bab 6 - perlembagaan malaysia

85
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Upload: ajib-jb

Post on 05-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PERLEMBAGAAN NEGARA

TRANSCRIPT

  • PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

  • OBJEKTIF PENGAJARANMenjelaskan toleransi yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan Malaysia.Menjelaskan peranan dan kepentingan unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.Memberi kefahaman mengenai kerasionalan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia.Menjawab persoalan yang ditimbulkan dalam masyarakat tentang unsur-unsur tradisi.

  • Liputan KuliahPengenalanKonsep PerlembagaanSejarah Penggubalan PerlembagaanUnsur-Unsur TradisiRasional Perkara 153Rasional Perkara 152Rasional Perkara 3Kesimpulan

  • PengenalanPerkara yang dianggap menguntungkan orang Melayu dan bumiputera diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada bukan Melayu seperti perkara di bawah:Islam agama persekutuan tetapi agama lain bebas diamalkanBahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain dibenarkanKedudukan Istimewa orang Melayu dan bumiputera tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan

  • Konsep PerlembagaanDefinisiPerlembagaan ialah mengandungi satu set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggungjawab pihak yang mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan

  • Jenis PerlembagaanPerlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu Bertulis - merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumenTidak bertulis - merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan-keputusan mahkamah

  • Perlembagaan Malaysia adalahBertulisMengandungi 15 Bab, 183 Perkara dan 13 JadualMenyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutifMenyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan sebagainya

  • Tujuan PerlembagaanBagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Sebagai panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. Sebagai satu panduan bagi pembentukan undang-undang sama ada di pihak kerajaan atau rakyat atau sesiapa sahaja

  • Pindaan Perlembagaan (3)i. Perkara 159 (4) menjelaskan bahawa sesetengah perkara boleh dipinda hanya memerlukan sokongan lebih 2/3 setiap dewan tanpa mendapat persetujuan sesiapa seperti sumpah dan ikrar taat setia, pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara dan meluputi perkara-perkara yang tidak disebut dalam perkara lain.

  • Pindaan Perlembagaanii.Perkara 161 (E) menjelaskan sesetengah perkara boleh dipinda, perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan dipersetujui oleh Yang dipertua Negeri Sabah dan Sarawak bagi melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak seperti bidang kuasa kerajaan negeri dan kedudukan istimewa bumiputera, imegresen.

  • Pindaan Perlembagaaniii.Perlu mendapat sokongan 2/3 setiap dewan dan perkenan Majlis Raja-Raja yang melibatkan perkara-perkara seperti kedaulatan raja-raja, kedudukan istimewa orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa kebangsaan dan agama persekutuan.

  • Konsep Ketertinggian PerlembagaanDi Malaysia, tidak ada satu institusi pun yang boleh mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun Yang Di Pertuan Agong adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia Contoh: 1. Kuasa perundangan hendaklah dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. 2. Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan

  • 3. Undang-undang persekutuan atau negeri mengenai sesuatu perkara boleh diisytiharkan sebagai tidak sah oleh mahkamah jika undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia setakat mana ia bercanggah.Ini kerana perlembagaan memperuntukkan dengan nyata Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan itu terbatal.

  • Sejarah PenggubalanPenentangan terhadap penjajah dipelopori oleh orang MelayuPerjuangan berdarahAntara perjuangan berdarah menentang penjajah i.Penentangan terhadap penjajahan Siam di Zaman Melaka.ii.Penentangan terhadap penjajahan Portugis di Melaka.iii.Penentangan terhadap penjajahan Belanda di Melaka.iv.Penentangan terhadap penjajahan Inggeris di Naning, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu. v.Penentangan terhadap penjajahan Jepun.

  • Begitu juga perjuangan orang Melayu menentang penjajahan digerakkan melalui semangat kebangsaan. Menjelang abad ke 20 munculnya intelek-intelek Melayu yang sedar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan bukan sahaja melalui senjata tetapi juga melalui perundingan.Antaranya seperti Syed Syeikh al-Hadi, Rahim Kajai, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mohamad Eunos dan ramai lagi telah bangkit menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.

  • Selain itu, lahirnya pertubuhan-pertubuhan (Kesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Selangor) Dalam masa yang sama, media massa (Al-Imam, Majlis, Utusan Melayu, Saudara) digunakan sebagai medium untuk menentang penjajah.

