assgm moral sem5

35
a) Huraian berkaitan Konsep Asas Moral. KONSEP MORAL, AKHLAK DAN ETIKA. Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan. Secara etimologi istilah moral berasal daripada bahasa Latin mos, moris (adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak). Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi. Dagobert D. Runes Moral adalah hal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan- tindakan yang baiksebagai “kewajiban” atau “norma” Helden (1977) dan Richards (1971) Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan- aturan.

Upload: cik-ma

Post on 08-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Page 1: Assgm Moral Sem5

a) Huraian berkaitan Konsep Asas Moral.

KONSEP MORAL, AKHLAK DAN ETIKA.

Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang

membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat.

Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas

kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila,

tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-

mana masyarakat yang dimaksudkan.

Secara etimologi istilah moral berasal daripada bahasa Latin mos, moris

(adat,istiadat,kebiasaan,cara,tingkahlaku,kelakuan) mores (adat

istiadat,kelakuan,tabiat,watak,akhlak). Banyak ahli menyumbangkan pemikirannya

untuk mendefinisikan kata moral secara terminologi.

Dagobert D. Runes

Moral adalah hal yang mendorongmanusiauntukmelakukantindakan-tindakan yang

baiksebagai “kewajiban” atau “norma”

Helden (1977) dan Richards (1971)

Moral adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan, dan tindakan dibandingkan

dengan tindakan-tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-

prinsip dan aturan-aturan.

Atkinson (1969)

Moral merupakan pandangan tentang baik dan buruk, benar dan salah, apa yang

dapat dan tidak dapat dilakukan. Contohnya Siva menjumpai sebuah beg yang

mengandungi sebuah komputer riba di atas bangku stesyen bas. Sebagai seorang

pelajar kolej sudah pasti Siva memerlukan sebuah komputer riba, untuk

memudahkannya membuat kerja-kerja kolej. Tetapi sebagai seorang yang bermoral

Siva telah membawa komputer riba itu ke balai polis untuk diambil tindakan yang

selanjutnya.

Page 2: Assgm Moral Sem5

Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral terdiri daripada

peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi

kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan

pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan

sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan

masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi

keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu

mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud adat atau cara

hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan

yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan

yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu

kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika

keguruan, etika guaman dan sebagainya .

Contoh:

Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan kliennya di dalam bilik guru

sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah

tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga

orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar

yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda.

Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar

etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada

dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap

sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa

atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang

bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t.

sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala

laranganNya. Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak

berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan

Page 3: Assgm Moral Sem5

dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan

menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan

kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan

dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan

keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan

mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.

Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum

arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali

sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.

Kesan positif daripada pengharaman arak dan judi:

i) memelihara kesihatan mental, rohani dan jasmani

ii) punca maksiat dan kemungkaran dapat dicegah

iii) memelihara keselamatan dan kesejahteraan negara

iv) memelihara diri dan masyarakat daripada sikap malas

v) dapat memelihara keharmonian keluarga dan masyarakat

Dalam masyarakat Barat pula, minum arak dalam majlis bukanlah suatu

perbuatan yang tidak bermoral. Arak dianggap tidak baik kepada kanak-kanak tetapi

baik pada setengah orang dewasa. Bagaimanapun, seseorang yang minum arak

sepatutnya tidak memandu kenderaan kerana dikhuatiri jika seseorang berada dalam

keadaan mabuk, sudah tentu boleh mengakibatkan kemalangan. Hakikatnya akhlak

dan moral memang berbeza kerana akhlak bersumberkan al-Quran dan hadis

manakala moral berpiawaikan tanggapan dan budaya masyarakat setempat.

Page 4: Assgm Moral Sem5

KONSEP BAIK,BENAR DAN PATUT DALAM MORAL

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan patut.

Contohnya:

Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.

Anda patut berkelakuan baik.

Anda patut makan makanan berkhasiat

Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan

Sesuatu tindakan itu dikata “baik” atau “benar” sekiranya tindakan sejajar dengan

tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep

baik dan benar.Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah

mentakrifkannya dalam kontek satau pendekatan yang berbeza.

Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Ia

merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah

digunakannya.

Makna baik:

Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi penggunaan

Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu, kecekapan

dan sebagainya

Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan memberi

sokongan atau persetujuan

Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.

Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyaif

akta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti.

