siti noor binti muhamad - fp.utm.my · tahap disiplin pelajar sekolah masa kini : satu kajian di...

28
“TAHAP DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MASA KINI : SATU KAJIAN DI MAAHAD AHMADI TANAH MERAH” SITI NOOR BINTI MUHAMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngomien

Post on 11-Aug-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

“TAHAP DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MASA KINI : SATU

KAJIAN DI MAAHAD AHMADI TANAH MERAH”

SITI NOOR BINTI MUHAMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan : ........................................

Nama Penyelia : USTAZ AMINUDDIN BIN HEHSAN

Tarikh : 17 April 2009

TAHAP DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MASA KINI : SATU KAJIAN DI

MAAHAD AHMADI TANAH MERAH

SITI NOOR BINTI MUHAMAD

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penulis : SITI NOOR BINTI MUHAMAD

Tarikh : 17 April 2009

iii

DEDIKASI

Buat suamiku yang tercinta…..

Abdul Rahim bin Hasan

yang sentiasa memberi dorongan dalam semua situasi, segala pertolongan dan

pengorbananmu amat ku hargai terima kasih segalanya.

Ayahanda & Bonda yang dirindui

Allahyarham Muhamad bin Ismail & Allahyarhamah Aisyah binti Yusoff

Terima kasih yang tidak terhingga, pengorbanan, dorongan dan sokonganmu yang

telah di berikan satu ketika dulu, tidak akan kulupakan hingga akhir hayatku, segala

kenangan yang terukir menjadi kekuatan dan semangatku.. untuk selamanya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda & bonda.

yang sangat disayangi,

kekanda-kekanda dan dinda yang dikasihi...

segala nasihat dan dorongan yang diberikan takkan dapatku lupakan. Dengan doa

dan kasih sayangmu membantuku dalam menghadapi arus kehidupan sehingga kini.

Anak-anak buah yang disayangi…

Belajarlah bersungguh-sungguh Teruskan perjuangan .... Sesungguhnya ilmu itu

ibarat air yang mengalir, Jika ilmu tiada didada, Ibarat mengharungi lautan yang

tiada penghujungnya. Dengan itu ingatlah, Tuntutlah ilmu ibarat kita akan

meninggalkan dunia ini esok hari, Demi kepentingan diri dan anak cucu kita nanti.

Buat semua para pendidik,

Terima kasih atas segala dorongan dan sokongan yang diberikan selama ini, semoga

segala jasa dan tunjuk ajar kalian diberkati Allah hendak-Nya. Untuk rakan-rakan

seperjuangan yang sentiasa membantu sepanjang perjuangan kita di sini. Terima

kasih di atas segalanya, sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani

Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya yang telah

memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda rasul

Muhammad s.a.w yang telah menunjukkan teladan untuk kita sentiasa melalui jalan

yang lurus.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia

yang dihormati Ustaz Marzuki bin Mohammad dan Ustaz Aminuddin bin Hehsan

atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini.

Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan

Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan dalam melengkapkan

lagi PSM ini. Terima kasih juga kepada pihak guru dan pelajar tingkatan empat

sekolah kajian ini dijalankan di atas maklumat dan kerjasama yang telah diberikan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dan individu yang terlibat sama ada secara

langsung atau pun tidak langsung dalam penulisan ini.

Akhir sekali buat suami, ma, kakak-kakak, abang, adik dan adik-adik ipar

yang tersayang, segala doa restu dan dorongan kalian amat dihargai. Semoga usaha

ini sentiasa diberkati Allah SWT dan dapat dimanfaatkan.

Sekian, Terima Kasih.

