7 - bab 1 - pengenalan dan latar belakang organisasi

44
BAB1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 Pengenalan Latihan industri 1.1.2 Pendahuluan Modul T3410 Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan sebenar. Latihan Industri merupakan satu alternatif kepada para pelajar untuk belajar dan memahami cara bekerja dan di samping mendapat pengalaman dalam bidang kursus yang diambil di Politeknik. Menjalani Latihan 1

Upload: ashraf-rusli

Post on 25-Jul-2015

766 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

BAB1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.1 Pengenalan Latihan industri

1.1.2 Pendahuluan

Modul T3410 Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam

kurikulum pembelajaran Politeknik Kementrian Pengajian Tinggi Malaysia

(KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk

penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. Pelajar akan ditempatkan

di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada

suasana pekerjaan sebenar. Latihan Industri merupakan satu alternatif kepada

para pelajar untuk belajar dan memahami cara bekerja dan di samping

mendapat pengalaman dalam bidang kursus yang diambil di Politeknik.

Menjalani Latihan Industri di AIC Semiconductor Sdn. Bhd. dapat memberi

pengalaman yang luas kepada setiap pelajar.

1

Page 2: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Saya didedahkan dengan pelbagai kerja dan dapat belajar tentang pelbagai

kerja di syarikat tersebut. Terdapat pelbagai kerja dan aktiviti yang telah

dijalankan dalam tempoh yang ditetapkan semasa Latihan Industri. Selain itu,

saya telah diberi tunjuk ajar oleh pekerja syarikat tersebut dengan baik serta

suasana yang harmoni. Tambahan lagi, setiap kerja dan aktiviti yang dilakukan

mengajar saya membina keyakinan diri dan berdikari serta berdisiplin dalam

melakukan tugas. Justeru, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak

syarikat AIC Semiconductor Sdn. Bhd.

1.1.2 Objektif Latihan Industri

Tujuan utama latihan industri ini ialah menjadikan pelajar seorang pekerja yang

berkualiti dengan membina sebanyak mungkin pengalaman bekerja dan

membina personaliti mereka sendiri. Ianya juga membolehkan para pelajar

berkomunikasi dengan berkesan dan mengamalkan etika serta peraturan kerja

dengan baik. Selain itu, latihan industri dapat mendedahkan kepada para

pelajar tentang alam pekerjaan sebenar yang bersesuaian dengan bidang yang

mereka ceburi di politeknik.

Latihan Industri juga dapat memupuk sikap berdisiplin kepada para pelajar.

Antaranya adalah menepati masa, melaksanakan tugas yang diarahkan

dengan baik serta menghormati pekerja-pekerja yang lain. Tambahan lagi,

Latihan Industri ini memberi pendedahan kepada alam pekerjaan yang

sebenar.

2

Page 3: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Secara amnya, pihak politeknik telah memberi masa lebih kurang 5 bulan atau 1

semester untuk para pelajar menjalani latihan industri dimana-mana syarikat

atau kilang. Penempatan para pelajar di sesebuah firma adalah diatas pilihan

pelajar sendiri ataupun pihak politeknik yang akan menetapkanya. Secara

amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut ;

a. Membina personaliti individu yang boleh bekerja secara berpasukan,

amanah, berkeyakinan dan bertanggungjawab.

b. Boleh berkomunikasi dengan berkesan.

c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

d. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang

telah dipelajari di politeknik.

e. Menghasilkan laporan latihan industri.

f. Mengaplikasikan apa yang diperolehi di tempat latihan semasa kembali

ke tempat pengajian kelak.

g. Memberi peluang pelajar merasai suasana pekerjaan sebenar.

h. Meningkatkan kualiti pelajar.

i. Melahirkan graduan yang berpengalaman kelak.

j. Membolehkan pelajar mempelajari mutu kerja yang baik semasa di

tempat latihan.

k. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari

dengan aspek-aspek praktikal sebaliknya.

l. Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat pekerja di Firma.

m. Menilai kebolehan diri sendiri di alam pekerjaan untuk persediaan

menghadapi alam pekerjaan sebenar selepas tamat pengajian.

n. Memupuk kesedaran betapa pentingnya ilmu untuk memudahkan kita

menghadapi dunia luar dalam pekerjaan.

o. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama

pekerja.

3

Page 4: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Dalam menjalani Latihan Industri, pelajar dikehendaki menulis Laporan Harian

dan Laporan Teknikal. Bagi Laporan Harian, pelajar perlu menulisnya setiap

hari agar pelajar dapat memudahkan pelajar membuat rujukan serta memahami

setiap kerja yang dilakukan. Ini dapat membentuk pelajar supaya sentiasa

menjalankan kerja dengan sempurna dan memahami kerja-kerja yang

dijalankan di Syarikat tersebut. Buku laporan harian ini juga dapat memupuk

sikap berdisiplin dan menepati masa dalam menulis laporan. Selain itu, pelajar

juga dapat mengetahui setiap pekerjaan yang dilakukan semasa menjalani

Latihan Industri di sesebuah Organisasi.

Laporan Teknikal ini perlu dibuat supaya setiap aktiviti yang dilakukan dan

dilihat dapat dicatatkan dengan lebih terperinci. Dengan adanya Laporan

Teknikal ini, pelajar dapat memberikan gambaran sepenuhnya tentang aktiviti

yang dilihat dan dilakukan semasa menjalankan Latihan Industri.

Oleh yang demikian, Laporan Teknikal amat penting kepada pelajar untuk

menghasilkan laporan yang terbaik yang berkaitan aktiviti semasa menjalani

Latihan Industri.

Secara amnya, ianya boleh diterangkan seperti berikut :

a. Membina personaliti individu.

b. Berkomunikasi dengan berkesan.

c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

d. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.

e. Menghasilkan laporan latihan industri.

