perkembangan awal komunikasi tulisan manusia

18
Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia JOANES, J., Kata kunci: Tulisan, Purba, Moden, Perkembangan Komunikasi, Komunikasi Berkesan. 1. PENGENALAN Tulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang berkesan sehingga ke hari ini. Ini terbukti melalui sejarah peradaban manusia yang berkomunikasi melalui teknik komunikasi ini. Manusia perlu berkomunikasi kerana ia merupakan suatu keperluan di dalam kehidupan spesis ini bahkan mahluk ciptaan yang lain seperti haiwan, serangga dan ikan serta burung turut berkomunikasi antara satu sama lain. Ia merupakan kelebihan kepada manusia apabila ia mampu untuk membentuk satu komunikasi yang tidak mampu dilakukan oleh mahluk yang lain iaitu melalui tulisan. Manusia bermula dengan pelbagai peringkat di dalam perkembangan dan pembangunan peradaban dimana zaman pra sejarah berlaku. Pada zaman pra-sejarah, manusia mula mengenal kebudayaan maka tulisan termasuk ke dalam contoh kebudayaan itu sendiri secara tidak langsung. Kebudayaan turut terbentuk melalui tulisan yang diperkembangkan oleh manusia sejak berzaman. Komunikasi tulisan bermula sejak 5000 Sebelum Masihi lagi sehingga kini. Ia merupakan era yang pertama di dalam sejarah manusia. Komunikasi ini dimulai dengan sangat atau boleh dikatakan sederhana iaitu melalui gambar. Pada awalnya, manusia cuma mengambar-gambar lukisan di gua-gua tempat tinggal mereka. Hal ini menunjukkan bagaimana mereka bermula dengan zaman prasejarah yang menceritakan tentang keadaan kehidupan ketika itu. Lukisan manusia tersebut pada mulanya kelihatan berterabur dan tidak teratur namun lama kelamaan bentuk serta susunan gambar mula menunjukkan terdapat kesinambungan. Para sarjana kemudian mendapati bahawa gambar-gambar terbut memiliki erti dan maksud yang ingin disampaikan setiap bentuk lukisan lukisan manusia zaman purba itu. Copyright © 2014 Komunikasi Berkesan Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Upload: joanes-j

Post on 12-Feb-2017

400 views

Category:

Science


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

0 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

JOANES, J.,

Kata kunci: Tulisan, Purba, Moden, Perkembangan Komunikasi, Komunikasi Berkesan.

1. PENGENALAN

Tulisan merupakan satu bentuk komunikasi yang berkesan sehingga ke hari ini. Ini terbukti

melalui sejarah peradaban manusia yang berkomunikasi melalui teknik komunikasi ini.

Manusia perlu berkomunikasi kerana ia merupakan suatu keperluan di dalam kehidupan

spesis ini bahkan mahluk ciptaan yang lain seperti haiwan, serangga dan ikan serta burung

turut berkomunikasi antara satu sama lain. Ia merupakan kelebihan kepada manusia apabila ia

mampu untuk membentuk satu komunikasi yang tidak mampu dilakukan oleh mahluk yang

lain iaitu melalui tulisan.

Manusia bermula dengan pelbagai peringkat di dalam perkembangan dan pembangunan

peradaban dimana zaman pra sejarah berlaku. Pada zaman pra-sejarah, manusia mula

mengenal kebudayaan maka tulisan termasuk ke dalam contoh kebudayaan itu sendiri secara

tidak langsung. Kebudayaan turut terbentuk melalui tulisan yang diperkembangkan oleh

manusia sejak berzaman.

Komunikasi tulisan bermula sejak 5000 Sebelum Masihi lagi sehingga kini. Ia merupakan era

yang pertama di dalam sejarah manusia. Komunikasi ini dimulai dengan sangat atau boleh

dikatakan sederhana iaitu melalui gambar. Pada awalnya, manusia cuma mengambar-gambar

lukisan di gua-gua tempat tinggal mereka. Hal ini menunjukkan bagaimana mereka bermula

dengan zaman prasejarah yang menceritakan tentang keadaan kehidupan ketika itu.

Lukisan manusia tersebut pada mulanya kelihatan berterabur dan tidak teratur namun lama

kelamaan bentuk serta susunan gambar mula menunjukkan terdapat kesinambungan. Para

sarjana kemudian mendapati bahawa gambar-gambar terbut memiliki erti dan maksud yang

ingin disampaikan setiap bentuk lukisan – lukisan manusia zaman purba itu.

