asign epm 414 penilaian

14

Click here to load reader

Upload: lieyatie

Post on 04-Dec-2015

292 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

TRANSCRIPT

Page 1: Asign EPM 414 Penilaian

EPM 414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

a) Apakah pandangan UNESCO tentang kemahiran menulis? – 2% - 1 halamanb) Terangkan instrumen mengukur kemahiran menulis yang digunakan dalam kajian ini.

– 4% - 2 halamanc) Jelaskan secara ringkas dapatan umum kajian ini – 4% - 2 halaman

Kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran literasi yang menurut

UNESCO (1980) merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab

sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Kemahiran menulis sebenarnya meruapakan

kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari mengikut perkembangan otak dan

pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan

berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi

bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan

proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek

tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat

menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.

Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi

mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam

suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid

menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana

tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah

fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya

mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu

juga sebaliknya.

Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah

sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada

dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah

pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka

menulis mereka juga membaca.

Page 2: Asign EPM 414 Penilaian

Instrumen dalam kajian ini, iaitu skema analisis karangan dibina dalam dua versi,

iaitu untuk Tahap I dan Tahap II sekolah rendah. Bagi Tahap I dan Tahap II yang

mempunyai penekanan yang berbeza, senarai kecekapan menulis dikelompokkan

mengikut komponen yang berbeza. Tahap I mengandungi komponen (a) Menulis Asas,

(b) Wacana, dan (c) Tatabahasa, sementara Tahap II mengandungi komponen (a)

Sosiolinguistik, (b) Wacana, (c) Tatabahasa. Rujukan utama yang digunakan

termasuklah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidkan

Malaysia, 2003a) dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun

1 - 6 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003b) serta model komunikatif (lihat Hymes,

1972; Bachman, 1990; Hutchinson, 1990; dan Hashim, 2003 & 2005).

instrumen versi Tahap I yang mengandungi

komponen, subkomponen, dan item kecekapan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu

bagi Tahunl, Tahun 2, dan Tahun3. Dalam komponen kemahiran menulis asas, terdapat

subkomponen mekanis dan tulisan awal, iaitu menyalin, menulis, dan bina-Iengkapkan.

Dalam komponen wacana, terdapat subkomponen koheren dan kohesi. Koheren

bermaksud kecekapan menyusun idea dan membina makna, sementara kohesi merupakan

kecekapan menyusun ayat secara padu dan padat untuk membina teks. Komponen

tatabahasa pula mengandungi subkomponen aspek mekanis, morfologi, dan sintaksis

yang merupakan kecekapan memilih dan menggunakan tanda baca dan memilih

stukturstruktur bahasa yang betul untuk berkomunikasi. instrumen versi Tahap II yang

mengandungi komponen, subkomponen, dan item kecekapan bagi Tahun 4, Tahun 5, dan

Tahun 6. Disebabkan penekanan Tahap II ialah pengukuhan kemahiran menulis dan

penggunaannya dalam fungsi komunikasi, komponen menulis asas digantikan dengan

komponen sosiolinguistik. Komponen sosiolinguistik meliputi subkomponen tujuan

penulisan dan khalayaknya (pembaca), komponen wacana meliputi peratlian dan

pertautan, dan komponen tatabahasa mengandungi subkomponen mekanis, morfologi,

dan sintaksis.

Kedua-dua buah instrumen menggunakan skala Likert 5-mata bagi menilai

penguas:ulll kecekapan menulis dalam bahasa Melayu. Nilai mata dalam skala ialah:

Page 3: Asign EPM 414 Penilaian

I - Sangat lemah

Lemah

Sederhana

Baik

Sangat baik

Soalan haranganDua set soalan karangan bagi setiap tahap merupakan rangsangan kepada muriduntuk menghasilkan gerak balas dalam bentuk karangan yang akan dianalisis denganmenggunakan skema analisis karangan dalam pengumpulan data tentang kemahiran

menulis masing-masing. Kertas soalan karangan Tahap I dan Tahap II memakan masa

selama satu jam setengah setiap satu (Lihat Caudery, 1990; Weir,lgg3). Kertas soalan

