bab 1 - :: amaljaya.com :: making money in shaklee! kemahiran mendengar/pen… · adalah kemahiran...

23
BAB 1: PENGENALAN KEMAHIRAN MENDENGAR

Upload: truongcong

Post on 01-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

BAB 1: PENGENALAN

KEMAHIRAN MENDENGAR

Page 2: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Pengenalan Kemahiran Mendengar

Keupayaan pelajar mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti cerita, arahan, perbualan, soal jawab, laporan berita dan perbincangan.

Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat penerimaan.

Dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa, bertujuan membolehkan pelajar fasih bercakap dalam bahasa yang dipelajari itu.

Penguasaan KM membolehkan pelajar:

i. mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain,

ii. dapat memahami maksud, dan

iii. boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat.

Page 3: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Menurut ILA (1996), - International Listening Association

KM : satu proses menerima atau memahami makna

dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan

percakapan untuk mendengar sesuatu yang melibatkan

proses minda atau pemikiran - terdapat dua cara

komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada

percakapan dan pendengaran.

Pengenalan Kemahiran Mendengar

Page 4: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Mendengar adalah kemahiran bahasa yang penting dan

perlu dipelajari secara intensif terutama semasa belajar di

sekolah rendah dan menengah seperti yang terkandung

dalam sukatan pelajaran.

Aktiviti mendengar penting untuk dikuasai kerana

penggunaannya begitu meluas dalam kehidupan seharian.

Sekirannya pelajar tidak menguasai kemahiran mendengar

ini dengan baik, maka mereka tidak dapat menumpukan

sepenuh perhatian dan tidak memahami apa yang

disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas.

Yahya Othman (1993). Kemahiran Mendengar Dalam Pengajaran Bahasa. Jurnal Bahasa,

Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka, 6, hal. 45-61.

Pengenalan Kemahiran Mendengar

Page 5: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Pendengaran (listening) merupakan suatu kemahiran yang asas dan utama dalam proses komunikasi. Tetapi, aktiviti ini diabaikan dan tidak diberikan perhatian yang serius oleh kebanyakan orang.

Menurut pakar komunikasi, Paul Rankin (1929), 45% pula digunakan untuk mendengar sesuatu, 30% lagi digunakan untuk percakapan atau perbualan,

Kajian yang telah dibuat oleh kebanyakan pakar menunjukkan bahawa kira-kira 85% daripada pengetahuan kita diperolehi melalui pendengaran.

Menurut Markgraf (1957) yang dipetik oleh Koh Boh Boon dalam bukunya iaitu ‘Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia’ pula menyatakan bahawa kajian terhadap murid-murid sekolah tinggi pula menunjukkan bahawa pelajar ini telah menggunakan 46% daripada masa mereka di sekolah untuk mendengar sahaja dan 60% daripada aktiviti pendengaran itu adalah untuk mendengar percakapan guru.

Pengenalan Kemahiran Mendengar

Page 6: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Definisi Kemahiran Mendengar

Melibatkan usaha-usaha aktif dari fikiran kita dan perhatian

penuh atas apa yang didengar melalui telinga (listening).

Bukannya didengari oleh telinga dan tidak diperhalusi oleh

fikiran, bersifat angin lalu dan tidak berkesan (hearing).

Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan

dua peringkat kemahiran:

i. menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa yang

hampir sama seperti:

b – d (badang - padang)

d – t (datang - tatang)

l – r (lali - lari)

k – g (kalah - galah)

Page 7: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

ii. ialah memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung pada pengetahuan, pengalaman, budaya dan sikap pendengar itu.

Untuk memahami bunyi bahasa, seseorang itu perlu mempunyai unsur-unsur kefahaman yang berikut:

a) Pengetahuan yang sedia ada pada pendengar seperti fakta dan budaya bahasa yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan.

b) Pengetahuan tentang situasi berlakunya pertuturan yang didengar.

c) Pengetahuan tentang sistem bahasa.

