assignment pkd 3108 - pengajaran bahasa kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran

49
PENGHARGAAN Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah saya yang begitu saya hormati iaitu Cik Rohana Binti Lat. Setelah beberapa minggu saya bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini akhirnya saya telah mendapat hasil yang setimpal dengan usaha saya itu. Sesungguhnya, tanpa seorang pembimbing yang bergelar pensyarah, saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan masa yang diperuntukkan. Beliau telah bersungguh-sungguh memberi penerangan bagi tugasan ini kepada saya. Sebarang permasaalahan yang telah dihadapi oleh pelajar- pelajar di dalam kelas telah beliau terangkan dengan terperinci sehingga pelajar-pelajar memahami tentang apa yang tidak difahami. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya rakan-rakan kelas seperjuangan. Sesungguhnya tanpa mengenal erti jemu mereka telah membantu saya ketika saya buntu dan tidak faham beberapa perkara semasa menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya budi kalian semua itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. Tidak lupa juga kepada isteri dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik dan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Saya amat menghargai sokongan mereka yang tidak henti-henti itu. Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan saya ini akan memberi manfaat dari segi penambahan ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan juga kepada sesiapa yang membacanya kelak.Sekian terima kasih. Tajuk Projek PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN 1 | Page

Upload: keisuke-eymran

Post on 27-Oct-2015

567 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah dan

kurniaNya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh

pensyarah saya yang begitu saya hormati iaitu Cik Rohana Binti Lat. Setelah beberapa

minggu saya bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini akhirnya saya telah

mendapat hasil yang setimpal dengan usaha saya itu.

Sesungguhnya, tanpa seorang pembimbing yang bergelar pensyarah, saya tidak

dapat menyiapkan tugasan ini dengan masa yang diperuntukkan. Beliau telah

bersungguh-sungguh memberi penerangan bagi tugasan ini kepada saya. Sebarang

permasaalahan yang telah dihadapi oleh pelajar-pelajar di dalam kelas telah beliau

terangkan dengan terperinci sehingga pelajar-pelajar memahami tentang apa yang

tidak difahami.

Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak

membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya rakan-rakan kelas

seperjuangan. Sesungguhnya tanpa mengenal erti jemu mereka telah membantu saya

ketika saya buntu dan tidak faham beberapa perkara semasa menyiapkan tugasan ini.

Sesungguhnya budi kalian semua itu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.

Tidak lupa juga kepada isteri dan keluarga saya yang banyak memberi sokongan

kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan baik dan mengikut jangka masa

yang telah ditetapkan. Saya amat menghargai sokongan mereka yang tidak henti-henti

itu.

Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan saya ini akan memberi manfaat

dari segi penambahan ilmu pengetahuan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan juga

kepada sesiapa yang membacanya kelak.Sekian terima kasih.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

1 | P a g e

Page 2: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Tajuk Projek

Penguasaan Bahasa dalam Kalangan Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Tugasan Projek

Tahap pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan kanak-kanak bermasalah

pendengaran sering dikaitkan dengan kelemahan penguasaan bahasa mereka.

Komponen bahasa terdiri dari lisan, bacaan, dan penulisan. Setiap komponen

memerlukan alat pentaksiran yang tepat untuk memastikan kekuatan dan kelemahan

murid dinilai secara adil dan objektif. Ini akan membolehkan aktiviti pemulihan dan

pengayaan dijalankan.

Sub Tugasan

1. Pilih seorang murid bermasalah pendengaran. Dapatkan maklumat umum berkaitan

penguasaan bahasa murid berkenaan sama ada daripada guru atau penjaga.

Berdasarkan maklumat tersebut, bina instrumen yang boleh digunakan untuk

mengesan kawasan kelemahan bahasa murid tersebut. Gunakan instrument tersebut

untuk mendapatkan maklumat yang terperinci tentang penguasaan bahasa. Bahan

pentaksiran dan maklumat yang telah dikumpul hendaklah ditunjuk dalam bentuk yang

mudah dirujuk.

2. Tulis satu rancangan pengajaran yang lengkap untuk mengajar murid berdasarkan

maklumat yang telah dikumpul. Bina Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan pentaksiran

yang sesuai. Jalankan sesi pengajaran dengan murid berkenaan. Anda juga perlu

membuat refleksi tentang pengalaman melaksanakan projek ini, kekuatan, kelemahan

dan cadangan untuk penambahbaikan.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

2 | P a g e

Page 3: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

RUMUSAN BERDASARKAN JURNAL

Jurnal yang bertajuk Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Membaca Dan

Menulis Dalam Bahasa Melayu Bagi Murid Prasekolah Bermasalah Pendengaran

membincangkan tentang Bahasa Melayu adalah satu subjek yang penting dikuasai oleh

setiap pelajar tidak kira pelajar normal mahupun pelajar pekak. Pelajar pekak yang

bersekolah terpaksa juga menguasai Bahasa Melayu jika ingin maju dalam akademik

walaupun mereka terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai rintangan untuk

menguasainya. Subjek ini dapat dilihat kepentingannya dalam setiap peperiksaan di

Malaysia khususnya di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Murid-murid yang tidak

lulus subjek Bahasa Melayu dalam peringkat SPM tidak dapat melayakkan diri untuk

mendapatkan sijil SPM yang merupakan syarat wajib bagi meneruskan pengajian ke

peringkat lebih tinggi atau alam pekerjaan.

Bahasa dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, oleh itu kanak-kanak ini dibesarkan

tanpa ilmu pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi sepertimana kanak-kanak

normal yang sebaya  dengannya. Mereka ke sekolah dengan asas ilmu pengetahuan

yang lemah berbanding dengan rakan mereka yang berpendengaran normal.

Kebanyakan ibubapa berpendengaran normal yang mempunyai anak pekak di Malaysia

tidak berpendidikan tinggi, tinggal di luar bandar dan tidak mengambil berat tentang

kepentingan komunikasi menyebabkan mereka tidak pasti apakah bentuk bahasa lisan,

isyarat dan tulisan yang patut digunakan bagi tujuan komunikasi. Kanak-kanak ini

dibesarkan dalam persekitaran bahasa lisan yang digunakan oleh orang

berpendengaran normal.

