manual kualiti mk jksnpp - jksnpp.gov.my kualiti.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan:...

69
MANUAL KUALITI MKJKSNPP KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 1/69 BAHAGIAN 1 - PENGENALAN 1.1 Pengenalan Kepada Manual Kualiti Dokumen ini adalah merupakan Manual Kualiti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Manual Kualiti ini disediakan untuk memenuhi matlamat dan objektif pewujudan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang selaras dengan kehendak dan keperluan MS ISO 9001: 2000. Ianya mengandungi dasar kualiti, objektif kualiti, penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti dan prinsip-prinsip asas yang memandu pelaksanaan Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid. Manual ini diperlengkapkan lagi dengan Prosedur Kualiti, Arahan Kerja dan Dokumen Sokongan yang berkaitan dengannya seperti borang, pekeliling, akta, enakmen dan lain- lain. 1.2 Tujuan Tujuan Manual Kualiti ini disediakan adalah untuk: a) Menerangkan maklumat asas mengenai organisasi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang; b) Menerangkan Sistem Pengurusan Kualiti dalam Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid selaras dengan kehendak dan keperluan MS ISO 9001:2000; dan c) Menggariskan dasar dan prinsip asas bagi setiap aktiviti dalam pemberian Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid.

Upload: vannga

Post on 02-Jul-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 1/69

BAHAGIAN 1 - PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Manual Kualiti

Dokumen ini adalah merupakan Manual Kualiti Jabatan

Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang. Manual Kualiti ini

disediakan untuk memenuhi matlamat dan objektif pewujudan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang selaras

dengan kehendak dan keperluan MS ISO 9001: 2000. Ianya

mengandungi dasar kualiti, objektif kualiti, penerangan ringkas

mengenai Sistem Pengurusan Kualiti dan prinsip-prinsip asas

yang memandu pelaksanaan Pengurusan Kes Mal, Jenayah

dan Faraid. Manual ini diperlengkapkan lagi dengan Prosedur

Kualiti, Arahan Kerja dan Dokumen Sokongan yang berkaitan

dengannya seperti borang, pekeliling, akta, enakmen dan lain-

lain.

1.2 Tujuan

Tujuan Manual Kualiti ini disediakan adalah untuk:

a) Menerangkan maklumat asas mengenai organisasi

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang;

b) Menerangkan Sistem Pengurusan Kualiti dalam

Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid selaras dengan

kehendak dan keperluan MS ISO 9001:2000; dan

c) Menggariskan dasar dan prinsip asas bagi setiap aktiviti

dalam pemberian Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan

Faraid.

Page 2: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 2/69

1.3 Kandungan Manual Kualiti

Manual ini mengandungi 4 bahagian seperti berikut:

Bahagian 1 - Pengenalan

Bahagian 2 - Maklumat Organisasi

Bahagian 3 - Strategi Pelaksanaan Sistem Pengurusan

Kualiti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

Pulau Pinang

Bahagian 4 - Dasar dan Prinsip Asas Sistem Pengurusan

Kualiti

Page 3: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 3/69

BAHAGIAN 2 - MAKLUMAT ORGANISASI

2.1 Latarbelakang

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP)

ditubuhkan berdasarkan Seksyen 42(1), (2) dan (3) Enakmen

Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993.

Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut

Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jld.40 Nombor 8 yang

bertarikh 11 April 1996. Sejak ditubuhkan hingga 1 Januari

1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang ditadbir

bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang

(JAIPP).

Mulai 1 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

Pulau Pinang telah diasingkan daripada pengurusan JAIPP dan

mempunyai pentadbirannya sendiri, di mana Jabatan

Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang diketuai oleh Ketua

Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Perjawatan yang telah

diluluskan oleh Perbendaharaan Malaysia untuk Jabatan ini

pada mulanya ialah sebanyak 54 jawatan mengikut Waran

Perjawatan Bilangan 68 Tahun 1996 yang berkuatkuasa mulai

2 Mei 1996. Kemudian ditambah lagi sebanyak 7 jawatan

mengikut Waran Perjawatan Bilangan 22 Tahun 1999 yang

berkuatkuasa mulai 1 September 1999.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus kes-

kes di semua peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi

dan Mahkamah Rayuan, di dalam pengurusan kes mal,

jenayah dan faraid.

Page 4: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 4/69

2.2 Visi

Menjadikan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

yang terunggul ke arah mewujudkan perkhidmatan keadilan

syariah yang cekap dan cemerlang.

2.3 Misi

Melaksanakan pengurusan mahkamah dan pengadilan kes-kes

syariah berasaskan Hukum Syarak dan Undang-undang secara

cekap dan berkesan serta memberi perkhidmatan terbaik kepada

pelanggan dengan mengamalkan sistem urus tadbir dan budaya

kerja yang cemerlang.

2.4 Objektif

i. Menyedia dan melaksanakan pengurusan dan pengadilan

kes-kes syariah berdasarkan Hukum Syarak dan

Undang-undang secara cekap dan berkesan.

ii. Menyediakan pengurusan pentadbiran yang cekap dan

berkualiti bagi memuaskan hati pelanggan.

iii. Menyediakan latihan untuk mempertingkatkan

kemahiran pegawai dan kakitangan.

iv. Menyediakan kemudahan penggunaan tekonologi

komunikasi dan maklumat (ICT) dalam pentadbiran.

v. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang terbaik

dan mencukupi.

2.5 Fungsi-Fungsi Utama

Di dalam merealisasikan objektif jabatan ini, beberapa fungsi

utama telah ditetapkan iaitu :-

Page 5: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 5/69

i) Menguruskan permohonan pendaftaran kes-kes

syariah iaitu kes mal, jenayah dan faraid.

ii) Menguruskan perbicaraan kes-kes syariah iaitu

kes mal, jenayah dan faraid.

iii) Menguruskan perintah-perintah mahkamah.

iv) Menguruskan kes-kes rayuan syariah secara

teratur dan berkesan.

v) Menguruskan permohonan pembahagian harta

pusaka dan pengeluaran Sijil Faraid.

vi) Menjalankan urusan pentadbiran am mahkamah

termasuk perkhidmatan kakitangan.

vii) Membangunkan sumber manusia yang terlatih dan

mencukupi.

viii) Membuat perancangan dan pelaksanaan terhadap

pembangunan serta keperluan mahkamah.

2.6 Punca-Punca Kuasa

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang menjalankan

fungsi-fungsi utamanya berbekalkan kuasa yang diberi oleh

beberapa buah Enakmen yang telah diluluskan oleh Dewan

Undangan Negeri Pulau Pinang. Tanpa Enakmen-Enakmen ini

Jabatan Kehakiman Syariah tidak boleh berfungsi. Enakmen-

Enakmen tersebut ialah :-

i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau

Pinang) 2004.

ii) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

Pulau Pinang) 2004.

iii) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri

Pulau Pinang) 1996.

iv) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau

Pinang) 2004.

Page 6: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 6/69

v) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri

Pulau Pinang) 2004.

vi) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri

Pulau Pinang) 2004.

2.7 Struktur Organisasi

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang diketuai oleh

Ketua Hakim Syarie dan mempunyai empat aktiviti/Bahagian

iaitu :-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Mahkamah Rayuan Syariah

Mahkamah Tinggi Syariah

Mahkamah Rendah Syariah

Carta organisasi JKSNPP seperti di lampiran 1 : (carta baru)

2.7.1.Mahkamah Rayuan Syariah

Fungsi:-

i) Mempunyai bidangkuasa untuk mendengar

dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap

apa-apa keputusan yang dibuat oleh

Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan

bidangkuasa asalnya.

ii) Mempunyai bidangkuasa pengawasan dan

penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi

Syariah dan boleh, jika didapati perlu olehnya

demi kepentingan keadilan, samada atas

kehendaknya sendiri atau atas kehendak

mana-mana pihak atau orang yang

berkepentingan, pada mana-mana peringkat

dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama

ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah

Page 7: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 7/69

Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa

mana-mana rekod tentang perkara atau

prosiding itu dan boleh memberikan apa-apa

arahan yang dikehendaki demi keadilan.

