asgmt pn huda

17
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2014 HBSE 3303 CIRI-CIRI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS NO. MATRIKULASI : 811114015358001 NO. KAD PENGNEALAN : 811114-01-5358 NO. TELEFON : 013-7778281 PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR LEARNING CENTRE

Upload: muhammad-aiman

Post on 16-Nov-2015

255 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

OUM

TRANSCRIPT

User

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2014HBSE 3303CIRI-CIRI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

NO. MATRIKULASI

: 811114015358001

NO. KAD PENGNEALAN: 811114-01-5358NO. TELEFON

: 013-7778281PUSAT PEMBELAJARAN: JOHOR LEARNING CENTRE

Tajuk kajian : Intervention For Childhood Apraxia Of SpeechPenulis : Angela T Morgan, Adam P Vogel

Pengenalan

Merujuk kepada kajian yang telah dipilih yang bertajuk Intervention For Childhood Apraxia of Speech yang ditulis oleh Angela T Morgan dan Adam P Vogel adalah berdasarkan intervensi yang dilaksanakan oleh ahli terapi bahasa dan pertuturan untuk membantu kanak kanak yang mempunyai masalah pertuturan yang disebabkan oleh apraxia atau Childhood Apraxia of Speech (CAS). Terdapat beberapa percanggahan pendapat bahawa pengidap apraxia ini memiliki kecacatan lebih dari faktor yang berikut seperti fungsi motor bukan lisan, fungsi pertuturan , bunyi pertuturan dan struktur, fonik, bahasa, kemahiran metalinguistik serta literasi. Mereka yang menghidap CAS didapati mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bunyi dengan baik di mana membuatkan orang sekililing sukar untuk memahami pertuturan mereka. Kadang kala komunikasi antara penutur dan pendengar tergendala.

Masalah Kajian

Berdasarkan kepada jurnal ini, terdapat beberapa permasalahan yang berlaku untuk melaksanakan kajian ini. Antaranya ialah, kekurangan maklumat secara klinikal mengenai kajian terhadap pengidap apraxia ini dan juga komuniti pengkaji yang kurang pengetahuan tentang bagaimana untuk mengenalpasti individu yang menghidap apraxia ini.

Selain itu, kadar kajian mengenai rawatan atau intervensi untuk masalah pengidap apraxia yang telah dilaporkan secara literasi atau kajian penyelidikan ini juga sangat terhad. Hal ini disebabkan para pengkaji masih lagi bergantung pada diagnostik asas terhadap individu menghidap apraxia ini. Jurnal ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan rawatan yang dijalankan oleh ahli terapi bahasa dan pertuturan (SLPs) ini dalam membantu pengidap apraxia dalam kalangan kanak kanak dan dewasa.

Selain itu juga, permasalahan lain yang timbul ialah kaedah rawatan untuk pengidap apraxia (CAS), juga menyebabkan kesukaran kepada para pengkaji untuk memutuskan intervensi yang manakah paling sesuai dan efektif untuk membantu mereka yang menghidap apraxia dalam kalangan kanak kanak dan juga dewasa.

Soalan Penyelidikan atau Hipothesis

Hasil dari pembacaan terhadap jurnal tersebut, persoalan kajian yang timbul ialah sejauh mana ahli terapi bahasa dan pertuturan ini dapat membantu meningkatkan kemahiran pertuturan individu apraxia. Hal ini disebabkan, ahli terapi masih lagi membuat kajian untuk mencari alat pengukuran yang tepat dan sesuai untuk menguji kanak kanak yang menghidap apraxia ini. Kekurangan dari segi sistem penilaian dan diagnostik untuk tujuan kajian ini amat terhad serta alat pengukur untuk menilai keberkesanan ahli terapi bahasa dan pertuturan juga masih lagi tiada yang bersesuaian.

Selain itu juga, kekurangan pengetahuan dan maklumat dari aspek sejarah CAS juga menjadi persoalan dalam kajian ini. Hal ini disebabkan kajian yang dilakukan terhadap pengidap apraxia ini masih kurang. Menurut Rosenthal (1994), menyatakan bahawa kekurangan maklumat mengenai karakter atau sejarah semulajadi terhadap corak pemulihan mengenai populasi pediatrik ini akan menyebabkan ketidakupayaan untuk meramal bagaimana kanak kanak dapat pulih dengan cepat daripada kes petuturan yang kronik secara berterusan. Maklumat mengenai sejarah semulajadi terhadap pengidap apraxia ini boleh membantu dalam menentukan beberapa kumpulan peserta untuk perbandingan dalam rawatan kajian atau percubaan yang dikawal. Maklumat sejarah CAS ini juga akan dapat membantu pengkaji untuk menentukan sama ada sesetengah kanak kanak akan memberi tindakbalas yang baik kepada rawatan kepada pembangunan tempoh kritikal yang tertentu. Sebagai contoh, adakah rawatan awal (intervensi) selalunya baik, atau adakah menjadi satu kelebihan sekiranya ahli terapi menunggu tempoh kematangan dalam ciri ciri lain yang mana akan memberi kesan kepada hasil kajian kelak, sebagai contoh kognisi yang melibatkan mental.

