hbef 2503 kaedah penyelidikan dalam pendidikan assignment sept 2011(2)... da

Upload: azhar-mohamed

Post on 16-Oct-2015

174 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS SUKUKATA TERTUTUP KVKKVK DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS

HASLINDA BINTI ABDUL RAZAK

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAOPEN UNIVERSITY MALAYSIAKELANTAN

1

21

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1. Muka Surat Tajuk

2. Isi Kandungan1 - 2

3. Abstrak3

4. Abstract4

BAB 1 : PENGENALAN

1.0Pengenalan51.1Latar Belakang Masalah Kajian61.2Pernyataan Masalah Kajian7 - 81.3Kerangka Konsep91.4Objektif Penyelidikan Atau Kajian101.5Soalan Penyelidikan Atau Kajian101.6Kepentingan Penyelidikan Atau Kajian1.6.1 Kepada Pelajar111.6.2 Kepada Guru Guru Bahasa Melayu111.6.3 Kepada Ibu Bapa111.6.4 Kepada Pihak sekolah111.7Batasan Penyelidikan Atau Kajian121.8Definisi Istilah1.8.1 Pemulihan Khas121.8.2 Kemahiran Menulis12Rumusan13

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.0Pengenalan 14 - 182.1Kajian Lepas Di Malaysia18 - 212.2Kajian Lepas Di Luar Negara21 22Rumusan23

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.0Pengenalan243.1Reka Bentuk Kajian24 - 253.2Populasi Dan Sampel253.3Alat Kajian25

3.3.1 Ujian- Ujian Penilaiani) Ujian Diagnostik26ii) Ujian Pra26iii) Ujian Pos273.3.2 Soal Selidik273.3.3 Pemerhatian283.3.4 Senarai Semak283.4Tatacara Pengutipan Data3.5Tatacara Penganalisisan DataRumusanRujukanLampiran

ABSTRAK

Kemahiran menulis merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Program pemulihan peringkat awal akan memberi kesan yang lebih efektif dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan pendidikan di negara kita. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Pemulihan Khas, agar dapat memenuhi impian warga sekolah untuk mengurangkan kadar buta huruf di kalangan murid-muridnya. Respon kajian terdiri daripada lima orang murid Pemulihan Khas tahun dua di SK. Sri Neting, Tumpat, Kelantan. Tinjauan awal menunjukkan murid-murid ini sukar untuk menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup KVKKVK. Perancangan menitikberatkan cara menulis suku kata KVKKVK dengan kemas dan betul dalam kalangan murid pemulihan. Tindakan yang diambil untuk meningkatkan kemahiran disesuaikan dengan mata pelajaran dan sampel yang dikaji.

ABSTRACT

Writing skills is a framework for teaching and learning activities to be implemented by teachers in the classroom, within a specified period of time. Writing skills are basic Malay language for primary school pupils. It is very important for them to achieve greater heights of success in the future. Early rehabilitation program will impact more effectively in order to uphold the Malay and strengthen education in our country. Therefore, this study aims to improve writing skills among Malay students Recovery, in order to fulfill my dream school to reduce the illiteracy rate among the students. Responses study of five second year students Recovery in SK. Sri Neting, Tumpat, Kelantan. Initial survey shows students are hard to write words that contain closed syllables KVKKVK. Planning concerned how to write neatly syllables and correct KVKKVK among remedial students. Actions taken to improve the skills and subjects adapted to the studied sample.

BAB 1PENGENALAN

Kemahiran menulis merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan merupakan tugas mencabar bagi guru dan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menulis merupakan salah satu kemampuan berbahasa. Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI ) menulis memberi erti membuat huruf atau angka dengan pena. Namun dengan semakin berkembangnya teknologi pada masa kini, menulis juga boleh dilakukan dengan menggunakan komputer atau laptop.

Menulis dapat dianggap sebagai suatu proses mahupun suatu hasil. Menurut Heaton dalam St. Y. Slamet ( 2008 : 141 ) menulis merupakan keterampilan yang sukar dan kompleks. Manakala Gebhardt dan Dawn Rodrigues ( 1989 : 1 ) pula berpendapat, writing is one of the most important things you do in college. Tokoh tempatan, Juriah Long ( 1990 ) menerangkan bahawa menulis merupakan satu proses bagi menyampaikan buah fikiran atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada orang ramai.

Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh pelajar bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi untuk mata pelajaran-mata pelajaran yang lain. Menulis dalam apa bentuk sekalipun adalah mustahak kerana ia dapat membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam pembelajaran.

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi kadang kala mereka tidak dapat memenuhi impian dan harapan kedua ibu bapa dan guru untuk menjadi antara murid yang cemerlang dalam pelajaran. Murid-murid ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah dan berpencapaian rendah dalam pelajaran. Seterusnya mereka akan di tempatkan di dalam kelas Pemulihan Khas. Sehubungan dengan itu pelaksanaan pelbagai kaedah dan aktiviti pengajaran yang terancang di dalam kelas Pemulihan Khas didapati dapat meningkatkan kemahiran murid ini di dalam kemahiran menulis.

Walaupun sebahagian murid telah dapat menulis suku kata terbuka, namun masih wujud masalah murid untuk menguasai kemahiran menulis yang seterusnya iaitu suku kata tertutup. Mereka akan mengalami kesukaran untuk menulis perkataan yang lebih dari dua huruf. Berpegang kepada prinsip memulihkan masalah seawal mungkin, saya telah mengesan dan mengenal pasti daerah kelemahan yang dihadapi oleh murid dalam menulis suku kata tertutup .

Oleh itu sesuatu perlu dilakukan dalam usaha memantapkan murid menguasai kemahiran menulis. Kajian ini berfokuskan kepada meningkatkan penguasaan menulis murid yang mengandungi suku kata tertutup KVKKVK. Maka saya sebagai guru pemulihan khas terpanggil untuk membuat kajian tindakan ke atas masalah ini.

1.2 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Kajian ini difokuskan kepada pelajar di dalam Kelas Pemulihan Khas di Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Tumpat, Kelantan. Masalah ini dikenal pasti hasil dari beberapa ujian yang telah dijalankan. Didapati bahawa murid-murid tahun dua kelas Pemulihan Khas gagal menguasai kemahiran menulis suku kata tertutup KVKKVK. Kegagalan ini secara langsung akan menggagalkan pembelajaran individu tersebut dan seterusnya akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan.

Pada mulanya mereka dapat menulis suku kata terbuka KV dengan baik tetapi apabila hendak menyalin suku kata tertutup KVKKVK dari papan hitam mereka menghadapi kesukaran. Ini disebabkan mungkin mereka keliru apabila melihat terlalu banyak huruf yang hendak ditulis semula ke dalam buku latihan. Mereka juga mengambil masa yang lama untuk menulis perkataan-perkataan tersebut.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid ini akan merasakan satu tekan apabila berada di sekolah, khasnya di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung akan hilang minat mereka untuk datang ke sekolah. Seterusnya akan mewujudkan masalah sampingan seperti ponteng sekolah. Mereka akan merasakan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

Sekiranya diberi latihan menulis mereka ini banyak melakukan kesilapan ejaan. Kadang kala mereka langsung tidak dapat melengkapkan perkataan yang diberi dengan huruf yang betul. Apabila diminta juga menyiapkan tugasan tersebut mereka akan memberikan jawapan yang mudah sahaja iaitu saya tidak tahu..., susahlah cikgu.. dan pelbagai alasan lagi. Ini menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk menyiapkan tugasan tersebut.

Oleh itu saya berpendapat masalah ini perlu diatasi segera untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran menulis perkataan yang lebih mencabar dan seterusnya menjalani proses pembelajaran dengan lebih berkesan pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu pelbagai langkah penyelesaian telah dihasilkan bagi

membantu mereka meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dengan harapan mereka dapat menulis dengan lebih baik.

Antara langkah penyelesaian yang akan dibuat termasuklah kaedah latih tubi dan kaedah permainan. Dengan membuat latihan yang banyak melalui kaedah latih tubi diharapkan dapat membantu murid memahami dan mengingati apa yang diajar. Melalui kaedah permainan pula, selain dari dapat memberikan keseronokan ia juga dapat meningkatkan minat murid untuk terus belajar. Sehubungan dengan itu tujuan kajian ini adalah untuk menyelidik keberkesanan kaedah latih tubi dan permainan dalam mempertingkatkan penguasaan kemahiran menulis murid Pemulihan Khas.

