assignment waj3117 -sept

Upload: nor-shamsiah

Post on 06-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Secara amnya, bidang pengajaran sama seperti bidang pertahanan dan perniagaan yang memerlukan perancangan yang rapi untuk menyusun strategi agar segala matlamat yang diinginkan dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Seseorang individu yang melalui fasa kehidupan yang panjang pastinya akan mengatur pelbagai cara yang relevan dengan norma masyarakat sekelilingnya agar terus sukses dalam kehidupan. Begitu juga matlamat proses pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan nafas panjang untuk terus berfungsi sebagai wadah antara pengajar dan pelajar. Justeru itulah pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik sentiasa dikaji dan diteliti serta difahami agar fokus utama untuk melahirkan pendidik berwibawa dan pelajar berjaya dapat dihasilkan. Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik sebagaimana yang berikut :STRATEGIPendekatan

TeknikKaedah

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Berdasarkan Kamus Dewan (1998), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Dalam situasi pengajaran sebenar, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi perkara-perkara berikut.;

Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran. Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap kaedah dan teknik mengajar yang telah disusun. Pengagihan bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dipilih.

Situasi ini boleh diterjemahkan dalam grafik berikut :Pemusatan Guru

SSSttt

Pemusatan Murid Strategi

Pemusatan Bahan

Pemusatan guru biasanya menggunakan kaedah dan teknik seperti penerangan, demonstrasi, syarahan, pengajaran berkumpulan/ berpasukan, pengajaran mikro, bercerita atau keseluruhan kelas. Pemusatan bahan pula biasanya menggunakan kaedah dan teknik penggunaan alatan seperti audio-visual, penggunaan komputer, penggunaan bahan cetak, pengajaran-pembelajaran kesepaduan, modul dan penggunaan buku teks dan bahan rujukan. Sementara pemusatan murid pula, kaedah dan teknik yang kerap digunakan oleh guru ialah, projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kaedah kumpulan dan juga kaedah pembelajaran melalui pengalaman. Strategi pengajaran dan pembelajaran juga menegaskan kepandaian memilih, menyusun dan mengurus sesuatu dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperlihatkan daripada beberapa contoh berikut :

Strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran bahasa, meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran. Pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan terhadap teori pembelajaran , pendekatan kaedah dan teknik mengajar. Pemilihan dan pengurusan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan. Selepas merancang dan melaksanakan pengajaran yang bermula dengan set induksi, kelazimannnya guru akan menyampaikan pengajaran dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan dalam beberapa langkah secara berurutan, berterusan dan berkesinambungan.Langkah-langkah pengajaran yang dilaksanakan itu yang disebut sebagai strategi akan melibatkan tiga komponen utama, iaitu pertama, pendekatan, kedua, kaedah dan ketiga, teknik. Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks pendidikan, pendekatan adalah cara mendekati sesuatu atau perihal mendekati.Contoh : objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu pelajaran. Menurut Gestalt pula, pendekatan merupakan situasi mempelajari sesuatu secara keseluruhan dahulu dan kemudian mempelajari elemen-elemen yang ada di dalamnya. Jika situasi ini diterima sebagai sebuah teori pembelajaran, maka ia merupakan suatu bentuk pendekatan. Secara umumnya, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Pendekatan juga berlandaskan kepada model, prinsip/ teori pembelajaran iaitu : Konkrit kepada abstrak Mudah kepada kompleks Keseluruhan kepada bahagian Umum kepada spesifik (deduktif) Spesifik kepada umum (induktif) Dekat kepada jauh Diketahui kepada yang belum diketahuiUntuk lebih memahami, pendekatan bolehlah ditakrifkan sebagai satu pandangan, pendirian, pegangan atau falsafah bagi melihat, memahami dan mendekati sesuatu perkara. Pendekatan juga bercorak abstrak kerana falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Pada asasnya, pendekatan dalam pengajaran bahasa memerlukan kaedah-kaedah tertentu dan kekuatan sesuatu kaedah itu hanya boleh dilihat dan dinilai selepas dilaksanakan secara emparikal ( pengajaran bahasa di dalam kelas ).

