bab 2 perkembangan manusia

70
UNIT 1 ASAS PSIKOLOGI BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Upload: ladyzuely

Post on 07-Jun-2015

34.466 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

KDPM14MOUM4708

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

UNIT 1 ASAS PSIKOLOGI

BAB 2

PERKEMBANGAN MANUSIA

Page 2: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.1 PENGERTIAN PERKEMBANGAN MANUSIA

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal.(Atan Long,1980)

Page 3: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada pembelajaran, pengalaman dan kematangan.

Page 4: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau berpendapat, individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat, iaitu perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosional dan kognitif serta bahasa.

Page 5: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial.

Page 6: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

KESIMPULAN:

Perkembangan ialah aspek perubahan yang dialami individu yang bersifat kualitatif, tidak dapat diukur tetapi jelas kelihatan berubah melalui peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma

Page 7: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.2 PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Aspek Proses pertumbuhan

(Perubahan kuantitatif)

Proses perkembangan

(Perubahan kualitatif)

Jasmani Tinggi, saiz, berat dan bilangan gigi bertambah

Bertambah kemahiran menggunakan anggota

spt mengangkat, berjalan, berlari dan melompat

Mental Berkembangnya keupayaan memikirkan tentang banyak perkara

Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan.

Page 8: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

Sosial Mula berinteraksi dgn ahli-ahli bukan keluarga spt jiran, rakan sebaya dan guru.

Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan serta peranannya, kepentingan disiplin kumpulan serta penyesuaian dgn rakan sebaya.

Emosi Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, sayang dan sebagainya.

Berupaya menguasai perasaan dan mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

Page 9: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN MANUSIA

2.3.1 Faktor Endogen(dalam individu) Dibawa oleh individu sejak dlm kandungan hingga kelahiran. Faktor keturunan atau pembawaan Cth: Baka Faktor Rh darah Pemakanan Kesan X-Ray Kesihatan Ibu Emosi Ibu Dadah dan Alkohol Umur Ibu Merokok Teratogenik dan Penyakit Ibu

Page 10: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.3.2 Faktor Eksogen Faktur yg datang dari luar diri individu. Cth: Pemakanan

Keluarga

Rakan Sebaya

Sekolah

Tempat Tinggal

Media Elektronik dan Sebaran Am

Pusat Ibadat

Persekitaran Dunia

Page 11: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.4 CIRI-CIRI PERKEMBANGANBil Ciri Perkembangan Contoh

1 Proses yg berterusan sepanjang hayat

Orang tua berumur 80 thn mengalami proses perubahan dari segi mempelajari cara berinteraksi dgn cucunya

2 Proses perubahan yg berlaku akibat tindakan saling kait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran

Apabila kaki kanak-kanak telah kuat dan mampu memikul berat badan sendiri, barulah dia bersedia utk belajar berjalan

Page 12: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

3 Perubahan yg dialami adalah dari segi fungsi jasmani, emosi, mental dan sosial.

Kanak-kanak yg belajar merangkak, meluahlan perasaan gembira, mempelajari bertutur dan bergaul dgn kanak-kanak lain.

4 Dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had per-kembangan, manakala persekitaran akan me- nolong perkembangan mencapai tahap yg maksimum.

Kanak-kanak yg dilahirkan dgn bakat melukis tetapi tanpa persekitaran yg memupuk bakat ini mungkin tidak boleh mencapai potensinya sebagai pelukis.

Page 13: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

5 Proses perubahan ke arah sifat yg sejagat dan mengikut aturan semula jadi serta menuju ke arah tertentu dan dijangkakan.

Kanak-kanak di dunia boleh merangkak pada peringkat umur satu tahun, berjalan pada umur dua tahun dan bertutur pada umur tiga tahun.

6 Ada tugas terdapat dlm semua kebudayaan dan timbul pada masa lebih kurang sama walaupun dlm kebudayaan yg berlainan.

Kanak-kanak dari kebudayaan yg berlainan dapat belajar berjalan sebelum mencapai umur dua tahun.

