assignment

23
1.0 Pengenalan Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan secara tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi. Perkembangan dan pertumbuhan adalah saling berkaitan, tetapi kedua-dua ini adalah berbeza. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Perkembangan merujuk kepada kemahiran menggunakan anggota badan, misalnya seseorang bayi bermula dengan kebolehan memusing badan, duduk, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Pertumbuhan kanak-kanak yang optimum dapat membantu perkembangan fizikal kanak- kanak yang sihat, pembentukan kendiri yang positif dan keyakinan diri.

Upload: changfooyung

Post on 21-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment

1.0 Pengenalan

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan

bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia

(Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami

perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri

dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung

dan secara tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal

menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka

bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tersebut

tidak dapat bersaing, ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan

sebaya mereka. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan

terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin

mempengaruhi perkembangan personalitinya. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur

badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

Perkembangan dan pertumbuhan adalah saling berkaitan, tetapi kedua-dua ini

adalah berbeza. Pertumbuhan ialah perubahan yang dapat dilihat dengan nyata dan diukur

daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Perkembangan merujuk kepada kemahiran

menggunakan anggota badan, misalnya seseorang bayi bermula dengan kebolehan

memusing badan, duduk, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari. Pertumbuhan kanak-

kanak yang optimum dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak yang sihat,

pembentukan kendiri yang positif dan keyakinan diri.

Page 2: Assignment

2.0 Konsep dan prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak

Prinsip asas dalam perkembangan fizikal

1. Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki

Selepas dilahirkan, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan

perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan

kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang

bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas

lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya

menggunakan lengan. Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya,

dapat merangkak, berdiri seterusnya berjalan.

2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar.

Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. Pada

peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan.

Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir dalam perkembangan fizikal

badan. Seorang bayi selepas kelahiran cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal

kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas beberapa bulan, bayi

boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menggengam objek. Seterusnya, bayi akan

dapat memegang objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan kerana otot

tangan sudah berkembang.

3. Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik

Sebagai contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis

dengan kuat. Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku, bayi masih akan

menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit. Seterusnya, apabila bayi

menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat memberitahu kepalanya yang sakit.

4. Aspek perkembangan fizikal berkembang pada tahap yang berbeza

Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat

remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya berkembang

dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan

menaakul berkembang dengan lebih perlahan.

Page 3: Assignment

Perkembangan kanak-kanak peringkat umur antara 2 – 12 tahun

Awal kanak-kanak (2-6 tahun)

Awal kanak-kanak biasanya bermula daripada dua hingga enam tahun. Pada

peringkat ini, pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada tahun

pertama kanak-kanak tersebut. Dari umur 2 tahun hingga baligh, ketinggian kanak-kanak

meningkat 2-3 inci. Dari segi berat pula, ia menjadi empat kali ganda apabila berumur dua

tahun. Dari umur dua tahun hingga baligh, berat kanak-kanak akan meningkat 2.5-2.8kg

setiap tahun. Otot-otot kasar sudah berkembang tetapi otot-otot halus belum berkembang

dengan sempurna. Perkembangan otot-otot berlaku dalam arah cephalocaudal iaitu otot-otot

kepala dan leher membesar dahulu daripada bahagian-bahagian lain. Semasa lahir, otak

bayi (dalam gram) hanya 25% daripada berat badan orang dewasa. Saiz ini meningkat ke

66% semasa akhir tahun pertama, 76% pada umur dua setengah tahun dan 90% daripada

berat orang dewasa semasa berumur lima tahun.

Perempuan Lelaki

Umur Berat badan

(kg)

Ketinggian (sm) Berat badan

(kg)

Ketinggian (sm)

2 tahun

3 tahun

4 tahun

5 tahun

12.32

14.45

16.45

18.41

85.25

92.75

101.50

107.25

12.59

14.64

16.55

18.41

86.00

94.75

101.75

107.00

Sistem saraf bayi juga berkembang pesat semasa peringkat bayi. Ahli-ahli psikologi

mendapati bayi mempunyai lebih banyak neuron daripada orang dewasa. Sebenarnya

setengah daripada jumlah keseluruhan neuron dihasilkan semasa bayi. Percambahan

neuron pesat semasa kanak-kanak mencapai dua tahun dan kemudiannya menurun

sehingga berumur 16 tahun. (Goldman-Rakic et al., 1983).

