portfolio rbt

46
KANDUNGAN PENGHARGAAN PENGENALAN KOMPONEN PERTAMA – TANAMAN HIASAN a) Nota b) Laporan c) Refleksi KOMPONEN KEDUA – IKAN HIASAN a) Nota b) Laporan c) Refleksi KOMPONEN KETIGA – KEMAHIRAN MENJAHIT a) Nota b) Laporan c) Refleksi

Upload: aiman-azizan-melon

Post on 23-Dec-2015

436 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

portfolio

TRANSCRIPT

Page 1: Portfolio Rbt

KANDUNGAN

PENGHARGAAN

PENGENALAN

KOMPONEN PERTAMA – TANAMAN HIASAN

a) Nota

b) Laporan

c) Refleksi

KOMPONEN KEDUA – IKAN HIASAN

a) Nota

b) Laporan

c) Refleksi

KOMPONEN KETIGA – KEMAHIRAN MENJAHIT

a) Nota

b) Laporan

c) Refleksi

Page 2: Portfolio Rbt

PENGHARGAAN

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan portfolio ini. Pertama sekali saya

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pensyarah Reka Bentuk Teknologi iaitu

Encik Munizar selaku pensyarah komponen Ikan Hiasan, Encik Rosly selaku pensyarah

komponen Tanaman Hiasan dan Puan Khamsiah selaku pensyarah komponen Kemahiran

Menjahit. Tanpa bantuan dan tunjuk ajar mereka, saya tidak mampu untuk melengkapkan tugasan

ini.

Kemudian saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan

sekelas saya yang tidak jemu berkongsi maklumat tentang tugasan ini. Dengan adanya sesi

perbincangan secara berkumpulan dan perkongsian maklumat melalui internet menggunakan

media sosial, tugasan ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Pelbagai rujukan

telah pun dikaji dan digunakan sebagai panduan agar tugasan yang telah dilakukan ini sahih.

Akhir kata, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah

banyak membantu saya dari segi kewangan dan membekalkan alatan untuk tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 3: Portfolio Rbt

PENGENALAN

Tugasan Reka Bentuk Teknologi pada semester ini adalah untuk menghasilkan sebuah

portfolio yang merangkumi 3 komponen iaitu Tanaman Hiasan, Ikan Hiasan dan Kemahiran

Menjahit yang telah saya pelajari. Portfolio ini sedikit sebanyak menghuraikan tentang apa yang

telah saya pelajari sepanjang proses pembelajaran saya dalam subjek Reka Bentuk dan

Teknologi.

Untuk komponen pertama iaitu Tanaman Hiasan, saya telah mempelajari bagaimana

proses untuk menanam sebuah pokok. Untuk projek Tanaman Hiasan kali ini saya telah berjaya

menanam 3 buah pokok cili menggunakan proses tanaman yang telah diajar oleh Encik Rosli

selaku pensyarah komponen ini. Saya dan rakan sekelas menghadapi masalah apabila pokok

yang telah ditanam pada waktu sebelum cuti bulan puasa yang lalu telah rosak akibat tiada siapa

yang menjaga pokok tersebut sewaktu kami pulang bercuti. Namun setelah kami pulang semula

ke kampus, kami berjaya menanam semula pokok yang baru bagi mengganti pokok yang telah

rosak. Kami berjaya mengaplikasikan kaedah yang betul untuk menanam sebuah pokok.

Untuk komponen kedua pula ialah Ikan Hiasan. Pada mulanya saya menyangkakan

bahawa membela ikan hiasan adalah mudah. Namun, sangkaan saya salah kerana terdapat

pelbagai faktor yang perlu diawasi. Saya dapat menyediakan akuarium dan ikan hiasan saya

dalam masa yang singkat.

Bagi komponen terakhir iaitu Kemahiran Menjahit, kelas kami tidak sempat untuk

menyiapkan baju. Namun, Puan Khamsiah selaku pensyarah komponen Kemahiran Menjahit

telah mengajar kami proses untuk menyediakan sebuah baju.

Sebagai konklusinya, saya harap portfolio ini sedikit sebanyak dapat memberi maklumat

kepada sesiapa yang membacanya. Walaupun kelas kami tidak dapat melengkapkan sesebuah

komponen akibat kekangan masa dan pelbagai urusan lain, namun ia bukan penghalang bagi

menghasilkan sebuah portfolio yang menarik.

Page 4: Portfolio Rbt

KOMPONEN PERTAMA :

TANAMAN HIASAN

Page 5: Portfolio Rbt

NOTA

Page 6: Portfolio Rbt

Setiap pokok memerlukan pelbagai keperluan asasnya seperti

medium tanaman yang sesuai, siraman dan semburan air, dedahan

kepada cahaya matahari, pembajaan dan sebagainya yang

mencukupi. Tanpa semua ini, pokok yang ditanam tidak mungkin

akan menampakkan hasil yang memuaskan. Oleh itu, adalah amat

penting untuk kita mengetahui dan mempelajari keperluan-

keperluan ini bagi setiap pokok yang akan ditanam.

PELBAGAI KEPERLUAN ASAS POKOK HIASAN

Mungkin ada di antara kita yang menyerahkan

tumbesaran pokok tanaman kita kepada nasib

dan alam semula jadi untuknya membesar

tanpa mengambil inisiatif untuk mengetahui

keperluan tertentu bagi setiap pokok yang

ditanam. Sebenamya setiap pokok

mempunyai keperluannya yang tersendiri

untuk hidup subur dan cantik sentiasa.

Keperluan yang dimaksudkan itu ialah

medium tanaman, kekerapan siraman air,

dedahan kepada cahaya matahari serta jenis

baja dan kekerapan pembajaan yang sesuai

untuknya tumbuh subur.