Page 8: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 8/69

Lampiran 1 (ubah) CARTA ORGANISASI JKSNPP 2003

JKSNPP

Ketua Hakim Syarie JUSA C

1 Jaw

PT(K) N17

1 Jaw

Hakim MTS LS48

1 Jaw

Hakim MTS LS48

1 Jaw

Penal Rayuan

Ketua Pendaftar/Pendaftar LS48

1 Jaw Hakim MRS LS44

7 Jaw

BHG. PENTADBIRAN &

KEWANGAN

PPT N27

1 Jaw PT(P/O) N17

1 Jaw

PAR N11

1 Jaw

PT(K) N17

1 Jaw

BHG. PENTADBIRAN

MAHKAMAH RAYUAN/TINGGI

PP S22

1 Jaw

MAHKAMAH RENDAH

SYARIAH

PP S27

5 Jaw

PPP S17

10 Jaw PT(P/O) N17

5 Jaw PTR N11

3 Jawatan

Penghantar Notis N3

2 Jaw 1 kosong

Petunjuk

MTS - Mahkamah Tinggi Syariah PP - Penolong Pendaftar PT(P/O) - Pem. Tadbir (P/O) Jumlah Semua Jawatan = 61

MRS - Mahkamah Rendah Syariah PPP - Pem. Pen. Pendaftar PTR - Pem. Tadbir Rendah

PPT - Penolong Pegawai Tadbir PT(K) - Pem. Tadbir (K) PAR - Pem. Am Rendah

Telefonis N11

1 Jaw

Pemandu R3

2 Jaw

Bailif N11

1 Jawatan

PT(P/O) N17

1 Jaw

Penghantar Notis N3

5 Jaw 1 kosong

PPP S17

2 Jaw

PTR N11

5 Jaw

PT(K) W17

2 Jaw

Page 9: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 9/69

iii) Urus setia kepada Jawatankuasa Peguam

Syarie Negeri Pulau Pinang.

2.7.2.Mahkamah Tinggi Syariah Fungsi:-

a) Mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri

Pulau Pinang, dalam bidangkuasa

jenayahnya membicarakan apa-apa

kesalahan yang dilakukan oleh seseorang

Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen

ini, atau di bawah mana-mana undang-

undang bertulis lain yang menetapkan

kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun

agama Islam yang sedang berkuatkuasa, dan

boleh mengenakan apa-apa hukuman yang

diperuntukkan baginya.

b) Mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri

Pulau Pinang dalam bidangkuasa malnya,

“Mahkamah Tinggi Syariah” hendaklah

mendengar dan memutuskan semua tindakan

dan prosiding dalam mana semua pihak

adalah orang Islam dan yang berhubungan

dengan :-

i) Pertunangan, perkahwinan, rujuk,

perceraian, pembubaran

perkahwinan (fasakh), nusuyz atau

pemisahan kehakiman (faraq) atau

apa-apa perkara yang berkaitan

dengan perhubungan di antara

suami isteri;

Page 10: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 10/69

ii) Apa-apa pelupusan atau tuntutan

harta yang berbangkit daripada

mana-mana perkara yang

dinyatakan dalam subperenggan (i);

iii) Nafkah orang-orang tanggungan,

kesahtarafan, atau penjagaan atau

jagaan (hadhanah) budak-budak;

iv) Pembahagian atau tuntutan harta

sepencarian;

v) Wasiat atau alang semasa marad-al-

maut seseorang si mati Islam;

vi) Alang semasa hidup, atau

penyelesaian yang dibuat tanpa

balasan yang memadai dengan wang

atau nilaian wang, oleh seseorang

Islam;

vii) Wakaf atau nazr;

viii) Pembahagian dan pewarisan harta

berwasiat atau tak berwasiat;

ix) Penentuan orang-orang yang berhak

kepada bahagian harta pusaka

seseorang, si mati Islam atau

bahagian-bahagian yang kepadanya

orang-orang itu masing-masing

berhak;

x) Perisytiharan bahawa seseorang itu

bukan lagi orang Islam;

xi) Perisytiharan bahawa seseorang

yang telah mati itu ialah seorang

Islam atau sebaliknya pada masa

kematiannya; dan

Page 11: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 11/69

xii) Perkara-perkara lain yang berkenaan

dengannya bidangkuasa diberikan

oleh mana-mana undang-undang

bertulis.

c) Mempunyai bidangkuasa mendengar rayuan

terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah

Syariah yang boleh dibuat oleh:-

i) Dalam bidangkuasa jenayahnya, oleh

pihak Pendakwa atau oleh orang yang telah

disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada

terhadap pembebasan, sabitan atau

hukuman atau mana-mana daripadanya;

ii) Dalam bidangkuasa malnya :-

aa) Oleh mana-mana orang yang

terkilan dengan keputusan itu, jika

amaun yang dituntut itu tidak

kurang daripada satu ribu ringgit;

bb) Dalam semua kes yang melibatkan

apa-apa keputusan mengenai taraf

diri, oleh mana-mana orang yang

terkilan dengan keputusan itu.

cc) Dalam semua kes yang

berhubungan dengan nafkah

orang-orang tanggungan, oleh

mana-mana orang yang terkilan

dengan keputusan itu, dengan

syarat tiada rayuan boleh dibuat

terhadap keputusan yang telah

dibuat dengan persetujuan.

Page 12: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 12/69

iii) Dalam apa-apa kes lain, jika

Mahkamah Tinggi Syariah memberikan

kebenaran untuk merayu.

d] Mempunyai bidangkuasa rayuan terhadap

kes-kes dari Mahkamah Rendah Syariah

dalam mana-mana rayuan, Mahkamah

Tinggi Syariah boleh:-

i) Dalam perkara jenayahnya, menolak

rayuan, mensabitkan dan menghukum pihak

yang merayu, memerintahkan mahkamah

perbicaraan memanggil pembelaan atau

membuat siasatan lanjut, menambah atau

meminda bentuk hukuman, memerintahkan

perbicaraan semula, atau meminda, ayau

mengakaskan apa-apa perintah mahkamah

pebicaraan;

ii) Mempunyai bidangkuasa rayuan

terhadap kes-kes dari Mahkamah Rendah

Syariah dalam perkara mal, “Dalam mana-

mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah

boleh :-

Dalam perkara mal, mengesahkan,

mengakaskan atau mengubah

keputusan Mahkamah perbicaraan,

menjalankan mana-mana kuasa yang

boleh dijalankan oleh Mahkamah

perbicaraan, membuat apa-apa

perintah yang sepatutnya dibuat oleh

Page 13: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 13/69

Mahkamah perbicaraan atau

memerintahkan perbicaraan semula.

e) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah

mempunyai bidangkuasa pengawasan dan

penyemakan ke atas semua Mahkamah

Rendah Syariah dan boleh, jika nampaknya

dikehendaki demi kepentingan keadilan,

samada atas kehendaknya sendiri atau atas

kehendak mana-mana pihak atau orang yang

berkepentingan, pada mana-mana peringkat

dalam apa-apa perkara atau prosiding,

samada mal atau jenayah, dalam mana-

mana Mahkamah Rendah Syariah,

memanggil dan memeriksa mana-mana

rekod mengenainya dan boleh memberikan

apa-apa arahan yang dikehendaki demi

keadilan.

2.7.3.Mahkamah Rendah Syariah.

Terdapat lima Mahkamah Rendah Syariah iaitu :-

Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut

Mahkamah Rendah Syariah Barat Daya

Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai

Utara

Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai

Tengah

Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai

Selatan

Page 14: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 14/69

Fungsi:-

i) Mahkamah Rendah Syariah mempunyai

bidangkuasa di seluruh Negeri Pulau Pinang

di daerah-daerah yang ditetapkan dan

hendaklah dalam bidangkuasa jenayahnya:-

(a) Membicarakan apa-apa kesalahan

yang dilakukan oleh seseorang Islam di

bawah Enakmen ini atau mana-mana

undang-undang bertulis lain yang

menetapkan kesalahan-kesalahan

terhadap rukun-rukun agama Islam

yang baginya hukuman maksimum

yang diperuntukkan oleh Enakmen ini

atau mana-mana undang-undang

bertulis ini tidak melebihi tiga ribu

ringgit, atau pemenjaraan selama

tempoh tidak lebih dua tahun atau

kedua-duanya, dan boleh mengenakan

mana-mana hukuman yang

diperuntukkan baginya.

ii) Mahkamah Rendah Syariah mempunyai

bidangkuasa di daerah-daerah yang

ditetapkan dan hendaklah dalam

bidangkuasa malnya, mendengar dan

memutuskan semua tindakan dan prosiding

yang mana Mahkamah Tinggi Syariah

diberikuasa untuk mendengar dan

memutuskannya, yang amaun atau nilai hal

perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi

seratus ribu ringgit atau tidak dapat

Page 15: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 15/69

dianggarkan dengan wang (tidak termasuk

hadhanah atau harta sepencarian).

2.7.4.Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian ini diletakkan di Ibu Pejabat Jabatan

Kehakiman syariah Negeri Pulau Pinang. Ia adalah

merupakan sebagai pusat pentadbiran jabatan ini

Objektif bahagian ini :-

i) Memberi khidmat sokongan yang berkesan

kepada bahagian-bahagian lain untuk

melaksanakan tanggungjawab masing-

masing.

ii) Melahirkan satu sistem pengurusan

pentadbiran dan kewangan yang bersih,

cekap dan amanah.

iii) Melahirkan kepimpinan pengurusan yang

bersesuaian dengan kehendak Islam.