Page 14: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

7 Ada tugas yg wujud pada umur yg berlainan mengikut kebudayaan atau kelas sosial.

Dalam kebudayaan Malaysia, tugas perkahwinan berlaku lebih awal dikalangan kelas sosial bawahan berbanding dgn kelas pertengahan.

8 Ada tugas yg berkait rapat dgn kebudayaan.

Kanak-kanak negara membangun bekerja pada umur 15 thn atau kurang berbanding negara Barat pada umur 18 thn atau lebih.

Page 15: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

9 Ada tugas yg wujud mengikut keperluan kebudayaan

Di negara Barat terdapat ramai pemandu lori atau bas wanita

10 Ada tugas yg dipelajari sedikit demi sedikit dan memakan masa yg agak lama

Individu belajar peranan jantina dari peringkat awal kanakkanak dan awal dewasa hingga berkahwin.

11 Ada tugas yg perlu dipelajari sekali sahaja.

Kanak-kanak perlu belajar berjalan sekali sahaja.

Page 16: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.5 Teori-Teori Perkembangan Manusia

2.5.1 Teori Psikoanalisis Sigmund Freud

Tiga alam kesedaran:

i) alam sedar--pemikiran, perasaan dan

ingatan.

ii) alam pra-sedar--pengalaman, ingatan

persepsi dan perasaan.

iii) alam tidak sedar--bahagian terbesar dan

pendorong asas kpd tingkah laku. Mengandungi

semua naluri serta keinginan manusia.

Page 17: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Tiga elemen perkembangan personaliti manusia; i) Id—hanya tahu mendesak dan

memaksa.Sifatnya suka kepada keseronokan dan kegembiraan dan kepuasan. Id tidak pernah matang dan membesar dan ia bersifat tidak rasional, tidak bermoral. Dorongan yang dilakukan oleh id bersifat di bawah sedar.

ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik, berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. Ia merupakan tenaga eksekutif yang mengawal jenis tindakan yang akan dilakukan, memilih persekitaran yang sesuai.

Page 18: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Tiga elemen perkembangan personaliti manusia; ii) Ego--mengutamakan pemikiran logik,

berkembang secara berperingkat, elemen tahap sedar, penuh dgn persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan diri. Ia merupakan tenaga eksekutif yang mengawal jenis tindakan yang akan dilakukan, memilih persekitaran yang sesuai. Ia juga terpaksa menangung beban dan tanggungjawab kerana terpaksa menjadi orang tengah di antara id dan superego. Ego perlu waras dan rasional.

Page 19: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Tiga elemen perkembangan personaliti manusia; iii) Superego—menyerupai hati nurani,

merupakan komponen sosial dan moral. bertanggungjawab menentukan sesuatu

tingkah laku itu baik atau buruk berdasarkan kepada pendidikan yang diterimanya sejak awal dulu, ia bersifat idealistik. Dapat melahirkan ganjaran yang berupa penghargaan diri dan dendaan yang berupa rasa bersalah dan kritik diri.

Page 20: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Peringkat Perkembangan Mengikut Sigmund Freud

Umur Peringkat

0-18 bulan Oral

2-4 tahun Anal

4-6 tahun Falik

6-12 tahun Latensi

12 tahun ke atas Genital

Page 21: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.5.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Dua proses utk membina kefahaman:i) Organisasiii) Adaptasi

Dua cara proses adaptasi:i) Proses asimilasi-menambah maklumat baruii) Proses akomodasi-mengubahsuai skemata sedia

ada utk memahami maklumat baru. Bila berlaku ketidakseimbangan kena buat

organisasi atau adaptasi semula pada skemata utk mendapat keseimbangan.

