unit 1 - pengenalan gelagat organisasi (organization behavior)

Upload: botohan

Post on 06-Mar-2016

2.505 views

Category:

Documents


120 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

  • Apakah Organisasi ???

  • Satu koordinasi yang dibentuk secarasengaja, terdiri dari manusia ataukumpulan-kumpulan manusia dalamsempadan yang jelas yang berperanansecara berterusan untuk mencapai matlamat yang sama atau beberapaset matlamat.

  • Beberapa istilah penting dari definisi diatas :Koordinasi yang dibentuk secara sengajamelambangkan pengurusan.

    a) Terdiri daripada manusia dan kumpulan manusia iaitu kumpulan-kumpulan yang ada saling berinteraksi antara satu sama lain yang telah dibentuk mengikut tugas yang ditetapkan supaya tugas itu dapat dicapai.

  • b) Sempadan yang jelas. Sempadan ini boleh bertukar mengikut masa dan keadaan. Sempadan inilah yang dapat membezakan antara anggota dan bukan anggota, dan anggota ini terikat dengan kontrak yang jelas atau tidak jelas antara anggota dengan organisasi.

    c) Mereka yang berada dalam organisasi itu ada ikatan yang berterusan tetapi bukannya sepanjang hayat. Ini kerana, organisasi mempunyai keahlian yang berubah-ubah.

  • Apabila kita faham kelakuan organisasi, iamembantu pengurus memahami kelakuan manusia di tempat kerja dan dapat membantu mereka mengurus dengan lebihberkesan.Antara sumbangan kelakuan organisasiialah :

    Menerang secara rasional kelakuan pekerja.

  • Membuat jangkaan tindak-tanduk mereka di masa hadapan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

    Mengawal kelakuan mereka selaras dengan aspirasi organisasi.

  • Kelakuan Organisasi :Joe Kelly : kajian atau pembelajaran terhadap kemajuan organisasi, bagaimana ia bermula, membangun, dan kesan terhadap individu, kumpulan dan organisasi serta institusi yang lebih besar.

    Definisi terbaru : satu disiplin akademik yang mengkaji perhubungan yang dinamik dalam kepelbagaian komponen organisasi dan kesan terhadap kelakuan manusia dalam organisasi.

  • Satu bidang pengajian yang memeriksa kesan individu, kumpulan dan struktur terhadap kelakuan dalam organisasi, dengan tujuan untuk menggunakan pengetahuan tersebut ke arah mewujudkan organisasi yang lebih berkesan.

    Dapat disimpulkan bahawa kelakuan organisasi adalah sebagai satu bidang yang berkaitan dengan manusia dan bukan manusia seperti struktur, teknologi, persekitaran, kompleksiti kawalan dan strategi.

  • Organisasi....manusiastrukturteknologipersekitaranElemen-elemen yang menjadi kunci dalam kelakuan organisasi

  • PersainganUndang-undang dan peraturanKeluargaPersatuan

  • Manusia :Teras dalam mambentuk organisasi yang terdiri daripada individu, sama ada kumpulan besar atau kecil.Kumpulan ini boleh dibentuk secara formal atau tidak formal dan ianya adalah dinamik dan berubah.Contohnya, pembentukan kumpulan yang baru dan ada juga pembubaran.Manusia adalah kompleks disebabkan ada yang suka berfikir, beremosi, gigih, dan berpandangan jauh.

  • Struktur :Hubungan formal di dalam organisasi samada menegak, mendatar, atau spartial.Ia menjelaskan bagaimana sesuatu tugas atau rantaian arahan itu ditetapkan dalam organisasi.Ia juga menghubungkan antara pihak atasan, sokongan dan bawahan.Struktur dibentuk supaya tugas-tugas yang berlainan dapat diatur untuk menghasilkan aktiviti.Masalah mungkin wujud dalam hubungan ini, oleh itu cara dan peraturan dalaman dibentuk supaya dapat mencapai tahap yang diharapkan.

  • Teknologi :Ditakrifkan sebagai proses transformasi yang menukarkan input organisasi kepada output.Ia menggalakkan manusia untuk membuat kerja dengan lebih banyak dan lebih baik pada masa yang singkat.Membantu meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan tugas-tugas manusia. dan dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja. Walaubagaimanapun, ia melibatkan kos yang tinggi untuk mendapatkan teknologi tersebut.

