b2 edu3093 akta oku 2008 seksyen 26

12
. Bab 8—Pendidikan Khas 40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat. 41. Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan— (a) tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas; (b) kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas; (c) kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan (d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud Bab ini. (2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta mi. (3) Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik. Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep

Upload: wilson-choo

Post on 13-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: B2 EDU3093 Akta OKU 2008 Seksyen 26

. Bab 8—Pendidikan Khas

40. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas.Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas disekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengahyang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat.

41. Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulumpendidikan khas.(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3),Menteri boleh melalui peraturan-peraturanmenetapkan—(a) tempoh pendidikan rendah dan menengahyang sesuai dengan keperluan murid yangmenerima pendidikan khas;(b) kurikulum yang hendaklah digunakanberhubungan dengan pendidikan khas;(c) kategori murid yang memerlukan pendidikankhas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikanmurid dalam setiap kategori sekolah khas;dan(d) apa-apa perkara lain yang difikirkan olehMenteri suaimanfaat atau perlu bagi maksudBab ini.(2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri dibawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang daripadatempoh minimum pendidikan rendah atau menengah,mengikut mana-mana yang berkenaan, yangdiperuntukkan di bawah Akta mi.(3) Kurikulum yang ditetapkan di bawahperenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendakKurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnyapraktik.

Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.

Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep ringt-based.

Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.

Akta OKU 2008 Seksyen 26 : Tindakan Undang Undang Terhadap Pengabaian Kemudahan OKU Di dalam dan Luar Fasiliti Bangunan

Page 2: B2 EDU3093 Akta OKU 2008 Seksyen 26

 Saya sudah jelak mendengar apa juga alasan yang diberikan oleh pihak pihak yang bertanggung jawab di dalam hal ini. Saya juga sudah jelak mendengar soal peruntukan untuk meyediakan  kemudahan untuk golongan ini. Diskriminasi tetap juga berlaku tanpa ada rasa kesedaran di kalangan pihak berkuasa ke atas satu satu pembangunan.

Akta OKU 2008 Seksyen 26 telah memperuntukkan peluang akses kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam untuk OKU tetapi kurang dikuatkuasakan. Jika ada pihak yang melanggar undang-undang ini, pihak berkuasa diharapkan dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Apakah selepas ini saya akan mengambil tindakan sebagai saorang OKU  dibawah Seksyen 26  diatas pengabaian  kemudahan terhadap golongan ini seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah agar dapat tindakan perundangan yang sewajarnya.

Diskriminasi masyarakat terhadap OKU masih tinggi dan akta untuk membela OKU sudah dimaktubkan tetapi tidak dikuasakan ini seolah-olah tiada apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa, tiada guna dibentangkan di Parlimen. Jika kesalahan itu pula dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab menguatkuasakan akta ini, adakah pihak penguatkuasa itu boleh ‘dikuatkuasakan’?

OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.Benarkah ini berlaku?

Kesedaran yang cetek dan kedaifan kemudahan bagi warga orang kurang upaya (OKU) yang disediakan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ khususnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mencerminkan keseriusan kerajaan menjamin kehidupan yang selesa dan selamat di negara ini.

Sepanjang pengalaman saya di serata negeri di Malaysia. Kemudahan untuk golongan ini amat diabaikan terutama didalam pembagunan infrastruktur yang mana kebanyakan dari pembinaan yang  tidak meyediakan kemudahan yang sepatutnya ada untuk golongan ini.

Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT)  memastikan setiap bangunan serta kemudahan awam yang dibina dilengkapi ciri-ciri mesra orang kurang upaya (OKU).Apakah ini berlaku ? Jawapannya tidak sama sekali. Kebanyakan PBT tidak menetapkan garis panduan pembinaan yang  dibangunkan dikawasan mereka menepati ciciri mesra OKU.

Sikap sambil lewa dan mengutamakan keuntungan telah mengabaikan semua kemudahan ini. Seri Iskandar sebuah bandar yang membangun masa kini, pembangunan pesat telah terlaksana dan sedang dilaksanakan. Akan tetapi cuba kita lihat pada setiapa bangunan yang didirikan. Hampir kesemua bangunan tersebut tidak mempunyai laluan bagi orang OKU atau yang berkerusi roda, Ini termasuklah Bank, bank, pusat membeli belah, restoran restoran, kedai kedai makana  harian  termasuk lah di Pejabat Daerah  Perak tengah sendiri.