Perkembangan motor bayi pula boleh dibahagikan kepada dua kategori umum.

Pertama, perkembangan lokomasi dan postural yang melibatkan kawalan badan dan

Jadual 1 Purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak umur 2-5 tahun

Page 4: Assignment

koordinasi tangan dan kaki untuk bergerak. Kategori kedua ialah prehension iaitu kebolehan

yang menggunakan tangan untuk makan, pegang sesuatu benda dan sebagainya.

Perolehan kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan bayi bergerak balas mengikut

persekitaran dan lebih bebas untuk bergerak. Perkembangan motor bukan sahaja berlaku

dari segi kemahiran seperti berjalan sendiri atau bertatih, tetapi juga dari aspek kebolehan

kanak-kanak menyesuaikan diri dengan persekitaran, khususnya memanipulasikan objek

dan koordinasi visual dengan motor.

Selain itu, kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada

peringkat ini lebih cepat daripada kadar perkembangan kanak-kanak lelaki. Perubahan

dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya seorang kanak-kanak boleh

berlari terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bermain menggunakan kasut roda. Kanak-

kanak akan mempunyai pencapaian yang berbeza walaupun berada pada umur yang sama

kerana perkembangan fizikal dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.

Umur ( tahun) Perkembangan psikomotor

2 Menaiki tangga dengan bantuan.

Memegang objek-objek besar seperti bola dan memanipulasi objek-objek

kecil seperti krayon.

3 Melambung bola.

Menunggang basikal tiga roda.

4 Melompat dan berlari.

Menaiki dan menurun tangga tanpa bantuan.

5 Menggunakan kasut roda.

Menulis huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang mudah.

Jadual 2 Tahap perkembangan psikomotor mengikut umur

Page 5: Assignment

Rajah 1 Kadar ketinggian kanak-kanak

Kanak-kanak (7-12 tahun)

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu

pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan

perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-kemahiran

psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi

susu akan diganti. Berdasarkan rajah 1, ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah

apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak

semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya, kanak-kanak menjadi lebih kurus.

Umur Purata Tinggi (cm) Penambahan Tahunan (cm)

Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan

7 123.8 122.6 7.08 7.28

8 128.5 127.7 5.48 5.78

9 133.6 133.3 8.02 6.73

10 138.7 139.4 6.61 8.27

11 144.2 146.4 6.07 6.11

12 150.0 152.0 5.72 6.45

Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-

kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti

atau tugas yang diberi kepada mereka. Perkembangan otot-otot halus, koordinasi mata dan

tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain

Jadual 3 Purata tinggi dan penambahan tinggi tahunan kanak-kanak umur 7-12 tahun

Page 6: Assignment

alat-alat muzik seperti piano dan viola, menjahit, mengait, membina model, belajar

gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada

permainan lasak misalnya permainan bola sepak di padang. Pada peringkat ini, aktiviti

senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan kepada kanak-kanak. Perbezaan

saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih

berat badan boleh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

Kanak-kanak lelaki dan perempuan mula menunjukkan perubahan keseluruhan

fizikal ke peringkat dewasa seawal usia 8 tahun untuk perempuan dan 10 tahun untuk lelaki.

Secara purata, akil baligh bermula dari usia 12 tahun dan mula mantap pada umur 18 tahun.

Akil baligh berlaku lebih awal bagi kanak-kanak perempuan jika dibandingkan dengan lelaki.

Kanak-kanak yang menghampiri akil baligh akan bermula dengan tumbesaran badan yang

serentak dan juga lelaki akan berlaku tumbesaran buah zakar, kerandut dan zakar. Petanda

akil baligh yang lain ialah seperti kemunculan bulu roma di bahagian ketiak dan dada.

Walaubagaimanapun, bulu roma ini ada kaitan dengan baka dan bukan petanda mutlak akil

baligh. Sebahagian kanak-kanak yang sedang menjalani perubahan akil baligh mendapati

perubahan itu tidak begitu jelas jika dibandingkan dengan rakan mereka. Sebenarnya,

mereka tidak sedar bahawa perubahan yang dialami itu sedang berlaku kerana mereka tidak

lihat pada diri sendiri. Mereka hanya selalu memerhatikan rakan-rakan yang lain.