1.3 KERANGKA KONSEP

Kerangka konsep disediakan untuk berfungsi sebagai pemandu kepada kajian ini agar ia menjurus kepada tujuan dan matlamat yang dikehendaki. Rajah 1 menggambarkan suatu andaian bahawa masalah pembelajaran yang sering didapati dalam kalangan pelajar ada kaitannya dengan strategi pembelajaran dan pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Ia boleh menjejaskan kebolehan seseorang.

Oleh itu guru dapat membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah pembelajaran pelajar dengan membuat pelbagai kaedah yang bersesuaian dari segi pendekatan pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

1.4OBJEKTIF PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk :1) Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis suku kata KVKKVK dengan menggunakan CD Interaktif yang mudah, ringkas dan menarik.2) Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis suku kata KVKKVK dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran dan pengajaran yang sesuai dengan kehendak dan keupayaan murid.3) Supaya murid dapat menulis suku kata KVKKVK dengan betul dan kemas.

1.5 SOALAN PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN

Berpandukan objektif-objektif kajian yang telah disenaraikan, soalan-soalan kajian dibina bagi memudahkan untuk mencapai objektif dan tujuan kajian yang dijalankan. Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut;

1) Adakah penggunaan persembahan multimedia dan CD Interaktif dapat meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid ?2) Apakah teknik dan kaedah pengajaran yang sesuai akan digunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid ?3) Sejauh manakah murid dapat menulis suku kata tertutup KVKKVK dengan betul dan kemas ?

1.6KEPENTINGAN PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN

Kajian ini difikirkan perlu dijalankan dalam konteks pendidikan pemulihan kerana kita sering mendapati murid pemulihan dikaitkan dengan masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Maka adalah difikirkan bahawa kajian ini akan dapat dilaksanakan dengan harapan dapat memberi manfaat kepada;1.6.1 Pelajari). Murid dapat menulis suku kata tertutup KVKKVK dengan kemas dan betul.ii). Murid dapat menulis huruf, suku kata dan perkataan dengan baik dan betul.1.6.2 Guru- Guru Bahasa Melayui) Melihat keberkesanan aktiviti yang dirancang kepada sasaran yang dikaji.ii) Mengetahui tahap penguasaan penulisan sebenar murid pemulihan yang dikaji.iii) Dapat digunakan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.1.6.3 Ibu Bapai) Memberikan pendedahan kepada ibu bapa untuk mengetahui secara mendalam masalah dan kesukaran belajar murid pemulihan. Seterusnya dapat memberi sokongan dan dorongan di rumah.1.6.4 Pihak Sekolahi) Mengurangkan peratus murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis.ii) Meningkatkan pencapaian dalam aspek penulisan di peringkat sekolah.

1.7BATASAN PENYELIDIKAN ATAU KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian tindakan ke atas murid Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Tumpat, Kelantan. Responden terdiri daripada lima orang murid Pemulihan Khas dari Tahun Dua Cekal. Mereka terdiri daripada tiga orang murid perempuan serta dua orang murid lelaki.

1.8DEFINISI ISTILAH

1.8.1Pemulihan KhasBahagian- Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP ( BS )8502151PKIJ1d. V (26) bertarikh 8 Januari 1986 telah mendefinisikan pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

1.8.2Kemahiran MenulisMenulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.

RUMUSAN

Secara tradisinya, kemahiran menulis adalah salah satu kemahiran yang ditekankan dalam pembelajaran bahasa. Kelemahan murid menguasai kemahiran menulis akan menjejaskan potensi serta motivasi murid dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dengan adanya kelas pemulihan khas diharapkan guru dapat memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Persepsi guru tentang imej murid lembam yang memerlukan bantuan pemulihan seharusnya positif serta mempunyai kesedaran bahawa murid ini seharusnya dilayan secara adil dan saksama kerana mereka juga berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang lain.

Kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting untuk meningkatkan keyakinan murid ini untuk berjaya setanding dengan rakan-rakan mereka yang dianggap pintar dan berkebolehan. Melalui kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar kelas Pemulihan Khas untuk menguasai kemahiran menulis dengan lebih baik.

BAB 2TINJAUAN LITERATUR

PENGENALAN

Pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah memberikan tumpuan kepada pelajar untuk menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Antara kemahiran-kemahiran ini, kemahiran menulis dianggap paling sukar untuk dikuasai.

Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran bahasa yang turut ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu kurikulum lama yang disemak semula pada tahun 2002 dan dilaksanakan bermula pada tahun 2003. Dalam kurikulum baru ini, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid kerana ia merupakan kemahiran yang paling kompleks.

Menurut Noorazman Mahat ( 2009 ),Murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak

menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan.

Lantaran itu, murid perlu menguasai kemahiran menulis untuk menghuraikan data-data yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan. Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran.

Menurut Suhaimi Yunus ( 2009 ),Ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia.

Menurut Chua Soon Bui ( 2008 ) pula, Berdasarkan Ujian Penapisan KIA2M pada bulan Januari 2008, peratusan dan bilangan murid-murid Tahun 1 sekolah kebangsaan yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis atau mengira dalam program KIA2M di Sabah adalah sebanyak 65.5% atau 28,700 orang.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said pula mendedahkan sehingga bulan Mei 2008, seramai 7,430 murid tahun satu di negeri Terengganu masih tidak dapat menguasai kebolehan membaca dan menulis. Sehingga bulan Februari 2010, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendedahkan 60% orang murid tahap satu di sekolah rendah seluruh negara masih belum menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis. Fakta-fakta yang dipaparkan menunjukkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis murid-murid sekolah rendah di Malaysia masih lagi di tahap yang membimbangkan.

Pendidikan Pemulihan Khas di Malaysia diperkenalkan selepas projek perintis untuk meninjau keperluan mengadakan pendidikan pemulihan. Dilancarkan oleh Bahagian Sekolah -Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1967. Kelas Pemulihan Khas diwujudkan bagi tujuan mengatasi masalah ketidakupayaan murid-murid lemah dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam pengajaran pemulihan strategi pengajaran diubahsuai untuk keperluan murid-murid yang mengalami ketidakupayaan dalam pembelajaran.

Bagi kemahiran menulis pengajaran Tahap 1 iaitu tahun 1 hingga tahun 3 tertumpu pada kemahiran menulis asas seperti mengenal dan menulis abjad, mencantumkannya menjadi kata, frasa dan ayat. Penekanan pengajaran kemahiran menulis amat penting bukan sahaja untuk tujuan pencarian ilmu pengetahuan, bahkan

juga bagi memenuhi fungsi sosial dalam aktiviti harian. Bagi tujuan itu murid sekolah haruslah mencapai suatu tahap literasi yang sesuai untuk memenuhi kedua-dua fungsi berkenaan.

Kebelakangan ini kelemahan menulis dalam kalangan murid sekolah sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah menjadi perhatian masyarakat. Mengikut statistik daripada Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1997 ) menunjukkan bahawa seramai 85 377 orang murid sekolah rendah seluruh Malaysia menghadapi masalah dalam kemahiran membaca dan menulis iaitu tidak boleh menguasai kemahiran asas 3M.

Laporan dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( 1999 ) pula menyatakan bahawa terdapat seramai 24 000 pelajar dalam kelas peralihan tingkatan satu masih tidak dapat membaca, menulis dan mengira. Laporan tersebut menunjukkan bahawa masalah menulis dalam kalangan murid sekolah adalah satu perkara yang perlu diatasi segera.

Pengumpulan data tentang literasi yang membabitkan kemahiran menulis di Malaysia, telah dijalankan oleh jabatan-jabatan pelajaran. Contohnya oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang ( 2001 ). Hasil bancian kemahiran menulis yang dijalankan di negeri ini didapati sebanyak 86.0 peratus murid sekolah kebangsaan di negeri ini menguasai kemahiran berkenaan dengan sekolah-sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Pulau mendahului pencapaian iaitu 88.0 peratus, diikuti Pejabat Pendidikan Daerah Utara dan Tengah ( 85.4 peratus ), Pejabat Pendidikan Daerah Selatan ( 81.6 peratus )

Sekiranya pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah negeri Pulau Pinang yang kerap mengatasi pencapaian nasional dijadikan ukuran, peratusan di atas menggambarkan masih ramai bilangan murid sekolah kebangsaan di negara ini masih belum mencapai tahap penguasaan minimum dalam kemahiran menulis. Justeru itu Noriah ( 1999 ) telah menggariskan peranan pendidikan pemulihan sebagai langkah khusus dalam menangani masalah membaca, menulis dan mengira ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dikesan.