Proses-proses yang perlu dilalui oleh

tumbuhan menggunakan bahan serta

keperluan di atas ialah fotosintesis, respirasi

dan transpirasi. Proses-proses ini secara

ringkasnya menghasilkan makanan, tenaga,

menolong pengedaran bahan mineral ke

seluruh bahagian pokok serta menyejukkan

pokok apabila hari panas. Dengan memberi

keperluan yang seharusnya pada setiap

pokok yang ditanam itu, Insya-ALLAH, ia akan

hidup subur sentiasa.

Mungkin ada di antara pembaca biasa

mendengar dan mempercayai kata-kata

bahawa hanya orang tertentu yang

mempunyai ‘tangan yang sejuk’ atau green

fingers yang boleh menanam pokok hiasan

dengan jayanya. Saya tidak pasti sama ada

kepercayaan itu betul atau tidak kerana tiada

kajian ilmiah terperinci dilakukan bagi

membuktikan kesahihannya. Tetapi apa yang

pasti dan yang selalu diamalkan oleh saya

ialah:

1) Mulakan apa-apa kerja penanaman pokok

dengan bacaan Bismillah...

2) Berikan segala keperluan pada setiap

pokok yang ditanam itu untuknya hidup

subur.

Page 7: Portfolio Rbt

3) Bertawakkal kepada ALLAH dan Insya-

ALLAH pokok kita akan hidup subur. Jika

ia mati sekalipun, kita perlu mencari

puncanya dan cuba untuk menanamnya

semula sehingga berjaya dan jangan

sesekali berputus asa. Mungkin kita

kurang memberi perhatian ke atas

keperluannya sehinggakan ia kurang

subur atau pun mati.

Insya-ALLAH dalam buku ini, segala tips dan

panduan mengenai keperluan penanaman

dan penjagaan kebanyakan pokok hiasan

dapat anda perolehi dan berikan pada pokok

hiasan yang ditanam. Bahagian seterusnya

pula nanti akan menceritakan mengenai

keperluan pokok hiasan seperti medium

tanaman, air, cahaya dan baja.

MEDIUM TANAMAN UNTUK POKOK

HIASAN

Topik ini akan menceritakan mengenai jenis

medium, kepentingannya serta nisbah

campuran yang sesuai untuk pertumbuhan

setiap pokok yang ditanam.

Campuran medium tanaman yang sesuai

untuk setiap pokok yang ditanam adalah perlu

bagi tujuan berikut:-

i. memudahkan pertumbuhan akar bagi

pembesaran pokok.

ii. membekalkan nutrien secukupnya dan

seimbang bagi keperluan pokok.

iii. mengekalkan air atau kelembapan

secukupnya untuk pertumbuhan pokok.

iv. memastikan pokok tumbuh menegak dan

subur sentiasa.

Di antara medium tanaman yang biasa

digunakan ialah medium berasaskan tanah

seperti tanah gembur atau peroi (loam), tanah

gambut (peat), pasir sungai dan bahan

organik reput seperti najis ayam. Setiap pokok

memerlukan campuran medium yang

berlainan bagi memastikan ia hidup subur

seperti di alam semula jadinya.

Bahan organikTanah gambut Pasir sungaiTanah peroi

Page 8: Portfolio Rbt

1 Tanah Peroi:

Ia adalah jenis tanah yang berada di bahagian teratas sekali dalam lapisan tanah. Ciri-cirinya

ialah ianya peroi dan senang pecah bila diramas serta mengandungi humus iaitu reputan

daun, ranting dan serangga atau haiwan yang sudah reput.

Kandungan organik ini menyediakan keperluan nutrien yang cukup serta memudahkan air

mengalir tetapi ia hendaklah mampu mengekalkan kelembapan untuk kesuburan pokok.

Tanah bakar boleh digunakan sebagai tanah peroi dalam campuran medium tanaman tetapi

ianya perlu diayak supaya dapat diasingkan sampah serta bahan yang tidak sesuai untuk

pertumbuhan pokok yang subur.

2 Tanah Gambut:

Ia boleh menakung air dan kaya dengan nutrien. Kebiasaannya, ia digunakan untuk

memperkaya-kan tanah berpasir.

3 Pasir Sungai:

Ia berongga serta mempunyai banyak ruang untuk pengaliran air. Oleh itu, ia kurang

menyimpan air dan sesuai untuk pertumbuhan akar anak pokok.

4 Bahan organik:

Biasanya ia terdiri daripada najis binatang seperti ayam, kelawar, kambing dan sebagainya

yang siap diproses atau dibiarkan reput sebelum boleh digunakan. Bahan organik ini

mengandungi banyak kandungan nutrien untuk pertumbuhan pokok yang subur.

Terdapat pelbagai medium tanaman berasaskan tanah yang siap dicampur dijual di pusat

tanaman, nurseri, pasar raya dan sebagainya. Di antaranya termasuklah campuran medium

tanaman untuk semua pokok berpasu atau khas untuk sesuatu pokok tanaman tertentu

seperti kaktus, pokok bunga ros dan sebagainya.

Campuran medium tanaman ini boleh terus digunakan untuk penanaman pokok. Nasihat

saya belilah campuran medium tanaman yang berjenama untuk ketulenan campuran.

Terdapat campuran yang palsu menggunakan tanah yang dicampur minyak yang boleh

mematikan pokok.

Namun begitu tidak salah untuk kita mengambil tahu secara terperinci tentang nisbah

campuran yang sesuai bagi setiap pokok yang akan ditanam.

8

Page 9: Portfolio Rbt

Untuk medium tanaman yang berasaskan tanah, dipaparkan nisbah campuran pelbagai

kegunaan seperti berikut:-

1 Untuk Pokok Berpasu

Campuran tanah yang terbaik ialah campuran John Innes dengan nisbah 7:3:2 atau

3:2:1 (Tanah peroi: Tanah gambut: Pasir sungai).