Akil baligh yang awal Ciri-ciri Akil baligh yang lewat

Perempuan: berlaku pada

umur 8 tahun

Lelaki: berlaku pada umur 9

tahun

Perkembangan seksual Perempuan: tiada tanda

pada umur 13 tahun

Lelaki: tiada tanda pada

umur 14 tahun

- Hormon yang ada dalam

badan

- Penyakit otak seperti tumor

Punca-punca - Keturunan

- Kecelaruan genetik

- Penyakit kronik seperti

penyakit buah pinggang

Perempuan: pembentukan

payudara, kitaran haid mula

Lelaki: perubahan suara,

pertumbuhan misai

Tanda-tanda Perempuan: kurang

pembentukan payudara,

tiada permulaan kitaran haid

Lelaki: kurang

perkembangan pada testis

Jadual 4 Perbandingan antara akil baligh awal dan lewat

Page 7: Assignment

3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak

Faktor baka (biologi)

Baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu

bapa kepada anak-anaknya. Gen-gen mempunyai ciri-ciri daripada ibu bapa dan terkandung

dalam kromosom. 23 kromosom daripada ibu akan bercampur dengan 23 kromosom

daripada bapa untuk membentuk individu yang berbeza dan unik. Oleh hal yang demikian,

tidak dapat dinafikan bahawa pertumbuhan dan perkembangan individu dipengaruhi oleh

faktor genetik, contohnya saiz dan bentuk badan.

Kemahiran motor kanak-kanak datang daripada kematangan biologi. Walaupun

wujud perbezaan individu, kebanyakan kanak-kanak daripada pelbagai budaya boleh

melakukan sesuatu seperti berjalan pada umur yang lebih kurang sama. Hal ini bermakna

genetik telah menentukan perkembangan motor kanak-kanak seperti pembesaran tulang

dan otot, kematangan sistem saraf, keupayaan menyeimbangkan badan dan sebagainya

terlebih dahulu. Malah kanak-kanak yang cacat juga boleh berkembang keupayaan

motornya pada masa yang lebih kurang sama. Adelson dan Fraiberg (1974) mendapati

kanak-kanak yang buta memperoleh banyak kemahiran motor pada umur yang hampir

serupa dengan kanak-kanak yang tidak buta, hanya pergerakan-pergerakan yang

melibatkan koordinasi visual motor dan lokomasi sahaja menyebabkan kanak-kanak buta

agak lambat.

Faktor persekitaran

Perkembangan kanak-kanak juga boleh dipengaruhi oleh semua pengalaman luar

individu tersebut. Pengalaman bermula sebelum kelahiran di mana ia merangkumi

pemakanan dan kesihatan ibu. Sebagai contoh, semasa hamil, ibu bagi anak tersebut

merokok, dan hal ini akan mempengaruhi pertumbuhan sistem dan organ bagi

perkembangan kanak-kanak pada masa kelak setelah dilahirkan. Teori Ekologi

Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil

interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau,

perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-

ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Persekitaran perkembangan individu terdiri

daripada lima sistem, iaitu

1) Mikrosistem:

Persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak akan mempunyai masa interaksi

secara langsung yang paling banyak.

Page 8: Assignment

Rajah 2 Model Ekologi Bronfenbrenner

Contoh: ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan guru.

2) Mesosistem:

Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mikrosistem boleh

mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan di rumah

boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah.

Contoh: rumah-sekolah, rumah-jiran, sekolah-jiran.

3) Eksosistem:

Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung

tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada

kanak-kanak atau dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut.

Contoh: sekolah-pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-

peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung

mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4) Makrosistem:

Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan

masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan.

Contoh: Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan di

mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.

5) Kronosistem:

Perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.

Contoh: Kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer

jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih

gemar bermain di persekitaran rumah.

Page 9: Assignment

Rajah 3 Perhubungan faktor baka dan faktor persekitaran

Perbandingan antara faktor baka dengan faktor persekitaran

Beberapa kajian ke atas pasangan-pasangan kembar telah dijalankan untuk menguji

sama ada faktor biologi atau persekitaran lebih berperanan. Seorang kanak-kanak daripada

pasangan kembar telah diberi latihan intensif kemahiran-kemahiran motor seperti teknik

bermain dengan blok atau menaiki tangga manakala seorang lagi pasangan kembar

tersebut tidak menerima sebarang latihan. Kajian mendapati kanak-kanak yang tidak diberi

latihan dapat memperoleh tahap kemahiran dengan begitu cepat sama seperti kanak-kanak

yang menerima latihan. Pengkaji-pengkaji menyimpulkan bahawa faktor biologi atau

kematangan adalah faktor yang paling kuat dalam perkembangan motor.