Copyright © 2014 Komunikasi Berkesan

Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Page 2: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

1 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

Sehingga kini, komunikasi ini masih digunakan oleh generasi manusia moden. Keadaan

masih tetap sama walaupun munculnya teknologi-teknologi yang baru yang sentiasa canggih

dari semasa ke semasa. Komunikasi ini merupakan warisan nenek moyang manusia sejak

zaman batu lagi maka ia sudah menjadi darah daging manusia dan tak terganti.

2. PERKEMBANGAN KOMUNIKASI TULISAN PURBA

2.1 LUKISAN GUA

Lukisan adalah simbol dan tulisan yang tertua dilahirkan dengan bertujuan untuk

berkomunikasi. Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh

manusia purba yang dinamakan oleh saintis sebagai homo sapiens. Lukisan itu menceritakan

mengenai aktiviti kehidupan seharian seperti memungut hasil hutan, berburu dan

pengembaraan.

Hasil kajian menunjukkan lukisan gua yang dicatatkan paling tua ialah di Gua Chauvet,

Perancis. Penemuan lukisan Gua Cahuvet adalah sekitar Disember 1994 oleh tiga ahli

speleologists; Ellite Brunel Deschamps, Christian Hillaire dan Jean Marie Chauvet yang

menemui pintu masuk gua tersebut dari bawah tanah. Nama gua tersebut kemudian

dinamakan Chauvet pada tahun 1996. Dimana ia mengandungi lebih dari 1000 lukisan yang

dilukis sekitar 36,000 tahun S.M.

Rajah 2.1 : Lukisan haiwan di gua Chauvet

Page 3: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

2 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

Manakala di bahagian selatan Perancis, Gua Lascaux adalah antara penyimpan lukisan-

lukisan gua yang dianggarkan sekitar 17,300 tahun S.M. Gua Lascaux mempunyai kira-kira

2000 gambar rajah yang dikateogorikan kepada tiga iaitu : haiwan, manusia dan simbol

abstrak. Lukisan pada Lascaux adalah antara kesenian yang terbaik dihasilkan oleh manusia

purba Zaman Paleolitik.

Penemuan Lascaux pada 12 September 1940 oleh seorang remaja Marcel Ravidat

memberikan suatu penemuan sejarah. Gua Lascaux kemudian dibuka kepada awam sekitar

tahun 1948. Disebabkan oleh karbon dioxida, suhu, yang dihasilkan oleh kira-kira 1200

pengunjung setiap hari menyebabkan sesetengah lukisan luntur dan Lascaux ditutup pada

tahun 1963. Semenjak 2008, hanya 20 minit diperuntukkan tiap-tiap individu yang memasuki

Lascaux bagi menjaga keseniaan lukisan guanya.

Rajah 2.2 : Lukisan pada gua Laucaux

Page 4: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

3 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

2.2 PETROGLYPHS

Petroglyphs ialah ukiran di permukaan batu. Ukiran batu mula dicatakan sekitar 10,000

tahun yang lalu oleh homo sapiens. Di mana ia merupakan langkah awal ukiran yang

terbentuk selepas lukisan, ketika homo sapiens mengambil masa kira-kira 20,000 tahun untuk

ukiran pertama pada permukaan batu.

Terdapat ukiran batu pada Zaman Neolitik dan di Zaman Akhir Paleolitik. Saintis menemui

tapak ukiran batu di Australia yang mempunyai ukiran yang dianggarkan sekitar 27,000

tahun usia dan kebarangkalian terdapat ukiran yang berusia 40,000 tahun. Teori-teori bagi

menerangkan petrogpyhs banyak bergantung kepada lokasi, usia dan jenis imej yang

dihasilkan. Maka, beberapa petroglyphs dianggap sebagai penunjuk astronomi dan peta.

Rajah 2.3 : Petroglyhs di Mutawintji National Park, Australia

Page 5: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

4 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

Petroglyphs telah ditemui di semua bahagian dunia kecuali Antartika dengan kebanyakkan

ditemui di bahagian-bahagian Afrika, Scandinavia, Siberia, barat daya Amerika Utara dan

juga Australia. Sarawak dan negeri Perak turut juga menyumbang kepada bukti petroglyhs ini

apabila ianya ditemui di tapak Gua Niah.

Rajah 2.4 : Petroglyhs di Gua Niah, Sarawak

Rajah 2.5 : Petroglyhs di Tambun, Perak

Page 6: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

5 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

2.3 PIKTOGRAM

Piktogram adalah simbol yang mewakili konsep, objek, aktivit, tempat atau peristiwa oleh

ilustrasi. Piktograf adalah langkah seterusnya bagi perkembangan dalam komunikasi tulisan

purba. Perbezaan paling penting antara petroglyphs dan piktogram ialah petroglyphs adalah

semata-mata menunjukkan acara tetapi piktogram memberitahu cerita yang sebenar mengenai

acara itu, boleh dikatakan ia kronolgi.

