assignment waj 3107

10
Pengenalan Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan penjelasan-penjelasan di atas, kita mengetahui bahawa sendiri dalam pendidikan amat penting diintegerasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Upload: jaime-cooper

Post on 04-Jun-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 1/10

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 2/10

Sub Tugasan 1

Pada pendapat saya, seni dalam pendidikan dapat membantu guru

mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,

guru haruslah tahu mengaplikasikan seni dalam pengajaran iaitu dengan menggunakan

aktiviti yang berkaitan dengan seni seperti lakonan, nyanyian, sajak, pantun, syair, dan

lain-lain lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, seseorang guru

boleh mengajar pelajarnya menggunakan pelbagai elemen seni mengikut kretiviti

seseorang itu.

Hal ini demikian kerana, aplikasi seni dalam pengajaran dapat digunakan bagi

menarik minat para pelajar mengikuti proses pembelajaran di samping dapat

meransang minat pelajar untuk memberikan fokus yang sepenuhnya kepada isi

pelajaran. Aplikasi seni di dalam pengajaran juga dapat memperkembangkan

kemahiran meneroka dan pengalaman yang tersediri kepada setiap pelajar. Di samping

itu, Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner juga telah menyokong agar seni

diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum kerana menurutnya, manusia

memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai antaranya kecerdasan

logik –matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kinestetik badan, muzik, ruang visual,

interpersonal, intra personal, naturalis, dan eksistensialis.

Seni dalam pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP diwujudakan bagi

membantu perkembangan yang seimbang individu itu sama ada dari aspek jasmani,

emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK). Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan dengan

pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni

pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

mata pelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru danianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual,

seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan,

manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan

seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 3/10

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 4/10

sebagainya. Kepelbagaian irama yang dihasilkan tersebut akan menghasilkan muzik

yang menarik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan

sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama

sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,

menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda

kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran

muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid

akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan

secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti

dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok

melakukan aktiviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan

meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya

tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar.

Ruang juga merupakan elemen dalam mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan.

Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek

atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Dalam pergerakan kita seharian, kita

memerlukan ruang untuk bergerak dengan baik dan sempurna. Penggunaan ruang

yang baik, bijak dan sempurna akan mewujudkan keselesaan dan menjadikan ruang

tersebut lebih selamat. Menurut Howard Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan

kebolehan melihat dunia “visual spatial” dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun

dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar

melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung

membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan

seterusnya mencapai matlamat P&P tersebut.

Menurut Kenneth M.Lansing (1973) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education

menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu

cabang komunikasi. Kebolehan guru menyampaikan pengajaran dengan baik dan

menggunakan kaedah yang betul dan sesuai dapat memenuhi keperluan. Selain itu,

guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 5/10

Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan

menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu

dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam

Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam

sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam

setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak

langsung, ia mengajar murid untuk menangani dan menguruskan sumber imaginasi,

kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Menurut ahli

piskologi kognitif dan ahli teori konsturktivisme, kanak-kanak tidak memperoleh sesuatu

ilmu pengetahuan melalui cara yang pasif. Mereka membina pengetahuan secara aktif.

Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan.

Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah

bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan

kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk

menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh

meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif.

Pelaksaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah perlulah merentasi

semuamatapelajaran. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan

kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan

demimenjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan.

Guruhendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid

menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan

pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-

murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar.

Tiga unsur Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan juga

pergerakanperlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru

perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna

dengan baik, memasukkan elemen-elemen irama dan dalam masa yang sama

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 6/10

menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda kanak-kanak sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni

dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti

dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama

dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru.

Dalam proses mengaplikasikan seni dalam pengajaran kebiasaannya

menggunakan pendekatan pengajaran berpusatkan guru dan pelajar. Professor Dr. Mel

Silberman dari Temple University pernah berkata, “Hanya pembelajaran yang bersifat

aktif sahaja yang akan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkesan”.

Pendekatan ini melibatkan komunikasi dua hala. Antara aktiviti seni yang melibatkan

pendekatan ini seperti lakonan dan nyanyian. Pelajar akan diminta untuk melakonkan

beberapa watak dalam sesuatu lakonan. Manakala nyanyian pula kebiasaannya akan

dimulakan oleh guru dan diikuti oleh pelajar dalam menyampaikan sesuatu lagu itu. Hal

ini bukan sahaja dapat menarik minat pelajar malah akan menghasilkan proses

pembelajaran yang mengembirakan.