Perkataan benar boleh dilihat dari segi

i. kebenaran mutlak – kepadaTuhan

ii. kebenaran secara saintifik – sesuatu kebenaran yang boleh dibuktikan dengan

fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik.

Page 5: Assgm Moral Sem5

iii. kebenaran secara relatif – pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara

relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan peraturan

adat.

Patut bermaksud ‘seharus’, ‘mesti’, atau ‘sesuai’dan mempunyai unsur bertindak

secara waras dan bijaksana

ALIRAN PEMIKIRAN MORAL

Pemikiran Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam

keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii

(nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus

hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau

semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada

haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara

rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan

batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.

Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan

mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan

hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini

tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat

menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan

seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala

hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar

dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai

falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja

dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan

masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden. Secara logik,

sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi

Page 6: Assgm Moral Sem5

sahaja. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat

yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan

peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut

mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh,

belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk

mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak

takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun

negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya

percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan

menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima

sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk

membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Pemikiran Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan

atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada

perasaan gembira mahupun sedih. Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk

kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral

bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi

adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.

Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan

perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang

sama di kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan

kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak

menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan

pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau

pernyataan-pernyataan moral. Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-

Page 7: Assgm Moral Sem5

mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain

berkongsi perasaan itu.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak

memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan

moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu

dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah

emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi,

sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep “tidak dipersetujui”

mengandaikan terlebih dahulu penanggapan “salah”. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini

mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis

ialah ia tidak mempunyai konsep “emosi” yang lengkap.

Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi

berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara

sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu. Antara contoh yang

menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

- Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat

letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan

menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

- Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir

panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

Pemikiran Intuitionis

Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru

pertama kali menemui orang itu. Sesetengah orang merasakan mereka tahu perkara-

perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan ‘intuisi’ berasal

daripada perkataan Latin intueor yang bermakna ‘saya memandang tepat kepada

sesuatu’. Ia merupakan satu proses ‘melihat’ atau ‘memahami’ secara intelek. Menurut

pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau

pengertian langsung.

Page 8: Assgm Moral Sem5

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara

spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang

individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam

hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila

mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang

tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu

jantan betina’.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih

tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga

boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak

secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan

dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam

bahasa indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah

intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’

atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka

mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang

berfikiran sedemikian ialah:

- Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama

berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor

usia.

- Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran

pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik

dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

- Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata

sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, ‘Cis!

Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah.

Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.’

Page 9: Assgm Moral Sem5

Pemikiran Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau

sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam

sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan

akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan

masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes

bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca

daripada pemikiran rasional.

Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor

utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai

pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa

fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan

ini, pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-idea lain.

Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya

tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah. Pengalaman-pengalaman

yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaranm sentuhan,

bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-

pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk

satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan rasionalis,

pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum,

bukan daripada deria fizikal sahaja.

Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk

mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak

dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat

yang berfikiran sedemikian ialah:

- Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui,

maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.

Page 10: Assgm Moral Sem5

- Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

- Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180° atau dua sudut tepat.

- Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang

dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang

menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, ‘Apakah sebab-

sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya

gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak

mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.’

Page 11: Assgm Moral Sem5

b) Menghuraikan dua teori Etika.

TEORI DEONTOLOGIKAL (EKSISTENSIALISME DAN PRINSIP KEWAJIPAN)

Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud diharuskan

atau diwajibkan (Davis dalam Singer, 1991). Teori ini menafikan konsep Teori

Teleologikal kerana golongan deontologist ini ialah golongan yang tidak percaya

dengan akibat. Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu

tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Mengikut teori

ini, nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya iaitu hasil atau

kebaikan yang akan didapati kerana kesudahan sesuatu tindakan adalah tidak jelas dan

tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan tersebut dibuat tetapi bergantung

pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.

Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah

mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia merupakan seorang ahli

falsafah yang sering dikaitkan dengan Teori Deontologikal ini. Hal ini kerana, beliau

percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan

akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan

kita tetapi motif atau niat tindakan kita adalah di bawah kawalan kita. Oleh itu, kita harus

bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau

keburukan.

