assignment guli

Upload: kamalskpc

Post on 10-Apr-2018

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    1/19

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAILBATU RAKIT, 21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN.

    PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAHSEMESTER 1 2009 / 2010

    MURID DAN ALAM BELAJAR EDU3103

    KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU( KKP )

    NAMA : ROFLI BIN IBRAHIM @ HASHIM

    NO KAD PENGENALAN : 670105-06-5189

    SUBJEK : MURID DAN ALAM BELAJAR

    PENSYARAH : PUAN ANI SALWIAH BT ZAKARIA

    TARIKH SERAHAN : 24 DISEMBER 2009

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    2/19

    IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

    BATU RAKIT, 21030 KUALA TERENGGANU.KURSUS : PGSR / PENGAJIAN MELAYU

    AMBILAN NOVEMBER 2009 M / P : PEDAGOGI BAHASA MELAYU

    (BMM 3102 )SEMESTER : 1 TAHUN : 2009 / 2010

    PENSYARAH : EN.MOHD ASRI BIN HARUN PROFIL DIRI PELAJAR

    NAMA ROFLI BIN IBRAHIM @ HASHIM

    JANTINA LELAKI

    NO KAD PENGENALAN 670105-06-5189

    UMUR 42 TAHUN

    STATUS BERKAHWIN

    PENGALAMAN MENGAJAR

    ( TAHUN )

    20 TAHUN

    MATA PELAJARAN MAJOR PSR / PENGAJIAN MELAYU

    NAMA INSTITUSI / MAKTAB MP TERUNTUM, KUANTAN,

    PAHANG.

    TAHUN LULUS 1989

    GRED / DG SEKARANG DGA 32

    ALAMAT TETAP NO 250, KG PADANG MUKOM,

    TO` UBAN, 17050 PASIR MAS, KEL.

    NO TEL. RUMAH / BIMBIT 019-9434029

    ALAMAT SEKOLAH MENGAJAR SK PALOH 1 DAN 2,

    18300 GUA MUSANG, KELANTAN.

    NO TEL. SEKOLAH 09-9285256

    NAMA DAN NO TEL. WARIS

    TERDEKAT YANG BOLEH

    DIHUBUNGI KETIKA KECEMASAN

    ZURAIDAH BT AB RAHMAN

    NO TEL 012 6906023

    ............................................................. ( ROFLI BIN IBRAHIM @ HASHIM )

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    3/19

    KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    1. SEKAPUR SIRIH ii

    2. PENDAHULUAN 1

    3. KATEGORI PEMBELAJARAN GAGNE 2

    4. PERMAINAN GULI 3

    y SEJARAH 3y GELANGGANG 3

    y CARA BERMAIN 4

    5. PERKAITAN PERMAINAN GILU DENGAN PROSES

    PEMBELAJARAN DAN ALAM BELAJAR KANAK-KANAK 5

    y PERKEMBANGAN INTELEK 6

    y PERKEMBANGAN FIZIKAL 7

    y PERKEMBANGAN EMOSI 8

    y PERKEMBANGAN SOSIAL 9

    6. PENUTUP 10

    7. BIBLIOGRAFI 12

    8. LAMPIRAN 1 13

    9. LAMPIRAN 2 14

    i

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    4/19

    SEKAPUR SIRIH

    Bismillahirrahmanirrahim...Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.,

    para sahabat dan ambia, seterusnya seluruh umatnya. Bersyukur kehadrat

    Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya meneruskan pengajian

    di IPGM Kampus Dato Razali Ismail demi menimba dan menambahkan ilmu

    pengetahuan bagi memperjuangkan nasib anak bangsa ke arah generasi

    yang terbilang di dunia.

    Ucapan terima kasih yang tidak terhingga keppada pensyarah -

    pensyarah yang terlibat dalam program P GSR ini, khasnya kepada pensyarah

    WAJ 3106 En.Hasnul Hadi Bin. Tengah yang telah banyak membimbing dan

    membantu saya bagi menyiapkan kerja kursus ini. Segala ilmu yang

    diberikan, insyaAllah akan saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    Tidak dilupakan kepada isteri, anak dan rakan-rakan yang telah memberi

    dorongan dan sokongan ke arah peningkatan ilmu ini. Semoga mendapat

    balasan yang sewajaarnya daripada Allah S.W.T.