Antara ciri-ciri pendekatan ialah :

DEDUKTIF INDUKTIF

PENDEKATAN

ELEKTIF KOMUNIKATIF

Deduktif merupakan suatu pendekatan kognitif. Ia berkonsepkan melihat keseluruhan sebelum membuat kesimpulan-kesimpulan. Pelajar juga perlu mempelajari sesuatu berdasarkan hukum serta membuat pencerakinan terhadap apa yang dipelajari. Sementara induktif pula menggunakan kaedah pencarian dan penemuan yang memerlukan penaakulan yang tinggi. Murid-murid tidak diajar secara langsung. Mereka perlu mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum serta membentuk kesimpulan umum daripada contoh-contoh. Pengajaran adalah berbentuk konkrit iaitu spesifik kepada umum dan lebih sesuai untuk murid yang cerdas atau pintar. Elektif pula membawa maksud pemilihan. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan sebagai strategi pengajaran. Sesuai digunakan dalam aktiviti berkumpulan, contohnya, aktiviti pemulihan dan pengayaan. Banyak digunakan dalam pengajaran subjek sains dan matematik. Sementara Komunikatif bermaksud pendekatan yang memfokuskan kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi. Antara tujuan pendekatan ini ialah bagi membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang betul semasa berkomunikasi. Selain itu, adalah diharapkan agar pendekatan ini mampu membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar empat kemahiran bahasa iaitu membaca, memahami, menulis dan bertutur. Kebiasaannya pendekatan ini dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu aktiviti prakomunikatif dan aktiviti komunikatif. Kaedah merujuk kepada satu set tindakan yang bersiri, perlakuan aktiviti yang berturutan dan berkaitan antara satu sama lain yang dilaksanakan oleh guru untuk memudahkan penyampaian bahan pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pemahaman murid, menarik minat murid untuk belajar dan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan.Secara lebih jelas, kaedah ialah cara atau urutan dalam membuat sesuatu, satu hukum atau prinsip atau cara mengajar yang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Menurut Mangantar Simanjuntak ( 1982 ), kaedah merupakan satu rencana @ prosedur yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Parera ( 1986 ) pula menyatakan bahawa kaedah merupakan satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya didasarkan kepada pendekatan. Sementara Ishak Ramly ( 2006 ) pula mentakrifkan kaedah sebagai satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Dalam erti kata lain, kaedah merupakan satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran bahasa secara teratur dan berdasarkan kepada pendekatan tertentu yang dipilih. Selain itu, kaedah boleh ditakrifkan sebagai cara yang digunakan dalam proses pengajaran untuk mengajarkan dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran yang berkaitan dengan kemahiran bahasa. Justeru konsep kaedah lebih konkrit dan tidak boleh bercanggah dengan pendekatan.Menurut Kamaruddin Hj Husin, 1988, kaedah terbahagi kepada beberapa jenis;

Kaedah terus Kaedah semulajadi Kaedah askar/tentera

Kaedah ajuk-hafazKaedahKaedah linguistik Kaedah oral-aural Kaedah terjemahanKaedah psikologi

Kaedah kod-kognitif Kaedah khusus

Kesimpulannya, kaedah ialah satu prosedur yang mengandungi bahan, yang tersusun dan diikuti untuk disampaikan kepada murid berdasarkan kehendak pendekatan yang dipilih. Prosedur ini menentukan langkah-langkah yang harus diikuti oleh guru. Terdapat pelbagai kaedah mengajarkan kemahiran bahasa mengikut teori linguistik atau perolehan bahasa. Contohnya, Kaedah Abjad, Kaedah Bunyi atau Kaedah Pandang Sebut.

Teknik pula merupakan satu set himpunan kelakuan atau cara dalam kaedah. Antara teknik yang dicadangkan adalah seperti berikut :

Teknik Drama Teknik Permainan Bahasa Teknik Perbincangan Teknik Bercerita Teknik Latih TubiSelain itu, terdapat beberapa takrifan mengenai teknik iaitu : Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), mendefinisikan teknik sebagai satu kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony pula menjelaskan bahawa teknik merupakan satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Sementara menurut Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz pula mentafsirkan teknik sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Dari sudut yang lain teknik adalah;

Cara yang lebih khusus/spesifik Teknik dicipta untukyang digunakan untuk mengajar membantu gurusesuatu kemahiran atau menjayakan sesuatuaspek bahasa. kaedah pengajaran.

