laporan salah konsep perpuluhan sem5

Upload: rbj7041

Post on 10-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    1/20

    ABSTRAK

    Tugasan ini dijalankan adalah untuk membuat analisis salah konsep murid bagi tajuk

    kumpulan kami iaitu Perpuluhan.Pelajar-pelajar yang terlibat dalam tugasan ini ialah

    terdiri daripada 17 orang pelajar Tahun 5 Gemilang yang terdiri daripada 5 pelajar

    lelaki dan 12 perempuan di SK Sepakat Jaya.Tinjauan awal untuk mengenalpasti

    masalah yang dihadapi pelajar dalam tajuk Perpuluhan iaitu menambah dan menolak

    sebarang nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan telah dijalankan dengan

    menganalisis Ujian Pra .Didapati hanya 1 daripada 17 orang murid yang dapat

    menjawab betul semua soalan. Soal selidik dan temu bual digunakan bagi meninjau

    pandangan pelajar terhadap pengajaran guru.Berdasarkan analisis yang dijalankan ,pelajar didapati tidak memahami kehendak soalan, manakala cara penyampaian guru

    bagi kemahiran tajuk Perpuluhan didapati kurang mempengaruhi minat pelajar

    terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah.Bagi menangani masalah tersebut,

    kaedah konstruktivisme Rumah Perpuluhan telah digunakan sebagai pendekatan

    pengajaran dan pembelajaran dan penekanan diberi kepada pembelajaran

    berpusatkan murid.Setelah menjalankan pengajaran dan pembelajaran tajuk

    Perpuluhan menggunakan Rumah Perpuluhan selama bulan , didapati bahawa

    peningkatan pemahaman murid boleh dilihat melalui Ujian Pos.Keberkesanan

    penggunaan Rumah Perpuluhan mempengaruhi minat murid terhadap matapelajaran

    Matematik dan kebanyakan pelajar berasa seronok dan teruja sewaktu pengajaran

    dan pembelajaran berlaku.

    1

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    2/20

    LAPORAN MENGATASI SALAH KONSEP PERPULUHAN MENGGUNAKAN

    RUMAH PERPULUHAN

    1) Tajuk Kajian : Mengatasi salah konsep Perpuluhan menggunakan

    Rumah Perpuluhan

    2) Kelas : Tahun 5 Gemilang

    3) Bilangan murid :17 orang

    4) Nama Penyelidik / : Rafidah Bt Jalil

    5) Nama Sekolah : SK Sepakat Jaya

    6) Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu / Latar Belakang Kajian :

    Pada bulan lepas , murid-murid Tahun 5 Gemilang telah diberi Ujian Pra

    berkaitan dengan Tajuk Perpuluhan yang telah dipelajari beberapa bulan yang lepas

    dan sewaktu mereka berada di Tahun 4 .Sewaktu mereka menjawab Ujian Pra yangdiberikan , hanya 1 orang murid sahaja dapat menjawab semua soalan dengan betul.

    11 orang diminta menjawab dan membuat pembetulan sekali lagi.Murid-murid seramai

    11 orang ini telah berjaya menjawab soalan dengan betul setelah diberi peluang sekali

    lagi kerana kebanyakan mereka terlupa tentang nilai tempat perpuluhan. Manakala 5

    orang daripada mereka telah dikenalpasti mengalami masalah salah konsep tentang

    tajuk Perpuluhan ini. Apabila saya bertanya kepada 5 orang murid adakah mereka

    tahu tentang tajuk perpuluhan.Mereka menjawab tidak tahu dan hanya faham sikit-

    sikit,.Saya berasa agak terkilan kerana selama ini saya telah mengajar tajuk

    Perpuluhan ini banyak kali . Namun mereka tidak dapat mengaplikasikannya di dalam

    soalan pra yang diberikan.Apabila saya tanyakan kepada murid mengapa mereka tidak

    boleh menjawab soalan pra tersebut , jawapan mereka Malu nak bertanya pada

    cikgu.Terdapat di kalangan mereka yang mengatakan Saya tidak suka membuat

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    3/20

    kerja rumah Matematik walaupun saya minat subjek ini,saya lebih suka maingame di

    rumah Saya menyedari jika masalah ini dibiarkan berlarutan , saya tidak dapat

    mengajar tajuk seterusnya dengan baik kerana mereka masih tidak dapat menguasai

    topik Perpuluhan ini.

    Perlukah saya menukarkan teknik pengajaran saya yang sebelum ini telah

    mencuba pelbagai cara seperti aktiviti pameran sudut pembelajaran di kelas.Saya

    perlu memikirkan cara bagaimana murid-murid berasa seronok untuk belajar

    Perpuluhan dan boleh mempraktikkannya di mana-mana sahaja tanpa ada rasa bosan.

