bab 1 pengenalan dan latarbelakang organisasi

13
BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 Pengenalan Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, setiap pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum di anugerahkan sijil atau diploma. Latihan industri ini dilakukan selama lima bulan di firma atau organisasi yang telah dipilih sendiri oleh pelajar atau yang telah di tetapkan. Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan yang bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang akademik mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan 1

Upload: fads

Post on 06-Jun-2015

27.715 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1  PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan

Latihan industri merupakan sebahagian daripada kursus wajib yang perlu

diambil oleh semua pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,

setiap pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama satu semester sebelum di

anugerahkan sijil atau diploma. Latihan industri ini dilakukan selama lima bulan di

firma atau organisasi yang telah dipilih sendiri oleh pelajar atau yang telah di

tetapkan.

Tujuan sebenar latihan industri ini adalah bagi menyediakan para graduan

yang bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi kerjaya sama ada dalam bidang

akademik mahupun bukan akademik dengan semangat dan penampilan

profesionalisme yang tinggi. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar situasi

sebenar dunia pekerjaan disamping membantu meningkatkan kemahiran sosial

pelajar.

Pelajar telah menjalani latihan industri di Computer IT Care Centre Sdn. Bhd

W.P Labuan. Sepanjang tempoh latihan, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti-

1

Page 2: BAB 1  PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

aktiviti dalam bidang tugas, walaupun bidang tugas tidak dilakukan dengan

sepenuhnya oleh pelajar kerana atas tujuan keselamatan, pelajar tetap diberi

penerangan dan tunjuk ajar yang jelas dan cukup berguna sebagai pengetahuan am,

selain itu, pelajar dapat mempelajari corak pentadbiran dan pengurusan, selain

didedahkan dengan persekitaran kerja yang sebenar dan dapat mempelajari

kemahiran sosial seperti komunikasi dan hubungan sosial.

Di akhir latihan industri, pelajar di harap dapat mencapai objektif dan

memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari dalam menghadapi cabaran era globalisasi

dunia hari ini yang semakin mencabar.

1.1.1 Objektif Latihan Industri

Setiap pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, akan

menjalani latihan industri di firma-firma kerajaan atau swasta selama tempoh satu

semester bagi melayakkan pelajar memperolehi sijil atau diploma yang telah di ambil

oleh pelajar tersebut di Politeknik berkenaan.

Diantara objektif latihan industri, adalah seperti berikut :

Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan,

amanah, berkeyakinan, dan bertanggungjawab.

Memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pengalaman kerja

didalam bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka.

Boleh berkomunikasi dengan berkesan serta mematangkan pemikiran

pelajar.

Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

Memahami budaya kerja ( corporate culture )sebagai persediaan

menghadapi alam pekerjaan.

2

Page 3: BAB 1  PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang

telah dipelajari di Politeknik.

Membentuk sahsiah, sikap dan kemahiran berhubung atau

berkomunikasi sesame manusia.

Merangsang pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik

setelah melalui pengalaman kerja sendiri.

Menghasilkan laporan latihan industri.

1.1.2 Objektif Laporan Latihan Industri

Setiap pelajar yang sedang menjalani latihan industri dibekalkan dengan buku

laporan harian yang berkaitan latihan industri mereka, bagi pelajar yang telah selesai

menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas

latihan industri, laporan ini adalah berdasarkan kerja yang dilakukan semasa

menjalani latihan industri selama satu semester.

Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut :

Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja

yang dilakukan pelajar dan seterusnya peranan jabatan atau firma

tersebut.

Sebagai buku untuk mengumpulkan segala maklumatdan data yang

diperolehi semasa menjalani latihan industri,

Menerangkan dengan lebih jelas kerja yang dibuat berdasrkan buku

laporan harian pelajar.

Sebagai gambaran awal dan rujukan kepada pelajar yang akan

menjalani latihan industri.

Sebagai rujukan kepada pengurusan syarikat untuk penambah baikkan

kepada syarikat di masa akan datang.

Memenuhi syarat penganugerahan sijil atau diploma politeknik

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

3

Page 4: BAB 1  PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

1.1.3 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Setiap pelajar yang mengikuti Pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama satu

semester, bagi pelajar yang mengambil Diploma, akan menjalani latihan industri

pada semester ke empat, manakala bagi pelajar Sijil akan menjalani latihan industri

pada semester ke tiga, latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum

melayakkan mereka untuk di anugerahkan Sijil atau Diploma.

Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada

pelajar suasan kerja yang sebenar, sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan

yang sebenarnya, pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat

memantapkan jati diri pelajar, selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk

meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sijil atau diploma.

Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui

pesekitaran kerja yang sebenar,ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikan apa

yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah atau di bengkel pada kehidupan yang

sebenar. Dengan cara ini akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar

itu sendiri.

4

Page 5: BAB 1  PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

1.2 Latar Belakang Organisasi

Nama Organisasi : Computer IT Care Centre Sdn. Bhd WP. Labuan

Lokasi Organisasi : Terletak kira-kira ½ kilometer dari kawasan Pusat Bandar

Labuan.

Alamat : Blok E, Lot 35, Ground Floor,

Jati Commercial Centre,

87011, WP. Labuan.

Email : [email protected]

1.2.1 Sejarah Penubuhan Computer IT Care Centre

Computer IT Care Centre (CICC) yang telah didaftar berlesen pada tahun

Julai 2002 yang merupakan anak syarikat Picotec Sdn. Bhd yang telah membuat

keputusan dan bersetuju penubuhannya kerana keupayaan syarikat ini dalam

memberikan penyelenggaran yang terbaik dan berkualiti, disamping bayaran

servis yang berpatutan untuk pelanggan.

5

Page 6: BAB 1  PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

CICC juga merupakan syarikat kontrak IT, menjaga peralatan komputer,

membekalkan perkakasan IT termasuk teknologi system, servis produk pengguna

termasuk perisian computer, peralatan computer , servis dan penyelenggaran.

Antara perkhidmatan yang terdapat di CICC:

1. Penyelenggaran sistem rangkaian

Kepakaran yang kami miliki dan pengetahuan yang meluas dalam

sistem perkakasan dan perisian menawarkan kos yang berpatutan

bagi menyelesaikan masalah rangkaian yang dihadapi pelanggan.

2. Panggilan kerosakan

Jika menerima panggilan kerosakan daripada pelanggan yang

berada di rumah atau pejabat, CICC akan menghantar juruteknik

untuk menservis computer ditempat pelanggan. Dengan

perkhidmatan sebegini, CICC dapat membantu pelanggan

terutamanya dalam perniagaan agar perniagaan mereka dapat terus

berjalan dengan servis yang cepat dan berkualiti.

CICC juga menawarkan kontrak penyelenggaran pemulihan (PM)

yang mana penyelenggaran ini di lakukan secara berjadual untuk

komputer pejabat, kamera litar tertutup (CCTV) dan printer.

3. Lain-lain perkhidmatan

Servis lain termasuklah kerosakan printer dan peralatan yang

berkaitan system komputer termasuk UBS (accounting business

system)

6

Page 7: BAB 1  PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

1.2.2 Logo Computer IT Care Centre

1.2.3 Halatuju CICC

1.2.3.1 Visi dan Misi CICC

`

VISI

Memberikan penyelenggaran yang berkualiti tinggi setanding dengan

cas servis yang berpatutan.

Memberikan penyelenggaran yang terbaik untuk semua pelanggan

Memberikan penyelenggaran yang membuatkan kepuasan hati

pelanggan

MISI

CICC akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan

mendapat kepercayaan akan kemahiran yang dimiliki dapat membantu

pelanggan dengan kos yang berpatutan.

7

Page 8: BAB 1  PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

1.2.4 Objektif Bersama

Tingkatkan Kemahiran dan Kepakaran Dalam Bidang Computer

dan IT.

Tingkatkan kepuasan pelanggan

Tingkatkan kualiti penyelenggaraan

Tingkatkan pengetahuan dalam bidang komunikasi dan sosial

1.2.5 Kakitangan CICC

Pengurus Operasi ; En. Max Goh

Pengurus Perkhidmatan Pelanggan: En. Mathew Wong

Penyelia: Pn. Sharon Tan

Kerani Pentadbiran: Cik Chin

Projek Bumi IT: En. Cyril

Juruteknik: En. Zikrie Arifin

8

Page 9: BAB 1  PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

1.2.6 Carta Organisasi CICC

9