    Akhir kata, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayahNya

    agar segala apa yang kita pelajari mendapat keberkatan dan keredhaanNya .

    Amin, ya rabbil alamin.

    Sekian, wassalam

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    5/19

    ii

    PENDAHULUAN

    Dalam Kamus Dewan, main didefinisikan sebagai sesuatu yang dilakukan untuk

    bersenang-senang atau bersuka-suka (dengan menggunakan alat-alat tertentu atau

    tidak). Bermain pula diberi maksud berbuat sesuatu untuk menyukakan atau

    menyenangkan hati.

    Bermain merupakan proses untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran melalui

    pembelajaran, latihan dan pemikiran. Bermain memberi peluang kepada kanak-

    kanak mengembangkan potensi intelek, jasmani, rohani dan sosial, di samping

    mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru dipelajari. Perkembangan ini

    diperoleh melalui cara-cara mematuhi peraturan permainan, penyesuaian diri

    sesama mereka dan cara-cara menyelesaikan masalah. Dalam bermain, terdapat

    konsep main dan ciri-cirinya, iaitu:-

    y Merupakan aktiviti yang bermotivasi intrinsik dan dilaksanakan dengan

    semata-mata kepuasan.

    y Hendaklah dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak

    dipaksa.

    y Hendaklah membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan.

    y Hendaklah mengandungi unsur khayalan agar dapat memenuhi keperluan

    atau kepuasan pemain.

    y Merupakan aktiviti fizikal, atau psikologikal, atau kedua -duanya, dan

    hendaklah disertai oleh peserta secara aktif.

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    6/19

    1

    KATEGORI PEMBELAJARAN GAGNE

    Pada tahun 1965, Robert Mills Gagne telah mengemukakan satu teori

    pengajaran yang telah dimuatkan ke dalam bukunya The Conditions of Learning.

    Teori ini mengutarakan satu teori pengajaran yang mengandungi tiga komponen,

    iaitu taksonomi hasil pembelajaran, keadaan pembelajaran yang khusus bagi

    pencapaian setiap hasil pembelajaran tersebut dan Sembilan peristiwa pengajaran.

    Kemudian, Gagne telah menyenaraikan lima kategori pembelajaran dalam

    artikelnya yang bertajuk Domain of Learning, iaitu kemahiran intelek, strategi

    kognitif, maklumat verbal, kemahiran motor, dan sikap. Kesemua kategori ini

    memerlukan keadaan luaran dan dalaman yang berbeza-beza, meliputi:-

    y Kemahiran Intelek - Operasi mental yang membolehkan murid-murid memberi

    respon kepada persekitaran di mana mereka berada.

    y Strategi Kognitif Perancangan, kawalan, pemantauan pemikiran dan

    pembelajaran oleh murid -murid meliputi khusus kepada tugas, umum dan

    eksekutif.

    y Maklumat Verbal Mendapatkan semula maklumat yang disimpan dan

    keadaan dalaman yang menyokong, termasuk ilmu sedia ada.

    y Kemahiran Motor Kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut

    urutan.

    y Sikap Keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan

    tindakan seseorang.

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    7/19

    2

    Kini, senarai kategori pembelajaran ini telah menjadi satu komponen piawai

    kurikulum kepada pelbagai mata pelajaran. Ianya juga telah menjadi panduan untuk

    merekabentuk pengajaran iaitu daripada tahap mudah kepada tahap kompleks.

