asniyati binti ahmad - faculty of education | … binti ahma… · b fail meja disiplin 65 c nilai...

28
PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH GUGUSAN BANDAR MAS, KOTA TINGGI ASNIYATI BINTI AHMAD FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vandan

Post on 29-Jul-2018

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

DI SEKOLAH GUGUSAN BANDAR MAS, KOTA TINGGI

ASNIYATI BINTI AHMAD

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

2

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR DI SEKOLAH GUGUSAN BANDAR MAS, KOTA TINGGI

SESI PENGAJIAN : 2012/2013

Saya ASNIYATI BINTI AHMAD ______ _______________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (�) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 2 LORONG GELIGA , PM DR YUSOF BIN BOON BANDAR MAS, Nama Penyelia 81900 KOTA TINGGI, JOHOR. Tarikh : _________________ Tarikh : _________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan

dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

3

PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

DI SEKOLAH GUGUSAN BANDAR MAS, KOTA TINGGI

ASNIYATI BINTI AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

Page 4: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

4

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : …...........................................

Nama penulis : ASNIYATI BTE AHMAD

Tarikh : ….......................................

Page 5: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

5

DEDIKASI UNTUK :

Suami tercinta,

Rosli Bin Sukaimi

Anak tersayang,

Ariff Hakimi Bin Rosli

Juga buat,

Kedua ibu bapa dan ibu bapa mertuaku serta seluruh ahli keluarga yang dikasihi.

Terima kasih yang tidak terhingga kerana amat memahami dan sentiasa memberi

sokongan dan dorongan sepanjang pengajian ini.

Terima kasih buat,

Penyelia, Prof. Madya Dr Yusof Boon serta sahabat-sahabat seperjuangan yang

banyak membantu dalam menyiapkan tesis ini.

Page 6: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

6

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, PM Dr

Yusof Bin Boon kerana sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya

dari permulaan kajian sehinggalah selesai kajian ini. Tidak lupa juga ucapan terima

kasih kepada pensyarah UTM yang telah banyak mencurahkan ilmu dan bakti

mereka di kelas Pesisir Kota Tinggi ini.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak pentadbir di setiap sekolah di mana

saya menjalankan kajian kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan

kajian dengan mengedarkan borang soal selidik kepada guru-guru di sekolah mereka.

Kerjasama yang diberikan oleh semua guru yang terlibat amat saya hargai kerana

sudi meluangkan masa dan membantu saya sepanjang kajian dijalankan.

Akhir sekali, kepada rakan seperjuangan yang telah sama-sama mengharungi segala

suka dan duka sepanjang proses pembelajaran ini. Semangat setia kawan dan

keikhlasan membantu serta sedia berkongsi maklumat akan saya ingat buat

selamanya. Semoga segala usaha kita diberkati. Amin.

Page 7: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

7

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pengurusan disiplin pelajar di sekolah, khususnya berkaitan tentang tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin dalam kalangan guru di sekolah. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin dalam kalangan guru mengikut jantina dan jenis sekolah ( sekolah menengah dan sekolah rendah). Bentuk-bentuk kesalahan disiplin dalam kalangan pelajar turut dilihat dalam kajian ini dan perbandingan turut dilakukan untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan kesalahan disiplin antara sekolah rendah dengan sekolah menengah. Sebanyak 60 orang guru di tiga buah sekolah Gugusan Bandar Mas terlibat sebagai responden dalam kajian ini dan borang soal selidik telah digunakan untuk mengumpulkan data kajian. Soal selidik yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai Alpha Cronbach 0.727. Data daripada hasil kajian dianalisis menggunakan Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 16.0. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru dalam pengurusan displin pelajar di sekolah berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan nilai min sebanyak 3.91 manakala untuk tahap amalan nilai minnya adalah 4.0. Hasil ujian-t yang digunakan untuk menganalisis data juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru di sekolah menengah dan sekolah rendah iaitu nilai p= 0.242 > α 0.05. Dari segi jantina juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu nilai p= 0.920 > α 0.05. Dari segi perbezaan kesalahan disiplin pula, terdapat perbezaan antara sekolah menengah dan sekolah rendah iaitu sebanyak 17 kesalahan yang dicatatkan di sekolah menengah berbanding hanya lima kesalahan di sekolah rendah.