Page 22: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Peringkat Perkembangan Kognitif Mengikut Jean Piaget

Umur Peringkat Cara Berfikir

0-2 tahun

Deria motor Mengguna deria motor dan deria yg lain meninjau dan memahami persekitaran

2-7 tahun

Praoperasi Berfikir secara simbolik utk menyelesaikan masalah tetapi pemikiran masih tidak logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan.

Page 23: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

7-11 tahun

Operasi konkrit

Berfikir secara logik dan konkrit. Boleh selesai masalah secara cuba-jaya

12 tahun ke atas

Operasi formal

Berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan akibat jangka panjang sesuatu aksi.

Page 24: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.5.3 Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan lima prinsip,iaitu :

• Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.• Perkembangan individu bergantung kepada

tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas.• Perkembangan manusia mengikut tahap-

tahap yang tertentu.

Page 25: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

• Setiap tahap mempunyai konflik dan

konflik ini mesti diatasi sebelum individu

dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.

• Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu

tahap akan menjejaskan perkembangan

tahap berikutnya.

Page 26: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Tahap Perkembangan Manusia Berdasarkan Teori Erikson

Tahap Peringkat Umur

Konflik

Pertama 0-18 bulan Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya

Kedua 18 bulan-3 tahun

Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi

Ketiga 3 tahun-6 tahun

Tahap inisiatif lawan rasa bersalah

Keempat 6 tahun-12 tahun

Tahap industri lawan rasa rendah diri

Page 27: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

Kelima 12 tahun-20 tahun

Tahap indentity lawan kekeliruan peranan

Keenam 20 tahun-40 tahun

Tahap intimasi lawan pengasingan diri

Ketujuh 40 tahun-60 tahun

Tahap generativiti lawan stagnasi

Kelapan 60 tahun ke atas

Tahap intergriti ego lawan putus asa

Page 28: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.5.4 Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif

• Teori Behaviorisme menekankan tingkah laku yg dapat dilihat dan diukur.

• Perubahan berlaku kerana pengalaman• Benda yg wujud boleh dilihat dan diperhatikan• Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian

boleh dibuat terhadap perlakuan yg dizahirkan.

• Tiga versi utama pendekatan behaviorisme ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Operan Skinner dan Teori Sosial Kognitif Bandura

Page 29: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

(a) Teori Pelaziman Klasik Pavlov• Dipelopori oleh Ivan P. Pavlov.• Kajian terhadap sistem pencernaan anjing menghasilkan konsep ransangan dan gerak balas.• Ransangan ialah sebarang bentuk tenaga yg

menimbulkan gerak balas.• Gerak balas ialah sebarang tingkah laku yg timbul

akibat ransangan.• Pembelajaran yg berlaku akibat kaitan antara

ransangan dengan gerak balas dinamakan pelaziman.

• Pembelajaran yg berlaku akibat dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik.

• John B. Watson(1878-1958) membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkan

Page 30: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

(b) Teori Pelaziman Operan Skinner

• B.F. Skinner(1904-1990) menyatakan perlakuan harus diperhati dlm jangka masa yg panjang.

• Membentuk perlakuan yg kompleks drp perlakuan yg mudah.

• Menjalankan kajian menggunakan tikus dan burung merpati.

• Menghasilkan Skinner Box.• Skinner(1953) berpendapat gerak balas boleh

dikuatkan(diulang) atau dihapuskan(tidak diulang) jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan.

• Faktor ganjaran(peneguhan positif) dan dendaan(peneguhan negatif) boleh membentuk perkembangan individu

Page 31: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

(c) Teori Pembelajaran Sosial: Bandura(1977)

• Merupakan teori kognitif sosial(Bandura, 1986) yg menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, kelakuan dan ajen penentu persekitaran.

• Teori pembelajaran ini menekankan peranan kognitif dan persekitaran dlm perkembangan.

• Kebanyakan kelakuan manusia dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan

Page 32: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Empat langkah proses peniruan oleh Bandura:

(i) Tumpuan kpd tingkah laku model (attention).

(ii) Penyimpanan iaitu mengenkod peristiwa itu dlm sistem ingatan (retention).