2.1KAJIAN LEPAS DI MALAYSIA

Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak kajian yang dijalankan oleh para penyelidik dalam bidang penulisan ini yang dilihat dari berbagai-bagai-bagai aspek. Bertepatan dengan kajian Liza Rozy Anak Ulok ( 2009 ), terhadap murid-murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan BT, Kuching, Sarawak menggunakan Kaedah Eklektrik yang digabungkan dengan Kaedah Oral- Aural secara berterusan selama dua bulan membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Murid-murid tersebut mengalami masalah untuk membunyi, menulis, mengingat mahupun mengecam suku kata KVKV. Hasil kajian menunjukkan murid-murid boleh membunyi, menulis, mengingat serta juga mengecam suku kata KVKV dengan tepat sama ada melihat gambar, tanpa melihat gambar atau hanya mendengar suku kata KVKV yang disebut.

Berdasarkan premis yang berkaitan fungsinya sebagai alat komunikasi, sebuah kajian yang menggunakan model komunikatif ( Hymes, 1972; Canale, 1983; Allen dan rakan-rakan, 1983; Bachman, 1990; Hutchinson, 1990 ) telah dijalankan oleh satu pasukan penyelidik dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia pada tahun 2003. Kajian yang mendapat peruntukan kewangan di bawah Fundamental research Grant Scheme ( FRGS ) dilakukan bagi menilai tahap penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan.

Kajian ini melibatkan aktiviti pengumpulan data tentang tahap penguasaan kemahiran menulis murid sekolah rendah pada dua tahap persekolahan, iaitu Tahap Satu dan Tahap Dua. Pengumpulan data kajian melibatkan pembinaan dua buah instrumen utama, iaitu skema analisis karangan versi Tahap Satu dan versi Tahap Dua serta dua set soalan mengikut tahap.

Mengajar menggunakan kaedah yang betul dan berkesan menjadi faktor peningkatan pencapaian murid dalam penulisan. Dalam kajian Noor Aainah Ag. Jaafar (2007 ) satu program kaedah Salin dan Jalin yang dilaksanakan kepada pelajar tingkatan lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir didapati terdapat murid menunjukkan keupayaan mereka menulis karangan dalam jumlah perkataan yang sepatutnya. Meskipun masih ada sebilangan kecil yang kurang menyerlah tetapi usaha yang dibuat melalui kajian tindakan itu telah membuahkan hasil.

Setelah melaksanakan aktiviti kajian selama beberapa minggu ternyata aktiviti yang dilaksanakan telah dapat membantu murid untuk menulis karangan dengan menggunakan jumlah perkataan yang sepatutnya iaitu sekurang-kurangnya 350 patah perkataan. Keputusan kajian menunjukkan bilangan murid yang menulis lebih dari 450 patah perkataan ialah 10 orang ( markah lebih 60% ), 350-449 patah perkataan ialah 15 orang ( markah 55-59% ), 320 patah perkataan 3 orang ( markah 50-54% ), 300 patah perkataan dua orang ( markah 35-49% ).

Lou In Tiau ( 1995 ) pula telah mengkaji tentang kebolehan mengarang di kalangan pelajar tingkatan enam rendah dalam penulisan. Kajian Loy ini juga telah melihat faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti penulisan dan kebolehan menulis di kalangan pelajar. Antara dapatan daripada kajian yang dijalankan termasuklah tentang faktor yang mempengaruhi kebolehan menulis di kalangan pelajar iaitu faktor sosial dan psikologi di katakan telah mempengaruhi kebolehan menulis di kalangan pelajar. Kajian Loy ( 1995 ) juga mendapati bahawa antara faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan menulis pelajar termasuklah sikap negatif pelajar seperti kurang peka dengan isu semasa dan tidak minat terhadap penulisan.