Page 8: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

8

ABSTRACT

This study was conducted to identify the management discipline in school, particularly in relation to the level of management knowledge and practice of discipline among teachers in schools. In addition, this study also identified the differences between knowledge and practice management discipline among teachers by gender and type of school (secondary and primary). Disciplinary forms among students were also seen in this study and comparison was done to find out whether there is a difference between primary disciplinary offenses to secondary school. A total of 60 teachers in three Bandar Mas school clusters involved as respondents in this research and a questionnaire was used to collect research data. Questionnaires used have high reliability with Cronbach Alpha value 0.727. Data from the study were analyzed using the Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) version 16.0. Results showed that the level of teacher knowledge in the management of student discipline in the school is at a high level with a mean value of 3.91, while for the standard of its mean value is 4.0. Results of t-test was used to analyze the data also showed no significant difference between the knowledge management practices and discipline among students in secondary schools and primary schoolsIn terms of p= 0.242> α 0.05 gender also showed no significant difference, p= 0.920> α 0.05. In terms of disciplinary differences, differences between secondary and primary schools of 17 offenses recorded in secondary school compared with only five errors in primary.

Page 9: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

9

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 2

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Hipotesis Kajian 5

1.6 Kerangka Kajian 6

1.7 Kerangka Teori/Model 7

1.8 Kepentingan Kajian 8

1.9 Batasan Kajian 9

1.10 Prosedur Kajian 9

1.11 Definisi Istilah Dan Operasional 10

1.12 Penutup 12

Page 10: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 14

2.1 Model Pengurusan Displin Pelajar 15

Kementerian Pelajaran Malaysia

2.2 Kajian Terdahulu

2.2.1 Kajian Dalam Negara 23

2.2.2 Kajian Luar Negara 25

2.3 Penutup 27

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 28

3.1 Reka Bentuk Kajian 28

3.2 Lokasi Kajian 29

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 30

3.4 Instrumen Kajian 30

3.5 Analisis Data 31

3.6 Kajian Rintis 33

3.7 Penutup 34

BAB 4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 35

4.1 Demografi Responden 36

4.1.1 Jantina 36

4.1.2 Bangsa 37

4.1.3 Jawatan 37

4.1.4 Umur 37

4.1.5 Tempoh Bertugas 37

4.1.6 Kategori Sekolah 38

4.2 Dapatan Persoalan Kajian 1 38

Page 11: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

11

4.3 Dapatan Persoalan Kajian 2 40

4.4 Dapatan Persoalan Kajian 3 41

4.5 Dapatan Persoalan Kajian 4 43

4.6 Dapatan Persoalan Kajian 5 44

4.7 Dapatan Persoalan Kajian 6 45

4.8 Penutup 47

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 48

5.1 Rumusan 48

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 50

5.2.1 Tahap Pengetahuan Guru terhadap

Pengurusan Disiplin di Sekolah. 50

5.2.2 Tahap Amalan Pengurusan Disiplin

Di Sekolah. 51

5.2.3 Bentuk-bentuk Kesalahan Disiplin

Dalam Kalangan Pelajar. 52

5.2.4 Perbezaan Tahap Pengetahuan Dan

Amalan pengurusan Disiplin Mengikut Jantina. 53

5.2.5 Perbezaan Tahap Pengetahuan Guru

Dan Amalan Pengurusan Disiplin Dalam

Kalangan Guru Sekolah Menengah

Dan Rendah. 53

5.2.6 Perbezaan Kesalahan Disiplin Dalam

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Dan Rendah. 54

5.3 Cadangan Tindakan

5.3.1 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 55

5.3.2 Cadangan Kajian Lanjutan 56

5.4 Penutup 57

RUJUKAN 59

LAMPIRAN 61

Page 12: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

12

SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA MUKASURAT

3.1 Jumlah Populasi Dan Sampel 30

3.2 Skala Lima Mata 31

3.3 Kaedah Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 32

3.4 Tahap Pemeringkatan Min. 33

3.5 Pemeringkatan Kedudukan Item Berdasarkan Nilai

Alpha Crobach. 34