  • Persekitaran : Persekitaran adalah sesuatu yang mempengaruhi operasi dan harus dikawal. Elemen-elemen persekitaran luaran seperti undang-undang danperaturan, keluarga,persaingan, persatuan dan sebagainya.Contohnya, perniagaan akan dipengaruhi oleh persekitaran persaingan dan dasar yang dipengaruhi oleh sifat-sifat pengguna, pengusaha dan kerajaan.

  • Perhubungan Kelakuan Organisasi Dengan Disiplin Lain

  • psychologysociologySocial psychologyAnthropologyPolitical science

    Learning,Motivation,Personality,Emotions,Training, Individual decision making, Leadership effectiveness, Job satisfaction, Job design, Work stressGroup dynamics, works teams, communication, status, conflict, powerOrganizational technology, organizational change, organizational cultureBehavioral change, attitude change, communication, group decision making, group processesComparative values, comparative attitudes, cross-cultural analysisOrganizational culture, organizational environmentConflict, power, intraorganizational politicsindividualgroupOrganization systemStudy of OBBehavior scienceContributionUnit of analysisOutput

  • Psikologi: Sains yang mengukur , mengkaji dan mengubah kelakuan manusia.Sebagai contoh ahliahli teori pembelajaran, personaliti, kaunseling dan psikologi industri (mengkaji masalah kepenatan, kebosanan dan lain-lain).Lain-lain yang berkaitan adalah meliputi persepsi, keberkesanan pemimpin, latihan dan keperluan motivasi.

  • Perkataan psikologi berasal daripada Yunani yang bermaksud ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku dan proses mental.Psikologi dalam organisasi memfokuskan bagaimana organisasi memperngaruhi dan berinteraksi dengan anggota-anggotanya.

  • Sosiologi: Mengkaji sistem sosial di mana individu memenuhi peranan mereka dalam membina perhubungan dengan lain-lain manusia.Sumbangan besar bidang ini ialah dapat memahami kelakuan kumpulan dalam organisasi .Contohnya, kumpulan dinamik, kebudayaan, komunikasi, struktur, konflik, kuasa dan teknologi birokrasi.

  • Ia juga merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan etakat individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat)Ia dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakat seperti perangai manusia; atau secara ringkas mengkaji hubungan manusia yang pada awalnya saling tidak mengenali antara satu sama lain kepada peringkat kumpulan sosial yang saling mengenali.

  • Ilmu sosiologi juga membolehkan kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan antara masyarakat dan mengelak berlakunya perpecahan atau krisis moral dalam masyarakat.

  • Psikologi-sosial :Satu bidang psikologi yang digabungkan dengan sosiologi, melihat pengaruh seseorang terhadap seseorang yang lain. Sumbangan yang besar dalam mengukur, memahami dan mengubah sifat, corak komunikasi dan proses membuat keputusan dan keupayaan kumpulan memberi kepuasan kepada individu.

  • Psikologi merangkumi tiga bidang iaitu :1) kajian tentang pengaruh sosial terhadap proses individu, misalnya : kajian tentang persepsi dan motivasi proses belajar

    2) kajian tentang proses individual bersama, seperti bahasa, sikap sosial dan perilaku meniru

    3) kajian tentang interaksi kelompok, misalnya: kepimpinan, komunikasi hubungan kekuasaan,kerjasama, persaingan dan konflik

  • Antropologi :merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam.Mengkaji kejadian manusia dan aktiviti kehidupan mereka. Ini membantu dalam memahami perbezaan budaya dan persekitaran yang dikaitkan dengan nilai, sifat dan kelakuan manusia.

  • Antropologi terbahagi kepada lima cabang iaitu : 1) antropologi budaya 2) antropologi fizikal 3) antropologi linguistik 4) arkeologi 5) etnologi

  • Sains politik :Memberi kefahaman dalam memahami perlakuan dalam organisasi. Mengkaji kelakuan individu dan kumpulan dalam persekitaran politik. Topik khusus berkait dengan subjek ini ialah pengstrukturan, konflik, pengagihan kuasa dan bagaimana manusia memanipulasi kuasa.

  • Oleh itu dalam mentafsirkan kelakuan manusia dalam organisasi, ia seharusnya telah mengambilkira perspektif politik dalam analisisnya.

    Ahli sains politik membuat kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Antara kajiannya adalah pilihanraya, pendapat awam, kegiatan institusi, persatuan politik dan pengaruh ahli-ahli politik.

  • Alam Manusia

  • 1. KEBERLAINAN INDIVIDUManusia dianggap mempunyai perasaan dan rasa tetapi setiap orang dalam dunia ini adalah berlainan.Bermaksud bahawa pihak pengurusan boleh memotivasikan pekerja-pekerja secara optima dengan melayan mereka dengan cara berlainan.Memerlukan pendekatan pengurusan kepada pekerja yang harus berbentuk keindividuan.

  • Terjadi kerana manusia bertindak balas dengan persekitaran B = f( PE )

    B= behaviour/ kelakuan P= person E= environment

  • Terdapat beberapa sebab keberlainan memberi kesan kepada pengurusan:

    1. manusia berbeza dalam produktiviti 2. manusia berbeza dalam kebolehan 3. manusia berbeza dalam komitmen 4. manusia berbeza dalam gaya kepimpinan

  • 2. KESELURUHAN DIRI MANUSIAMereka terpaksa menggunakan seluruh diri . Ini disebabkan oleh faktor bahawa mereka adalah sebahagian dari satu sistem yang membentuk keseluruhan manusia.Kemahiran wujud berasingan dari latar belakang atau ilmu pengetahuan manusia.

  • 3. KELAKUAN YANG BOLEH DIMOTIVASIKANManusia bukan saja dimotivasikan oleh apa yg mereka fikirkan patut dimiliki, tetapi juga oleh apa yang mereka ingini.Motivasi adalah pati kepada operasi dalam organisasi.

  • Mengikut Ounnette dan Kirchnen ada empat bahagian dalam proses motivasi iaitu :

    Keinginan kelakuan matlamat maklumat

    Keinginan dalam diri seseorang itu menjadipenggerak kepada tindakan mereka bagimengurangkan keadaan yang tidak seimbangpada individu itu untuk mencapai matlamat.Andainya maklumbalas yang diteima tidak seperti yang diimpikan maka, tindakan yanglain harus dilakukan sehingga matlamatsebenar dicapai

  • 4. NILAI DIRI SESEORANGBerlainan dari tiga konsep sblm ini.Menekankan bahawa manusia sepatutnya dilayan berlainan dari lain-lain faktor pengeluaran.Konsep kemuliaan manusia menolak idea-idea lama.

  • Alam Organisasi

  • 1) SISTEM SOSIALKelakuan dipengaruhi oleh kumpulan di mana mereka beradaTerbahagi kepada dua:-a) formalb) tidak formalMenyediakan rangka kerja kepada penganalisisan isu kelakuan organisasi

  • 2) KEPENTINGAN BERSAMAOrganisasi mempunyai satu tujuan kemanusiaan

    Dibentuk dan dirancang berasaskan kepada kepentingan bersama

  • Membantu pengurus sesebuah organisasi dalam memahami kelakuan manusia di tempat kerja

    Menerangkan dengan rasional tentang kelakuan pekerja. Membuat jangkaan tentang tindak-tanduk mereka di masa akan datang.Mengawal kelakuan mereka selaras dengan aspirasi organisasi.

  • PENERANGAN

    Menerangkan sebab seseorang individu atau sesebuah kumpulan individu melakukan sesuatu

  • RAMALAN

    Untuk mengenalpasti hasil daripada setiap perlakuan yang dilakukanAkan memudahkan pengurus membuat keputusan dengan pendekatan yang lebih berkesan

  • KAWALAN

    Menawarkan keberkesanan dalam kerja melalui pengawalan ke atas kelakuan subordinat.

  • Pengurus perlu memahami kepelbagaian komponen organisasi agar dapat mengurus dengan berkesan berpandukan matlamat yang ditetapkanManusiaTeknologiPersekitaranBidang tertentu :sains politik, psikologi

  • PERINGKAT ANALISIS KELAKUAN ORGANISASI

    PERINGKATINDIVIDU

    PERINGKAT KUMPULAN

    PERINGKATSISTEM ORGANISASI

  • INDIVIDU Asas kelakuan individu. Isu motivasi dan pembuatan keputusanKUMPULAN kelakuan seseorang di dalam kumpulan adalah berbeza dengan kelakuan apabila bersendirian. Isu komunikasi, pembuatan keputusan,kepimpinan, kuasa, politik, dan konflik.SISTEM ORGANISASI Peringkat tertinggi Struktur organisasi dan kesannya Konteks global setiap negara mempunyai kelakuan organisasi tersendiri

    ***************************