4

Page 5: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.1.4 Kepentingan Latihan Industri

Latihan industri penting kepada pelajar kerana ia akan mengajar pelajar tentang

satu persekitaran yang baru iaitu persekitaran pekerjaan. Dengan latihan

industri ini, pelajar dapat membezakan antara suasana pembelajaran dan

suasana pekerjaan.

Ia juga penting kepada pelajar supaya pelajar dapat menilai bahawa pentingnya

pelajaran di politeknik dengan pekerjaan. Ini kerana banyak perkara yang

dipelajari di politeknik telah diaplikasikan dalam menjalani alam pekerjaan.

Selain itu, ia penting supaya pelajar memahami kepentingan disiplin dalam diri

setiap individu tidak kira yang bekerja atau yang masih menuntut ilmu. Ini

kerana dalam suasana pekerjaan ketetapan masa adalah sangat penting.

Sesuatu tugasan akan diberikan tempoh masa yang tertentu dan wajib

disiapkan. Sekiranya tugasan itu tidak disiapkan, maka seseorang pekerja itu

akan dianggap sebagai pengendala kepada aktiviti syarikat.

Latihan industri ini akan menjadikan pelajar itu lebih amanah,

bertanggungjawab, berdedikasi dan berkeyakinan tinggi. Dalam latihan industri,

kebanyakan firma akan menerapkan ciri-ciri yang dapat mendidik seseorang

pelajar supaya menjadi lebih berani dan tabah menghadapi sesuatu masalah.

Akhir sekali, latihan industri akan menjadikan pelajar itu memiliki sikap hormat-

menghormati yang tinggi. Ini kerana di dalam sesebuah badan pekerjaan

mempunyai organisasi yang tersendiri dan mempunyai jawatan-jawatan

tertentu. Setiap pemegang jawatan itu perlulah disapa dan dihormati dengan

baik. Ini akan melatih pelajar untuk hormat kepada sesiapa sahaja unutk

menjaga hubungan baik dengan setiap pekerja.

5

Page 6: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2 Latar Belakang Organisasi

1.2.1 Pengenalan Organisasi

AIC Semiconductor Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat AIC Corporation

Berhad. Syarikat ini dibuka pada tahun 1997 dan dirasmikan oleh bekas

Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 2 Julai 1998.

Rajah 1.2.1 : AIC Semiconductor Sdn Bhd

6

Page 7: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

AIC Semiconductor Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat multinasional yang

menghasilkan IC (Integrated Circuit). Nama AIC diambil daripada singkatan

‘Assembly Integrated Circuit’ iaitu pakej litar bersepadu. Syarikat ini terletak di

zon perindustrian Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah. AIC mempunyai keluasan 12

ekar dengan keluasan bangunan 188 000 kaki persegi. Terdapat seramai 878

orang pekerja yang bekerja di AIC turut menjalinkan usahasama dengan

Negara Korea bagi memasarkan produk-produk yang dihasilkan.

AIC Semiconductor merupakan salah sebuah anak syarikat AIC Corporation

Berhad. Selain AIC Semiconductor, terdapat dua buah anak syarikat lain yang

bernaung dibawah AIC Corporation Berhad, iaitu AIC Microelectronic Sdn Bhd

dan Nucleus Electronics Ltd. Dte. Sejarah AIC bermula dengan perusahan

automotif sehinggalah dipelbagaikan kepada ‘semiconductor’, ‘plastic’, besi, dan

teknologi maklumat industri yang diperkenalkan pada tahun 1995 hingga 1998.

Pada 14 Disember 1994, AIC turut tersenarai didalam papan kedua MSEB

(second board of the Malaysia Securities Exchange Berhad). Hasil daripada

keuntungan syarikat, AIC berjaya merubah kedudukan daripada papan kedua

ke papan pertama di MSEB pada bulan Julai 2000.

AIC Technology Sdn Bhd merupakan tempat utama keluaran bahan

‘semiconductor’ didalam Malaysia. Kerjasama yang dijalankan dengan syarikat

Korea iaitu MTN Corporation bermula pada awal tahun 2004. Syarikat ini

menghasilkan ‘thin film transistor-liquid crystal display’ TFT-LCD yang mana

produk tersebut digunakan penghasilan televisyen dan skrin komputer.

7

Page 8: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

AIC Semiconductor Sdn Bhd pernah mendapat sijil pengiktirafan ISO 9002 pada

bulan Julai 1999, QS9001 pada edisi 1998 pada bulan Disember 2000 dan ISO

14001 pada bulan November 2001. AIC dianugerahkan pengiktirafan ini kerana

produk yang dihasilkan telah berjaya melepasi semua ujian kualiti produk. Hal

ini kerana AIC begitu mementingkan kualiti produk yang dihasilkan agar

pelanggan berpuas hati terhadap produk yang dipasarkan.

Rajah 1.2.2 (a) : Pencapaian Syarikat

Syarikat AIC Semiconductor telah mencipta logo untuk melambangkan ideniti

syarikat. Merujuk pada rajah 1.1.2 (a) menunjukan logo syarikat. Pada logo

tersebut terdapat perkataan AIC yang member maksud pakej litar bersepadu

(Assembly Integrated Circuit).

8

Page 9: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.2 (b) : Logo Syarikat AIC Semiconductor

1.2.2.1 Maklumat Organisasi

Nama Syarikat : AIC Semiconductor Sdn. Bhd.

Alamat : Lot 26 & 27, Jalan Hi-Tech 4,

Kulim Hi-Tech Industrial Park,

Phase 1, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman.