Fungsi bahagian ini :-

i) Pengurusan dan penyelarasan perjalanan

pentadbiran hal-hal am pejabat seperti

penggunaan ruang pejabat, pengurusan fail,

surat menyuarat, pengangkutan, setor dan

kenderaan.

ii) Pengurusan kewangan dan akaun seperti

penyediaan anggaran belanjawan tahunan,

gaji, elaun-elaun, projek pembangunan,

pembelian barang-barang dan perkhidmatan,

dan pembayaran tuntutan kewangan.

Page 16: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 16/69

iii) Pengurusan sumber tenaga manusia

termasuk mengenai perjawatan,

perkhidmatan personel, latihan dan kursus,

disiplin dan tatatertib.

2.8. Pelanggan

Pelanggan Jabatan Kehakiman syariah ialah semua umat

Islam yang bermastautin di Negeri Pulau Pinang khasnya

dan umat Islam keseluruhan amnya. Secara khusus ia

diperjelaskan seperti peruntukan-peruntukan Enakmen

berikut :-

(i) Seksyen 2 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah

(Negeri Pulau Pinang) 1996 :-

“Tertakluk kepada seksyen 5, Enakmen ini

hendaklah terpakai hanya bagi orang Islam

sahaja”.

(ii) Seksyen 4, Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 :-

“Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata

selainnya, Enakmen ini terpakai bagi semua orang

Islam yang tinggal dalam Negeri Pulau Pinang dan

bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam

Negeri Pulau Pinang tetapi tinggal di luar Negeri

Pulau Pinang” .

Page 17: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 17/69

2.9. Piagam Pelanggan

Asas perkhidmatan jabatan ini ialah memberi keadilan

kepada pelanggan yang berteraskan kepada Hukum

Syarak dan Undang-Undang. Janji-Janji jabatan ialah :-

i) Menetapkan tarikh sebutan/bicara kepada

pelanggan pada hari pendaftaran kes.

ii) Menyebut/membicarakan sesuatu kes Mal,

Jenayah dan Faraid dalam masa 21 hari selepas

didaftarkan.

iii) Mengeluarkan Sijil Faraid dalam masa 5 hari

bekerja selepas dibuat pembahagian hak waris.

iv) Menyebut/membicarakan dalam setahun

sekurang-kurangnya 90% daripada kes Mal,

Jenayah dan Faraid yang telah didaftarkan.

v) Menyiasat dan mengambil tindakan yang

sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan yang

diterima, dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan

itu diterima.

vi) Mendengar rayuan kali pertama dalam masa 30

hari selepas rekod rayuan diterima daripada

mahkamah yang keputusannya dirayu.

Page 18: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 18/69

BAHAGIAN 3 - SISTEM PENGURUSAN KUALITI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PULAU PINANG

3.1 Skop Pelaksanaan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan

melaksanakan sistem kualiti bagi pengurusan kes mal,

jenayah dan faraid berdasarkan keperluan standard MS

ISO 9001 : 2000. Ia akan dilaksanakan di Mahkamah

Tinggi Syariah Pulau Pinang dan Mahkamah-Mahkamah

Rendah Syariah Daerah iaitu, Mahkamah Rendah

Syariah Bandaraya, Mahkamah Rendah Syariah Balik

Pulau, Mahkamah Rendah Syariah Butterworth (SPU),

Mahkamah Rendah Syariah Bukit Mertajam (SPT),

Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Selatan (SPS)

Dalam melaksanakan sistem kualiti ini, seksyen-seksyen

berikut adalah tidak berkaitan dengan proses utama:

a) Seksyen 7.3 – Rekabentuk dan Pembangunan

b) Seksyen 7.5.2 _ Validasi Ke Atas Proses

Penyediaan dan Penyampaian

Perkhidmatan.

c) Seksyen 7.6. _ Kawalan Ke Atas Peralatan

Pengukuran dan Pemantauan.

3.2. Dasar Dan Objektif Kualiti

Dasar Kualiti

Menyedia dan melaksanakan pengurusan dan pengadilan

kes-kes syariah berdasarkan Hukum Syarak dan

Undang-Undang secara Adil, Cekap dan Berkesan.

Page 19: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 19/69

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang juga

komited untuk memuaskan hati umat Islam dan

pelanggan dengan melaksanakan sistem pengurusan

kualiti mengikut kehendak MS ISO 9001.

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

berusaha menambahbaikan keberkesanan kualiti

perkhidmatan.

Objektif Kualiti

Objektif-Okjektif Kualiti Jabatan Kehakiman Syariah

Negeri Pulau Pinang seperti berikut:-

(a) Dapat menetapkan tarikh sebutan/bicara kepada

pelanggan pada hari pendaftaran kes 100%.

(b) Dapat menyebut/membicarakan sesuatu kes mal,

jenayah dan faraid dalam masa 21 hari selepas

didaftarkan 100%.

(c) Dapat mengeluarkan Sijil Faraid dalam masa 5 hari

bekerja selepas dibuat pembahagian hak waris

100%.

(d) Dapat menyebut/membicarakan dalam setahun

sekurang-kurangnya 90% daripada kes mal,

jenayah dan faraid yang telah didaftarkan.

(e) Akan menyiasat dan mengambil tindakan yang

sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan yang

Page 20: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 20/69

diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan

itu diterima 100%.

(f) Pendengaran pertama sesuatu kes rayuan akan

dapat didengar sekurang-kurangnya 90% dalam

masa 30 hari selepas naskah rekod rayuan

diterima daripada mahkamah yang keputusannya

dirayu.

(g) Pihak pengurusan tertinggi komited untuk

menyemak semula Objektif Kualiti dari masa

kesemasa yang bertujuan untuk menambahbaikan

keberkesanan kualiti perkhidmatan.

3.3. Penerangan Ringkas Proses Utama Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid

Takrifan Kes Mal, Jenayah dan Faraid

i. Kes mal ialah tuntutan yang dibuat oleh pelanggan

di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-

hal kekeluargaan dan harta benda terhadap

sesuatu pihak yang lain berdasarkan bidangkuasa

Mahkamah.

ii. Kes jenayah ialah kesalahan metrimonial dan

kesalahan syariah dalam Enakmen Kesalahan

Jenayah Syariah (Negeri P.Pinang) 1996, Enakmen

Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang)

2004 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam (Negeri Pinang Pinang) 2004.

Page 21: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 21/69

iii. Kes faraid ialah permohonan menentukan orang-

orang yang berhak kepada bahagian dalam harta

pesaka Islam. Penentuan tersebut dikeluarkan

dalam bentuk Sijil Faraid.

Penerangan Ringkas Proses utama :

i. Proses utama pengurusan kes mal atau jenayah

atau faraid akan bermula apabila pelanggan datang

ke Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rendah

Syariah untuk mendaftarkan kes berdasarkan

bidangkuasa mahkamah.

ii. Serentak dengan penerimaan pendaftaran,

penjadualan kes akan dilakukan. Selepas itu kes

tersebut akan disediakan dari segi fail kes, saman

dan sebagainya. Kemudian kes akan disebut pada

hari yang telah ditetapkan.

iii. Selepas itu, perbicaraan penuh akan dijalankan

iaitu setelah segala prosiding dilengkapkan pada

hari-hari sebutan yang terdahulu.

iv. Setelah perbicaraan kes selesai dijalankan,

mahkamah akan menguruskan pula perintah-

perintah mahkamah. Perintah akan diserahkan

kepada pihak-pihak untuk tindakan perlaksanakan

dan penguatkuasaan.

v. Akhirnya, mahkamah juga akan menerima apa-apa

rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang

Page 22: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 22/69

tidak berpuashati dengan keputusan yang telah

diputuskan. Proses rayuan akan diuruskan

sehingga kes rayuan didengar dan diputuskan.

Page 23: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 23/69

3.4. Carta Aliran Kerja Proses Utama Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan

Faraid

Pendaftaran Kes

Penjadualan Kes

Penyediaan Kes

Sebutan Kes

Perbicaraan

Pengurusan Perintah & Keputusan Kes

Penyerahan Dokumen Kes

Pengurusan Proses Rayuan

Page 24: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 24/69

3.5. Pelanggan Sistem Pengurusan Kualiti

Pelanggan Sistem Pengurusn Kualiti adalah sama

seperti yang dinyatakan dalam seksyen 2.8.

Page 25: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 25/69

BAHAGIAN 4 – DASAR DAN PRINSIP ASAS SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Se Seksyen 4 – Sistem Pengurusan Kualiti

4.1 Keperluan Am

Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri

Pulau Pinang diwujud, didokumen, dilaksana serta

diselenggarakan dengan cara sistematik. Ia juga memberi

tumpuan kepada peningkatan secara berterusan terhadap

keberkesanan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau

Pinang. Ini adalah selaras dengan kehendak ISO 9001:2000.