Tahap I mengandungi soalan yang meminta murid menyusun gambar mengikut urutancerita; melengkapkan ayat berdasarkan gambar; menyusun dan menyalin perengganmenjadi karangan lengkap; dan menulis karangan berdasarkan satu tajuk pilihan yang

panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. Kertas soalan Tahap II pulamengandungi soalan yang meminta murid menulis dua buah karangan, iaitu jeniskeperihalan dan imaginatif yang kepanjangan setiap sebuah tidak kurang daripada 100

patah perkataan. Pembinaan soalan karangan dalam kajian ini dilakukan berdasarkan

pandangan Weir (1993) yang menyatakan tugasan bagi mengumpul data kecekapanmenulis memerlukan pemprosesan wacana dan pembinaannya yang menyamai situasi

sebenar. Kedua-dua set soalan bagi Tahap I dan Tahap II ini telah dirujuk kepada empat

orang guru berpengalaman mengajar bahasa Melayu di sekolah kebangsaan. Maklumbalas daripada mereka digunakan unfuk memumikan soalan-soalan karangan berkenaansebelum digunakan dalam kajian sebenar.

Page 4: Asign EPM 414 Penilaian

Skema analisis karangan versi Tahap I dan versi Tahap II merupakan dua buah

instumen utama yang digunakan untuk mengumpul data tentang Tahap penguasaan

kemahiran menulis dalam bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan. Analisis statistik

kebolehpercayaan jumlah-item dan korelasi skema dan komponen-

komponennyamenunjukkan bukti kebolehpercaarl yang sangat tinggi. Instrumen versi Tahap

I ini

mempunyai nilai alfa .99, sementara versi Tahap II juga mempunyai nilai alfa .99.

Koefisien kebolehpercayaan yang tinggi bagi kedua-dua buah instrumen ini disebabkan

sumbangan kebolehpercayaan yang sangat tinggi setiap subkomponen yang seterusnya

melonjakkan kebolehpercayaan komponen-komponennya. Bagi instumen versi Tahap I,

korelasi jumlah-item yang tinggi pada keseluruhannya tidak memerlukan pengguguran

item Bl3 (Melengkapkan ayat menggunakan peribahasa) yang agak lemah bagi

meningkatkan nilai alfa yang sekaligus membayangkan ketekalan dalamannya.

Demikian juga dengan instrumen versi Tahap II pula yang mempunyai koefisien

kebolehpercayaan sangat tinggi yang menunjukkan ketekalan dalaman.

Bukti ketekalan dalam kedua-dua buah instrumen ini turut diperkukuhkan dengan

hasil analisis korelasi skema dengan komponen, dan korelasi antara komponen.

Koefisien kebolehpercayaan instumen versi Tahap I adalah sangat tinggi, iaitu dengan

menulis asas (.98), dengan wacana (.97), dan dengan tatabatrasa (.9S). Koefisien

kebolehpercayaan instrumen versi Tahap II juga sangat tinggi, iaitu dengan

sosiolinguistik (.97), dengan wacana (.98), dan dengan tatabahasa (.98). Korelasi yang

sangat tinggi skema dengan setiap komponennya merupakan bukti ketekalan dalaman

seluruh instrumen (Anastasi, I 98S).

Di samping itu, korelasi adalah sangat tinggi antara komponen instrumen bagi

setiap versi. Bagi versi Tahap I, korelasi menulis asas dengan wacana ialah .92, menulis

asas dengan tatabahasa ialah .93, dan wacana dengan tatabahasa ialah .94, sementara bagi

versi Tahap II, korelasi sosiolinguistik dengan wacana ialah .95, sosiolinguistik dengan

tatabahasa ialah .92, dan wacana dengan tatabahasa ialah .95. Korelasi yang sangat

tinggi antara komponen instumen bagi kedua-dua versi menunjukkan hubungan yang

kuat antara komponen serta mentaksir gagasan yang sama, iaitu kemahiran menulis pada

Page 5: Asign EPM 414 Penilaian

Tahap I dan Tahap [I peringkat sekolah kebangsaan. Ini merupakan kesahan serentak

dalam satu alat, di samping bukti kesahan gagasan secara unitari (Messicks, 1993 &.