Pemegang saham AIC : AIC Corporate Berhad 15%

: AIC Technology 79%

: Major Customer 6%

Pengiktirafan : ISO 9002 (July 1999)

: QS9000 : 1998 Edition (Dec. 2000)

: ISO 14001 (Nov. 2001)

Telefon : 04-4031319

Fax No : 04-4031320

Laman Web : www.aicsemicon.com

Bilangan pekerja : 1079 Orang

9

Page 10: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Keluasan tanah : 12 Ekar

Keluasan Kilang : 188, 000 kaki

Modal : 50 milion USD

Rajah 1.2.2 (c) : Gambarajah Peta Lokasi Firma

10

Page 11: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.2 (d) : Gambarajah Pelan Firma

11

Page 12: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2.3 Ahli Lembaga Pengarah

Sistem pentadbiran di AIC Semiconductor Sdn Bhd terbahagi kepada empat

peringkat iaitu peringkat pertama adalah ketua pengarah (President), peringkat

kedua ialah pengurus besar (General Manager) dan ketua pengurusan pejabat,

peringkat ketiga adalah pengurus kilang (Factory Manager), pengurus unit

perniagaan (Business Unit Manager) dan pegurus pembangunan

pembungkusan (Package Development Senior Manager), manakala pada

peringkat keempat ialah pengurus pada setiap bahagian di syarikat ini.

Encik C.Y Chong merupakan ketua pengarah (President) di AIC Semiconductor

Sdn Bhd. Beliau juga memegang jawatan kedua tertinggi di AIC Corporation

iaitu sebagai ketua pengurusan pejabat (Chief Risk / Control Officer) barada

pada peringkat kedua didalam system pentadbiran di syarikat ini. Jawatan ini

disandang oleh Encik C.Y Chong sebagai pengurus besar, manakala ketua

pengurusan pejabat disandang oleh Encik Nazri Said. Terdapat dua orang

pengurus yang bekerja dibawah Encik Nazri Said iaitu Encik Azudin sebagai

pengurus sumber manusia (Human Resource Manager) dan Encik Murshih

Meah sebagai eksekuitif belian barang (Purchasing Senior Executive).

Pengurus kilang di AIC ialah Encik K.E Chee. Jawatan tersebut merupakan

peringkat ketiga didalam sistem pentadbiran di syarikat ini. Tanggungjawab

pengurus kilang adalah amat berat maka ia dibantu oleh pengurus pada setiap

bahagian di syarikat ini. Terdapat Sembilan orang pengurus yang bekerja di

bawah pengurus besar, iaitu Encik Azhar sebagai pengurus jurutera

(Engineering Senior Manager), Encik Ridzuan Hanafi sebagai pengurus produk

(Production Senior Manager), S H Yeo sebagai pengurus bahagian pengujian

(Test Senior Manager), K P Tan sebagai pengurus IE dan penyelenggaraan

12

Page 13: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

barang (IE and Equipment Maintenance), L K Yong sebagai pengurus kualiti

(Quality and Ratability Group Manager), Encik Mohd Radzi Yusof sebagai

pengurus perancangan bahan dan perhidmatan IC (Material Planning and

Logics IC Manager), Encik L H Gan sebagai pengurus kawalan produk

(Production Control Section Manager), Encik Mydin sebagai (Facility Senior

Manager), Encik Hajarudin sebagai pengurus IT (IT Manager).

1.2.3.1 Jabatan-Jabatan Di Dalam AIC Semiconductor

AIC Semiconductor Sdn Bhd mempunyai beberapa jabatan utama dalam

pengurusannya khusus untuk membantu pentadbiran kilang untuk memastikan

segala perancangan kerja-kerja pembuatan sesuatu barang berjalan lancer

tanpa sebarang gangguan. Di AIC pengurusannya di ketuai oleh pengarah

urusan bagi memantapkan lagi sistem pentadbiran serta menjadikan organisasi

lebih tersusun.

1.2.3.1.1 Jabatan Pengurusan

Jabatan ini berfungsi untuk menguruskan segala hal-hal penting

di AICS dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan

perancangan awal mengenai sesuatu perkara atau urusniaga.

Jabatan ini mengawal dan mengarah fungsi pembuatan supaya

dapat dicapai mengikut masa dan juga kehendak pelanggan.

Selai itu, jabatan berhubung secara langsung atau tidak langsung

dengan salah satu lagi jabatan yang juga memainkan peranan

penting iaitu Jabatan Sumber Tenaga Manusia khususnya yang

berkait rapat dengan cara pengoperaian di dalam kilang dan juga

waktu pengoperasian di kawasan pengeluaran.

13

Page 14: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2.3.1.2 Jabatan Sumber Tenaga Manusia (HR Department)

Jabatan ini berfungsi untuk mengawal serta menentukan cara

operasi di kawasan pengeluaran dan juga waktu operasi

bergantung kepada keadaan dan juga kadar permintaan

daripada pelanggan. Namun begitu, Jabatan Sumber Tenaga

Manusia ini berhubung secara langsung dan tidak langsung

dengan Jabatan Pengurusan dan segala kenyataan yang dibuat

oleh Jabatan Sumber Tenaga Manusia ini adalah hasil

perbincangan antara dua jabatan ini. Oleh itu, fungsi Jabatan

Sumber Manusia adalah seperti jabatan kecil di bawah Jabatan

Pengurusan. Di samping mengawal waktu operasi dan cara

operasi di kawasan pengeluaran, Jabatan Sumber Tenaga

Manusia dipertanggungjawabkan untuk mengawal masalh di

kawasan pengeluaran iaitu maklumat seperti hari cuti bagi

pekerja di bahagian pengeluaran sama ada cuti umum, cuti

tahunan ataupun cuti tanpa gaji yang dibuat dan dipohon oleh

pekerja. Di antara tanggungjawab Jabatan Sumber Tenaga

Manusia yang lain ialah menguruskan pengambilan pekerja baru

yang dipohon oleh pengurus dari kawasan pengeluaran. Segala

urusan dan pemilihan pekerja dari segi pengisian boring dan juga

memasukan data mengenai pekerja baru adalah tugas pekerja

Jabatan Sumber Tenaga Manusia.

