rbt jahitan

32
KELIM Kelim adalah cara menyambungkan dua atau lebih kepingan kain. Kegunaan kelim adalah : Untuk menyambungakan dua atau lebih kepingan kain. Untuk memberi pada pakaian supaya ia lebih padan. Pakaian yang sama sendat mempunyai lebih banyak kelim. Jenis – jenis kelim : Kelim belah kangkung Kelim betawi ( kelim yang dijahit pada sebelah dalam {S.D} dan tidak kelihatan pada sebelah luar {S.L}. Kelim papan mesin Kelim papan tangan (Kelim yang dijahit pada S.L dan dijahitnya boleh dilihat.) Pilihan bergantung kepada:

Upload: yamini-ambriel

Post on 27-Dec-2015

387 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

tangga emas

TRANSCRIPT

KELIM

Kelim adalah cara menyambungkan dua atau lebih kepingan kain.

Kegunaan kelim adalah :

Untuk menyambungakan dua atau lebih kepingan kain.

Untuk memberi pada pakaian supaya ia lebih padan.

Pakaian yang sama sendat mempunyai lebih banyak kelim.

Jenis – jenis kelim :

Kelim belah kangkung

Kelim betawi

( kelim yang dijahit pada sebelah dalam {S.D} dan tidak kelihatan

pada sebelah luar {S.L}.

Kelim papan mesin

Kelim papan tangan

(Kelim yang dijahit pada S.L dan dijahitnya boleh dilihat.)

Pilihan bergantung kepada:

Jenis pakaian yang hendak dijahit misalnya pakaian yang kerap dipakai

dan yang perlu didobi lebih kerap memerlukan kelim yang lebih kukuh.

Jenis kain yang digunakan misalnya kain yang mudah berbulu lebih baik

disambungkan dengan kelim betawi dan kelim belah kangkung kerana ia

lebih sesuai untuk kain yang lebih tebal.

Gaya dan kedudukan tempat kelim itu akan dijahit.

Perkara- perkara yang perlu diigatkan ketika membuat kelim :

Pilih kelim yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit supaya ia tahan

lasak.

Cuba gunakan jenis kelim yang sama pada seluruh pakaian yang dijahit .

Kelim hendaklah dijahit dengan baik dan tepat pada garis pemadan

untuk menjaga bentuk dan rupa yang elok.

Ia mesti ditekan dengan baik supaya kelihatan kemas pada kedua-dua

belah.

Ia juga mesti rata supaya mudah didobi dan kukuh supaya tahan lasak.

Tegangan mesin mesti betul untuk mengelakan kelim daripada berkedut.

Lebar kelim hendaklah sekata di seluruh pakaian.

Dimana-mana dua kelim bertemu, guntingkan lipatan dibawah supaya ia

tidak begitu tebal.

PENGENALAN

Teknik menjahit dengan betul dan pemilihan proses jahitan yang sesuai penting

untuk menghasilkan pakaian yang kemas, cantik, menarik dan selesa dipakai. Antara

proses jahitan yang boleh digunakan ialah jahitan asas, sulaman, kelim, penyudah tepi,

lengan, kancing dan lubang butang.

Kesemua proses jahitan ini penting dalam membuat pakaian kelengkapan rumah

dan lain-lain lagi.

Oleh itu, kita seharusnya mempelajari ilmu atau subjek jahitan untuk

memudahkan tugas-tugas harian dan menjimatkan kos kehidupan seharian kita.

Jelujur kasar atau sama

Cara menjahit:-

a) Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahit kia dari kanan ke kiri.

b) Mata jahitan di bawah dan di atas adalah sama panjang iaitu 1 ¼ cm.

c) Akhirkan dengan jahit kia.

Kegunaan Jelujur Kasar :-

a) Untuk menetapkan kedudukan kelepet kocek dan kelim sebelum dijahit kekal.

b) Untuk menetapkan bahagian fabric yang melengkung atau berkedut yang akan

teregang semasa memadankan pakaian.

c) Ia senang dicabutkan.