Dari segi teori pula, terdapat dua teori yang berkaitan dengan perbandingan dua

faktor ini. Pertama, menurut teori perkembangan Arnold Gesell, perkembangan manusia

dipengaruhi oleh faktor kematangan. Arnold Gesell menyatakan bahawa perkembangan

individu mengikut jadual waktu yang tetap, urutan dan pola tertentu. Kadar perkembangan

berbeza bagi setiap individu. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak perlu diberikan

peluang berkembang pada kadar sendiri dan tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya

kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut.

Teori yang kedua ialah teori perkembangan Robert Havighurst yang lebih kepada

faktor persekitaran. Robert Havighurst menerangkan konsep tugas dalam teori

perkembangannya. Menurut beliau, pada setiap peringkat perkembangan, manusia ada

tugas yang perlu dicapai. Keupayaan menyempurnakan tugas tersebut dengan jayanya

akan membawa kebahagiaan kepada individu manakala kegagalan dalam

menyempurnakan tugas tersebut akan menyebabkan individu mengalami masalah dalam

tugasan-tugasan berikutnya. Beliau juga percaya bahawa perkembangan manusia

dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat.

Cabaran era ke-21

Page 10: Assignment

Pada zaman yang moden ini, perkembangan kanak-kanak yang seimbang dari

pelbagai aspek adalah sangat susah, tidak kira antara kalori yang diambil dengan kegiatan

yang dilakukan atau sebaliknya. Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh kanak-

kanak dan juga ibu bapa mereka.

a. Makanan segara

Ibu bapa sering bekerja dari pagi sampai ke malam untuk menyara keluarga.

Kebanyakan ibu bapa tidak berupaya untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan

seimbang kepada anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, makanan segera merupakan

makanan yang diberi kepada kanak-kanak sekarang dengan bertujuan mengisi perut yang

lapar itu. Sebenarnya, kanak-kanak tidak menerima pemakanan mengikut piramid makanan.

Lama-kelamaan, kanak-kanak sebegini akan menghadapi masalah seperti obesiti. Dalam

pada itu, pertumbuhan badan mereka juga mungkin terjejas kerana badan mereka tidak

dapat memperolehi protein dan kalcium yang mencukupi untuk tumbuh tulang yang baru

dan membina sel-sel baru. Kesannya, kanak-kanak tersebut akan menjadi kurus dan

pendek.

b. Permainan komputer

Pada era yang canggih ini, permainan komputer semakin menarik perhatian kanak-

kanak sehingga ada yang berumur 3 sudah duduk di depan komputer. Hal ini bertambah

serius apabila ibu bapa itu sendiri yang membeli peralatan elektronik seperti Ipad, Tablet

dan komputer riba kepada kanak-kanak yang masih kecil untuk main. Hal ini secara tidak

langsung mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Mereka akan leka dalam

permainan dan sanggup duduk di depan komputer berjam-jam sehingga lupa untuk makan.

Sebahagian mereka pula mampu untuk sambil bermakan sambil bermain komputer. Semua

ini akan mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak kerana cara pemakanan kanak-

kanak tidak sihat.

Apabila tertarik dengan permainan komputer tersebut, kanak-kanak akan lupa untuk

membuat aktiviti-aktiviti lain yang lebih berfaedah, contohnya membaca dan bersukan.

Mereka hanya duduk berseorangan dalam bilik dan tidak suka untuk keluar dari rumah.

Lama-kelamaan, pertumbuhan otot-otot mereka terutamanya otot kasar tidak

diperkembangkan sepenuhnya dan fizikal mereka mungkin berbeza jika dibandingkan

dengan mereka yang aktif dalam sukan.

4.0 Implikasi perkembangan fizikal pada peringkat umur 2 -12 tahun

Page 11: Assignment

4.1 Kanak-kanak kurang berupaya

Kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana golongan ini

merupakan sebahagian daripada masyarakat yang akan menjadi penyambung nadi

pembangunan negara pada masa hadapan. Dalam golongan ini, terdapat sebahagian

daripada mereka ialah kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak istimewa merujuk kepada

seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau

sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu. Golongan ini tidak dapat hidup

bermasyarakat sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan berlaku sama ada sejak

dilahirkan, ataupun selepas sesuatu kejadian.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pendaftaran orang kurang upaya

(OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara Malaysia. Pendaftaran OKU dibuat

bertujuan untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini dan

seterusnya membangun negara merancang program berkaitan dengan pencegahan,

pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan khususnya kepada kanak-

kanak.