Pelbagai teknik yang digunakan oleh seorang guru dalam member kefahaman

kepada pelajarnya. Teknik main peranan amat berkait rapat dengan seni iaitu seni

lakonan. Teknik ini merupakan lakonan yang sengaja diadakan bertujuan untuk

menyelesaikan sesuatu permasalahan. Kebiasaannya teknik ini melibatkan beberapa

orang pelajar bagi melakonkan watak tertentu tanpa menggunakan skrip yang

dirancang. Apabila pelajar dilibatkan dalam aktiviti pengajaran, ia akan meninggalkan

kesan pengalaman pembelajaran yang cukup bermakna. Setelah berakhirnya lakonan,

guru perlu membincangkan persembahan yang telah pelajar-pelajar lakukan dan

perkaitannya dengan isi pengajaran.

Proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggunakan media pengajaranyang bersesuaian dengan isi pembelajaran dan teknik mengajar yang diguna pakai.

Media pengajaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu media bukan cetak dan media

cetak. Antara media pengajaran yang digunakan dalam mengaplikasikan seni ialah

filem, video, cakera video interaktif, lukisan, carta, kartun, poster, graf, model, boneka,

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 7/10

alat paparan,pita audio dan lain-lain. Media pengajaran amat membantu guru dan

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

menyeronokkan. Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai

unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan

kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan

murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah

untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain

dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu,

perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama

melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam

penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti

proses pembelajaran.

Malahan pula seni dalam pengajaran menyediakan matlamat yang menarik

dengan memberi peluang kepada pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui

pekataan, bunyi, pergerakan dan visual mereka. Bahasa-bahasa simbol yang

digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktiviti-aktiviti seni. Ini akan membantu para

pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia

mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan

cara yang seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.

Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahan ekspresi merupakan satu

aktiviti yang penting pada seni dalam pengajaran. Ini adalah disebabkan pada topik ini

pelajar diberi peluang pendedahan mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-

cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu aktiviti. Disamping itu juga pelajar

telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan dan emosi pelajardan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluahkan perasaan

terhadap ekspresi diri.

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 8/10

Di samping itu, pelaksaan seni dalam pendidikan dalam P&P dapat memenuhi

keperluan social yang asas dalam diri pelejar sekalian. Apabila semua murid

berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka,

maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat

sosial iaitu keinginan diterima sebagai anggota kelompok. Murid-murid mahukan dirinya

diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan

kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian

sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja

mereka mempersembahkan aktiviti yang menarik. Perhubungan mesra antara murid

dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid

merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai

bakat yang dimiliki.

Dengan demikian, murid dapat berpeluang untuk menjalani proses penerokaan

semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Kamus Dewan Edisi

Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk

mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan

cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah.

Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka

dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan

pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan

bahan, cara pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan.

Sewaktu aktiviti dijalankan murid-murid dapat meluahkan perasaan dan

keyakinan yang tinggi di dalam bilik darjah. Perasaan merupakan reaksi badan

terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu,

perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada

seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang

dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan

suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam

menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang

tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 9/10

orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada

keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya.

Walaubagaimanapun, tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni visual, muzik

dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif.

Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan

berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak

terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan

kepada guru.Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan

dengan menggabungjalinkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama, dan

seni pergerakan. Sebagai contoh, dalam pengajaran matapelajaran sains dimana guru

akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar dan haiwan peliharaan kepada kanak-

kanak. Guru boleh membawa kanak-kanak ke taman sains sekolah untuk melihat

haiwan peliharaan yang terdapat di situ. Seterusnya kanak-kanak akan membuat

pemerhatian, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna,

tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melukis rupa

bentuk binatang yang mereka lihat itu. Bimbingan daripada guru kepada kanak-kanak

yang mempunyai masalah perlulah diberikan. Kebebasan perlulah diberikan kepada

murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil

yang menarik dan kreatif. Pelajar juga dapat menggunakan daya imaginasi dan ingatan

mereka dalam menghasilkan lukisan dan seterusnya dapat meningkatkan daya kreativiti

mereka. Setelah kajian yang dilakukan telah selesai dijalankan, guru boleh

mengarahkan murid untuk membentangkan dapatan kajian yang mereka telah perolehi.

Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh

menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan

menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebutmenarik dan kreatif.

Secara kesimpulannya, aplikasi seni dalam pengajaran dapat membantu proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain dapat menarik minat para

pelajar mengikuti pembelajaran, ia juga dapat meningkatkan perkembangan diri pelajar

8/13/2019 Assignment WAJ 3107

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-waj-3107 10/10

itu sendiri apabila terlibat secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini demikian, dengan penggunaan seni dalam pengajaran, sesuatu pengajaran

dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Di samping itu, aplikasi

seni dalam pengajaran juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan minat

seseorang pelajar untuk terus kekal sepanjang proses P&P berlangsung.