Jelujur tak sama

Cara menjahit :-

a) Dengan satu lembar benang, mulakan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.

b) Mata jahitan pada sebelah luar adalah 1 ¼ cm panjang dan jaraknya ½cm.

c) Akhirkan jahitan dengan jahit kia.

Kegunaan jelujur tak sama

a) Untuk menetapkan kedudukan kelepat, kelim dan sebagainya sebelum dijahit

kekal.

b) Untuk menandakan garis-garis tengah belakang dan hadapan serta tepi yang

lurus.

c) Ia tidak begitu kukuh dan senang dicabutkan.

Jelujur Halus

Cara menjahit :-

a) Mula dan akhirkan dengan jahitan kia.

b) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus dan sama besar dengan

jaraknya iaitu 3 hingga 5 mm.

Kegunaan jelujur halus:-

a) Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik jika tidak ada mesin jahit.

b) Untuk mengantikan jahitan jelejur buat sementara.

c) Untuk membuat kedut dan mensekatakan kepala lengan.

d) Dijahit pada tepi fabrik yang melengkung untuk mencegah tepi daripada

mememberi dan menjadi berbulu.

e) Untuk menandakan kedudukan dan panjangnya lubang butang.

f) Sebagai jahitan sulaman.

Jahit Kia

Cara menjahit:-

a) Mula dan akhirkan jahitan dengan jahitan kia.

b) Jahit dari kanan ke kiri dengan mata jahitan yang halus (3mm- 5mm)

c) Jahitan pertama adalah seperti jelujur halus, kemudian jarum dibawa balik ke

jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.

d) Ia kukuh, rapat dan kelihatan seperti jahit mesin pada sebelah luar dan seperti

jahit batang di sebelah dalam.

Kegunaan jahitan kia:

a) Untuk menyambungkan fabrik bagi menggantikan jahitan mesin.

b) Untuk memula dan mengakhiri mata jahitan dengan teguh.

c) Sebagai jahitan sulaman

Jahit sembat

Cara menjahit:-

a) Dijahit dari kanan ke kiri dengan jahitan menyerong pada sudut 30® di sebelah

dalam.

b) Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan dan akhirnya dengan jahit kia.

c) Jahitan ini halus, sekata, teguh dan boleh dilihat pada sebelah luar pakaian.

Kegunaan jahit sembat:-

a) Untuk mengekalkan lipatan atau kelapet misalnya lipatan pita, lapik tampal dan

ikatan pinggang.

Jahit lilit kemas

Cara menjahit :-

a) Mulakan dengan dua atau tiga mata jahitan jelujur halus pada sebelah luar (S.L)

dari kanan ke kiri.

b) Jahit dari kiri ke kanan dengan jarum menyendeng sedikit ke kanan.

c) Jahit lilit kemas mesti 3mm daripada tepi fabrik dan 3mm jaraknya.

d) Akhirkan jahitan dengan menjahit balik kiri dengan 3-4 jahit lilit kemas.

Jahit lilit kemas digunakan untuk mengemaskan tepi fabrik tunggal atau beberapa lapis

tepi bersama misai basi kelim.

Jahit sembat susup

Cara menjahit :-

a) Dijahit dari kanan ke kiri di sebelah dalam fabrik.

b) Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan.

c) Ambil sedikit sahaja fabrik serapat yang boleh dengan tepi berlipat.

d) Tarik jarum keluar, kemudian susupkan jarum di dalam lipatan dengan jaraknya

kira-kira ½ cm.

e) Jahitan ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.

f) Ia tidak sekukuh jahit sembat.

Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet dan lapik.

Jahit insang pari

Cara menjahit :-

a) Untuk mengemaskan tepi fabrik atau basi kelim.

b) Untuk menjahit ulat- ulat.

c) Untuk menjahit rumah butang bersirat atau mata bergelung untuk butang

cangkuk.

d) Sebagai jahitan perhiasan.

Kelim Belah Kangkung

Sifat- sifat kelim belah kangkung :-

Ia adalah kelim yang paling mudah.

Ia terdiri daripada sebaris jahitan pada sebelah dalam pakaian.

Lebarnya apabila siap ialah 1.2(1/2 inci).

Kebaikan kelim belah kangkung :-

Ia rata.