SALAM UKHWAH

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah untuk melihat persepsi pelajar Maahad Ahmadi

Tanah Merah, Kelantan (MATM) terhadap disiplin dan faktor-faktor yang mempengaruhi

kemerosotan disiplin pelajar. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk

mengenalpasti persepsi pelajar MATM terhadap cara-cara yang dapat meningkatkan

tahap dan mutu disiplin pelajar dengan lebih berkesan. Seramai 138 orang responden dari

kalangan pelajar tingkatan 4 MATM telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian

yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mengandungi 57 item soalan. Nilai

kebolehpercayaan instrumen kajian ialah α = .65. Data yang diperolehi dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 14 bagi

mendapatkan kekerapan, peratusan dan min data. Dapatan data dipersembahkan dalam

bentuk jadual. Hasil kajian menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif

terhadap aspek yang dikaji iaitu berkaitan disiplin, faktor-faktor yang mempengaruhi

kemerosotan disiplin pelajar dan cara-cara yang dapat meningkatkan tahap dan mutu

disiplin pelajar dengan lebih berkesan. Sebagai maklum balas kepada kajian yang

dijalankan, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan untuk meningkatkan tahap

disiplin di sekolah-sekolah. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan

pada masa akan datang.

vi

ABSTRACT

The aims of this study was to carry out a research on the perceptions of Maahad

Ahmadi Tanah Merah, Kelantan (MATM) students towards discipline and also on the

factors that influence the declining level of students discipline. Besides that, the purpose

of this study is also to identify the perceptions of students from MATM towards the ways

to increase the level of students’ discipline. In this research, 138 Form 4 students of

MATM, were used as the respondents. Asset of questionnaire with 57 questions was used

as the research instrument. The value of reliability for this instrument was α = .65. The

data was analyzed using Statistical Package For Social Science (SPSS), software version

14 in order to get the frequency, percentage and the average of data. The findings were

presented in the form of tables. From the findings, it was clearly shown that all

respondents had given positive perceptions towards discipline, the factor that influenced

the declining level of students discipline and also the ways to increase the level of the

students discipline. From the research conducted, the researcher had provided several

suggestions in order to help in improving the discipline levels in schools. Suggestions for

further research were also presented.

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xvi

BAHAGIAN SATU

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 pengertian Tajuk 6

1.4.1 Masalah 6

viii

1.4.2 Disiplin 6

1.4.3 Pelajar 7

1.5 Objektif Kajian 8

1.6 Persoalan Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.7.1 Pentadbiran Sekolah 9

1.7.2 Ibu Bapa 9

1.7.3 Pihak Kerajaan 9

1.8 Batasan atau Skop Kajian 10

1.9 Kesimpulan 10

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Konsep Disiplin 12

2.3 Masalah Disiplin 14

2.3.1 Merokok 14

2.3.2 Penyalah gunaan dadah 15

2.3.3 Samseng dan Gengsterisme 16

2.3.4 Ponteng sekolah 18

2.3.5 Gejala ‘Black Metal’ 19

2.4 Masalah Disiplin Masa Kini 21

2.5 Faktor Berlakunya Masalah Disiplin 24

2.5.1 Faktor Diri Sendiri 25

2.5.2 Faktor Guru 27

2.5.3 Faktor Ibu Bapa 28

2.5.4 FaktoSekolah 29

2.5.5 FaktoPersekitaran 31

ix

2.6 Kajian Lepas 33

2.7 Kesimpulan 36

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Tempat Kajian 41

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 41

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Tatacara Kajian 43

3.7 Analisis Data 43

3.8 Kajian Rintis 45

3.9 Kesimpulan 45

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 46

4.2 Analisis Data (Bahagian A) 47

4.2.1 Jantina 47

4.2.2 Tingkatan 48

4.2.3 Bilangan Adik Beradik 48

4.2.4 Bilangan Adik Beradik Yang Mendapat

Pendidikan Di Sekolah Agama 49

x

4.2.5 Pekerjaan Bapa/Penjaga 50

4.2.6 Pekerjaan Ibu 50

4.2.7 Pendapatan Bapa 51

4.2.8 Pendapatan Ibu 51

4.2.9 Tahap Pendidikan Bapa 51

4.2.10 Tahap Pendidikan Ibu 53

4.2.11 Hubungan Ibu Bapa 53

4.2.12 Responden Tinggal Bersama 54

4.3 Analisis Data (Bahagian B) 54

4.3.1 Analisis Data Mengenai Persepsi

Pelajar Terhadap Disiplin 55

4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi

Pelajar Terhadap Faktor-Faktor

Yang Mempengaruhi Kemerosotan

Disiplin Pelajar 60

4.3.3 Analisis Data Mengenai Persepsi

Pelajar Terhadap Cara-Cara

Yang Dapat Meningkatkan Tahap

Dan Mutu Disiplin Pelajar Dengan

Lebih Berkesan 73

4.4 Analisis Keseluruhan 79

4.5 Kesimpulan 84

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 85

5.2 Perbincangan 86

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 86

xi

5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Disiplin 89

5.2.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Kemerosotan Disiplin Pelajar 90

