bab 1terkini

10
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan yang pesat dalam bidang komunikasi berlaku dengan pantas. Dengan kemunculan teknologi, telah berlaku revolusi besar dalam bidang komunikasisejagat. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara manusia bekerja. ICT juga dikatakan dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi pelajar seperti penggunaan teknologi sebagai medium untuk bantuan pembelajaran selain dari pembelajaran formal di 1

Upload: mani-vaasagam

Post on 17-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ii

TRANSCRIPT

BAB 1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan yang pesat dalam bidang komunikasi berlaku dengan pantas. Dengan kemunculan teknologi, telah berlaku revolusi besar dalam bidang komunikasisejagat. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara manusia bekerja. ICT juga dikatakan dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi pelajar seperti penggunaan teknologi sebagai medium untuk bantuan pembelajaran selain dari pembelajaran formal di dalam kelas. Justeru itu, pengetahuan dan kemahiran mengguna serta mengintegrasikan ICT di tahap awal pendidikan adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik taraf pendidikan di kalangan pelajar orang asli agar tidak mundur berbanding bangsa lain di negara ini.Kajian ini cuba meneliti dan meninjau hubungan antara sikap, pengetahuan teknologi maklumat dan tahap penggunaan ICT di kalangan anak-anak orang asli.1.2 Latar belakang kajian

Masyarakat Orang Asli umumnya tergolong dalam kategori masyarakat yang miskin dan jauh ketinggalan berbanding bangsa lain di negara ini. Tidak kira dari aspek pembangunan sosial, ekonomi dan juga dari aspek pendidikan. Walhal Malaysia sedang berusaha gigih mengejar impiannya menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di mata dunia menerusi harapan yang terkandung di dalam Wawasan 2020.Bagi merealisasikan dan memastikan matlamat tersebut tercapai, aspek pendidikan kini diambil kira sebagai fokus utama kerajaan agar tidak ada golongan yang ketinggalan dalam arus perdana yang serba pantas ini. Namun demikian, masih terdapat masyarakat Orang Asli yang masih lagi tercicir dalam mengejar pendidikan (Basir,2008). Kajian yang telah dijalankan sebelum ini mendapati faktor keciciran di kalangan masyarakat Orang Asli ini adalah berpunca daripada faktor kemiskinan, tiadanya bantuan pendidikan, perbezaan antara budaya dan pedagogi, ketidakhadiran murid ke kelas, dan ibu bapa yang tidak ambil peduli dengan sistem yang disarankan oleh kerajaan akan betapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak mereka.Diakui bahawa hanya melalui pendidikan, masyarakat orang asli dapat membuat perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Antaranya, konsep pembelajaran sepanjang hayat seharusnya diterapkan dalam setiap isi masyarakat orang asli. Golongan ibu bapa khususnya, haruslah peka dan sedar akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka. Mentaliti mereka juga haruslah diubah dan tidak ditakuk lama. Mereka harus menerima perubahan positif sekiranya ingin memajukan diri seiring dengan perkembangan semasa. Tambahan pula, dasar pendidikan negara juga sentiasa menyokong golongan ini untuk maju ke depan.

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) pembangunan ICT dalam pendidikan akan dilaksanakan dengan tujuan utamanya adalah untuk mempertingkatkan pembangunan infrastruktur ICT selain daripada meluaskan akses dan ekuiti kelengkapan ICT, mewujudkan kurikulum berasaskan ICT (ICT-based), meningkatkan sistem penilaian menggunakan ICT, menggalakkan integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, guru-guru dan staf-staf lain,mengaplikasi ICT dalam sistem pengurusan, memperbaiki kemudahan dan kelengkapan ICT, mempertingkat usaha dalam kajian dan pembangunan ICT, serta usahasama antara institusi pendidikan dan komuniti sosial haruslah diterapkan bagi menggalakkan penggunaan ICT dalam pendidikan.

