psikologi organisasi : transformasi dalam organisasi

27
PSIKOLOGI ORGANISASI (WKU 2043) TAJUK: ‘TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI’ MUHAMMAD HISAMUDDIN BIN RUSININ (100980) NOOR FARAH ‘AIN BTE AHMAD (101356) NUDRA SHAFINIE BT JUHARI (100769) NURUL ‘AINA AL FAATIHAH BT HAMDANI (100234)

Upload: aina-faatihah

Post on 28-May-2015

1.927 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

PSIKOLOGI ORGANISASI (WKU 2043)

TAJUK: ‘TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI’

MUHAMMAD HISAMUDDIN BIN RUSININ (100980)NOOR FARAH ‘AIN BTE AHMAD (101356)NUDRA SHAFINIE BT JUHARI (100769)NURUL ‘AINA AL FAATIHAH BT HAMDANI (100234)

Page 2: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

PENGENALAN

Dalam masyarakat yang membangun, organisasi memainkan peranan menggabungkan pengetahuan, manusia, modal, bahan mentah, maklumat dan sumber-sumber lain.

Penggabungan ini membolehkkan organisasi melaksanakan tugas-tugas yang tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh individu secara perseorangan.

Malaysia kini sedang berada di persimpangan iaitu sama ada meneruskan rutin yang biasa dalam melaksanakan langkah-langkah jangka pendek bagi mengurangkan kos serta meningkatkan keberkesanan; ataupun mendakap perubahan strategik yang mampu merombak peranan asasnya.

Page 3: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

DEFINISI ORGANISASI

Definisi secara formal : Suatu entiti sosial yang berarahkan matlamat dan mempunyai struktur yang disengajakan (Daft, 1997:13)

Entiti sosial bermaksud organisasi terdiri daripada dua atau lebih manusia.

Berarahkan matlamat pula bermaksud organisasi direkabentuk untuk mencapai hasil tertentu seperti membuat keuntungan, mendapatkan kenaikan gaji untuk ahli, memenuhi keperluan kerohanian, atau menyediakan kepuasan sosial.

Page 4: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

DEFINISI TRASFORMASI

Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond).

Form bererti bentuk.

Transformasi mengandungi makna perubahan yang biasanya menyebabkan perpindahan bentuk atau corak yang jelas.

Ia berlaku secara terarah dan bertahap, bukan radikal tetapi tetap mengikut perancangan, malah ada jangka masanya.

Page 5: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

DEFINISI TRANSFORMASI MENURUT TOKOH

Carzo dan Yanouzas : Perubahan ialah “satu pola penukaran kelakuan ataupun status yang stabil kepada satu pola kelakuan dan status yang lain”.

Jaafar Muhamad (1999) : Perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru.

Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) : Perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak.

Page 6: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

Quinn (1996) : Perubahan organisasi melibatkan segala bentuk modifikasi yang bermakna yang telah dilakukan oleh pemimpin terhadap sebahagian atau keseluruhan jentera organisasi.

Greenberg dan Baron (1997) : Perubahan sebagai satu transformasi yang berlaku secara terancang atau tidak terancang terhadap struktur, teknologi dan individu dalam organisasi.

Brightman dan Maron (2001) : Pengurusan perubahan sebagai satu proses pembaharuan yang dilakukan secara berterusan oleh organisasi dari segi hala tuju, struktur, kemampuan untuk memenuhi keperluan pelanggan dalaman dan pelanggan luaran yang sentiasa berubah.

Page 7: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

OBJEKTIF PERUBAHAN

Meningkatkan Motivasi

Kebanyakan perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung akan melibatkan manusia.

Perubahan yang diperkenalkan dalam organisasi lebih tertumpu kepada menarik dan meningkatkan minat kerja kakitangan sama ada peringkat atasan mahupun bawahan.

Satu susunan dan reka bentuk kerja yang baru dan menarik perlu diadakan supaya mereka turut menyertai setiap program atau rancangan yang disampaikan.

Page 8: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

Meningkat Daya Pengeluaran

Dapat meningkatkan kecekapan prestasi pekerja sama ada dari segi jumlah mahupun mutu pengeluaran.

Kerja yang kemas boleh memberi kesan positif ke arah peningkatan produktiviti.

Dibuktikan dalam kajian yang dibuat oleh James Worthy yang menyatakan bahawa kerjasama di kalangan pekerja telah bertambah dengan adanya perubahan struktur yang dijalankan di sesetengah syarikat multinasional.