Ia tidak tebal. Oleh itu, ia sesuai untuk kain yang tebal.

Jahitannya tidak kelihatan di sebelah luar pakaian.

Kelemahan kelim belah kangkung :-

Ia tidak begitu kukuh kerana mempunyai sebaris jahitan sahaja.

Kelim mesti ditekan setiap kali selepas didobi.

Ia tidak sesuai untuk kain yang jarang kerana kelim boleh dilihat pada sebelah

luar pakaian.

Cara Menjahit :-

a) Dengan kedua bahagian sebelah luar kain bertemu, semat, jelujur dan jahit

mesin di atas garisan pemadan.

b) Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim.

c) Kemaskan tepi kain besi belah kangkung dengan salah satu cara berikut :-

Menggunting tepinya dengan bentuk pucuk rebung bagi kain yang tidak

berbulu.

Mengemas tepinya dengan jahit mesin bagi kain yang teguh musalnya

kain kapas, linen, dan rayon.

Menjahit tepinya dengan jahit lilit kemas bagi sebarang jenis kain yang

tidak berbulu.

Menggunakan tepi kain bagi sebarang jenis kain.

Mengemaskan tepinya dengan pita, reben atau kun lurus bagi kain yang

sederhana tebal dan berbulu.

Mengemaskan tepinya dengan jalur serong tepat bagi kain yang berbulu

dengan teruk atau kain jenis lembut dengan tepinya yang melengkung.

d) Kelim perlu dikemaskan untuk :-

Memeliharakan tepinya supaya tahan lebih lama.

Menjadikan pakaian selesa dipakai.

Memberikan rupa yang kemas dan elok.

e) Kelim belah kangkung yang melengkung hendaklah:

Digunting supaya kelim itu rata.

Bahagian yang digunting dikemaskan dengan jahit insang pari supaya

tepinya tidak berbulu.

Kelim Lipat Tindih

Sifat kelim lipat tindih :

Ia juga dipanggil kelim tampal.

Ia digunakan untuk mencantumkan satu bahagian yang rata pada bahagian

pakaian yang mengelembung.

Jahitannya dibuat pada sebelah luar pakaian.

Kebaikan kelim lipat tindih:

Ia kukuh kerana dijahit melalui 3 lapisan kain.

Ia rata mudah did obi.

Ia menjadi perhiasan.

Ia sangat sesuai untuk mencantumkan bahagian yang melengkung, cengkung

atau pada bentuk yang susah dijahit dengan kelim-kelim yang lain.

Kelemahan kelim lipat tindih

Ia tidak sesuai pada kain yang jarang kerana basi kelimnya kelihatan pada

sebelah luar baju.

Ia tidak sesuai pada kain tebal kerana ia terdiri daripada satu bahagian yang

bergelembung dan kelim ini dijahit melalui 3 lapisan kain.

Cara menjahit :-

Menyediakan bahagian- bahagian pakaian

a) Tandakan garis tengah hadapan, jahit dan tarik benang kedut badan atas supaya

sama lebar dengan skirt.

b) Lipat basi kelim skirt ke sebelah dalam kain di garis pemadam.

c) Snipkan basi kelim di sepanjang tepi yang melengkung.

d) Guntingkan kain yang berlebihan di penjuru.

Mencantumkan kelim lipat tindih dengan tepi cekung.

a) Letakkan tepi yang berlipat (bahagian rata) di atas sebelah luar tepi yang

bertembung (badan atas) dengan cepat di atas garis pemadan dan garis tengah

hadapan.

b) Semat jelujur dan mesin hampir dengan tepi lipatan pada sebelah luar pakaian.

c) Cabutkan jelujur dan kemaskan tepi basi kelim pada sebelah dalam pakaian

dengan jahit insang pari.

d) Mengemas basi kelim lipat tindih

a) Basi kelim digunting sehingga 9mm.

b) Jahit mesin kira-kira 3mm dari tepi kain.

c) Kemaskan tepi kain dengan jahit lilit kemas.

d) Cara ini sesuai bagi kain yang tidak mudah berbulu.

e) Kemaskan tepi kain dengan jahit insang pari.

f) Cara ini juga sesuai bagi kain yang tidak mudah berbulu.

g) Kemaskan tepi kain engan kun bagi kain yang sangat mudah berbulu.

h) Basi kelim bahagian rata digunting sehingga 1.5cm dan bahagian yang

bergelembung digunting sehingga 6mm.

i) Bahagian rata membalutkan bahagian berkedut.

j) Kekalkan dengan jahitan sembat.

k) Cara ini adalah sesuai bagi semua jenis kain terutama untuk kain yang

mudah berbulu.

l) Ia tidak sesuai untuk kain yang tebal.