Campuran satu bahagian baja organik seperti najis ayam, najis kelawar atau najis lembu

dimasukkan ke dalam campuran di atas juga disyorkan untuk membekalkan nutrien

permulaan untuk pokok selama tiga bulan.Tanah gambut boleh digantikan dengan serat

kelapa hancur.

2 Untuk Semaian Biji Benih Halus

Gunakan campuran nisbah 2:1:1 (Tanah peroi: Baja organik: Pasir sungai).

3 Kaedah Tut

Campuran yang terbaik ialah dengan nisbah 2:1 (Tanah peroi: Baja organik). Campuran

hendaklah melekit supaya senang diletakkan di sekeliling bahagian dahan atau batang

yang kulitnya dipotong untuk ditutkan.

4 Anak Pokok

Campuran nisbah yang disyorkan ialah 7:3:2 (Tanah peroi: Tanah gambut: Pasir sungai).

5 Semaian Keratan Batang

Gunakan pasir sungai kasar.

TIPS

1) Aktiviti mencangkul dan menggembur medium tanaman berasaskan tanah adalah cara

bagi memudahkan pertumbuhan akar untuk pokok yang sihat

2) Merumput, menambah bahan organik dalam medium tanaman dan membuat sungkupan

pula mampu menyuburkan dan menyejukkan medium tanaman

Selain daripada medium berasaskan tanah, terdapat pelbagai medium lain yang kurang

diambil perhatian tetapi boleh juga digunakan sebagai alternatif dalam penanaman pokok

hiasan. Di antaranya adalah seperti berikut: -

9

Page 10: Portfolio Rbt

a Jeli/Jelly

sejenis agar-agar yang boleh mengekalkan air untuk dibekalkan kepada akar bagi

pertumbuhan pokok yang segar sentiasa.

b Air

medium tanaman untuk pokok air seperti keladi bunting, kiambang, teratai dan

sebagainya. Juga sesuai untuk tanaman pokok secara hidroponik.

c Pecahan bata merah, pasu tanaman, arang dan sabut kelapa

sesuai untuk tanaman orkid.

d Lumut sphagnum moss

medium untuk pokok pemanjat seperti Devil's Ivy atau Sireh Puteri dan sebagainya.

PasirSabut/serat kelapa

Sphagnum mossJeli

10

Page 11: Portfolio Rbt

e Pasir sungai

untuk semaian keratan batang.

f Sekam padi dan sabut kelapa

dicampurkan dalam medium tanaman berasaskan tanah bagi menggantikan bahan

seperti pasir sungai agar air senang mengalir keluar.

Apa sahaja bahan pengganti untuk medium tanaman boleh digunakan asalkan ianya

menepati ciri-ciri keperluan untuk pertumbuhan pokok yang subur seperti yang tersebut di

atas.

KEPERLUAN AIR PADA POKOK TANAMAN

Air memainkan peranan yang sangat penting dalam pertumbuhan pokok. Ia memenuhi

semua sel daun, batang, ranting, bunga dan seumpamanya. Ia juga diperlukan sebagai

medium bagi pengaliran nutrien dan garam galian dari dalam medium tanaman seperti

campuran tanah ke seluruh bahagian pokok terutama daun untuk proses fotosintesis.

Proses fotosintesis adalah proses pembinaan makanan oleh tumbuhan berklorofil

menggunakan bahan seperti cahaya, mineral, air dan sebagainya. Air juga diperlukan dalam

proses transpirasi di mana melalui proses ini, pokok disejukkan terutama pada hari panas

terik.

Keperluan air kepada pokok bergantung kepada:

a Saiz pasu dan saiz tanaman:

Lebih besar pasu dan tanaman anda, lebih banyak air dan kekerapan siraman

diperlukan.

b Jenis pasu:

Pasu jenis tanah liat memerlukan banyak siraman air. Ini kerana air mudah menyerap

dan kering dengan cepatnya.

c Kelembapan udara mengikut musim:

Udara menjadi lembap pada musim hujan dan keperluan pokok pada siraman air adalah

berkurangan. Begitulah sebaliknya pada musim panas atau kemarau.

11

Page 12: Portfolio Rbt

Keperluan air di antara satu pokok dengan yang lain adalah berbeza dan boleh dikategorikan

seperti berikut:

a Pokok berdaun besar memerlukan kelembapan sentiasa.

b Pokok di mana medium tanamannya perlu dibiarkan kering dahulu sebelum disiram

semula.

c Pokok yang perlu dijarakkan tempoh siramannya. Contohnya kaktus yang hanya perlu

disiram sekali seminggu bagi disesuaikan dengan keadaan habitat semula jadinya iaitu

di padang pasir.

Air hujan adalah contoh terbaik air siraman kerana ia mengandungi nutrien yang diperlukan

oleh pokok, lebih sejuk dan dihasilkan secara semula jadi. Namun begitu, air paip juga boleh

digunakan secara terus atau dibiarkan semalaman dalam bekas sebelum ia digunakan.

Kaedah ini dilakukan bagi mengurangkan kandungan klorin dalam air tersebut bagi

mendapatkan kesan terbaik seperti air hujan kepada pertumbuhan pokok.

Kaedah siraman untuk pokok adalah seperti berikut:-

Kaedah 1:

- Siraman dari atas terus ke medium tanaman sehingga air mengalir keluar dari lubang di

bawah pasu.

Kaedah 2:

- Rendamkan pasu tanaman seketika dalam bekas air bertakung sehingga

menenggelamkan hampir seluruh bahagian pasu dan elakkan air daripada memasuki

bahagian atas pasu. Biarkan medium tanaman meresapi air hingga ke permukaannya.

