edu3109 hak asasi kanak kanak

28
Disediakan oleh: Faridah binti Din

Upload: shavanis

Post on 14-Sep-2015

244 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

file

TRANSCRIPT

  • Disediakan oleh:Faridah binti Din

  • Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54.Hak Asasi kanak-kanak disentuh dalam beberapa perkara seperti Perkara 2, 3, 6, 13, 18, 19, 23,27, 28, 29, 30, 32 dan 34Hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.

  • SEMUA KANAK-KANAK TANPA MENGIRA KEUPAYAAN DAN KETIDAKUPAYAAN MEREKA, JANTINA MEREKATARAF SOSIALEKONOMIKEBUDAYAANLATAR BELAKANG ETNIK AGAMA MEREKAHIV DAN TARAF KESIHATAN MEREKA.BERHAK

  • HAK KANAK-KANAKDILAHIRKANMEMPUNYAI NAMA KEWARGANEGARAAN(TINGGAL DI DALAM KOMUNITI DAN PERSEKITARAN YANG AMAN DAMAI)MEMPUNYAI MAKANAN YANG MENCUKUPITUBUH BADAN YANG AKTIF DAN SIHAT MENDAPATKAN PENDIDIKAN YANG BAIK DAN MEMBENTUK POTENSI DIRIMEMPUNYAI KELUARGA YANG AKAN MENJAGA DAN MENYAYANGI(PELINDUNGAN-PENDERAAN/EKSPLOITASI, KECUAIAN/KEGANASAN BAHAYA.DIBERI PELUANG UNTUK BERMAIN DAN BERIADAHDIPERTAHANKAN DAN DIBERI BANTUAN OLEH KERAJAAN BERUPAYA MENGEKSPRESI PANDANGAN SENDIRI

  • RASIONAL KANAK-KANAK MUDAH DIPENGARUHIMEMERLUKAN JAGAAN DAN PERLINDUNGAN KHASPENJAGAAN UTAMA DAN TANGGUNGJAWAB PERLINDUNGAN OLEH KELUARGA.PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG IA MELIPUTI HAK SEBELUM DAN SELEPAS LAHIR

  • Negara-negara pihak hendaklah menghormati dan memastikan bahawa hak-hak yang dinyatakan dalam konvensyen ini diberikan kepada setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpa mengira apa-apa jenis ; diskriminasi, bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, pandangan politik atau pandangan lain, warganegara, asal-usul etnik sosial, harta, hilangupaya, status kelahiran@ status lain kanak-kanak itu, ibubapanya atau penjaganya yang sah

  • Dalam segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak sama ada yang diakujanji oleh institusi kebajikan masyarakat awam @ swasta, mahkamah, pihak berkuasa pentadbiran @ badan perundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak itu hendaklah menjadi pertimbangan utama Negara-negara pihak mengakujanji untuk memastikan kanak-kanak itu diberi perlindungan dan jagaan yang diperlukan bagi kesejahteraannya

  • Negara-negara pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup.Negara-negara pihak hendaklah memastikan kanak-kanak setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

  • Kanak-kanak hendaklah berhak kepada kebebasan bersuara; hak ini hendaklah termasuk kebebasan untuk; mencari, menerima dan menyampaikan semua jenis maklumat dan idea, tanpa mengira sempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau cetakan, dalam bentuk lukisan atau melalui apa-apa media lain yang dipilih oleh kanak-kanak itu

  • Negara-negara pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibubapa mempunyai tanggungjawab bersama bagididikan dan perkembangan kanak-kanak, ibubapa atau mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga disisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak . Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam konvensyen ini, negara-negara pihak hendaklah memberi bantuan sewajarnya kepada ibubapa dan penjaga disisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