2.2KAJIAN LEPAS DI LUAR NEGARA

Di barat, kajian penulisan karangan dari segi proses telah mula berkembang ekoran cadangan Emig ( 1971 ) dalam kajiannya terhadap proses menulis yang bersifat kualitatif. Dalam kajiannya, beliau telah menggunakan lapan orang sampel gred lapan. Kelapan-lapan orang sampel ini telah diberi tugas menulis dan mereka telah diminta menyuarakan apa yang ada dalam pemikiran mereka semasa menulis.

Kaedah yang digunakan ini dipanggil sebagai berfikir secara lantang( think aloud). Kajian Emig ( 1971 ), juga mendapati bahawa sampel juga membuat penelitian dan penyemakan semasa menulis. Terdapat sampelnya yang menulis rangka sebelum menulis.

Selain itu, muncul pula Perl ( 1979 ) yang telah menjalankan kajian terhadap pelajar yang bermasalah dalam penulisan. Semasa menjalankan kajiannya, Perl ( 1979 ) telah memilih lima orang sampel dan beliau mengutip data mealui rakaman. Sampel kajiannya terdiri daripada mereka yang bermasalah dalam penulisan dan diberi tugasan menulis dan meminta menyuarakan juga proses yang berlaku dalam fikirannya semasa menulis.

Menurut kajian British et al. ( 1975 ) menunjukkan keperluan kemahiran menulis dalam pelbagai mata pelajaran yang dipelajari di sekolah-sekolah di Britain. Dengan itu satu hakikat yang tidak dapat dirangkaikan ialah kemahiran menulis merupakan suatu kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pianko ( 1979 ) juga telah menjalankan kajian terhadap proses menulis tetapi sampelnya terdiri daripada pelajar di institusi pengajian tinggi. Dalam kajian Pianko (1979 ), 17 orang sampelnya diminta menulis lima buah esei. Setiap esei adalah lebih kurang 400 patah perkataan. Tajuk yang perlu ditulis adalah diberi oleh penyelidik kecuali satu adalah bebas. Bagi mengutip data penyelidik membuat pemerhatian dan temu bual. Kajian Pianko ( 1979 ) mendapati bahawa pelajar memerlukan masa bagi memulakan penulisan.

RUMUSAN

Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa masih terdapat kelemahan dalam penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar. Oleh itu perkara ini harus diberi perhatian yang serius. Kajian-kajian ini juga mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem pembelajaran dan pengajaran. Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, ia juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.

BAB 3METODOLOGI KAJIAN

PENGENALAN

Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ia nya bagi menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah bersesuaian dengan pemboleh ubah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan di dalam kajian. Metodologi penyelidikan memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara pelaksanaan penyelidikan( Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan, 2007 ). Bab ini akan menjelaskan tentang metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian, teknik pengutipan data dan kaedah analisis data.

3.1REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini berupa kajian tindakan yang menggunakan kaedah kualitatif. Kajian ini bertujuan untuk memperoleh jawapan kepada permasalahan yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran menulis suku kata tertutup KVKKVK dalam kalangan murid Pemulihan Khas. Dalam usaha mendalami isu-isu yang berkaitan dan mencari punca yang menyebabkan permasalahan ini, maka kaedah penyelidikan kualitatif amat sesuai digunakan ( Mohd. Majid, 1994; Cohen dan Manion, 1989 ).

3.2POPULASI DAN SAMPEL

Populasi dan sampel kajian terdiri daripada murid-murid tahun dua kelas Pemulihan Khas dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Tumpat, Kelantan. Tujuan pemilihan murid-murid ini adalah kerana prestasi mereka yang kurang memuaskan dalam penguasaan kemahiran menulis. Guru-guru pula dipilih dalam kalangan guru-guru yang mengajar

Bahasa Melayu kerana mereka terlibat secara langsung dalam menentukan kejayaan dan kegagalan pelaksanaan pengajaran penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.3 ALAT KAJIAN