  • Dalam tempoh penyerahan Jepun dan kedatangan semula British ke Tanah Melayu pula, telah berlaku kekacauan dan huru-hara yang ditimbulkan oleh Parti Komunis Malaya selama 14 hari. Pada masa ini, berlaku pergaduhan yang melibatkan orang Melayu dan Parti Komunis Malaya yang majoritinya adalah orang Cina. Akibatnya Inggeris telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration BMA) dan seterusnya digantikan dengan Malayan Union

  • Malayan Union telah diluluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Sir Harold MacMichael telah dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan dari Raja-Raja Melayu. Berikut sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:1.Untuk menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu memerlukan perbelanjaan yang besar dan sistem pentadbirannyaa adalah terpisah. 2.British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu.3.Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri.

  • Manakala ciri-ciri Malayan Union yang ingin diperkenalkan ialah:1.Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British. Gabenor pula, dalam menjalankan kuasanya akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.2.Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.3.Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Sultan hanya berkuasa dan boleh bersuara dalam soal yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.4.Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Bagi yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union, boleh menjadi warganegara secara automatik jika berumur 18 tahun ke atas dan telah menetap selama 10 tahun. Pengenalan Malayan Union telah memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.

  • Tentangan orang Melayu kerana:i.Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.ii.Singapura dipisahkan dari Malayan Union dan ia kekal sebagai tanah jajahan Inggeris.iii.Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara terus menjadi warganegara.iv.Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.v.Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta pemerintahan.

  • Penentangan hebat dari orang Melayu ini boleh disaksikan apabila di Alor Setar pada Januari 1946, sejumlah 50,000 orang Melayu telah mengadakan demontrasi, begitu juga di Kelantan yang dihadiri lebih 10,000 orang dan di Johor pada 10 Februari 1946, lebih 150,000 orang telah mengadakan demontrasi. Walaupun wujud tentangan daripada orang Melayu, Malayan Union tetap diisytiharkan pada 11 April 1946 dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor yang pertama.

  • British telah membatalkan cadangan menubuhkan Malaya Union lalu menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam pegawai British Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu. Selepas itu, British telah menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

  • British telah mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Berikut adalah ciri-ciri terpenting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu:1.Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka. Manakala Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.2.Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.3.Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi, tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officio.

  • 4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang terdiri daripada 14 ahli rasmi, 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri, dua wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang dan 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing.5.Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.6.Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorang pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Selain itu, seorang pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.7.Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

  • Dengan pengenalan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat. Sebagai contoh, penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. Jawatankuasa ini merupakan satu organisasi pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

  • Melalui jawatankuasa ini, pemimpin dari pelbagai etnik berbincang secara terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya. Antara tokoh-tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, E.E.C Thuraisingham dan ramai lagi. Namun, ia tidak mendapat sambutan kerana dicurigai objektif penubuhannya oleh orang Melayu sendiri, tetapi ia adalah satu permulaan yang baik dalam membentuk kerjasama antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

  • Kerjasama antara etnik diteruskan melalui Sistem Ahli bertujuan memberi peluang dan latihan kepada pemimpin tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi. Seramai sembilan orang warga tempatan telah dilantik iaitu:Menteri JawatanDato Onn JaafarAhli Hal Ehwal Dalam NegeriE.E.C ThuraisinghamAhli PelajaranTunku YaakobAhli Pertanian dan PerhutananLee Ting KengAhli KesihatanDato Mahmud MatAhli Tanah, Perlombongan dan PerhubunganJ.D MeadAhli Kerja Raya dan perumahanJ.D HodgkinsonAhli Perindustrian dan Perhubungan SosialO.A SpencerAhli Hal Ehwal Ekonomi

  • Kerjasama ini terus terjalin erat melalui beberapa siri Pilihanraya dan pembentukan PerikatanPada bulan Februari 1952, pilihanraya dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur telah diadakan dan 12 kerusi dipertandingkan di mana UMNO dan MCA telah membuat pakatan secara tidak rasmi, yang akhirnya menjurus ke arah penubuhan Perikatan pada tahun 1953 Kemenangan dalam pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur menyebabkan diadakan satu Perundingan Meja Bulat antara UMNO dan MCA. Ia bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama antara dua etnik terbesar dalam menuntut kemerdekaan.

  • Perundingan Meja Bulat yang diadakan pada 3 Februari 1953 itu telah dihadiri oleh wakil UMNO yang terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Dr. Ismail, Saadon Zubir, Bahaman Shamsuddin dan Syed Nasir Ismail. MCA diwakili oleh Tan Cheng Lock, H.S Lee, Leong Yew Koh, S.M Yong dan T.H Tan.

