

British. Apakah persetujuan yang dicapai?

ms A Memberi kemerdekaan

218 B Memberi bantuan kewangan

C Mengimpot bahan mentah Tanah Melayu

D Melantik Ketua Menteri Tanah Melayu

Page 12: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

12

13 Maklumat berikut menunjukkan sambutan

Bersejarah di Melaka

Rakyat yang membanjiri Padang Banda Hilir, Melaka, melaungkan "Merdeka" dengan

12 Siapakah tokoh yang menetapkan tarikh Ke-

medekaan Persekutuan Tanah Melayu pada

31 Ogos 1957? ms A Tunku Abdul Rahman

218 B Sheikh Abdullah Fahim

C Sheik Muhammad Abdullah

D Tun Dr. Ismail Abdul Rahman

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada

peristiwa tersebut?

ms A Bersifat amanah

218 B Berbudi bahasa

C Perpaduan kaum

D Tolong menolong

14 Gambar berikut menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.

Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat di Tanah Melayu?

ms A Pengisytiharan tarikh kemerdekaan

219 B Kunjungan pemimpin Negara

C Kempen pilihan raya umum

D Pembentukan Persekutuan Malaysia

15 Siapakah tokoh yang mengalungkan bun-

ga.menyambut kepulangan Tunku Abdul Rah-

man dari London?

ms A Ghafar Baba

219 B Leong Yew Koh

C V.T. Sambanthan

D Tun Dr. Ismail Abdul Rahman

16 Pada 8 mac 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk. Apakah peranan suruhanjaya terse-but?

ms A Merancang pembangunan ekonomi

220 B Melatih rakyat tempatan dalam pentad-biran

C Membentuk Jawatankuasa Perpaduan Kaum

D Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

17 Apakah terma rujukan Suruhanjaya Per-

lembagaan Persekutuan Tanah Melayu dalam

menjalankan peranannya merangka per-

lembagaan merdeka? ms A kedudukan Raja-raja Melayu

220 B Penetapan sempadan pilihan raya

C Hal ehwal imigresen negeri

D Peruntukan kewangan negeri

18 Gambar berikut berkaitan dengan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956.

Apakah keputusan yang dicapai dalam

rundingan tersebut?

ms

220

A Pembentukan Jawatankuasa Antara

Kaum

B Kelonggaran syarat kerakyatan

C Penubuhan suruhanjaya Reid

D Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perun-

dangan Persekutuan

19 Anggota Suruhanjaya Reid yang dilantik

mempunyai latar belakang pengajian dalam

sistem perundangan dan berpengalaman da-

lam sistem perundangan

A India

ms B Britain

220 C Kanada

D Komanwel

20 Antara peranan anggota Suruhanaya Reid

ialah memeriksa aturan perlembagaan di se-

luruh Tanah Melayu, mengarnbil kira

kedudukan

ms I. Ratu England

220 II. Raja-raja Melayu

III. Hak istimewa orang Melayu

IV. kewarganegaraan Persekutuan Tanah

Melayu.

Page 13: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

13

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

23 Gerak Kerja Suruhanjaya Reid mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu. Berapa kalikah perjumpaan diadakan dari bulan Jun hingga bulan Oktober 1956?

ms A 100 kali perjumpaan

221 B 118 kali perjumpaan

C 120 kali perjumpaan

D 125 kali perjumpaan

21 Terma Rujukan Suruhanjaya Reid dalam men-jalankan peranannya bagi mewujudkan

ms A Kerajaan yang stabil

220 B Kerajaan yang bersatu

C Kerajaan pusat yang kuat

D Kerajaan negeri yang kuat

22 Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk. Apakah peranan suruhanjaya terse-but?

ms A Merancang pembangunan ekonomi

220 B Melatih rakyat tempatan dalam pentad-

biran C Membentuk Jawatankuasa Perpaduan

Kaum D Merangka perlembagaan Persekutuan

Tanah Melayu

24. Tokoh-tokoh berikut telah dilantik dalam satu jawatankuasa.

Apakah persamaan tugas mereka dalam sistem tersebut?