5.2.4 Cara-Cara Yang Dapat Meningkatkan Tahap

Dan Mutu Disiplin Pelajar Dengan

Lebih Berkesan 92

5.3 Rumusan 93

5.3.1 Rumusan Persepsi Pelajar

Terhadap Disiplin 93

5.3.2 Rumusan Persepsi Pelajar Terhadap

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Kemerosotan Disiplin Pelajar 94

5.3.3 Rumusan Persepsi pelajar Terhadap

Cara-Cara Yang Dapat Meningkatkan

Tahap Dan Mutu Disiplin Pelajar Dengan

Lebih Berkesan 95

5.4 Cadangan 96

5.4.1 Pelajar 97

5.4.2 Guru-Guru 97

5.4.3 Ibu Bapa 97

5.4.4 Sekolah 99

5.4.5 Persekitaran 99

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 101

5.6 Kesimpulan 102

BIBLIOGRAFI 104

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 44

3.2 Perubahan 5 Point Skala Likert Kepada

3 Tahap 4

4.1 Taburan responden mengikut jantina 47

4.2 Taburan responden mengikut tingkatan 48

4.3 Taburan responden mengikut bilangan

adik beradik 48

4.4 Taburan responden mengikut bilangan adik

beradik yang mendapat pendidikan di Sekolah

Agama 49

4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan

bapa 50

4.6 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu 50

4.7 Taburan responden mengikut pendapatan bapa 51

4.8 Taburan responden mengikut pendapatan ibu 52

4.9 Taburan responden mengikut tahap pendidikan

Bapa 52

4.10 Taburan responden mengikut tahap pendidikan ibu 53

4.11 Taburan responden mengikut hubungan ibu bapa 53

4.12 Taburan responden berdasarkan tempat tinggal 54

4.13 Skala Likert 55

xiii

4.14 Taburan skor bagi item 1 55

4.15 Taburan skor bagi item 2 56

4.16 Taburan skor bagi item 3 56

4.17 Taburan skor bagi item 4 57

4.18 Taburan skor bagi item 5 57

4.19 Taburan skor bagi item6 58

4.20 Taburan skor bagi item7 58

4.21 Taburan skor bagi item 8 59

4.22 Taburan skor bagi item 9 59

4.23 Taburan skor bagi item 10 60

4.24 Taburan skor bagi item 11 61

4.25 Taburan skor bagi item 12 61

4.26 Taburan skor bagi item 13 62

4.27 Taburan skor bagi item 14 62

4.28 Taburan skor bagi item 15 63

4.29 Taburan skor bagi item 16 63

4.30 Taburan skor bagi item 17 64

4.31 Taburan skor bagi item 18 64

4.32 Taburan skor bagi item 19 65

4.33 Taburan skor bagi item 20 65

4.34 Taburan skor bagi item 21 66

4.35 Taburan skor bagi item 22 66

4.36 Taburan skor bagi item 23 67

4.37 Taburan skor bagi item 24 67

4.38 Taburan skor bagi item 25 68

4.39 Taburan skor bagi item 26 68

4.40 Taburan skor bagi item 27 69

4.41 Taburan skor bagi item 28 69

4.42 Taburan skor bagi item 29 70

4.43 Taburan skor bagi item 30 70

4.44 Taburan skor bagi item 31 71

xiv

4.45 Taburan skor bagi item 32 72

4.46 Taburan skor bagi item 33 72

4.47 Taburan skor bagi item 34 72

4.48 Taburan skor bagi item 35 73

4.49 Taburan skor bagi item 36 74

4.50 Taburan skor bagi item 37 74

4.51 Taburan skor bagi item 38 75

4.52 Taburan skor bagi item 39 75

4.53 Taburan skor bagi item 40 76

4.54 Taburan skor bagi item 41 76

4.55 Taburan skor bagi item 42 77

4.56 Taburan skor bagi item 43 77

4.57 Taburan skor bagi item 44 78

4.58 Taburan skor bagi item 45 78

4.59 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi

Persepsi pelajar terhadap disiplin 79

4.60 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi

Persepsi pelajar terhadap faktor yang mendorong