(iii) Mengingat atau menghasilkan apa yg disimpan dlm bentuk tingkah laku (reproduction).

(iv) Motivasi (motivation) yg secukupnya utk menghasilkan tingkah laku, cth pemberian peneguhan.

Page 33: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.5.5 Teori Ethologi Lorenz

• Mengkaji tingkah laku manusia dan binatang dlm keadaan semula jadi.

• Evolusi dan faktor biologi berperanan penting dlm perkembangan manusia dan pengalaman awal individu adalah penting.

• Lorenz(1965) memerhati tingkah laku sekumpulan anak angsa.

• Kesimpulannya kita tidak akan memahami perkembangan kanak-kanak sekiranya kita tidak memerhati tingkah laku dlm persekitaran semula jadi mereka.

Page 34: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan….

• John Bowlby(1969,1989) mengaplikasikan teori ethologi dlm teori perapatan (Theory of Attachment) menyatakan semua haiwan termasuk manusia dilahirkan dgn program biologi yg boleh menghasilkan isyarat yg membawa kpd perkembangan tingkah laku sosial spt perapatan.

• Perapatan bermaksud kasih sayang yg kuat yg mengikat seseorang kpd seorang yg lain.

• Hubungan perapatan yg kuat semasa kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan individu.

Page 35: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.5.6 Teori Perkembangan Ekologikal

• Menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisma.

• Dikemukakan oleh Bronfenbrenner(1979) yg melihat persekitaran ekologikal manusia berdasakan hubungannya dgn konteks di mana individu itu berinteraksi.

• Lima sistem persekitaran ekologikal ialah:

(a) Sistem Mikro (d) Sistem Makro

(b) Sistem Meso (e) Sistem Krono

(c) Sistem Ekso

Page 36: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

(a) Sistem Mikro ialah persekitaran yg paling hampir dgn individu, cth rumah dan bilik darjah.

(b) Sistem Meso merujuk kpd hubungan individu dgn individu lain dlm persekitaran di mana individu itu berkembang, cth rumah, sekolah dan jiran.

(c) Sistem Ekso merujuk kpd keadaan yg tidak melibatkan individu secara langsung, tetapi mempengaruhi sistem individu dan keluarga, cth tempat kerja ibu bapa.

(d) Sistem Makro ialah persekitaran yg abstraks, merangkumi sistem kepercayaan dan ideologi.

(e) Sistem Krono merujuk kpd peristiwa dan transisi yg berlaku dlm persekitaran individu sepanjang hayatnya.

Page 37: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.5.7 Teori Perkembangan Arnold Gesell

• Arnold Lucius Gesell(1880-1961) mementingkan baka sebagai penggerak utama terhadap perkembangan di mana kematangan fizikal adalah faktor utama menentukan proses pembelajaran.

• Peringkat perkembangan berbeza kerana kadar pertumbuhan yg berlainan.

• Lima tahun pertama merupakan tapak perkembangan tingkah laku dan aspek lain yg membawa kpd perkembangan seterusnya.

Page 38: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.5.8 Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst

• Tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat tentang tingkah laku yg sepatutnya dikuasai oleh seseorang individu pada peringkat umur tertentu(Atan Long,1980).

• Tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yg perlu dikuasai oleh individu utk menambah penguasaan terhadap persekitaran(Newman dan Newman,1999)

Page 39: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

• Robert Havighurst menekankan bahawa perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi alam sekitarnya.

• Dlm kehidupan kanak-kanak sehingga dewasa dan seterusnya tua, individu harus memenuhi atau mencapai tugas-tugas perkembangan yg telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut tinggal.

Page 40: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.6 Perkembangan Kanak-kanak hingga remaja

2.6.1 Awal Kanak-kanak (0-6 tahun).

(a) Perkembangan Fizikal dan Kognitif.• Pertumbuhan ketinggian 12 inci setahun.• Pertambahan berat badan 5 paun setahun.• Panjang badan masa lahir 4 kali ganda

panjang muka.• Permulaan tahap ini kanak-kanak

mempunyai semua gigi susu.