Teori Deontologikal ini terbahagi kepada dua aspek iaitu deontologikal tindakan

(eksistensialisme) dan deontologikal peraturan (prinsip kewajipan). Eksistensialisme

bermaksud kebebasan moral bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan iaitu

merangkumi aspek kebebasan; kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan

kebebasan moral. Eksistensialisme berasal daripada perkataan existent yang

bermaksud wujud atau ada. Deontologikal tindakan ini dipelopori oleh Jean Paul Satre

yang menekankan kebebasan iaitu manusia bebas memilih tindakannya. Individu

bebas buat pilihan atau keputusan moral dan tidak membenarkan pilihan atau

keputusannya dipengaruhi orang lain.

Page 12: Assgm Moral Sem5

Eksistensialisme juga dikaitkan dengan pilihan moral (First Hand Choice) iaitu

membuat pilihan terus dari akal rasional berdasarkan kepada sesuatu keputusan moral

yang sentiasa berubah, tidak universal, bersifat subjektif, tidak mutlak, tidak kekal dan

individualistik. Contohnya, seseorang individu tidak dilahirkan terus untuk menjadi guru,

tetapi merupakan pilihan individu tersebut untuk menjadi guru atau pekerjaan lain.

Begitu juga dengan pelaksaan tindakan lain oleh seseorang yang dirasakan yakin dan

betul untuk dilaksanakan. Aspek ini mementingkan kebebasan individu untuk memilih

tanpa dipengaruhi oleh faktor lain tetapi masih dalam konteks rasional membuat

pemilihan.

Prinsip kewajipan pula membawa maksud sesuatu tindakan dianggap bermoral

jika dilakukan dengan kerelaan hati atau tanggungjawab yang diakui. Erti kata lain,

prinsip ini menegaskan tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu

merupakan kewajipan. Sebagi contoh, menunaikan janji yang telah dikotakan. Seorang

ayah yang telah berjanji akan memberi hadiah atau ganjaran kepada anaknya

sekiranya berjaya di dalam peperiksaan, perlu menunaikan janjinya. Jika tidak si anak

akan hilang kepercayaan terhadap ayahnya dan berputus asa untuk meneruskan

kejayaannya kerana janji yang dikotakan tidak dilaksanakan. Bagi mengambil sesuatu

tindakan bermoral, kita perlu mempraktikkan formula berikut:

Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan (rujukan Maxim) =

Tindakan Bermoral.

Tekad baik dapat diterangkan lebih jelas dengan tindakan manusia dalam

melakukan tugas dan tanggungjawabnya semata-mata kerana desakan nilai dalaman

yang dipanggil ‘good will’ atau tekad baik dan bukan disebabkan oleh motif-motif lain

seperti ganjaran, hukuman atau tekanan. Jika seseorang melakukan tugas dan

tanggungjawabnya disebabkan keseronokan, simpati atau kasihan tetapi bukan

disebabkan ‘good will’, maka tindakannya dikatakan tidak mempunyai nilai moral

walaupun mendapat sanjungan dan pujian.

Page 13: Assgm Moral Sem5

Prinsip kewajipan terbahagi kepada dua kategori iaitu categorikal imperative

(perintah mutlak) dan practical imperative. Categorical imperative atau perintah mutlak

menerangkan perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualian atau syarat-syarat.

Terdapat tiga prinsip utama dalam perintah mutlak ini iaitu prinsip tersebut mestilah

diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab

sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.

Practical imperative (Praktikal Imperatif) menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah

sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Malah, kemanusiaan

adalah suatu nilai intrinsik manusia.

Contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang boleh dikaitkan dengan

categorical imperative atau perintah mutlak ialah situasi semasa peperiksaan. Ramai

yang mengetahui meniru atau menipu di dalam peperiksaan merupakan satu tindakan

yang salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin mencapai kejayaan dengan

mudah masih ramai yang berani meniru atau menipu di dalam peperiksaan. Perlakuan

ini akan sentiasa dihina kerana ia merupakan satu perbuatan yang tidak adil bagi

individu yang jujur dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

Hasil daripada pembacaan dan pemahaman saya berkaitan Teori Deontologikal

ini, dapat saya ulaskan bahawa setiap tindakan yang dilakukan diletakkan atas niat,

tujuan dan motif, bukan pada apa yang dilakukannya atau kesan dan akibat hasil

daripada tindakannya. Setiap tindakan yang diambil akan mempunyai nilai moral yang

baik jika dilakukan atas kerelaan hati dan motif tindakannya ialah satu tanggungjawab

kepada masyarakat bukan kerana paksaan atau desakan. Sekiranya disebabkan

desakan atau paksaan, tindakan tersebut mempunyai nilai moral yang buruk. Selain itu,

setiap tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika

dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri. Contohnya seperti menderma,

menderma merupakan satu tindakan yang baik dan setiap individu digalakkan untuk

menderma. Menderma juga dikatakan salah satu tindakan yang bermoral dan

mempunyai nilai yang baik jika dilakukan dengan penuh keikhlasan serta kerelaan hati

penderma. Namun, menderma masih menjadi tindakan bermoral tetapi mempunyai nilai

yang buruk jika berlaku desakan yang memaksa penderma untuk menderma.