Untuk itu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang :

a. Mewujudkan proses-proses yang terlibat dalam

Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid;

b. Menentukan turutan dan hubungkait di antara proses-

proses ini menerusi Carta A;

c. Menentukan kriteria dan kaedah bagi menilai

keberkesanan operasi serta kawalan ke atas proses-

proses tersebut bagi memastikan keberkesananya;

d. Menyediakan sumber dan maklumat yang diperlukan

untuk pelaksanaan dan pemantauan proses-proses

tersebut;

Page 26: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 26/69

e. Memantau dan menilai proses-proses melalui Audit

Kualiti Dalaman, Kajian Semula Pengurusan, aduan dan

maklumbalas daripada pelanggan serta pemantauan oleh

pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan; dan

f. Melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu bagi

memastikan pencapaian matlamat yang dirancang dan

membuat penambahbaikan yang berterusan ke atas

proses-proses tersebut.

Page 27: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 27/69

Carta A – Turutan dan Hubungkait Antara Proses Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid

Pelanggan

Input

Pendaftaran kes

Output : Fail kes

Penyediaan Kes

Output: Saman

/Permohonan

Sebutan Kes

Out Put :Perintah

/sebutan semula

Perbicaraan

Out Put : Perintah

Pengurusan Perintah Dan Keputusan Kes

Out Put : Perintah

bertulis

Penyerahan Perintah

Out Put :Laporan Affidavit Penyerahan

Pengurusan Proses

Rayuan Out Put : Perintah

Pelanggan

Perancangan

Perancangan Strategik

Penetapan Sumber Dasar

Penilaian Perkhidmatan

- Kajian Semula Pengurusan

- Pengendalian Aduan dan Maklum-

Balas Pelanggan - Tindakan Pembetulan

Pencegahan dan Penambahbaikan

- Audit dalaman

Sokongan - Kawalan Dokumen

- Kawalan Rekod - Perolehan

- Latihan - Penyenggaraan

Page 28: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 28/69

4.2 Keperluan Dokumentasi

4.2.1 Am

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti adalah berasaskan kepada 4

peringkat dokumen iaitu:

a. Manual Kualiti;

b. Prosedur Kualiti;

c. Arahan Kerja; dan

d. Dokumen Sokongan

Manual Kualiti

Dokumen yang mengandungi dasar dan objektif organisasi,

penerangan ringkas mengenai Sistem Pengurusan Kualiti termasuk

bagaimana seksyen-seksyen dalam Standard MS ISO 9001:2000

dipatuhi.

Prosedur Kualiti

Dokumen yang menggariskan tujuan dan turutan langkah dalam

proses kerja bagi melaksanakan sesuatu aktiviti dengan terperinci

dari aspek bagaimana dan mengapa ia dilaksanakan, bila di mana

dan siapa yang melaksanakannya.

Arahan Kerja

Dokumen yang memperincikan langkah-langkah yang dinyatakan

dalam Prosedur Kualiti.

Page 29: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 29/69

Dokumen Sokongan

Dokumen yang menjadi rujukan dan panduan serta perlu dipatuhi

dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah didokumenkan

dalam dokumen kualiti.

Struktur dokumen ini digambarkan di Rajah 1 berikut:

RAJAH 1

HIRARKI DOKUMENTASI

Menerangkan

Dasar dan objektif kualiti

Sistem Pengurusan Kualiti

Mengikut seksyen-seksyen dalam standard MS ISO

9001:2000 dan dasar mengenainya.

Menerangkan

Proses-proses yang dijalankan

bagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

Menerangkan

Bagaimana sesuatu

tugas dijalankan secara

terperinci

Menerangkan

Dokumen yang menyokong

pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti seperti surat pekeliling,

Arahan Perbendaharaan dan Arahan Amalan Mahkamah

MANUAL

KUALITI

PROSEDUR

KUALITI

ARAHAN

KERJA

DOKUMEN SOKONGAN

Page 30: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 30/69

4.2.2 Manual Kualiti

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang menyediakan

Manual Kualiti yang mengadungi perkara-perkara berikut:

a. Dasar dan Objektif Kualiti;

b. Skop Sistem Pengurusan Kualiti seperti di seksyen 3.1

dalam Bahagian 3;

c. Penyataan mengenai justifikasi bagi keperluan standard

yang tidak dimasukkan dalam Sistem Pengurusan

Kualiti, jika berkaitan;

d. Rujukan kepada prosedur-prosedur yang diwujudkan

dalam Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Kehakiman

Syariah Negeri Pulau Pinang seperti yang dinyatakan

dalam sekeyen 4.1 hingga 8.5.3 di dalam Bahagian 4;

dan

e. Penyataan dan kaitan antara proses-proses seperti yang

dinyatakan dalam carta 2 dalam seksyen 4.1.

Dokumen Berkaitan

Manual Kualiti - MK-JKSNPP

Prosedur Kualiti Proses Utama - PK-JKSNPP - 01 hingga

09

Prosedur Kualiti Pengurusan - PK-JKSNPP - PP1 hingga PP13

dan Sokongan

Page 31: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 31/69

4.2.3 Kawalan Dokumen

Dokumen kualiti yang dikawal di dalam Sistem Pengurusan

Kualiti ialah:

a. Manual Kualiti;

b. Prosedur Kualiti;

c. Arahan Kerja; dan

d. Dokumen Sokongan

Dokumen-dokumen ini dikawal melalui cara berikut:

Dokumen Baru

a. Dokumen kualiti yang perlu dikawal ialah Manual

Kualiti, Prosedur Kualiti, Arahan Kerja dan dokumen

sokongan;

b. Wakil Pengurusan adalah bertanggungjawab memastikan

dokumen-dokumen kualiti yang dirujuk dalam Sistem

Pengurusan Kualiti adalah yang terkini dan ditempatkan

dilokasi yang mudah dirujuk oleh mereka yang terlibat;

c. Manual Kualiti hendaklah diluluskan oleh Ketua Hakim

Syarie. manakala Prosedur Kualiti diluluskan oleh Wakil

Pengurusan dan Arahan Kerja oleh pegawai yang

dipertanggungjawabkan;

Page 32: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 32/69

d. Setiap keluaran Manual Kualiti diberikan identifikasi dan

dicatatkan nombor keluaran, nombor pindaan dan

tarikh.

Manakala bagi Prosedur Kualiti dan Arahan Kerja pula,

diberikan identifikasi dan dicatatkan nombor keluaran

dan tarikh;

e. Pemegang dokumen dan nombor salinan terkawal

dikenalpasti melalui Senarai Edaran;

f. Dokumen-dokumen kualiti hanya diedarkan kepada

pemegang-pemegang dokumen yang disenaraikan dalam

Senarai Edaran dan dokumen-dokumen ini dicop dengan

warna merah DOKUMEN TERKAWAL; dan

g. Satu Senarai Induk dokumen kualiti dalaman dan luaran

yang mengandungi semua dokumen-dokumen kualiti

yang digunakan dalam Sistem Pengurusan Kualiti dan

status terkini disediakan. Senarai ini dikemaskini dari

semasa ke semasa apabila berlaku perubahan ke atas

status dokumen-dokumen tersebut.

Pindaan Dokumen

a. Setiap anggota boleh memberikan cadangan pindaan kepada

dokumen kualiti. Cadangan pindaan mesti dikemukakan

kepada Wakil Pengurusan dengan menggunakan Borang

Cadangan Pindaan;

Page 33: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 33/69

b. Sebarang pindaan ke atas Manual Kualiti hendaklah mendapat

kelulusan Ketua Hakim Syarie. Manakala pindaan ke atas

Prosedur Kualiti hendaklah mendapat kelulusan

Wakil Pengurusan. Pindaan ke atas Arahan Kerja hendaklah

mendapat kelulusan pegawai yang dipertanggungjawabkan;

c. Semua pindaan yang dibuat dicatatkan di dalam Rekod

Pindaan;

d. Pindaan ke atas Manual Kualiti dibuat dengan menggantikan

muka surat yang terlibat dengan pindaan dan nombor pindaan

ditambah dan tarikh kuatkuasa yang baru diberikan. Bagi

pindaan yang melebihi 50%, keseluruhan dokumen diganti dan

nombor keluaran ditambah dan tarikh kuatkuasa yang baru

diberikan;

e. Pindaan ke atas Prosedur Kualiti dan Arahan Kerja dibuat

dengan menggantikan keseluruhan dokumen dan nombor

keluaran ditambah serta tarikh kuatkuasa baru diberikan;

f. Dokumen-dokumen yang telah dipinda diedarkan kepada

pemegang-pemegang dokumen;

g. Pemegang dokumen bertanggungjawab memasukkan semua

pindaan dan mengeluarkan dokumen yang tidak terpakai serta

memusnahkannya; dan

h. Satu salinan dokumen asal disimpan dan ditandakan

“BATAL”.

Page 34: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 34/69

Pengurus Dokumen

Seorang Pengurus Dokumen dilantik yang bertanggungjawab

terhadap pengurusan dokumen kualiti iaitu Pembantu Pendaftar

Kanan.

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP –PP2 - Kawalan Dokumen

4.2.4 Kawalan Rekod

a. Rekod-rekod kualiti dan tempoh penyimpanannya dikenalpasti

dalam setiap prosedur kualiti;

b. Rekod-rekod kualiti diuruskan mengikut Kawalan Rekod-PK-

JKSNPP –PP5

c. Pelupusan rekod-rekod kualiti dibuat mengikut Surat

Pekeliling Am Bil. 1/1997.

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP –PP5 - Kawalan Rekod

Page 35: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 35/69

SEKSYEN 5 - Tanggungjawab Pengurusan

5.1 Komitmen Pengurusan

Ketua Hakim Syarie memberi komitmen dalam membangun,

melaksana dan menambah baik secara berterusan

keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti melalui:

a. Menyampaikan kepada semua kakitangan mengenai

pentingnya bagi organisasi memenuhi kehendak

pelanggan serta mematuhi keperluan peraturan dan

perundangan;

b. Mewujudkan dasar kualiti;

c. Memastikan objektif-objektif kualiti diwujudkan;

d. Menjalankan Kajian Semula Pengurusan; dan

e. Memastikan sumber yang perlu disediakan.

5.2 Tumpuan Kepada Pelanggan

Ketua Hakim Syarie bertanggungjawab memastikan kehendak

pelanggan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

dikenalpasti dan dipenuhi dengan tujuan meningkatkan

kepuasan hati pelanggan. Piagam pelanggan disediakan bagi

menentukan tahap perkhidmatan yang diberikan.

Prestasi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Kehakiman

Syariah Negeri Pulau Pinang diukur melalui penilaian ke atas

kepuasan hati pelanggan. Saluran untuk menerima cadangan

dan aduan pelanggan bagi menilai tahap kepuasan hati

pelanggan disediakan melalui borang maklumbalas pelanggan

Page 36: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 36/69

dan e-mail. Di samping itu usaha-usaha secara proaktif juga

dijalankan bagi menilai tahap kepuasan hati pelanggan.

Dokumen berkaitan

PK-JKSNPP - PP4 - Pengendalian Aduan dan Maklumbalas

Pelanggan

5.3 Dasar Kualiti

Ketua Hakim Syarie menentukan dasar kualiti seperti di para

3.2 di Bahagian 3. Dasar kualiti ini menjadi asas untuk

mewujud dan menyemak semula objektif kualiti seperti di para

3.3 di Bahagian 3. Ia juga disebarkan kepada semua anggota

organisasi. Dasar kualiti ini dikaji setiap 2 kali setahun untuk

memastikan ianya sentiasa sesuai.

5.4 Perancangan

5.4.1. Objektif Kualiti

Ketua Hakim Syarie menetapkan objektif kualiti seperti

di para 3.2 di Bahagian 3. Objektif Kualiti ini

merangkumi peringkat-peringkat organisasi, bahagian

dan peringkat proses.

5.4.2. Perancangan Sistem Pengurusan Kualiti

Ketua Hakim Syarie memastikan:

a. Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan seperti

mana yang didokumenkan dan objektif kualiti yang

ditetapkan dapat dicapai. Dalam membuat

perancangan Sistem Pengurusan Kualiti, Ketua

Page 37: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 37/69

Hakim Syarie mengambilkira perkara-perkara

berikut:

i. Kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan;

ii. Tanggungjawab dan kuasa bagi melaksanakan

perancangan dan penambahbaikan proses;

iii. Sumber yang diperlukan seperti kewangan dan

infrastruktur;

iv. Petunjuk bagi menilai pencapaian usaha

penambahbaikan serta keperluan dan kaedah

bagi mengusahakan penambahbaikan; dan

v. Dokumen yang perlu bagi melaksanakan

Sistem Pengurusan Kualiti serta rekod-rekod

hasil daripadanya.

b. Keutuhan Sistem Pengurusan Kualiti tidak akan

berubah walaupun berlaku perubahan dalam

pengurusan jabatan.

Page 38: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 38/69

5.5 Tanggungjawab, Kuasa dan Komunikasi

5.5.1 Tanggungjawab dan Kuasa

a. Ketua Hakim Syarie bertanggungjawab

menentukan tugas, tanggungjawab dan kuasa

semua staf yang terlibat dalam mengurus dan

melaksana aktiviti-aktiviti yang mempunyai kesan

ke atas Sistem Pengurusan Kualiti; dan

b. Tugas, tanggungjawab dan kuasa ini disebarkan

kepada semua staf yang terlibat dalam Sistem

Pengurusan Kualiti melalui Dokumentasi MS ISO

9001:2000 dan Fail Meja.

5.5.2 Wakil Pengurusan

Ketua Hakim Syarie melantik seorang kakitangan pengurusan

sebagai Wakil Pengurusan (rujuk surat perlantikan). Wakil

Pengurusan mempunyai peranan dan tanggungjawab seperti

berikut:

a. Mewujud, melaksana dan menyelenggarakan

pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti;

b. Melaporkan kepada pihak pengurusan atasan mengenai

keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dan sebarang

keperluan penambahbaikan;

c. Berurusan dengan pihak luar mengenai perkara-perkara

berkaitan dengan Sistem Pengurusan Kualiti; dan

Page 39: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 39/69

d. Memastikan aktiviti berkaitan dengan kesedaran

terhadap kehendak pelanggan sentiasa dilaksanakan di

kalangan anggota organisasi yang terlibat dalam

pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.

Ketua Hakim Syarie juga melantik Penolong-Penolong Pendaftar

di Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah sebagai Timbalan

Wakil Pengurusan bagi membantu Wakil Pengurusan

melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab seperti yang

dinyatakan di atas.

5.5.3 Komunikasi Dalam Organisasi

Ketua Hakim Syarie memastikan proses komunikasi melalui

mesyuarat Hakim, mesyuarat pengurusan dan mesyuarat

bulanan kakitangan sekurang-kurangnya enam kali setahun.

Selain daripada itu, perbincangan, muzakarah dan e-mail

diwujudkan dalam Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau

Pinang bagi memaklumkan kepada kakitangan tentang

perlaksanaan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan

untuk mendapat maklumbalas daripada kakitangan.

Page 40: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 40/69

5.6 Kajian Semula Pengurusan

5.6.1 Am

Ketua Hakim Syarie bertanggungjawab:

a. Mengadakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

sekali setahun bagi menilai keberkesanan dan

kesesuaian Sistem Pengurusan Kualiti;

b. Keanggotaan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan ini

adalah seperti berikut:

Pengerusi : Ketua Hakim Syarie

Setiausaha : Wakil Pengurusan

Ahli-ahli : Pemegang Dokumen terkawal

c. Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat diminitkan dan

Wakil Pengurusan bertanggungjawab untuk mengambil

tindakan susulan ke atas keputusan mesyuarat.

Dokumen berkaitan

PK-JKSNPP-PP1 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

5.6.2 Input Kepada Kajian Semula Pengurusan

Agenda mesyuarat kajian semula pengurusan merangkumi :-

a. Pencapaian Dasar dan Objektif Kualiti;

b. Penemuan Audit Dalaman;

c. Aduan dan Maklumbalas Pelanggan;

Page 41: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 41/69

d. Prestasi proses penyampaian perkhidmatan yang tidak

memenuhi keperluan yang ditetapkan;

e. Laporan status tindakan pembetulan dan pencegahan;

f. Tindakan susulan ke atas Mesyuarat Kajian Semula

Pengurusan yang lepas:

g. Perubahan yang boleh memberi kesan kepada Sistem

Pengurusan Kualiti;

h. Cadangan penambahbaikan;

i. Keperluan dan keberkesanan latihan dan

j. Penilaian prestasi dan pembekal.

k. Penutup

Dokumen berkaitan

PK-JKSNPP -PP1 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

5.6.3 Output Kajian Semula Pengurusan

Wakil Pengurusan bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas

keputusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan berkaitan dengan:

a. Peningkatan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dan

proses-prosesnya;

b. Peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan; dan

c. Sumber-sumber yang disediakan.

Keputusan-keputusan hasil daripada Mesyuarat Kajian Semula

Pengurusan hendaklah disampai dan dimaklumkan kepada anggota

organisasi.

Page 42: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 42/69

Rekod Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan disimpan dan

diselenggara.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP-PP1 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Page 43: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 43/69

SEKSYEN 6 - PENGURUSAN SUMBER

6.1 Bekalan Sumber

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang merancang,

mengenalpasti dan mendapatkan sumber-sumber yang

mencukupi untuk melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti

termasuk:

a. Bilangan staf yang mencukupi;

b. Staf yang terlatih yang dipertanggunjawabkan

mengikut fail meja;

c. Peruntukan kewangan yang mencukupi;

d. Peralatan dan infrastruktur pejabat yang sesuai;

dan

e. Persekitaran kerja yang kondusif.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP-PP10 - Penyediaan Anggaran Belanjawan

6.2 Pengurusan Sumber Manusia

6.2.1 Am

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

menyediakan staf yang kompeten melalui proses

pendidikan, latihan, kemahiran dan pengalaman dalam

memastikan Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid

berada di tahap yang berkualiti.