14

Page 15: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2.3.1.3 Jabatan Kewangan (Finance)

Jabatan ini mengendalikan transaksi dan segala perihal

kewangan AICS mengikut aturan dan format yang ditetapkan.

Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengendalikan aliran

kewangan di AICS samada aliran keluaran ataupun aliran masuk.

Jabatan ini juga dipertanggungjawabkan untuk merangka

stratergi kewangan yang melibatkan pembelian syarikat-syarikat

kecil untuk diambil alih sebagai cawangan kecil yang lain.

Jabatan ini mengawal sebarang pengeluaran wang dari akaun

AICS yang bertujuan untuk pembangunan dan membaik pulih

keadaan di dalam syarikat.

Namun begitu, jabatan ini sering berhubung dengan Jabatan

Sumber Tenaga Manusia kerana bertujuan unutk mengetahui

tentang status pembayaran gaji pekerja iaitu merupakan salah

satu daripada tanggungjawab kewangan untuk menguruskan

tentang pembayaran gaji setiap bulan mengikut maklumat yang

dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Manusia.

Bagi urusan penjualan dan penerimaan kontrak pengeluaran

yang melibatkan kewangan samada aliran masuk atau keluar

adalah bergantung kepada budi bicara pengurus dari kawasan

pengeluaran untuk jabatan kewangan untuk urusan selanjutnya.

15

Page 16: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2.3.1.4 Jabatan Pengeluaran (Production Department)

Jabatan pengeluaran bersangkutan dengan operasi utama di

AICS iaitu membuat barangan pelanggan sehingga siap

kemudian mengeluarkan barangan apabila mendapat tempahan

oleh sesuatu syarikat yang merupakan pembeli bagi barangan

yang di keluarkan oleh AICS. Jabatan ini memerlukan penggerak

bagi sesuatu operasi di AICS dan merupakan jabatan yang

paling banyak menggunakan mesin-mesin di setiap jabatan.

Selain itu, AICS memerlukan ramai jurutera dan juruteknik bagi

memastikan pengoperasian mesin-mesin di jabatan ini tidak

terganggu dan tergendala.

Biasanya jabatan ini akan beroperasi 24 jam mengikut jadual dan

waktu yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan juga

Sumber Tenaga Manusia dan boleh dikatakan kesemua

maklumat dan kejadian yang melibatkan pekerja dibahagian ini

akan diperhatikan oleh Jabatan Sumber Tenaga Manusia. Oleh

itu, segala kekurangan dan masalah dikawasan pengeluaran

akan diadukan terus ke Jabatan Sumber Manusia. Kebanyakan

pekerja-pekerja di jabatan ini adalah terdiri daripada operator-

operator pengeluaran barangan di bahagian ini. Jabatan ini

beroperasi dalam 2 ‘shift’ dan terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu

kumpulan x, y, x.

(a) Waktu pagi

16

Page 17: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Masa bekerja bermula pada pukul 7 pagi dan kemudian

berakhir pada pukul 7 malam.

(b) Waktu malam

Masa bekerja bermula pada pukul 7 malam dan kemudian

berakhir pada pukul 7 pagi.

Untuk waktu harian bekerja bagi pekerja dibahagian normal mula

bekerja pada pukul 8 pagi dan kemudian berakhir pada pukul

5.30 petang iaitu 8 jam. Justeru itu, untuk pekerja ‘shift’ waktu

bekerja 12 jam ini adalah mengikut masa yang ditetapkan oleh

pihak pengurusan sistemnya 4-2. Sistem ini bermaksud seperti

berikut :

(a) Angka 4 adalah waktu bekerja iaitu 4 hari bekerja dalam

seminggu ini tidak kira mana-mana ‘shift’ pun yang

beroperasi.

(b) Angka 2 adalah waktu cuti bekerja iaitu 2 hari cuti dalam

seminggu ini juga tidak mana-mana ‘shift’ pun yang

beroperasi.

(c) Contohnya minggu ini ‘shift’ X dan ‘shift Y bekerja, ‘shift’ X

contohnya bekerja di sebelah pagi manakala disebelah

malamnya ‘shift’ Y bekerja. Oleh itu, ‘shift’ Z akan bercuti

selama 2 hari unutk minggu itu.

(d) Bagi pekerja normal waktu bekerja adalah 5 hari seminggu

dan bercuti 2 hari seminggu.

17

Page 18: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2.3.1.5 Jabatan Penyelenggaraan (Maintenance Department)

AICS terdapat empat jabatan kejuruteraan yang membantu di

dalam proses pengeluaran di dalam kilang. Manakala di dalam

empat jabatan ini pula terdapat beberapa rangkaian kecil di

dalamnya yang juga membantu di dalam masalah yang

melibatkan kejuruteraan. Setiap empat jabatan ini tugasnya

pembaik pulih peralatan berkaitan mesin, membuat

penyelenggaraan pada semua mesin dan lain-lain lagi. Empat

jabatan yang di maksudkan adalah jabatan ‘front of line’ (FOL),

‘end of line’ (EOL), ‘test’ dan ‘smart card’ (S/C).

Setiap jabatan-jabatan ini akan ada seorang ketua iaitu pengurus

di mana akan bertanggungjawab ke atas semua pekerja di

bawahnya dalam bidang penjagaan mesin di semua jabatan.

Selain itu, semua jurutera dan juruteknik hendaklah

bertanggungjawab ke atas semua barangan peralatan untuk

membaik pulih mesin. Justeru itu, jurutera dan juruteknik

haruslah mahir dan cekap menyelesaikan masalah kerosakan

pada mesin yang diberitahu oleh operator yang terlibat di dalam

bahagian pengeluaran.