Page 14: Assgm Moral Sem5

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan

mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait

rapat dengan ”kaedah seikap baik” dan sifat-sifat seorang insan bermoral. Keperibadian

mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia bukanlah perasaan atau kebolehan

dan kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji

dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab perasaannya atau kerana dia berupaya

merasai. Keperibadian mulia dianggap tidak dihasilkan oleh alam semulajadi.

Sebaliknya cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan

pengamalan sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan

menyeronokan.

Peribadi mulia tidak berlaku secara semulajadi, akan tetapi menerusi latihan hingga

menjadi satu kebiasaan dan menyeronokkan. Setiap keperibadian mulia merupakan

jalan tengah iaitu bermaksud tidak keterlaluan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang

berlebihan dan terlalu kurang adalah tindakan yang salah, jahatn buruk dan tercela.

Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara sederhana dan pertengahan.

Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap teori ini. Pertama

sekali, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.

Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan

tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan sederhana

berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai

suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.

Sebagai contoh, dalam permainan bola sepak. Keperibadian yang mulia yang

ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu. Kemahiran adalah

kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang bagus dan baik. Sebelum menjadi

tendangan yang bagus, setiap pemain perlu melakukan latihan yang banyak dan betul.

Jadi, sikap pemain perlulah positif dan berdisiplin. Pemain juga perlu bersikap

sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas memenangi sesuatu perlawanan,

ia akan memberikan kesan yang buruk.

Page 15: Assgm Moral Sem5

c) Menghuraikan Profil Insan Bermoral

Konsep moral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan dimensi

moral.Seorang insan yang berakhlak mulia yang seharusnya mengamalkan ketiga-tiga

dimensi moral.Secara amnya, kita boleh membahagikan moral kepada tiga dimensi,

iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

Penaakulan Moral

Disebut juga sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang dibuat secara rasional

dan bebas.Ini bermaksud seserong individu yang mempunyaipemikiran moral dapat

memikirakan sesuatu dilema moral dan membuat pertimbangan berasaskan prinsip

moral dan nilai-nilai moral yang diterima oleh masyarakat setempat.Prinsip keadilan

dipentingkan semasa membuat sesuatu keputusan.Penaakulan moral juga boleh

dikaitkan dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa

dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh :

Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas selama 2

minggu kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan sekolah walaupun pelajar itu

merupakan anaknya sendiri.Keputusan yang dibuat oleh guru disiplin adalah

berdasarkan penaakulan moral tanpa dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Perasaan Moral

Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati,

simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.Perasaan yang bermoral ini

membawa kepada tindakan yangbermoral.Perasaan ini akan membawa kepada

perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral ini adalah penting untuk

mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat

anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang

individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri

sendiri.

Page 16: Assgm Moral Sem5

Contoh:

· Merasa sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun.

· Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam peperiksaan.

· Marah kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata-rata tempat.

· Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir.

Perlakuan Moral

Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang

ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan

dirinya.Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral

yang mendorong seseorangbertindak secara bermoral.

Contoh:

memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas dengan

hati yang ikhlas

memimpin orang buta menyeberang jalan

tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut

melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem

pekerjaan dan ditegah oleh agama

Sifat-sifat Individu Bermoral

Sifat moral seseorang individu biasanya dapat dilihat melalui perlakuan yang

menggambarkan sifat pemikiran dan kejiwaannya. Namun begitu kadangkala

seseorang itu bertindak kerana terpaksa. Kemoralan bukan sahaja melibatkan

perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran.

Prinsip-Prinsip/Ciri-ciri Individu Bermoral

Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral

kerana masing–masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Terdapat teori-teori yang

meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral. Ada yang

Page 17: Assgm Moral Sem5

mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya,yang mempunyai kelemahan

dan menerima berbagai kritikan. Ada yang menganggap peraturan masyarakat sebagai

asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam masyarakat juga berbeza

dan banyak bercanggah di antara satu sama lain. Hakikatnya sukar dicari suatu

persepakatan dalam menentukan nilai-nilai moral. Pemikir-pemikir Pendidikan Moral

mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip

keadilan, prinsip altruisme dan prinsip autonomi.