Terdapat tiga bentuk bahasa yang digunakan kanak-kanak pekak iaitu lisan bagi

pertuturan BM, isyarat bagi ’Bahasa Isyarat Malaysia’ (BIM) dan ’Kod Tangan Bahasa

Malayu (KTBM) dan tulisan bagi BM dan BIM. Alat bantuan pendengaran amatlah

penting bagi murid-murid pekak dalam pengajaran pertuturan kerana alat ini berfungsi

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

3 | P a g e

Page 4: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

sebagai penguat bunyi dan membolehkan mereka mendengar bunyi bahasa dengan

lebih jelas. Namun begitu, murid-murid pekak ini juga mengalami kesukaran memahami

pertuturan kerana ketidak jelasan pendengaran mereka terhadap perkataan atau ayat-

ayat yang diajukan tidak jelas.

Bahasa Melayu sukar dipelajari oleh murid-murid pekak adalah kerana mereka

tidak mengalami proses ’memperolehi BM’ tapi ’mempelajari ’BM’, tidak mendapat

pendedahan BM lebih awal, kelemahan dari aspek pedagogi, kelemahan dari aspek

penggunaan KTBM sebagai medium komunikasi di sekolah, sifat BM yang agak

kompleks untuk dipelajari dan pengaruh BIM ke atas BM.

Kesimpulannya, Program prasekolah bagi murid-murid pekak ini sewajarnya

digunakan sebagai peluang yang sebaik mungkin untuk membantu mereka menguasai

kemahiran literasi ini. Jika kemahiran literasi ini dikuasai pada peringkat awal mereka

mampu membantu mereka meneruskan pembelajaran formal di tahun satu dan

seterusnya. Bagi memastikan agenda ini berjalan dengan lancar, banyak pihak perlu

memainkan peranan khususnya Bahagian Pendidikan Khas dengan membekalkan guru

yang mempunyai ijazah dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Manakala Jurnal yang bertajuk Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Kalangan

Murid Pekak : Suatu Sorotan Dalam Perspektif Linguistik pula membincangkan

tentang Masalah pencapaian akademik yang rendah ini mempunyai kaitan rapat

dengan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bermasalah pendengaran.

Namun kegagalan penguasaan Bahasa Melayu dengan lebih baik menjadi bertambah

teruk akibat ketiadaan strategi pengajaran yang berkesan serta peluang untuk belajar,

dan ini memberi kesan jangka panjang bagi murid. Keadaan ini menjadi lebih ketara

bagi individu yang bermasalah pendengaran kerana kesukaran mereka untuk mendapat

akses bahasa yang mempunyai kaitan dengan literasi.

Dalam usaha untuk mengubah tahap literasi yang rendah ini, penekanan perlu

diberi seawal mungkin dan tugas ini dipikul oleh guru prasekolah. Guru perlu bijak

merancang, mengurus dan mengelola pengajaran. Ini kerana keberkesanan pengajaran

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

4 | P a g e

Page 5: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

banyak bergantung kepada sejauh mana guru berjaya mencapai objektif pengajaran

dalam membantu kanak-kanak belajar apa yang diajarkan.

Isu yang timbul dalam konteks guru prasekolah di Program Pendidikan Khas

Prasekolah Masalah Pendengaran ialah dari segi pengalaman guru itu sendiri. Ini

kerana peringkat prasekolah merupakan asas pembelajaran bagi kanak-kanak

bermasalah pendengaran. Namun, penempatan mereka di kelas prasekolah masalah

pendengaran bukan sahaja merupakan penempatan pertama tetapi juga merupakan

pengalaman pertama berhadapan dengan murid bermasalah pendengaran.

Tanggungjawab ini merupakan sesuatu yang berat terutamanya jika tiada sokongan

daripada ibu bapa. Ini memerlukan guru menggunakan pelbagai cara untuk memastikan

murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Walaubagaimanapun, Jangkaan guru yang rendah terhadap pencapaian murid

menyebabkan pengajaran dijalankan pada tahap kognitif yang rendah dengan andaian

bahawa murid bermasalah pendengaran memerlukan lebih banyak pengajaran secara

langsung dalam kemahiran tertentu seperti mengenal abjad dan perkataan bagi

membolehkan mereka memahami aspek yang lebih kompleks seperti pembentukan

ayat. Akibatnya, murid menjadi pengguna bahasa yang tidak mahir bukan kerana

ketidakmampuan mereka untuk belajar tetapi kerana mereka tidak mendapat peluang

untuk berlatih dalam proses yang sepatutnya. Keadaan ini memaparkan murid

bermasalah pendengaran kurang diberi peluang untuk mempelajari perbendaharaan

kata dalam konteks ayat.

Kesimpulannya, anggapan yang menyatakan murid-murid pekak tidak dapat

menguasai Bahasa Melayu adalah pegangan yang lemah kerana laporan-laporan

terkini berkaitan pencapaian mereka memperlihatkan bilangan mereka yang berjaya

dalam Bahasa Melayu bertambah. Oleh itu, kerja sama ibubapa dan ahli keluarga

sangat penting supaya proses memperolehi Bahasa Melayu berjalan secara

semulajadi. Manakala peranan guru pula berusaha mewujudkan pengajaran dan

pembelajaran dengan pegadogi berkesan supaya murid-murid pekak mampu

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

5 | P a g e

Page 6: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

menguasai Bahasa Melayu. Di samping itu, murid-murid pekak perlu disedarkan

bahawa pencapaian baik dalam peperiksaan selalunya mempunyai peluang yang lebih

untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa adalah kunci pintu khazanah ilmu dan bacaan adalah jaminan untuk

mendapatkan ilmu (Koh 1986). Kelemahan penguasaan bahasa akan menjejaskan

kemajuan murid dalam mata pelajaran lain, kerana bahasa adalah alat komunikasi

untuk mempelajari segala jenis ilmu pengetahuan. Fungsi asas bahasa adalah sebagai

alat komunikasi bagi manusia dan keperluan berkomunikasi ialah keperluan hidup yang

asasi. Kebolehan berkomunikasi dan mempelajari sesuatu melalui bahasa adalah satu

ciri unik manusia yang hidup bermasyarakat. Tidak ada manusia di dunia ini tidak

mempunyai bahasa, malahan semua manusia perlu berbahasa untuk menyampaikan

hasrat dan perasaan meskipun hanya dengan menggunakan bahasa isyarat.

Salah satu matlamat pendidikan ialah memastikan semua kanak-kanak

mendapat pendidikan yang sama. Namun, tidak semua pelajar dapat menerima dan

menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan dan dirancang. Terdapat beberapa

golongan pelajar yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses

pembelajaran berlaku dengan baik. Antaranya ialah kanak-kanak keperluan khas.