    Sudut Pameran bahan Matematik di kelas

    3

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    4/20

    7) Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

    Kajian ini memfokuskan kepada permasalahan murid tahun 5 iaitu seramai 5 orang

    yang tidak dapat menjawab soalan tajuk Perpuluhan. Sebelum ini sewaktu Tahun 4

    mereka telah didedahkan tentang nilai tempat perpuluhan , menambah dan menolak

    satu dan dua nombor sehingga dua tempat perpuluhan .Namun mereka tidak boleh

    menjawab soalan menambah dan menolak dua hingga lima nombor sehingga tiga

    tempat perpuluhan. Masalah konsep yang dialami oleh 5 orang murid Tahun 5 ini

    memerlukan alat bantu mengajar yang ringkas , mudah dibawa ke mana-mana dan

    yang paling penting ialah membantu kefahaman murid .Justeru itu, saya telah

    memikirkan satu cara untuk mereka memahami konsep nilai tempat perpuluhan yang

    merupakan asas untuk mereka menggunakan kaedah yang menyeronokkan.

    8) Objektif Am :

    Meningkatkan penguasaan tajuk Perpuluhan murid Tahun 5 dengan menggunakan

    Rumah Perpuluhan

    Objektif Khusus :a) Mengubah cara pengajaran guru untuk menjadikan proses P&P lebih

    menyeronokkan

    b) Menambah minat dan meningkatkan daya ingatan murid

    c) Menggalakkan murid membina kefahaman sendiri (Self Access Learning)

    dengan menggunakan Rumah Perpuluhan

    d) Memudahkan guru kerana Rumah Perpuluhan'mudah dibawa ke mana-mana.

    4

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    5/20

    9) Pemerhatian

    Saya telah membuat pemerhatian ke atas murid-murid saya tentang bagaimana cara

    murid-murid Tahun 5 ini menjawab soalan ujian pra. Terdapat beberapa salah konsep

    yang dikenalpasti iaitu:

    Murid tidak tahu nilai nombor perpuluhan ketika menolak nombor perpuluhan. Soalan

    25- 7.045. Murid menyelesaikannya dengan menulis 7.045-0.25

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    6/20

    Murid tidak menguasai nilai tempat perpuluhan

    Murid menguasai nilai tempat perpuluhan , tetapi tidak tahu menolak perpuluhan

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    7/20

    Murid tidak menguasai penambahan perpuluhan

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    8/20

    10) Tindakan Yang Dijalankan

    1) Selepas murid menjalani Ujian Pra , saya telah meminta murid berkumpul untuk

    berbincang tentang masalah mereka tentang tajuk perpuluhan ini.Hasil

    perbincangan dengan murid-murid,saya telah mendapat idea untuk membuat

    alat bantu mengajar yang mudah untuk dibawa, murah dan boleh dipraktikkan

    oleh murid itu sendiri.

    2) Sewaktu saya ke bandar Yong Peng, timbul idea untuk membuat satu alat bantu

    mengajar perpuluhan menggunakan mighting boardyang berwarna merah dan

    menggunakan kertas berpelekat yang berwarna biru dan hijau.Objektif utama

    saya membuat alat bantu mengajar ini ialah bagi memperkenalkan semula

    konsep nilai tempat perpuluhan.Setelah itu, saya terus akan menggunakan alat

    bantu mengajar ini bagi mengajar penambahan dan penolakan nombor

    perpuluhan

    Gambar menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan

    Rumah Perpuluhan

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    9/20

    11.0 Kos Pembuatan Rumah Perpuluhan

    BILANGAN NAMA BARANG KUANTITI HARGA

    SEUNIT

    JUMLAH

    HARGA

    1. Mighting Board 1 RM 5.00 RM 5.00

    2 Kertas berpelekat 2 RM 2.50 RM 5.00

    3 Flash Card 5 RM 1.00 RM 5.00

    4 Gunting 1 RM 4.00 RM 4.00

    5 Gam 1 RM 1.00 RM 1.00

    JUMLAH BESAR 10 RM 20.00

    Flash card

    Mig

    K

    w

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    10/20

    12.0 Kegunaan Rumah Perpuluhan

    Contoh Soalan :

    7.27 + 38 =

    10

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    11/20

    2) 26 - 12.043 - 6.34 =

    11

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    12/20

    12

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    13/20

    13.0 Kelebihan Penggunaan Rumah Perpuluhan

    13.1.1 Resos ini memberi manfaat kepada guru kerana ia boleh digunakan di

    mana-mana guru mengajar. Contohnya di makmal komputer , di Taman Matematik

    dan senang dikendalikan sekiranya guru perlu bergerak mengajar dari kelas lain ke

    kelas yang lain.