Piktogram digunakan oleh pelbagai budaya purba di seluruh dunia sejak sekitar 9000 S.M.

Piktrogram merupakan titik tolak kepada pembentukan logographik. Hasil daripada

kepentingan warisan piktogram kepada manusia, UNESCO telah menambah tapak baru bagi

menjaga simbol ilutrasi ini. Sesetengah saintis dalam bidang neuropsychiatri seperti Prof.

Mario Meyer menyatakan bahawa piktogram merupakan komunikasi manusia purba bagi

menilai kebudayaan mereka ketika itu.

Rajah 2.6 : Piktogram Ojibwa di Agawa Rock, Lake Superior Provincial Park

Page 7: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

6 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

2.4 IDEOGRAM

Ideogram adalah perkembangan hasil dari piktogram, dimana simbol grafik yang

mempersembahkan idea. Sekiranya pictogram boleh menceritakan mengenai bentuk, oleh itu

pictogram bulatan boleh dikateogrikan sebagai matahari tetapi tidak seperti cahaya, hari atau

panas. Ideogram lebih kepada pembentukan yang abstrak.

Disebabkan sesetengah idea adalah umum maka budaya yang berbeza turut membangunkan

ideogram yang hampir sama. Sebagai contoh, mata yang mengalir memberi maksud

kesedihan bagi Amerika Asli di California dan pada masa yang sama untuk Orang Cina dan

Egypt.

Rajah 2.7 : Ideogram di Uruk, Mesopotamia

Ideogram Maksud

Kepala

Kaki

Matahari

Jari

Wanita

Page 8: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

7 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

3. PERKEMBANGAN TULISAN MODEN

3.1 LOGOGRAM

Logogram atau logograph ialah satu bentuk komunikasi tulisan yang mempersembahkan

perkataan atau dikenali morphmene iaitu memberi erti dan maksud setiap jenis bahasa. Jenis

tulisan ini digunakan kebanyakkan di dalam aksara Cina bagi menulis bahasa mereka. Sistem

logogram yang utama digunakan sehingga ke hari ini ialah karakter Cina yang terdapat

beberapa pengubahsuaian pada bahasa Jepun dan Korea.

Sistem logogrpah ini termasuk yang paling terawal penulisannya ialah pada tamadun Mesir,

Afrika, China dan Amerika Tengah. Maka, hasil daripada kedua-dua hieroglif Mesir dan

China terdapat perkembangan seperti elemen-elemen pada karakter yang terbentuk. Karakter

Cina telah berkembang dengan sebutan dialek telah terhasil daripada elemen tersebut

sehingga membawa ianya tidak terbatas kepada yang asli.

Rajah 3.1 : Karakter Cina

Page 9: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

8 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

3.2 SYLLABOGRAM

Syllabogram merupakan satu set simbol yang terbentuk mewakili suku kata atau lebih kerap

linguistik yang terhasilnya kata. Simbol yang terbentuk di dalam syllabogram akan

mempersembahkan bunyi konsonan dan diikuti vowel. Antara bahasa-bahasa yang

menggunakan syllabogram termasuk bahasa Mycenaean di Greek, bahasa Cherokee di

Amerika Utara, Vai di Afrika dan juga bahasa Yao di China.

Sebenarnya, skrip ini digunakan oleh orang Cina, Sumeria dan Akkadian juga diketogorikan

sebagai suku kata yang terbesar walaupun berdasarkan logogram. Syllabogram Jepun

terbahagi kepada dua jenis yang disebut hiragana dan katakana yang terbentuk kira-kira 700

Masihi. Maka, syllabogram merupakan simbol yang terbentuk dengan pelbagai yang

bergantung kepada jenis bunyi konsonan dan vowel yang dihasilkan.

Rajah 3.2 : Sistem tulisan Katakana. Disebelah kiri ialah abjad moden,

kanan karakter asli Cina

Page 10: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

9 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

3.3 ALPHABET

Alphabet ialah set simbol yang diketogorikan standard dimana setiapnya mempersembahkan

tutur kata sesuatu bahasa itu sehingga ia merupakan sistem yang paling banyak digunakan

oleh manusia. Di dalam alphabet, abjad boleh diberi dua arah : penulis boleh meramal

perkataan yang diberikan dan penterjemahan boleh dilakukan dengan perkataan yang

diberikan ejaannya.