Walau bagaimanapun, kekurangan dan ketidakupayaan yang dimiliki kanak-kanak

keperluan khas menyebabkan mereka berbeza daripada kanak-kanak yang sempurna

sifatnya, sama ada dari segi kecerdasan mental mahupun keupayaan fizikal. Perbezaan

dan kekurangan ini menyebabkan kaedah pembelajaran bahasa bagi kanak-kanak khas

ini berbeza berbanding yang digunakan kepada kanak-kanak yang sempurna sifatnya.

Mereka sebenarnya sangat istimewa untuk difahami.

Pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi

aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat

tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga

Peperiksaan Malaysia, 2000).

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

6 | P a g e

Page 7: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai

dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan

sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti

lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan

sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan

dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah

dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil

pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang

seterusnya.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan

gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti

membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah

yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan

yang sesuai mengikut tahap kebolehannya

Untuk menjalankan pentaksiran terhadap seseorang murid, ujian diagnostik

perlulah dijalankan untuk mengetahui tahap keupayaan intelektual seseorang murid

secara terperinci. Ujian diagnostik akan dijalankan kepada murid setelah murid selesai

menjalani ujian saringan yang dilaksanakan terlebih dahulu oleh guru untuk

menentukan situasi seseorang murid sama ada layak ataupun tidak untuk terlibat

dengan ujian diagnostik.

2.0 DEFINISI BAHASA

Bagi ahli linguistik, definisi bahasa haruslah ditinjau dari sudut struktur dan

fungsinya. Bloch dan Trager misalnya mentakrifkan bahasa sebagai satu system

lambing pertuturan yang arbitrari digunakan oleh sesebuah masyarakat sebagai alat

untuk berhubung dan bekerjasama. Dengan definisi ini jelaslah bahawa bahasa itu

adalah pertuturan. Ini bersesuaian dengan pendapat Fries yang mengatakan bahawa

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

7 | P a g e

Page 8: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

85% daripada bahasa digunakan adalah pertuturan. Bahasa tulisan adalah bahasa

juga, tetapi dianggap sebagai secondary language. Di dalam pertuturan terhimpun

berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu pertuturan merangkumi aspek-aspek perkataan,

rangkai kata, ayat, bunyi, intonasi, hentian, tekanan, nada dan sebagainya yang tidak

tergambar secara jelas melalui tulisan. Dengan demikian, kajian bahasa menjadikan

pertuturan sebagai data utama di samping juga bahan bertulis.

Masalah bahasa dan komunikasi seringkali terjadi pada kanak-kanak yang

berkeperluan khas. Masalah bahasa dan komunikasi ialah satu penyimpangan

pendengaran atau petuturan atau bahasa normal yang menganggu proses komunikasi.

Antara contoh kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan komunikasi ini

adalah seperti kanak-kanak bermasalah pendengaran, sindrom sown, cerebralpalsi,

autisme dan lain-lain lagi. Masalah bahasa adalah ketidakupayaan seorang kanak-

kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen iaitu

fonologi, morfologi , sintaksis , semantik dan pragmatik.Manakala masalah komunikasi

pula terjadi apabila terdapat satu penyimpanan daripada pendengaran pertuturan atau

bahasa yang normal mengganggu komunikasi.

2.0 DEFINISI PENTAKSIRAN

Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah

maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Seterusnya, maklumat yang diperolehi hasil

pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan

pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan

standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan

bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir

pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk

dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

8 | P a g e

Page 9: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan

gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti

membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah

yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan

yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.Pentaksiran adalah proses pengumpulan

maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai

kaedah.Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan secara berterusan.Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras

dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996.(Akta 550)

Penaksiran mengikut Ronald L. Taylor ( 2000 ) merujuk kepada proses

mengumpul maklumat yang berkaitan untuk membantu individu membuat keputusan.

Penaksiran pendidikan dan psikologi kanak-kanak khas melibatkan pengumpulan

maklumat yang berkaitan dalam membuat keputusan berkaitan dengan matlamat dan

objektif yang bersesuaian, strategi pengajaran dan program penempatan.Menurut

Raymond ( 2000 ) pula penaksiran digunakan sebagai alat membuat klasifikasi bagi

menentukan seseorang individu itu mempunyai keperluan khas ataupun tidak.Manakala

David Lambert & David Lines ( 2000 ) menyatakan penaksiran adalah proses

mengumpul, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon

pelajar kepada tugas pendidikan. Sementara itu , Mc Cluhan ( 1994 ), mendefinisikan

pentaksiran adalah satu proses sistematik mengumpul data dan maklumat yang relevan

bertujuan untuk membuat keputusan, pembelajaran dan perundangan berkaitan dengan

peruntukan perkhidmatan khas. Manakala Gearheart & Gearheart ( 1990 ) pula

menyatakan penaksiran satu proses yang sistematik untuk mengumpul dan

mengintepretasikan data untuk tujuan keputusan intervensi dan penempatan pelajar-

pelajar khas.

Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk

memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai

kemahiran seperti membaca, menulis, mengira mengesan punca masalah yang

dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

9 | P a g e

Page 10: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

sesuai mengikut tahap kebolehannya. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan

untuk mengenalpasti kecerdasan, potensi murid bagi memperkukuhkan dan

mempertingkatkan perkembangan mereka serta membolehkan guru mengambil

tindakan susulan yang berkesan dalam mengembangkan potensi murid ke tahap

optimum dalam domain kognitif,afektif dan psikomotor.

3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN

3.1 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh

3.2 Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh

3.3 Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari

semasa ke semasa.

3.4 Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan

murid

3.5 Mengesan keberkesanan pengajaran

3.6 Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur

4.0 MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

Bagi kajian kes untuk kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa, saya

telah pun memilih seorang kanak-kanak yang bermasalah pendengaran. Seperti yang

sedia maklum, kanak-kanak bermasalah pendengaran sering menghadapi masalah

bahasa dan komunikasi. Mereka sukar untuk mempelajari sebutan perkatan-perkataan

dengan jelas dan tepat. Masalah bahasa juga menyebabkan tahap pencapaian

akademik yang rendah di kalangan Kanak-kanak bermasalah pendengaran. Kanak-

kanak bermasalah pendengaran tidak dapat menguasai dalam tiga komponen bahasa

yang terdiri dari lisan, bacaan dan penulisan. Kanak-kanak bermasalah pendengaran

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

10 | P a g e

Page 11: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

ini tergolong dalam dua kumpulan kanak-kanak cacat pendengaran iaitu pratutur

(prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual).

Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pendengaran sebagai golongan

manusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak

pendengaran. Menurut Hasnah (1988) dan Mohd. Salleh (1999), cacat pendengaran

dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)

Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga

atau tidak ada lubang telinga.

ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness)

Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada

bahagian organ dalam telinga.

Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah

pendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu

berkhayal, percakapannya tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang,

tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanya

berkaitan dengan bahasa.

Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan

perkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada

pengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembangan

mereka sendiri.

Menurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurang

pendengaran dan pekak.

1. Kurang pendengaran

a) Ringan (mild)

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

11 | P a g e

Page 12: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB

ii. Memahami perbualan

iii. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh

iv. Memerlukan terapi pertuturan

b) Sederhana (moderate)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB

ii. Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya

iii. Memahami perbualan

iv. Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas

v. Memerlukan alat bantu dengar

vi. Memerlukan terapi pertuturan

c) Sederhana teruk (moderate severe)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB

ii. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran

iii. Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi

iv. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan

kuat

v. Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana

pengalaman pendengarannya yang terhad

2. Pekak

a) Teruk (severe)

i. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB

ii. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5

sentimeter daripadanya

iii. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja

iv. Menghadapi masalah dalam pertuturan

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

12 | P a g e

Page 13: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

v. Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan

dan komunikasi

b) Sangat teruk (profund)

i. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB

ii. Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat

iii. Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan

5.0 LAPORAN KAJIAN

5.1 Profil murid

NAMA : ERRIENNA ELLIESSA BINTI HAIRUL HISAM

JANTINA : PEREMPUAN

BANGSA : MELAYU

AGAMA : ISLAM

TARIKH LAHIR : 19.10.2002

NO SIJIL KELAHIRAN : AM64246

BIL. ADIK BERADIK : 3 ORANG

ANAK YANG KE : PERTAMA

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

13 | P a g e

Page 14: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

JENIS KEPERLUAN KHAS : BERMASALAH PENDENGARAN

NO. KAD OKU : DE/06/09/10/000077

SEKOLAH : SK. PENDIDIKAN KHAS KUANTAN, PAHANG

KELAS : 4 JAYA

ALAMAT : NO 155 FELDA BUKIT KEPAYANG 28330 TRIANG

PAHANG

NAMA BAPA : HAIRUL HISAM BIN MOHD AKHAWAN

PEKERJAAN : MEKANIK

PENDAPATAN : RM 1000.00

6.0 LAPORAN PEMERHATIAN

Errienna Elliessa Binti Hairul Hisam adalah merupakan kanak-kanak yang

dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pendengaran. Dari aspek fizikal,

kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang kemas dan menarik. Kanak-kanak ini

juga mempamerkan ciri-ciri kebersihan yang sesuai dengan tahap umurnya. Tidak

seperti kanak-kanak normal yang lain, Errienna didapati lebih suka untuk bersendirian

dan tidak gemar untuk bersosial dengan rakan-rakan normal yang seusia dengannya.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Errienna lebih selesa untuk bergaul dengan kanak-

kanak yang bermasalah pendengaran sepertinya.

Selain itu, Errienna juga menghadapi masalah memahami percakapan orang

lain, pertuturannya kurang lancar dan tersekat-sekat serta berulang-ulang. Errienna

juga kurang arif untuk meggunakan perkataan-perkataan dengan tepat bagi

menerangkan sesuatu perkara atau situasi dan sering membaca pergerakan bibir untuk

memahami apa yang diucapkan oleh orang sekeliling. Errienna juga lebih kerap

berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan di sekolah dengan menggunakan bahasa

isyarat daripada bertutur.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

14 | P a g e

Page 15: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Errienna mengalami masalah pendengaran sejak kecil lagi. Jenis kecacatannya

ialah jenis Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) iaitu Kecacatan terjadi

disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga.

Kategori kecacatan pendengaran yang dialami oleh Errienna ialah pada tahap

sederhana (moderate). Ciri-ciri kecacatan pada tahap sederhana ialah pada tahap ini,

kehilangan pendengaran Errienna adalah antara 41 hingga 55 dB. Pada tahap ini,

Errienna hanya dapat mendengar bunyi dari 1 hingga 1.5 meter daripadanya. Ciri-ciri

pada tahap ini juga ialah Errienna dapat memahami perbualan tetapi dia sukar untuk

melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas. Untuk kategori sederhana

(moderate), Errienna perlu memakai alat bantu dengar dan memerlukan terapi

pertuturan.

Berikut merupakan pencapaian Errienna sewaktu berada dalam tahun 3 Jaya (2012):

MATA PELAJARAN Bulan Februari Bulan Mei

% Gred % Gred

Bahasa Melayu Penulisan 10 E 14 E

Bahasa Melayu Pemahaman 18 E 24 E

Bahasa Inggeris 30 D 34 D

Matematik 32 D 40 C

Sains 22 E 34 D

Pendidikan Islam 50 C 54 C

Jadual Keputusan akademik Errienna

Berdasarkan jadual di atas, dapat lihat bahawa Errienna sangat lemah dalam

membina ayat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dengan hanya

mendapat 10% pada bulan Februari dan graf mula naik sedikit kepada 14% pada bulan

Mei. Tidak kurang juga dalam mata pelajaran yang lain seperti Bahasa Melayu

Pemahaman dan Bahasa Inggeris. Berdasarkan jadual tersebut juga, dapat dirumuskan

bahawa Errienna mempunyai masalah dalam mata pelajaran yang melibatkan bahasa

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

15 | P a g e

Page 16: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

kerana dia boleh melakukan ujian dalam mata pelajaran Matematik dengan lebih baik

berbanding subjek-subjek bahasa.

6.0 MASALAH YANG DIHADAPI

Berdasarkan jadual di atas menunjukkan pencapaian akademik Errienna

sewaktu berada di dalam tahun 3 Jaya tahun 2012. Berdasarkan jadual tersebut, saya

dapat membuat satu kesimpulan bahawa Errienna jelas mempunyai masalah dalam

kemahiran berbahasa. Melalui temubual dan pemerhatian yang saya lakukan terhadap

dirinya, saya dapati bahawa Errienna benar-benar mempunyai masalah dalam

membina ayat pendek dan juga membaca. Seperti contoh, apabila disuruh untuk

membaca sepotong ayat dengan menggunakan bahasa isyarat, Errienna akan

mengambil masa yang lama untuk membaca kerana dia lebih cenderung untuk

membatang suku kata atau pun dalam erti kata lain, dia akan mengeja huruf satu

persatu dengan menggunakan bahasa isyarat sewaktu membaca. Keadaan ini tidak

menunjukkan perkembangan yang begitu baik untuk seorang murid Tahun 6. Dalam

usia begitu, Errienna sewajarnya sudah mampu untuk terus membaca perkataan-

perkataan pendek dengan menggunakan bahasa isyarat yang betul tanpa perlu

mengeja seperti mana rakan-rakannya yang lain.

7.0 PENTAKSIRAN BAHASA

Jika dianalisis masalah bahasa Errienna ini, saya boleh bahagikan kepada

masalah dalam fonologi, sintaksis, morfologi, pragmatik dan semantik. Manakala dari

segi komunikasi, Shafid lebih gemar untuk berkomunikasi secara non verbal dengan

orang ramai.

7.1 Fonologi.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

16 | P a g e

Page 17: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Dalam aspek fonologi, kekuatan yang dimiliki oleh Errienna ialah, dia dapat

menuturkan beberapa bunyi dengan jelas. Namun begitu, terdapat beberapa

kelemahan yang ditunjuk oleh Errienna terutama sekali nada yang dikeluarkan olehnya

semasa mengeluarkan bunyi. Antara kesalahan sebutan yang selalu ditutur oleh

Errienna ialah seperti “caya” untuk “saya” dan “cuka” untuk “suka”. Didapati, kadang-

kala Errienna akan mengeluarkan perkataan mengikut nada yang berbeza-beza iaitu

dari rendah ke tinggi secara tiba-tiba. Kadangkala perbuatan ini menimbulkan sedikit

kekeliruan mengenai apa yang ingin disampaikan oleh Errienna. Dalam erti kata yang

lain, Errienna tidak dapat mengawal nada dan jeda yang dipertuturkan. Dalam aspek

ini, Errienna tidak dapat menyebut dengan jelas perkataan yang mengandungi huruf

“S”.

7.2 Sintaksis

Dari aspek pembinaan ayat, didapati Errienna tidak dapat menuturkan ayat

dengan panjang. Errienna juga hanya boleh bertutur secara ringkas dan pendek sahaja.

Sebagai contoh, jika saya menanyakan “Adakah Errienna mahu makan?”, Errienna

hanya menjawab “tak nak” sambil menggelengkan kepala. Selain itu, bahasa yang

dituturkan oleh Errienna juga terbalik dan ringkas. Contohnya di sini ialah “Saya mahu

pergi ke tandas” kepada “saya tandas” dan “saya tandas mahu”. Di samping itu, jika

kita cuba berkomunikasi secara bertutur tanpa menggunakan bahasa isyarat

dengannya, Errienna akan bercakap tetapi tidak akan mengeluarkan perkataan dengan

baik. Perkara ini seolah-olah Errienna tidak tahu berbahasa walaupun pada hakikatnya,

kita dapat memahami sebutannya itu. Faktor ini mungkin disebabkan oleh kekurangan

bahasa dan kecelaruan yang berlaku dalam sistem bahasa dalam diri Errienna. Dalam

erti kata yang lain, pertuturan kanak-kanak ini kelihatan agak kompleks dan sukar untuk

kita dekati supaya bertutur lebih jelas dengan kita.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

17 | P a g e

Page 18: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

7.3 Morfologi

Dari segi morfologi, Errienna dapat menggantikan kata ganti namanya dengan

menamakan dirinya sebagai Errienna dan juga saya. Namun dari kelemahan aspek

morfologi pula, Errienna didapati sukar untuk menuturkan perkataan yang berimbuhan

terutamanya perkataan yang mempunyai imbuhan “meng”, “ber” dan “ter”. Disebabkan

itulah, Errienna lebih banyak menggunakan bahasa isyarat daripada bercakap. Hal Ini

membuktikan bahawa perkembangan bahasa Errienna tidak banyak dan tidak sama

dengan kanak-kanak normal lain.

7.4 Semantik

Tidak seperti kanak-kanak normal yang lain, jika Errienna mengelamun, dia

seringkali mengeluarkan bunyi yang sukar untuk difahami dan juga akan menunjukkan

isyarat tangan yang pelik. Oleh itu, kekuatan bahasa idiosinkratik ini sebenarnya boleh

menjadi satu medium bagi Errienna untuk berkomunikasi dengan orang lain. Sebagai

contoh, bagi mengingati suatu frasa atau perkataan yang diajar, Errienna mungkin

mengeluarkan bunyi yang berbeza walaupun maksudnya sama. Maknanya di sini,

mungkin “saya” bagi Errienna ialah kamu. Walaupun dari sudut negatif kita melihat

perkara ini mungkin menimbulkan kecelaruan tetapi dari sudut positifnya kita mungkin

boleh mengajar Errienna mengikut perspektif yang difahaminya. Apa yang penting

makna bahasa itu adalah betul walaupun ujaran yang dihasilkan berbeza,

7.5 Pragmatik

Dari segi pragmatik, Errienna merupakan seorang penutur yang pasif. Seperti

yang diperbincangkan tadi, disebabkan sikapnya yang antisosial maka Errienna tidak

dapat berkomunikasi secara spontan dan seterusnya menghasilkan komunikasi yang

lemah dengan individu yang lain. Dari segi kekuatan, Errienna didapati boleh

berkomunikasi dengan menggunakan dua bahasa iaitu secara bertutur dan juga

menggunakan bahasa isyarat.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

18 | P a g e

Page 19: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

8.0 CADANGAN UNTUK MENGATASI KELEMAHAN /MASALAH MURID

Bagi mengelakkan Errienna mengalami masalah bahasa yang lebih teruk lagi

pada masa akan datang, sesuatu harus dilakukan supaya ianya dapat dibendung.

Peranan ibu bapa dan guru yang dimainkan adalah sangat penting memandangkan dua

golongan ini merupakan golongan yang paling rapat dengan Errienna.

Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah dengan memperbanyakkan

aktiviti bacaan. Kaedah membaca juga mestilah betul iaitu dengan mengujarkan terus

perkataan tersebut dan bukan dengan mengeja. Guru atau ibu bapa boleh

menggunakan kad imbasan yang terdapat perkataan dan ditunjukkan kepada Errienna.

Apabila diminta untuk membacakan kad tersebut, Errienna mestilah diberitahu untuk

tidak mengeja dan terus mengisyaratkan perkataan tersebut. Latihan ini mesti dilakukan

setiap hari dan dilakukan secara konsisten.

Di samping diajar untuk membaca dengan teknik yang betul, guru juga boleh

meletakkan gambar pada kad imbasan tersebut atau memberikan penerangan konsep

berdasarkan perkataan yang diisyaratkannya itu. Melalui teknik ini, Errienna akan lebih

memahami apa yang diisyarat berbanding hanya membuat isyarat tanpa mengetahui

makna perkataan.

Lundsteen (1979) telah mendefinisikan bahawa mendengar adalah sebagai satu

proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Oleh itu, faktor

rangsangan pendengaran juga adalah amat penting dalam memberi intervensi kepada

Errienna supaya masalah bahasanya dapat diatasi. Ibu bapa terutamanya, perlu

banyak berisyarat dan berkomunikasi dengan Errienna dan isyarat itu mestilah isyarat

yang bermakna. Apabila Errienna sentiasa mendapat input daripada orang

sekelilingnya, dia akan menjadi mula untuk asimilasi dan adaptasi terhadap benda-

benda yang berkaitan dengan dirinya. Cara lain yang boleh dilakukan oleh Errienna

adalah dengan mendengar bahan rangsangan seperti cerita kanak-kanak yang

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

19 | P a g e

Page 20: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

diisyaratkan oleh guru, dan kemudiannya Errienna pula diminta untuk menceritakan

kembali cerita yang diisyaratkan oleh guru di hadapan kelas.

Perkara lain yang boleh dilakukan oleh guru di sekolah adalah dengan membuat

lakonan di mana ia boleh membantu Errienna untuk lebih memahami sesuatu perkara

dan juga menggalakkan ‘turn taking’ atau pun giliran untuk berkomunikasi dengan betul.

Hal ini penting kerana Errienna juga berhak untuk dilayan seperti golongan normal yang

lain. Oleh itu, Errienna perlu tahu bila masa untuk berkomunikasi, apa yang perlu

diisyaratkannya dan dengan siapa dia berkomunikasi supaya laras bahasa yang

digunakan juga sesuai.

Sebagai kesimpulan, bahasa merupakan satu aspek yang sangat besar

peranannya dalam kehidupan. Manusia yang tidak dapat berbahasa adalah golongan

yang sangat rugi oleh itu kita sebagai pendidik mestilah memainkan peranan dalam

membantu mereka yang memerlukan bantuan sebegini. Kita juga mestilah mengetahui

jenis-jenis masalah dengan membuat pemerhatian dan ujian bagi mengumpul

maklumat yang boleh membantu dalam memberi intervensi awal kepada mereka

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 1 April 2013

Masa : 11.05 pagi – 12.05 tengahari ( 60 minit )

Tahun : 4 Jaya

Tema : Hargai Warisan Kita

Tajuk : Alat Muzik Tradisional Malaysia

Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.

HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

20 | P a g e

Page 21: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

didengar, ditonton,dibaca atau dialami

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi

dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton

atau dibaca

HPK : 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara

yang tersurat dan tersirat.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan

dan intonasi yang betul dan memahami perkara

yang dibaca.

11.3 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota

daripada bahan yang didengar dan dibaca.

HHP : Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.

Aras 1 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan menarik.

Aras 1 (ii) Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;

1. Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia.

2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan menarik.

3. Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum

dalam bentuk jadual.

Pengisian Kurikulum :

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

21 | P a g e

Page 22: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Sistem Bahasa :

i) Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii) Tatabahasa : Ayat penyata

iii) Kosa Kata : getaran, dipalu, bergema

Kemahiran Bernilai Tambah

i) Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Interpersonal, Muzik

ii) Kemahiran Berfikir : mengesan, mengkategori

iii) Kajian Masa Depan :

iv) Pembelajaran kontekstual :

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid

Kemahiran generik : Kemahiran Belajar

Penekanan Konsep 5P

i) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis

ii) Penyerapan ilmu : Pendidikan Muzik; Nilai murni : baik hati

iii) Pemulihan : Membaca kosakata secara latih tubi

iv) Pengayaan : membuat buku skrap alat-alat muzik tradisional

v) Penilaian : Membuat jadual jenis alat muzik

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

i) Bahan Multimedia : LCD, CD

ii) Bahan Bercetak : poster

iii) Bahan Maujud : kompang, serunai

Pengetahuan Perlu Ada :

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

22 | P a g e

Page 23: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

i) Murid pernah melihat alat-alat muzik seperti serunai, kompang dan

lain-lain.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah

dan Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Alat-alat muzik:

Kompang

serunai

Guru membawa

kompang dan serunai

dan meminta 2 orang

murid memalu

kompang dan meniup

serunai tersebut.

Bersoal jawab dengan

murid mengenai

kegunaan kompang.

Guru mengaitkan

dengan isi pelajaran

hari ini.

Kemahiran

belajar(mentafsir

maklumat)

Langkah 1

(10 minit)

Petikan teks:

Alat-alat Muzik Tradisional

Malaysia.

(Lampiran A)

1.Membranofon

Murid diberikan

petikan.

Murid membaca

petikan dengan gaya

dan intonasi yang

betul.

Guru meminta

beberapa orang murid

membaca petikan

dengan kuat.

Murid lain mendengar

dan memberi komen

SP:Koperatif

PP(Berpusatkan

murid)

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

23 | P a g e

Page 24: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

2. Kordofon mengenai intonasi dan

nada.

Langkah 2

(10 minit)

Alat-alat Muzik

mengecam dan

menyebut nama alat-

alat muzik.

Murid duduk dalam

kumpulan dan

dikehendaki berbincang

mengenai jenis alat-alat

muzik dari setiap kaum.

Wakil murid dikehendaki

ke hadapan kelas dan

menyebut nama alat-alat

muzik tersebut.