Page 41: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Havighurst berpendapat:

• 9-15 bulan : Berjalan, berlari dan melompat.

Bersedia menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan.• 20-24 bulan: Menggabung perkataan utk menjadi suku kata.• 2-4 tahun: Mengawal pembuangan kotoran.• 5-6 tahun: Bersedia utk membaca.• 6 tahun: Membentuk konsep baik dan buruk

Page 42: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif Piaget:

(i) Peringkat deria motor (0-2 tahun)• Guna deria motor utk berinteraksi.• Tidak mempunyai konsep kewujudan objek.(ii) Peringkat praoperasi (2-7 tahun)• Guna simbol utk mewakili aspek

persekitarannya.• Pertuturan bersifat egosentrik.• Belum dapat konsep kebalikan, pengekalan,

dan transformasi. • Pemikiran realisme, animisme dan

artifisialisme

Page 43: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan

Psikososial Erikson:

(i) Percaya lawan tidak percaya (0-1 tahun)

• Kepercayaan pada persekitaran dan orang lain wujud bila bayi mendapat penjagaan yg baik dari penjaga terutama ibu.

• Memudahkan individu menghadapi masalah dan mencari jalan penyelesaian.

Page 44: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

(ii) Autonomi lawan rasa malu atau sangsi (2-3 tahun)• Mahu melakukan sesuatu dgn sendiri.• Keinginan melakukan sesuatu secara bebas.• Permulaan pembentukan perasaan

keyakinan diri.• Ibu bapa perlu bagi galakan dan dorongan

dan bantu menyelesai sesuatu tugas.• Kawalan ketat dan dendaan menyebabkan

timbul perasaan ragu-ragu dan tidak gemar mencuba sesuatu yg baru dan mencabar.

Page 45: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

(iii) Inisiatif lawan rasa bersalah (4-5 tahun).

• Mula berinteraksi dan terdedah kpd persekitaran yg mencabar.

• Berinisiatif meneroka serta melakukan sesuatu yg baru bagi memenuhi naluri ingin tahu.

• Cuba melakukan sesuatu yg tidak setimpal dgn usianya kerana perkembangan kognitif dan fizikal telah bertambah.

• Kritikan dan dendaan menyebabkan wujud perasaan bersalah dan tidak berinisiatif.

Page 46: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.6.2 Pertengahan Kanak-kanak (6-12 tahun)

(a) Perkembangan Fizikal dan Kognitif Menurut R. Havighurst:• Mempelajari kemahiran fizikal utk

permainan biasa.• Membentuk sikap menjaga kebersihan

badan dan konsep kendiri.• Belajar menyesuaikan diri dgn rakan

sebaya.• Belajar bertingkah laku mengikut jantina.

Page 47: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

• Pengalaman pembelajaran 3 M: membaca, menulis dan mengira.

• Memperoleh simpanan konsep yg mencukupi utk berfikir dan membuat keputusan dlm kehidupan.

• Membentuk taraf moral yg tinggi.

• Mencapai kebebasan diri.

• Membentuk sikap positif terhadap kumpulan sosial dan institusi.

Page 48: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Berdasarkan Teori Piaget:• Kanak-kanak lebih berupaya mengawal

otot-otot kecil dgn baik.• Pertumbuhan mata lebih baik.• Pemikiran tidak lagi egosentrik.• Pemusatan perhatian mula berkurangan.• Mula faham konsep transformasi, kebalikan

dan pengekalan.• Berfikiran logik.• Bentuk konsep ruang, kelajuan, sebab dan

waktu.• Dapat menguasai operasi siri dan boleh

menaakul.

Page 49: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

• Berupaya menggambarkan situasi yg mudah.

