assignment sastera

Upload: alvinadath

Post on 29-Feb-2016

59 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

assignment sastera(genre)

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A1.0 PENDAHULUANKesusasteraan merujuk kepada segala hasil karya Dan ciptaan seni yang diperoleh dalam kalangan masyarakat . Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada segala ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera bersatu dan berintegrasi dalam kehidupan masyarakat. Contohnya, dalam upacara perkahwinan, tetamu yang hadir dapat menyaksikan satu adengan yang menarik dengan menggunakan bahasa yang menarik dan indah semasa wakil keluarga pengantin kedua-dua belah pihak berbicara. Mereka saling berbalas pantun untuk menyampaikan hajat masing-masing.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz ( 2011 ), perkembangan pesat yang berlaku mengubah dan menjarakkan hubungan sastera dengan kehidupan. Oleh hal yang demikian, maka sastera telah mengalami perubahan menjadi satu bidang kegiatan yang khusus dan tersendiri. Pada masa kini, sastera dilihat telah menjadi hasil ciptaan seorang sasterawan yang diiktiraf dalam masyarakat. Sastera yang dahulunya bersifat kolektif dan dimiliki bersama telah berubah menjadi satu kegiatan peribadi dan mempunyai hak cipta tersendiri.

Pada masa kini, perhubungan antara sastera dengan kehidupan sering dibincangkan. Sastera sebagai salah satu bidang kesenian dilihat berfungsi bagi memperjelas, memperdalam serta memperkaya penghayatan manusia dalam kehidupan seharian.

KONSEP KESUSASTERAANPada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan bermaksud semua bentuk karya bernilai seni dan berguna. Menurut pandangan Hashim Awang ( 1984 ), kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.

Pernyataan ini disokong oleh M.K Danziger dan W.S Jahnson (1983) yang mendefinisikan sastera sebagai satu seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau bertulis. Bahkan sastera juga merangkumi semua aspek yang menggunakan bahasa yang bersifat kreatif.

Menurut Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Menurut Syed Ali Ashraf (1989) sastera bukan sahaja satu bentuk ilmu yang berseni tetapi ianya merangkumi segala aktiviti manusia secara kreatif. Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya. Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.

Ali Ahmad (1994) menerangkan makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.

Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu su dan sastera.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai perkataan.Ini juga ditegaskan oleh Abu Bakar Hamid (1997) yang memberi pengertian sastera sebagai satu seni yang bercorak intelektual dan gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik.

Menurut Harun Mat Piah ( 2006 ), kesusasteraan membawa pengertian sebagai segala penghasilan sastera yang dinikmati atau disampaikan, baik melalui tulisan dan pembacaan mahupun melalui lisan dan pendengaran. Sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang mana medium pengantarnya adalah bahasa. Sastera bermula dari tradisi lisan dan semakin berkembang mengikut peredaran semasa.Kesusasteraan menurut kamus ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang terkandung ciri-ciri istimewa yang tersendiri. Berdasarkan kepada etimologi, kesusasteraan berasal daripada perkataan sanskrit iaitu sastra yang berereti karya ( lisan/ bertulis ) atau buku. Awalan su pula bermaksud baik, indah, cantik, seni dan berguna.Imbuhan ke- dan an membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetik.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan bahawa sastera merupakan seni bahasa. Sastera adalah ekspresi fikiran iaitu idea-idea , pandangan, perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental manusia yang menggunakan bahasa sebagai perantara. Garapan ini seterusnya diserlahkan dalam sesebuah karya tulisan yang indah. Di samping itu, sastera juga dapat memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan pandangan yang dihasilkan dalam bentuk yang begitu mempersonakan.Berdasarkan apa yang telah dihuraikan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa dalam sastera terkandung beberapa unsur yang saling berkait. Antara unsur-unsur tersebut ialah:

a) Isi kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dan sebagainya.

b) Menjadikan bahasa sebagai sebagai medium pengungkapan bentuk sastera. Bahasa merupakan bahan penting bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.

c) Ekspresi dan ungkapan ekspresi ialah keupayaan untuk mengeluarkan sesuatu dalam diri manusia. Sekiranya seseorang itu mempunyai pengalaman yang hebat, fikiran yang cemerlang, perasaan yang mendalam dan keyakinan yang tinggi, tetapi selagi dia tidak mampu mengekspresikannya keluar dari dalam dirinya, maka tentu tidak akan diterima dan diketahui oleh orang lain.