Kemerosotan disiplin 83

4.61 Taburan kekerapan, peratus dan min bagi

Persepsi pelajar terhadap cara-cara yang dapat

meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar

dengan lebih berkesan 83

xv

SENARAI SINGKATAN

MATM Maahad Ahmadi Tanah Merah

SWT Subhanahu Wa Taala

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

TS Tidak Setuju

KS Kurang Setuju

SS Sangat Setuju

S Setuju

UTM Universiti Teknologi Malaysia

YIK Yayasan Islam Kelantan

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

PTK Penilaian Tahap Kecekapan

PDRM Polis DiRaja Malaysia

AADK Agensi Anti Dadah Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sesuai dengan peranannya sebagai khalifah di muka bumi ini, manusia

diciptakan oleh Allah dengan sebaik-sebaik kejadian, yang lengkap dengan tubuh

dan jasad, akal fikiran, hati nurani, perasaan dan syahwat. Setiap tingkah laku dan

perbuatan seseorang itu tidak akan terlepas dari lingkungan baik atau jahat sama ada

disedari atau tidak. Sesungguhnya, Allah SWT telah menjadikan manusia dengan

sebaik-baik ciptaan sepertimana firman-Nya :

ô‰s) s9 $ uΖø) n= y{ z≈|¡Σ M}$# þ’Îû Ç |¡ ômr& 5Οƒ Èθø) s? ∩⊆∪

Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia

dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai

dengan keadaannya).”

(Surah Al-Tin, 95:4)

Masalah disiplin mungkin juga boleh disama ertikan dengan salah laku

pelajar, keruntuhan akhlak dan sebagainya. Masalah disiplin begitu sinonim dengan

golongan remaja atau golongan pelajar sekolah yang sedang mengalami proses

menuju ke alam dewasa. Kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam pelbagai

2

bidang akademik atau kokurikulum bergantung kepada pelbagai faktor. Disiplin

dikenal pasti antara aspek penting dalam menentukan kejayaan itu, lebih-lebih lagi

untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di semua peringkat. Sekolah

bukan sahaja berfungsi sebagai badan pengajar semata-mata, tetapi ia mempunyai

tujuan pendidikan untuk mendidik yang luas. Selain pendedahan pengetahuan dan

intelektual kepada pelajar, aspek disiplin merangkumi moral dan sosial pelajar juga

harus diberi penekanan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah disiplin di sekolah-sekolah adalah suatu gejala yang perlu dititik

beratkan. Hal ini kerana ia berkait dengan akhlak individu. Menyentuh tentang

masalah disiplin, golongan yang sering dihubungkaitkan adalah golongan pelajar

sama ada di kawasan sekolah atau di luar sekolah. Sejak akhir-akhir ini, didapati

semakin banyak kejadian pelajar-pelajar lari daripada rumah, liar, rosak akhlak,

menagih dadah, dan kanak-kanak yang tidak menghormati orang tua hingga ada yang

sanggup melawan ibu bapa sendiri.

Persoalan seperti ini tidak jemu-jemu dibincangkan untuk kepentingan

masyarakat, apatah lagi kepada golongan pelajar dalam masyarakat hari ini.

Pendidikan yang diterima oleh pelajar-pelajar dalam masyarakat hari ini jauh berbeza

dari dahulu. Cabaran semasa yang menggoda remaja hari ini juga jauh berbeza

dengan zaman lampau. Segala-galanya telah berubah dan dari sehari ke sehari

semakin mencabar. Sekalipun hanya sebahagian kecil pelajar-pelajar remaja yang

terlibat namun kesannya akan membabitkan banyak pihak dan merugikan pelajar

berkenaan juga.