18

Page 19: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2.3.1.6 Jabatan Pemastian Kualiti (QA)

Jabatan ini bertujuan untuk memastikan segala barangan yang di

keluarkan dari kawasan pengeluaran adalah mengikut kaedah

dah juga ketetapan kuliti yang dikeluarkan oleh AICS dan juga

pelanggan. Untuk jabatan ini juga terdapat beberapa jurutera

yang bertanggungjawab untuk memastikan semua hasil kerja

pekerja di bahagiannya adalah memuaskan. Jurutera ini juga

diperlukan di dalam situasi seperti masalah meluluskan sesuatu

barangan keluaran AICS.

1.2.3.1.7 Jabatan Kejuruteraan Industri (IE Department)

Jabatan ini bertanggungjawab dalam proses menyediakan

kawasan pengeluaran, bertujuan untuk kemasukan model baru

sesuatu barangan. Selain itu, kemasukan barangan baru, jabatan

ini bertanggungjawab membuat kawasan pengeluaran baru

disebabkan oleh pemindahan kawasan pengeluaran. Di samping

bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran ‘line’.

19

Page 20: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2.4 Aktiviti Organisasi

Produk yang dibangunkan oleh syarikat AIC ialah :

(a) Package Integrated Circuit (Pakej Litar Bersepadu)

Syarikat ini mengeluarkan pakej IC (Integrated Circuit). Prosesnya bermula

daripada satu ‘WAFER’ dalam kuantiti yang besar kemudian melalui proses

]‘WAFER SAW’ dan beberapa proses lagi terbentuknya komponen IC yang

lengkap dan boleh dipasarkan pakej IC adalah merupakan rangkaian

elektronik berintegrasi yang terbungkus dengan kompak. Gambar bahagian-

bahagian dari sebuah pakej IC konvensional dipaparkan pada gambarajah

diatas. ‘Die’ atau ‘Chip’ merupakan bahagian utama yang berisi ‘circuit’

elektronik. ‘Lead frame’ adalah tempat ‘chip’ ditempatkan dan sebagai

bahan pembentuk kaki (lead) IC. ‘Epoxy’ melekatkan ‘die’ pada ‘lead frame’

dan ‘encapsulating material’ atau ‘mold compound’ menutupi ‘die’ beserta

sebahagian besar ‘lead frame’ sebagai menghubungkan rangkaian pada

‘chip’ dengan ‘lead’. Sedangkan bahagian lain yang tidak selalu adalah ‘die

coating’ iaitu lapisan penutup diatas ‘die’.

(b) Lead Frame

Dengan perkembangan teknologi kontruksi dan ‘material’, kini IC memiliki

berbagai-bagai jenis dan bentuk. Umumnya kepelbagaian IC tersebut

adalah dipengaruhi oleh tujuan pengkapsulan (encapsulation) suatu

komponen elektronik iaitu untuk melindungi chip dari lingkungan luar

(environmental protection) baik secara listrik, kimia, mekanik mahupun

termodinamik. Material sebagai ‘molding compound’, contohnya B17 dan B8

20

Page 21: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

yang biasa digunakan sebagai ‘package’ IC terdiri daripada pelbagai

campuran bahan kimia iaitu penapis (filter SiO2) yang merupakan bahan

utama sebanyak 70%, ‘Epoxyresin’, ‘carbon black’, ‘hardener’, ‘wax flame

retardant’, ‘coupling agent’, ‘catalyst’, ‘anti-corrtion additives’ dan ‘low stress

additives.

(c) Jenis-jenis Pakej dan produk yang dikeluarkan.

Rajah 1.2.4 (a) : Dual Flat-Pack No-Lead (DFN)

21

Page 22: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.4 (b) : Plastic Dual In-Line Package (PDIP)

Rajah 1.2.4 (c) : Plastic Leaded Chip Carrier (PLCC)

Rajah 1.2.4 (d) : Quad Flat-Pack No-Lead (QFN)

22

Page 23: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.4 (e) : Small Outline Integrated Circuit (SOIC)

Rajah 1.2.5 (f) : Thin Small Outline Package (TSOP)

Rajah 1.2.4 (g) : Thin Shrink Small Outline Package (TSSOP)

Rajah 1.2.4 (h) : Very Small Outline Package (VSOP)

23

Page 24: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.4 (i) : Leadless Array Package (LAP)

Rajah 1.2.4 (j) : Plastic Ball Grid Array (PBGA)

Rajah 1.2.4 (k) : Plastic Ball Grid Array (PBGA MCM)

24

Page 25: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.4 (l) : Smart Card Moudules (SCM)

Rajah 1.2.4 (m) : Pelanggan AIC

25

Page 26: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.4 (n) : Produk Yang Dihasilkan

1.2.5 Halatuju Organisasi

Untuk mengekalkan keselamatan dan keharmonian persekitaran pekerja,

beberapa peraturan syarikat diperkenalka. Melanggar peraturan perilaku akan

menyebabkan tindakan displin diambil termasuklah pemecatan jawatan.

Peraturan tersebut adalah seperti berikut :

(a) Membawa senjata di dalam syarikat.

(b) Menyimpan atau dibawah pengaruh alcohol di dalam kawasan syarikat.

(c) Memindah, mencuri atau dengan sengaja merosakan harta benda syarikat,

peralatan pekerja lain atau harta peribadi.

(d) Bergaduh termasuk mengancam atau cuba mencederakan ataupun

menggunakan bahasa lucah di dalam syarikat.

26

Page 27: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

(e) Tidak menurut arahan dengan sengaja dari mereka yang bertanggungjawab

memberi arahan atau kerja.

(f) Terlibat dengan jenayah berat samada di luar atau di dalam syarikat.

(g) Memalsukan maklumat semasa ingin mendapatkan kerja.