Kemudian angkat pasu dan biarkan air mengalir keluar dari bawah pasu.

Kaedah ini sesuai bagi pokok yang sensitif kepada siraman dari atas seperti pokok

kaktus.

Kaedah 3:

- Menyemburkan air ke daun dapat mengekalkan kelembapan dan menyegarkannya

terutama pada musim panas bagi pokok yang memerlukan kelembapan sentiasa seperti

pokok Tradescantia, Scindapsus atau Sireh Puteri dan sebagainya.

12

Page 13: Portfolio Rbt

Oleh itu, adalah mustahak bagi kita untuk mengetahui amaun, kekerapan siraman dan

kaedah siraman yang diperlukan oleh setiap pokok yang ditanam agar sentiasa subur. Insya-

ALLAH, keperluan ini akan diterangkan secara terperinci dalam Bab 6 nanti.

TIPS

1) Elakkan daripada terlalu lebihkan siraman air pada pokok tertentu yang boleh

mengakibatkan akarnya terendam, reput dan mematikan pokok berkenaan.

2) Kaedah terbaik untuk mengetahui sama ada pokok memerlukan air siraman atau tidak

ialah dengan menggunakan jari telunjuk atau pensel dan dicucuk ke dalam medium

tanaman sedalam kira-kira 1 inci. Jika didapati hujung jari atau pensel berkenaan kering,

maka itu menandakan pokok berkenaan perlu disiram

KEPENTINGAN CAHAYA MATAHARI PADA POKOK

Cahaya matahari diperlukan untuk proses fotosintesis iaitu proses kimia bagi memproses

makanan untuk pertumbuhan pokok. Kuantiti cahaya yang diperlukan berlainan di antara

satu pokok dengan yang lain. Pada asasnya ia dibahagikan kepada tiga jenis dedahan

seperti berikut:-

1 Dedahan kepada 100% cahaya matahari atau panas terik. Biasanya pokok berbunga

memerlukan dedahan sebegini untuk menggalakkan pertumbuhan bunga yang banyak

dan cantik tetapi pastikan ia juga diberikan baja pembungaan yang secukupnya.

2 Dedahan kepada 50% cahaya matahari di mana pokok perlu diletakkan di bawah

lindungan pokok besar atau jaring hijau atau hitam. Jaring ini boleh dibeli dari pusat

tanaman atau kedai hardware.

3 Dedahan kepada keadaan yang redup atau teduh seperti di dalam rumah atau pejabat.

Terdapat juga pokok yang begitu tahan lasak dan boleh hidup subur sama ada

didedahkan pada cahaya matahari terik atau dibiarkan di tempat teduh.

Contoh pokok sebegini ialah spesies dari genus Sansevieria atau lidah mak mertua atau

lidah jin.

13

Page 14: Portfolio Rbt

Secara umumnya, kita boleh perhatikan tanda-tanda kesan cahaya kepada pokok.

Tanda pokok yang terdedah kepada cahaya berlebihan ialah:

a) Daunnya menjadi layu bermula dari hujung dan seterusnya kelihatan melecur.

b) Semua daunnya menjadi bergulung dan melengkung.

c) Warna daun dan bunganya menjadi pudar, tidak bermaya serta menjadi layu.

Jika dibiarkan, pokok akan mati. Segera pindahkan pokok berkenaan ke tempat yang lebih

teduh atau redup.

Tanda pokok yang kurang dedahan kepada cahaya pula ialah:

a) Pertumbuhan bunganya tidak mekar atau kudup kering dan layu sebelum kembang.

b) Daunnya akan menjadi kekuningan.

c) Batang pokoknya menjadi kurus dan panjang, kelihatan kurang sihat, tidak bermaya dan

senang dijangkiti penyakit.

d) Bagi pokok jenis variegated yang biasanya terdapat corak keputihan di permukaan

daunnya, ia akan bertukar menjadi hijau pada keseluruhannya.

Oleh itu pindahkan pokok ke tempat yang lebih bercahaya.

TIPS

1) Pilih pokok yang hanya memerlukan sedikit dedahan cahaya untuk ditanam di dalam

rumah atau pejabat

2) Jangan biarkan pokok berpasu tumbuh lama pada tempat yang kurang bercahaya.

Eloklah ianya diubah ke tempat bercahaya bagi mengekalkan kesuburannya sentiasa

3) Jangan ubah pokok ketika ia sedang berbunga kerana ini akan membantutkan

pertumbuhan bunganya atau bunganya akan menjadi layu tiba-tiba dan terus gugur

KEPERLUAN PEMBAJAAN UNTUK POKOK TANAMAN

Selain medium tanaman yang sesuai, air dan cahaya yang mencukupi, pokok juga

memerlukan pembajaan yang sempurna dan sesuai untuk tumbesarannya. Dalam proses

14

Page 15: Portfolio Rbt

penanaman pokok dalam pasu atau bekas lain atau tanaman di atas tanah, medium

tanaman perlu dicampurkan dengan baja organik (baja kandang) seperti najis ayam atau

yang telah diproses. Ini dilakukan bertujuan untuk membekalkan segala nutrien dan mineral

untuk pertumbuhan pokok berkenaan.

Namun begitu, baja ini hanya boleh bertahan selama lebih kurang tiga bulan sahaja. Oleh

itu, pembajaan seterusnya adalah perlu untuk mengekalkan kesuburan pokok tanaman. Di

pasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual sama ada baja kandang (organik) yang siap

diproses atau baja kimia.

Di antaranya adalah seperti berikut:-

1 Garam larutan air

Baja jenis ini didatangkan dalam warna tertentu seperti hijau untuk pertumbuhan daun

yang subur. Merah untuk pembungaan yang lebat dan biru pula untuk menghasilkan

buah yang banyak dan berkualiti tinggi. Ia mudah digunakan melalui larutan dalam air

siraman yang boleh disiram atau disembur terus ke pokok.