1ee4).

Bahagian B : Esei (10% – 5 halaman)

Tujuan: Menjalankan kajian tentang pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam bahasa Melayu di sekolah anda

Kaedah: Pilih beberapa guru bahasa Melayu dan temu bual mereka tentang pelaksanaan PBS. Beri tumpuan kepada berikut:

Adakah guru menyokong konsep PBS? Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi? Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard, evidens,

deskriptor, instrumen dan sebagainya? Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam? Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru? Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal instrumen? Sejauh manakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap murid? Adakah PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu? Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid? Lain-lain tentang PBS

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran

yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada

sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan ( berorientasi

peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set

indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji

penguasaan dan pencapaian.  Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana

memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu

sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang

dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek

kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS

dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi

pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif

Page 6: Asign EPM 414 Penilaian

(pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif

(pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:

Pentaksiran Sekolah

Pentaksiran Pusat

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Psikometrik

Pendapat Cikgu:

1.Cikgu Aisah bt. Sahran

Kaedah: Pilih beberapa guru bahsa Melayu dan temu bual mereka tentang pelaksanaan PBS.

Beri tumpuan kepada berikut:

Adakah guru menyokong konsep PBS?

Saya menyokong konsep PBS walaupun bukan secara menyeluruh .Dari satu aspek,saya

melihat PBS mampu melahirkan pelajar yang berdikari dan berani meluaskan

pendapat.Aktiviti cadangan kebanyakan memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka

sendiri jawapan dengan pementoran daripada guru.Guru kelihatan lebih mudah dari segi

tugasnya.Walaubagaimanapun,banyak guru merungut kerana untuk penilaian yang digunakan

pada akhirnya nanti tidak didedahkan.Sebilangan guru bimbang mereka tidak berjalan di atas

“track” yang sepatutnya.

Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi?

Latihan yang diberikan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab masih belum

mencukupi.Masalah berlaku apabila pihak yang bertanggungawab untuk menyampaikan

maklumat tentang PBS gagal untuk memberikan pemahaman yang sepatutnya diterima oleh

guru-guru akibat mereka sendiri yang kurang memahami konsep sebenar

PBS.Walaubagaimanapun saya percaya mereka ini juga mempunyai kekangan lain yang

menyebabkan keciciran maklumat.

Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard,evidens,descriptor,

Instrument dan sebagainya?

Terdapt perbezaan pengurusan PBS –bagi Tahap 1 dan Tahap 2.Bagi tahap 1,pengurusan

eviden,penentuan deskriptor masih dibuat sementara pada peringkat Tahap 2 eviden tidak

lagi perlu disimpan.Begitu juga standard penguasaan juga tidak sama di mana bagi Tahap 1

Page 7: Asign EPM 414 Penilaian

murid ditentukan dengan Band manakala bagi tahap 2 murid hanya dinilai sama ada

menguasai atau tidak menguasai.

Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam?

Ya,pihak guru rata-rata memerlukan latihan tentang pengurusan PBS secara lebih mendalam

dan berterusan.

Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru?

Berdasarkan pemerhatian saya sekarang guru-guru lebih banyak tugas untuk menyiapkan

dan menyediakan fail-fail berkaitan berbanding persediaan untuk mengajar murid.Kerisauan

sentiasa timbul apabila berlaku ketidakfahaman tentang pelaksanaan sebenar PBS.

Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal instrument?

Secara amnya penggubahan instrumen tidak banyak menimbulkan masalah.

Sejauh manakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap murid?

Kepelbagaian murid yang terdapat dalam satu kelas tidak dilihat sebagai masalah dalam

menetapkan Band murid.Tetapi masalah berlaku apabila berlainan,secara langsung

muridnya juga berbeza kebolehan dari kelas ke kelas.

Adakah PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu?