Pembukaan Sekolah Kebangsaan Orang Asli telah memberi peluang kepada anak -anakOrang Asli menerima pendidikan formal seperti rakyat lain. Selain daripada itu, ia kesungguhan penduduk tempatan untuk menyediakan kemudahan tempat belajar bagi semua lapisan masyarakat. Mengikut sumber Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) terdapat 93 buah sekolah di mana 100% adalah murid Orang Asli. Pecahan sekolah Murid Orang Asli 100% mengikut negeri adalah seperti berikut iaitu Perak (28 buah), Pahang (26 buah), Kelantan (12 buah), Selangor (11buah), Johor (10 buah), Negeri Sembilan (4 buah) dan Terengganu (2 buah). Kementerian Pelajaran juga berusaha untuk merapatkan jurang pendidikan di antara murid murid sekolah-sekolah bandar dengan murid-murid sekolah-sekolah luarbandar seperti mana yang terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Kementerian Pelajaran berusaha membangunkan projek ICT di sekolah-sekolah orang asli dengan pengwujudan rangkaian Schoolnet, Pusat Akses (cybercafe) dan kemudahan siaran TV Pendidikan melalui ASTRO. Pihak kementerian berusaha membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan murid khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.Sehubungan itu, menyedari akan betapa pentingnya ICT dalam pembangunan pendidikan negara, maka kajian ini akan menjelaskan kedudukan anak-anak Orang Asli tentang tahap kepenggunaan mereka menyesuaikan diri dengan kemudahan ICT yang telah di berikan sekolah-sekolah. 1.3 Pernyataan masalahMenurut survey yang telah dijalankan oleh pihak UNESCO Asia Pasifik yang bersidang di Bangkok antara lain menyatakan bahawa, faktor utama yang merencat perkembangan ICT di Malaysia ialah infrastruktur dan akses telekomunikasi adalah terhad di kawasan luar bandar dan pedalaman.Jika dilihat dari sudut penggunaan teknologi di sekolah, Namun persoalannya, adakah anak-anak Orang Asli mengaplikasikan sepenuhnya kemudahan komputer yang telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada mereka di sekolah? Menyedari akan hakikat ini, kajian akan dijalankan bagi menilai penggunaan dan penguasaan anak-anak Orang Asli mengaplikasikan kemudahan ICT yang telah disediakan sebagai medium bantuan dalam pembelajaran mereka.

1.4 Objektif KajianSecara amnya, kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu:a) Mengenalpasti hubungan antara sikap ICT murid dengan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran.b) Mengenalpasti hubungan antara pengetahuan ICT murid dengan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran.

1.5 Soalan Kajian Persoalan yang timbul dalam kajian ini termasuklah:1. Adakah terdapat hubungan antara sikap ICT murid dengan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran?2. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan ICT murid dengan tahap penggunan ICT dalam pembelajaran? 1.6 Hipotesis Kajian Berikut merupakan hipotesis kajian yang diuji dalam kajian ini Hipotesis Nol: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap ICT murid dan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran. Hipotesis Nol: Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara pengetahuan ICT murid dan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran. 1.7 Kerangka Kajian Kerangka konseptual merupakan gambaran kajian ini secara kasar. Ia ditunjukkan di dalam bentuk gambar rajah. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat faktor-faktor yang memberi gambaran mengenai tahap penguasaan ICT dalam kalangan murid-murid di Sekolah Rendah Orang Asli. Terdapat dua faktor yang ingin dilihat dan dijadikan sebagai objektif kajian. Rekabentuk tersebut ditunjukkan seperti mana gambar rajah di bawah: Sikap murid-murid

Tahap penggunaan ICTmurid-murid SekolahRendah Orang Asli di Negeri Sembilan Minat Seronok Sedar akan kepentingan

Pengetahuan murid-murid Kemahiran asas Permainan komputer Mengakses Internet

1.7 Kepentingan Kajian Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada kajian ini diharapkan dapat mengenalpasti hubungan antara sikap ICT dan pengetahuan ICT murid dengan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran. Seterusnya mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid- murid orang asli menyesuaikan diri menggunakan kemudahan ICT yang telah disediakan. Hasil daripada kajian ini juga penting kepada pihak-pihak terbabit untuk meninjau masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian bagaimanakah caranya untuk meningkatkan sikap ICT dan pengetahuan murid anak-anak Orang Asli menggunakan kemudahan ICT di sekolah.

1.8 Batasan KajianKajian ini dibataskan kepada:i) Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 120 orang murid tahun 4, 5 dan 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Orang Asli di Negeri Sembilan. Pelajarnya terdiri daripada masyarakat Orang Asli sepenuhnya.ii) Instrumen yang digunakan kajian ini adalah berbentuk soal selidikiii) Aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah mencari hubungan antarapengetahuan dan sikap murid terhadap penggunaan ICT serta dalam pembelajaran mereka.

1.9 Definisi Operasi1.9.1 Sikap Sikap dalam penyelidikan ini merujuk tanggapan terhadap tiga dimensi tingkah laku iaitu minat ,seronok dan sedar akan kepentingan ICT.. Ketiga-tiga dimensi tersebut digunakan untuk menentukan sikap ICT pelajar asli tahun 4,5 dan 6.

1.9.2 Murid -murid tahap 2Berdasarkan kajian ini, murid-murid tahap 2 terdiri daripada pelajar tahun 4,tahun 5 dan tahun 6 yang belajar di sekolah asli. 1.10 Kesimpulan.Bab ini memberi gambaran tentang tujuan kajian dilakukan. Beberapa komponen penting dalam kajian turut dibincangkan seperti pengenalan kajian, latarbelakang kajian, dan kepentingan kajian. Ini menunjukkan pengkaji jelas akan kajian yang akan dilakukan dan berharap agar kajian ini dapat mencapai objektifnya. 1