2 Baja bijian

Baja ini sesuai untuk pokok besar seperti pokok buah-buahan. Awas jika menggunakan-

nya untuk membajai pokok hiasan kecil yang ditanam dalam pasu atau bekas lain. Baja

ini boleh menyebabkan bahagian yang terkena-nya seperti batang, ranting atau daun

15

Page 16: Portfolio Rbt

cepat melecur dan boleh mematikan pokok berkenaan. Baja jenis ini juga di datangkan

dalam berbagai warna dan kegunaannya juga seperti garam larutan.

3 Baja cecair

Baja jenis ini didatangkan dalam bentuk cecair dan senang digunakan iaitu dibancuh

terus dengan air untuk disiram atau disembur pada pokok.

4 Baja organik

Biasanya ia siap diproses untuk menghapus-kan baunya yang busuk dan diperbuat

daripada najis ayam dan kelawar. Baja organik juga boleh diproses sendiri daripada

tumbuhan seperti rumput, daun, bahan dapur terbuang seperti lebihan sayur dan

sebagainya. Selain boleh menjimatkan wang, ianya baik untuk pertumbuhan pokok dan

lebih mesra alam.

5 Slow Release Fertilizer

Sejenis baja yang didatangkan dalam bentuk yang mudah digunakan seperti bentuk

silinder yang hanya perlu dicucuk ke dalam medium tanaman. Ia akan mengeluarkan

baja secara perlahan melalui air siraman setiap hari. Ianya mudah, bersih dan ringkas

kerana tidak perlu diberikan setiap hari. Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja

tetapi harganya agak mahal.

6 Baja khas

16

Page 17: Portfolio Rbt

Baja jenis ini diciptakan untuk pokok tertentu seperti baja orkid, kaktus, pokok air, ros

dan sebagainya.

7 Lain-lain jenis baja

Terdapat juga baja yang terus dicampurkan dengan penggalak tumbuhan atau hormon,

unsur surih (trace element), Aloe vera atau asid humik untuk menggalak dan

mempercepatkan pertumbuhan pokok hiasan.

8 Hormon penggalak akar

Selain baja, pokok juga memerlukan hormon penggalak akar untuk mempercepatkan

pertumbuhan akar terutama untuk keratan batang yang baru di tanam.

Biasanya pada pek baja akan dicatatkan kandungan nitrogen (N), fosfat (P) dan kalium (K)

seperti N 13, P 18, K 25. Jika kandungan nitrogennya tinggi, bermakna ia adalah khas untuk

pertumbuhan daun.

Sebaliknya jika kandungan fosfatnya pula yang tinggi, bermakna ia sesuai untuk

pertumbuhan akar dan bunga. Manakala jika kadar kaliumnya tinggi, maka ia adalah khas

untuk pengeluaran buah yang banyak serta berkualiti tinggi.

Walau apa pun jenis baja yang digunakan, pastikan anda mengikuti arahan yang terdapat

pada pek baja berkenaan. Ini perlu bagi pertumbuhan pokok yang diinginkan selain

mengelakkan pokok layu dan mati akibat melebihi amaun dan kekerapan yang disyorkan di

pek baja yang digunakan.

Baja garam larutan lebih mudah digunakan kerana sifatnya yang boleh dilarutkan dalam air

dan disiram atau disembur terus ke pokok. Bancuhan ini juga boleh dicampurkan dengan

racun serangga dan ubat pencegah jangkitan penyakit dan kulat.

17

Page 18: Portfolio Rbt

Untuk baja bijian, kita perlu berhati-hati menggunakannya bagi mengelakkan kejadian

melecur daun, batang dan sebagainya. Jika terkena, keluarkannya segera dan siramkan

dengan air.

Kaedah terbaik menggunakan baja bijian ialah dengan mengorek lubang pada permukaan

medium tanaman, masukkan beberapa biji baja dan tutup semula dengan medium tanaman.

Seterusnya siram bagi mendapatkan kesan segera. Cara ini juga boleh mengelakkan

kejadian melecur jika terkena bahagian pokok. Baja bijian juga tidak mudah terpercik keluar

apabila disiram air terutama jika menggunakan hos atau paip air dengan tekanan air yang

kuat.

TIPS

1. Gembur tanah selepas melakukan pembajaan. Berhati-hati melakukannya agar akar

pokok tidak dicederakan. Selepas itu, siram bagi memastikan baja dapat meresap terus

ke akar untuk segera digunakan oleh pokok

2. Jangan lakukan pembajaan pada pokok yang layu kerana kesannya boleh terus

mematikan pokok. Sebaiknya siram dahulu medium tanaman dengan air bagi

menyegarkan pokok sebelum dilakukan pembajaan seterusnya

AKTIVITI PENJAGAAN POKOK HIASAN

Pokok hiasan merupakan antara tanaman yang popular dan amat digemari oleh penggiat

seni taman terutamanya bagi kaum wanita. Bagi yang meminati pokok jenis ini, mereka juga

haruslah mengetahui cara-cara penjagaannya.

Pokok hiasan perlu dijaga seperti digembur medium tanamannya, dibuang rumput, dipang-

kas jika perlu, diberi sungkupan bagi menutup medium tanamannya, diberi pancang jika

perlu, dipasu semula, diberi semburan racun serangga dan kulat dan sebagainya.

Selepas pokok ditanam dalam medium yang sesuai, diberi siraman air, dedahan cahaya dan

pembajaan secukupnya, langkah-langkah seterusnya adalah penjagaan bagi mengekalkan

pertumbuhannya agar subur dan segar sentiasa.