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang dicadangkan, pengkaji telah meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan murid dalam kemahiran menulis suku kata tertutup KVKKVK. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan murid untuk menulis suku kata tertutup KVKKVK menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha membina keyakinan diri murid untuk menulis perkataan-perkataan yang lebih mencabar seterusnya menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan. Instrumen atau alat kajian yang digunakan untuk mengumpul data kajian adalah terdiri dari :

3.3.1 Ujian- ujian Penilaian

i) Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik diberikan kepada murid untuk mengukur daerah kelemahan mereka secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Ujian ini mengandungi empat bahagian. Bahagian A : melengkapkan perkataan dua suku kata awal VKV. Bahagian B : Bulatkan perkataan yang sesuai berdasarkan gambar. Bahagian C : Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar. Bahagian D : Menulis perkataan berdasarkan gambar. ( Rujuk Lampiran 1 )

ii) Ujian Pra

Ujian Pra diberikan kepada murid pada permulaan kajian untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengetahuan sedia ada murid dan mengesan sejauh mana tahap penguasaan mereka mengenai kemahiran yang dikaji. Ujian Pra ini akan membantu

guru untuk mendapatkan maklumat bagi merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan lebih berkesan.

iii) Ujian Pos

Untuk menilai keberkesanan tindakan yang diambil, satu Ujian Pos diberikan kepada pelajar. Langkah dan soalan yang sama dengan Ujian Pra sebelum ini diberikan bertujuan untuk menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar dalam menulis suku kata tertutup. Seterusnya pengkaji melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan penguasaan kemahiran tersebut sebelum dan selepas tindakan dijalankan.

3.3.2Soal Selidik

Pengkaji juga akan mengedarkan borang soal selidik untuk mengetahui punca kelemahan murid-murid ini tidak menguasai kemahiran tersebut. Borang soal selidik diberikan kepada beberapa orang guru Bahasa Melayu untuk mengetahui punca kelemahan murid-murid yang menjadi sasaran. Di dalam item soal selidik ini aspek utama yang hendak dinilai ialah meninjau dan memperoleh komen dari guru tentang kaedah pengajaran yang telah dijalankan. Sejauh manakah kaedah yang digunakan berjaya menarik minat dan dapat membantu sampel meningkatkan penguasaan kemahiran menulis.

3.3.3Pemerhatian

Pemerhatian secara langsung dilakukan supaya pengkaji dapat mengamati dan mengenal pasti sesuatu tingkah-laku. Pemerhatian dilakukan terhadap perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta reaksi atau gerak balas murid terhadap sesuatu tindakan, keadaan atau suasana yang wujud disebabkan tindakan, perkembangan hubungan serta interaksi dan sebagainya di dalam bilik darjah sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.

3.3.4Senarai semak

Senarai semak digunakan oleh pengkaji untuk mengukur sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam kemahiran menulis juga untuk mengenal pasti aras pencapaian kemahiran menulis murid ( responden ) dari semasa ke semasa. Senarai item yang disediakan adalah mengikut kemahiran dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

3.4 TATACARA PENGUTIPAN DATA

Data-data kajian diperoleh daripada pemerhatian ..... dan soal selidik. Borang-borang soal selidik akan diberikan kepada guru-guru yang berkenaan

3.5 TATACARA PENGANALISISAN DATA

Data dari analisis dokumen dan soal selidik akan dianalisis menggunakan perisian Ststistical Package For The Social Science ( SPSS ) bagi membantu menganalisis data.

RUMUSAN

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis harus dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan penguasaan 3m khususnya kemahiran menulis di kalangan murid-murid dapat dicapai. Peranan guru sangat penting sebagai pembimbing murid-murid dalam pembelajaran kemahiran menulis. Di samping itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid-murid Pemulihan Khas dalam memantapkan lagi penguasaan kemahiran menulis mereka. Seterusnya skop kajian boleh diperluas dan dimantapkan dengan melaksanakan kajian lanjut seperti yang dicadangkan. Hal ini amat penting dan bermakna dalam membantu pelbagai pihak untuk mendapatkan hasil pencapaian yang terbaik.

RUJUKANAbdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca danmenulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertaskerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan SultanIdris. 2 4 Jun 2008.

Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Edisi Ke-7. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kajian kemahiran menulis dari luar negara