    PERMAINAN GULI

    Sejarah

    Permainan guli merupakan satu permainan yang popular di kalangan kanak -

    kanak pada zaman dahulu. Di negeri Kelantan dan Terengganu, permainan ini

    dikenali sebagai Main Buah Guroh. Pada asalnya, permainan ini menggunakan

    hanya potongan-potongan kayu yang dibulatkan sebesar telur ayam. Akan tetapi

    selepas Perang Dunia Pertama, guli yang diperbuat daripada bahan kapur yang

    diaduk dengan simen telah diperkenalkan. Kini, guli telah diperbuat daripada bahan -

    bahan kaca, tanah liat dan batu akik dengan pelbagai uk uran yang beragam dan

    pelbagai corak yang berwarna warni. (Rujuk Lampiran 1)

    Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia

    biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas

    tahun. Jumlah pemain lazimnya tidak melebihi lima orang.

    Gelanggang

    Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    8/19

    bermain guli. Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Di

    tengah-tengah bulatan tersebut dilekuk kan sebuah lubang sebesar 10cm lebar dan

    3

    sedalam 7cm dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ke tanah. Lubang

    tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m.

    daripada bulaatan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat

    permainan.

    Cara Bermain

    Untuk memulakan permainan, setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli

    masuk ke dalam lubang induk ( Rujuk Lampiran 2). Guli yang masuk ke dalam

    lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama

    memulakan permainan dan diikuti oleh guli -guli kedua hampir dan seterusnya.

    Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di

    dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena , ia dikira

    mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli -guli yang ada, begitulah

    seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain

    lainnya.

    Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah

    memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan

    memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap

    kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan.

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    9/19

    4

    Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil

    alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih

    dahulu sebelum boleh menjentik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam

    lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.

    Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli

    lawan sehingga semua pemain selesai giliran.Dua cara dendaan akan dikenakan

    terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. P emain yang kalah akan

    memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan

    memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik

    sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan. Cara dendaan

    pertama boleh menyebabkan guli pemain yang kalah serpih ataupun terbelah dua.

    PERKAITAN PERMAINAN GULI DENGAN PROSES PEMBELAJARAN DAN

    ALAM BELAJAR KANAK-KANAK

    Permainan guli menyebabkan kanak-kanak berasa seronok dan ini

    menyebabkan mereka ingin bermain lagi permainan tersebut.Sebenarnya,

    permainan ini boleh membantu proses pembelajaran dan alam belajar kanak -kanak

    dalam aspek:-

    i. Perkembangan intelek

    ii. Perkembangan fizikal

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    10/19

    iii. Perkembangan emosi

    iv. Perkembangan sosial

    5

    Perkembangan Intelek

    Semasa bermain guli, kanak-kanak akan mengira mata berdasarkan jumlah

    jentikan yang dibuat terhadap guli lawan. Pengiraan mata yang melibatkan operasi

    tambah dan dilakukan berulang kali menjadikan daya intelek kanak -kanak semakin

    berkembang. Untuk mengelak daripada kesilapan mengira, mereka akan sama-

    sama mengira mata setiap pemain. Begitu juga semasa membuat pengukuran

    ataupun menganggar jarak guli dengan lubang induk untuk menentukan siapakah

    yang akan memulakan permainan. Di sini, mereka dapat membezakan konsep jauh

    dan dekat.

    Di samping itu,kanak-kanak yang bermain guli akan sentiasa menggunakan

    akal untuk memasukkan guli tepat ke dalam lubang induk. Ini selaras dengan Teori

    Pelaziman Operan Thorndike yang dikemukakan oleh Edward L. Thorndike (1911).

    Beliau menyatakan bahawa pembelajaran merupakan proses cuba-ralat (Trial and

    error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting). Semasa kali

    pertama bermain, kanak-kanak akan bermasalah dalam menguasai kemahiran

    memangkah ataupun menjentik, tetapi mereka akan belajar c ara yang lebih baik

    selepas itu.Jika kalah dalam permainan, mereka tidak mudah berputus asa,

    sebaliknya akan berlatih dengan bersungguh-sungguh disamping berikhtiar tentang

    teknik terbaik untuk mengalahkan pihak lawan.

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    11/19

    Kanak-kanak yang bermain guli juga bijak mengatur strategi permainan. Ada

    masa tertentu mereka perlu melepaskan giliran kepada kanak -kanak lain. Ini

    memerlukan pemikiran yang cepat untuk membuat keputusan. Semuanya adalah

    strategi untuk memenangi permainan.