Worthy juga mendakwa bahawa pengaruh hubungan individu di kalangan pekerja boleh menambah produktiviti organisasi dari masa ke semasa.

Page 9: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

Mengurangkan Konflik

Perubahan adalah perlu untuk menentukan bahawa setiap bahagian berhubung dengan baik dan bekerjasama bagi kepentingan organisasi.

Tiap-tiap individu dan bahagian seharusnya sensitif kepada keperluan supaya mengelakkan daripada berlakunya pergeseran atau konflik yang negatif.

Perubahan mesti dijangka supaya setiap orang ataupun kumpulan bersedia menghadapi sebarang cabaran.

Page 10: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

BENTUK-BENTUK PERUBAHAN

1) Perubahan Struktur Organisasi

Perubahan keadaan persekitaran menyebabkan perubahan terhadap struktur organisasi itu sendiri.

Perhubungan aktiviti dan fungsi dalam organisasi disusun dengan jelas selaras dengan kelakuan dan kebolehan individu atau kebolehan individu atau kumpulan.

Setiap firma harus menyusun semula struktur pentadbirannya dua atau tiga tahun sekali supaya pelbagai masalah yang wujud di antara struktur dan faktor organisasi boleh di atasi dengan berkesan.

Pengubahsuaian kerja di barisan pemasangan yang diperkenalkan dapat mendorong kepada kepuasan kerja dan seterusnya meningkatkan pengeluaran.

 

Page 11: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

2) Perubahan Pekerja

Salah satu perkara yang sukar diubah ialah kelakuan manusia.

Untuk memberi kesan kepada individu supaya lebih bersikap positif terhadap tugasnya.

Pihak pengurusan cuba mengubah sikap, tanggapan dan personaliti untuk kebaikan individu dan organisasi.

Tindakan menukar atau membuang pekerja juga boleh membawa kesan buruk terhadap pekerja lain kerana tindakan seperti itu boleh menjatuhkan moral mereka.

Dalam proses perubahan ia perlu diselenggarakan dengan teliti supaya segala tindakan dianggap ke arah yang positif.

Page 12: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

3) Perubahan Teknologi

Mampu untuk menghasilkan perhubungan dan produktiviti yang lebih baik di dalam organisasi.

Teknologi baru Mengganti cara manual. Menjimatkan masa.

Mungkin membawa kepada satu kesan sampingan yang lebih serius.

Cth: Firma perakaunan Menukar sistem perakaunan manual kepada sistem perakaunan melalui komputer.

Perubahan spt ini byk bgi kemudahan kpd korporat, tetapi mungkin mencabar kedudukan pekerja yang sedia ada kerana besar kemungkinan mereka akan dibuang kerja setelah tenaga manual mereka tidak diperlukan lagi.

Page 13: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

4) Perubahan Budaya Organisasi

Mengikut kelazimannya, pekerja menjalankan tugas mengikut apa yang biasa dilakukan tiap-tiap hari.

Setelah terdapat perubahan dalam organisasi dari segi pendekatan, objektif, kepercayaan autoriti, tugas dan sebagainya telah memaksa mengubah cara mereka bekerja.

Proses ini turut melibatkan perubahan kelakuan yang tidak mudah dilakukan melainkan mereka telah diyakinkan tentang hidup mati syarikat mereka bekerja.

Dalam proses ini, pengurus harus yakin bahawa budaya baru yang ditampilkan benar-benar perlu dan jika tidak mereka mungkin menghadapi rintangan yang lebih merumitkan.

Page 14: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

PENGURUSAN TRANSFORMASI

Pendekatan agensi sektor awam dan swasta yang sering melaksanakan penambahbaikan secara bertokok atau incremental, berpaksikan amalan pemikiran secara reproduktif, hanya akan mencetuskan perubahan yang sedikit dan terbatas.

Untuk lebih cemerlang, budaya pemikiran ini perlu diberikan nafas baru, dengan mengamalkan budaya pemikiran secara produktif pula.

Pemikiran secara produktif : Menghasilkan idea-idea yang baru yang lebih inovatif berbanding dengan hanya memberi fokus penambahbaikan idea-idea yang lama, yang mungkin tidak dapat bertahan bila mendepani arus perubahan yang mencabar.

Page 15: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

Peranan pemimpin dalam menakhoda agenda transformasi adalah amat penting.

Apa yang diperlukan adalah kepimpinan rare breed yang didorong oleh passion atau semangat yang meluap-luap untuk mencapai visi.