4.1 Demografi Guru 36

4.2 Analisis Tahap Pengetahuan Guru Terhadap

Pengurusan Disiplin. 39

4.3 Analisis Tahap Amalan Pengurusan Disiplin. 40

4.4 Bentuk Kesalahan Disiplin Di Sekolah Menengah. 42

4.5 Bentuk Kesalahan Disiplin Di Sekolah Rendah. 42

4.6 Analisis Tahap Pengetahuan Guru Dan Amalan

Pengurusan Disiplin Pelajar Mengikut Jantina. 43

4.7 Perbezaan Analisis Tahap Pengetahuan Guru Dan Amalan

Pengurusan Disiplin Pelajar Mengikut Jantina. 44

4.8 Analisis Tahap Pengetahuan Guru Dan Amalan Pengurusan

Disiplin Pelajar Di Sekolah Rendah dan Menengah. 44

4.9 Perbezaan Tahap Pengetahuan Guru Dan Amalan

Pengurusan Disiplin Pelajar Di Sekolah Rendah

dan Menengah. 45

4.10 Perbezaan Kesalahan Disiplin Antara Sekolah Menengah

Dan Sekolah Rendah. 46

Page 13: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

13

SENARAI RAJAH

RAJAH PERKARA MUKASURAT

1.1 Kerangka Kajian 6

Page 14: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

14

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

% - Peratus

f - Kekerapan

α - Alpha

df - Degree of Freedom

p - Nilai Signifikan

JKD - Jawatan Kuasa Disiplin

Page 15: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

15

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKASURAT

A Borang Soal Selidik 61

B Fail Meja Disiplin 65

C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94

D Nilai Analisis Data- Kajian Sebenar 96

E Surat Kebenaran Membuat Kajian Bahagian

Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan 110

F Surat Pengesahan Status Pelajar 111

Page 16: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

16

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pengurusan disiplin pelajar adalah satu aspek yang sangat penting bagi

mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pengajaran.

Pengurusan yang baik dapat mengurangkan kes-kes salah laku disiplin pelajar.

Justeru, pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara. Mereka juga

merupakan bakal pemimpin negara di masa hadapan. Mereka yang akan terus

melaksanakan program-program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan

2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya

serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang

negatif dalam kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni

serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga

dan masyarakat.

Tugas sebagai guru disiplin tidak harus dibebankan kepada Guru Penolong

Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi semua guru memainkan peranan serta

bertanggungjawab dalam mendisiplinkan pelajar. Komitmen guru bukan sahaja

berkisar di sekitar proses pembelajaran dan pengajaran tetapi merangkumi

tanggungjawab mendisiplinkan pelajar. Pembangunan pesat serta perubahan sosial

Page 17: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

17

dalam masyarakat turut memerlukan perubahan dalam sistem pendidikan dalam

memenuhi keperluan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Justeru

guru serta ibu bapa berperanan dalam menyediakan seangkatan generasi yang

berketrampilan seperti mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Sesungguhnya tugas guru sungguh besar dan mulia iaitu sebagai seorang

pendidik yang akan mendidik pelajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat

(Loh,1995). Justeru tugas guru tidak hanya terbatas sebagai seorang pengajar

semata-mata tetapi sebagai individu yang dapat membantu membentuk sahsiah

pelajar agar memiliki kekuatan mental, keyakinan diri serta ketabahan sebagai

persediaan menghadapi cabaran di masa depan. Awang Had Salleh (1977)

menyatakan umumnya orang yang menganggap disiplin sebagai ketenteraan dan

pengawasan tingkah laku dengan kekerasan, iaitu hukuman fizikal. Manakala Ee Ah

Meng (1985) menyatakan disiplin merupakan peraturan yang telah dipersetujui oleh

sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi

kesempurnaan kehidupan. Ahli pemikir moden juga berpendapat bahawa disiplin

adalah pengawasan yang sepatutnya dibina dalam diri bagi mendapat cara hidup

yang teratur dan sistematik supaya masa dan tenaga individu dapat digunakan sebaik

mungkin.