• Berupaya duduk dan mendengar.• Boleh menyiapkan tugasan.• Menunjukkan ketabahan hati dan lebih teliti• Gemar memerhati perkara dan situasi yg

baru.• Bersikap ingin menilai.• Mula mengambil tahu peristiwa dan tokoh

sejarah.

Page 50: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan Psikososial

Erikson:

(iv) Industri (ketekunan) lawan rasa rendah

diri.• Kanak-kanak berada di sekolah rendah.• Guru dan rakan sebaya mempengaruhi

perkembangan.• Pemikiran mencapai operasi konkrit.• Berupaya membuat transformasi dan berfikiran

logik.

Page 51: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

• Melakukan tugasan dgn penuh minat dan tekun.

• Guru dan ibu bapa perlu bimbing kanak-kanak utk pupuk sikap rajin.

• Jika dimarahi dan dikritik atau kerja tidak dihargai, kanak-kanak berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan pada kebolehan diri sendiri

Page 52: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.6.3 Tahap Remaja (13-21 tahun)(a) Perkembangan Fizikal dan KognitifHavighurst berpendapat:• Remaja mencapai perhubungan baru dgn rakan

sebaya dari kedua jantina.• Pencapaian akil baligh membawa kpd perubahan

bentuk badan.• Menerima peranan sosial mengikut jantina.• Mencapai kebebasan emosi dan ekonomi drp ibu

bapa atau orang dewasa.• Bersedia utk pekerjaan dan menunjukkan minat

utk memikul tanggung jawab.• Mencapai satu set nilai dan sistem etika.• Bersedia utk berkeluarga

Page 53: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan…..

Mengikut Teori Perkembangan Kognitif

Jean Piaget:

• Remaja mencapai akil baligh-- pecah suara, pengeluaran sperma, kedatangan haid.

• Perubahan tubuh badan.

• Bimbang jika pertumbuhan fizikal kurang sempurna.

Page 54: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

• Dari segi mental, remaja boleh menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak.

• Mengkaji perasaan dan pemikiran sendiri.• Mengaplikasi prinsip utk menyelesaikan masalah.• Membentuk hipotesis ketika menyelesaikan

masalah.• Skemata akan bertambah.• Dapat melihat kaitan antara situasi yg relevan

ketika menyelesaikan masalah.• Tidak bersikap autoritarian tentang pendapatnya.• Menerima satu set kepercayaan dan nilai.• Dapat membezakan antara baik dan buruk.

sambungan…..

Page 55: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

(b) Perkembangan Sosial dan Emosi

Berdasarkan Teori Perkembangan

Psikososial Erikson:

(v) Identiti lawan kekeliruan peranan (role

confusion).

• Berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka.

• Sekiranya gagal, mula meragui peranan dan fungsi mereka dlm masyarakat.

• Dapat menyesuaikan diri dgn orang lain dan rasa diterima.

Page 56: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

sambungan……

• Remaja yg mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka bekerjasama, simpati, mudah akrab, disiplin dll.

• Remaja yg tidak mampu menyesuaikan diri mempunyai ciri-ciri spt suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkan orang lain, buruk sangka dsb.

Page 57: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

2.7 Implikasi Teori Perkembangan Kepada Guru

• Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian,

• Membantu pelajar memahami diri mereka sendiri, • Membantu pendidik merancang objektif dan

matlamat pembelajaran yg sesuai• Merumus langkah supaya pelajarnya mencapai

matlamat dan objektif pembelajaran yg ditetapkan.

Page 58: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

• Meramal tingkah laku, kegemaran dan apa yg tidak disenangi pelajar pada peringkat umur tertentu.

• Merancang peneguhan yg sesuai dlm usaha mengawal tingkah laku dan memotivasikan pelajar.

• Merancang pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap perkembangan pelajar.

• Prihatin dan sabar dlm membimbing pelajar.

Page 59: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yg sesuai dgn tahap pertumbuhan dan perkembangan pelajar.

• Membuat intervensi utk mengatasi masalah pembelajaran pelajar.