18

Page 19: Portfolio Rbt

Aktiviti penjagaan yang dimaksudkan itu merangkumi proses menggembur tanah atau

medium tanaman, merumput, memangkas, memberi sungkupan, memancang, memasu

semula, penjagaan daun dan pengawalan daripada serangan penyakit dan serangga yang

mungkin menyerang pokok tanaman kita.

1 Menggemburkan medium tanaman

Proses ini penting bagi air dan nutrien untuk terus sampai ke akar. Ia juga mampu

memperbaild pengudaraan dalam medium tanaman untuk menyuburkan akar pokok.

Medium tanaman pokok perlu digemburkan jika ia men unjukkan tanda-tanda berikut:

a) Air siraman lambat meresap masuk ke dalamnya.

b) Ia kelihatan padat dan bekas tanaman atau pasu pecah atau akar terkeluar dari

lubang saliran air di bawah pasu.

c) Walaupun tanaman disiram dan dibaja selalu, ia kelihatan tidak subur serta

mempunyai daun yang kecil saiznya, kekuningan dan mudah gugur.

Medium tanaman boleh digemburkan menggunakan alat serampang tangan atau alat

lain seperti garfu yang tidak digunakan untuk menggembur medium tanaman dalam

pasu yang kecil. Pastikan siram dahulu medium tanaman bagi melembut-kannya. Awas

dan berhati-hati agar tidak terkena akar pokok ketika menggembur.

2 Merumput

19

Page 20: Portfolio Rbt

Ini perlu dilakukan untuk membuang rumpai yang bersaing dengan tanaman untuk

mendapatkan baja, cahaya dan air. Biasanya rumpai berjaya dalam persaingan ini lantas

membantutkan pertumbuhan pokok atau mematikannya. Untuk tanaman di dalam pasu,

cabut rumpai dengan tangan atau alat serampang tangan. Untuk tanaman di atas tanah,

gunakan cangkul atau alat lain mengikut kesesuaian untuk membuang rumpai.

3 Memangkas atau mencantas

Kerja-kerja memangkas atau mencantas adalah bertujuan untuk:

a) Menggalakkan pertumbuhan tunas baru seterusnya merimbunkan pokok.

b) Membentuk kanopi pokok seperti yang dikehendaki. Contohnya bentuk bonsai dan

‘topiary’.

c) Membuang bahagian pokok yang tidak dikehendaki kerana berpenyakit, buruk, tidak

diperlukan dan sebagainya serta menggalakkan pertumbuhan ranting baru, daun,

bunga dan buah yang banyak.

Memangkas, menggetu dan menyungkup

Untuk pokok berpasu yang lembut batangnya seperti pokok Iresine, memangkas boleh

dilakukan dengan hanya menggetu (pinching) hujung ranting yang lembut dengan dua

jari atau gunakan gunting pokok. Bagi pokok yang mem-punyai ranting yang keras dan

berkayu, gunakan gunting khas. Manakala bagi daun, bunga dan ranting yang mati atau

20

Page 21: Portfolio Rbt

yang tidak diperlukan lagi atau berpenyakit perlulah segera dipotong supaya pokok

kelihatan kemas, cantik dan menarik serta penyakit tidak merebak ke bahagian lain.

4 Memberi Sungkupan

Ia dilakukan bagi menutup medium daripada terkena bahang terik matahari yang boleh

mengakibatkan medium keras dan menyukarkan pertumbuhan akar pokok. Ini juga boleh

menghalang mere-sapnya air siraman yang boleh menjejaskan pertumbuhan pokok.

Medium dalam pasu atau di atas tanah memerlukan sungkupan bagi memastikan :-

a) Medium tanaman tidak cepat kering dan seterusnya dapat mengekalkan

kelembapan sentiasa.

b) Baja bijian yang ditabur tidak mudah terpercik keluar dari pasu ketika siraman.

c) Bahan sungkupan yang reput boleh membekalkan bahan organik kepada pokok.

d) Mengelakkan medium menjadi terlalu padat disebabkan oleh siraman air atau titisan

air hujan lebat yang membantutkan pertumbuhan pokok.

e) Bahan sungkupan juga boleh bertin-dak bagi mencantikkan permukaan pasu atau

medium tanaman serta mengelakkan pertumbuhan rumpai.

Di antara bahan sungkupan yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

i) Serbuk kayu dari bahan buangan kilang papan.

ii) Sekam padi, bahan buangan kilang padi.

iii) Sabut kelapa yang disiat kecil-kecil dan boleh diletakkan di permukaan medium

tanaman.

iv) Pasir sungai kasar atau batu-batu kecil berwarna-warni boleh mencantikkan

permukaan tanaman pasu.

v) Hampas atau bahan buangan kilang memproses kelapa sawit.

vi) Bunga kelapa sawit.

NOTA: Sebahagian bahan-bahan ini boleh dibeli dari pusat tanaman.

5 Memancang

21

Page 22: Portfolio Rbt

Memancang dan menambah medium

Pokok dari jenis pemanjat memerlukan kayu pancang untuknya memanjat. Contohnya

pokok Scindapsus atau Sireh Puteri yang biasa dilatih memanjat batang kayu yang

dibaluti sphagnum moss atau sabut kelapa. Medium tanaman ini dapat mengekalkan

kelembapan untuk pokok jenis ini. Kayu pancang juga perlu untuk pokok yang mudah

tumbang atau condong.

6 Memasu semula atau menambah medium

Pasu pokok atau medium tanaman perlu ditukar apabila terdapat tanda-tanda pokok

tidak subur, daunnya kecil, akar terkeluar melalui lubang air di bawah pasu atau pasu

mula retak dan pecah, serta medium tanaman seperti campuran tanah begitu padat

menyebabkan air tidak dapat mere-sap masuk ke dalamnya. Cara menukarkan pasu

adalah seperti berikut:-

a) Siram atau rendam pasu tanaman dalam air seketika bagi melembutkan medium

tanaman dan menyenangkan kerja-kerja menukar pasu.

b) Keluarkan medium dan pokok dari-pada pasu asalnya.

c) Potong akar yang berlebihan atau akar yang mati dan sebagainya.

d) Tanam di dalam pasu yang lebih besar saiznya dengan medium tanaman yang baru.

Sebagai pilihan, anda juga boleh menceraikan rumpun pokok kepada beberapa

rumpun kecil untuk ditanam dalam beberapa pasu dengan medium tanaman yang

baru. Ini boleh dilakukan untuk pokok yang boleh dibiakkan dengan cara belah

rumpun.

22

Page 23: Portfolio Rbt

Kadangkala medium tanaman berkurangan di dalam pasu sehingga mendedahkan akar

pokok yang boleh menyebabkan pertumbuhan yang kurang sihat. Hal ini terjadi

disebabkan medium tanaman menjadi padat kerana siraman air atau terkena air hujan.

Jika terjadi begini, gembur medium tanaman dan tambah medium tanaman yang ada di

dalam pasu tersebut tetapi biarkan sedikit ruang di atas permukaan pasu untuk

meletakkan bahan sungkupan dan ruang air siraman.

7 Membersihkan kotoran dan mencantikkan daun pokok

Debu dan habuk kotoran banyak terkumpul di atas daun pokok hiasan yang ditanam

atau diletakkan di dalam atau di luar rumah. Jika ini tidak dibersihkan, proses pembinaan

makanan untuk pokok akan terbantut kerana kurang cahaya matahari dapat diserap oleh

klorofil (berwarna hijau) dalam daun untuk proses pembinaan makanan pokok. Selain

dari itu, penyakit akan cepat menyerang pokok yang berkeadaan kotor. Oleh itu,

kekotoran dan debu berkenaan perlu dibersihkan. Terdapat beberapa kaedah untuk

mem-bersih dan mencantikkan serta mengilatkan daun pokok hiasan.

Bagi daun yang licin permukaannya, anda boleh mencuci debu dengan menggunakan

tuala atau tisu lembap. Kemudian gunakan cecair pengilat daun atau leaf gloss. Tuang di

atas tuala atau tisu dan sapu permukaan daun untuk mencantikkan lagi daun pokok

berkenaan. Cecair ini boleh dibeli dari pusat tanaman. Permukaan daun akan bersinar

dan daun akan lebih pekat warnanya, bersih dan cantik.

Satu kaedah lagi ialah dengan mengguna-kan susu tepung tanpa gula. Bersihkan

kotoran dan debu dengan kaedah yang sama seperti di atas. Kemudian bancuh sedikit

23

Page 24: Portfolio Rbt

susu tepung dengan air supaya cair dan boleh dilap di permukaan daun dengan

menggunakan tuala atau tisu.

Manakala daun yang mempunyai permukaan yang tidak licin, berbulu, berduri dan

sebagainya boleh dicuci kotoran dan debu dengan menggunakan berus berbulu lembut.

Untuk daun begini, penggunaan leaf gloss bergantung kepada kesesuaian permukaan

daun berkenaan.

8 Kawalan penyakit dan serangga

Kadangkala pokok tanaman memerlukan rawatan daripada jangkitan penyakit atau kulat,

serangan serangga, sepah bulan dan siput. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Gunakan racun serangga dan ubat mencegah penyakit. Terdapat pelbagai jenama untuk

pelbagai kegunaan bagi pencegahan serangga dan penyakit yang boleh dibeli dari pusat

tanaman atau pertanian atau kedai hardware. Pastikan anda mengikuti arahan

penggunaannya seperti yang tertera di pek racun atau ubat yang digunakan untuk hasil

yang lebih berkesan.

24

Page 25: Portfolio Rbt

LAPORAN

25

Page 26: Portfolio Rbt

Bab 1 : Pendahuluan

a) Latar Belakang

Tanaman Hiasan merupakan salah satu komponen penting dalam subjek

Reka Bentuk Teknologi. Ia juga salah sebuah platform untuk para guru pelatih

bagi melatih tubi dan mempraktikkan teknik Tanaman Hiasan sebagai persediaan

untuk menghadapi pelajar sekolah rendah.

b) Tujuan

Adalah amat penting bagi seseorang guru pelatih untuk mengaplikasikan teknik

tanaman hiasan kerana:

a) Dapat mengajar pelajar sekolah rendah teknik tanaman hiasan dengan betul.

b) Menghindarkan diri guru dan pelajar dari berlakunya sebarang kesilapan dan

kecelakaan.

c) Dapat menerapkan nilai moral di dalam kalangan pelajar sekolah rendah

supaya bersikap sabar sewaktu aktiviti menanam tanaman hiasan dan

menjaga tanaman hiasan tersebut sehingga mekar dan subur.

Bab 2 : Isi Utama

Langkah-langkah penyediaan.

Untuk memulakan tanaman hiasan, pelbagai bahan perlu disediakan :

i) Medium tanaman

ii) Air

iii) Pasu

Medium tanaman

Medium tanaman yang digunakan ialah medium berasaskan tanah seperti tanah gembur,

tanah gambut, pasir sungai dan bahan organik reput seperti najis ayam. Setiap pokok

memerlukan campuran medium yang berlainan bagi memastikan ia hidup subur.

Air

26

Page 27: Portfolio Rbt

Sebuah tanaman hiasan memerlukan jumlah air yang mencukupi kerana air mengekalkan

nutrient sesebuah pokok untuk membuatkan ia mekar dan subur.