    6

    Ternyatalah bahawa permainan guli boleh membantu dalam perkembangan

    intelek kanak-kanak yang seterusnya membantu proses pembelajaran dan alam

    belajar kanak-kanak.

    Perkembangan Fizikal

    Permainan guli melibatkan hampir keseluruhan pergerakan anggota

    badan.Kebolehan kanak-kanak melakukan pelbagai pergerakan fizikal dalam

    permainan guli telah menunjukkan berlakunya perkembangan fizikal. Secara tidak

    disedari kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan, kelenturan atau

    fleksibiliti dan lain-lain akan berlaku dengan sendiri semasa kanak-kanak leka

    bermain guli.Pergerakan psikomotor yang berlaku ini dapat membantu kanak -kanak

    meluaskan lagi idea dan perasaan dalam proses pembelajaran.

    Peringkat umur kanak-kanak 7 11 tahun merupakan tahap pembelajaran

    yang paling efektif bagi perkembangan fizikal. Alam belajar kanak-kanak ketika ini

    banyak melibatkan aktiviti-aktiviti pergerakan fizikal dan penggunaan alatan.Secara

    tidak langsung aktiviti tersebut telah memberikan latihan berkesan kepada

    pertumbuhan otot-otot yang melibatkan motor halus dan motor kasar serta

    koordinasi seluruh anggota badan. Pembentukan otot -otot tangan yang kuat akan

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    12/19

    membantu kanak-kanak dalam permainan guli. Jentikan atau pangkahan dapat

    dilakukan dengan gerakan yang sempurna. Pergerakkan pemain dari garisa n

    permulaan ke lubang induk dan bulatan yang berulang -ulang membantu kepada

    pembentukan otot-otot kaki yang kuat. Semasa hendak membuat pangkahan, kaki

    7

    akan diangkat dan dihentak dengan kuat manakala sebelah kaki lagi akan

    mengimbang tubuh badan.Bagi mendapatkan ketepatan sasaran semasa membuat

    pangkahan pergerakkan mata dan kepala mesti diseimbangkan.

    Berdasarkan penerangan dalam pelbagai aktiviti di atas, permainan guli ini

    amat berkait rapat dengan perkembangan fizikal kanak -kanak. Walaupun permainan

    ini berlangsung dalam jangkamasa berjam-jam lamanya tetapi tidak menimbulkan

    rasa jemu dikalangan kanak-kanak. Keadaan badan yangberpeluh akan menjadikan

    kanak-kanak lebih sihat dan kuat. Kini, jelaslah permainan guli ini dapat membantu

    perkembangan fizikal kanak-kanak dan dapat diaplikasikan bagi proses

    pembelajaran di alamnya dengan sempurna.

    Perkembangan Emosi

    Sepanjang bermain guli, kanak -kanak akan mengalami pelbagai keadaan

    emosi seperti gembira, seronok, sedih, kecil hati, marah dan tidak puas hati. Mereka

    bermain dengan gembira kerana mereka mempunyai motivasi secara intrinsik tanpa

    mengharapkan bantuan dan ganjaran daripada pihak lain . Mereka akan bermain

    tanpa terikat dengan had masa, sehinggalah mengetahui siapakah pemenangnya.

    Sepanjang permainan diadakan, jelas kelihatan keseronokan di wajah setiap

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    13/19

    pemain.Mereka akan saling ketawa semasa guli mereka berjaya memangkah guli

    pihak lawan.

    Di samping itu, kanak-kanak yang bermain guli sebenarnya telah dilatih

    dengan sikap sabar. Ini jelas dilihat semasa guli mereka dipangkah oleh pemain lain.

    8

    Akibat pangkahan yang kuat, mungkin guli mereka akan serpih ataupun terbelah

    dua. Jika mereka tidak sabar, tentunya akan berlaku perkelahian. Walau

    bagaimanapun keadaan ini tidak berlaku, sebaliknya timbul perasaan ingin membaiki

    kelemahan sebelumnya. Mereka tidak mudah berputus asa, sebaliknya akan

    berikhtiar untuk mengatasi kelemahan sebelumnya.

