assignment penuh metodologi kajian

Upload: sadai-lasan

Post on 03-Mar-2016

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian

TRANSCRIPT

ASSIGMENT PENUH

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan kaedah kajian yang digunakan untuk merujuk satu cara mendapatkan data kajian atau penganalisisan sesuatu bahan. Bagi mendapatkan data atau hasil kajian dalam penulisan ini, kaedah kajian yang digunakan ialah aedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Dalam kaedah kepustakaan, Bahan-bahan pepustakaan telah digunakan untuk rujukan dalam kajian ini. Antara perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat ialah perpustakaan utama Universiti Malaya dan perpustakaan Zaba Universiti Malaya. Bahan-bahan yang menjadi rujukan adalah seperti buku-buku rujukan dan jurnal-jurnal yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Dalam kaedah lapangan pula, kajian dibuat di sebuah taska atau tadika yang berdekatan bagi menyelidik proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terhadap pelajar empat tahun. Kaedah lapangan ini dibuat di Taska dan Tadika Murni kawasan Kerinchi pada 6 november 2013 jam 10 pagi. Bagi memudahkan dalam mendapatkan data kajian ini, kami dibantu oleh penyelia taska tersebut, iaitu Pn. Murniwati Abd. Wahab. Secara keseluruhannya, kedua-dua kaedah ini sangat membantu dalam menyelesaikan penulisan terhadap kajian ini.

1