  • Pilihanraya 1955 (pilihanraya umum pertama) memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia.Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kursi pilihanraya seperti dalam Jadual

  • Jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata Perikatan yang didominasi oleh UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi yang cukup besar kerana telah meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%). Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi

  • PartiPeruntukan KerusiPeratusan KerusiPeratusan PengundiUMNO356984.2MCA152811.2MIC233.9

  • Semangat toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman telah ditegaskan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu " orang Melayu sedia memberikan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat oleh orang Melayu".

  • Semangat ini juga telah diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti yang dikatakan oleh T.H. Tan " mereka dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan sahaja mereka melepaskan kerusi-kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, malah mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon-calon Cina dan India".

  • Pada Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Lapan orang wakil itu terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan iaitu:Wakil Raja-raja Melayu:1.Datuk Panglima Bukit Gantang, Menteri Besar Perak sebagai ketua.2.En. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid, Menteri Besar Selangor.3.Datuk Mohammad Seth Bin Mohammad Said, Menteri Besar Johor.4.Datuk Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmood, Bekas Menteri Besar Kelantan

  • Wakil Perikatan:1.Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai ketua.2.Datuk Abdul Razak bin Hussain, Menteri Pelajaran.3.Kol. H.S. Lee, Menteri Pengangkutan.4.Dr. Ismail bin Datuk Abdul Rahman, Menteri Hasil Bumi.Setiausaha: T.H. Tan

  • Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.Berikut beberapa hasil persetujuan yang telah dicapai iaitu:1.British memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.2.Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.3.British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.4.Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.5.Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan diganti dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan dipegang oleh rakyat tempatan.

  • Suruhanjaya ReidPerlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956.Keahliannya terdiri dari Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya ini telah menerima 131 memorandum bertulis dan telah bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956.

  • Perlembagaan ini menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana Suruhanjaya ini telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja parti-parti politik tetapi juga orang ramai, individu-individu dan Raja-raja Melayu. Perkara ini menjelaskan bahawa Perlembagaan Malaysia sekarang ini telah mendapat persetujuan dan pandangan semua rakyat Malaysia. Inilah yang dikatakan kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan bukan Melayu bersetuju atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara.

  • Melalui kontrak sosial ini, orang bukan Melayu telah diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli. Manakala orang Melayu diperuntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan Raja-raja Melayu

  • Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang ingin digubal perlu mengambilkira perkara-perkara berikut:Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu.Pewujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang Di Pertuan Agong.Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

  • Unsur-Unsur Tradisi Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi:bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) danpemerintahan beraja

  • Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana Ia telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957. Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam.

  • Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna:Orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan danBahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu. Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.

  • Unsur-Unsur TradisiPerkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam Perlembagaan MalaysiaI.Perkara 3 iaitu agama Islam, namun agama lain bebas diamalkanII. Perkara 8 iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.III.Perkara 10 (4) iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.IV.Perkara 38 iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu dan Islam.

  • Unsur-Unsur TradisiV. Perkara 150 (6a) iaitu kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.VI. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.VII. Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

  • Begitu juga Perjanjian Malaysia yang dibuat pada tahun 1963, merupakan satu persetujuan yang telah disepakati antara pemimpin Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ia lebih dikenali sebagai Perkara Dua Puluh yang mengandungi tuntutan Sabah dan Sarawak yang bersetuju untuk menyertai Malaysia. Antara yang terkandung dalam Perkara Dua Puluh ialah mengenai imigresen, bahasa, kewangan dan hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak. Ia boleh dirujuk dalam Senarai II dan Senarai III serta yang berkaitan dengan peruntukan tambahan bagi Sabah dan Sarawak.

  • Unsur-Unsur TradisiDifokuskan kepada tigaPerkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka. Namun, perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada maksud rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.

  • Perkara 3 iaitu agama Islam ialah agama persekutuan tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian persekutuan.Kebebasan beragama ini dijamin dalam perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama mempunyai hak untuk:Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat.Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang.

  • Kenyataan ini diperkukuhkan dengan beberapa prinsip Islam yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam beberapa fasal lain yang harus dibaca secara bersama dengan Perkara 3 (1) iaitu: Perkara 11 (4) :Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

  • Perkara 12 (2):...adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan yang diperlukan bagi maksud berkenaan.Perkara 121 (A)Mahkamah-mahkamah yang disebutkan dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah syariah.

  • Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang-orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.Perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain iaitu adalah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agong untuk melindungi juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain. Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yang dipegang oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang olehnya

  • Adalah perlu juga diperjelaskan siapakah yang dikatakan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak itu. Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu itu ditakrifkan sebagai:Lazimnya bertutur dalam Bahasa Melayu.Menganut agama Islam.Mengamalkan adat istiadat Melayu.

  • Manakala takrifan bumiputera ;Sarawak terdiri dari mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bisayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran dari kaum tersebut.

    Sabah anak atau cucu kepada seorang dari suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.

  • Lain-lain kedudukan istimewa orang Melayu termasuklah peruntukkan Perkara 86 dan 90 berhubung dengan tanah rizab orang Melayu, yang mana memberi kuatkuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang sedia ada berkenaan perkara melindungi tanah rizab orang Melayu dari diselenggarakan oleh orang bukan Melayu.

  • Kemasukan perkhidmatan oleh orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu, dengan pengecualian orang bukan Melayu, dikuatkuasakan oleh Perkara 8 (5) dan dengan demikian boleh juga dianggap sebagai sebahagian dari kedudukan istimewa orang Melayu

  • Kerasionalan Perkara 153Prinsip Jus soli dengan kerakyatan kepada 800,000 bukan Melayu. Manfaat serta merta sebagai warganegara undi pilihanraya dan hak-hak lain sebagai warganegaraHak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang diberikan. Seperti bercanggah dengan Perkara 8 iaitu Hak sama rata, maka ini prasyarat penerimaan kewarganegaraan

  • Bilangan Orang Bukan Melayu Yang Menjadi Warganegara Dengan Cara Pendaftaran

    Sumber: Pendaftar Besar Warganegara

  • Peratusan Pengundi Mengikut Komposisi KaumKaum19551959Melayu84.256.2Cina11.235.9India / lain-lain4.6 7.8Jumlah100 100 Sumber: Suruhanjaya Pilihanraya

  • Kerasionalan Perkara 153Rasional Perkara 153 dipecahkan kepada tiga1. Perkhidmatan AwamMenentukan rezab bilangan jawatanDiimbangi dengan tidak boleh melucut jawatan sedia adaBilangan pegawai Melayu kecil meliputi 36% saja (1968)Rujuk Jadual IV

  • Sumber: Kajian Semula Pelaksanaan Perkara 153, Perlembagaan Malaysia Semenjak Tahun 1957 dengan rujukan khas kepada Malaysia Barat.

    PerkhidmatanMelayuBukan MelayuJumlahPerkhidmatan pentadbiran7065151221Akitek, jurutera dan pegawai profesional73370443Pegawai kesihatan dan perubatan64693727Ahli Sains Fizikal135164Ahli sains Sejati60108169Prangkawan Profesional38166204Perkhidmatan Undang-Undang7037107Perkhidmatan beruniform331369700Pengangkitan dan media massa67188255Jumlah139224473839

  • Kerasionalan Perkara 1532. EkonomiKemiskinan orang Melayu 64.8% (1970) (rujuk Jadual V)Jurang Pendapatan melebar antara etnikNegeri majoriti Melayu miskin khususnya di pantai timurPemilikan kekayaan negara bagi Melayu hanya 2.4% tahun 1970Pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan merupakan faktor terkuat mempengaruhi hubungan etnik (13 Mei)

  • Peratusan Hak Milik Modal Saham (Pada Nilai Tara) Syarikat Berhad, 1995 dan 1999 Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

    Kumpulan Hak Milik19951999Bumiputera (Individu, Institusi dan Agengsi Amanah)20.619.1Cina40.937.9India1.51.5Rakyat Asing27.732.7Syarikat Nomini8.37.9Jumlah100100

  • Pemilikan ekuiti Bumiputera sektor korporat meningkat tetapi masih belum mencapai sasaran 30%

    Bumiputera

    Bukan Bumi.CinaIndiaLain-lainAsingNomineJUMLAH197019901990MatlamatPencapaian2.4

    32.3

    63.32.0100.030.0

    40.0

    30.0

    100.019.3

    46.845.51.00.325.48.5100.0200218.7

    43.240.91.50.828.99.2100.0

  • Kemiskinan % Isi rumah MalaysiaNota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) untuk 2002 adalah RM529 sebulan di Semenanjung Malaysia (saiz isi rumah 4.6) ; RM690 di Sabah (saiz isi rumah 4.9) ; dan RM600 di Sarawak (saiz isi rumah 4.8). Ketermiskinan dianggarkan mengguna separuh dari PLI.

  • Jurang pendapatan antara kaum

    Luar Bandar : BandarBumiputera : CinaBumiputera : India

    1: 2.11: 2.31: 1.8

    1970198019902002Nisbah ketaksamaan pendapatan isirumah

    1999

    1: 1.81: 1.91: 13

    1: 1.71: 1.71: 13

    1: 1.81: 1.71: 1.4

    1: 2.11: 1.81: 1.3

  • Kerasionalan Perkara 153PendidikanBilangan pelajar ijazah pertama di IPTA dalam sosial dan sains adalah masih rendah antara Melayu dan bukan MelayuPeratusan golongan profesional, bumiputera hanya 4.9% berbanding bukan bumiputera 84.3% 1970 Pengekalan Sekolah Jenis Kebangsaan seolah bercanggah dengan Penyata Razak seperti yang terkandung dalam perenggan 12 iaitu tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

  • Jumlah Pelajar Ijazah Pertama dan Diploma di Institusi Pendidikan Awam Tempatan, 1995-2005 Sumber: Rancangan Malaysia Kelapan

    Peringkat Pendidikan199520002005Ijazah75,709170,794244,527Diploma46,48092,304148,025Jumlah122,189263,098392,552

  • Bilangan Institusi, Pelajar dan Tenaga Pengajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Sehingga 31 Disember 2002 Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia

    INSTITUSIBILANGAN INSTITUSIBILANGAN PELAJARIPTS Bertaraf Universiti1129,747IPTS Bertaraf Universiti (Kolej Universiti)1488IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Dalam Negara)36,836IPTS Bertaraf Universiti (Kampus Cawangan Luar Negara)44,740IPTS Bukan Bertaraf Universiti (Kolej)518252,789Keseluruhan IPTS534294,600

  • Penyertaan golongan profesional Bumiputera meningkat, 1990-2003AkauntanArkitekDoktorDoktor GigiDoktor VeterinarJuruteraJuru UkurPeguamJUMLAHBumiCinaIndiaBumiCinaIndia11.223.627.824.335.934.844.722.329.081.274.434.750.723.758.249.650.055.96.21.234.423.737.05.33.726.513.220.043.638.538.240.143.546.035.137.274.652.629.940.329.850.149.338.450.15.11.327.519.125.75.33.125.811.219902002Profesion

  • Kerasionalan Perkara 153PendidikanKewujudan MRSM, Sekolah berasrama penuh dan matrikulasi yang khusus orang Melayu turut dibuka kepada bukan MelayuIPT mengikut etnik dibenarkan UiTM, UTAR dan Kolej TafeKuota IPTA juga telah ditukar kepada meritokrasiAnggapan IPTA ramai bumiputera diimbangi dengan IPTSBiasiawa telah ditukar kepada PTPTN

  • Rasional Perkara 152Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibonda lainMenjadi bahasa lingua franca Zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmiPegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu

  • Kata-kata Tan Siew Sin, Masyarakat bukan Melayu menaruh harapan yang besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar saya nyatakan, sebagai contoh, Perlembagaan Reid sebagaimana rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan mengembang bahasa Cina dan Tamil, ataupun bahasa-bahasa lain. Apabila dicadangkan kepada pemimpin Melayu bahawa perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan dan perkembangan kedua-dua bahasa Cina dan Tamil hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju. Saya sebutkan kejadian ini untuk menunjukkan kepada mereka di luar bulatan bahawa pemimpin Melayu pada asasnya adalah adil dan berpandangan luas.

  • Rasional Perkara 3Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan agama lainTelah bertapak 600 tahun laluPerkara 160 mendefinisikan MelayuZaman penjajah, bidang kuasa agama islam dan adat istiadat Melayu tidak dicampuri oleh penjajahPerlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengecualikan perkara iniDalam kes mahkamah telah mengiktiraf seperti dalam kes Ramah lawan Laton, Mahkamah Rayuan Selangor memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan mahkamah hendaklah mengiktiraf dan menggunakan undang-undang tersebut

  • KesimpulanKita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Perjanjian sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin

    On poverty, the measures undertaken has contributed to a dramatic reduction in the incidence of poverty.The proportion of households living below the poverty line declined from 49.3 per cent in 1970 to 16.5 per cent in 1990 and 5.1 per cent in 2002 while the hard core to 1.0 per cent.Pendapatan bulanan purata di kalangan Bumiputera masih rendah berbanding kaum lain di mana kaum Cina adalah 74% lebih tinggi dan kaum India 36 % lebih tinggi.

    Dengan itu, program pembangunan negara ditumpukan untuk meningkatkan dan merapatkan jurang pendapatan di kalangan kaum