    13.1.2 Rumah Perpuluhan mempunyai ruang-ruang tempat menulis yang diperbuat

    daripadaFlash card yang boleh dipadam semula

    13.1.3 Nilai Keusahawanan dapat diterapkan di kalangan murid-murid di mana nilai

    ini begitu dititikberatkan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah

    (KSSR).Sikap berani menyatakan idea, bertangggungjawab terhadap keputusan

    sewaktu P&P menggunakan Rumah Perpuluhan dan berani mengambil risiko

    melahirkan generasi yang mempunyai visi masa depan yang Cemerlang ,

    Gemilang dan Terbilang

    13

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    14/20

    14.0 Kelemahan Rumah Perpuluhan,

    Setelah lebih kurang bulan menggunakan Rumah Perpuluhanini , terdapat

    beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki sewaktu pelajar-pelajar

    menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antaranya bahan bantu mengajar

    yang agak kecil sukar di ajar kepada bilangan kelas yang ramai.Oleh itu, cadangan

    untuk memasukkan animasi Rumah Perpuluhandi dalam slaid powerpoint akan

    dibuat untuk kajian yang seterusnya.

    Selain itu, Rumah Perpuluhan ini perlu dilekatkan dengan Double Salotape yang

    kuat dan tahan lama kerana sewaktu murid-murid mengguna bahan bantu mengajar

    ini, ia telah tertanggal sedikit dan sedikit menjejaskan pengajaran.

    Selain itu , kuantiti Rumah Perpuluhan perlu diperbanyakkan lagi kepada pelajar-

    pelajar untuk mereka lebih memahami pengajaran dan pembelajaran yang

    melibatkan tajuk Perpuluhan yang melibatkan soalan berbentuk penyelesaian

    masalah.

    15.0 Cadangan Penambahbaikan

    Melalui penggunaan Rumah Perpuluhan ini , guru dapat mengenalpasti beberapa

    perkara yang perlu diperbaiki untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk

    Perpuluhan dengan lebih berkesan.

    Pertamanya ,guru perlu memperbanyakkan Rumah Perpuluhan ini untuk

    dipraktikkan oleh semua murid supaya memupuk sifat berani mencuba dan berani

    membuat keputusan menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. Secara

    purata, kelas yang mengandungi 20 orang murid harus

    disediakan lebih kurang 6 atau 7 Rumah Perpuluhan kerana pengajaran dan

    pembelajaran yang dijalankan adalah secara berkumpulan

    14

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    15/20

    16.1..2 Temu Bual

    Transkripsi Temu Bual

    Respons Murid Kod

    Soalan: Mengapa anda tidak menguasai Tajuk Perpuluhan?

    Murid 1 Tajuk Perpuluhan ini tak macam Tajuk Nombor Bulat. Ia ada

    titik.Lagipun saya tak suka matematik. SusahKat rumah

    selalu juga tanya soalan matematik pada mak dan

    abah.Mereka tak tahu nak tunjuk.

    6

    4

    2

    Murid 2 Cikgu ajar cepat sangat.Cikgu ada tunjuk gambar kat LCD tu

    tapi sekali sekala ajelah . Kalau selalu tunjuk gambar kan best!.

    Barulah ada semangat sikit nak belajar Matematik.Taklah

    boring sangat.

    6

    1

    Murid 3 Saya malulah nak tanya cikgu.Malu kalau kawan tahu sayatidak faham.cikgu selalu tanya saya faham ke tidak. Saya

    ngangguk ajelah.Macam fahamTapi sebenarnya tidak faham.

    53

    2

    Murid 4 Sebenarnya saya malas nak buat kerja sekolah terutamanya

    matematik. Kerja rumah saya pun kakak saya yang tolong

    buatkan. yang lain . Semua kena kira.Saya tak sukalah

    6

    5

    4

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    16/20

    Murid 5 Saya memang tidak suka buat kerja rumah sebab kat rumah

    ramai kawan-kawan yang ajak bermain.Mereka pun macam

    saya tak suka buat kerja rumah. Sekali sekala mak dan ayah

    ada marah.Tapi mereka pun dah penat nak marah.