Walau apapun takrifannya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenar, teknik pengajaran bahasa adalah seperti gambaran grafik di bawah;

1.Teknik bercerita 9. Teknik2. Teknik soal jawab bersyarah

8. Teknik TEKNIK 3. Teknik main peranan PENGAJARAN berbincang BAHASA 7. Teknik 4. Teknik tunjuk cara & latih tubi

6. Teknik 5. Teknikbrainstorming penyelesaian masalahKesimpulannya, terdapat banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru bebas memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang hendak digunakan kerana tiada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh pengalaman yang berguna.Justeru itulah pakar pengkaji bahasa sentiasa berusaha dari semasa ke semasa meneroka bidang ilmu dan kemahiran untuk mencari kaedah dan teknik terbaik bagi mencapai matlamat yang dihasratkan oleh warga pendidik dengan tujuan dapat menarik minat murid, mengekalkan perhatian murid di dalam kelas dan dapat membangkitkan rasa ingin tahu murid terhadap subjek yang diajar terutama dalam konteks pemerolehan bahasa.Setelah berdekad proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas, maka terciptalah berbagai teknik yang diharapkan agar dapat membantu guru menghasilkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah main peranan dan simulasi. Kedua-dua teknik ini dianggap sebagai teknik yang berkesan dalam kaedah komunikatif khususnya dalam bahagian aktiviti komunikatif. Kedua-dua teknik ini bertujuan untuk membolehkanmurid-murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi-situasi sosial yang disediakan oleh guru di dalam bilik darjah. Oleh itu, dalam main peranan dan simulasi, murid-murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenarnya terlebih dahulu sebelum dapat berinteraksi dalam situasi tiruan (olok-olok ) tetapi antaranya terdapat beberapa perbezaan.

Dalam main peranan, guru merancang aktiviti-akviti bahasa yang dapat melibatkan murid-murid berlatih untuk berinteraksi dalam situasi sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah. Setengah-setengah daripada interaksi sosial ini mungkin telah dialami oleh murid-murid sendiri. Dalam main peranan, guru juga boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan kemudian mereka diminta melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan. Jadi, dalam main peranan, murid-murid mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri bahasa yang hendak digunakan dalam situasi yang diberi oleh guru. Di samping itu, murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi. Walau bagaimanapun, mereka perlu pastikan yang bahasa itu sesuai digunakan dalam situasi-situasi sosial yang diberi.

Sementara teknik simulasi pula, guru perlu mewujudkan satu situasi yang hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Teknik ini juga memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Teknik ini juga dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, terdapat juga teknik teater bercerita. Teknik ini merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Teknik ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.Guru perlu memilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Murid perlu menghafaz frasa atau ayat-ayat penting dan guru boleh menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Pantomin juga boleh diadaptasi dalam pengajaran kerana teknik ini dapat melatih murid-murid untuk memahami serta menggambarkan maksud dan perasaan melalui penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain. Seni pertunjukan ini hanya dengan gerak-geri melalui bahasa tubuh semata-mata. Pantomin yang mula dikenali sejak zaman Mesir Kuno dan India. Kemudian, dalam perkembangannya merebak ke Yunani dan istilah pantomin sendiri adalah berasal dari bahasa Yunani yang bererti serba isyarat atau dengan kata lain lakonan bisu.

Aktiviti ini boleh dijalankan secara berpasangan ataupun dalam kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima orang. Setiap murid dalam kumpulan kecil akan berlakon secara bergilir-gilir. Lakonan itu tidak menggunakan apa-apa dialog tetapi hanya secara beraksi. Murid-murid dikehendaki mengkhayalkan sesuatu benda atau perbuatan yang dilakukan oleh pelaku. Mereka boleh mengemukakan beberapa soalan bagi memastikan benda tersebut. Pelakon tidak boleh menjawab dengan menggunakan bahasa tetapi dengan beraksi sahaja samada mengangguk atau menggeleng.