Kegunaan kelim lipat tindih

1) Mencantumkan kain pada

a) Bahu medatang blaus atau kemeja.

b) Pinggang menfatang skirt.

c) Tengah hadapan baju.

d) Panel di hadapan baju atau gaun di sepanjang labuhnya.

2) Mengemaskan ropol pada

a) Tepi kain pakaian ( kelepet dan lengan)

b) Kain kelengkapan rumah

SULAMAN

1) Apabila membuat sulaman pilih :-

Fabrik yang sesuai untuk kerja yang hendak dibuat misalnya kain yang tebal

untuk kain alas meja dan kain nipis untuk sapu tangan.

Benang yang menarik

Tebalnya bergantung kepada jenis kain yang digunakan dan corak yang dipulih.

Berbagai – bagai mata jahitan sulaman untuk menjadikan tekstur corak lebih

menarik.

Saiz jahitan boleh diubahsuai mengikut tebalnya benang dan kain untuk member

kesan yang paling baik.

2) Ada dua jenis sulaman :-

a) Sulaman gaya bebas yang menggunakan beberapa mata jahitan. Ia adalah

sesuai untuk semua jenis kain.

b) Sulaman benang berbilang yang menggunakan mata jahitan yang hendak

dibilang seperti jahit suji bilang, jahit asisi dan lain-lain. Fabrikyang digunakan

mesti sama tenunanya supaya mata jahitan sama besar.

3) Corak yang dipilih boleh ditiru daripada buku dan disesuaikan ataupun corak asli

sendiri.

4) Corak hendaklah sesuai untuk kerja yang dibuat.

5) Benang boleh dipilih daripada jenis-jenis yang berikut :-

a) Benang sulam berlembar

b) Benang a border

c) Benang pearl

d) Benang tapestri

LAPIK

1. Lapik biasanya digunakan untuk :-

a) Tepi leher

b) Lubang lengan

c) Tepi lengan

d) Kelepet Sket

e) Kocek

f) Kolar

2. Terdapat 3 jenis lapik –lapik lurus, lapik perhiasan, lapik serong

Lapik lurus

Cara menjahit :-

a) Gunting sekeping kain pada ira yang lurus. Panjangnya ialah panjang yang

diperlukan serta basi untuk dua lipatan.

b) Tekan lipatan pada kedua tepi lapik sebelah dalam kain.

c) Letakkan sebelah luar lapik dan kain bersama-sama.

d) Ratakan paras tepi, penitikan, jelujur serta jahitan dengan mesin pada garisan

pemadan.

e) Gunting tepi kelim dan gosok kelim agar terbuka.

f) Balikkan lapik ke bahagian dalam dan jelujur tepi yang berlipat itu.

g) Jahit lapik itu pada pakaian dengan mesin jahitan atau sembat susup.

KELIM BETAWI

Sifat Kelim Betawi :

o Kelim Betawi adalah kelim di dalam kelim.

o Ia terdiri daripada dua baris mata jahitan.

o Lebarnya apabila siap ialah 6mm atau kurang bagi kain yang halus.

o Ia sesuai bagi kebanyakan kain terutama kain yang berbulu.

Kebaikan Kelim Betawi

o Ia akan sempit dan tahan lasak.

o Ia teguh kerana mempunyai dua baris jahitan.

o Ia akan terkemas dengan sendirinya.

o Ia mudah didobi.

o Jahitannya tidak kelihatan pada sebelah luar pakaian.

Kelemahan Kelim Betawi

o Ia agak tebal dan tidak sesuai bagi kain yang tebal.

o Kelim ini terdiri daripada beberapa lipatan dan oleh itu mengambil masa

yang lama untuk dikeringkan.