Kategori kanak-kanak kurang upaya Penerangan

Kurang upaya pendengaran Dibahagi kepada empat tahap:

i. Minimum 15 - < 30dB

ii. Sederhana 30 - < 60dB

iii. Teruk 60 - < 90dB

iv. Sangat teruk ≥ 90dB

Kurang upaya penglihatan i. Rabun

ii. Buta

Kurang upaya fizikal Kecacatan anggota badan:

i. Stroke

ii. Kerdil

iii. Cerebral Palsy (hemiplegia, diplegia,

kuadriplegia

Masalah pembelajaran I. Sindrom down

II. Autisme

III. ADHD (Attention Deficit Hyperactivity

Disorder)

Kurang upaya pertuturan Tidak dapat bertutur atau tidak difahami oleh

Page 12: Assignment

orang lain

Kurang upaya mental i. Paranoid

ii. Mood Disorder

iii. Psychotic Disorder

Pelbagai Lebih daripada satu ketidakupayaan di atas

Jadual 5 Kategori kanak-kanak kurang upaya dan contohnya

Kurang Upaya Fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada

disebabkan oleh kehilangan atau ketiadaan ataupun ketidakupayaan mana-mana anggota

badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya.

Contoh aktiviti asas ialah penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan.

Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-

mana sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari,

muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain yang menyebabkan ketidakfungsian.

Implikasinya, kanak-kanak tersebut tidak dapat melakukan aktiviti seharian dengan

sempurna, khususnya pembelajaran. Proses pembelajaran seseorang kanak-kanak yang

kurang upaya akan lambat dan tidak dapat belajar bersama kanak-kanak yang normal. Oleh

hal yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pendidikan khas

dan kemudahan untuk membantu mereka yang berkeperluan khas. Pendidikan khas wujud

dalam peringkat sekolah prasekolah, sekolah rendah dan juga sekolah menengah dengan

menggunakan pendekatan pengajaran berasingan. Walaubagaimanapun, semua kanak-

kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat

menguruskan diri sendiri tanpa bantuan individu atau orang lain.

Sindrom down

Sindrom down ialah kecelaruan genetik yang disebabkan oleh proses salinan

kromosom yang tidak teratur. Hal ini telah menyebabkan perkembangan fizikal seseorang

kanak-kanak terganggu, ciri-ciri muka berbeza dan mempunyai kecerdasan yang rendah.

Kanak-kanak tersebut biasanya mempunyai ketahanan badan yang rendah di mana

kebanyakan mereka akan lebih senang sakit. Selain itu, kebanyakannya mereka akan lebih

lambat untuk mencapai perkembangan fizikal yang sepatutnya. Golongan ini berisiko tinggi

menghidapi penyakit seperti leukimia dan sakit mental. Secara umumnya, perkembangan

fizikal golongan kanak-kanak kurang upaya akan terbantut setelah mencapai umur 8 hingga

10 tahun.

Page 13: Assignment

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

Kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD tidak dapat fokus dalam sesuatu

perkara yang sedang dilakukan dan mudah mengalih perhatian, sukar menyiapkan satu

tugasan dan sentiasa lupa. Kanak-kanak ini juga sering hilang kawalan ke atas tindakannya

dan sering menyatakan sesuatu tanpa berfikir serta menganggu perbualan atau aktiviti.

Antara ciri-ciri kanak-kanak ini ialah sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan.

Walaupun ADHD dapat dikawal oleh pengaruh dadah, tahap penumpuan mereka

masih tidak sama seperti kanak-kanak yang tidak mempunyai ADHD. Di samping itu,

penggunaan dadah tidak berkesan untuk semua kanak-kanak ADHD dan kesan jangka

panjang dadah masih tidak diketahui. Pakar telah mencadangkan satu jenis terapi di mana

kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah

tersebut. Ciri-ciri seperti kesukaran dikawal dan kebosanan boleh diasingkan daripada

kanak-kanak tersebut.