Tinjauan saya ke Seri Iskandar.   telah membuka mata saya bagaimana golongan OKU ini untuk berurusan? Sedangkan pergerakan mereka adalah terbatas ditambah pula dengan ketiadaan kemudahan yang disediakan. Setakat ini hanya TESCO yang menyediakan kemudahan untuk golongan ini membeli belah.

Page 3: B2 EDU3093 Akta OKU 2008 Seksyen 26

Setiap bangunan serta kemudahan awam yang dibina hendaklah menepati garis panduan mesra OKU yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ternyata perkara ini telah diabaikan oleh  PBT dan Majlis Daerah didalam setiap pembangunan yang dilakukan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seharusnya mengambil tindakan yang tegas didalam hal ini.

Sekarang kita lihat kebanyakan pemaju dan perancangan bandar dan desa, membina bangunan tanpa prasarana dan kemudahan untuk OKU dan warga emas. PBT cuai dalam perkara ini sebab sebelum mereka luluskan, PBT kena tengok ada ke tidak kemudahan ini. Dan ditambah pula denga ketidak perihatinan Ahli Yang Berhormat didalam hal hal ini.

Masalah kemudahan asas OKU ini bukan sahaja disekolah, malahan di institusi pengajian tinggi dan jabatan kerajaan sekalipun, ianya tetap berlaku. Sesetengah pentadbir sekolah, institusi pengajian dan jabatan kerajaan lebih suka menggunakan wang yang ada untuk memperindahkan kawasan, buat taman, buat kolam ikan, tambah penghawa dingin di bilik pengarah dan sebagainya yang bukan keutamaan sedangkan keperluan asas kemudahan OKU diabaikan. Penyediaan kemudahan untuk OKU ini sering kali diabaikan atas alasan tidak ramai OKU di kawasan tersebut, maka tidak perlu dibuat.

Sehingga kini, kira-kira hampir 400 ribu golongan OKU didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan angka itu hampir menyamai penduduk India di negara ini. Diantara kesemua mereka ini  kebanyakannya bukan dari golongan yang berada dan berpendapatan tinggi, setengah daripada mereka terpaksa “kais pagi , makan pagi” untuk meneruskan kehidupan  serta tanggungan  mereka.

Dengan berbekal kan bantuan RM300.00 atau RM150 ringgit sebulan mereka ini terpaksa survive untuk kehidupan. Apa yang amat dikesali ialah, setiap orang OKU  yang menerima bantuan tersebut telah digaris panduankan agar tidak melayakkan mereka menerima bantuan bantuan seperti bantuan persekolahan anak anak dan sebagainya.

Melalui Dasar yang ditetapkan oleh kerajaan bersama Kementerian yang bertanggungjawab telah membuat beberapa dasar yang khusus untuk golongan ini, akan tetapi berapa banyakkah perlaksanaannya telah dikuatkuasakan

Ini termasuklah meyediaan barrier-free termasuk kemudahan di dalam dan luar bangunan, tempat kerja, kawasan perumahan serta ruang awam. . Persoalannya berapa banyakkah PBT atau Majlis Daerah atau Badan Tindakan Pembangunan Daerah  yang melaksanakan hal ini didalam setiap pembangunan yang dirancang. Pada hemat saya semuanya tidak berlaku. Pertikaian kos menjadikan hal ini tidak dilaksanakan.

Apakah begitu besar kos yang terlibat sehingga menyebabkan kerugian yang besar kepada kontraktor pembinaan dan setyerusnya mengabaikan kemudahan ini.

Baru baru ini saya telah meninjau sekitar Kuala Lumpur, kemudahan awan yang disediakan telah menunjukkan satu peningkatan  yang baik baik golongan ini. Bas bas telah menyediakan  kemudana bagi golongan ini untuk menggunakan kemudahan awam. Slap atau tangga yang boleh diparas rendahkan untuk memudahkan golongan ini menaiki bas. Tetapi bagaimana pula dengan bas bas express yang mana rata rata tidak menyediakan  kemudahan ini-

Page 4: B2 EDU3093 Akta OKU 2008 Seksyen 26

Bagi diri saya sendiri, saya pernah jatuh ketika untuk menaiki bas yang tiada  kemudahan untuk golongan OKU, Sepatutnya penguatkuasaan Akta OKU yang mana mewajibkan semua perkara ini di laksanakan adalah perlu. Tetapi tindakan penguatkuasaan dari pihak kerajaan hanya seperti hangat hangat tahi ayam sahaja.