Page 44: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 44/69

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP – PP7 - Pengurusan Latihan

6.2.2 Kepakaran, Kesedaran dan Latihan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang:-

a. Mengenalpasti tahap kompetensi bagi setiap staf;

b. Merancang dan mengadakan latihan, kursus serta

mengambil tindakan yang bersesuaian untuk mencapai

tahap kompetensi yang dikenalpasti;

c. Menilai keberkesanan latihan, kursus serta tindakan

yang telah diambil;

d. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan organisasi

melalui sokongan dan penglibatan stafnya melalui:

i. Penglibatan staf dalam proses menentukan objektif

kualiti Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau

Pinang dan dalam proses membuat keputusan;

ii. Memastikan setiap staf sedar akan kepentingan

tugas-tugasnya dan bagaimana mereka boleh

menyumbang kepada pencapaian objektif-objektif

kualiti;

iii. Memberi pengiktirafan kepada staf;

Page 45: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 45/69

iv. Mengkaji semula keperluan-keperluan staf secara

berterusan;

v. Mewujudkan suasana kerja yang menggalakkan

staf menghasilkan inovasi;

vi. Menggalakkan budaya kerja secara berpasukan;

dan

vii. Mewujudkan saluran untuk menerima cadangan

dan pendapat daripada staf.

e. Menyenggara rekod-rekod yang bersesuaian dengan

pendidikan, latihan, kemahiran dan pengalaman staf.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP – PP7 – Pengurusan Latihan

6.3 Infrastruktur

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang menyedia dan

menyenggara infrastruktur yang diperlukan bagi menepati

keperluan Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid.

Infrastruktur merangkumi:

a. Bangunan, persekitaran pejabat dan kemudahan yang

berkaitan seperti perabot, hawa dingin;

b. Peralatan yang berkaitan dengan Pengurusan Kes Mal

Jenayah dan Faraid; dan

Page 46: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 46/69

c. Perkhidmatan sokongan seperti pengangkutan dan alat

komunikasi.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP – PP13 – Penyelenggaraan

6.4 Persekitaran kerja

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang mewujud,

mengurus dan memastikan persekitaran kerja dari aspek

kepuasan hati staf, motivasi dan pengiktirafan serta suasana

kerja yang kondusif yang akan menyokong kepada penghasilan

output atau perkhidmatan yang berkualiti.

Page 47: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 47/69

SEKSYEN 7 – Penghasilan Perkhidmatan

7.1 Perancangan Bagi Penghasilan Perkhidmatan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang merancang

dan menyediakan proses-proses yang diperlukan bagi

pengurusan dan pelaksanaan Pengurusan Kes Mal, Jenayah

dan Faraid.

Perancangan ini merangkumi:

a. Penetapan objektif kualiti dan keperluan-keperluan

perkhidmatan;

b. Pembangunan proses-proses dokumen-dokumen dan

peruntukan sumber yang mencukupi;

c. Penyediaan perancangan bagi menjalankan verifikasi,

semakan semula dan validasi, pemantauan serta

penilaian bagi keseluruhan Pengurusan Kes Mal dan

Jenayah dan kriteria bagi memastikan keperluan

perkhidmatan dipenuhi; dan

d. Penyenggaraan rekod-rekod yang diperlukan sebagai

bukti pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dan

kepatuhan kepada standard MS ISO 9001: 2000.

Page 48: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 48/69

Dokumen Berkaitan

Prosedur Kualiti Proses Utama - PK – JKSNPP – 01 hingga 09

Prosedur Kualiti Pengurusan dan Sokongan - PK-JKSNPP – PP1

hingga PP13

7.2 Proses-proses Yang Berkaitan Dengan Pelanggan

7.2.1. Menentukan Keperluan-keperluan Perkhidmatan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

mengenalpasti:

a. Kehendak pelanggan terhadap perkhidmatan Pengurusan

Kes Mal, Jenayah dan Faraid melalui pendaftaran kes-

kes.

b. Kehendak pelanggan yang tidak dinyatakan oleh

pelanggan tetapi perlu disediakan seperti perkhidmatan

kaunter, ruang menunggu dan lain-lain kemudahan

perlu disediakan.

c. Keperluan undang-undang dan peraturan

i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau

Pinang) 2004

ii) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri

Pulau Pinang) 2004

iii) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri

Pulau Pinang) 1996

iv) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau

Pinang) 2004

Page 49: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 49/69

v) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri

Pulau Pinang) 2004

vi) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri

Pulau Pinang) 2004

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP – 01 - Pendaftaran Kes Mal, penjadualan dan

penyediaan kes

PK-JKSNPP – 02 - Pendaftaran Kes Jenayah, penjadualan

dan penyediaan kes

PK-JKSNPP – 07 - Pengurusan permohonan rayuan kes

mal.

PK-JKSNPP – 08 - Pengurusan permohonan rayuan kes

jenayah.

PK-JKSNPP – 09 - Pengurusan permohonan Sijil Faraid

7.2.2 Semakan Semula Keperluan-keperluan Perkhidmatan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

menyemak semula keperluan-keperluan perkhidmatan

yang hendak disampaikan. Penyemakan ini dibuat

sebelum membuat komitmen unuk menyampaikan

perkhidmatan tersebut kepada pelanggan. Semakan

semula ini bagi memastikan:

a. Semua keperluan perkhidmatan dikenalpasti;

b. Jika terdapat perbezaan antara kehendak pelanggan

dengan perkhidmatan yang hendak disampaikan ianya

Page 50: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 50/69

diatasi terlebih dahulu sebelum perkhidmatan diberikan;

dan.

c. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

berkeupayaan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan

yang dikehendaki.

Semua rekod hasil daripada semakan semula dan tindakan-

tindakan yang berkaitan dengannya hendaklah diselenggara.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP – 01 - Pendaftaran Kes Mal, penjadualan dan

penyediaan kes

PK-JKSNPP – 02 - Pendaftaran Kes Jenayah, penjadualan

dan penyediaan kes

PK-JKSNPP – 07 - Pengurusan permohonan rayuan kes

mal.

PK-JKSNPP – 08 - Pengurusan permohonan rayuan kes

jenayah.

PK-JKSNPP – 09 - Pengurusan permohonan Sijil Faraid

7.2.3 Komunikasi dengan Pelanggan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan:

a. Menyalurkan maklumat berkaitan dengan Pengurusan

Kes Mal, Jenayah dan Faraid kepada pelanggan;

Page 51: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 51/69

b. Mengendalikan pertanyaan berkaitan dengan

Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid kepada

pelanggan; dan

c. Menerima dan merekodkan aduan dan maklumbalas

yang diterima daripada pelanggan.

Kaedah komunikasi dengan pelanggan dilakukan melalui

laman web, penyebaran pemplet, seminar, penulisan dan lain-

lain.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP – PP4 - Pengendalian Aduan dan Maklumbalas

Pelanggan

7.3 Rekabentuk dan Pembangunan

Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid tidak melibatkan

aktiviti rekabentuk dan pembangunan kerana perkhidmatan

berdasarkan undang-undang yang telah digubal.

7.4. PEROLEHAN

7.4.1 Proses Perolehan

a) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

memastikan setiap perolehan bekalan yang meliputi

barangan/perkhidmatan yang memenuhi dan menepati

spesifikasi perolehan yang ditetapkan oleh Jabatan dan

Page 52: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 52/69

mematuhi kehendak dan peraturan yang telah

ditetapkan dalam :-

i. Pekeliling-pekeliling Perbendaharaan;

ii. Arahan Perbendaharaan;

iii. Tatacara Kewangan;

iv. Tatacara Pengurusan Stor;

v. Panduan Perolehan Kerajaan;

vi. Pekeliling Kontrak Perbendaharaan.

b) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan

menyelenggara satu senarai pembekal yang diluluskan;

dan

c) Memantau dan membuat penilaian ke atas prestasi

pembekal dari masa ke semasa dan rekodnya akan

disimpan.

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP – PP11 - Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan

7.4.2 Maklumat Perolehan

a. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

menyediakan maklumat spesifikasi secara terperinci

bagi bekalan dalam dokumen perolehan termasuk

pesanan perolehan dan sebutharga untuk dibekalkan

kepada pembekal;

Page 53: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 53/69

b. Bagi perolehan yang melibatkan perkhidmatan kepakaran

luar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

akan mengenalpasti kelayakan personel yang dibekalkan;

dan

c Rekod perolehan akan disimpan dan diselenggara.

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP – PP11 - Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan

7.4.3 Verifikasi Ke atas Bahan Yang Diperolehi

Bekalan dan perkhidmatan yang diterima daripada pembekal

diperiksa bagi memastikan ia memenuhi spesifikasi dan

keperluan yang dinyatakan dalam dokumen perolehan.

Pengesahan ke atas proses verifikasi dilakukan oleh Penolong

Pegawai Tadbir/Pembantu Tadbir (Kew.) di Ibu Pejabat dan

Penolong Pendaftar di Mahkamah Rendah Syariah.