Sejarah aphabet bermula pada Mesir purba. Pada abad ke-27 Mesir telah mempunyai kira-

kira 24 hieroglyhs yang bermula dengan konsonan pertama dan ditambah vowel. Pada Zaman

Pertengahan, sistem alphabetik ini pernah ditemui sebagai proto-sinatik yang terdapat pada

Mesir sekitar abad ke-15 S.M. yang ditinggalkan orang-orang Kanaan ketika itu.

Rajah 3.3 : Sample skrip Proto Sinatik yang pertama ditemui

Perkembangan sistem komunikasi tulisan aphabet ini menarik apabila ia mampu berkembang

sehingga ke pelusuk dunia. Alphabet Eropah bermula daripada tamadun Greek sebelum ia

dibawa ke semenanjung Itali dimana alphabet digunakan untuk menulis bahasa Itali ketika

itu. Pada kurun ke-19, sistem ini telah menjadi popular kerana ia mudah disesuaikan dengan

pelbagai bahasa.

Manakala, di Asia ia bermula daripada sistem tulisan Cina dimana banyak skrip ditemui di

Asia. Di Korea, hangul alphabet diilhamkan oleh Sejong Daewang dimana ia merupakan

alphabet yang unik kerana suku kata dihasilkan dari bunyi. China membentuk zhuyin (kadang

kala dikenali Bopomofo) iaitu semi syllabogram yang digunakan oleh Mandarin ketika itu

sebelum hanyu pinyin (sistem tulisan Mandarin ketika ini).

Page 11: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

10 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

Asia yang menggunakan sistem alphabet ini atau terbentuknya karakter iaitu orang Cina,

Taiwan, Jepun, Korea dan Iban. Alphabet Iban atau dikenali Dunging Alphabet adalah sistem

tulisan orang Iban selain daripada Turai (sistem tulisan Iban lama) yang diilhamkan oleh

Dunging Anak Gunggu yang mempunyai 77 karakter. Sistem dunging alphabet hampir

menyamai hangul Korea kerana setiap huruf mempunyai konsonan dan vokal.

Dunging Iban Hangul Korea

Zhuyin Cina Jepun (Kanji, Hiragana, Katana)

Page 12: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

11 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

3.4 ABJAD

Abjad iaitu sistem tulisan di Timur Tengah dimana simbol sentiasa disifatkan sebagai

konsonan. Abjad ditemui di dalam bahasa Semitik seperti Syria, Hebrew, Arab dan

Phoenicia. Perkataan abjad ini sinonim untuk digunakan oleh alphabet Melayu disebabkan

kebanyakkan dipinjam daripada Arab. Sistem ini ditemui sekitar 1500 S.M. dimana dijumpai

pada hieroglyhs Mesir purba.

Phoenicia merupakan yang pertama membentuk abjad yang juga pada ketika itu paling

meluas digunakan di Timur Tengah. Skripnya tidak seperti hieoglif Mesir, dimana simbol-

simbol hanya dua dozen. Ini menjadikannya skrip paling mudah untuk dipelajari. Hasil abjad

Phonicia, telah memberi laluan kepada beberapa sistem tulisan yang baru seperti alphabet

Greek dan Aramaik. Alphabet Greek berkembang manjadi abjad moden sperti Latin dan

Cyrilic manakala Aramaik menjadi pewaris kepada abjad moden di Asia.

Rajah 3.4 : “Al-Arabiyya” iaitu Arab. Contoh kepada skrip Arab

Page 13: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

12 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

3.5 ABUGIDA

Ia merupakan sebuah sistem tulisan dimana mengandungi konsonan – vowel yang ditulis

sebagai satu unit: setiap unit itu adalah berdasarkan kepada huruf kosonan, dan vowel

tersebut adalah di bahagian menenggah. Abugida termasuk di dalam skrip Brahmik dimana

kebanyakkannya terdapat di bahagian Selatan dan Asia Tenggara. Pada asasnya, abugida

adalah berlawanan dengan syllabogram.