d)Bentuk unsur isi dan diri manusia dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk. Jika tiada bentuk dan pola yang tertentu, tidak mungkin kedua-dua perkara tadi dapat disampaikan kepada orang lain. Bentuk pengungkapan sastera bermacam ragamnya seperti ungkapan dalam bentuk suara yang disertai dengan bunyi-bunyian. Kemudiannya terjelmalah pelbagai bentuk seni sastera seperti seni tari, seni rupa, seni muzik dan sebagainya. Bentuk dalam seni itu sendiri menggunakan istilah sebagai bentuk yang indah, mempesonakan, mengasyikkan, menyenangkan dan menarik.Menurut Arbaie ( 2008), secara ringkasnya sastera dilengkapi dengan unsur-unsur yang berikut:

S Seni bahasa yang indahA Akaliah atau sisipan ilmu dan pemikiran pengarangS Sensori atau daya sensitiviti pengarangT Tersurat & tersiratE Estetika atau keindahan dari segi bahasaR Realiti kehidupanA Alternatif

Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Diksi yang digunakan dapat memberi kesan penghayatan kepada pembaca. Ianya mempamerkan kepakaran dan keahlian seorang pengarang itu untuk meluahkan dan mengungkapkan makna yang difikirkan. Adunan teknik-teknik yang sesuai dan ketepatan diksi menjadikan sesebuah karya itu hidup dan bertenaga.

Selain daripada penggunaan bahasa-bahasa yang indah dan tersusun, sastera juga diiringi dengan unsur akaliah. Dalam erti kata lain, seorang pengarang perlu memikirkan perutusan, amanat, atau lontaran idea yang ingin disampaikan atau dikongsi dan direnungi bersama oleh pembaca. Menurut Arbaie (2008) Unsur akaliah ini merupakan langkah pertama yang perlu ditetapkan sebelum terhasilnya sesebuah karya.

Dengan perutusan yang diingin disampaikan, seorang pengarang perlu mengolah dan menggabungkan serta melengkapi karyanya itu dengan daya rasa atau sensitiviti mereka. Untuk itu, seorang pengarang haruslah bersifat sensitif atau peka dan prihatin akan masyarakatnya. Pengamatan pengarang akan masyarakatnya dijadikan sumber asas dalam menghasilkan sesebuah karya. Kewujudan pelbagai daya rasa ini akan membangkitkan dan meninggalkan kesan perasaan kepada pembacanya. Daya rasa seperti belas simpati, benci , marah atau geram akan dihubungkaitkan dengan fenomena yang dipaparkan. Karya itu akan lebih bernilai sekiranya apa yang dipaparkan pernah dilalui atau dialami oleh pembaca.

Sastera juga mempunyai unsur tersurat dan tersirat. Sastera tidak terhasil dengan kekosongan. Ianya terhasil atas dorongan tertentu dengan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di persekitaran. Penafsiran pembaca yang berencam mengundang pembaca memikirkan mesej yang ingin disampaikan. Namun tidak semua lambang yang tersurat itu memberi erti apa yang tersirat. Akan wujud makna-makna simbolik di sebalik kata-kata yang diungkapkan.

Sastera juga mempunyai nilai estetikanya. Selain pemikiran, gaya bahasa, bentuk struktur dan tema juga memainkan peranan penting untuk menilai kesan estetika sesebuah karya itu.

Sesebuah karya sastera juga merupakan cerminan realiti kehidupan. Persoalan-persoalan yang dipaparkan dalam sebuah karya sastera merupakan rakaman realiti dalam masyarakat. Ianya merupakan renungan serta pengamatan pengarangnya dan diterjemahkan secara halus dan berhemah.

Sastera yang terhasil merupakan satu alternatif kepada pengarang untuk meluahkan perasaan, melepaskan kecaman-kecaman dan bauran rasa yang terbuku di dada. Ianya bertepatan dengan fungsi sastera sebagai alat pelepasan nilai rasa dan jerit naluri kehidupan manusia sejagat.

2.0 BAHAN SASTERAKomponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu meliputi karya sastera yang berbentuk novel, cerpen, sajak, drama, cerita klasik dan puisi tradisional. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahan sastera secara tidak langsung turut menjurus kepada pengajaran bahasa.

Berikut merupakan antara bahan sastera yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa:

Petikan dramaPenggunaan petikan drama dalam pengajaran bahasa berpotensi untuk melatih sebutan dan intonasi pelajar. Misalnya, melalui petikan drama, pelajar didedahkan dengan sebutan dan intonasi bagi ayat penyata, ayat tanya dan ayat perintah.

Teks cerpen dan prosa klasikMelalui penggunaan teks cerpen dan prosa klasik, pelajar diberi pendedahan tentang susun atur ayat atau lebih dikenali sebagai sintaksis. Antaranya, binaan ayat, susunan ayat, ragam ayat dan penggunaan tanda baca.