(h) Gagal memaklumkan kepada penyelia tentang kelewatan ataupun

ketidakhadiran dalam masa 3 minit dari waktu mula bekerja. Kegagalan

berbuat demikian selama 3 hari bekerja berturut turut akan menyebabkan

pemberhentian kerja secara sukarela.

(i) Mengedarakan maklumat ataupun bahan-bahan syarikat tanpa kebenaran.

(j) Memalsukan maklumat bertulis atau lisan atau mengedarkan kepada

pekerja yang tiada kaitan, organisasi lain ataupun individu.

(k) Tidur semasa dalam tugas.

(l) Meninggalkan tempat kerja tanpa kebenaran.

(m)Berkelakuan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

(n) Memperlahankan kerja ataupun mengganggu aktiviti pekerja lain dengan

sengaja ataupun menghasut pekerja lain melakukan perbuatan yang sama.

(o) Berkelakuan tidak senonoh dengan pekerja lain yang boleh mencemarkan

nama baik syarikat atau perniagaannya.

(p) Mengganggu atau mengamalkan diskriminikasi atau pekerja atau bakal

pekerja kerana bangsa, agama, jantina, kewarganegaraan, warna kulit,

kecacatan atau status veteran.

(q) Gagal mematuhi peraturan keselamatan syarikat termasuk kelalaian

semasa mengendalikan peralatan atau lain-lain bahan untuk menjalankan

kerja aau tindakan persendirian yang membahayakan diri sendiri atau orang

lain.

(r) Enggan bekerjasama semasa siasatan keselematan dijalankan.

(s) Tidak mampu atau gagal melakukan kerja dengan betul.

1.2.5.1 Polisi Alam Sekitar27

Page 28: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

AIC Semiconductor Sdn. Bhd. adalah pembuat IC yang komited untuk

mencegah serta memelihara alam sekitar yang diakibatkan oleh kegiatan

aktiviti-aktivitinya melalui :

(a) Mematuhi undang-undang alam sekitar serta lain-lain keperluan seperti

keperluan pengguna.

(b) Sentiasa memperbaiki prestasi alam sekitar dan pemuliharaan sumber

semulajadi serta mempromosi konsep 3R (pengurangan, guna semula dan

kitar semula) di dalam pencegahan pencemaran terutamanya yang

berkaitan dengan air, udara dan tanah.

(c) Pengurusan bahan-bahan kimia dan bahan-bahan buangan merbahaya

serta meminimakan kesan buruk kepada alam sekitar melalui pengendalian,

pelabelan, pengasingan serta perlupusan.

1.2.5.2 Etika Syarikat

Reputasi AICS amat dititikberatkan. Sebagai wakil syarikat adalah penting agar

pekerja mengelakan dari berkelakuan yang boleh dianggap sebagai mempunyai

konflik percanggahan dengan syarikat. Secara amnya, situasi yang

menimbulkan konflik percanggahan dengan termasuk tidak terhad menerima

hadiah, wang atau layanan istimewa dari rakan niaga, peralatan atau

kemudahan untuk kepentingan peribadi. Sekiranya pekerja tidak pasti samada

kelakuan itu melanggar konflik percanggahan, sila rujuk kepada penyelia

ataupun Jabatan Sumber Manusia.

28

Page 29: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

1.2.5.3 Misi

Melakukan kerja yang terbaik kepada pelanggan, majikan dan pemegang

saham untuk menjadi sebuah syarikat yang disegani di Malaysia

berteraskanteknologi canggih.

1.2.5.4 Objektif

(a) Kepuasan pelanggan

(b) Hormat-menghormati

(c) Kecemerlangan dalam kualiti

(d) Lebih kepada rahsia syarikat

1.2.5.5 Polisi Syarikat

(a) Menyediakan perhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

(b) Kualiti dan kecanggihan produk kami menjadi asas kejayaan kami.

(c) Menjalinkan hubungan baik dengan ‘supplier’ bagi menjamin kualiti

‘material’, servis, peralatan dan harga berpatutan.

(d) Proses berpanjangan dan peningkatan kualiti menerusi pekerja mahir dan

kerja berkumpulan.

1.2.5.6 Kempen AIC’S

29

Page 30: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Bagi memastikan produk yang dihasilkan bermutu dan syarikat dapat

memuaskan hati pelanggannya. Syarikat AICS perlulah mengekalkan produk

yang dikeluarkan itu bermutu dan memenuhi piawaian atau ‘standard’ yang

kehendaki. Pelbagai system dan kempen telah diperkenalkan untuk diamalkan

di AICS kepada semua bahagian. Antara kempen yang paling dititikberatkan

ialah kempen 5S, ‘Statistic Process Control’ (SPC) dan ‘Total Quality

Management’ (TQM). Oleh itu , satu jabatan latihan telah diwujudkan untuk

memberi latihan dan maklumat mengenai kempen berkaitan kepada semua

peringkat pekerja AIC Semiconductor.

Rajah 1.2.5.6 : Kempen 5’S

(a) Kempen 5’s

30

Page 31: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Kempen 5S’ yang dijalankan di syarikat AICS merupakan satu program

menyeluruh syarikat yang melibatkan setiap peringkat kakitangannya. Ianya

penting bagi mewujudkan imej syarikat yang baik dan perkembangan

perniagaannya. Tujuannya diperkenalkan ialah :

a. Untuk meningkatkan produktiviti.

b. Untuk memastikan pencapaian kulaliti beterusan.

c. Memastikan kos pengeluaran dapat dikurangkan.

d. Memastikan penghantaran sebarang material tepat pada

masanya (Just In Time).

e. Bagi mewujudkan persekitaran yang selamat.

f. Meningkatkan moral pekerja dan mewujudkan pesekitaran yang

selamat.

g. Meningkatkan moral pekerja lebih bertanggungjawab.