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP – PP11 - Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan

7.5 Penyediaan dan Penyampaian Perkhidmatan

7.5.1 Kawalan Ke atas Penyediaan dan Penyampaian

Perkhidmatan

Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid dipastikan

sentiasa terkawal melalui:

Page 54: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 54/69

a. Pematuhan kepada undang-undang, peraturan,

dasar, syarat dan kritiria yang ditetapkan;

b. Pematuhan kepada dokumen-dokumen kualiti

yang telah diluluskan serta dokumen sokongan

yang berkaitan;

c. Penggunaan peralatan yang sesuai bagi

pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti dan

memastikan ianya mencukupi dan diselenggara

mengikut jadual yang ditetapkan;

d. Pewujudan sistem bagi memantau dan menilai

prestasi perkhidmatan;

e. Pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian;

dan

f. Pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan

yang diluluskan dan aktiviti selepas perkhidmatan

disampaikan.

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP - 01 hingga 09

PK- JKSNPP - PP01 hingga PP13

Page 55: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 55/69

7.5.2 Validasi Ke Atas Proses Penyediaan dan Penyampaian

Perkhidmatan

Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid tidak melibatkan

Validasi Ke Atas Proses Penyediaan dan Penyampaian

Perkhidmatan memandangkan tidak ada perkhidmatan yang

diperiksa sebelum output dikeluarkan.

7.5.3 Identifikasi dan Kemudahkesanan

Jabatan Kehakiman Syariah menyenggarakan satu prosedur

untuk memastikan proses pengurusan kes mal, jenayah dan

faraid boleh dikesan apabila diperlukan pada setiap peringkat.

Kaedah-kaedah pengenalan dan kemudahkesanan kes-kes mal,

jenayah dan faraid dibuat melalui penggunaan kod jenis kes,

kod mahkamah, kod daerah, nombor kes dan tahun

pendaftaran.

Pendaftaran kes mal, jenayah dan faraid didaftarkan mengikut

urutan nombor pada satu-satu tahun. Pendaftaran pertama

didaftar dengan nombor pertama dan diikuti dengan nombor

berikutnya sehingga tamat tahun tersebut dan nombor baru

akan diberi pada tahun baru bermula dengan nombor pertama

dan seterusnya.

Page 56: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 56/69

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP-01 - Pendaftaran kes mal, penjadualan dan penyediaan kes.

PK-JKSNPP-02 - Pendaftaran kes jenayah, penjadualan dan penyediaan kes.

PK-JKSNPP-07 -

Pengurusan permohonan Rayuan Kes Mal.

PK-JKSNPP-08 -

Pengurusan permohonan Rayuan Kes Jenayah

PK-JKSNPP-09 - Pengurusan permohonan Rayuan

Kes Mal.

7.5.4 Harta Hakmilik Pelanggan

a. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan

menerima harta hakmilik pelanggan iaitu wang jamin

yang akan digunakan dan diproses sebagai jaminan

dalam pengurusan kes jenayah.

b. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan

memastikan wang jamin diproses, diselenggara dan

diserahkan semula kepada penjamin selepas kes selesai.

Semua maklumat mengenai kes-kes disimpan dan

direkodkan.

c. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan

memaklumkan kepada setiap pelanggan supaya

menuntut wang jaminan sebelum diwartakan sebagai

wang hasil.

Page 57: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 57/69

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP -02 - Pendaftaran kes jenayah. penjadualan dan penyediaan kes.

PK- JKSNPP -04

-

Sebutan kes jenayah

PK-JKSNPP-PP8

- Pengurusan penerimaan wang

hasil dan wang jamin.

PK-JKSNPP -PP9 - Pengurusan dan pengembalian

wang jamin.

7.5.5 Pemuliharaan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

memastikan proses penyediaan dan pemberian

perkhidmatan kepada pelanggan mematuhi keperluan

identifikasi, pengendalian, pembungkusan, penyimpanan

dan kawalan yang ditetapkan. Saman dan barang kes

akan dikendalikan dengan spesifik menurut peruntukan

undang-undang yang ditetapkan.

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP - 03

PK- JKSNPP - 04

- -

Sebutan kes mal Sebutan kes jenayah

PK- JKSNPP - 06 - Penyerahan Dokumen-

dokumen kes.

Page 58: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 58/69

7.6 Kawalan Ke atas Peralatan Pengukuran dan Pemantauan

Pengurusan Kes Mal, Jenayah dan Faraid tidak melibatkan

Kawalan Ke atas Peralatan Pengukuran dan Pemantauan

kerana tiada peralatan pengukuran yang digunakan di jabatan.

Perkhidmatan yang diberi tidak memerlukan pengukuran yang

menggunakan alat.

Page 59: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 59/69

SEKSYEN 8 – PENGUKURAN, PENGANALISISAN DAN PENAMBAHBAIKAN

8.1 Am

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang merancang

dan melaksanakan proses pemantauan, pengukuran,

penganalisisan serta penambahbaikan yang diperlukan bagi:

a. Membuktikan pelaksanaan Pengurusan Kes Mal,

Jenayah dan Faraid menepati keperluan yang ditetapkan.

b. Memastikan kepatuhan kepada Sistem Pengurusan

Kualiti; dan

c. Membuat penambahbaikan yang menyeluruh secara

berkesan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti.

Kaedah-kaedah yang bersesuaian seperti penggunaan

teknik-teknik statistik ditentukan dan digunapakai bagi

tujuan pemantauan, pengukuran dan penganalisisan ke

atas keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti.

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP -PP1 - Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

PK- JKSNPP –PP3 - Tindakan Pembetulan, Pencegahan

dan Penambahbaikan

PK- JKSNPP –PP4 - Pengendalian Aduan dan

Maklumbalas Pelanggan

Page 60: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 60/69

8.2 Pemantauan dan Pengukuran

8.2.1 Kepuasan Hati Pelanggan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang memantau

maklumat berhubung dengan persepsi pelanggan sama ada

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang telah memenuhi

keperluan-keperluan pelanggan dalam pelaksanaan Pengurusan Kes

Mal dan Jenayah. Maklumat diperolehi melalui:

a. Soal selidik;

b. Aduan pelanggan;

c. Laporan media; dan

d. Laman Web.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP – PP4 - Penggendalian Aduan dan

Maklumbalas Pelanggan

8.2.2 Audit Dalaman

a. Perancangan audit dalaman akan mengambil kira

status dan kepentingan sesuatu perkhidmatan .

Contohnya status penemuan ketakakuran oleh audit

terdahulu atau peningkatan aduan pelanggan atau

hasil maklumbalas pelanggan.

b. Audit Dalaman dijalankan sekurang-kurangnya dua

kali setahun bagi mengesahkan kerja-kerja

Page 61: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 61/69

dilaksanakan mengikut prosedur dan bagi

memastikan keberkesanan Sistem Pengurusan

Kualiti;

c. Wakil Pengurusan bertanggungjawab untuk

merancang dan menjadualkan audit;

d. Audit Dalaman dijalankan oleh anggota yang terlatih

dan bebas daripada aktiviti yang diaudit;

e. Pihak yang diaudit bertanggungjawab mengambil

tindakan pembetulan dan pencegahan ke atas

ketakakuran yang ditemui oleh pasukan audit;

f. Audit Susulan dijalankan bagi memastikan tindakan

pembetulan dan pencegahan ke atas ketakakuran

yang ditemui telah dilaksanakan dengan berkesan;

dan

g. Laporan audit disediakan selepas audit dijalankan

dan dibentangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula

Pengurusan.

h. Tindakan pembetulan keatas ketakakuran yang

dikeluarkan oleh pasukan audit dalaman hendaklah

diambil tindakan dengan kadar segera

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP -PP6 - Audit Dalaman

Page 62: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 62/69

8.2.3 Pemantauan dan Proses-proses Pengukuran

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang akan

menentukan peringkat-peringkat yang sesuai iaitu di peringkat

penerimaan, pemerosesan dan peringkat akhir untuk

mengukur keupayaan proses pemberian perkhidmatan.

Pengukuran adalah bertujuan untuk menunjukkan keupayaan

proses-proses tersebut mencapai hasil yang dirancang. Kaedah

yang sesuai untuk menjalankan pemeriksaan atau

penyemakan kualiti perkhidmatan dilakukan dalam tiga

peringkat iaitu peringkat penerimaan, peringkat pemerosesan

dan peringkat akhir. Sekiranya hasil yang dirancang tidak

dicapai, tindakan pembetulan yang bersesuaian hendaklah

diambil.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP – 01 - Pendaftaran Kes Mal , penjadualan

dan penyediaan kes

PK-JKSNPP – 02 - Pendaftaran Kes Jenayah ,

penjadualan dan penyediaan kes

PK-JKSNPP – 05 - Pengurusan Penyediaan Perintah

Bertulis Mahkamah bagi kes mal

PK-JKSNPP – 07 - Pengurusan permohonan rayuan kes

mal.