  • Negara-negara pihak hendaklah mengambil segala langkah perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada semua bentuk keganasan Fizikal,mental, Kecederaan, Penderaan pengabaian @ pelakuan cuai, penganiayaan @ eksploitasi, termasuk penderaan seksual semasa dalam jagaan ibubapa(ibubapa), penjaga disisi undang-undang (penjaga-penjaga disisi undang-undang)

  • Negara-negara pihak mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak kurang upaya secara mental @ fizikal patut menikmati kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dalam keadaan yang memastikan kemuliaan, menggalakkan sikap tidak bergantung dan memudahkan penglibatan aktif kanak kanak itu dalam komuniti

  • Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.Tanggunjawab Utama Ibu bapa ( Orang bertanggung jawab kepada kanak-kanak)Kemampuan kewangan -sediakan perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

    Tanggungjawab sokongan - Kerajaan (Bantuan Material/Undang- undang)Mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan negara-, membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya pemakanan, pakaian dan perumahan.

    Kerajaan sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak atau dari luar negeri. (Wujud perjanjian antara negara)

  • Negara-negara pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah secara khususnya; Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam pelbagai bentuk, termasuk pendidikan umum dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma

  • Negara-negara pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihala tujukan kepada; Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi. Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub KONVENSYEN mengenai Hak Kanak-Kanak dalam piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya berasal dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri. Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina dan persahabatan dikalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semulajadi.

  • Dalam negara di mana wujudnya minoriti, etnik, agama atau linguistik @ orang-orang yang asal-usulnya penduduk asli, seseorang kanak-kanak yang tergolong dalam minoriti sedemikian atau ialah penduduk asli Tidaklah boleh dinafikan hak, dalam komuniti dengan anggota kumpulannya yang lain, Untuk menikmati kebudayaanya sendiri, Untuk menganut dan mengamalkan agamanya sendiri atau Untuk menggunakan bahasanya sendiri.

  • Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untuk dilindungi daripada ;- Eksploitasi ekonomi dan daripada menjalankan apa-apa kerja yang berkemungkinan berbahaya atau; Menganggu pendidikan kanak-kanak itu, atau adalah mendatangkan keburukan kepada kesihatan kanak-kanak atau; Perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan atau; Sosial kanak-kanak itu.

  • Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk pengeksploitasian seks dan penderaan seksual. Bagi maksud ini, Negara-Negara Pihak hendaklah secara khusus mengambil segala langkah kebangsaan, dwi pihak dan berbilang pihak yang sewajarnya untuk mencegah: Dorongan atau paksaankanak-kanak untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti seks yang menyalahi undang-undang. Penggunaanbersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam pelacuran atau apa-apa amalan seks yang menyalahi undang-undang Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam persembahan dan bahan lucah.

  • Penubuhan Majlis Penyelaras bagi perlindungan Kanak-Kanak Seksyen 3 Maka hendaklah ditubuhkan suatu Majlis yang hendaklah dikenali sebagai Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak Majlis hendaklah: Bertanggungjawab bagi menasihati Menteri tentang segala aspek pelindungan kanak-kanak Mereka bentuk suatu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan diseluruh Malaysia yang menggabungkan saluran maklumat bagi melaporkan kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan Mengesyorkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditujukan khusus untuk memenuhi keperluan orang, kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan perkhidmatan perlindungan kanak-kanak Menyelaras pelbagai sumber mana-mana Jabatan Kerajaan yang terlibat dengan perlindungan kanak-kanak. sambung-

  • sambung- Membangunkan program-program untuk mendidik orang ramai dalam pencegahan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. Memberikan nasihat tentang pengurusan , operasi dan amalan Pasukan Pelindungan kanak-Kanak diseluruh Malaysia Memberikan nasihat tentang pengurusan ,operasi dan amalan pasukan pelindungan kanak-kanak seluruh Malaysia. Memberikan nasihat tentang pembangunan program latihan bagi anggota Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak diseluruh Malaysia Menyelesaikan apa-apa pertelingkahan yang mungkin berbangkit dalam Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat dibawah akta ini