1.1 Latar Belakang Kajian

Dewasa ini sebahagian guru di sekolah sama ada di sekolah menengah atau

sekolah rendah beranggapan tugas mereka hanya di sekitar kelas sahaja dan

pengurusan disiplin di luar kelas adalah tanggungjawab guru disiplin dan pihak

pentadbiran. Kebanyakkan guru-guru tidak terdedah dengan pengetahuan dan

amalan-amalan yang perlu dalam mendisiplinkan pelajar. Sebenarnya tugas

mendisiplinkan pelajar bukanlah tugas yang harus dimonopoli oleh guru disiplin

sahaja. Guru-guru lain perlu sedar akan tanggungjawab yang harus mereka pikul

bersama dalam usaha pihak sekolah melahirkan pelajar yang berdisiplin.

Page 18: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

18

Rakan sejawat memainkan peranan yang penting bagi membantu melicinkan

pentadbiran disiplin pelajar di sekolah. Pengetua dan guru-guru menghabiskan

sebahagian besar masa mereka di sekolah untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang

bermasalah (Murray, 1995). Stephen (1994) menyatakan perancangan untuk

membentuk sebuah sekolah selamat memerlukan kerjasama dari banyak pihak. Satu

pasukan yang diketuai oleh pengetua dengan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru,

ibu bapa dan ahli masyarakat perlu dibentuk bagi merealisasikan perancangan yaang

dibuat oleh pihak sekolah untuk pembangunan pelajar.

1.2 Penyataan Masalah

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1998), peranan guru dalam

melaksanakan disiplin pelajar di sekolah boleh dikategorikan kepada dua bahagian.

Pertama adalah dengan mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah

dan aktiviti-aktiviti di luar sekolah. Guru-guru perlu memberi kerjasama sepenuhnya

kepada pihak pentadbiran juga sesama guru di sekolah dalam melaksanakan disiplin

di sekolah. Kedua adalah menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh

pengetua atau guru besar secara arahan nyata mengikut peraturan-peraturan yang

ditetapkan.

Berdasarkan kenyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua guru dalam

sesebuah sekolah adalah berperanan sebagai guru disiplin dan kenyataan ini perlu

diketahui dan diakui oleh semua guru. Guru-guru pula menghadapi dilema sama ada

mengutamakan tugas mereka kepada pembelajaran dan pengajaran dan pada masa

yang sama berperanan sebagai guru disiplin untuk mendisiplinkan pelajar. Pelbagai

tugas atau kerja-kerja sampingan yang perlu dilakukan oleh guru di sekolah juga

menjadi punca guru kurang memberi tumpuan kepada menguruskan disiplin pelajar.

Page 19: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

19

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat :

i Tahap pengetahuan guru terhadap pengurusan displin pelajar di sekolah

gugusan Bandar Mas.

ii Tahap amalan pengurusan displin pelajar di sekolah gugusan Bandar Mas.

iii Bentuk-bentuk kesalahan displin dalam kalangan pelajar sekolah di gugusan

Bandar Mas.

iv Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan

amalan pengurusan disiplin pelajar di sekolah gugusan Bandar Mas mengikut

jantina.

v Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan dan amalan

pengurusan displin pelajar di sekolah gugusan Bandar Mas mengikut jenis

sekolah ( menengah dan rendah ).

vi Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan kesalahan disiplin dalam

kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di gugusan Bandar

Mas.

Page 20: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

20

1.4 Persoalan Kajian

I Apakah tahap pengetahuan guru terhadap pengurusan disiplin pelajar di

sekolah gugusan Bandar Mas?

ii Apakah tahap amalan pengurusan disiplin pelajar di sekolah gugusan Bandar

Mas?

iii Apakah bentuk-bentuk kesalahan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah di

gugusan Bandar mas?

iv Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan amalan pengurusan

disiplin pelajar di sekolah gugusan Bandar Mas mengikut jantina?

v Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan dan amalan pengurusan

disiplin pelajar dalam kalangan guru di sekolah gugusan Bandar mas

mengikut jenis sekolah ( menengah dan rendah )?

vi Adakah terdapat perbezaan kesalahan disiplin dalam kalangan pelajar

sekolah menengah dan sekolah rendah di sekolah gugusan Bandar Mas?

1.5 Hipotesis Kajian

H�1 : Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan amalan pengurusan

disiplin pelajar di sekolah gugusan Bandar Mas mengikut jantina.

H�2 : Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin

pelajar dalam kalangan guru di sekolah gugusan Bandar Mas mengikut

jenis sekolah ( menengah dan rendah ).

Page 21: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

21

1.6 Kerangka Kajian

Rajah 1.1. Kerangka Kajian

Kajian ini dijalankan untuk melihat tentang pengurusan disiplin di sekolah.

Pengurusan disiplin ini dilihat dari segi pengetahuan guru terhadap pengurusan

disiplin dan tahap amalan iaitu perlaksanaannya di sekolah. Tahap amalan dan

pengetahuan guru pula dilihat dari segi jantina iaitu mengenalpasti sama ada wujud

perbezaan atau tidak. Di samping itu kesalahan disiplin juga dilihat di sekolah

rendah dan sekolah menengah. Kajian juga akan melihat sama ada terdapat

perbezaan jenis kesalahan disiplin di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Pengetahuan Amalan Pengurusan Displin

Kesalahan Displin

Demografi • JantinaGuru

Sekolah Menengah & Sekolah Rendah

Page 22: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

22

1.7 Kerangka Teori/Model

Kajian ini akan menggunakan model Pengurusan Displin (Fail Meja Displin)

yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Model ini akan melihat

tentang matlamat atau objektif pengurusan disiplin di sekolah iaitu:

i Memastikan disiplin dan peraturan sekolah dikuatkuasakan.

ii Menyelesaikan masalah-masalah disiplin berpandukan surat pekeliling

Kementerian Pelajaran dan arahan Jabatan Pelajaran Negeri.

iii Melantik pengawas sekolah atau ketua pelajar untuk membantu pihak sekolah

menguatkuasakan peraturan sekolah.

iv Menuju ke arah “kecacatan sifar” (Zero Defect) dalam hal-hal disiplin dan

tingkah laku negatif pelajar.

Model ini juga akan melihat senarai tugas utama jawatankuasa disiplin

sekolah dan proses kerja yang merangkumi:

i. Pengurusan peraturan sekolah.

ii. Menangani masalah disiplin sekolah.

iii. Pengurusan pengawas sekolah.

iv. Urusan Tindakan Pelajar Ponteng Sekolah Berterusan

v. Urusan Tindakan Pelajar Ponteng Sekolah Berkala

vi. Urusan Pembuangan Pelajar Dari Sekolah

vii. Urusan Tindakan Terhadap Penyalahgunaan Dadah

viii. Urusan Tindakan Salah Laku Pelajar

ix. Urusan Melayani Pengaduan Pelajar

x. Pengurusan Lembaga Pengawas

Selain daripada itu tatacara menangani disiplin juga dilihat merangkumi

prosedur serta bentuk hukuman yang dilarang terhadap pelajar.

Page 23: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

23

1.8 Kepentingan Kajian

Penyelidikan mengenai masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah telah

banyak dijalankan. Namun kajian tersebut kebanyakkannya lebih menekankan untuk

mencari punca, faktor serta kesan permasalahan disiplin. Kajian ini pula lebih

menjurus kepada pengurusan disiplin di sekolah. Termasuklah pengetahuan dan

amalan guru terhadap pengurusan disiplin di sekolah dan perbezaannya dalam

kalangan guru lelaki dan wanita. Bentuk-bentuk kesalahan yang biasa dilakukan

pelajar dan perbezaan kesalahan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah

menengah juga dilihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Justeru kajian ini diharap dapat membantu pengkaji-pengkaji lain melihat

bagaimana pengurusan disiplin yang dijalankan di sekolah seterusnya mengkaji

permasalah yang timbul dalam pengurusan disiplin di sekolah. Masalah disiplin

pelajar jika tidak dibendung akan menjadi wabak yang serius kepada masyarakat dan

negara. Pelajar-pelajar di sekolah merupakan generasi penyambung masa depan

negara maka mereka perlu dididik sebaik mungkin supaya menjadi warganegara

yang berguna. Oleh itu proses membentuk rakyat berdisiplin perlu diterapkan di

bangku sekolah lagi.

Kajian ini lebih menjurus kepada pengetahuan dan amalan guru bagi

meningkatkan keberkesanan pengurusan disiplin pelajar di sekolah. Kajian ini juga

diharapkan dapat memberi kesedaran kepada pihak-pihak yang terlibat bahawa

pengurusan disiplin di sekolah bukan sesuatu yang boleh di pandang ringan dan

ianya perlu dipikul bersama tanggungjawab tersebut. Kajian ini penting bukan sahaja

kepada guru disiplin, pentadbir dan juga pihak sekolah, malah ianya boleh dijadikan

panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran terutamanya guru.

Page 24: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

24

1.9 Batasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu di tiga buah sekolah di Gugusan Bandar Mas, Kota

Tinggi. Penyelidikan ini melibatkan 60 orang guru daripada tiga buah sekolah

tersebut. Sampel kajian terdiri daripada guru disiplin dan guru-guru di sekolah

tersebut. Kajian ini melihat sejauhmana tahap pengetahuan dan amalan pengurusan

disiplin dalam kalangan guru serta bentuk-bentuk kesalahan disiplin yang berlaku

dalam kalangan pelajar. Perbezaan juga dilihat dari segi jantina iaitu tahap

pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin guru lelaki dan guru wanita serta

bentuk kesalahan disiplin di sekolah rendah dan sekolah menengah. Penyelidik telah

menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada kajian-kajian lepas sebagai

instrumen kajian. Dapatan kajian ini hanya mewakili kawasan kajian sahaja.

Keputusan kajian ini hanya boleh digeneralisasikan bagi golongan sekolah

tertentu sahaja dan bukan mewakili generalisasi keputusan bagi semua golongan

guru di sekolah-sekolah lain. Namun begitu, kajian ini adalah sesuai untuk masa kini

dan keputusan yang diperolehi boleh digunakan untuk kajian pada masa akan datang.

1.10 Prosedur Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji terlebih dahulu memohon kebenaran daripada

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar ( EPRD ), Kementerian Pendidikan

dengan mengemukakan kertas cadangan kajian. Setelah mendapat surat kebenaran,

pengkaji memaklumkan kepada pengetua atau guru besar sekolah-sekolah yang

terlibat bagi memohon kebenaran untuk mengedarkan soal selidik kepada guru-guru

yang terlibat. Seterusnya pengkaji akan memungut semula soal selidik bagi tujuan

analisis data bagi mendapatkan hasil kajian yang dibuat. Untuk mendapatkan

maklumat berkaitan dengan bentuk-bentuk kesalahan pelajar, pengkaji telah meneliti

data daripada e-displin setiap sekolah yang terlibat untuk tempoh dua tahun iaitu

2011 dan 2012 melalui guru disiplin sekolah tersebut.

Page 25: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

25

1.11 Definisi Istilah dan Operasional

1.11.1 Disiplin

.

Awang Had Salleh (1977) menyatakan bahawa umumnya orang menganggap

disiplin sebagai ketenteraan dan pengawasan tingkah laku dengan kekerasan, iaitu

hukuman fizikal. Manakala Ee Ah Meng (1985) menyatakan bahawa disiplin

merupakan peraturan yang telah dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi

mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan hidup. Kesimpulannya,

disiplin juga merupakan konsep yang mempunyai pengertian yang luas dan

mempunyai pelbagai tafsiran. Seterusnya disiplin mempunyai kaitan dengan

tatasusila, kesopanan dan akhlak. Pelajar yang berdisiplin sentiasa rasional,

keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai ketabahan hati, setia kepada sekolah dan

negara. Seseorang yang berdisiplin dan beradab, sentiasa menjaga ketertiban,

berakhlak mulia, mematuhi ajaran agama dan kebudayaan yang dianuti seterusnya

dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

Laporan Jawatankuasa kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran

merumuskan pengertian disiplin seperti berikut :

“ Disiplin dimaksudkan dengan kesanggupan seseorang individu

menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu

dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga

bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu

dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain,

kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak

mengganggu tingkah laku orang lain, kesanggupan hormat-

menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat

tolong-menolong dan kesanggupan membina keadaan yang sedia ada

menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada

masyarakat”

Ini bermakna seseorang individu yang mempunyai kesanggupan yang tinggi

Page 26: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

26

terhadap semua perkara dianggap sebagai individu yang berdisiplin.. Dalam kajian

ini disiplin dapat didefinisikan sebagai suatu sistem hidup yang ditetapkan oleh

sesuatu kumpulan atau untuk mengwujudkan suasana yang teratur dan tenteram di

sekolah. Disiplin juga merupakan unsur yang boleh mewujudkan ketertiban

masyarakat, peraturan-peraturan yang dikenakan, tindakan individu untuk

menempatkan dirinya dalam masyarakat seterusnya sebagai garis panduan yang patut

diamalkan oleh individu.

1.11.2 Pengurusan Disiplin

Pengurusan disiplin pelajar berjalan melalui satu struktur organisasi yang

dibentuk oleh pentadbir sekolah (Pengetua). Menurut model yang dikemukakan oleh

Omardin (1996), struktur organisasi Lembaga Disiplin Sekolah terdiri daripada

Pengetua yang memegang teraju lembaga itu. Lazimnya Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid (PK HEM) dilantik sebagai setiausaha manakala ahli-ahli lembaga terdiri

daripada Penolong Kanan Pentadbiran (PK Tadbir), Penyelia Petang, semua guru

pengawas, guru disiplin, kaunselor dan penyelia asrama. Lembaga Disiplin Sekolah

akan bermesyuarat untuk menimbangkan peraturan sekolah, membentang dan

membincangkan pindaan dan peraturan sekolah.

Apabila timbul kes-kes disiplin tertentu dibincangkan, pengerusi boleh

memangggil mesyuarat khas. Mereka juga membincangkan hal-hal yang berkaitan

dengan kebajikan pelajar dari semasa ke semasa. Tugas yang terlibat secara langsung

bagi guru disiplin adalah merekod kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan

kepada pelajar. Dalam kajian ini pengurusan disiplin bermaksud kawalan disiplin di

sekolah akan menjadi lebih berkesan jika pengetua berkerjasama dengan guru-guru

di sekolah bagi mengawal disiplin pelajar.

Page 27: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

27

1.11.3 Amalan

Menurut Kamus Dewan (1989), amalan bermaksud sesuatu yang dilakukan

sebagai suatu kebiasaan yang sebenarnya berlaku atau terdapat. Dalam kajian ini,

amalan bermaksud tatacara pengurusan displin yang perlu diamalkan oleh guru-guru

dalam proses meningkatkan disiplin pelajar di sekolah.

Dalam kajian ini amalan yang dimaksudkan ialah perkara-perkara yang

dijadikan rutin kerja oleh guru dalam menangani masalah displin di sekolah.

1.11.4 Pengetahuan

Menurut kamus Dewan dan Pustaka (1989), definisi pengetahuan ialah

perihal mengetahui, kepandaian dan kebijaksanaan. Pengetahuan juga dapat

didefinisikan sebagai proses mencari tahu, dari tidak tahu kepada menjadi tahu dan

dari tidak dapat menjadi dapat. Dalam proses mencari tahu, pelbagai konsep dan

cara boleh digunakan sama ada melalui proses pendidikan mahu pun melalui

pengalaman.

Dalam kajian ini pengetahuan bermaksud perkara-perkara yang berkaitan

dengan prosedur kerja yang berkaitan dengan masalah-masalah disiplin yang berlaku

di sekolah. Kajian ini akan melihat sejauhmana pengetahuan yang dimiliki oleh guru

-guru di sekolah dalam menangani masalah disiplin.

1.12 Penutup

Apa jua tindakan yang diambil oleh guru disiplin dan guru-guru harus dilihat

dari sudut positif asalkan ianya tidak melampau atau terkeluar dari garis panduan

yang telah ditetapkan. Hasil kajian ini nanti diharap dapat menjadi panduan kepada

mana-mana pihak supaya mereka memahami tugas-tugas dan tanggungjawab

Page 28: ASNIYATI BINTI AHMAD - Faculty of Education | … Binti Ahma… · B Fail Meja Disiplin 65 C Nilai Alpha Crobanch-Kajian Rintis 94 ... Kanan HEM serta guru disiplin sahaja tetapi

28

sebagai penguatkuasa atau guru displin di sekolah. Kita mahu semua pihak faham

bahawa proses pengurusan disiplin pelajar di sekolah memerlukan kerjasama dan

kefahaman semua pihak. Jika tiada kerjasama dan kefahaman semua pihak, proses

ini tidak dapat berjalan dengan sempurna.

Untuk merealisasikan dasar Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001 bahawa

”Semua Guru Adalah Guru Disiplin”, maka semua guru adalah

dipertanggungjawabkan untuk memantau salah laku pelajar sepanjang waktu

persekolahan.