assignment 520

8
Assignment 3: Keselamatan bermaksud t erpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya; aman sentosa, sejahtera, tidak terdapat apa-apa gangguan;bebas daripada k eadaan kacau bilau; tenteram, damai,tenang; bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan. Pihak sekolah seharusnya mengambil langkah meningkatkan keselamatan di sekolah dengan membuat penilaian kemudahan infrastruktur sekolah bagi berwaspada terhadap kemungkinan- kemungkinan yang tidak diingini ke atas diri pelajar serta mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkanya. Berikut merupakan analisis kemudahan yang terdapat di sekolah SJKT Ladang Buntar. Antara kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah empat buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, tandas guru dan murid, bilik ICT, kantin, pondok pengawal Keselamatan, stor sukan dan padang . Untuk makluman, sekolah saya adalah Sekolah Kurang Murid (SKM) . Maka sekolah terpaksa menggunakan padang ladang yang terdapat di hadapan sekolah. Sekolah juga menggunakan bilik yang dulunya menjadi stor ladang sebagai stor sukan untuk meletakkan alatan-alatan sukan. Saya telah membuat Penilaian dan analisis terhadap kemudahan-kemudahan yang saya sebutkan di atas ,melalui penilaian dan analisis yang saya jalankan didapati bahawa kawasan yang boleh menimbulkan isu keselamatan di sekolah saya adalah stor sukan dan padang. Stor sukan ini terletak di kawasan luar pagar sekolah. Sebelum ini stor sukan ini berada dalam keadaan yang uzur. Maka, dengan kerjasama Pengusaha Ladang dan pihak sekolah ia dapat dibaik pulih untuk keselamatan para murid dan guru. Semasa aktiviti Pendidikan Jasmani atau acara sukan dijalankan para guru tidak membenarkan murid untuk pergi ke stor mengambil alatan tanpa pengawasan guru. Sebelum sesuatu aktiviti sukan dijalankan guru yang dipertanggungjawabkan akan pastikan tidak terdapat sebarang kerosakan pada alatan yang digunakan. Jika guru

Upload: punitha-malar-krishnan

Post on 16-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kursus diploma pj antarabangsa 2014

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment 520

Assignment 3:

Keselamatan bermaksud terpelihara  atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya; aman sentosa, sejahtera, tidak terdapat apa-apa gangguan;bebas daripada keadaan kacau bilau; tenteram, damai,tenang; bebas daripada gangguan atau sesuatu yang tidak menyenangkan.

Pihak sekolah seharusnya mengambil langkah meningkatkan keselamatan di sekolah dengan membuat penilaian kemudahan infrastruktur sekolah bagi berwaspada terhadap kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini ke atas diri pelajar serta mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengelakkanya. Berikut merupakan analisis kemudahan yang terdapat di sekolah SJKT Ladang Buntar. Antara kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah empat buah bilik darjah, pejabat, bilik guru, tandas guru dan murid, bilik ICT, kantin, pondok pengawal Keselamatan, stor sukan dan padang . Untuk makluman, sekolah saya adalah Sekolah Kurang Murid (SKM) . Maka sekolah terpaksa menggunakan padang ladang yang terdapat di hadapan sekolah. Sekolah juga menggunakan bilik yang dulunya menjadi stor ladang sebagai stor sukan untuk meletakkan alatan-alatan sukan.

Saya telah membuat Penilaian dan analisis terhadap kemudahan-kemudahan yang saya sebutkan di atas ,melalui penilaian dan analisis yang saya jalankan didapati bahawa kawasan yang boleh menimbulkan isu keselamatan di sekolah saya adalah stor sukan dan padang. Stor sukan ini terletak di kawasan luar pagar sekolah. Sebelum ini stor sukan ini berada dalam keadaan yang uzur. Maka, dengan kerjasama Pengusaha Ladang dan pihak sekolah ia dapat dibaik pulih untuk keselamatan para murid dan guru. Semasa aktiviti Pendidikan Jasmani atau acara sukan dijalankan para guru tidak membenarkan murid untuk pergi ke stor mengambil alatan tanpa pengawasan guru. Sebelum sesuatu aktiviti sukan dijalankan guru yang dipertanggungjawabkan akan pastikan tidak terdapat sebarang kerosakan pada alatan yang digunakan. Jika guru menerima laporan daripada murid berkaitan kerosakan guru akan mengambil tindakan yang segera. Selain itu Guru akan memberikan tatacara penggunaan peralatan dengan betul sebelum mengedarkannya .kepada pelajar.

Di dalam stor sukan juga dilekatkan pelan keselamatan dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi untuk memastikan murid dan guru tahu apa yang perlu dilakukan semasa berlaku kecemasan. Pengurus stor sukan akan pastikan alat pemadam api diletakkan di stor sukan. Selain itu semasa aktiviti sukan dijalankan pengurus stor sukan akan berada di stor dan beliau akan menguruskan borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk. Beliau juga akan membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengambilan peralatan. Selepas acara tamat beliau akan pastikan peralatan sukan disimpan di tempat yang telah ditetapkan.

Page 2: Assignment 520

Padang ladang yang digunakan untuk acara sukan tahunan ini juga tidak mempunyai pagar di sekelilingnya. Maka kain rentang akan diikat di keliling padang. Untuk mengawasi pergerakan murid .Ahli PIBG yang terdiri daripada ibubapa akan membantu mengawasi murid keluar masuk di kawasan padang. Sekolah juga akan meminta bantuan murid sekolah menengah yang berdekatan yang terdiri daripada ahli Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Remaja Sekolah dan juga Pengakap untuk berdiri di setiap sudut kawasan padang. Guru yang dipertanggungjawabkan akan pastikan tiada orang luar tidak dikenali masuk ke kawasan padang sepanjang acara sukan tahunan dijalankan.

Selain itu guru yang dipertanggungjawabkan haruslah memastikan langkah-langkah keselamatan am dipatuhi oleh semua guru. Tempat acara dijalankan haruslah berada dalam keadaan yang bersih. Pelan keselamatan di padang juga perlu disediakan . Pelajar dilarang sama sekali berada di tempat acara tanpa pengawasan guru. Guru yang bertugas perlu menyediakan peti pertolongan cemas dan memastikan semua peralatan yang terdapat di tempat latihan adalah selamat digunakan. Beliau juga harus melaporkan kepada pengurus stor dari semasa ke semasa tentang peralatan sukan yang telah rosak, hilang atau yang perlu dibaiki dengan segera.

Padang dan stor sukan terletak bersebelahan dengan ladang kelapa sawit. Oleh itu risiko ular, lipan dan kalajengking berada di tempat itu adalah tinggi. Maka pihak sekolah dengan bantuan pekebun sekolah akan sentiasa memastikan sulfur ditaburkan di keliling padang. Dengan ini dapat menghindarkan haiwan-haiwan seperti ini masuk ke kawasan stor dan kawasan padang.

Langkah-langkah keselamatan yang telah saya nyatakan akan dilaksanakan di sekolah untuk mengawasi keselamatan pelajar semasa sukan tahunan. Saya berharap langkah-langkah ini dapat membantu guru untuk menjalankan sukan tahunan sekolah dengan lancar tanpa apa-apa gangguan. Kesimpulannya, Isu-isu keselamatan di sekolah dapat dihindari sekiranya pengurusan sukan tahunan dijalankan dengan cekap dengan mengambil kira semua aspek keselamatan .

Page 3: Assignment 520

Assignment 4

Risiko kecederaan kepada murid biasanya berlaku semasa aktiviti sukan , aktiviti fizikal dan juga aktiviti harian di sekolah. Semua kecederaan sukan yang berlaku semasa pertandingan atau latihan mestilah diuruskan dengan segera supaya kemampuan atlet atau murid untuk meneruskan latihan atau beraksi sejurus mengalami kecederaan harus dirujuk kepada pakar perubatan. Keadaan yang membawa kepada kecenderungan adalah disebabkan oleh keadaan otot, pakaian, alatan atau tempat dan faktor-faktor lain. Antara kaedah mengurus dan menilai kecederaan sukan boleh dilaksanakan tanpa pakar perubatan ialah TOTAPS, DRABC dan RICER.

TOTEPS adalah akronim untuk ,

T- Talk

Pegawai memberikan pertolongan cemas perlulah mengenal pasti sama ada mangsa boleh bercakap ataupun tidak. Jika mangsa boleh bercakap maka tanyalah mangsa tentang peringkat kesakitan dan tempat kecederaan yang dialami.

O- Observes

Perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa terutamanya kecederaan yang dialami di bahagian kepala.

T-Touch

Sentuh tempat kecederaan , periksa sebarang bengkak atau perubahan yang dialami pada anggota badan mangsa.

A-Active Movement

Arahkan mangsa supaya menggerakkan anggota badan yang tercedera. Sekiranya mangsa berasa sakit mangsa perlu dirujuk kepada pakar perubatan dengan segera.

P- Passive Movement

Bantu mangsa menggerakkan bahagian yang cedera perlahan-lahan. Tujuan tindakan ini adalah untuk memeriksa tahap kecederaan yang dialami. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi setelah dipastikan bahawa kecederaan yang dialami tidak serius.

S-Stand

Page 4: Assignment 520

Dalam langkah ini mangsa diarahkan berdiri, berjalan, berlari dan melompat untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami. Atlet dibenarkan beraksi sekiranya tidak berlakunya kecederaan yang khusus.

