peruntukan perlembagaan persekutuan
DESCRIPTION
Kepentingan peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan persekutuan- Yang di-Pertuan Agong- Perlindungan Khas Sabah dan Sarawak- KewarganegaraanTRANSCRIPT
Perlembagaan Persekutuan
Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
• Terkandung dalam Bahagian IV Persekutuan , Bab 1 – Ketua Utama Negara
• Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
• Dengan ini, institusi raja tetap berkuasa dan berpengaruh dalam pemerintahan Malaysia dan tradisi Raja Melayu ini dikekalkan.
PERLINDUNGAN KHAS UNTUK SABAH DAN SARAWAK• Terkandung dalam Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi
negeri Sabah dan Sarawak• Perkara 161 – 161H
• Penerimaan Perjanjian 20 Perkara yang dituntut• Hal-hal berkaitan dengan agama, bahasa dan kedudukan
bumiputera menjadi perkara pokok dalam persetujuan Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.
• Memberi pemberian khas kepada negeri Sabah dan Sarawak kerana semasa pembentukan Malaysia, kedua-dua negeri ini tidak begitu membangun seperti Semenanjung, pengecualian atau autonomi diberi dalam bidang-bidang tertentu supaya kepentingan kedua-dua negeri itu dan rakyatnya terpelihara
HAK KEWARGANEGARAAN
• Terkandung dalam Bahagian III Kewarganegaraan
• Menerangkan pemerolehan dan penamatan kewarganegaraan seseorang
• Hak kewarganegaraan dinikmati oleh seseorang dengan bersyarat
• Menjamin kepentingan negara dengan mengawal kewarganegaraan berdasarkan syarat mengikut Perlembagaan
• Memastikan kesetiaan rakyat kepada satu negara sahaja.
• Mempunyai taraf sebagai ahli dalam negara serta mempunyai hak dalam negara tersebut.
• Dilindungi oleh kerajaan.