(i) Prinsip Keadilan

Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Ada pihak yang mengatakan

bahawa adil itu saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa. Namun begitu sama

rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih masa tetapi

masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal adalah keadilan bagi mereka,

bukan hanya sama dengan orang lain. Agama Islam pula mendefinisikan keadilan

sebagai “meletakkan sesuatu pada tempatnya,” iaitu tempat yang sesuai dan

sepatutnya .

Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep keadilan menyatakan adil itu

sebagai “ fair-minded”, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable way). Di

antara prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip Keadilan Umum iaitu

keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan supaya semua individu

memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan “distributive” ialah adil dalam

agihan kebaikan dan beban juga menunaikan perjanjian antara manusia. Ianya juga

merangkumi kemahuan kepada peraturan, kejujuran, equity, integrity dan lawfulness.

Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini

amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan merupakan prinsip moral

yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan

masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak

untuk kepentingan diri sendiri.

Page 18: Assgm Moral Sem5

(ii) Prinsip Altruisme

Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain

terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih

berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan,

simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain.

Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada kejahatan

dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing.

Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk

menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya

keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan

berkeperimanusiaan. Perasaan kasih sayang, simpati dan empati menghilangkan rasa

kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.

(iii) Prinsip Autonomi

Adakah kita bebas membuat pertimbangan? Persoalan ini ada kaitannya

dengan prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan konsep pertimbangan bebas.

Andaian bahawa pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat

paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Ini disebabkan individu yang

berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara rasional dan adil. Individu itu tidak

mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah dari kuasa luar. (Koo,

1990). Adakah anda setuju dengan pendapat ini?

Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos bererti diri

sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini boleh diertikan sebagai penentuan

sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri.

Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Perlakuan dan

pertimbangan individu merupakan hasil tekanan kuasa atasan contohnya seorang guru

disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar atas arahan pihak atasan.

Page 19: Assgm Moral Sem5

Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi

untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya prinsip-

prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang rasional pada

mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi, syarikat, keluarga dan

sebagainya.

Profil Insan Bermoral

Konsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan

Bermoral merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh

masyarakatnya dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan oleh

autoriti. Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:

a. Bebudi pekerti, bertingkah laku mulia serta berbudi bahasa

b. Tidak sombong, tidak menunjuk-nunjuk dalam pergaulan seharian.

c. Bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kelemahan dan

kekurangan diri.

d. Jujur- niat baik, amanah, ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

e. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati terhadap:

i) Raja dan negara

ii) orang yang lebih tua, guru, rakan, dan jiran

iii) Ibu bapa

iv) Hak asasi manusia

v) Kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum

vi) Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu

vii) Undang-undang

viii) Maruah diri

Walaupun begitu pemikiran, kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah

dikembangkan untuk melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan

mengembangkan penaakulan mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini penting

supaya tidak terjadi kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi dengan nilai Barat

Page 20: Assgm Moral Sem5

disebabkan pengaruh daripada media massa. Oleh sebab itu seseorang insan bermoral

seharusnya mampu:

(a) mengenalpasti sesuatu situasi moral;

(b) berfikir secara rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat pelbagai pilihan

perlakuan yang berkaitan dengan situasi tersebut;

(c) memilih sesuatu tindakan berasaskan sesuatu pertimbangan tertentu; dan

(d) bertindak terhadap sesuatu pilihan yang telah dipilih berdasarkan peraturan dan

prinsip moral yang asas.

Selain itu seseorang insan moral perlu menguasai dimensi emosi simpati dan

empati. Mereka boleh meluahkan perasaan mereka secara betul dan bukan sesuka hati

sahaja. Di harapkan dimensi emosi atau perasaan ini akan membuat pelajar memahami

emosi diri sendiri secara rasional di samping memahami perasaan orang lain.

Ciri-ciri Insan Bermoral

1. Menghormati autoriti (ibu bapa, guru, pemimpin negara dan agama) yang

menunjukkan contoh teladan serta amalan yang bermoral. Menghormati agama dan

kepercayaan orang lain serta menghargai nyawa sendiri dan orang lain. Orang yang

bermoral juga akan membuat keputusan moral secara autonomous setelah

menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesannya.

2. Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi mestilah

berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional. Segala fakta

yang berkaitan dengan isu yang dipersoal akan dipertimbangkan secara objektif

sebelum sesuatu keputusan dibuat.

3. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di

dalam satu-satu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain

haruslah dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral.

Page 21: Assgm Moral Sem5

4. Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar

selepas keputusan moral diambil. Seseorangakan sukar untuk bertindak sekiranya dia

tidak bermotivasi untuk melakukannya.

5. Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara

berterusan berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang asas.

Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke

sekolah telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan

masyarakat.Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat

tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke

sekolah.Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai persoalan moral dari segi

pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak yang masih boleh dilentur.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan

sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara

sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberikan

pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah.

Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi penghayatan moralnya sudah

tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses pemupukan nilai dilakukan berbanding

dengan sekolah yang sebaliknya.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah

tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan

Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral yang sedia ada.

Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral murid-murid ini dan

membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral dilaksanakan. Pendidikan

Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan pengetahuan moral kanak-

kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan individu yang bermoral

tinggi.

Page 22: Assgm Moral Sem5

Selain itu, guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan

objektifobjektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral di kalangan

anak didiknya. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan

bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata

pelajaranyang lain. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan

KBSM digubal berdasarkan kepada prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang

membolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan seimbang. Justeru

itu, untuk mencapai Matlamat Pendidikan Kebangsaan, pelajar-pelajar sekolah akan

diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan

mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Moral secara langsung, dan melalui mata

pelajaran-mata pelajaran lain secara tidak langsung. Objektif-objektif khusus

Pendidikan Moral di bawah rancangan KBSM adalah untuk membolehkan pelajar:-

Mengukuhkan amalan, tingkah laku dan sikap moral yang telah diperoleh di

bawah rancangan KBSR,

Menyedari, memahami dan menghayati nilai-nilai murni yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

Dapat membuat pertimbangan yang rasional dan bertindak berasaskan prinsip-

prinsip moral;

Boleh memberi sebab yang munasabah berdasarkan prinsip-prinsip moral

semasa membuat sesuatu keputusan; dan

Mengamalkan nilai-nilai murni sebagai panduan dalam kehidupan.

Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa

pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan tugas

penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat

pendidikan kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang

bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta mulia.

Page 23: Assgm Moral Sem5

Alhamdulillah hirabbil ‘alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat

Illahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya menyelesaikan tugasan projek ini

dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada En. Fouzai b

Yusoff, selaku pensyarah ELM 3102 Kurikulum dan Kaedah Pengajaran Pendidikan

Moral di atas tugasan projek yang diberikan untuk semester ini. Beliau juga banyak

membantu kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam sepanjang proses merealisasikan tugasan

ini. Pelbagai ilmu dan pengalaman dapat kami perolehi sepanjang menyiapkan tugasan

ini.Antaranya, berkaitan dengan huraian dan sukatan pelajaran sekolah rendah yang

akan digunakan apabila apabila kami mengajar subjek Pendidikan Moral nanti.

Justeru itu, sebagai seorang guru dan juga pelajar PPG kami harus memahami dengan

lebih mendalam berkaitan kurikulum Pendidikan Moral dan kepentingan pengajaran dan

pembelajaran subjek Pendidikan Moral di sekolah.

Akhir kata,sekali lagi kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang

banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

PENG

HARG

Page 24: Assgm Moral Sem5

Buku

Ee, A. M. (1988). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Open Universiti Malaysia, Modul Pengenalan Pendidikan Moral, Kuala Lumpur.

Rajendram, N.; Ee, A. M. (1994). Pendidikan Moral (Dinamika Guru). Kuala Lumpur :

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

Internet

Konsep Asas Moral, http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/tajuk-1-konsep-asas-

moral.html

Konsep Asas Moral, http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/konsep-asas-moral.html

Konsep Baik, Benar dan Patut, http://jpimkampusrajang.blogspot.com/2011/07/p39-

baik-benar-patut.html

Teori-Teori Etika, http://susianty.wordpress.com/2010/11/21/teori-teori-etika/

Teori Deontologikal (Eksistensialisme dan Prinsip Kewajipan),

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2012/05/teori-deontologikal-eksistensialisme.html

Prinsip Kewajiban, http://ms.wikipedia.org/wiki/Prinsip_Kewajiban

RUJUK

AN