    6

    1

    5

    Penentuan Kod

    1 : Faktor Guru (2)

    Guru mengajar terlalu cepat

    Guru tidak guna bahan Bantu mengajar

    2 : Tiada sokongan / bahan pelajaran di rumah (2)

    Sokongan pelajaran di rumah tiada ( ibu bapa/penjaga tidak

    mengajar)

    3 : Menganggap Matematik tidak releven (1)

    Tidak digunakan dalam kehidupan seharian

    4 : Tajuk Wang Hingga RM10 susah (2)

    Tajuk ini memang susah

    5 : Tidak faham (3)

    6 : Tidak berminat /tidak suka (4)

    16

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    17/20

    Keputusan Ujian Pra dan Pos 5 orang murid Tahun 5 Gemilang

    Jadual menunjukkan keputusan Ujian Pra dan Pos 5 orang Murid Tahun 5 Gemilang

    Responden Ujian Pra Ujian PosA 60 70

    B 60 70

    C 50 60

    D 45 55

    E 40 55

    17

    0

    10

    20

    30

    40

    50

    60

    70

    80

    A B C D E

    Ujia

    Ujia

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    18/20

    Dapatan Ujian Pra dan Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian

    murid.Hanya 5 orang murid dikesan mengalami salah konsep berbanding 17 orang

    murid yang dikaji sebelum ini.

    Berdasarkan graf palang di atas, didapati semua responden telah meningkat

    markahnya dimana palang Biru menunjukkan markah Ujian Pra manakala palang

    warna merah menunjukkan markah Ujian Pos.Tiga orang murid mendapat markah

    Gred B dan dua orang murid mendapat C.Terdapat peningkatan markah di dalam

    Ujian Pra dan Pos dan kebanyakan markah bertambah sebanyak 10 disebabkan

    keberkesanan penggunaan Rumah Perpuluhan.

    Melalui keputusan ini , pengajaran dan pembelajaran guru menggunakan

    Rumah Perpuluhan telah berjaya meningkatkan kefahaman murid-murid di dalam

    tajuk Perpuluhan di kalangan 5 orang murid Tahun 5 Gemilang.

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    19/20

    REFLEKSI

    Melalui perbincangan semua ahli kumpulan, terdapat beberapa perkara

    yang perlu dipertingkatkan di dalam menghasilkan resos yang amat berguna kepada

    pengajaran dan pembelajaran kami di dalam tajuk Perpuluhan.

    Penghasilan TMK (Teknologi Maklumat) perlu dipertingkatkan dari segi

    kepelbagaian bunyi untuk lebih menarik perhatian murid. Dari itu,Rumah Perpuluhan

    perlu dipaparkan di slaid powerpoint yang dihasilkan agar pelajar lebih memahami

    kegunaannnya dan seterusnya mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

    Resos ini memberi manfaat kepada guru kerana ia boleh digunakan di mana-mana

    guru mengajar. Contohnya di makmal komputer , di Taman Matematik dan senangdikendalikan sekiranya guru perlu bergerak mengajar dari kelas lain ke kelas yang lain.

    Selain itu ,Rumah Perpuluhan mempunyai ruang-ruang tempat menulis yang

    diperbuat daripadaFlash card yang boleh dipadam semula.Murid yang mempunyai

    masalah salah konsep tajuk Perpuluhan berasa amat seronok menggunakannya

    kerana rekabentuk menarik dan mereka berasa yakin menulisnya di hadapan

    kelas.Jika sebelum ini guru hanya menerangkan konsep nilai tempat perpuluhan

    menggunakan chalk and talk sahaja,mereka tidak mendapat gambaran jelas dan

    tidak faham.

    Selain itu, kami telah bersepakat untuk memperbanyakan Rumah

    Perpuluhan ini di sekolah yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan kebolehan

    pelajar-pelajarnya.Ia boleh membantu pelajar menjawab soalan UPSR tajuk

    Perpuluhan dengan lebih baik sekurang-kurangnya mencapainya gred C (lulus) bagi

    murid-murid yang agak lemah.

    Salah konsep di kalangan murid-murid di dalam matapelajaran Matematik

    bukanlah perkara baru di dalam pendidikan.Guru perlu lebih peka akan keperluan dan

    kehendak murid di dalam pengajaran dan pembelajaran.Murid di era globalisasi ini

    perlu dididik dengan penuh berhemah dan memerlukan kesabaran yang tinggi bagi

    mencapai objektif bagi memimpin generasi negara yang berjaya di masa hadapan.

  • 5/20/2018 Laporan Salah Konsep Perpuluhan Sem5

    20/20

    Objektif utama KBSR ialah meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih

    relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21 .Selain itu, guru memainkan

    peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang

    berkesan; dankejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh

    daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta

    pihak berkepentingan.