asigment pn faizah

12
1.0 PENGENALAN Bahasa sapaan dikenali juga dengan nama bahasa panggilan atau panggilan hormat. Ia merupakan salah satu dalam aspek kesantunan berbahasa. Bahasa sapaan ini merupakan salah satu daripada aspek kesantunan berbahasa.Boleh dalam semua masyarakat di seluruh dunia mempunyai bahasa sapaan masing- masing baik masyarakat itu dalam kalangan etnik orang asli atau lebih dikenali etnik minoriti dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan bahasa tidak pernah menghalang untuk belakunya bahasa sapaan antara satu kelompok etnik dengan etnik yang lain namun konsepnya masih tidak berubah dan ia digunakan secara meluas untuk menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan lebih berkesan antara satu sama lain. Bahasa sapaan amat unik kerana ia mengandungi panggilan yang berbeza-beza contohnya seorang anak tidak boleh memanggil ibu atau bapanya dengan bahasa sapaan mereka dengan panggilan mereka gunakan ketiga berkomunikasi dengan rakab-rakan begitu juga seorang rakyat biasa tidak bolehmenggunakan bahasa sapaan yang digunakan ketika mereka berkomunikasi dengan kerabat-

Upload: hanna-hj-ibrahim

Post on 25-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kerja

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALANBahasa sapaan dikenali juga dengan nama bahasa panggilan atau panggilan hormat. Ia merupakan salah satu dalam aspek kesantunan berbahasa. Bahasa sapaan ini merupakan salah satu daripada aspek kesantunan berbahasa.Boleh dalam semua masyarakat di seluruh dunia mempunyai bahasa sapaan masing-masing baik masyarakat itu dalam kalangan etnik orang asli atau lebih dikenali etnik minoriti dalam sesebuah masyarakat. Perbezaan bahasa tidak pernah menghalang untuk belakunya bahasa sapaan antara satu kelompok etnik dengan etnik yang lain namun konsepnya masih tidak berubah dan ia digunakan secara meluas untuk menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan lebih berkesan antara satu sama lain.Bahasa sapaan amat unik kerana ia mengandungi panggilan yang berbeza-beza contohnya seorang anak tidak boleh memanggil ibu atau bapanya dengan bahasa sapaan mereka dengan panggilan mereka gunakan ketiga berkomunikasi dengan rakab-rakan begitu juga seorang rakyat biasa tidak bolehmenggunakan bahasa sapaan yang digunakan ketika mereka berkomunikasi dengan kerabat-kerabat istana atau mereka mempunyai jawatan-jawatan penting dalam masyarakat. Jika penggunaan bahasa sapaan tidak digunakan dengan betul maka pincanglah hubungan dan akan menjejaskan ikatan sosial dalam kalangan masyarakat.Hubungan antara bahasa dan masayarakat memainkan peranan yang amat penting dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi menjadikan bahasa itu terus subur dan berkembang masyarakat merupakan faktor terpenting ubtuk menggerakkannya begitu juga dengan masyarakat amat memerlukan bahasa untuk meneruskan kelangsungan dan melancarkan urusan seeharian dalam kehidupan mereka.

Daripada hubungan timabal balik ini akan membentuk satu budaya. Orang India mengucapkan namaste sambil menyusun tangan ke hidung dan menundukkan kepala manakala orang Melayu mengucapkan selamat datang /Assalamualaikum sambil menghulurkan tangan dan bersalam dan orang Inggeris akan menyambut seseorang dengan ucapan welcome sambil mengangkat topi sebagi tanda hormat.Semua perlakuan yang dinyatakan ini membuktikan sifat dan kesantunan dalam berbahasa amat penting dan salin berkait rapat antara bahasa dan masyarakat. Jika orang Melayu mengucapkan selamat datang dan assalamualaikum sambil mengangkat topi sudah tentulah jati diri dan orang Melayu sudah hilang ini kerana dalam masyarakat Melayu tidak pernah wujud perbuatan mengangkat topi bagi tujuan mengucapkan selamat datang dan penggunaan topi itu sendiri bukan budaya masyarakat Melayu. Jadi, tidak hairanlah perbuatan itu tidak dapat diterima oleh akal orang Melayu.Dalam berbahasa ini jelaslah kita dapat menyoroti bahawa setiap bahasa yang digunakan adalah bersesuaian dengan iklim persekitaran penutur itu sendiri. Bahasa merupakan satu faktor yang penting bagi memastikan bahasa itu terus subur dan berkembang seperti bahasa Melayu terus utuh digunakan oleh penutur orang Melayu manakala bahasa Thai terus di gunakan dalam lingkungan masyarakat berbangsa Thailand.Hubungan timbal balik bahasa ini dengan budaya pernah ditegaskan oleh Charlton Laird beliau menyatakan tanpa bahasa tidak akan ada bangsa dan tanpa tulisan bangsa itu tidak akan bertamadun.

2.0 Definisi Bahasa Sapaan Menurut Prasithrathsint dan Tingsbadh (1985) yang dipetikan oleh Sumalee Nimmanupap (1994) bahasa sapaan ialah penggunaan sesuatu perkataan yang merujuk pada orang yang disapa. Walaupun bahasa dicipta sewenang-wenang (arbitrari), namun bentuk sapaan atau panggilan yang digunakan tidak sewenang-wenang. Penggunaan kata sapaan adalah bergantung pada ikatan dan hubungan sosial penutur dengan pendengar. Manakala Sumalee Nimmanupap berpendapat bahasa sapaan atau panggilan adalah merujuk pada perkataan tertentu yang digunakan oleh seseorang kepada seseorang individu dalam komunikasi mereka. Pemilihan dan penggunaan kata sapaan bergantung pada hubungan sosial antara penutur dengan pendengar. Sumalee Nimmanupap membanding bahasa sapaan dalam masyarakat Thai dengan bahasa sapaan dalam masyarakat Melayu. Beliau mendapati bahasa sapaan masyarakat Thai dan Melayu mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan atasan (istana) dan lapisan bawahan (rakyat). Setiap lapisan itu mempunyai kata sapaan yang berbeza.Menurut pendapat Awang Serian ( Darihal Bahasa 2012, Dewan Bahasa ) men yatakan Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi. Sistem sapaan berperanan sebagai penghubung langsung antara pihak yang menyapa dengan pihak yang disapa. Bentuk sapaan menjadi unsur wacana yang penting dalam pelbagai komunikasi manusia dan perlu digunakan dengan tepat menurut sistem yang diterima oleh masyarakat atau oleh pihak yang diberi wibawa menentukannya.

Manakala Amat Juhari Moain dalam bukunyaSistem Panggilan dalam Bahasa Melayumembahagikan sistem sapaan dalam bahasa Melayu seperti yang berikut Susunan kata yang digunakan pada masa membuat sapaan dan panggilan, iaitu pertama, sapaan yang lengkap dengan kata rujukan kehormat, gelaran atau pangkat yang disandang dan nama peribadi yang lengkap; dankedua sapaan ringkas yang menyebut nama gelaran dan/atau pangkat dengan atau tanpa nama peribadi.seterusnya sebutan senarai orang yang disapa daripada peringkat yang paling kanan hingga peringkat yang di bawahnya.Kata ganti nama diri merupakan bentuk yang lebih umum dan lebih kerap digunakan, serta kurang kompleks berbanding dengan bentuk sapaan yang lain. Kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.Bentuk kata ganti nama diri bergantung pada kata ganti nama diri itu digunakan, sama ada dalam suasana dan urusan rasmi atau dalam suasana dan urusan tidak rasmi. Jumlah kata ganti nama diri yang digunakan untuk suasana dan urusan rasmi agak kecil, misalnyasaya, kami, kita, tuan, puan, beliau, dia, iadanmereka.Sebaliknya, kata ganti nama diri yang digunakan dalam suasana dan urusan tidak rasmi amat banyak. Hal ini disebabkan oleh banyaknya dialek yang ada dalam bahasa Melayu dan dapat dikatakan bahawa dalam setiap dialek terdapat kata ganti nama diri yang tersendiri.Kesemua pandangan yang diberikan dapatlah disimpulkan terdapat beberapa konsep penting berkaitan dengan bahasa sapaan iaitu pertama perkataan yang digunakan sebagai ganti diri seseorang kata-kata merujuk kepada maklumat asal yang dimaksudkan manakala yang kedua perkataan yang bergantung kepada faktor-faktor tertentu tamsilnya faktor berkaitan dengan hubungan sosial penutur dan juga pendengar. Tuntasnya maksud bahasa sapaan ialah kata-lata yang menjadi rujukan yang diaplikasikan kepada penutur terhadap seseorang atau mejadi rujukan bagi maklumat dalam menjalankan komunikasi yang berkesan dan bermakna.2.1 Pernyataan Masalah Saya mahu mengkaji novel sebuah novel remaja karya Hannan Dhaniyah yang bertajuk Suami Aku Ustaz skop kajian saya kali ini ialah berkaitan dengan bentuk-bentuk panggilan dalam novel remaja dari sudut pandangan sosiolinguistik terutamanya bentuk-bentuk yang digunakan semasa berinteraksi secara lisan dalam dialog. Kajian seupama ini permah dilakukan dan saya akan lebih menekankan kajian saya berkaitan dengan bentuk-bentuk panggilan yang digunakan dalam novel Melayu ini dan berkisar dengan kehidupan remaja.

2.3 Objektif Kajian Secara umumnya objektif kajian saya adalah bertujuan untuk mnegenalpasti bentuk-bentuk panggilan yang digunakan oleh remaja dalam novel Suami Aku Ustaz bagaimana bentuk-betuk panggilan di gunakan di kalangan remaja sama ada melalui perbuatan mahupun dialog yang dituturkan oleh watak-watak di dalam novel ini.

Selain itu objektif tuajuan kajian novel Suami Aku Ustaz ini juga adalah untuk :1. Mengenal pasti penggunaan sistem panggilan yang digunakan oleh penulis dalam menggerakkan watak yang ada dalam novel ini.2. Mengenalpasti lakuan sistem panggilan yang digunakan dalam novel Suami aku Ustaz supaya dapat mempelajari sistem panggilan yang digunakan.2.4 Soalan Kajian1. Bagaimanakah cara penggunaan bahasa sapaan/panggilan dalam novel bahasa Melayu dan dalam kalangan remaja?2. Apakah bentuk-bentuk bahasa sapaan/panggilan terutamannya ketika digunakan dalam penulisan atau dialog secara lisan?

2.5 Kepentingan KajianSetiap kajian yang dijalankan mempunyai beberapa kepentingan sama ada kepada penyelidik atau pihak-pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian akan memberi satu implikasi yang besar untuk memperbaiki sesuatu masalah atau situasi kajian yang dilakukan. Oleh itu kajian yang dilakukan ini memberi kepentingan berkaitan dengan penggunaan bahasa sapaan dalam novel. Selain itu kajian ini juga dapat menghuraikan bentuk-bentuk panggilan terutamanya bentuk-bentuk yang digunakan terutamanya secara lisan dalam dialog. Novel Suami aku Ustaz karya Hannan Dhaniyah ini digunakan sebagai skop kajian, iaitu akan menerangkan bentuk-bentuk panggilan dalam novel ini.Seterusnya kepentingan kajian ini adalah penting untuk menjadi rujukan kepada penulis-penulis novel ( novelis) untu mengembangkan karya tulisan mereka dengan menggunakan kata sapaan /panggilan yang sesuai dan mampu menarik khalayak membaca karya mereka.Selain itu kajian ini juga dapat membantu guru-guru dalam melancarkan serta merancang P&P berkaiatn dengan pengguanaan bahasa sapaan dalam aspek kajian novel dan juga memantapkan kemahiran berbahasa. Selain itu para pelajar boleh memantapkan lagi dan mengetahui penggunaan bahasa sapaan dalam novel yang dibaca dan dapat di aplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini juga amat penting untuk penkaji mengeanali kekerapan penggunaan sistem panggilan dalam sesebuah novel dan ini dapat memberi panduan kepada mereka untuk mengetahui bagai penggunaan bahasa panggilan yang terdapat dalam novel dan bagaimana pemggunaannya.2.5 Ulasan karyaKajian ini seumpama ini pernah dilakukan oleh Nor Kashimah Jalaluddin

2.6 Kaedah KajianKaedah kajian yang saya gunakan ialah dengan menl