Cara Menjahit :-

a) Dengan kedua bahagian seelah dalam bertemu, semat , jelujur dan jahit

mesin sejauh 6 mm daripada garis pemadan.

b) Gunting basi kelim sehingga lebarnya 3mm.

c) Buka kelim dan tekan rata pada S.D supaya tidak beralur apabila

menterbalikkannya.

d) Terbalikkan kelim supaya sebelah luar bertemu.

e) Tolak kelim ke atas dengan kemas.

f) Semat, jelujur dan jahit mesin di atas garis pemadan.

g) Tekan kelim yang siap supaya menghala ke arah belakang pakaian. Kelim

betawi biasanya digunakan pada pakaian bayi, kanak-kanak, pakaian dalam

dan lain-lain.

PENYUDAH TEPI

Tepi –tepi yang perlu dikemaskan :-

a) Tepi leher dan lubang lengan

b) Hujung lengan

c) Tepi apren, alas meja, sarung bantal dan lain-lain.

d) Tepi –tepi kelepet bagi semua pakaian.

Jenis- jenis penyudah tepi :-

a) Kelepet

b) Penjuru

c) Lapik

d) Sarung getah cerut

LAPIK PERHIASAN

a) Digunakan untuk tepi berbentuk dan melengkung yang mempunyai penjuru

yang terlalu untuk lapik serong.

b) Digunakan untuk tepi leher, kocek dan lubang lengan.

c) Boleh disudakan disebelah luar atau dalam.

RENDA

Menjahit renda dengan tangan

a) Kemaskan tepinya dengan kelepit atau lapik.

b) Letakkan sebelah luar renda itu luar tepi pakaian tersebut.

c) Penitikan pada tempatnya.

d) Jahit renda itu rapat –rapat padanya dengan menggunakan jahit lilit ubi.

e) Ratakan bahagian sambungan itu.

Menjahit renda dengan mesin

a) Buatkan satu jahitan sembat

b) Letakkan renda itu diatas kelimsebelum menjahitnya

c) Jahitkan renda dan kelim.

KELEPET

Membuat kelepet lebar lurus :-

a) Sediakan basi untuk lipatan kelepet.

b) Tandakan ¼ inci untuk lipatan pertama dan lipat ke sebelah dalam.

c) Ukur lebar lipatan kedua dan lipat ke sebelah dalam.

d) Jelujur halus hampir dengan tepi yang berlipat itu.

e) Lebar lipatan kedua adalah lebar akhir bagi kelepet. Gosokkan dengan

sempurna untuk meratakan kelepet itu.

Membuat kelepet lebar melengkung

a) Gunting sket dengan basi untuk dua lipatan itu.

b) Jelujur di sepanjang garisan kelepet, lipatkan ke sebelah dalam, penitikan

dengan jelujur sebanyak ¼ inci dari tepinya.

c) Ratakan gelembungnya di atas gentian yang melintang dan penitikan.

d) Buatkan lisun pemadan kecil atau lisu kira-kira ¼ inci dalam antara peniti itu dan

jelujur supaya rata.

e) Sembat di sepanjang lisu di atas selapis kain sahaja.

f) Cabutkan benang jelujur, lipat ke dalam asalnya sebanyak ¼ inci, penitikan dan

jelujur.

g) Jahitkan lipatan itu secara sembat susup, cabutkan benang jelujur dan gosok.

JAHITAN LILIT UBI

Prosedur:

1. Jahitan dimulakan dari kanan ke kiri.

2. Jarum diletak tegak kepada fabrik dan hujung jarum menghala ke arah

penjahit.

3. Jahit seakan melilit fabrik.

Kegunaan:

Melekatkan tampal dan tampal hias pada artikel atau pakaian.

Menyambung 2 tepi fabrik berlipat.

Mengemas tepi-tepi fabrik. (Conton : tepi kocek tampal, kelim terus)

Cara-cara menjahit butang

1. Masukkan jarum dari sebelah dalam

2. Cucukkan jarum ke dalam lubang butang

3. Cucukkan jarum ke sebelah dalam