pengenalan motor

19
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Upload: dauzz90

Post on 15-Nov-2014

11.844 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan motor

ASSALAMUALAIKUMDAN

SELAMAT SEJAHTERA

Page 2: Pengenalan motor

OBJEKTIF

-Mempelajari tentang bagaimana motor arus ulang- alik(AC)dan arus terus (DC) berfungsi.

-Dapat mengenal dan membezakan antara kedua-dua jenis motor tersebut.

Page 3: Pengenalan motor

PENGENALANMOTOR

1. Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik.

2. Unit kuasa motor elektrik ialah WATT ( W ). Dan unit kuasa kudanya ( Hp ) juga digunakan dalam menentukan kuasa motor elektrik.

Page 4: Pengenalan motor

SIFAT-SIFAT MAGNET DAN URAT DAYA MEDAN MAGNET •Bergerak dari UTARA ke SELATAN.•Tidak memotong antara satu sama lain.•Mempunyai kekutuban UTARA & SELATAN.•Kemampatannya menunjukkan kekuatan magnet.

Page 5: Pengenalan motor

JENIS-JENIS MOTORELEKTRIK

•Motor elektrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu motor arus terus ( AT ) dan motor arus ulang alik ( AU ).•Motor AT menggunakan bekalan kuasa At atau bateri sebagai punca bekalan.•Motor AU terdiri daripada motor AU fasa tunggal dan motor AU tiga fasa.•Motor AU fasa tunggal menggunakan bekalan 240 V AU manakala Motor AU tiga fasa menggunakan bekalan 415 V AU.•Motor AU tiga fasa lazimnya digunakan dalam sektor industri.

Page 6: Pengenalan motor

MOTOR ARUS TERUS(DC) Binaan asas motor AT terdiri daripada pemegun dan pemutar. Pemegun ialah bahagian yang mengandungi belitan medan yang menghasilkan fluks medan magnet.Biasanya pemegun dipasang pada rangka atau kuk motor dan merupakan bahagian motor yang tidak bergerak.Pemutar ialah bahagian motor yang berputar dalam motor elektrik.Pemutar berada ditengah-tengah motor iaitu di tempat pemasangan aci.

Page 7: Pengenalan motor

BAHAGIAN UTAMA MOTOR AT

•Terdiri daripada angker, penukar tertib, kutub medan dan berus karbon.•Angker dan penukar tertib terdapat pada pemutar.

Page 8: Pengenalan motor

Angker: Angker ialah bahagian motor yang berputar dan merupakan bahagina yang menerima tenaga elektrik.Angker terdiri daripada beberapa bahagian iaitu :

•Teras angker – berfungsi sebagai elektromagnet untuk menghasilkan medan magnet yang bersaling tindak dengan medan magnet pemegun untuk menghasilkan daya putaran pada aci.•Belitan angker – berfungsi untuk mengalirkan arus supaya teras angker menjadi elektromagnet.•Lubang alur – berfungsi sebagai laluan untuk belitan angker dan memisahkan angker kepada beberapa ruas.

Page 9: Pengenalan motor

GAMBARAJAH BAHAGIAN-

BAHAGIAN ANGKER

Page 10: Pengenalan motor

 Penukar tertib: •Merupakan komponen berbentuk silinder yang terdapat dalam pemutar.•Komponen ini merupakan susunan ruas palang logam yang bertebat antara satu sama lain.•Bilangan ruas bergantung kepada bilangan belitan angker.•Pengaliran arus ke belitan angker adalah melalui penukat tertib dengan menggunakan berus karbon.•Penukar tertib berfungsi untuk menghubungkan pengalliran arus dari bekalan kepada bekalan angker melalui berus karbon.

Page 11: Pengenalan motor

PENUKAR TERTIB

Page 12: Pengenalan motor

Kutub medan: •Menghasilkan medan magnet kekal dalam motor AT.•Motor AT bersaiz kecil menggunakan magnet kekal sebagai kutub medan magnet .•Motor AT bersaiz besar menggunakan elektromagnet sebagai kutub.

Page 13: Pengenalan motor

KUTUB MEDAN

Page 14: Pengenalan motor

Berus karbon: Berbentuk bongkah karbon kecil yang bertindak sebagai media penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang pegun.

Page 15: Pengenalan motor

MOTOR ARUHAN ARUS ULANG-ALIK

•Mempunyai pemutar yang tidak disambung ke punca bekalan.•Motor ini menggunakan prinsip aruhan elektromagnet seperti dalam pemgubah.•Dge akan teraruh didalam pemgalir pada pemutar apabila fluks magnet pada kutub medan memotong pengalir tersebut.

Page 16: Pengenalan motor

BAHAGIAN UTAMA MOTOR ARUHAN ARUS AU

Page 17: Pengenalan motor

Pemegun: •Berfungsi untuk membekalkan medan magnet yang berputar pada pemutar.•Medan magnet ini dihasilkan melalui 2 jenis belitan yg terdapat pada pemegun iaitu belitan pemula dan belitan larian.•Kedua-dua belitan disambung secara selari ke punca bekalan serta bertindih pada pemegun dalam susunan tertentu.•Belitan pemula berfungsi utk menentukan arah pusingan motor manakala belitan larian berfungsi utk menetukan kelajuan pusingan motor.

Page 18: Pengenalan motor

Pemutar: •Pemutar motor jenis ini berbentuk silinder.•Ia dibina daripada palang-palang pengalir kuprum atau aluminium yang diisi ke dalam lubang teras pemutar bagi membentuk sangkar tupai.•Teras pemutar dibina daripada keluli berlamina.

Page 19: Pengenalan motor

SEKIAN TERIMA KASIH