Secara keseluruhan, masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin

disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang tidak sempurna kerana

penyakit, kekurangan zat makanan ataupun dadah. Komplikasi semasa proses kelahiran

boleh memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak

seperti kekurangan makanan berzat, penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih sayang

juga merupakan faktor penting di dalam perkembangan kanak-kanak. Akan tetapi, kanak-

kanak berkeperluan khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang boleh

menerima dan membimbingnya. Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau

melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh dikongsi atau dibantu oleh rakan sekelas.

4.2 Masalah kegemukan kanak-kanak

Kebanyakan orang menganggap bahawa kanak-kanak gemuk adalah sihat meskipun

mereka jelas kelihatan 'sihat' dan comel. Yang jelas, kegemukan kanak-kanak sering

dipandang enteng meskipun masalah ini mungkin akan mengganggu perkembangan mental

dan fizikal kanak-kanak tersebut.

Kesan jangka masa pendek:

Kanak-kanak dan remaja yang obes mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap

penyakit kardiovaskular seperti tinggi kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kajian

Page 14: Assignment

menunjukkan 70% individu berumur 5-17 tahun mempunyai sekurang-kurangnya

satu faktor risiko.

Remaja obes juga berisiko mendapat prediabetis atau pra-kencing manis, keadaan

di mana tahap gula darah menunjukkan risiko mendapat kencing manis.

Kanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi mendapat masalah tulang dan sendi,

tidak dapat tidur, masalah sosial dan psikososial seperti rendah diri dan kurang

keyakinan diri.

Kesan jangka masa panjang:

Kanak-kanak dan remaja obes mempunyai kemungkinan yang besar untuk menjadi

obes semasa dewasa. Seterusnya, mereka juga berisiko tinggi mendapat masalah

kesihatan semasa dewasa seperti penyakit jantung, kencing manis dan strok. Kajian

menunjukkan kanak-kanak yang obes seawal usia 2 tahun mempunyai risiko obes

yang tinggi semasa dewasa.

Berlebihan berat badan dan obesiti dikaitkan dengan risiko kanser, termasuk kanser

payudara, kolon, endometrium atau rahim, esofagus, buah pinggang, pankreas,

pundi kencing, tiroid, ovari, serviks dan prostat termasuk myeloma dan limfoma

Hodgkin's.

5.0 Cadangan untuk mengatasi masalah perkembangan fizikal kanak-kanak

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk membentuk perkembangan kanak-kanak

yang sihat adalah melalui pendidikan.  Pendidikan awal kanak-kanak pada umur 4 tahun

1976-1980 1988-1994 1999-20000%

2%

4%

6%

8%

10%

12%

14%

16%

18%

Peratusan BMI Bagi Kanak-kanak umur 6-11 yang melebihi 30

Rajah 4 Peratusan BMI bagi kanak-kanak umur 6-11 tahun yang melebihi 30 sejak tahun 1976

Page 15: Assignment

telah ditekankan dalam matlamat pendidikan negara kita masa kini. Kanak-kanak harus

dididik dengan baik dan diberi pendidikan yang mantap supaya dapat berkembang menjadi

insan yang seimbang. Pengalaman pembelajaran yang diterima di sekolah akan

mempengaruhi perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak.  Budaya dan amalan sesuatu

masyarakat juga akan mempengaruhi pengalaman kanak-kanak tersebut.

5.1 Peranan keluarga

Untuk perkembangan kanak-kanak yang sihat, ibu bapa sewajarnya berusaha untuk

mewujudkan suasana keluarga yang harmoni dan meningkatkan taraf sosioekonomi

keluarga agar keperluan anak-anak mampu dipenuhi. Hal ini disebabkan ibu bapa

merupakan pihak yang memainkan peranan yang paling penting dalam unit keluarga.

Sekiranya taraf ekonomi serta hubungan antara keluarga stabil, kanak-kanak akan

mendapat suasana perkembangan yang sihat, suasana pembelajaran yang mantap dan

persekitaran yang harmoni.  Hal ini akan memberikan implikasi yang amat besar kepada

kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka.