Satu lagi teknik yang digunakan dalam proses pengajaran ialah teknik mestamu. Teknik ini merupakan aktiviti melagukan puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan sebagainya tanpa muzik. Untuk proses pengajaran guru boleh menggunakan melodi lagu yang diminati atau popular. Guru bolehlah menggantikan seni kata/lirik lagu kepada sajak atau puisi yang dipelajari kerana dengan cara demikian murid akan mudah mengingati sajak /puisi yang akan dipelajari.

Teknik lain yang kerap digunakan oleh guru dalam proses pengajaran ialah permainan bahasa. Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif kerana aktiviti ini dianggap amat penting bagi membentuk kecekapan berinteraksi ataupun kecekapan berkomunikasi seseorang murid. Dalam permainan ini, murid-murid dapat mempelajari bahasa selari dengan proses pembelajaran bahasa secara semula jadi. Walau bagaimanapun, untuk memastikan kejayaan permainan itu, murid-murid perlu kreatif dalam penggunaan bahasa, ketika terlibat dalam aktiviti ini, seseorang murid perlu menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan apabila bercakap atau menulis supaya maksud yang hendak disampaikan mudah difahami. Sebaliknya ia juga perlu mendengar dan memahami apa yang dipertuturkan atau ditulis oleh orang lain supaya ia dapat terlibat dalam permainan tersebut.

Tegasnya, permainan ini akan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru juga dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Guru pula dapat menanamkan semangat bekerjasama antara ahli-ahli kumpulan. Namun, yang lebih penting ialah, guru dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekapan bahasa mereka serta mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa ( kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis ). Ini bermakna teknik ini amat penting. Justeru itu, pengajaran ini mestilah dijadikan salah satu teknik terutama dalam pengajaran bahasa dan bukan pada akhir penggal ataupun selepas peperiksaan sahaja.

Pada umumnya, tujuan teknik permainan bahasa dapat disimpulkan seperti berikut :1. Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan.2. Membolehkan murid menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan semasa bermain.3. Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid. 4. Mewujudkan situasi social yang sihat bagi membolehkan murid-murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka.5. Mendorong minat murid-murid untuk bekerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.6. Meneguhkan dan memperkembangkan salah satu daripada keempat-empat kemahiran. (mendengar, bertutur, membaca dan menulis )

Untuk mencapai tujuan ini, berbagai jenis permainan bahasa dapat dijalankan:1. Permainan yang berasaskan perhatian atau ingatan.Contohnya, murid-murid mengingat kembali unsur-unsur yang terdapat pada gambar-gambar yang ditunjukkan kepada mereka secara sepintas lalu.2. Permainan yang berasaskan huraian atau meneka.Contohnya, meneka gambar yang ada pada lawannya, meneka jenis pekerjaan berasaskan aksi yang dilakonkan dan lain-lain.3. Permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu.Contohnya, tekalah saya, menerima pesanan dan lain-lain.4. Permainan kad, contohnya main pancing.5. Permainan dam.

Walau bagaimanapun, permainan bahasa yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri berikut :1. Memerlukan persediaan yang tidak terlalu banyak.2. Senang dimainkan tetapi dapat memberi cabaran terhadap daya pemikiran murid-murid.3. Pendek dan dapat memenuhi jangka waktu mengajar yang biasa.4. Dapat menghiburkan murid-murid di samping kelas yang terkawal.

Untuk menentukan teknik permainan ini terlaksana dengan baik, beberapa langkah perlu diambil. Sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memastikan tujuan permainan dan tugas lanjutan yang mengikuti permainan tersebut. Guru juga perlu memastikan yang permainan yang dipilih itu dapat melibatkan semua murid sama ada secara individu atau secara berkumpulan. Di samping itu, permainan yang dipilih juga mestilah sesuai dengan kebolehan dan kematangan murid-murid. Guru juga perlu memberi arahan-arahan yang jelas tentang perjalanan permainan dan peraturan-peraturan yang perlu diikuti. Ketika permainan dijalankan guru perlu mengawasi perlaksanaan dan memberhentikannya pada masa yang ditetapkan.