ms A Menasihati raja dalam pentadbiran

221 B Merangka Perlembagaan Merdeka

C Mencadangkan undang-undang

D Memajukan kegiatan ekonomi

25 Suruhanjaya Reid meminta cada-ngan da-ripada semua penduduk yang berminat. Ca-dangan boleh dikemukan dalam bentuk

ms A memorandum

221 B berkumpulan C Parti politik

D lisan

26 Apakah Memorandum daripada Pihak Raja-raja Melayu kepada Suruhanjaya Reid?

ms 222

A Mencadangkan Persekutuan merdeka mempunyai seorang Ketua Negara

B Memohon mengetatkan soal kewarga-negaraan

C Persekutuan mempunyai kuasa tertentu

D Kewarganegaraan berasaskan jus soli

27 Parti Perikatan telah menyuarakan cadangan melalui memorandum “Testament Amanah” kepada Suruhanjaya Reid. Perbezaan pan-dangan parti Perikatan ialah soal

ms A Ketua Negara

222 B Kewarganegaraan

C Kedaulatan raja-raja

D Hak istimewa orang Melayu

28 Memorandum yang dikemukakan oleh MCA kepada Suruhanjaya Perlembagaan Perseku-tuan Tanah Melayu ialah

ms A Prinsip “Jus Soli”

222 B Semua jenis sekolah diteruskan

C Hak istimewa orang Melayu

D Kewarganegaraan menerusi kelahiran

29 Mengapakah terdapat ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu?

ms 223

A Membenarkan Bahasa mandarin digunakan di sekolah Cina

B Bimbang kedudukan istimewa orang Melayu akan tergugat

C Soal kewarganegaraan yang dianggap tidak menjaga kepentingan orang Melayu

D Bimbang kedudukan agama Islam ter-gugat

30 Gambar berikut adalah tokoh yang telah berjasa kepada Malaysia.

Tun Haji Abdul Razak

Ong Yoke Lin Tun V.T Sam-banthan

Apakah jasa mereka?

ms A Menanggotai Sistem Ahli

223 B Menamatkan zaman darurat

C Menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara

D Wakil kerajaan Persekutuan ke London

Page 14: Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Cikgu … · 2021. 1. 11. · 1 9. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 Bab 9 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

14

31 Pada 9 Mei 1957, wakil kerajaan Persekutuan berlepas sekali lagi ke London. Apakah isu yang dibincangkan dengan kerajaan British?

ms A Kewarganegaraan

223 B Hak istimewa orang Melayu

C Kedudukan Rajaraja Melayu

D Kemerdekaan Tanah Melayu

35 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Mengapakah perjanjian tersebut penting kepa-da penduduk Tanah Melayu?

ms A Meneruskan kuasa British

224 B Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk

C Mendapat hak untuk memerintah sendiri

D Menamatkan sistem monarki

34 Kewarganegaraan Persekutuan diberikan

dengan tiga cara iaitu

ms

224

A melalui penguatkuasaan undang-

undang

B berasaskan prinsip jus soli

C rakyat raja-raja Melayu

D rakyat British di negeri Selat

33 Apakah nilai yang boeh diambil daripada ke-jayaan penggubalan Perlembagaan Perseku-tuan Tanah Melayu?

ms A Permuafakatan

223 B Kerjasama

C Kegigihan

D Bertanggungjawab

36 Perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara Raja-raja Melayu dengan

ms A King George III

224 B Queen Elizabeth II

C Sir Malcom MacDonald

D Sir Donald MacGillivray

33 Setelah Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu akhir-nya diluluskan oleh Par-limen British di London, kemudiannya dilulus-kan oleh

ms A Parti Perikatan

223 B Kerajaan Persekutuan

C Majlis Raja-Raja Melayu

D Majlis Perundangan Persekutuan

38 Dalam Perjanjian Persekutuan, bahasa Mela-yu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan dijadikan

I. bahasa pengantar

ms II. bahasa pentadbiran

225 III. bahasa pendidikan

IV. bahasa komunikasi

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

37 Pemilihan seorang raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang dilantik dalam kalangan Raja Melayu setiap tempoh

ms A Tiga tahun

224 B Empat tahun

C Lima tahun

D Enam tahun

39 Bagaimanakah kedudukan agama Islam sep-

erti yang termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan? ms A Agama Rasmi

225 B Agama Persekutuan

C Dilindungi

D Diiktiraf

40 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 merupakan cerminan sikap warganegara yang cinta akan negara. Apakah nilai yang menjayakan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu?

I. Ketegasan

ms II. Berwawasan

225 III. Permuafakatan

IV. Tolak ansur

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV