ayob hasan epm 414

28
BAHAGIAN A: Soalan a: Apakah pandangan UNESCO tentang kemahiran menulis ? Literasi bahasa atau pernah juga disebut sebagai kenal huruf atau celik huruf didefinisikan sebagai kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Dalam konteks soalan ini, merupakan Bahasa Melayu. Fungsi kemahiran untuk membaca dan menulis ini secara umumnya adalah untuk memenuhi tuntutan kehidupan seharian dan merupakan keperluan asasi setiap individu. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Atan Long dan rakan-rakan (1983) menyatakan bahawa kadar literasi di Malaysia ialah sebanyak 74 peratus dengan pecahan mengikut etnik dengan etnik Melayu sebanyak 47 peratus, etnik Cina sebanyak 39 peratus dan etnik India pula sebanyak 37 peratus manakala kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara (1996) telah menunjukkan 93 peratus rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas adalah literat, iaitu daripada kalangan yang telah mendapat pendidikan formal di sekolah rendah. Kadar yang dinyatakan oleh kedua-dua kajian tersebut adalah tinggi jika dibandingkan dengan kajian yang telah dijalankan oleh UNESCO (1995) di mana kadar literasi rakyat Malaysia ialah 83 peratus berbanding dengan Indonesia sebanyak 93.8 peratus, Filipina 94.65 peratus, Singapura 91.1 peratus dan Thailand sebanyak 93.8 peratus. Namun begitu, menurut Mariam & Awang Had Salleh (1997), kajian tersebut lebih Page | 1

Upload: khazanah-belantara

Post on 11-Sep-2015

30 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

epm 414

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A:

Soalan a:Apakah pandangan UNESCO tentang kemahiran menulis ?

Literasi bahasa atau pernah juga disebut sebagai kenal huruf atau celik huruf didefinisikan sebagai kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Dalam konteks soalan ini, merupakan Bahasa Melayu. Fungsi kemahiran untuk membaca dan menulis ini secara umumnya adalah untuk memenuhi tuntutan kehidupan seharian dan merupakan keperluan asasi setiap individu. Satu kajian yang telah dijalankan oleh Atan Long dan rakan-rakan (1983) menyatakan bahawa kadar literasi di Malaysia ialah sebanyak 74 peratus dengan pecahan mengikut etnik dengan etnik Melayu sebanyak 47 peratus, etnik Cina sebanyak 39 peratus dan etnik India pula sebanyak 37 peratus manakala kajian yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara (1996) telah menunjukkan 93 peratus rakyat Malaysia yang berumur 10 tahun ke atas adalah literat, iaitu daripada kalangan yang telah mendapat pendidikan formal di sekolah rendah.Kadar yang dinyatakan oleh kedua-dua kajian tersebut adalah tinggi jika dibandingkan dengan kajian yang telah dijalankan oleh UNESCO (1995) di mana kadar literasi rakyat Malaysia ialah 83 peratus berbanding dengan Indonesia sebanyak 93.8 peratus, Filipina 94.65 peratus, Singapura 91.1 peratus dan Thailand sebanyak 93.8 peratus. Namun begitu, menurut Mariam & Awang Had Salleh (1997), kajian tersebut lebih tertumpu pada kemahiran membaca berbanding dengan kemahiran menulis.Menurut UNESCO (1980), kemahiran menulis merupakan sebahagian daripada kemahiran literasi yang merupakan salah satu hak asasi individu yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan terhadap rakyatnya. Ianya merupakan sebahagian daripada keperluan literasi yang penting dalam keperluan manusia. Memandangkan kemahiran literasi menulis dianggap sebagai keperluan asa manusia, maka setiap kerajaan yang wujud adalah bertanggungjawab menyediakan rakyatnya dengan kemahiran tersebut melalui penyediaan sumber pembelajaran, prasarana dan sebagainya bagi memenuhi keperluan tersebut. Fungsi utama kemahiran menulis ialah untuk berkomunikasi bagi menyelesaikan masalah harian dalam hal pendidikan, social dan pekerjaan.

Soalan b :Terangkan instrumen mengukur kemahiran menulis yang digunakan dalam kajian ini?

Kajian ini dijalankan dengan melibatkan aktiviti pengumpulan data tentang penguasaan kemahiran menulis murid di sekolah rendah melibatkan kedua-dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap II. Untuk proses pengumpulan data kajian ini, pengkaji telah melibatkan pembinaan dua buah instrument utama iaitu skema analisis karangan versi Tahap I dan versi Tahap II serta dua set soalan mengikut tahap tersebut. Seterusnya dua buah jadual matriks yang mengandungi tanda aras kemahiran menulis mengikut tahap penguasaan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu akan dihasilkan oleh pengkaji daripada data analisis.Skema karangan yang dibina mengikut versi berdasarkan tahap ini mempunyai penekanan yang berbeza, begitu juga dengan senarai kecekapan menulis yang dikelompokkan mengikut komponen yang juga berbeza-beza. Bagi Tahap I, ianya mengandungi tiga komponen yang berikut, iaitu :i.Menulis asasii.Wacanaiii.TatabahasaManakala bagi Tahap II pula, ianya mengandungi tiga komponen yang berikut, iaitu:i.Sosiolinguistikii.Wacanaiii.Tatabahasa.Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia :2003a dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 1 hingga 6, Kementerian Pendidikan Malaysia : 2003b serta model komunikatif (lihat Hymes, 1972; Bachman, 1990; Hutchinson, 1990; dan Hashim, 2003 & 2005) dijadikan sebagai rujukan utama dalam pembinaan instrument tersebut.Untuk versi Tahap I, kandungan instrument tersebut mengandungi komponen, subkomponen dan item kecekapan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu bagi Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Subkomponen mekanis dan tulisan awal, iaitu menyalin, menulis dan bina-lengkapkan terdapat dalam komponen kemahiran menulis asas. Manakala dalam komponen wacana pula, terdapat subkomponen koheran iaitu kecekapan menyusun idea serta membina makna dan kohensi iaitu kecekapan menyusun ayat secara padu dan padat untuk membina teks. Bagi komponen tatabahasa pula, ianya mengandungi subkpmponen aspek mekanis, morfologi dan siktaksis yang merupakan kecekapan memilih dan menggunakan tanda baca serta memilih struktur-stuktur bahasa yang betul untuk berkomunikasi. Keseluruhan skema tersebut yang mengandungi 33 item ditunjukkan oleh pengkaji dalam Jadual 1.1 artikel tersebut.Instrumen versi Tahap II pula mengandungi komponen, subkomponen dan item kecekapan yang dibina untuk Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Komponen sosiolinguistik digunakan dalam versi ini bagi menggantikan komponen asas kerana pada Tahap II penekanan diberikan untuk pengukuhan kemahiran menulis dan penggunaannya dalam fungsi komunikasi. Bagi komponen sosiolinguistik ini, ia meliputi subkomponen tujuan penulisan dan khalayaknya iaitu pembaca, komponen wacana pula meliputi pertalian dan pertautan manakala komponen tatabahasa mengandungi subkomponen mekanis, morfologi dan siktaksis. Kesemua instrument versi Tahap II yang mengandungi 31 item kecekapan menulis ditunjukkan oleh pengkaji dalam Jadual 1.2 artikel tersebut.Dua set soalan karangan bagi setiap tahap menjadi rangsangan kepada murid untuk menghasilkan gerakbalas dalam bentuk karangan yang akan dianalisis dengan menggunakan skema analisis dalam pengumpulan data tentang kemahiran menulis tersebut. Setiap kertas karangan tersebut memakan masa selama satu jam setengah setiap satunya. Bagi kertas karangan Tahap 1, ia mengandungi soalan yang meminta murid menyusun gambar mengikut urutan cerita, melengkapkan ayat berdasarkan gambar menyusun dan menyalin perenggan menjadi karangan lengkap dan menulis karangan berdasarkan satu tajuk pilihan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. Tahap II pula mengandungi soalan yang meminta murid menulis dua buah karangan iaitu jenis keperihalan dan imaginative yang panjangnya tidak kurang daripada 100 patah perkataan. Setiap pembinaan karangan ini dilakukan berdasarkan pandangan Weir (1993).Untuk sampel kajian pula, karangan yang dihasilkan oleh murid Tahap I ( Tahun2 dan Tahun 3) dan murid Tahap II ( Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 ) yang telah melalui pengalaman mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun dan diperakui oleh sekolah masing-masing sebagai murid yang mencapai tahap sekurang-kurangnya mengenal huruf dan menulis awal.Kedua-dua buah instrument ini akan menggunakan sekala Likert 5 mata bagi menilai penguasaan kecekapan menulis dalam Bahasa Melayu. Ianya melibatkan seramai 50 orang murid Tahun 3 dan 50 orang murid Tahun 6 di sebuah sekolah rendah dalam Daerah Kuala Muda, di negeri Kedah.

Soalan c :Jelaskan secara ringkas dapatan umum kajian ini ?

Dapatan daripada kajian ini telah ditunjukkan oleh pengkaji dalam dua jadual yang telah dianalisis mengikut versi yang telah ditentukan iaitu Jadual 1.3 untuk versi Tahap 1 (Tahun 3) dan Jadual 1.4 untuk versi Tahap 11 (Tahun 6). Dapatan-dapatan daripada kajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang kecekapan kemahiran berkomunikasi murid sekolah rendah di Malaysia, iaitu generasi yang akan mendukung tanggungjwab bagi merealisasikan wawasan 2020 ke arah membin sebuah Negara maju melalui penguasaan il mu dan teknologi canggih dengan jati diri tempatan.Pada dasarnya kajian ini dijalankan untuk mengumpul data tentang tahap penguasaan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu murid sekolah kebangsaan. Analisis static kebolehpercayaan jumlah-item dan kolerasi skema bagi kedua-dua versi menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang sangat tinggi dengan bacaan versi kedua-dua versi juga mempunyai nilai alfa 0.99. Koefisien kebolehpercayaan yang tinggi bagi kedua-dua versi tersebut disebabkan sumbangan kebolehpercayaan yang juga sangat tinggi bagi setiap subkomponen. Ini seterusnya telah melonjakkan kebolehpercayaan setiap komponennya.Bukti ketekalan dalam kedua-dua versi tersebut diperkukuhkan dengan hasil analisis korelasi skema dengan komponen dan kolerasi antara komponen. Bacaan bagi setiap versi adalah sangat tinggi bagi koefesien kebolehpercayaan instrument di mana bagi versi Tahap 1, bacaan nilai alfa untuk menulis asas ialah 0.98, wacana 0.97 dan tatabahasa pula menunjukkan bacaan alfa 0.98. Untuk versi Tahap 11 pula, bacaan alfa bagi kebolehpercayaan instrument ialah 0.97 bagi sosiolinguistik dan berkongsi bacaan yang sama iaitu 0.98 bagi wacana dan tatabahasa.Secara keseluruhannya bagi analisis versi Tahap 1 sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.3 dalam artikel tersebut adalah berdasarkan kepada 33 taburan item yang telah dijalankan oleh pengkaji. Dapatan min skor bagi item-item tersebut adalah di antara 2.10 hingga 3.57, manakala sisihan piawainya pula adalah di antara 0.69 hingga 1.0.Berdasarkan kepada Jadual 1.3, data analisis bagi kajian versi Tahap I menunjukkan dapatan bagi nilai alfa skema tersebut sangat tinggi iaitu sebanyak 0.99, begitu juga dengan nilai-nilai alfa bagi setiap pecahan komponen dan subkomponen berada pada paras sangat tinggi. Bagi komponen wacana, menulis asas dan tatabahasa, nilai alfa berada di antara 0.97 dan 0.98 dengan komponen menulis asas dan tatabahasa menduduki nilai yang tertinggi itu manakala bagi subkomponen skema berada pada nilai alfa 0.91 bagi pertalian atau koheran hingga kepada nilai tertinggi iaitu 0.97 bagi pertautan atau kohensi dalam komponen wacana dan morfologi dalam komponen tatabahasa.Namun begitu, dua item kecekapan menulis iaitu Bina13 dalam komponen menulis asas mempunyai nilai korelasi jumlah yang rendah dengan bacaan 0.33 manakala bacaan min ialah 2.53 dan sisihan piawai 0.69 sahaja. Begitu juga dengan Tali15 dalam komponen menulis asas dan subkomponen bina-lengkap dimana bacaan kolerasi jumlah berada pada bacaan yang agak rendah iaitu 0.63 sahaja manakala min pada bacaan 3.26 (sp=1.06). Walaupun terdapat dua item yang mempunyai kolerasi jumlah yang agak rendah dan sederhana, ianya tidak menjejaskan kebolehpercayaan subkomponen masing-masing di mana kesemua subkomponen tersebut menunjukkan bacaan yang tinggi.Kebolehpercayaan bagi jumlah item bagi analisis untuk skema karangan versi Tahap 11 pula ditunjukkan dalam Jadual 1.4 bagi 31 taburan item kajian yang dijalankan. Min skor bagi analisis item versi Tahap 11 pula berada pada bacaan 3.18 hingga 4.02 manakala sisihan piawai berada di antara 0.93 hingga 1.17.Kebolehpercayaan komponen dan subkomponen menunjukkan bacaan alfa yang tinggi iaitu di antara 0.95 hingga 0.98 manakala kebolehpercayaan skem pada bacaan alfa 0.99. Bagi kolerasi jumlah pula, nilai bacaan paling rendah ialah 0.85 bagi item Meka22 di bawah komponen tatabahasa dan subkomponen mekanis manakala nilai min ialah 4.02 dan 1.15 bagi sisihan piawai. Kehadiran semua item dengan bacaan alfa yang tinggi ini telah menyumbang kepada kebolehpercayaan yang sangat tinggi bagi setiap subkomponen skema.Dapatan untuk kolerasi skema analisis karangan versi Tahap 1 seperti pada Jadual 1.5 pula menunjukkan bacaan yang amat tinggi iaitu nilai alfa melebihi 0.97. Ianya begitu signifikan dengan setiap komponennya iaitu menulis asas, wacana dan tatabahasa. Manakala kolerasi antara komponen juga sangat tinggi dan signifikan tetapi lebih rendah berbanding dengan koefeisien kebolehpercayaan dengan bacaan alfa diantara 0.92 hingga 0.94 sahaja. Dengan itu menurut Crocker dan Algina (1986) dan Anastasi (1988), skema tersebut mempunyai kesahan dalaman dan kesahan pembezaan yang membuktikan kesahan gagasan instrument.Dapatan untuk skema analisis versi Tahap 11 pula seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.6 juga menunjukkan skema tersebut mempunyai kolerasi yang amat tinggi dan signifikan dengan setiap komponennya iaitu sosiolinguistik, wacana dan tatabahasa dimana bacaan alfa melebihin 0.97 manakala kolerasi antara komponen juga didapati sangat tinggi dan signifikan dengan nilai bacaan antara 0.92 hingga 0.95. Namun begitu, bacaan tersebut lebih rendah sedikit jika dibandingkan dengan koefisien kebolehpercayaan. Berdasarkan dapatan tersebut, kesimpulan yang boleh dilakukan menurut Crocker dan Algina (1986) dan Anastasi (1988), skema tersebut mempunyai kesahan dalaman dan kesahan pembezaan yang membuktikan kesahan gagasan instrument.

BAHAGIAN B

PendahuluanSistem pendidkkan Negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong murid belajar dan menghafal untuk lulus dalam setiap peperiksaan. Pengetahuan yang diterima dengan cara ini tidak akan kekal. Ini bermakna kejayaan dalam peperiksaan tidak memberikan gambaran sebenar tentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia atau KPM telah melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosuder yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ia merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh guru dan pihak sekolah.Namun begitu, sejak pelaksanaan PBS dijalankan banyak keluhan dari guru-guru tentang PBS itu sendiri. Pelbagai komen serta pandangan yang menjurus ke arah usaha agar pihak KPM memansuhkan terus pelaksanaan PBS. Justeru itu, satu kajian telah dijalankan di sekolah saya bagi mendapatkan maklumbalasa berkaitan pelaksanaan PBS di sekolah saya sendiri dengan menggunakan kaedah temu bual secara berstruktur. Respondan bagi kajian ini ilah 5 orang guru Bahasa Melayu di sekolah saya dan tempoh perkhidmatan mereka sebagai guru telah melebihi 15 tahun pengalaman.

Pengenalan PBSPenilaian Berasaskan sekolah (PBS) dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia merupakan penilaian holistic yang menilai aspek kognitif iaitu intelek, afektif iaitu rohani dan emosi, dan aspek psikomotor iaitu fizikal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) atau Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).Objektif pelaksanaan PBS ini adalah untuk mendapatkan gambaran keseluruhan potensi murid, memantau pembangunan individu bagi membantu untuk meningkatkan potensi diri dan membuat laporan yang bermakna kepada pembelajaran murid. Komponen PBS pula terdiri daripada bidang akademik iaitu Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), dan bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012), kedua-dua bidang tersebut memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Kaedah TemubualTerdapat beberapa jenis instrument digunakan untuk mengumpulkan maklumat dalam sebarang penyelidikan. Kaedah temubual secara berstruktur dijalankan dalam kajian ini bagi mendapatkan maklum balas atau maklumat berkaitan PBS dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah saya. Seramai 5 orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu telah dipilih sebagai respondan kajian bagi mendapatkan persepsi mereka terhadap pelaksanaan PBS.Menurut Merriem (1998), penggunaan temubual berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Soalan temubual berstruktur ini telah ditetapkan atau digubal oleh saya sendiri berdasarkan kepada kehendak soalan bagi tugasan EPM 414 dan dijalankan selama seminggu akibat kekangan masa samada masa saya sendiri atau pun masa respondan yang terlibat.Chia Chiow Ming et. Al (2013) menyatakan bawaha temubual dijalankan untuk meneroka dan memperolehi maklumat secara mendalam. Temubual dijalankan secara bersemuka. Setiap temubual tersebut kemudiannya telah ditranskripkan supaya saya lebih memahami isi-isi perbualan antara saya dan respondan. Setiap respondan bagi temubual ini saya rahsiakan namanya dan nama-nama respondan saya kenalpasti melalui kod khas iaitu dikenali sebagai Guru 1 bagi responding pertama dan begitulah seterusnya sehingga kepada respondan yang kelima.

Laporan Dapatan TemubualDi dalam kajian ini, saya hanya menggunakan kaedah temubual berstruktur sebagai cara untuk mengumpulkan data sepanjang kajian dijalankan. Guru-guru yang terlibat sebagai respondan hanya perlu menjawab dengan menandakan pilihan jawapan YA atau TIDAK pada soalan temubual yang dijlankan. Di akhir soalan tersebut, saya menyediakan ruangan komen untuk respondan meluahkan apa yang terbuku dihati berkaitn dengan pelaksanaan PBS secara bertulis. Hasil daripada analisis dapatan temubual tersebut telah dapat membantu saya untuk menyiapkan laporan bagi memenuhi kehendak soalan tugasan bagi kod mata pelajaran EPM414, Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Dapatan daripada soalan temubual berstruktur yang telah saya laksanakan kepada 5 orang guru yang menjasi respondan kepada kajian ringkas saya ini adalah seperti dalam Jadual 1 berikut :

Jadual 1 : Dapatan Hasil Temubual Berstruktur Guru Mengenai PBSBilSoalanBil. Jawapan

YATIDAK

1Adakah guru menyokong konsep PBS ?5

2Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi ?5

3Adakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard, evidens, descriptor, instrument dan sebagainya ?5

4Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam ?5

5Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru ?5

6Adakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap murid ?5

7Adakah PBS membantu dalam penguasaan Bahasa Melayu ?5

8Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid ?5

9Adakah guru menghadapi masalah ketika menggubal instrument?5

10Adakah guru setuju jika PBS dimansuhkan5

Berdasarkan Jadual 1 tersebut jelas menunjukkan bahawa kelima-lima respondan memberikan jawapan TIDAK berkaitan dengan item-item soalan yang diajukann kepada mereka berkaitan dengan PBS ini. Mereka benar-benar tidak bersetuju dalam apa juga bentuk soalan yang diajukan tentang PBS. Pada mereka, PBS bukan memberikan kebaikan kepada guru tetapi lebih kepada beban kerja yang terpaksa ditanggung oleh mereka selain beban-beban sedia ada yang harus diselesaikan oleh setiap guru yang mengajar di sekolah. Guru bukan sahaja mengajar tetapi juga terpaksa melakukan beban perkeranian yang lainna seperti menyiapkan fail mesyuarat, membuat perancangan untuk aktiviti sekolah, menjalankan kegiatan kokurikulum, merawat murid dan pelbagai lagi beban tugas yang sedikit sebanyak memerlukan pengorbanan dan komitmen yang amat tinggi daripada guru.Betul sistem ini diperkenalkan oleh Kementerian setelah beberapa kali mesyuarat diadakan. Betul sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara. Betul tujuan sistem ini baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. Tetapi apakah sistem ini betul-betul baik untuk meningkatkan mutu pendidikan negara? Apakah sistem ini betul-betul boleh diterima oleh para guru? Persoalan tersebut diberikan oleh guru yang menjadi respondan di akhir ruangan komen yang saya sediakan diakhir soalan temubual yang dikemukakan. Guru merungut tentang hal in sejak ia mula dilaksanakan pada tahun 2011. Ada yang menulis pelbagai komen di media-media social tentang masalah yang harus mereka pikul apabila PBS ini dilaksanakan. Apa yang lemahnya dengan sistem ini? Lemahnya bukanlah pada tujuannya yang baik iaitu untuk menilai potensi murid, memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid; dan membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu. Tetapi lemahnya sistem ini adalah pada penggunaan sistem memasukkan datanya yang tidak boleh comply dengan beban data semasa. Sistem Pangkalan Data PBS amat lemah. Justeru lemahnya sistem data PBS ini, maka guru perlu memasukkan data pada waktu lewat malam. Akibatnya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran. Akibatnya, murid tidak mendapat pembelajaran yang sempurna kerana waktu guru dihabiskan pada tugas perkeranian, bukan pada tugas hakikinya. Ini kerana selain sibuk memasukkan data, guru juga sibuk mengemaskan rekod.Guru juga terpaksa menyiapkan kerja-kerja PBS sendiri seperti membina instrumen soalan, menanda dan menyemak kertas soalan. Selepas itu, guru perlu mengadakan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan kemahiran insaniah yang lain. Guru kadang-kadang terpaksa lepaskan murid ke aras band yang lebih tinggi biarpun arasnya belum dicapai. Selain itu, guru perlu mengurus fail pelajar yang mungkin mencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail berkenaan serta memasukkan ratusan band pelajar ke dalam sistem. Secara umumnya, guru tidak setuju dengan pelaksanaan PBS bukanlah kerana tidak mahu menerima perubahan berkaitan dengan corak pentaksiran yang mereka amalkan di sekolah. Mereka semua faham konsep PBS itu sendiri dan menyokongnya. Ini jelas berdasarkan kepada Jadual 1 yang ditunjukkan, semua respondan memberikan jawapan YA apabila ditanya adakah guru menyokong konsep PBS dalam Item 1 soalan temubual. Namun begitu, apa yang mendorong guru menentang pelaksanaannya adalah kerana kelemahan dari segi pelaksanaan, latihan, beban kerja guru dan sebagainya. Tugas guru adalah untuk mengajar dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh KPM tetapi apabila wujudnya PBS ini, guru-guru terpaksa melakukn tugas-tugas perkeranian melebihi daripada tugas sebagai seorang pendidik itu sendiri.Oleh itu, jika Kementerian Pendidikan Malaysia serta kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengan sistem yang tidak mesra pengguna.Tugas mengajar ini seronok dan mulia. Maka, jangan bebankan para guru dengan perkara yang tidak sepatutnya

Rumusan TemubualPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan penambahbaikan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR. Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapatbukupanduan pengurusan dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolahyang boleh dijadikan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir murid-murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-murid, Pentaksiran pusat (PS) dan Pentaksiran Sekolah (PS) yang memainkan peranan. Pentaksiran pusat (PS) adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus kepada bidang akademik yang mana berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis pentaksiran sekolah iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni murid-murid. Disamping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan pentaksiran yang dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk melaksanakan sistem ini di sekolah.Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu, Ia merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid.Salah satu kelebihannya ialah, Pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru, murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Malahan, pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi menilai murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang dirangka untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-kemahiran yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Ianya suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am dan Ujian Aptitud Khusus. Yang mana, Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid secara hierarki juga mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner. Yang mana beliau percaya bahawa manusia itu diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata tetapi mempunyai sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal, kreativiti, muzik, naturalis, visual, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan logik matematik.Inventori Personaliti pula ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap murid. ianya bertujuan membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti anaknya dan menyedari potensi diri mereka. Disamping itu, pihak sekolah dapat menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu murid-murid.Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Maka dengan itu, kementerian pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses pementoran, penyelarasan, pemantauan dan pengesanan.Selain daripada itu, pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa langkah untuk mengkaji kelemahan dan kebaikan perlaksanaan sistem PBS ini. Antaranya ialah menyediakan sebuah portal rasmi maklumat berkaitan PBS yang terkandung di dalamnya sebuahkajian soal selidikmengenai tahap kesediaan guru melaksanakan PBS. Kajian soal selidik tersebut wajib diisi oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan tingkatan satu. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru dan dapatan soal selidik tersebut dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.

BAHAGIAN C :

Rasional PemilihanPemilihan instrument #1 dan instrument #2 adalah berdasarkan kepada DSKP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti mana yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau KSSR.Berdasarkan kepada instrument tersebut, pemilihan pernyataan standard adalah bagi memenuhi Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) bagi tahun-tahun tertentu murid iaitu Tahun 3 bagi instrument yang diberikan. Manakala pemilihan descriptor dan evidens adalah untuk membuat pentaksiran di dalam kelas terhadap penyataan standard yang telah dipelajari oleh setiap murid mengikut RPT dan RPH yang telah dirancang oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.Membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan asas pembentukan diri ke arah memperoleh ilmu pengetahuan. Tujuan membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca. Sementara itu, kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.

Definisi dan Ciri-ciri Deskriptor dan EvidensDeskriptor merupakan pernyataan tentang apa yang murid tahu dan boleh lakukan di dalam proses pembelajaran seperti mana yang telah ditetapkan oleh DSKP mata pelajaran. Evidens pula merupakan bahan bukti yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan Jawatankuasa PBS. Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan manakala evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dlam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.Ciri-ciri evidens adalah seperti berikut :i. Sah iaitu evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan/pencapaian standard yang telah ditetapkan.ii. Autentik iaitu murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerja sendiri.iii. Kecukupan iaitu evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan kemampuan murid.iv. Semasa iaitu evidens dapat membuktikan murid dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa.v. Tekal iaitu evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dengan membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

Penggubalan InstrumenPenggubalan sesuatu instrumen perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran. Pengubalan instrumen perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JPU, pembinaan item instrumen, membuat instrumen rintis dan memurnikan item instrumen. Akhir sekali, sebelum instrumen tersebut ditadbirkan, item-item instrumen hendaklah dinilai guru mata pelajaran tersebut Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item instrumen dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JPU (Test Specification Table) adalah carta duahala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JPU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item instrumen pula, JPU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JPU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, guru perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Struktur ayat pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis Objektif yang berbentuk melengkapkan ayat atau soalan jenis Subjektif yang berbentuk menggubal ayat-ayat. Seterusnya jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu pentaksiran. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan pentaksiran bermaksud keupayaan sesuatu pentaksiran itu memberi markah yang sama, sekiranya murid menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pentaksiran pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang pentaksiran itu ingin mengukur. Sumber-sumber yang digunakan pula adalah merujuk kepada DSKP mata pelajaran serta tahun mata pelajaran itu di ajar. Guru haruslah lebih peka tentang kehendak serta matlamat setiap jenis soalan pentaksiran yang hendak digubal supaya matlamat sebenar PBS itu akan tercapai.

RUJUKAN

1.Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kamarudin Hj. Husin & Kamarul Azhar. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 1994.

3.Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

4.Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.

5.KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa. Kamarudin Hj Husin. Vinlin Press SdnBhd. Kuala Lumpur . 1989.

6.Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.

7.Musa Mohd Hisham, (1997). Penggunaan Bahan Bantu Belajar Dalam Bahasa Melayu, dlm. Jurnal Dewan Bahasa. 3 Mac 2010

8.Murid dan Alam Belajar untuk PPPRP4T. Chong Lean Keow. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Selangor. 2008.

9.Ngui Kuen Sang (1981: 35 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman

10.AlimudinHajiMohdDom(1988).TanggapanPelajarterhadapPerkhidmatanBimbingandanKaunselingDienambuahSekolahMenengahdiPerak.ThesisUniversitiPertanianMalaysia(Tidakditerbitkan)Page | 17