Peniruan yang nyata dapat dikesan ialah dalam masalah pemakaian. Gejala

seperti ini menyebabkan mereka mula meniru cara-cara artis pujaan mereka

berpakaian iaitu cara berpakaian penghibur ‘rock’ sama ada dari cara baju, seluar,

3

kasut, rambut, malah mereka berlagak pula dengan gaya penyanyi berkenaan. Selain

daripada itu, terdapat juga pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan rancangan

televisyen. Akibat daripada pengaruh rancangan televisyen mereka gemar melawan

sesiapa termasuk guru-guru mereka. Guru-guru disiplin biasanya adalah orang yang

pertama menjadi mangsa mereka. Ada pelajar yang dimarahi guru, akan datang

bersama rakan-rakan untuk mengambil tindakan terhadap guru tersebut sebagai

membalas dendam. Ada juga kereta guru-guru yang dicalar dengan paku dan rumah

mereka dilempar batu. Ada juga guru-guru diejek terutama sekali guru wanita. Kita

juga telah dikejutkan dengan satu insiden di mana seorang pelajar lelaki tingkatan

lima berani mencekik dan menolak guru wanitanya sehingga hampir jatuh dari

tingkat dua bangunan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar

Kota Tinggi (Utusan Online, 26 Jun 2007).

Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin dan keganasan yang

berlaku di sekolah merupakan perkara biasa pada hari ini. Surat khabar perdana,

Utusan Malaysia keluaran 30 Mac 2004 melaporkan di muka hadapan seorang

pelajar tingkatan empat sekolah menengah agama meninggal dunia akibat dibelasah

oleh sekumpulan pelajar senior. Berdasarkan rekod polis pula, terdapat lebih 35 kes

pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah dilaporkan dalam tempoh lima

tahun ini iaitu dari 1999 hingga 2003 (Utusan Malaysia, 29 Mac 2004).

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat 3627 kes

jenayah yang membabitkan pelajar sekolah pada tahun 2003. Pelajar-pelajar yang

terlibat dalam kes tersebut berumur antara 7 hingga 18 tahun (Utusan Malaysia, 25

Mac 2004). Hal ini berlainan pula dengan statistik polis pada tahun 2008. Dari

Januari hingga Februari 2008, seramai 233 pelajar yang berumur antara 13 dan 18

tahun terlibat dengan jenayah (Bernama, 4 April 2009). Kebanyakan kes-kes ini

berpunca daripada masalah disiplin pelajar.

Mengikut laporan akhbar utusan, hanya 13 peratus kes serius salah laku

pelajar dilaporkan oleh pihak sekolah kepada pihak atasan, sekaligus didakwa

menyumbang kepada masalah disiplin yang lebih serius. Perkara tersebut didedahkan

oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kaji selidik

NUTP berhubung Isu Kemerosotan Tahap Disiplin Di Sekolah-Sekolah dalam buku

4

Laporan NUTP 2004: Disiplin Di Sekolah-Sekolah Malaysia (Utusan Malaysia, 31

Mei, 2004).

Pada tahun 2005 seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku,

Kuala Lipis Pahang, Muhamad Afiq Qusyairi yang menghadapi risiko lumpuh

sepanjang hayat dipercayai akibat dipijak di belakangnya dengan kasut kadet polis

serta dihentak badannya ke almari oleh pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga

sekolah tersebut. Ekoran peristiwa itu, Dato Seri Hishamuddin melahirkan rasa

kekesalan dan marah kerana kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah aliran

agama sekali gus mencemarkan imej Islam itu sendiri. Beliau menyebut bahawa ia

memberi gambaran seolah-olah murid yang diberi pendedahan didikan Islam tidak

mempunyai kawalan diri dan tahap disiplin yang tinggi berbanding murid di sekolah

bukan aliran agama (Utusan Malaysia, 20 Jun 2005).

Menurut Wan Akashah Wan Abdul Hamid, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dalam temubual beliau

bersama Majalah Massa bertarikh 27 September 2003, pelajar SMKA mendapat

pendedahan mata pelajaran berkaitan pendidikan Islam sebanyak lebih 30 peratus

berbanding pelajar sekolah menengah harian biasa yang hanya mendapat pendedahan

serupa sekitar 15 peratus sahaja dan mungkin kurang daripada itu. Di samping itu,

pelajar SMKA juga didedahkan dengan program-program pembinaan sahsiah kendiri

dan penghayatan ibadah Islam yang jarang didapati di sekolah menengah harian

biasa.