Pasu

Pasu yang mempunyai aliran air yang baik dan saiz yang sesuai adalah pasu yang baik

untuk tanaman hiasan.

Selain dari itu, tanaman hiasan juga memerlukan cahaya matahari yang mencukupi dan baja

organic yang sesuai.

Dengan adanya bahan-bahan di atas, maka dapatlah kita teruskan dengan proses

penanaman pokok perhiasan.

Bab 3 : Kesimpulan

Tanaman hiasan ialah sebuah komponen yang sangat menarik. Ia dapat menarik perhatian

pelajar-pelajar sekolah rendah yang akan mempelajari subjek reka bentuk teknologi. Guru

pelatih perlu memberi perhatian kepada setiap aspek dalam penyediaan sebuah tanaman

hiasan secara teliti agar sewaktu mereka menjadi guru di sekolah nanti, mereka dapat

mengaplikasikan teknik penanaman tanaman hiasan dengan betul.

27

Page 28: Portfolio Rbt

REFLEKSI

Disebabkan kekangan masa dan peralatan yang tidak mencukupi, pelbagai langkah

penyediaan tanaman hiasan dengan terperinci tidak dapat dijalankan. Ditambah pula dengan

anak pokok yang telah ditanam pada cuti bulan puasa yang lalu telah mati dan telah diganti

28

Page 29: Portfolio Rbt

dengan pokok lain. Anak pokok yang telah ditanam pada cuti bulan puasa yang lalu tersebut

mati kerana tidak dipantau dari masa ke semasa. Maka pokok tersebut mati kekeringan.

Pokok yang baru ditanam ini juga masih kecil dan hanya proses pemindahan anak pokok ke

medium tanah baru sahaja yang dipelajari.

Jika anak pokok yang telah ditinggalkan sewaktu cuti yang lalu tumbuh dengan

mekar, maka proses penanaman tanaman hiasan yang lain dapat dipelajari. Saya berasa

amat kecewa kerana saya tidak dapat mengapliksikan proses tanaman hiasan yang lebih

terperinci kepada pokok yang telah saya tanam. Namun, saya harap pokok yang baru

ditanam semula mempunyai tiada masalah dalam proses pembesarannya.

Dengan adanya bahan yang mencukupi, nescaya pokok yang baru ditanam tersebut

akan tumbuh dengan mekar dan saya dapat mengaplikasikan teknik tanaman hiasan yang

lain. Saya dan rakan sekelas telah sebulat suara menyatakan pendapat kami kepada

pensyarah iaitu untuk menyuruh ahli pekerja di sekitar kampus supaya jaga dan pantau

pokok tanaman kami kerana kami mungkin tidak pantau hasil tanaman kami dari masa ke

semasa kerana dibebani aktiviti kampus yang lain.

Secara kesimpulannya, jika tanaman yang ditanam mekar dan subur maka teknik

tanaman hiasan yang lain dapat dipraktikkan kepada pokok tersebut. Pantauan dari masa ke

semasa juga penting agar pokok tidak mati.

29

Page 30: Portfolio Rbt

KOMPONEN KEDUA :

IKAN HIASAN

30

Page 31: Portfolio Rbt

NOTA

31

Page 32: Portfolio Rbt

Ikan Hiasan

Ikan Hiasan – Bahagian luar ikan

BAHAGIAN IKAN FUNGSI

SisikPelindung daripada musuh, kecederaan dan

penyakit

Sirip tidak berpasangan: sirip

ekor (kaudal), sirip dorsal dan

sirip anal

Membantu ikan bergerak lurus dan mengemudi

pergerakan ikan di dalam air

Sirip Berpasangan: Sirip Pektoral

dan sirip Pelvik

Untuk kestabilan , berundur, berpusing dan

mengapungkan diri.

Garisan lateralUntuk mengesan pergerakan objek lain

dangetaran di dalam air

Insang Untuk bernafas

Jenis Ikan Hiasan

32

Page 34: Portfolio Rbt

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana ikan

hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan berenang di dalam akuarium boleh

memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam akuarium

yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. Ikan hiasan juga boleh

dipelihara di dalam kolam hiasan yang diletakkan di ruang kediaman atau kawasan taman.

Jenis ikan hiasan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium adalah seperti berikut : 

i. Bukan ikan liar yang ditangkap dari habitat semulajadi kerana ianya tidak dapat

menyesuaikan diri hidup dalam kurungan 

ii. Jenis yang telah dijinakkan dan dibiakkan di dalam akuarium. Ikan boleh dibeli dari

kedai ikan hiasan. 

iii. Mempunyai ciri yang menarik seperti warna dan bentuk badannya. 

iv. Boleh bercampur dengan jenis ikan lain. 

v. Tahan terhadap perubahan mutu air. 

vi. Tahan terhadap serangan penyakit.

Penyakit Ikan Hiasan dan faktornya.

34

Page 35: Portfolio Rbt

Faktor-faktor 

•Keadaan suhu air dalam akurium terlalu sejuk. 

•Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. 

•Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

 

Penyakit Rintik Putih 

 

•Disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik. 

•Berlaku apabila suhu air terlalu sejuk. 

•Ikan yang sakit harus dipindahkan. 

•Merawatnya dengan menggunakan methylene blue dan campur sedikit garam ke dalam air. 

•Ubat lain juga boleh didapati dikedai akuarium.

Penyakit Kulat 

 

•Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan. 

•Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang luka. 

•Kulat ini kelihatan seperti kapas. 

•Boleh dirawat dengan methylene blue.Masukan terus ke dalam air atau disapu pada luka. 

•Ikan ini perlu diasingkan. 

35

Page 36: Portfolio Rbt

Penyakit Bakteria 

 

•Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau perut

buncit. 

•Disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan

mengalami stress. 

•Boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

36