• Berbincang dgn ibu bapa tentang langkah yg perlu dilakukan utk sama-sama mengatasi masalah pelajar.

Page 60: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 1

1. Apakah definsi perkembangan manusia?

2. Terdapat DUA (2) faktor yang mengandungi perkembangan manusia iaitu faktor endogen dan faktor eksogen. Bezakan di antara maksud faktor endogen dan faktor eksogen?

Page 61: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 1

3. Senaraikan LIMA (5) faktor endogen yang menpengaruhi perkembangan manusia.

4. Senaraikan EMPAT (4) faktor eksogen yang menpengaruhi perkembangan manusia.

5. Kelaskan penyataan di bawah sebagai faktor endogen atau eksogen.

Page 62: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 1

5. Kelaskan penyataan di bawah sebagai faktor endogen atau eksogen.

a. Sabri suka melepak bersama rakan-rakannya.

b. Ibu yang sedang mengandung itu genar merokok

c. Bayi yang baru lahir itu didapati mengidap AIDS.

Page 63: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 2

1. Senaraikan TIGA (3) alam kesedaran yang dinyatakan oleh Sigmund Freud.

2. Sigmund Freud juga percaya bahawa perkembangan persomaliti manusia terdiri dari 3 elemen. Senaraikan elemen-elemen tersebut?

3. Pada pembacaan anda mengapakah teori ethologi yang diperkenalkan oleh Lorenz banyak mendapat kritikan?

Page 64: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

kumpulan 2

4. Menurut Teori Perkembangan Psikologi Erikson, bayi akan membentuk tiga tahap perkembangan sosial dan emosi. Senaraikan tiga tahap tersebut.

5. Bagaimanakah guru dapat mengaplikasikan saranan teori psikologi Erikson di dalam bilik darjah?

Page 65: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 3

1. Berikan definisi perkembangan mengikut DUA (2) orang tokoh dalam bidang ini.

2. Bagaimanakah Eggan dan Kaucak (1997) dan Salvin (1997) melihat perkembangan diri manusia?

3. Senaraikan EMPAT (4) perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut Jean Piaget.

Page 66: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 3

4. Gesell telah membahagikan tahap perkembangan kanak-kanak kepada lima peringkat. Jelaskan peringkat 1 hingga 3.

5. Terdapat empat langkah proses peniruan yang dilalui oleh manusia yang dinyatakan oleh bandura. Senaraikan EMPAT (4) langkah tersebut.

Page 67: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 4

1. Erikson telah membahagikan 3 tahap perkembangan semasa kanak-kanak Terangkan maksud tahap ketiga iaitu Inisiatif atau rasa bersalah.

2. Terdapat empat langkah proses peniruan yang dilalui oleh manusia yang dinyatakan oleh Bandura. Senaraikan EMPAT (4) langkah tersebut.

Page 68: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 4

3. Nyatakan perbezaan proses pertumbuhan dan perkembangan dari aspek mental.

4. Nyatakan perbezaan proses pertumbuhan dan perkembangan dari aspek fizikal.

5. Mengikt Arnold Gesell terdapat DUA (2) faktor penting terhadap penggerak utama terhadap perkembangan individu. Senaraikan faktor tersebut.

Page 69: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 5

1. Senaraikan LIMA (5) peringkat perkembangan yang dikemukakan oleh Sigmund Freud.

2. Nyatakan secara ringkas maksud peringkat latensi yang dinyatakan oleh Sigmund Freud.

3. Terangkan tugasan yang perlu dilakukan oleh kanak-kanak pada tahap Inisiatif atau Rasa Bersalah yang dikemukakan oleh Erikson

Page 70: BAB 2 PERKEMBANGAN MANUSIA

Kumpulan 5

4. Apakan pandangan Piaget yentang keupayaan mental remaja?

5. Berdasarkan teori perkembangan Erikson remaja boleh dimasukkan ke dalam tahap mana?