Di Kelantan, sepanjang tahun 2000 hingga bulan pertama tahun ini, sebanyak

1,170 kes jenayah juvana kebanyakannya membabitkan pelajar berusia antara 12

hingga 18 tahun di mana kes membabitkan kekerasan, manakala 976 kes jenayah

harta benda. Manakala, mengikut Perangkaan Tangkapan Juvana Kont KN Daerah

Tanah Merah jumlah tangkapan pada tahun 2008 adalah seramai 69 orang dengan 39

kes berbanding pada tahun sebelumya 48 orang dengan 30 kes (Laporan Balai Polis

Daerah Tanah Merah, Kelantan).

5

Pendedahan di atas adalah diantara beberapa contoh gejala kerosakan akhlak

yang sekali gus merupakan pelanggaran disiplin. Keadaan seperti ini, akan sentiasa

berterusan jika langkah-langkah serius tidak diambil.

1.3 Pernyataan Masalah

Sejak kebelakangan ini pelbagai cerita tentang isu yang berkaitan tentang

masalah disiplin di sekolah telah ditimbulkan seperti pelajar merokok, melawan

guru, kurang ajar, ponteng dan sebagainya. Sikap para pelajar sekarang ada yang

menjangkau fikiran kita. Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru

dalam dunia globalisasi dan moden hari ini.

Isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar yang selalu dibicarakan perlu

dicari jalan penyelesaian segera. Masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana

ia melibatkan banyak faktor yang boleh mendatangkan kerosakan terutamanya

kepada diri remaja, agama dan negara. Tanggungjawab membanteras masalah

disiplin pelajar sekolah bukan sahaja tanggungjawab kerajaan malah ia harus dipikul

oleh semua pihak. Ini kerana pelajar merupakan aset negara paling berharga yang

akan menentukan masa depan masyarakat dan negara. Kegagalan membendung

masalah ini sudah pasti memberi gambaran yang kurang baik terhadap masa depan

negara.

Memandangkan isu ini serius dan semakin menjadi-jadi, maka pengkaji

merasakan satu kajian perlu dijalankan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin

mengkaji apakah faktor-faktor terjadinya masalah disiplin dan cara untuk

mengatasinya di kalangan pelajar sekolah. Ekoran daripada permasalahan yang

dibincangkan, pengkaji telah memilih Maahad Ahmadi Tanah Merah, Kelantan

sebagai tempat kajian untuk melihat punca berlakunya masalah disiplin pelajar

sekolah agama khususnya dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

6

1.4 Pengertian Tajuk

Sebelum membicarakan dengan lebih lanjut tentang isi tajuk projek ini, maka

terlebih dahulu penulis menerangkan serba sedikit istilah-istilah penting di dalam

kertas projek ini iaitu pengertian masalah, disiplin dan pelajar.

1.4.1 Masalah

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, masalah bermaksud sesuatu kesulitan

yang memerlukan tindakan dan penyelesaian, perkara atau keadaan yang

menimbulkan kesukaran atau kesulitan (Kamus Dewan, 2005).

1.4.2 Disiplin

Pengertian disiplin mungkin berbeza pentafsirannya. Mengikut Kamus

Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan disiplin sebagai "latihan terutamanya

pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan

yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda akan

dikenakan".

Abdullah Sani Yahaya (2005) menyatakan disiplin dapat didefinisikan

sebagai sesuatu latihan pemikiran yang patut ada pada setiap individu. Disiplin

adalah peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan insan mulia. Disiplin

juga adalah salah satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat.