(b) Objektif 5’s

a. Membangunkan pekerja yang sentiasa membuat penambahbaikan di

tempat kerja.

b. Membina sifat kerjasama melalui penyertaan semua pekerja.

c. Menyediakan pihak pengurusan dan penyelia untuk melakukan

kepimpinan melalui tauladan.

d. Menyediakan pengetahuan asas untuk melakukan program

penambahbaikan produktiviti.

Kempen 5S’ ini mempunyai 3 matlamat yang amat ditekankan dalam

syarikat AICS. Antaranya ialah :

31

Page 32: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

a. Bagaimana cara yang terbaik mengurang kos dan mengelakkan

pembaziran.

b. Bagaimana mengurangkan kesilapan manusia secara maksimum.

(Human mistake).

c. Peningkatan ‘Cycle Time’.

(c) Kempen 5’s yang dilaksanakan

I. ‘Seiri’ - (Sort/Sisihan)

a. Mengasingkan barangan yang tidak digunakan lagi di tempat

kerja.

b. Membezakan barang-barang yang perlu sahaja disimpan dan

barang-barang yang tidak perlu akan dibuang di tempat yang

disediakan.

c. Mengeluarkan semua barangan yang tidak perlu dari tempat

kerja.

d. Bahan yang bernilai dan boleh dijual perlu dapatkan pembeli

dengan harga yang tinggi.

e. Barang yang tidak bernilai dan memerlukan kos yang tinggi untuk

dimusnahkan perlu mencari alternatif yang lebih murah dan

selamat.

II. ‘Seiton’ - (Shine/Susun,Set)

32

Page 33: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

a. Susun benda dalam keadaan kemas dan teratur agar mudah

dicapai.

b. Benda yang selalu digunakan hendaklah berada dekat dengan

pengguna.

c. Benda yang jarang digunakan hendaklah berada dekat dengan

pengguna.

d. Benda yang jarang digunakan hendaklah diletakkan sedikit jauh

daripada pengguna.

e. Benda yang langsung tidak digunakan perlulah diletakkan

berasingan dengan indikasi.

III. ‘Seiso’ – (Sweeping/Sapu)

a. Membersihkan tempat kerja masing-masing

b. Mengamalkan SEISO 5 – 10 minit setiap hari.

c. Tetapkan pemilik setiap mesin untuk memastikan mesin sentiasa

bersih.

d. Jalankan pemeriksaan serentak.

e. Mengadakan “Big Cleaning Day” sekali setahun.

IV. ‘Seiketsu’ – (Standardize/Seragam)

33

Page 34: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

a. Mengekalkan keseragaman.

b. Melaksanakan Audit 5S oleh pihak pengurusan.

c. Pertandingan 5S antara syarikat.

V. ‘Shitsuke’ – (Strich/Disiplin)

a. Jaga tempat sendiri agar sentiasa bersih dan kemas.

b. Bersedia menerima pendapat dan berfikiran positif.

c. Daya peningkatan berterusan (Continuos Improvement).

d. Sentiasa menepati masa.

a) Pendekatan yang berkesan untuk ‘5S’ bagi mencapai :

I. Produktiviti yang tinggi.

II. Qualiti yang berterusan.

III. Kos yang berkesan.

IV. Persekitaran yang selamat.

V. Moral yang tinggi.

b) Tujuan utama melaksanakan ‘5S’

34

Page 35: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

I. Pengurangan kos dan pembaziran.

II. Pengurangan kesalahan tatacara kerja.

III. Peningkatan ‘cycle time’ menerusi ‘zero rework’.

IV. Peningkatan moral pekerja dan meningkatkan persekitaran kerja

yang

sihat.

c) Statistic Process Controller (SPC)

Dalam sebuah yang amat mementingkan kualiti seperti AIC, system SPC

diperkenalkan untuk memastikan sesuatu proses dalam keadaan terkawal

walaupun ketika keadaan tidak terkawal berdasarkan pengiraan statistic.

SPC diperlukan kerana pelanggan sentiasa mahukan produk berkualiti pada

setiap masa. Jadi cirri-ciri SPC ialah mempunyai Control Chart dan Attribute

Control Chart.

d) Productivity Improvement Team (QPIT)

QPIT ialah pasukan gerak kerja yang diwujudkan untuk menjalankan kerja-

kerja peningkatan dan kemajuan bagi satu-satu proses yang melibatkan

produktiviti dan kualiti, dimana ahli-ahlinya terdiri daripada semua peringkat.

e) Visi QPIT

35

Page 36: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Menerapkan Budaya Kerja Berkualiti yang menyeluruh dengan melibatkan

semua pekerja di dalam peningkatan produktiviti dan kualiti dengan

mengamalkan kaedah yang bersistematik bagi mewujudkan tenaga pekerja

yang berilmu dan bermutu.

i. Misi QPIT

a. Menggalakkan budaya kualiti terhadap seluruh warga AIC

melalui pelbagai aktiviti kesedaran kualiti.

b. Setiap pekerja menyumbangkan idea kualiti setiap bulan.

c. Mencetuskan keinginan menyumbang idea melalui

penglibatan.

d. Menilai semua idea dengan serius dalam penilaian.

e. Memberi latihan yang sesuai bag menggalakkan pekerja

membuat keputusan yang bijak di tempat kerja.

f. Menyediakan satu tenaga kerja yang serba boleh untuk

menghadapi cabaran masa depan dalam dan luaran.

g. QPIT menjadi sebuah saluran komunikasi bagi pekerja serta

menjadi pusat rujukan dalam menyelesaikan masalah di

tempat kerja.

f) Pengenalan ‘International Standard of Organization’ (ISO)

ISO merupakan satu siri piawaian antarabangsa untuk pengurusan berkualiti

yang diperkenalkan oleh ‘International Standard of Organization’. Hal ini

adalah untuk memastikan mengekalkan dan memperbaiki kualiti alam

sekitar dan bertujuan untuk menyelaraskan piawaian antarabangsa. Selain

36

Page 37: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

itu, menyediakan dan mengesyorkan agar organisasi memulakan system

kitar semula dan cuba memperbaikinya serta mempertahankannya. Sistem

Pengurusan Alam Sekitar dengan efektif bagi melindungi kesihatan manusia

dan alam sekitar. Kepentingan ISO kepad AICS adalah untuk menetapkan

keperluan yang paling minima untuk memastikan kecekapan dari satu

system kualiti pada masa yang sama ianya akan memaksimakan

keuntungan melalui system-sistem kualiti yang dijalankan.

g) Polisi Alam Sekitar AIC Semiconductor Sdn. Bhd.