Saya difahamkan bahawa satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Apakah Jawatankuasa ini telah bertindak sewajar dengan pelan yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memastikan golongan ini telah mendapat  kemudahan yang sewajarnya.

Penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya.

Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

Semua yang saya paparkan di atas, tidak dikuatkuasakan secara wajar oleh pihak pihak yang membangunkan sesuatu  bandar. Semuanya ini hanya di atas sekeping kertas untuk dibentangkan dan bukan untuk dipraktikkan  secara  menyeluruh melalui penguatkuasaan dan diambil tindakan undang undang jika perkara diatas tidak dapat dilaksanakan serta membatalkan  pembinaan tersebut.

Sikap sambil lewa dan tidak ditegaskan di dalam apa juga pembangunan untuk OKU adalah satu sikap metaliti kelas ketiga yang mana jika kita bandingkan pemikiran  negara luar terhadap golongan ini adalah menjadi keutamaan.

Mendiskriminasikan golongan ini  jika ianya berlaku di negara barat tindakan undang undang terhadap premis yang tidak meyediakan kemudahan ini dapat dilakukan oleh golongan OKU . Tetapi berbeza dengan keadaan kita di Malaysia, golongan ini didalam kehidipan seharian masih dianggap gol;ongan kelas ketiga yang  mana segala kemudahan untuk mereka disediakan  hanya melepaskan batuk ditangga sahaja.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat beberapa syrikat yang telah mengambil inisiatif didalam hal ini, Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 25% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Persoalannya kenapa perkara ini tidak dikuatkuasakan bagi semua pengangkutan awam yang beroperasi di Malaysia ini. Jadikan ianya merupakan syarat yang wajib bagi sesabuah syarikat didalam negara ini menyediakan kemudahan ini.

Page 5: B2 EDU3093 Akta OKU 2008 Seksyen 26

Dengan demikian, penyediaan kemudahan OKU bukan lah satu beban kepada  pihak yang bertanggungjawab akan tetapi ianya merupaka kesedaran  dan keperihatinan kita terhadap kepurluan masyarakat ini. Mementingkan keuntungan secara tidak langsung akan menyisihkan golongan ini dari retetan  gerakan ekonomi dan pembangunan sahsiah masyarakat itu sendiri.,

Saya amat mengharapkan agar penguatkuasaan akta OKU dilaksanakan agar  glongan ini boleh mengambil tindakan perundangan terhadap mana mana  premis yang tidak meyediakan kemudahan untuk mereka sebagaimana yang dilakukan oleh dinegara barat. Kita sendang terarah menuju ke negara maju 2020 apakah tahap pemikiran  kita masih ditakuk kelas  ketiga didalam semua aspek yang melibatkan kemasyarakatan dan pembangunan  sahsiah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA

PENGENALAN

Bahagian Pembangunan Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah salah satu bahagian perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana tugas utama bahagian ini adalah untuk mengendalikan pengurusan berkaitan Orang Kurang Upaya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Segala pengurusan berkaitan pembangunan Orang Kurang Upaya adalah tertakluk di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008.

OBJEKTIF

1. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negeri ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.

2. Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.3. Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian

menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

DEFINISI OKU

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.

Akta Orang Kurang Upaya 2008

Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008.

Akta ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based.

Akta ini membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.

Page 6: B2 EDU3093 Akta OKU 2008 Seksyen 26

PERKHIDMATAN

A. PERKHIDMATAN DI LUAR INSTITUSI

Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapat berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka.

1. Pendaftaran Orang Kurang Upaya

Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Objektif Pendaftaran :-

Untuk mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini. Untuk merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan

pemulihan bagi golongan kurang upaya. Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan

keperluan OKU. Untuk mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan.

Syarat-syarat Pendaftaran :-

Orang Kurang Upaya warganegara Malaysia Telah disahkan/diperakui oleh Pegawai/Pakar Perubatan hospital kerajaan Menggunakan borang pendaftaran yang boleh didapati di mana-mana Jabatan

Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Kebajikan Masyarakat iaitu mengikut kategori umur iaitu bawah 18 dan atas 18 tahun.