    Emosi yang pelbagai ini amat baik untuk dialami oleh kanak -kanak.

    Perasaan-perasaan seperti ini akan membantu proses pembelajaran dan alam

    belajar mereka, walaupun tanpa disedari oleh mereka sendiri.

    Perkembangan Sosial

    Semasa bermain guli, kanak-kanak akan berinteraksi sesama mereka.

    Mereka akan berbual tentang hal-hal yang berkaitan dengan permainan tersebut,

    malah mungkin juga tentang perkara -perkara lain. Pada masa ini, mereka akan

    saling memberikan pendapat tentang cara-cara untuk memenangi permainan,

    ataupun bercerita tentang isu -isu lain yang menarik minat mereka.

    Semasa berkomunikasi ini, tentunya mereka menggunakan bahasa yang

    mudah difahami sesama mereka dengan intonasi yang sesuai. Ini akan

    mengeratkan hubungan di antara sesama mereka. Keadaan ini akan menjadikan

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    14/19

    mereka berani untuk berhadapan dengan orang lain, seperti rakan -rakan dan guru-

    guru di sekolah, malah juga dengan masyarakat di sekeliling mereka.

    9

    Oleh itu, jelaslah bahawa permainan guli sebenarnya boleh meningkatkan

    perkembangan sosial kanak-kanak. Mereka tidak akan kekok untuk berhadapan

    dengan orang ramai, yang seterusnya membantu dalam proses pembelajaran dan

    alam belajar mereka.

    PENUTUP

    Daripada apa yang telah diperkatakan, jelaslah kepada kita bahawa bermain

    adalah sangat penting dalam proses pembelajaran dan alam belajar kanak -kanak.

    Bermain merupakan proses untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran melalui

    pembelajaran, latihan dan pemikiran. Aktiiti bermain sebenarnya memberi ilmu

    secara tidak formal kepada mereka, yang membantu mereka dari segi

    perkembangan intelek, fizikal,emosi dan sosial.

    Oleh itu, ibu bapa perlu peka dengan keperluan -keperluan anak mereka

    supaya anak-anak mereka tidak ketinggalan jika dibandingkan dengan kanak -kanak

    lain. Perkenalkan kepada mereka permainan-permainan yang pelbagai, termasuklah

    pemainan tradisional supaya proses pembelajaran dapat dilakukan oleh mereka

    dengan sebaik-baiknya. Ini selaras dengan naluri kanak-kanak, yang mana mereka

    sentiasa ingin meneroka perkara-perkara yang baru.

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    15/19

    Peranan ibubapa dan guru amat penting bagi membantu dan memandu arah

    kanak-kanak untuk memperkembangkan lagi bakat dan minat mereka terhadap

    pelbagai permainan tradisional.Mudah-mudahan dengan bimbingan dan tunjuk ajar

    yang diberikan dapat diaplikasikan ke dalam situasi proses pembelajaran yang

    10

    sebenarnya. Keperihatinan dari pelbagai pihak adalah pemangkin kepada

    pembentukkan modal insan kelas pertama selaras dengan hasrat murni

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkembangan yang positif dari segi fizikal,

    intelek, sosial, dan emosi kanak-kanak ini kelak akan lahirlah satu generasi yang

    cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    16/19

    11

    BIBLIOGRAFI

    1. Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur (1998) : Siri Bimbingan Diploma Perguruan

    Psikologi II (Semester II), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam.

    2. Choong Lean Keow, PhD. (2008) : Siri Pendidikan Perguruan : Murid dan

    Alam Belajar, Penerbitan Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

    3. Ee Ah Meng (1993) : Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu (Edisi Kedua),

    Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

    4. Mok Soon Sang (2008) : Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi: Murid Dan

    Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor.

    5. Internet : http://bb2008-filz.blogspot.com/2008/07/guli .html

    6. Internet : http://ms.wikipedia.org/wiki/Guli .

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    17/19

    12

    Lampiran 1

    Contoh-contoh guli

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    18/19

  • 8/8/2019 Assignment Guli

    19/19

    14