Kita perlukan sekumpulan pemimpin yang sentiasa bertenaga untuk melaksanakan perkara-perkara baru yang positif, sekali gus menyemarakkan momentum transformasi.

Page 16: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

TAHAP-TAHAP PERUBAHAN

1) Perubahan Radikal

Berlaku apabila organisasi melakukan perubahan utama dalam cara mereka menjalankan perniagaan.

Tidak kerap dilakukan, mengambil masa yang agak panjang utk disempurnakan.

Berlaku disebabkan faktor-faktor spt perubahan persekitaran, penurunan prestasi yang keterlaluan, perubahan personal yang ketara.

Cth: Memilih struktur IO yang baru bergabung dgn IO lain atau menukar status dari syarikat awam kpd swasta.

Page 17: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

2) Perubahan Berperingkat

Ia melibatkan satu proses evolusi yang berterusan di aman dalam tempoh tersebut, perubahan-perubahan kecil sering berlaku secara rutin.

Perubahan-perubahan ini mungkin melibatkan aktiviti biasa seperti menyemak semula dan menaiki cara bekerja dari semasa ke semasa.

Pekerja seringkali mencai jalan dan mencadangkan cara untuk memperbaiki keluaran atau perkhidmatan.

Page 18: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

3) Perubahan Reaktif

Dilakukan oleh organisasi sebagai tindak balas kepada semua perkara atau peristiwa ysng berlaku dalam persekitaran dalaman atau luaran organisai.

Cth: Penemuan saintifik atau teknologi oleh pesaing akan memaksa organisasi mempertingkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan supaya tidak ketinggalan dalam persaingan.

4) Perubahan Jangkaan

Berlaku apabila pengurus melakukan perubahan kerana meramalkan perkembangan dan tren terbaru yang berkaitan atau yang memberi kesan kepada organisasi.

Page 19: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

PUNCA-PUNCA BERLAKU PERUBAHAN

1) Desakan Persekitaran Luaran

Tekanan Persaingan : Utk menjadi peneraju dlm aspek keberkesanan dan kualiti, IO mestilah berusaha mendapatkan teknologi yang terkini. Aspek terpenting yg menyumbang kpd pencapaian kelebihan bersaing ini ialah kepekaan terhadap keperluan pelanggan.

Kuasa Ekonomi dan Politik : Ia memberi kesan ke atas IO secara berterusan dan mendorong mrk utk mengubah lokasi dan kaedah b/mana mrk mengeluarkan barangan atau perkhidmatan. Kemasukan Negara China ke dalam WTO, contohnya menimbulkan persaingan baru dalam rangkaian pengeluaran global.

Page 20: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

Faktor Demografi Dan Sosial : Perubahan dalam ciri2 demografi pekerja tlh menyebabkan pengurus mengubah cara mrk mengurus pekerja dan belajar bagaimana utk memahami, menyelia dan memotivasikan pekerja lelaki dan wanita, pekerja baru dan lama, atau pekerja yg muda dan yg lbh tua, lebih-lebih lg jika pekerja syarikat tersebut terdiri drp pelbagai bangsa dari negara2 lain di serata dunia.

Faktor Etika : Etika menetapkan matlamat yg harus dicapai oleh sesebuah IO dan perilaku yang mesti dipamerkan oleh pekerja bagi mencapai matlamat tersebut. Etika juga menentukan apakah aktiviti yg perlu dilakukan oleh IO bagi mendapat keuntungan.

Page 21: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

Faktor Globalisasi : Dunia perniagaan tanpa sempadan hari ini menjadi semakin ketara kewujudannya dgn perlucutan halangan perdagangan dan kemunculan teknologi komunikasi yg lbh murah dan pantas. Globalisasi membawa banyak kebaikan kpd IO, ttpi ia jg bermaksud persekitaran perniagaan menjadi bertambah kompleks dan kompetatif.

Faktor Kemajuan Teknologi dan Pengurusan Pengetahuan : Menyedari hakikat teknologi yg berubah begitu pantas sekali, IO mestilah menilai dan menaik taraf sistem, mengikuti perkembangan teknologi terkini dan melatih pekerja dgn kemahiran baru. Teknologi jg memainkan peranan dlm tren ke arah pengurusan pengetahuan dan perkongsian maklumat di dlm dan di antara IO.