Kaedah sterusnya adalah DRABC. Kaedah ini digunakan sebagai proses bantu mula kepada atlit yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan. Maksud akronim DRABC serta langkah-langkah yang terlibat dalam pengurusan bantu mula adalah berdasarkan di bawah.

D-Danger-Bahaya

Lihat jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan Keselamatan kita sebagai pegawai pertolongan cemas dan mangsa kita terjamin. Benda yang boleh bahayakan mangsa dialihkan atau mangsa dialihkan daripada keadaan atau benda yang menyebabkan bahaya. Contohnya jika atlit tersepit , singkirkan bendasing yang menyepit.

R-Respons-Tindak balas

Atlet cuba digerakkan atau gerak balasnya diperhatikan untuk mengetahui keadaan sebenar . Nama atlit , keadaan atlit ditanyakan dan bahagian badan atlit disentuh untuk melihat sebarang respons.

A-Airway –saluran udara

Kedudukan mangsa dibetulkan. Kepala mangsa didongakkan untuk membuka saluran pernafasan dengan kaedah Head Tilt-Chin Lift/ Dongak kepala Angkat Dagu. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak sekat Hidung dan mulut atlit diperiksa agar tiada bendasing yang menghalang saluran pernafasan.

B- Breathing-Pernafasan

Periksa sama ada atlit masih bernafas melalui hidung atau mulut. Sekiranya tiada pernafasan, bantuan pemulihan pernafasan diberikan dengan segera.

C-Circulation-Peredaran darah

Bermaksud peredaran darah atlit diperiksa melalui kadar denyutan nadi. Kadar denyutan nadi yang rendah menunjukkan denyutan jantung yang lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah seperti luka, luka tersebut akan dibalut dan ditutup.

Akronim bagi RICER menunjuk kepada perkataan-perkataan Rest, Ice, Compression, Elevation dan Refer. Kaedah bantu mula RICER adalah bertujuan untuk mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami kecederaan, mengurangkan kesakitan yang dialami , mengurangkan bengkak , mengekalkan kecergasan sementara merawat

Page 5: Assignment 520

bahagian yang cedera, mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang tercedera dan mencegah berlaku semula kecederaan yang sama.

Pengurusan RICER ini sesuai untuk kecederaan sukan seperti terseliuh, di lokasi,hentakan, sengal, retak, ketegangan dan kekejangan otot. Atlit yang cedera harus direhadkan. Sebarang pergerakan di tempat yang cedera akan mengakibatkan peredaran darah meningkat atau berterusan dan ini akan memburukkan lagi keadaan kecederaan. .

R-Rest

Setelah mendapat kecedaraan, mangsa harus direhatkan, Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempatkan yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.

I-Ice

Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang tidak melibatkan luka yang terbuka . Jangan benarkan penggunaan ais secara terus ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ice burn dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.

C-Compression

Bahagian yang tercedera harus dibalut bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan pengambilan darah ke jantung. Hal ini dapat mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera

E-Elevation

Bahagian luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Semua kaedah rawatan dan bantu mula yang dijelaskan ini adalah berkesan untuk tempoh 48 jam selepas kecederaan dialami oleh atlit. Walaubagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut, atlit tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana proses mengurut berpotensi menimbulkan komplikasi kepada kecederaan tersebut. Proses-proses yang terlibat terapi kecederaan biasanya dilakukan setelah diberi kebenaran oleh pakar perubatan.

Talian Kecemasan 999 perlu dihubungi dengan segera sekiranya mangsa atau atlit mengalami kesukaran pernafasan disebabkan oleh tercekik, semput disebabkan oleh reaksi alahan, hampir lemas atau sengatan lebah. Sekiranya atlit hilang kesedaran disebabkan oleh kecederaan yang teruk, kencing manis, selepas sawan atau sebab yang tidak dapat dijelaskan guru yang bertanggungjawab dikehendaki menghubungi

Page 6: Assignment 520

999 dengan segera. Selain itu 999 perlu segera dihubungi dalam keadaan pendarahan yang tidak terkawal, kecederaan kepala dengan sakit kepala yang teruk, muntah dan perubahan kelakuan dan keracunan. Semasa menghubungi talian kecemasan 999 guru harus pastikan mengesahkan alamat insiden berlaku. Beliau haruslah ikut arahan yang diberikan dan pertolongan cemas yang sesuai harus diberikan sehingga ambulans tiba.

Prosedur dan prinsip bantuan mula yang saya sebutkan di atas akan diikuti oleh pihak sekolah untuk memastikan murid sentiasa dalam keadaan yang selamat dengan memberikan bantuan mula yang diperlukan oleh mangsa diberikan dengan betul dan pada masa yang tepat.