Dalam aspek P&P BM,kebanyakan aktiviti menjurus kepada pengujian lisan murid.Murid-

murid mempunyai lebih banyak peluang untuk mempraktik BM secara lisan dan

bertulis.Dalam PBS,setiap kemahiran (lisan,membaca,bertulis dan tatabahasa)diajar secara

lebih spesifik dan mendapat tumpuan yang sama dalam P&P.Jadi sudah pasti ini akan

menambahkan penguasaan dalam Bahasa Melayu.

Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid?

Setakat ini pihak guru masih tidak pasti tentang format penilaian yang akan dilakukan oleh

kementerian.Oleh itu,agak sukar untuk menilai keberhasilannya sama ada PBS berjaya

menunjukkan kemahiran sebenar murid atau sebaliknya.

Lain-lain tentang PBS

Kerja pendokumenterian yang terlalu terperinci menyebabkan penyediaan yang terlalu

memakan masa guru.Beban tugas lain juga memberikan tekanan kepada guru dalam

melaksanakan PBS secara sempurna seperti yang dikehendaki.

Pendapat Cikgu ke-2:

2.Zuraini bt.Seruji

Adakah guru menyokong konsep PBS?

Page 8: Asign EPM 414 Penilaian

Pada hakikatnya secara peribadi,saya tidak menyokong PBS terutama apabila kita lihat pada

peringkat pelaksanaannya.Pada peringkat inilah yang membebankan para guru,ditambah lagi

degan sistem yang terpaksa disimpan untuk beberapa tahun.Walaupun sekarang

menggunakan mod luar talian namun masih mengganggu pelaksanaan tugas asas guru iaitu

mengajar dan bukannya memberat pada tugas perkeranian.

Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi?

Langsung tidak mencukupi.Ramai dalam kalangan guru masih tidak memahami konsep

pelaksanaan PBS.Malah sekarang sudah hampir lima tahun namun para guru masih lagi keliru

terhadap PBS terutamanya pada aspek perbezaan pengistilahan yang diguna pakai bagi tahap

satu dan dua yang mempunyai perbezaan

Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard,evidens,descriptor,

Instrument dan sebagainya?

1.Standard prestasi garis panduan bagi asas pencapaian untuk menerangkan

penguasaan/pencapaian pelajar.

2.Eviden adalah agihan pengetahuan atau kemahiran mengikut objektif.

3.Descriptor pula ialah asas kefahaman/tahap atau penggredan seseorang pelajar.

4.Instrument ialah bahan untuk menguji setiap kemahiran.

Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam?

Sudah semestinya.Sepatutnya didedahkan kemahiran secara optimum sebelum pelaksanaan.

Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru?

Ya,tugas asas guru digannggu dengan kerja sampingan demi memenuhi kehendak “PBS”

pengajaran menjadi kurang fokus.Fokus asal diganggu dengan kerja perkeranian.Tersasar

daripada tugas khas iaitu mendidik.

Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal instrument?

Instrumen boleh didapati dengan mudah melalui pelbagai cara jadi tiada masalah,yang

menjadi masalah adalah penyimpanan kemasukan markah dan kemuncak hala tuju seperti

Tahun 6.Kita tidak didedah format ujian dengan lebih awal,inilah yang menjadi kekangan

kepada pendidik untuk melahirkan modal insan yang berkualiti.

Sejauh manakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap murid?

Tiada masalah sekiranya skema di ikuti secara holistik.

Adakah PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu?

Pada dasarnya tiada kajian sahih yang boleh digunapakai yang mengatakan PBS membantu

murid dalam penguasaan Bahasa Melayu.

Page 9: Asign EPM 414 Penilaian

Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid?

Tidak,ada kemahiran yang di ajar secara berulang semata-mata untuk membolehkan murid

menguasai.Penguasaan sebenar murid tidak dapat dinilai melalui PBS kerana sistemnya

amat membantu murid menguasai secara asal

Lain-lain tentang PBS

Perlu adakan program rintis di setiap negeri atau bahagian.

Latih para guru dengan kemahiran yang optimum.

Semua pihak perlu bersedia sebelum pelaksanaannya.