Dalam mentakrifkan maksud disiplin, Islam meletakkan disiplin adalah

sesuatu peraturan yang tiada pintu belakang, iaitu orang boleh melarikan diri dari

Allah yang sebenarnya, kerana Allah mengetahui terhadap segala tingkah laku

manusia di samping juga Maha Adil. Semua amal manusia baik atau buruk, besar

7

atau kecil tidak terlepas dari pengamatan Allah dan selanjutnya tidak terlepas pula

dari pembalasannya kecuali yang telah bertaubat. Firman Allah:

yϑ sù ö≅ yϑ÷ètƒ tΑ$ s) ÷W ÏΒ >ο §‘ sŒ #\ø‹ yz … çν ttƒ ∩∠∪ tΒuρ ö≅yϑ ÷ètƒ tΑ$ s) ÷W ÏΒ ;ο §‘ sŒ # vx©

… çν ttƒ ∩∇∪

Maksudnya: "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat

zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)Nya dan barangsiapa

yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan

melihat (balasan)Nya pula.”

(Surah Al-Zalzalah, 99 :7-8)

Dalam kajian ini, disiplin merujuk kepada peraturan-peraturan yang

ditetapkan oleh pihak berkuasa di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Kelantan.

1.4.3 Pelajar

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pelajar didefinisikan sebagai

orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab), orang yang mengaji

(menyelidiki ilmu). Maksud pelajar dalam konteks kajian ini adalah pelajar tingkatan

empat di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Kelantan.

8

1.5 Objektif

1. Mengetahui persepsi pelajar terhadap disiplin di sekolah.

2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah disiplin pelajar.

3. Mencari jalan penyelesaian terhadap masalah disiplin.

1.6 Persoalan Kajian

1. Apakah persepsi pelajar terhadap disiplin di sekolah.

2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi timbulnya masalah disiplin di

kalangan pelajar.

3. Apakah jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah gejala sosial

di kalangan remaja sekolah

1.7 Kepentingan Kajian

Melalui kajian yang dijalankan ini adalah diharapkan kita dapat mengetahui

apakah sebab dan penyelasaian terhadap masalah disiplin sekolah di Malaysia amnya

dan khususnya kepada masalah disiplin pelajar Maahad Ahmadi Tanah Merah,

Kelantan. Ia juga sebenarnya berperanan sebagai pemberi maklumat tambahan

kepada semua pihak.

9

1.7.1 Pentadbiran sekolah

Dapatan kajian juga membolehkan pihak-pihak tertentu khususnya

pentadbiran sekolah mengetahui realiti sebenar yang berlaku di Maahad Ahmadi

Tanah Merah, Kelantan. Ia sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada

mereka tahap masalah disiplin. Selain itu, dapatan kajian juga dapat membantu

pihak-pihak seperti Badan Disiplin Sekolah, Badan Kaunseling, dan badan-badan

lain dalam merangka program yang sesuai dalam masyarakat pelajarnya ke arah

membentuk budaya kehidupan yang lebih baik.

1.7.2 Ibu Bapa

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi maklum balas kepada

ibu bapa tentang keseriusan masalah disiplin. Melalui kajian ini adalah diharapkan

para ibu bapa mula menyedari situasi sebenar dan tidak bersikap sambil lewa lagi

dalam mendidik anak-anak.

1.7.3 Pihak Kerajaan

Di samping itu juga dapatan kajian juga boleh menjadi maklumat sokongan

tambahan dan panduan kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) dalam merangka garis panduan atau meminda polisi

pendidikan yang sedia ada bagi mengatasi masalah ini dari terus bercambah.

10

1.8 Batasan atau Skop Kajian

Kajian ini hanya dijalankan di Maahad Ahmadi Tanah Merah, Kelantan.

Kajian hanya tertumpu di kalangan pelajar tingkatan empat bagi sesi 2009. Hasil

daripada kajian ini hanya mewakili pelajar sekolah ini sahaja dan tidak

menggambarkan keseluruhan pelajar yang terdapat di Malaysia.

1.9 Kesimpulan

Dalam bab ini penyelidik telah menyatakan penjelasan dan huraian ringkas

mengenai aspek yang dikaji. Isu disiplin ini merupakan isu yang sentiasa hangat

diperdebatkan. Masalah ini perlu diberi perhatian yang serius kerana pelajar

merupakan aset utama negara dan bakal memimpin negara pada masa akan datang.

Setelah dikenal pasti latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian,

persoalan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian, penyelidik akan membuat

sorotan kajian dalam Bab Dua.