Teknik yang berikutnya ialah latih tubi. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini bertujuan untuk mencapai tahap penguasaan kemahiran tersebut. Teknik ini sering digunakan dalam kaedah yang berasaskan pendekatan induktif. ( kaedah terus, eklektik, fonetik dan audio-linggual )Latih tubi juga merupakan proses latihan struktur bahasa yang bertujuan untuk membentuk kelaziman yang betul bagi menggunakan struktur-struktur bahasa yang dianggap menjadi masalah kepada murid-murid. Teknik pengajaran ini sering digunakan bagi melatih tubi struktur dan pola ayat dalam dialog.

Menurut Edward M. Anthony, strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan kaedah serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pengajaran secara optimum. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum. Kesimpulannya, pendekatan, strategi dan teknik yang digunakan oleh guru mampu menanam dan membina keinginan untuk belajar selain memupuk minat murid. Secara tidak langsung, ia juga dapat meningkatkan pencapaian dalam pelajaran.

Subjek: BAHASA MELAYU

Tahun: 5 GEMILANGMasa: 08.45 09.45Bilangan murid : 31 orang TEMA: KEBUDAYAAN MALAYSIATajuk: Budi Bahasa Budaya KitaFokus utama : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 1: Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.Fokus sampingan : 8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.Aras 3: Menulis karangan dengan menggunakan ayat topic dan ayat huraian yang lengkap. Objektif:Pada akhir pelajaran murid dapat :(i) Menggunakan sistem panggilan dan sapaan yang betul dan sesuai semasa berinteraksi.(ii) Menulis karangan berformat ucapan.(iii) Menggunakan simpulan bahasa yang sesuai dengan situasiSistem Bahasa :Kosa kata : Insya-Allah, berkat, bersyukur, bertatasusila, menghargaiTatabahasa : Sintaksis, simpulan bahasa

Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan menulisPengisian Kurikulum : Ilmu: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai: sopan santun, hormat-menghormati, berhemah, lemah-lembut, ikhlas dan merendah diri.Kemahiran Bernilai Tambah : Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kecerdasan PelbagaiBahan Bantu Mengajar : Borang grafik Petikan teks ucapan Skrin/laptop Kad simpulan bahasa Pengetahuan sedia ada :Murid telah diberikan bimbingan dan panduan cara mengucapkan kata bertatasusila semasa Kempen Budi Bahasa Budaya Kita peringkat sekolah.

Isi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Unsur kesantunan bahasa dalam lirik laguSet Induksi ( 5 minit )i. Murid menyanyikan lagu Budi Bahasa dengan iringan muzik ii. Guru meminta murid mengucapkan kata bertatasusila yang terdapat dalam lirik lagu dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran.BBB : slide lirik lagu

Nilai :Merendah diri,Menghormati.

KBT : TMK

Petikan teks ucapan.Langkah 1 ( 20 minit ) Murid diedarkan teks ucapan. Guru meminta beberapa orang murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. Guru dan murid membuat analisis kesantunan bahasa yang terdapat dalam teks ucapan.BBB :Petikan teks ucapan KBT :Kemahiran BerfikirKemahiran Belajar.

Kumpulan 1Menulis pendahuluan karangan, iaitu kata alu- aluan mengikut protokol dengan menggunakan sistem panggilan dan rujukan kehormat yang betul.Kumpulan 2Menulis isi ucapan pertamaKumpulan 3Menulis isi ucapan keduaKumpulan 4Menulis isi ucapan ketigaKumpulan 5Menulis penutup ucapan dengan menyelitkan ungkapan rabbani.

Langkah 2 ( 20 minit ) Kelas dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diminta menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru. Wakil daripada setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. Murid mengisi borang grafik. Murid menyusun teks ucapan menurut urutan bagi membina perenggan karangan. Murid menggunakan kata, frasa, ungkapan dan ayat sopan santun yang sesuai dalam penulisan karangan.BBB :Borang grafik

KBT :Kemahiran BerfikirKemahiran Belajar

Nilai :Bekerjasama,Hormat-menghormati,Ikhlas

Penutup Kognitif :Penutup Sosial :Penutup ( 5 minit ) Guru meminta murid menyatakan perkara-perkara menarik yang telah dipelajari pada hari itu. Guru merumus pelajaran pada hari itu. Murid meneka simpulan bahasa yang dilakonkan oleh rakan sepasukan. Pasukan paling cepat mendapat jawapan dikira sebagai pemenang.Nilai murni :BersyukurBersopan santun

18