  • 1. Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan jika; -telah atau besar kemungkinan akan dicederakan dari segi fizikal atau segi emosi atau dianiayai dari segi seks oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau seseorang anggota keluarga luasnya; -sama ada tahu atau berkemungkinan mengetahuinya telah tidak melindungi atau tidak akan melindungi kanak-kanak itu daripada kecederaan atau penganiayaan sedemikian -ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu tidak layak atau telah mengabaikan, tidak berupaya untuk menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu dan kanak-kanak itu mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat -ibu atau bapa atau penjaga telah mengabaikan atau berkeberatan untuk mengadakan memelihara dari aspek penyediaan makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak itu -kanak-kanak itu tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga; atau telah dibuang oleh ibu atau bapa atau penjaganya dan selepas siasatan yang munasabah ibu atau bapa atau penjaga itu tidak ditemui, dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya memelihara kanak-kanak itu sambung-

  • Sambung- Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan jika; kanak-kanak itu perlu diperiksa, disiasat atau dirawat bagi maksud memulihkan atau memelihara kesihatannya; dan ibu atau bapa atau penjaganya mengabaikan atau enggan membenarkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat sedemikian kanak-kanak itu berkelakuan dengan cara yang, atau yang mungkin, memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan ibu atau bapa atau penjaganya tidak berupaya atau berkeberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki keadaan atau langkah-langkah yang diambil oleh ibu atau bapa atau penjaga itu gagal Terdapat pertelingkahan yang sedemikian rupa antara kanak-kanak itu dengan ibu atau bapa atau penjaganya, atau antara ibu dan bapa atau penjaga penjaganya, sehinggakan hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius, dan yang demikian itu menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan emosi kanak-kanak itu dibenarkan berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud (i) mengemis atau menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan; atau (ii) menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram, perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu.

  • Keadaan sedemikian terangkum sekiranya; Dicederakan dari segi fizikal jika ada kecederaan yang substansial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau agen (alat) yang sengaja kepada tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan dengan, antara lain, laserasi, kontusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang yang lain, dislokasi, seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi atau gugur rambut atau gigi; Dicederakan dari segi emosi jika ada gangguan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu yang didalilkan dengan, antara lain, kecelaruan mental atau tingkahlaku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau perkembangan lambat; Teraniaya dari segi seks jika dia telah mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi maksud (i) apa-apa bahan, fotograf, rakaman, filem, pita video atau persembahan yang berunsur pornografi, lucah atau sumbang; atau (ii) eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

  • Sekolah kebangsaan ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan - (a) yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur 6 tahun; (b) yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; (c) yang menjadikan bahasaInggeris sebagai matapelajaran wajib; dan (d) di mana kemudahan bagi pengajaran; (i) bahasaCina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; dan (ii) bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya; 29A (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan pendidikan rendah menjadi pendidikan wajib. (2) Tiap-tiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib. (4) Ibubapa yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apa bila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

  • Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan dibawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat. .Tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Menteri boleh memberikan sama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaan dengan murid atau mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan bantuan itu boleh termasuk ; (a) pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman atau bantuan lain; (b) penyediaan- (i) tempat tinggal; (ii) pengangkutan; (iii) buku; dan (iv) perkhidmatan perubatan dan pergigian, bagi maksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka

  • 41. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan- (a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas; (b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas; (c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan (d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Bab ini. (2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1) (a) tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan dibawah Akta ini. (3) Kurikulum yang ditetapkan dibawah perenggan (1) (b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik

  • HAK ASASI KANAK-KANAK-SEMUA KANAK-KANAK DILINDUNGI OLEH UNDANG-UNDANG DAN AKTA-AKTA YANG KHUSUS UNTUK MEREKA.MEREKA ADALAH ASET YANG BUKAN SAHAJA PENTING KEPADA NEGARA TETAPI KEPADA DUNIA AMNYA-PEWARIS MASA DEPAN.