Secara umum, huruf abugida lebih meletakkan kosonan. Ini dapat dilihat apabila huruf ditulis

di dalam bentuk urutan linear dimana banyak kiri ke kanan. Ia dianggap sebagai langkah

pengantara diantara alphabet dan syllabogram. Maka, sejarah awal kewujudan abugida

diletakkan oleh saintis tipologi selepas adanya syllabogram. Terdapat tiga keluarga utama

abugida;

Antaranya ialah:

i. Brahmik

Rajah 3.5 : Skrip Brahmik di tiang milik Raja Ashoka, India

Page 14: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

13 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

ii. Ge’ez atau juga dikenali Ethiopik

Rajah 3.6 : Skrip Ge’ez yang ditemui di Hawulti

iii. Cree skrip

Rajah 3.7 : Skrip Cree yang digunakan sekitar tahun 1841

Page 15: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

14 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

Antara alphabet abugida yang masih digunakan sehingga ke hari ini

Bengali

Buhid

Burmese/Myanmar

Chakma

Cham

Dehong Dai

Devanāgarī

Fraser

Ge'ez (Ethiopic)

Gondi

Gujarāti

Gurmukhi (Punjabi)

Hanuno'o

Hmong

Jenticha

Lanna

Lao

Lepcha (Róng-Ríng)

Limbu / Kirati

Malayalam

Manipuri

Mro

Mwangwego

New Tai Lue

Oriya

Shan

Sinhala

Sorang Sompeng

Tamil

Telugu

Thai

Tibetan

Tikamuli

Tolong Siki

Varang Kshiti

Page 16: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

15 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

Antara alphabet abugida yang ditinggalkan penggunaanya sehingga menyebabkan alphabet

ini tidak digunakan lagi di dalam penulisan abugida hari ini.

Ahom

Brāhmī

Dives Akuru

Evēla Akuru

Kharosthi

Modi

Mongolian Horizontal

Square Script

Old Persian Cuneiform

Phags-pa

Pallava

Sindhi

Takri

Tocharian

Page 17: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

16 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

3.6 SKRIP FEATURAL

Skrip featural seperti tanda tulis atau sign writing merupakan sistem komunikasi yang paling

popular dimana banyak digunakan untuk bahasa isyarat. Ia diwakili di dalam bentuk

pergerakan tangan dan muka dengan ikonik. Ia merupakan sistem tulisan dengan bahasa

isyarat. Ia dicipta oleh Valerie Sutton pada tahun 1974 iaitu seorang penari yang juga orang

yang sama di dalam membangunkan Dance Writing.

Kombinasi ikonik simbol seperti bentuk tangan, orientasi, badan, expresi muka, dan

pergerakan digunakan untuk menterjemahkan kata-kata secara isyarat. Semenjak sign

writing menjadi skrip feautural yang popular maka tidak ada keperluan untuk menulisnya.

Sign writing Sutton hampir digunakan di 40 negara untuk penyiasatan polis dan tentera.

Rajah 3.8 : Contoh bentuk tangan dan sign writing

Page 18: Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

17 | Perkembangan Awal Komunikasi Tulisan Manusia

4. KESIMPULAN

Perkembangan awal komunikasi tulisan di dalam sejarah manusia menjadikan para sarjana

sejarah membezakan antara pra sejarah dan sejarah yang ditakrifkan oleh kedatangan tulisan

itu sendiri. Maka, di dalam perkembangan ini telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

perkembagan komunikasi tulisan purba dan semasa moden. Walaubagaimanapun, lukisan gua

dan petroglyhs yang dianggap popular bagi penulisan tidak dikateogorikan bertulis kerana

lebih mewakili bahasa secara langsung.

Komunkasi ini merupakan sistem yang mengubah keperluan-keperluan manusia di dalam

kehidupan seharian. Secara langsung atau tidak, komunikasi ini menggunakan bahasa yang

singkat, jelas dan dapat diketahui serta dimengerti oleh penerima. Kemahiran ini telah

membantu manusia purbadi dalam membina tamadun manusia yang moden kini.

Selepas perkembangan awal ini, komunikasi tulisan telah berkembang dengan pesat melalui

berbagai bentuk. Maka, media cetak seperti majalah, akhbar, buku, komik, novel, artikel,

journal dan bermacam jenis lagi adalah komunikasi tulisan yang seterusanya di dalam

mengharmonikan sistem ini.

RUJUKAN

Romina Della Casa (2007). Top Articel: Language, Writing and Alphabet. Damqatum

Boletin. Argentina

Anne-Marie Christin (2002). A History of Writing: From Hieroglyh to Multimedia.

Flammarion. Paris

Churchili Edward (2012). Long lost Iban Alphabet script. Borneo Post. Sarawak.

RMI Research News UiTM (2010). Iban Alphabet: A Revival. Research Management

Institute. Kuching. www.rmi.uitm.edu.my

Peter T.Daniels (2000). On Writing Syllables: Three Episodes of Scripts. Studies in the

Linguistic Sciences. New York City