Definisi Kemahiran Mendengar

Page 8: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Proses mendengar adalah satu aktiviti yang aktif. Pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna

bunyi bahasa. Pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami

dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.

Proses mendengar sesuatu yang didengar melibatkan organ telinga untuk mendengar sesuatu bunyi.

Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam empat peringkat:- iaitu yang pertama, i. mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa, ii. memahami bunyi-bunyi tersebut, iii. menilai bunyi-bunyi tersebut dan; iv. bertindak terhadap bunyi-bunyi tadi.

Definisi Kemahiran Mendengar

Page 9: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Konsep Penting Dalam Pendengaran

Pendengaran merupakan gabungan segala yang didengari, difahami dan diingati.

Pedengaran berlaku melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada melalui kecerdasan otaknya.

Proses pendengaran dipengaruhi oleh aspek fizikal, psikologi dan neurologi.

Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan idea yang logik dan berkesan.

Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan.

Pendengaran untuk mengkritik memerlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah dan bukti.

Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan tindak balas positif terhadap muzik, kesusasteraan, drama dan lain-lain bahan kreatif.

Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan analisis kritis terhadap bentuk dan isi.

Page 10: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Proses Mendengar

Proses mendengar ini juga biasanya berlaku dalam

empat peringkat:-

i. mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa,

ii. memahami bunyi-bunyi tersebut,

iii. menilai bunyi-bunyi tersebut dan;

iv. bertindak terhadap bunyi-bunyi tersebut.

Page 11: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Jenis-jenis Kemahiran Mendengar

Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu:-

i. mendengar secara pasif dan

ii. mendengar secara aktif.

Page 12: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

i) Mendengar Secara Pasif

Kemahiran mendengar pada peringkat paling rendah.

Merujuk kepada kemahiran mendengar tanpa bertindak

balas, iaitu pendengar hanya mendengar tanpa memberikan

sebarang respons yang menunjukkan sama ada dia faham

perkara yang diperkatakan ataupun tidak.

Pendengar tidak berupaya menyerap keseluruhan ujaran

yang didengarinya.

Pendengar juga kerap kehilangan fakta penting dan

memberikan tanggapan yang tidak menepati maksud

penutur.

Akibatnya, pendengar jarang-jarang dapat mengingati dan

menyatakan semula perkara yang didengar itu.

Page 13: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Dikenali juga sebagai mendengar secara interaktif.

Mendengar secara aktif melibatkan kedua-dua belah pihak iaitu penutur dan pendengar. Masing-masing berperanan secara aktif semasa sesi perbualan tersebut.

Semasa aktiviti mendengar secara aktif berlaku, seseorang itu boleh mencelah dengan mengemukakan beberapa soalan tambahan bagi mencari penjelasan, pengulangan ataupun mengucapkan semula. Jadi, pelajar tidaklah merasa tidak dilibatkan semasa perbualan di dalam kelas. Mereka berpeluang mempraktikkan mendengar secara interaktif melalui perbualan dalam kelas biasa yang dapat membantu penguasaan kemahiran itu.

Menjadi pendengar aktif apabila membuat suatu ringkasan atau rumusan mengenai hujah atau alasan penting yang dikemukakan oleh seseorang, menilainya dan menanya soalan bagi mendapat penjelasan mengenai apa yang diutarakan oleh seorang penutur. Tumpuan perhatian kepada minat, kebimbangan atau kerisauan, bunyi bising, gangguan dan rupa serta perawakan penceramah menjadi halangan kepada pendengaran yang berkesan atau aktif.

ii) Mendengar Secara Aktif

Page 14: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

a) Kemahiran Mendengar Intensif

Seseorang pendengar yang aktif akan memberi

penumpuan secara intensif kepada apa yang

diperkatakan oleh penutur dan pada masa yang sama

mampu menganalisis beribu jenis maklumat.

Otak manusia dikatakan mampu menerima kadar

pertuturan sekurang-kurangnya empat kali dari kelajuan

purata pertuturan seseorang penutur. Proses ini

memberi peluang kepada minda untuk berfikir semasa

mendengar.