GrafikPenggunaan grafik khususnya dalam menjelaskan konsep gaya bahasa secara tidak langsung turut memperkenalkan pelajar dengan pelbagai kosa kata dan peribahasa baru. Tambahan pula, grafik akan memperjelas kefahaman pelajar tentang sesuatu yang bersifat abstrak kepada konkrit.

Teks puisi moden dan tradisionalPuisi sama ada moden atau tradisional bukan sahaja boleh dilagukan malah turut memungkinkan pelajar untuk mengenal pasti struktur, bentuk dan golongan kata yang digunakan misalnya bahasa pinjaman, kata tunggal dan kata kerja.

3.0 PENGGUNAAN BAHAN SASTERA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) merupakan satu dokumen rasmi yang menjadi panduan untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dokumen ini merangkumi lima kemahiran yang perlu diajarkan kepada murid di dalam bilik darjah. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, seni bahasa dan tatabahasa. Semasa mengajarkan kemahiran-kemahiran tersebut kepada murid-murid, guru boleh menggunakan bahan sastera sebagai medium pengajaran dan pembelajaran mereka.3.1 Kemahiran Mendengar dan BertuturModul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberi respons. Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, erasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur. Guru boleh menggunakan bahan sastera semasa mengajarkan kemahiran ini. Sebagai contoh, pada hari tersebut kemahiran yang diajarkan adalah kemahiran 1.3 iaitu Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul menggunakan standard pembelajaran 1.3.2 iaitu Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap soalan tanpa kata tanya secara lisan dengan betul., guru boleh menggunakan bahan seperti teks dialog untuk digunakan oleh murid semasa menjalankan aktiviti pembelajaran semasa di dalam kelas. Dengan menggunakan teks dialog yang mengandungi soalan tanpa kata tanya murid secara tidak langsung mempelajari kemahiran yang ingin diajarkan pada hari tersebut.

3.2 Kemahiran membacaObjektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:- membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan apitan dengan pelagai sumber dengan sebutan yang betul membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul membaca, memahami dan menaakul maklumat yang tersurat dan tersirat daripada bahan prosa dan memindahkan kepada bentuk puisi dengan betul membaca dan memahami bahan sastera dan bahan buka sastera untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif dan mengenal pasti nilai murni.Berdasarkan objektif kemahiran membaca, guru turut boleh menggunakan bahan sastera di dalam pengajaran kemahiran membaca. Sebagai contoh, melalui standard kandungan 2.6 Menbaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca bagi standard pembelajaran 2.6.1 iaitu Membaca dan memahami pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya berfikir secara kreatif. Melalui pembelajaran ini, guru boleh meminta murid untuk membaca bahan sastera dan kemudiannya meminta murid untuk mengolah cerita tersebut dengan menggunakan daya kreativiti murid itu sendiri. Dengan cara ini, guru dapat meningkatkan daya kreativiti murid sekaligus menepati standard pembelajaran pada hari tersebut.3.3 Kemahiran menulisModul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.Contohnya seorang guru mengajar muridnya dengan menggunakan standard pembelajaran 3.7.2 Menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginative dan deskriptif dengan betul.Guru boleh meminta muridnya untuk membina sebuah cerita berdasarkan cerita perlumbaan kura-kura dan arnab mengikut imaginasi murid sendiri.

3.4 Seni bahasaModul seni bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengunkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokan secara didik hibur.Guru boleh menggunakan bahan sastera secara optimum apabila mengajar murid dengan menggunakan modul ini. Sebagai contoh, menerusi standard pembelajaran 4.4.1 iaitu Mendeklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur serta emahami maksud sajak tersebut. Guru boleh meminta muridnya untuk mendeklamasikan sebuah sajak kemudian meminta mereka untuk mencari maksud sajak tersebut.

3.5 TatabahasaModul Tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis. Contohnya guru ingin mengajar murid menggunakan Standard Pembelajaran 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata penguat dengan betul mengikut konteks. Guru boleh menggunakan petikan sajak sebagai bahan bantu megajar dengan meminta murid untuk meneliti sajak dan mengenal pasti kata adjektif dan kata penguat yang terdapat di dalam sajak. Kemudiannya guru boleh meminta murid untuk membina ayat dengan menggunakan kata adjektif dan kata penguat yang mereka temui.4.0 KESIMPULANSecara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa bahan sastera boleh digunakan semasa mengajar di dalam kelas. Dengan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar, guru akan menimbulkan satu situasi pembelajaran yang pelbagai kepada murid. Sebagai contoh, jika guru menggunakan sajak dan syair, murid akan diawa ke dalam satu dimensi baharu di mana mereka akan didedahkan dengan dunia puisi. Dengan mempelbagaikan kaedah dan bahan pengajaran semasa mengajar, murid akan lebih berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dan melibatkan diri mereka secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

BAHAGIAN B