AIC semiconductor Sdn Bhd, pembuat IC adalah komited untuk mencegah

serta memelihara alam sekitar yang boleh mengakibatkan oleh kegiatan

aktiviti-aktivitinya melalui :

a. Mematuhi undang-undang alam sekitar lain-lain keperluan seperti

keperluan pengguna.

b. Sentiasa memperbaiki prestasi alam sekitar dan pemuliharaan

sumber semulajadi serta mempromosikan konsep 3R

(Pengurangan, Guna Semula dan Kitar Semula) di dalam

pencegahan pencemaran terutamanya yang berkaitan dengan

air, udara dan tanah.

c. Pengurusan bahan-bahan kimia dan bahan-bahan buangan

merbahaya serta meminimakan kesan buruk kepada alam sekitar

melalui pengendalian, pelabelan, pengasingan serta pelupusan.

1.2.5.7 Apakah Program Alam Sekitar Di AICS?

37

Page 38: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Mengurangkan penggunaan elektrik, air dan mengasingkan bahan buangan

terjadual dan sampah domestik.

a. Kesedaran Kitar Semula Penggunaan Kertas.

b. Mengurangkan Penggunaan Nitrogen (N2).

c. Menggunakan Kuasa Tenaga Solar.

d. Meningkatkan ISO 14001.

1.2.5.8 Tujuan Perlukan ISO 141001.

a. Untuk melindungi alam sekitar dan manusia.

b. Untuk meningkatkan imej syarikat.

c. Untuk meningkatkan daya saingan di dalam perniagaan.

d. Untuk mematuhi undang-undang berkaiatn alam sekitar.

e. Untuk mengurangkan kos dengan penggunaan sumber-sumber yang

lebih berkesan dan pengawasan sisa buangan yang lebih baik.

f. Untuk memelihara persekitaran tempat kerja yang baik.

1.2.5.9 Kepuasan pelanggan.

38

Page 39: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Adalah menjadi satu kepentingan untuk mendapat kepuasan pelanggan dan

cara untuk mendapatkannya iaitu :

a) Menepati keperluan pelanggan.

Kualiti adalah asas kepada pengurusan kita. Penghasilan kualiti terhadap

pelanggan mestilah dihasilkan setiap aspek yang merangkumi aktiviti

pengurusan dan proses.

b) Menghasilkan barangan berkualiti tinggi.

Bagi memperolehi sokongan penuh dengan penilaian yang sewajarnya dari

kesatuan, barangan dan perkhidmatan mestilah bersesuaian dan tepat

dengan cirri reka bentuk serta kos yang dikehendaki oleh pelanggan.

c) Membina kesedaran kualiti.

Aktiviti kualiti mesti desertai kesedaran dan semangat. Oleh itu, setiap

pekerja yang mempunyai bakat kebolehan hendaklah melaksanakan dan

memajukan bagi mendapat kepercayaansepenuhnya dari pelanggan.

d) Mematuhi kaedah dan piawaian kualiti.

39

Page 40: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Setiap dari pekerja wajib bersungguh-sungguh mempelajari dan mengikut

semua kaedah piawaian yang terkandung dalam sistem kualiti.

i) ‘Static Electricity’ berada di mana-mana sahaja.

ii) Cas statik tidak boleh kelihatan.

iii) Dalam ukuran yang besar cas statik dapat dilihat seperti ini :

Rajah 1.2.5.9 Bencana Alam

iv) Cas ‘E.S.D’ terhasil dalam dua cara :

- Geseran

- Rangsangan

1.2.5.10 Geseran dan Rangsangan.

40

Page 41: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Geseran dan rangsangan akan menyebabkan perpindahan cas diantara

dua pernukaan sama ada menjadi cara positif atau negative. Contohnya

berjalan di atas lantai akan menghasilkan cas sehingga 12000 volt.

Apalbila kita menyentuh IC cas statik kecil akan wujud dan akan

menyebabkan kerosakan pada IC tersebut. Kesan dari cas static boleh

diterangkan seperti berikut :

i) Cas statik akan menyebabkan kerosakan pada cip IC.

Kuantitinya terlalu kecil dirasa mahupun dilihat.

ii) Kerosakan yang disebabkan oleh ‘E.S.D’ adalah nyata dan

merugikan bagi setiap unit IC.

iii) Besar cas static yang terhasil atau disimpan di atas permukaan

sebahagiannya bergantung pada jenis bahan.

iv) Jenis-jenis bahan adalah seperti :

a. ‘Conductive’ / beraliran

b. ‘Static dissipative’ / hapus atau hurai cas

c. ‘Unsulative’ / salut dengan bahan yang menghalang

pengaliran cas elektrik.

1.2.6 Carta Orgnisasi AIC Semiconductor Sdn. Bhd.

41

Page 42: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.6 (a) : Carta Organisasi

42

Page 43: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.6 (b) : Struktur Organisasi

43

Page 44: 7 - Bab 1 - Pengenalan Dan Latar Belakang Organisasi

Rajah 1.2.6 (c) : Jenis-jenis / cawangan AIC

44