Page 22: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

2) Desakan Persekitaran Dalaman

Masalah Sumber Manusia : Persepsi pekerja terhadap cara mereka dilayan oleh majikan serta padanan antara kehendak dan keperluan mereka dengan kehendak dan keperluan organisasi kadang kala boleh menimbulkan masalah.

Tingkah Laku Pengurusan : Konflik interpersonal yang terlampau kerap antara pengurus dan subordinat merupakan salah satu petanda bahawa petanda bahawa perubahan perlu dilaksanakan.

Page 23: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

JENIS PERUBAHAN / TRANSFORMASI

Perubahan Strategi dan Struktur : Merangkumi hal-hal pentadbiran sesebuah organisasi yang membabitkan penyeliaan dan pengurusan.

Perubahan Budaya : Perubahan dalam nilai, norma,sikap,kelakuan dan kepercayaan pekerja yang akhirnya mempengaruhi cara bagaimana pekerja berfikir.

Perubahan Dalam Proses dan Persekitaran Kerja: Melibatkan pengubahsuaian cara organisasi menjalankan operasinya.

Page 24: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

MODEL PERUBAHAN TIGA PERINGKAT KURT LEWIN

Kurt Lewin telah membina satu model perubahan tiga peringkat yang menerangkan bagaimana untuk memula, mengurus dan menstabilkan proses perubahan.

Proses perubahan melibatkan pembuangan sikap dan tabiat yang lama dan pembelajaran sesuatu yang baru.

Tambahan lagi, untuk menjadikannya berkesan, sikap dan tabiat yang baru mestilah dikukuhkan supaya ia menjadi sebahagian daripada cara melakukan kerja.

Page 25: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

Fasa Pertama : Pencairan

Pekerja diberi kesedaran tentang masalah yang wujud dan mengapa perlunya perubahan dilaksanakan.

Memberikan motivasi kepada pekerja untuk mengubahsuai sikap dan kelakuan mereka.

Biasanya bermula dengan memberikan pekerja maklumat yang menunjukkan perbezaan antara kelakuan dan prestasi yang dijangka dengan keadaan yang sebenar.

Fasa Kedua : Perubahan

Melibatkan peralihan kepada sikap dan kelakuan baru yang dikehendaki.

Fasa Ketiga : Pembekuan Semula

Perubahan distabilkan.

Pekerja akan menerapkan sikap, kelakuan dan kemahiran yang baru. Bagi mengukuhkan keadaan tersebut, latihan, pengajaran dan pemberian ganjaran yang sesuai merupakan kunci utama dalam fasa ini.

Page 26: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

KESAN TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

POSITIF

Produktiviti IO meningkat.

Teknologi: Melancarkan pergerakan IO.

Cth: Dahulu- Bayar bil di Pejabat Pos. Kini, blh dibayar menggunakan internet.

Pengambilan pekerja secara on-line.

Dapat kurangkan kos percetakan borang permohonan dan kos pengeposan.

Aktvti pengurusan kewangan dibantu oleh sistem IT utk menguruskan data.

NEGATIF

Dari segi kemajuan teknologi : Manual komputer (pekerja yg sedia ada kemungkinan mereka akan dibuang kerja setelah tenaga manual mereka tidak diperlukan).

Cth: guru2 skrg guna LCD dan komputer riba utk mengajar. Guru2 terpaksa menjalani kursus utk memahirkan kemahiran menggunakan IT.

Page 27: PSIKOLOGI ORGANISASI : TRANSFORMASI DALAM ORGANISASI

KESIMPULAN

Perubahan merupakan proses mengubah keadaan atau situasi supaya menjadi lebih baik sama ada dari segi keberkesanan dalam proses kerja, memposisikan IO supaya mendahului pesaing dan pembaikan berterusan terhadap produk yang dikeluarkan.

Perubahan yang sebenar perlu mengambil kira faktor intrinsik dan ekstrinsik. Faktor entrinsik dan intrinsik kepada pengurusan perubahan perlulah dijalankan secara serentak supaya perubahan dapat diterima oleh semua peringkat.

Misalnya, di peringkat bawah, faktor entrinsik seperti gaji dan upah merupakan faktor yang perlu dirancang dengan begitu mendadak yg blh membawa penentangan yg berterusan. Sebaliknya, perubahan perlulah dilakukan melalui latihan dan pendidikan supaya setiap perubahan dpt membabitkan mereka .

Di peringkat atasan pendekatan elemen intrinsik dalam perubahan tidak boleh diambil mudah kerana ia merupakan dorongan dan pencapaian jangka panjang sesebuah organisasi.