PP(Berpusatkan

murid)

SP:Koperatif dan

Kolaboratif

KBT

-Verbal linguistik

Nilai: kerjasama

Langkah 3

(15 minit)

Tayangan slaid (gambar) :

Alat muzik tradisional

Melayu

Alat muzik tradisional

Cina

Alat muzik tradisional

India

Guru menayangkan slaid

gambar alat muzik

tradisional dari kaum

Melayu, Cina dan India.

Guru turut memberi

penerangan mengenai

asal usul sesuatu alat

KB

(mentafsir

maklumat)

SP:Kontek luar

BBM: LCD,

laptop

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

24 | P a g e

Page 25: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

muzik.

Murid dikehendaki

menyebut semula jenis

alat-alat muzik

berdasarkan sesuatu

kaum.

Nilai: berani

mencuba

Langkah 4

( 15 minit)

Latihan 3

Membuat jadual:

Jenis alat muzik

tradisional kaum

Melayu, cina dan India.

Murid dikehendaki

membuat jadual serta

menulis jenis alat

muzik tradisional.

Murid diminta mengisi

jadual tersebut dengan

menulis jenis alat

muzik dari kaum

Melayu, Cina dan

India.

Guru berbincang

dengan murid jawapan

yang tepat.

KB(menyatakan

sebab dan

alasan)

Penutup

( 5 minit )

Murid diperdengarkan

dengan lagu-lagu etnik

kratif daripada pita

rakaman.

Guru memaklumkan

kepada murid

mengenai alat muzik

yang digunakan dalam

lagu tersebut.

KG;TMK

Nilai Murni:

menghargai

warisan Negara

BBM: pita

rakaman

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

25 | P a g e

Page 26: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Guru merumuskan

pengajaran dan

pembelajaran serta

menekankan kepada

aspek nilai yang

terdapat semasa

aktiviti hari ini.

Refleksi :

Untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang bertajuk Alat

Muzik Tradisional, objektif pengajaran dan pembelajaran ialah murid-murid dapat

Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia dengan betul, membaca petikan

dengan sebutan dan intonasi yang betul san menarik dan objektif yang terakhir ialah

menulis alat-alat muzik tradisional dalam bentuk jadual.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa Errienna

mengenal lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia tetapi Errienna tidak dapat menulis

nama-nama alat muzik tersebut. Errienna juga tidak dapat membaca petikan dengan

sebutan dan intonasi yang betul. Oleh itu, rancangan pengajaran dan pembelajaran

harian ini perlu ditukar mengikut tahap kemampuan Errienna.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU (PENGAYAAN)

Tarikh : 1 April 2013

Masa : 11.05 pagi – 12.05 tengahari ( 60 minit )

Tahun : 4 Jaya

Tema : Hargai Warisan Kita

Tajuk : Alat Muzik Tradisional Malaysia

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

26 | P a g e

Page 27: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Pakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.

HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang

didengar, ditonton,dibaca atau dialami

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi

dan gaya pembacaan yang sesuai

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton

atau dibaca

HPK : 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara

yang tersurat dan tersirat.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan

dan intonasi yang betul dan memahami perkara

yang dibaca.

11.3 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota

daripada bahan yang didengar dan dibaca.

HHP : Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang terdapat dalam bahan.

Aras 1 (i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi

yang betul dan menarik.

Aras 1 (ii) Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;

4. Menyebut lapan jenis alat muzik tradisional Malaysia.

5. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan menarik.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

27 | P a g e

Page 28: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

6. Menulis jenis-jenis alat muzik tradisional Malaysia berdasarkan kaum

dalam bentuk jadual.

Pengisian Kurikulum :

Sistem Bahasa :

iv) Sebutan dan intonasi : Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul.

v) Tatabahasa : Ayat penyata

vi) Kosa Kata : getaran, dipalu, bergema

Kemahiran Bernilai Tambah

v) Kecerdasan Pelbagai : Linguistik,Interpersonal, Muzik

vi) Kemahiran Berfikir : mengesan, mengkategori

vii) Kajian Masa Depan :

viii) Pembelajaran kontekstual :

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan Murid

Kemahiran generik : Kemahiran Belajar

Penekanan Konsep 5P

vi) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulis

vii) Penyerapan ilmu : Pendidikan Muzik; Nilai murni : baik hati

viii) Pemulihan : Membaca kosakata secara latih tubi

ix) Pengayaan : membuat buku skrap alat-alat muzik tradisional

x) Penilaian : Membuat jadual jenis alat muzik

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

iv) Bahan Multimedia : LCD, CD

v) Bahan Bercetak : poster

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

28 | P a g e

Page 29: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

vi) Bahan Maujud : kompang, serunai

Pengetahuan Perlu Ada :

ii) Murid pernah melihat alat-alat muzik seperti serunai, kompang dan

lain-lain.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah

dan Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Alat-alat muzik:

Kompang

serunai

Guru membawa

kompang dan serunai

dan meminta 2 orang

murid memalu

kompang dan meniup

serunai tersebut.

Bersoal jawab dengan

murid mengenai

kegunaan kompang.

Guru mengaitkan

dengan isi pelajaran

hari ini.

Kemahiran

belajar(mentafsir

maklumat)

Langkah 1

(10 minit)

Petikan teks:

Alat-alat Muzik Tradisional

Malaysia.

(Lampiran A)

1.Membranofon

Murid diberikan

petikan.

Murid membaca dan

mengisyaratkan

petikan pendek

dengan betul.

Guru meminta

SP:Koperatif

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

29 | P a g e

Page 30: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

2. Kordofon

beberapa orang murid

membaca dan

mengisyaratkan

petikan dengan.

Murid lain mendengar

dan memerhati

dengan teliti.

PP(Berpusatkan

murid)

Langkah 2

(10 minit)

Alat-alat Muzik

mengecam dan

menyebut nama alat-

alat muzik.

Murid duduk dalam

kumpulan dan

dikehendaki

berbincang mengenai

jenis alat-alat muzik

dari setiap kaum.

Wakil murid

dikehendaki ke

hadapan kelas dan

menyebut nama alat-

alat muzik tersebut.

PP(Berpusatkan

murid)

SP:Koperatif dan

Kolaboratif

KBT

-Verbal linguistik

Nilai: kerjasama

Langkah 3 Tayangan slaid (gambar) : Guru menayangkan

slaid gambar alat

KB

(mentafsir PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

30 | P a g e

Page 31: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

(15 minit) Alat muzik tradisional

Melayu

Alat muzik tradisional

Cina

Alat muzik tradisional

India

muzik tradisional dari

kaum Melayu, Cina

dan India.

