assignment edu3109

5
a. Huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh guru dari segi inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam pendidikan khas. Inovasi merupakan kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea- idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Terdapat langkah-langkah yang boleh dijalankan oleh guru dari segi inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam pendidikan khas. Langkah pertama ialah guru boleh menayangkan video pembelajaran kepada murid-murid supaya mereka lebih terhibur dan sekaligus dapat mempelajari sesuatu melalui pandangan mereka. Hal ini terbukti apabila seseorang manusia boleh belajar dengan cepat melalui apa yang mereka lihat. Contohnya, ketika kita masih kecil, ibubapa akan menunjukkan kita teladan yang baik melalui tingkah laku mereka. Jadi, kita telah belajar sesuatu perkara melalui penglihatan dan seterusnya memproses apa yang kita lihat ke dalam bentuk maklumat untuk disimpan di dalam otak. Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah pembelajaran atas talian, dimana murid-murid akan membuat latihan di rumah dengan menggunakan komputer. Guru-guru akan menyediakan bahan untuk belajar, kemudian, murid akan mengaksesnya di rumah dengan

Upload: brandy-morgan

Post on 29-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

a. Huraikan langkah-langkah yang dijalankan oleh guru dari segi inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam pendidikan khas.Inovasi merupakan kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Terdapat langkah-langkah yang boleh dijalankan oleh guru dari segi inovasi teknologi pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam pendidikan khas. Langkah pertama ialah guru boleh menayangkan video pembelajaran kepada murid-murid supaya mereka lebih terhibur dan sekaligus dapat mempelajari sesuatu melalui pandangan mereka. Hal ini terbukti apabila seseorang manusia boleh belajar dengan cepat melalui apa yang mereka lihat. Contohnya, ketika kita masih kecil, ibubapa akan menunjukkan kita teladan yang baik melalui tingkah laku mereka. Jadi, kita telah belajar sesuatu perkara melalui penglihatan dan seterusnya memproses apa yang kita lihat ke dalam bentuk maklumat untuk disimpan di dalam otak.Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah pembelajaran atas talian, dimana murid-murid akan membuat latihan di rumah dengan menggunakan komputer. Guru-guru akan menyediakan bahan untuk belajar, kemudian, murid akan mengaksesnya di rumah dengan bimbingan ibubapa. Hal ini dapat mengukuhkan lagi pembelajaran murid-murid di sekolah. Jadi, murid-murid tidak akan terabai dan tidak akan ketinggalan sekiranya murid tersebut tidak hadir ke sekolah.Langkah-langkah yang telah dinyatakan adalah bertujuan untuk membudayakan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru dan murid. Hal ini dapat merapatkan lagi jurang yang wujud sekian lama dalam kalangan guru dan murid di luar bandar dengan di bandar.

b. Dalam proses berinteraksi dengan rakan sekerja seorang guru yang berkesan perlu mengurus emosi. Berdasarkan temuduga dengan dua orang guru di sekolah, jelaskan strategi yang berkesan untuk mengurus emosi.

c. Tuliskan satu artikel yang memberi focus kepada Sejauhmanakah guru bersedia menangani cabaran dalam jurang perbezaan digital?Sejauhmanakah guru bersedia menangani cabaran dalam jurang perbezaan digital? Perkara ini seringkali menjadi tanda tanya kepada semua guru yang berada di kawasan luar bandar. Hal ini kerana, kemudahan teknologi adalah sangat terhad dan kebanyakan sekolah masih lagi tidak mempunyai kemudahan teknologi seperti komputer dan juga akses internet. Situasi sebegini telah merumitkan keadaan dan mewujudkan jurang perbezaan digital. Guru yang berada di pedalaman akan berasa sukar untuk mengajar murid-murid dalam subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di peringkat sekolah rendah. Bagi guru-guru yang mengajar di sekolah menengah, perkara ini tidak menjadi masalah kerana kebanyakan sekolah-sekolah menengah tidak berada di kawasan luar bandar. Jadi, kemudahan teknologi mereka adalah mencukupi dan boleh mengajar murid-murid untuk subjek TMK.Oleh hal demikian, bagi mengelakkan jurang ini berlaku, guru-guru perlu membuat pelan tindakan ataupun inisiatif sendiri bagi mewujudkan sebuah bilik TMK bagi mendedahkan murid-murid dengan dunia TMK. Guru-guru boleh mengadakan kutipan komputer-komputer lama di kawasan-kawasan bandar. Sesetengah orang, mereka tidak menggunakan sebuah komputer terlalu lama. Mereka akan membeli komputer yang baru bagi menggantikan komputer yang lama. Guru yang bijak akan mengambil peluang ini untuk membeli komputer lama mereka dengan harga yang murah. Jadi, tidak menjadi masalah kepada sekolah bagi mewujudkan sebuah bilik ataupun makmal komputer bagi sekolah-sekolah di luar bandar. Bagi kemudahan akses internet pula, guru boleh berhubung dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mewujudkan tapak Bestari.Net. Bestari.Net ini merupakan salah satu cara untuk guru-guru dan murid-murid di kawasan pedalaman untuk mengakses internet. Jadi, tidak menjadi masalah untuk guru-guru dan juga murid-murid di kawasan pedalaman untuk mendapatkan berita terkini di dalam dan luar negara. Jika guru dapat melaksanakan segala perkara yang dinyatakan, saya yakin guru bersedia menangani cabaran dalam jurang perbezaan digitial.