Pendaftaran dijalankan di Pejabat Kebajikan Daerah/Jajahan/Negeri Orang Kurang Upaya bermastautin

2. Bantuan Alat Tiruan

Alat-alat tiruan seperti anggota tiruan, tongkat, kalipers, kerusi roda, alat pendengaran, cermin mata khas dan alat-alat lain diberi supaya orang kurang upaya yang miskin dan berkeperluan dapat bergerak serta memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT/S)

Bantuan ini bertujuan membantu orang kurang upaya yang tidak berkemampuan untuk membeli seperti kaki palsu, tangan palsu, kaliper, tongkat tangan/ketiak, kerusi roda. alat pendengaran, cermin mata khas, kasut khas dan lain-lain peralatan yang disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan.

Bagi menimbang permohonan, faktor berikut diambil kira:- o OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakato Disyorkan oleh doktor atau pakar perubatan; dan

Page 7: B2 EDU3093 Akta OKU 2008 Seksyen 26

o Mereka yang tidak mampu untuk membekalkan sendiri alat tiruan / alat sokongan yang diperlukan.

3. Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Elaun insentif kepada orang kurang upaya yang berkerja dan berpendapatan kurang daripada RM 1200.00 sebulan bagi individu. Ini adalah untuk menggalakkan mereka berminat untuk bekerja.

Skim ini juga bertujuan menggalakkan Orang Kurang Upaya terus berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain. Skim ini mempunyai beberapa tujuan:

Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance) untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang Upaya (OKU)

Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif

Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.

Kelayakan :-

Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Orang Kurang Upaya Bekerja sendiri atau dengan majikan Pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi RM1,200 sebulan tidak termasuk

pendapatan keluarga Berumur 18 tahun ke atas Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan tempat tinggal,

makan/minum dan pakaian percuma.

4. Bantuan OKU Tidak Bekerja ( BTB )

Bagi OKU yang tidak mampu bekerja kerana masalah kecacatan yang dialami dengan mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan hospital/klinik kerajaan.

Skim ini bertujuan untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang tidak berupaya untuk bekerja. Skim ini juga akan dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan OKU khususnya yang tidak berupaya bekerja dan mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar yang berkenaan ke Institusi Kebajikan. Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM150 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan.

Kelayakan:-

Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa. Sumber pendapatan

adalah merujuk kepada semua sumber pendapatan yang diterima oleh individu termasuk Pencen Ilat, pencen terbitan, pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan lain-lain

OKU berdaftar dengan JKM Disahkan oleh pegawai perubatan bagi kes-kes yang meragukan Berumur antara 18-59 tahun Bukan penerima skim Bantuan Bulanan JKM sedia ada

Page 8: B2 EDU3093 Akta OKU 2008 Seksyen 26

Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) kelolaan JKM dan program penjagaan / pemulihan kelolaan agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan

Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang berpendapatan di bawah PGK semasa, bantuan ini boleh dipertimbangkan kepada pemohon.

5. Perkhidmatan Kaunseling dan Khidmat nasihat

Bagi orang kurang upaya atau keluarga mereka yang menghadapi masalah dari segi emosi , keyakinan diri dan sebagainya atau memerlukan maklumat berkaitan jenis-jenis perkhidmatan yang diperlukan, bolehlah mendapatkan khidmat tersebut daripada Pegawai / Pembantu Kebajikan Masyarakat yang berkelayakan atau kaunselor di Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri masing-masing.

B. PERKHIDMATAN DI DALAM INSTITUSI

Membantu memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.

Perkhidmatan di Institusi

Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial

dan rohaniah Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional Penempatan semula dalam masyarakat Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan

masyarakat setempat Memberi kaunseling

Institusi Berkaitan Orang Kurang Upaya

Taman Sinar Harapan (TSH) Pusat Latihan Perinsustrian dan Pemulihan Bangi (PPLPP) Bengkel Daya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Rumah Kelompok

Menyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya. Terdapat 11 buah institusi orang kurang upaya seperti di bawah:-

INSTITUSI BILANGAN

Taman Sinar Harapan 7

Bengkel Terlindung 2

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi 1

Page 9: B2 EDU3093 Akta OKU 2008 Seksyen 26

Pusat Harian Bukit Tunku 1

JUMLAH 11