PK-JKSNPP – 08 - Pengurusan permohonan rayuan kes

jenayah.

PK-JKSNPP – 09 - Pengurusan Permohonan Sijil Faraid

8.2.4 Pemantauan dan Pengukuran

Page 63: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 63/69

Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang memantau dan

mengukur ciri-ciri perkhidmatan bagi memastikan

perkhidmatan yang diberi memenuhi keperluan yang

ditetapkan. Pemantauan dan pengukuran ini dibuat di

beberapa peringkat yang sesuai dalam proses pemberian

perkhidmatan tersebut selaras dengan perancangan yang telah

dibuat.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP – 01 - Pendaftaran Kes Mal , penjadualan

dan penyediaan kes

PK-JKSNPP – 02 - Pendaftaran Kes Jenayah ,

penjadualan dan penyediaan kes

PK-JKSNPP – 05 - Pengurusan Penyediaan Perintah

Bertulis Mahkamah bagi kes mal

PK-JKSNPP – 07 - Pengurusan permohonan rayuan kes

jenayah.

PK-JKSNPP – 08 - Pengurusan permohonan rayuan kes

mal.

PK-JKSNPP – 09 - Pengurusan Permohonan Sijil Faraid

8.3 Kawalan Ke atas Perkhidmatan Yang Tidak Memenuhi

Keperluan Yang Ditetapkan

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

mengenalpasti perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan

yang ditetapkan melalui aktiviti pemeriksaan berikut:-

8.3.1. Pemeriksaan dan pengujian diperingkat penerimaan

Page 64: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 64/69

Semua permohonan yang diterima di dalam proses

pengurusan kes mal, jenayah dan faraid diperiksa bagi

memastikan ianya lengkap seperti yang diperlukan

sebelum permohonan tersebut diproses dan difailkan.

Permohonan yang tidak lengkap akan dipulangkan

kepada pelanggan.

8.3.2. Pemeriksaan dan pengujian diperingkat pemerosesan

Pemeriksaan dan pengujian diperingkat ini dilakukan

secara berterusan dan mengikut prosedur yang

ditetapkan supaya selaras dengan peruntukan undang-

undang. Tujuan semakan dilakukan supaya kes-kes

yang dikemukakan semasa perbicaraan mematuhi

kehendak undang-undang dan termasuk di dalam

bidangkuasa mahkamah tersebut. Bagi prosedur yang

tidak memenuhi peruntukan undang-undang akan

ditolak.

8.3.3. Pemeriksaan dan pengujian diperingkat akhir

Pemeriksaan dan pengujian diperingkat ini dibuat untuk

menentukan sama ada sesuatu proses itu diterima atau

sebagainya. Pemeriksaannya adalah seperti berikut:-

Perintah atau Keputusan Bertulis Mahkamah yang

dikeluarkan kepada pelanggan disemak supaya

menepati format yang ditetapkan oleh Enakmen atau

Kaedah-kaedah selaras dengan keputusan yang telah

dibuat dan dibandingkan dengan keputusan tulisan

tangan Hakim supaya tepat dan betul. Bagi perintah

Page 65: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 65/69

atau keputusan bertulis Mahkamah yang tidak

memenuhi format yang ditetapkan akan diperbetulkan.

Perintah atau Keputusan Bertulis Mahkamah yang tidak

memenuhi keperluan yang ditetapkan akan ditandakan

statusnya dan diasingkan. Jabatan Kehakiman

Syariah Negeri Pulau Pinang akan membuat

pembetulan selaras dengan keputusan asal.

Kawalan dan tanggungjawab ke atas perkhidmatan yang

tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan

didokumenkan dalam Prosedur Kualiti Pengurusan Kes

Mal dan Jenayah. Rekod-rekod mengenai ketidakpatuhan

serta tindakan-tindakan yang diambil disimpan dan

diselenggarakan.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP -01 - Pendaftaran kes mal, penjadualan dan penyediaan kes.

PK JKSNPP -02 - Pendaftaran kes jenayah,

penjadualan dan penyediaan kes.

PK-JKSNPP -05 - Pengurusan penyediaan Perintah Bertulis Mahkamah bagi kes mal.

PK-JKSNPP -07 - Pengurusan permohonan rayuan

kes mal.

PK-JKSNPP -08 - Pengurusan permohonan rayuan

kes jenayah

PK-JKSNPP -09 - Pengurusan Permohonan Sijil Faraid

Page 66: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 66/69

8.4 Analisis Data

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang mengumpul

dan menganalisis data untuk menilai kesesuaian serta

keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti dan untuk

menentukan di mana penambahbaikan yang menyeluruh

terhadap Sistem Pengurusan Kualiti boleh dibuat.

Penganalisisan data akan memberi maklumat berkaitan

dengan:

a. Kepuasan hati pelanggan;

b. Ketidakpatuhan kepada ciri-ciri perkhidmatan yang

ditetapkan;

c. Arah aliran sebagai asas untuk tindakan pencegahan.

d. Prestasi pembekal.

Dokumen Berkaitan

PK- JKSNPP –PP3 - Tindakan Pembetulan, Pencegahan

dan Penambahbaikan

PK- JKSNPP –PP4 - Pengendalian Aduan dan

Maklumbalas Pelanggan

PK- JKSNPP –PP6 - Audit Dalaman

PK- JKSNPP - PP11 - Perolehan Bekalan dan

Perkhidmatan

Page 67: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 67/69

8.5 Penambahbaikan

8.5.1 Penambahbaikan Yang Menyeluruh

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang membuat

penambahbaikan yang menyeluruh ke atas Sistem Pengurusan

Kualiti melalui penganalisisan data. Data berkenaan dan

membuat perbandingan antara pencapaian sebenar dengan

dasar dan objektif kualiti, laporan audit dalaman, tindakan

pembetulan pencegahan dan penambahbaikan, Kajian Semula

Pengurusan dan cadangan daripada pelanggan.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP- PP3 - Tindakan Pembetulan Pencegahan dan

Penambahbaikan.

8.5.2 Tindakan Pembetulan

a. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

mewujudkan prosedur yang meliputi pengenalpastian

ketidakpatuhan dan puncanya, penubuhan pasukan

kerja, pengumpulan maklumat mengenai ketidakpatuhan

dan membuat cadangan tindakan pembetulan;

b. Tindakan pembetulan diambil berdasarkan maklumat

yang dikenalpasti melalui Rekod Ketidakpatuhan, Aduan

Pelanggan, Audit Dalaman dan Kajian Semula

Pengurusan;

c. Tindakan pembetulan yang perlu diambil tindakan segera

diputuskan oleh Wakil Pengurusan;

Page 68: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 68/69

d. Tindakan pembetulan yang melibatkan dasar, sumber

kewangan, keperluan tenaga manusia, perubahan

kepada prosedur atau Sistem Pengurusan Kualiti sedia

ada, diputuskan oleh pihak pengurusan;

e. Keberkesanan tindakan pembetulan yang dilaksanakan

dinilai oleh Wakil Pengurusan dan dilaporkan dalam

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan; dan

f. Rekod tindakan pembetulan disimpan dan diselenggara.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP - PP3 - Tindakan Pembetulan ,Pencegahan dan

penambahbaikan

8.5.3 Tindakan Pencegahan

a. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang

mewujudkan prosedur yang meliputi pengenalpastian

ketidakpatuhan yang berterusan dan puncanya,

penubuhan pasukan kerja, pengumpulan maklumat

mengenai ketidakpatuhan dan membuat cadangan

tindakan pencegahan;

b. Tindakan pencegahan diambil berdasarkan maklumat

yang dikenalpasti melalui Rekod Ketidakpatuhan, Aduan

Pelanggan, Audit Dalaman dan Kajian Semula

Pengurusan;

Page 69: MANUAL KUALITI MK JKSNPP - jksnpp.gov.my KUALITI.pdfmanual kualiti mk– jksnpp keluaran: 2 pindaan: 3 tarikh: 01 okt. 2006 helaian: 3/69 bahagian 2 - maklumat organisasi 2.1 latarbelakang

MANUAL KUALITI MK– JKSNPP

KELUARAN: 2 PINDAAN: 3 TARIKH: 01 OKT. 2006 HELAIAN: 69/69

c. Tindakan pencegahan yang perlu diambil tindakan segera

diputuskan oleh Wakil Pengurusan.

d. Tindakan pencegahan yang melibatkan dasar, sumber

kewangan, keperluaan tenaga manusia, perubahan

kepada prosedur atau Sistem Pengurusan Kualiti sedia

ada, diputuskan oleh pihak pengurusan;

e. Keberkesanan tindakan pencegahan yang dilaksanakan

dinilai oleh Wakil Pengurusan dan dilaporkan dalam

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan; dan

f. Rekod tindakan pencegahan disimpan dan diselenggara.

Dokumen Berkaitan

PK-JKSNPP - PP3 - Tindakan Pembetulan dan Pencegahan