Guru mengisyaratkan

nama alat muzik

tersebut dan mengeja

nama alat muzik

tersebut.

Murid dikehendaki

mengejaka dan

menamakan alat

muzik dengan betul.

maklumat)

SP:Kontek luar

BBM: LCD,

laptop

Nilai: berani

mencuba

Langkah 4

( 15 minit)

Latihan 3

Membuat jadual:

Jenis alat muzik

tradisional kaum

Melayu, cina dan India.

Murid dikehendaki

membuat jadual serta

menulis jenis alat

muzik tradisional.

Murid diminta mengisi

jadual tersebut dengan

menulis jenis alat

muzik dari kaum

Melayu, Cina dan

India.

Guru berbincang

dengan murid jawapan

yang tepat.

KB(menyatakan

sebab dan

alasan)

Penutup

( 5 minit )

Murid diperdengarkan

dengan lagu-lagu etnik

kratif daripada pita

rakaman.

Guru memaklumkan

KG;TMK

Nilai Murni:

menghargai

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

31 | P a g e

Page 32: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

kepada murid

mengenai alat muzik

yang digunakan dalam

lagu tersebut.

Guru merumuskan

pengajaran dan

pembelajaran serta

menekankan kepada

aspek nilai yang

terdapat semasa

aktiviti hari ini.

warisan Negara

BBM: pita

rakaman

REFLEKSI :

Selepas membuat rancangan pengajaran dan pembelajaran untuk kali kedua,

saya mendapati Errienna telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Untuk

pengajaran dan pembelajaran kali ini, Errienna dapat mengenal dan menamakan alat-

alat muzik tradisional Malaysia dengan betul. Selain itu juga, Errienna dapat menulis

dan mengeja alat-alat muzik tradisional Malaysia dengan betul.

REFLEKSI

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

32 | P a g e

Page 33: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas dilaksanakan bagi medapatkan gambaran

terhadap tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca,

menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang

dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang

sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Melalui ujian pentaksiran, guru dapat mengenalpasti apakah masalah sebenar

murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru

merancang kejayaan program pemulihan kelak. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian

dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah

bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan bagi

meningkatkan kemahiran bahasa serta mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi

murid-murid dan akademik di sekolah.

Oleh demikian, pentaksiran haruslah dijalankan dengan lebih kerap dan

tersusun, bijak dan teratur agar ia dapat meningkatkan kemahiran yang sepatutnya

diperolehi oleh murid-murid dan tidak membantutkan atau menganggu proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem

pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan pembelajaran

murid-murid di sekolah.

Pertama sekali saya panjatkan rasa kesyukuran pada Yang Maha Esa kerana

dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus

panjang ini pada masa yang ditetapkan. Walaupun hasilnya tidak seberapa, tetapi saya

berasa sangat bangga kerana dapat menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.

Setelah hampir empat minggu proses menghasilkan kerja kursus yang diberi,

maka inilah yang dapat saya hasilkan dalam tugasan kerja kursus panjang bagi mata

pelajaran Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran. Banyak

input yang berguna dan bermanfaat dapat diperoleh untuk dipraktikkan dalam

kehidupan seharian.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

33 | P a g e

Page 34: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Pada hari pertama saya menerima tugasan ini, saya menghadapi masalah untuk

memahami kehendak soalan tetapi setelah diberi penerangan oleh pensyarah

pembimbing iaitu Cik Rohana Binti Lat, saya mulai faham perkara yang dikehendaki

oleh soalan. Pemerolehan saya dalam mendapat maklumat telah menyebabkan saya

kurang senang hati untuk melakukan perkerjaan lain tetapi dengan kemudahan yang

diberikan dan penerangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing telah

menjadikan saya lebih berani dalam melakukan kerja kursus ini. Kesempitan masa dan

kerja juga turut menjadikan saya kecelaruan emosi dalam menyiapkan tugasan ini. Dari

segi pemerolehan ilmu, sedikit sebanyak saya dapat memahami tentang tingkah laku

kanak- kanak berkeperluan khas iaitu kanak-kanak bermasalah pendengaran, ciri- ciri

yang terdapat pada mereka, masalah pembelajaran asas serta kemahiran sosial

mereka.

Kesulitan yang saya alami sepanjang menyiapkan tugasan, mengajar saya agar

bersabar dengan segala masalah yang timbul. Walau bagaimanapun, itu semua tidak

mematahkan semangat saya malah ia mengajar erti kesabaran agar kerja yang

dihasilkan ini diterima. Melalui tugasan ini saya berpegang pada prinsip “ berakit ke

hulu, berenang- renang kemudian, bersakit dahulu, bersenang kemudian”. Saya berasa

gembira kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan berasa bangga

kerana dapat mendalami topik ini.

Secara umumnya, pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat

yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran

terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk

untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran

yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid

tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid

dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti

dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan

beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data tersebut

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

34 | P a g e

Page 35: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk

penempatan.

Mengikut pemahaman saya, pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk

memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai

kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat

mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi

pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Pentaksiran

dan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah memberi saya pengetahuan dan

gambaran tentang bagaimana menilai keupayaan murid Pendidikan Khas. Hal ini

kerana, kemampuan dan tahap kebolehan setiap murid Pendidikan Khas adalah

berbeza mengikut jenis masalahnya. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan

yang penting dalam merancang dan merangka intervensi serta strategi yang paling

sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka

memperolehi pendidikan yang sepatutnya.

RUJUKAN

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

35 | P a g e

Page 36: Assignment PKD 3108 - Pengajaran Bahasa Kepada Kanak-Kanak Bermasalah Pendengaran

Dr. Abdullah Yusof. (2007). Pengenalan Pendidikan Khas. Kuala Lumpur.

Meteor Doc. Sdn Bhd.

Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-

Kanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.

Salvia Ysseldyke. (1988). Assessment in Special and Remedial Education.

Amerika Syarikat. Houghton Mifflin Company.

S. Jay Kuder. (2007). Teaching Students with Language And Communication

Disabilities. Amerika Syarikat. Rowan University.

Stephen N. Elliott. (1988). Assessment of Special Children. Amerika Syarikat.

Curriculum Associates, Inc.

Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng.(2004). Integrasi Sosial Murid

Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

PKD 3108 PENGAJARAN BAHASA KEPADA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

36 | P a g e