bab 7 (perlembagaan persekutuan)

13

Upload: mat-harzick

Post on 18-Dec-2015

273 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

  • Sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara Setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Sebagai panduan menyelaras pemerintahan sesebuah negara. Umumnya dibahagikan kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.

  • Penting untuk difahami dalam usaha mewujudkan identiti Malaysia Memupuk persefahaman dan perpaduan antara kaum.Ia mencakupi bahasa, agama, pemerintahan beraja dan kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.Dilindungi oleh Akta Hasutan Dianggap sebagai isu-isu sensitif Dilarang dari diperbincangkan di khalayak awam.

  • Ia mengandungi 183 Perkara dan 13 JadualPerkara2 yang Berkaitan dengan Hubungan KaumPerkara 8 - Persamaan dan hak sama rata (kecuali dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya. Perkara 10 (4) - Batasan hak kebebasan bersuara, terutamanya tidak menyentuh hal ehwal agama Islam, kedudukan Raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan hak kewarganegaraan.

  • Perkara 38 - Kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen menggubal undang-undang yang membabitkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu.Perkara 150 (6a) - Kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak, hak kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

  • Perkara 152 - Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tidak menafikan hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.Perkara 153 - kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan tidak mempertikaikan ataupun tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum-kaum bukan Melayu

  • Kedudukan Bahasa Melayu (Perkara 152)Digunakan terutamanya bagi perkara rasmi.Ia juga melindungi bahasa-bahasa kaum bukan MelayuKerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan Rasional Perkara 152Ia sebagai Lingua franca di Alam Melayu dan Nusantara telah wujud sejak berabad yang lampauSebelum Perang Dunia Kedua lagi, Bahasa Melayu telah digunakansecara meluas bagi tujuan rasmiBahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi walaupun di zaman pentadbiran British

  • Kedudukan Agama Islam (Perkara 3 dan Perkara 150 (6))Agama Islam adalah agama persekutuanKebebasan beragama ini dijamin oleh PerlembagaanRaja sebagai Ketua agama Islam bagi negeriRasional Perkara 150 (6)Islam dilaksanakan semenjak sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke zaman penjajahan British

  • Kedudukan Hak Keistimewaan Melayu dan Kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak (Perkara 153)Ia merupakan polisi rasmi British yang bertujuan melindungi Institusi Melayu dari ancaman kaum imigranIa mengesahkan status selaku penduduk asal Rasional Perkara 153Mengambil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa dan sedia berkorban di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu ketika penggubalan Perlembagaan.

  • Perkara-perkara yang dibicarakan dalam Perkara 153 ini khususnya menyentuh 3 perkara iaitu;Perkhidmatan AwamYang Di-Pertuan Agong untuk menentukan rezab bagi orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan memperuntukkan kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan yang baginda fikirkan perlu.Namun layanan yang adil mesti diberikan kepada setiap kaum dari segi kenaikan pangkatgaji melindungi hak kebajikan lain.

  • EkonomiMengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu kesan dari polisi ekonomi penjajah.Agihan pendapatan yg tidak adil berupaya mempengaruhi ketegangan hubungan etnik

  • PendidikanPolisi pecah dan perintah (divide and rule) British dalam sistem pendidikan Kelas bawahan, tidak digalakkan untuk memasuki pendidikan Inggeris.Setelah kemerdekaan, dasar pendidikan kebangsaan berteraskan semangat bertolak ansur, pendidikan Cina dan Tamil tetap dikekalkanPinjaman PTPTN diagihkan kepada seluruh kaum bagi membiayai kos pendidikan