Ibu bapa juga harus mementingkan aspek pemakanan kanak-kanak.  Makanan yang

berkhasiat dan seimbang hendaklah disediakan untuk anak-anak dalam membantu

pertumbuhan dan perkembangan  anak-anak. Pemakanan mengikut piramid makanan

mampu melindungi seseorang kanak-kanak daripada serangan penyakit.  Bagi kanak-kanak

yang suka makan makanan ringan, ibu bapa harus mengawal perlakuan tersebut kerana

kajian menunjukkan anak-anak yang didedahkan dengan makanan ringan atau makanan

segera semasa kecil berisiko tinggi untuk menhidapi penyakit-penyakit berbahaya seperti

darah tinggi, diabetes dan masalah obesiti.

Selain itu, kanak-kanak perlu didedahkan dengan persekitaran  masyarakat yang

sihat.  Justeru itu, masyarakat sewajarnya membendung gejala-gejala yang tidak bermoral

untuk memastikan persekitaran kanak-kanak menjadi lebih selamat dan dapat melalui

perkembangan yang sihat. 

5.2 Mengatasi masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan

Terdapat pelbagai punca-punca yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami

masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan. Justeru, pelbagai pendekatan dan

Page 16: Assignment

pencegahan perlu dilakukan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa

dan pertuturan. Antaranya ialah:

Tempatkan murid hampir dengan guru

Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran

Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas

Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid

Murid digalakkan untuk bercakap

Jangan memaksa murid menghafal

Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang manakala murid

banyak berinteraksi

Teknik pemusatan pembelajaran murid

Teknik peniruan

Teknik modelling

Latih tubi

Pendekatan mainan

Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar

Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan perkataan

yang betul dan mudah.

Pengulangan bacaan

Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan

Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan

spontan.

6.0 Rumusan

Perkembangan fizikal merupakan antara perkembangan yang sangat penting bagi

seseorang kanak-kanak selain aspek-aspek seperti kognitif dan emosi. Selama ini, pakar-

Page 17: Assignment

pakar telah mengkaji dan mendapati prinsip-prinsip yang tertentu bagi perkembangan fizikal

seseorang kanak-kanak yang normal. Sebenarnya, kanak-kanak akan berkembang

mengikut peringkat yang sedang dialami. Contohnya, semasa 7-12 tahun, pertumbuhan gigi

kekal dan gigi susu akan diganti. Selain itu, sebahagian kanak-kanak lelaki akan berasa

malu apabila dia lebih rendah daripada rakan perempuan sekelasnya. Pada umumnya,

ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga

12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun.

Faktor baka dan faktor persekitaran merupakan dua faktor utama yang

mempengaruhi perkembangan fizikal kanak-kanak. Terdapat beberapa teori perkembangan

fizikal yang menyokong faktor baka dan juga faktor persekitaran masing-masing. Beberapa

kajian juga dijalankan oleh ahli sains untuk membezakan kedua-dua faktor ini dan mereka

cuba untuk mengetahui yang mana satu lebih penting. Sebenarnya, kedua-dua faktor baka

dan faktor persekitaran adalah penting untuk perkembangan fizikal kanak-kanak yang

seimbang kerana kanak-kanak yang sihat memerlukan faktor genetik yang betul dan

pengalaman luar yang baik.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada golongan kurang upaya,

terutamanya kepada kanak-kanak menerusi Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM). Kanak-

kanak kurang upaya tidak mampu untuk menjalankan aktiviti seharian dengan normal

kerana kekurangan pada badan mereka. Antara kekurangan tersebut ialah penglihatan,

pertuturan, kaki dan tangan. Kanak-kanak berkeperluan khas haruslah dicurahi dengan

kasih sayang yang sepenuhnya dan perlu diberi pengajaran dengan sabar. Era ke-21 juga

merupakan satu cabaran dan memberi implikasi kepada perkembangan fizikal kanak-kanak.

Pelbagai makanan segera dan kesuntukan masa ibu bapa sering menyebabkan kanak-

kanak terpaksa makan secara tidak seimbang. Lama-kelamaan, pemakanan yang tidak

seimbang ini akan membantutkan perkembangan fizikal kanak-kanak kerana mereka tidak

memperolehi nutrien untuk berkembang.

Akhir sekali, ibu bapa harus prihatin terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak.

Hal ini penting kerana pada setiap peringkat perkembangan, kanak-kanak mempunyai

keperluan yang berlainan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, mereka

harus menjaga anaknya dengan lebih bersabar dan jangan berputus asa. Ibu bapa juga

harus pandai menguruskan masa di antara anak-anak mereka dengan pekerjaannya.