Otak manusia juga dapat meringkaskan dan

mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika proses

mendengar sedang berlaku.

Page 15: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

b) Empati

Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur.

Pendengar yang aktif sedia untuk menerima di samping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur.

Cabaran kepada seseorang pendengar yang aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yang timbul dlam hatinya sehinggalah penutur selesai bercakap.

Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yang dihadapi di samping bersedia memberi buah fikiran dari kacamata pendengar dan penutur.

Page 16: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

c) Membina kemahiran mendengar yang efektif

Ciri yang penting untuk membina kemahiran mendengar yang efektif ialah dengan:-

i. Mengadakan interaksi secara berhadapan.

ii. Individu perlu mengelakkan dari melakukan halangan dari segi gerakan badan.

iii. Tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya juga perlu ditunjukkan.

iv. Individu perlu mengutarakan soalan yang berkaitan dengan ikhlas.

v. Elakkan diri daripada mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu.

vi. Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pendengar.

vii.Aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar perlu diwujudkan.

Page 17: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

d) Membina kemahiran bertindak balas

Perlu tindak balas yang positif bukannya tindak balas yang negatif.

Perlulah menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. Contohnya, perlu memberi pujian serta- merta terhadap kerja yang baik oleh subordinat serta memberi alasan mengapa dia perlu mendapat pujian tersebut. Jika dia melakukan kesalahan, maka perlulah ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat diperbaiki.

Tidak mengkritik orang lain secara individu atas sesuatu kegagalan yang berlaku kerana ini akan menyentuh emosi seseorang. Sebaliknya perlu ditegur dengan teguran yang membina dan dapat diterima oleh penutur.

Perlu menjadikan tindak balas tersebut bertepatan dengan masa supaya tindak balas tersebut lebih rasional dan praktik. Hal ini juga adalah untuk tindak balas tersebut mudah difahami dan diterima oleh semua pendengar.

Page 18: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Peringkat - Peringkat Kemahiran Mendengar

Terdapat 3 peringkat kemahiran mendengar:-

i. Peringkat Awal

ii. Peringkat Pertengahan

iii. Peringkat Maju

Page 19: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

i) Peringkat Awal

Mengecam, mengajuk dan memilih bunyi

Mengecam makna perkataan, frasa dan ayat

Melakukan suruhan atau arahan yang diberikan

Bertindak terhadap soalan-soalan mudah

Mengingat perkataan mudah dengan tepat

Memadankan perkataan dan ayat.

Page 20: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

ii) Peringkat Pertengahan

Mengecam dan mengingat fakta dan butiran secara

terperinci

Mengenal maklumat khusus

Mengesan urutan

Mengenal pasti sebab dan akibat

Mengenal perhubungan orang yang berinteraksi

Mengesan sikap dan perasaan orang yang bercakap.

Page 21: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

iii) Peringkat Maju

Mengenal isi-isi penting

Mengenal peranan dan hubungan dengan orang yang

bercakap

Mengetahui fungsi intonasi dan tekanan

Mencari jalan mengatasi masalah yang didengar

Mengikut aliran dalam dialog atau perbualan

Mentafsir tujuan penutur menggunakan berbagai bentuk

struktur nahu

Page 22: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Bentuk-bentuk Kemahiran Mendengar

Bentuk-bentuk

Kemahiran Mendengar

Mendengar Secara Pasif Mendengar

Secara Bertelau-

telau

Mendengar Tanpa

Tindak Balas

Mendengar Secara

Menebuk-nebuk Mendengar

Secara Beremosi

Mendengar secara

berhati-hati

Mendengar Secara Kritikal

Mendengar Dengan

Pengamatan

Mendengar secara kreatif

Page 23: BAB 1 - :: Amaljaya.com :: Making Money In Shaklee! Kemahiran Mendengar/Pen… · Adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku pada peringkat ... Semasa aktiviti mendengar

Faktor- Faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar

i. Faktor fizikal

ii. Faktor jantina

iii. Faktor status ekonomi

iv. Faktor mental