assignment he

6
Nama : Nuraini bt. Mohamad No. KP: 840317-01-5692 No. Pelajar : 1CPJ1106031 Definisi dan Konsep Perlembagaan Rujukan: http://pewariskeamanan.blogspot.com/2010/08/perlembagaan- malaysia.html Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat. Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah. Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara,

Upload: mr-kechik

Post on 13-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan ipg

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment HE

Nama : Nuraini bt. Mohamad

No. KP: 840317-01-5692

No. Pelajar : 1CPJ1106031

Definisi dan Konsep Perlembagaan

Rujukan: http://pewariskeamanan.blogspot.com/2010/08/perlembagaan-malaysia.html

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan

dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah

negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah

kerajaan dan hak-hak rakyat.

     Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara

pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang

dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah

dan perhubungan antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.

     Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahawa undang-undang

perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip

undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan mengandungi

pelbagai peruntukan, antara lain Badan Perundangan iaitu Parlimen, Badan Pemerintah seperti

Jemaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga mengandungi peruntukan-

peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama, bahasa kebangsaan dan sebagainya.

     Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang

mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak

keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang terkandung

di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan perlembagaan

yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat ditunaikan, maka

perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah dipegang teguh dan

Page 2: Assignment HE

seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan bukan sahaja merupakan

sebuah fikiran atau syor, tetapi merupakan undang-undang agung negara.

Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia

Rujukan : http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/

Sebelum Perlembagaan Persekutuan digubal, Tanah Melayu semasa penjajahan British

pada masa itu telah pun mempunyai perlembagaannya. Perlembagaan tersebut digubal berikutan

penubuhan Malaysan Union 1946. Walau bagaimanapun Malayan Union telah mendapat

bantahan daripada penduduk Tanah Melayu memandangkan perlembagaan yang dibentuk gagal

memenuhi tuntutan dan kehendak rakyatnya. Ini adalah kerana banyak perlembagaan tersebut

lebih menguntungkan pihak British berbanding rakyat negara ini. Bahkan perlembagaan tersebut

juga dikatakan telah mengetepikan nilai-nilai tradisi masyarakat Melayu yang telahpun diwarisi

sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.

Bagi memenuhi tuntukan rakyat pada masa itu, pihak British telah menubuhkan satu

jawatankuasa khas bagi mengkaji dan seterusnya menggubal satu perlembagaan yang dapat

memenuhi tuntutan rakyat di negara ini, khususnya berkenaan dengan nilai-nilai tradisi

masyarakat pribuminya. Nilai-nilai tradisi yang dimaksudkan adalah: Kedudukan istimewa Raja-

raja Melayu; Hak keistimewaan orang Melayu; Agama; dan Bahasa.

Berikut adalah penjelasan bagi keempat-empat nilai tradisi yang terkandung dalam

Perlembagaan Persekutuan itu.

1. Kedudukan Istimewa Raja-raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong

Beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai

kaitan dengan kedudukan istemewa Raja-raja Melayu ini termasuklah Perkara 32,

perkara 41, perkara 42, Perkara 44, Perkara153, dan Perkara 122B, perkara 41.

Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu pada masa itu sudahpun menjadi amlan sejak

zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kesultanan Melayu merupakan elemen penting dalam

masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Oleh

Page 3: Assignment HE

sebab itulah unsur tradisi ini dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan kerana sudah sekian

lama orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Tambahan pula, sistem

pemerintahan beraja akan dapat meningkatkan taat setia rakyat raja dan negara ini. Ketaatan

kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan.

2. Agama Islam

Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan

tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak

seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri,

atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di

kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan

negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan

manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan

menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat

memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti

ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang

mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak

berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan

persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama.

3. Hak keistimewaan Orang-Orang Melayu

Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi:

Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi – Perkara 153 (6) dan

Bidang Pelajaran – Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan

bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan

tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen

Page 4: Assignment HE

Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak

ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

Melihat dari sudut kepentingannya, kita sedar bahawa orang Melayu merupakan penduduk asli

atau pribumi negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberikan hak keistemewaan

tersebut. Ini kerana sebelum ini orang Melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau

pertanian. Justeru adalah wajar orang-orang Melayu diberi keutamaan dalam kesemua aspek

yang dinyatakan di atas bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini

agak jauh ketinggalan berbanding kaum lain.

4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan.

Bahasa ini secara automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua

maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua

maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa

maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

Jika melihat dari aspek rasional kenapa bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara,

aspek sejarah perlu dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi

lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986). Jadi tujuan di sebalik meluluskan bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk memenuhi keperluan menyatupadukan pelbagai

kaum di negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama.