assignment 586

Upload: punitha-malar-krishnan

Post on 04-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

DIPLOMA ANT BANGSA PJ

TRANSCRIPT

Assignment 586Assignment 2 Pendidikan fizikal lazimnya diajar dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Namun Pendidikan fizikal boleh digabungjalinkan dalam mata pelajaran lain. Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak oleh murid. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran seperti Sains, Bahasa Malaysia, Muzik, Matematik dan sebagainya Pendidikan fizikal boleh digabungjalinkan agar murid dapat melibatkan diri secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna , berkesan dan menyoronokkan. Selain itu, pembelajaran seperti ini dapat meningkatkan keyakinan, mengurangkan rasa rendah diri dan mencungkil bakat dalam kalangan murid.Pedidikan fizikal boleh digabungjalinkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ianya boleh digabungjalinkan dalam proses asas pembelajaran kemahiran menulis dan membaca bagi pelajar pemulihan atau tahun 1. Kemahiran menulis dan membaca murid dapat diperkukuhkan melalui aktiviti fizikal dengan pengalaman murid dengan tujuan memberikan maklumat dan mengubah sikap dan mempengaruhi tingkahlaku murid. Contohnya huruf-huruf Bahasa Malaysia diajar melalui permainan teng-teng. Mula-mula murid mencabut abjad dalam kotak yang disediakan. Murid perlu ingat abjad tersebut dan murid menggunakan sebelah kaki sahaja untuk melompat di setiap petak. Selepas sampai di hujung petak murid perlu lihat dan perhatikan dan perlu mencari abjad mereka . Sekiranya murid tersalah cari , maka tibalah giliran peserta lain untuk bermain. Jika berjaya maka peserta tersebut perlu teruskan permainannya. Proses penggabungjalinan aktiviti fizikal ini menggalakkan penglibatan murid pemulihan. Selain daripada merasa seronok dan dapat bermain, pelajar dapat meningkatkan kemahiran menyebut, mengenali dan meneliti huruf dengan baik dan tepat. Dalam mata pelajaran Matematik juga penggabungjalinan pendidikan fizikal boleh dijalankan. Contohnya bagi aktiviti pengayaan matematik tahun satu terhadap angka .Guru boleh meminta murid membuat aktiviti regangan yang mudah di dalam kelas sambil mengira dari nombor satu hingga ke nombor lapan. Selain itu guru juga boleh menjalankan aktiviti berdiri setempat dan membentuk nombor menggunakan badan mereka. Murid juga boleh menggunakan pergerakan tubuh mereka seperti jari, kaki, tangan dan sebagainya. Cara untuk mengajar aktiviti ini dalam subjek Matematik adalah , seorang murid akan melakar , menggayakan atau menyilang bentuk huruf menggunakan anggota badan mereka. Murid yang lain pula akan membentuk huruf tersebut. Dalam aktiviti ini kemahiran bukan lokomotor diajar secara tidak langsung.Penggabungjalinan dalam matapelajaran Pendidikan seni boleh digabungjalinkan dengan meminta murid melukis situasi di restoren. Murid akan melukis pekerja-pekerja restoren yang membacuh kopi, membuat roti canai, menggoreng mi, membasuh pingan mangkuk, mop lantai dan sebagainya. Selepas melukis dan mewarna gambar tersebut murid perlu melakonkan situasi restoren yang dilukis tadi dengan iringan muzik.Pergerakan-pergerakan yang dilakukan merangkumi, pergerakan lokomotor , bukan lokomotor dan pergerakan manipulasi alatan. Aktiviti sebegini boleh melahirkan murid yang kreatif . Murid juga dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid tahun satu, aktiviti fizikal boleh digabungjalinkan untuk mengajar subjek sains. Murid diajar mengenai binatang-binatang dan pergerakannya. Seterusnya murid akan membuat pergerakan haiwan tersebut. Contohnya, gajah, kucing, ular, kuda, tupai, harimau dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti fizikal digabungjalinkan dalam mata pelajaran pendidikan muzik. Apabila murid diajar sesuatu lagu, guru bolehlah meminta murid membuat pergerakan berirama atau pergerakan kreatif mengikut rentak lagu tersebut. Dengan itu murid dapat mengingati lirik lagu tersebut dengan mudah. Dengan itu kecerdasan pelbagai yang merangkumi muzik dan pergerakan yang diperkenalkan oleh Howad Gardner dapat dicungkil daripada diri murid.Kesimpulannya, pengajaran Pendidikan fizikal dalam matapelajaran selain daripada pendidikan jasmani mampu memberi dan merangsang murid untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti dan membangunkan kemahiran asas bagi mencapai kejayaan. Kejayaan yang diperolehi ini menjadikan seseorang murid lebih berkeyakinan dan berpuas hati terutama dalam aspek pembangunan emosi. Pembangunan sosial boleh membantu murid menyesuaikan diri murid sebagai ahli masyarakat. Ia juga dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada murid kita tentang gaya hidup cergas dan gaya hidup yang sihat.