Permasalahan lain yang dapat dilihat ialah kesukaran untuk mendapatkan pembiayaan untuk mengkaji terhadap rawatan CAS ini. Hal ini disebabkan pesakit yang mengidap apraxia ini amat terhad berbanding kepada penyakit pediatrik lain yang lazimnya menjadi kebimbangan mengenai kesihatan kepada orang awam. Sebagai contoh gangguan dalam perkembangan bahasa serta masalah obesiti. Masalah lazim ini merupakan masalah yang sering menjadi tumpuan kerana pengidapnya yang ramai.

Kajian Literatur

Merujuk kepada jurnal ini, terdapat banyak persoalan kajian yang telah dihasilkan daripada pengkaji pengkaji lain. Kajian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kefahaman pengkaji terdapa masalah apraxia ini. Menurut Morley, Court dan Miller (1954), telah menyediakan satu dokumentasi untuk siri karakter pertuturan dalam kanak kanak yang menyerupai gangguan pertuturan dalam kalangan dewasa yang diperolehi daripada masalah pertuturan apraxia. Terdapat banyak terma lain yang telah digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan kluster terhadap tanda tanda masalah pertuturan apraxia ini, namun terma yang biasa digunakan ialah Childhood Apraxia of Speech (CAS), Developmental Verbal Dyspraxia (DVD) dan Developmental Apraxia Speech (DAS).Davis (2005), menyatakan bahawa, terdapat sedikit maklumat terhadap bagaimana perubahan pengidap apraxia ini yang berlaku seluruh masa walaupun kanak kanak pengidap apraxia ini mengalami gangguan untuk peningkatan pertuturan. Contoh gangguan biasa ialah kehadiran konsonan yang tidak teratur secara berterusan, masalah vokal dan juga masalah peringkat suku kata.

Selain itu, menurut Velleman (1994), menyatakan bahawa salah satu kajian yang terawal adalah berdasarkan kaedah rawatan masih lagi disokong iaitu bentuk artikulasi tradisional yang berasaskan terapi pengukuhan.

Secara teorinya, rawatan ini telah dibuat untuk meningkatkan kebolehan motor pengaturcaraan kanak kanak menggunakan latihan pengukuhan untuk menyimpan urutan bunyi, mungkin akan dapat membantu mereka untuk mengakses urutan bunyi dengan lebih mudah untuk masa akan datang. Model ini merupakan model yang sejajar dengan model pertuturan ucapan yang diasaskan oleh Levelt (1999).

Keseluruhannya, pengidap apraxia ini telah dilaporkan mempunyai gangguan daripada motor pengaturcaraan pertuturan, di mana kanak kanak didapati tidak boleh mengatur bunyi dalam urutan yang betul yang diperlukan untuk menghasilkan pertuturan yang tepat. Hal ini memberi masalah kepada kanak kanak apraxia untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain. Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dikenalpasti, jurnal ini telah menjawab beberapa permasalahan yang berlaku seterusnya perlu diteruskan untuk mendapat hasil dapatan yang lebih tepat dan baik.

Kaedah :

Berdasarkan jurnal ini, terdapat beberapa kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji untuk keputusan kajian. Pengkaji telah menyenaraikan beberapa kriteria yang dipertimbangkan untuk kajian ini. Antaranya ialah jenis kajian yang dilakukan. Pengkaji telah membuat kajian percubaan secara rawak, kajian kuasi-rambang (contoh ; kajian dimana pesakit telah diperuntukkan selang sehari) dan reka bentuk kajian kuasi-rawak telah dimasukkan dalam kajian ini. Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan kaedah kualitatif.

Selain itu, jenis responden untuk kajian ini. Kajian telah mengambil respon dari umur tiga hingga enam belas tahun yang telah disahkan menghidap penyakit apraxia atau masalah pertuturan dyspraxia. Kaedah yang digunakan adalah bersesuaian dan mengikut kaedah kualitatif.

Seterusnya ialah merupakan jenis intervensi yang dijalankan dalam kajian ini. Terdapat dua jenis intervensi yang digunakan untuk kajian ini iaitu terapi berasakan persepsi. Intervensi ini menggunakan kaedah tradisional atau lama iaitu latihan pengukuhan, biasanya jika tiada instrument dan hasil dapatan adalah tanpa maklum balas yang lain selain maklum balas auditori sahaja ; contohnya rawatan berdasarkan artikulasi dan fonologi secara tradisional. Seterusnya ialah intervensi berbentuk pendekatan berasakan tindakbalas biologi. Intervensi ini menyediakan instrument yang berdasarkan tindakbalas biologi penglihatan sebagai tambahan kepada tindakbalas pendengaran atau auditori. Pengkaji telah menggunakkan kaedah pengumpulan data yang bersesuaian dan tepat dengan tajuk kajian. Hal ini disebabkan kajian seperti ini seharusnya mengaplikasikan kaedah kualitatif untuk mendapatkan hasil dapatan yang baik dan terancang.

Keputusan :

Berdasarkan kajian ini, hasil dapat kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan pada masa ini dapat dibuat tentang keberkesanan rawatan yang tertentu untuk individu yang mengidap CAS ini. Kajian yang terkawal untuk masalah apraxia ini diperlukan segera di bidang ini untuk dipastikan keberkesanannya bukan sahaja akan mempunyai kesan positif jangka panjang untuk kanak-kanak dengan CAS, tetapi juga akan mempunyai faedah sosio ekonomi yang lebih luas pada sistem penjagaan kesihatan / pendidikan untuk masa akan datang.

Merujuk kepada kajian ini, para pengkaji boleh membuat kajian lanjutan berkaitan dengan masalah apraxia ini. Sebagai langkah atau penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pengkaji adalah melihat dari aspek seperti yang berikut :

Jenis rawatan dan tahap kerosakan untuk masalah yang dirawat. Sebagai contoh, terapi artikulasi tradisional melawan rawatan berdasarkan tindakbalas biologi.

Jangka masa dan intensiti rawatan. Sebagai contoh tempoh masa rawatan iaitu intervensi sekali seminggu untuk satu tahun atau 10 sesi untuk dua minggu dan sebagainya.

Penglibatan untuk sub-kumpulan atau peserta tertentu untuk tujuan rawatan. Sebagai contoh sub-kumpulan berdasarkan umur, kebolehan bertutur dan sebagainya.

Kesan masa rawatan. Sebagai contoh tempoh masa intervensi pada tiga atau lima tahun.

Kesan kepada pentadbir yang menjalankan rawatan intervensi. Sebagai contoh ahli panel klinik, ibu bapa dan juga ahli terapi pentadbir.

Tajuk kajian : Speech And Language Therapy For Dysarthria Due To Non-Progressive Brain DamagePenulis : Sellars C, Hughes T, Langhorne P

Pengenalan

Rawatan terapi pertuturan dan bahasa untuk pengihap dysarthia masih lagi belum diuji dalam percubaan klinikal yang besar. Dysarthia merupakan satu masalah pertuturan yang disebabkan oleh kerosakkan otak termasuk dalam keadaan seperti stroke dan kecederaan kepala. Ciri ciri biasa seseorang dysarthia meliputi kesukaran untuk bersuara dan bunyi suara yang sangat sedikit. Pengidap dysarthia ini selalu mengalami tekanan psikologi. Ahli terapi bahasa dan pertuturan telah menggunakan pelbagai kaedah dan rawatan untuk membantu pengidap dysarthia ini. Setakat ini, tidak terdapat percubaan yang besar secara klinikal yang menguji sama ada rawatan in berkesan atau tidak.

Masalah Kajian

Merujuk kepada kajian ini, permasalahan yang berlaku ialah kekurangan kajian dari skala besar terhadap ujian terkawal klinikal. Hal ini menyebabkan hasil kajian yang mempunyai kepelbagaian keadaan yang berkaitan dengan pengidap dysarthia, contoh masalah yang sering dihadapi adalah masalah untuk hadir ke terapi yang telah disediakan dalam usaha mencapai kesepakatan atau kejayaan dalam sesuatu sesi terapi.

Selain itu, masalah pembiayaan kajian juga wujud. Hal ini disebabkan sukar untuk mencari pembiayaan untuk kajian berskala besar ini. Perkara ini juga titik mula bagi menggalakkan para pengkaji untuk melakukan kajian ini dengan skala yang besar dan terperinci dimana kajian ini masih lagi baru dan kurang dikaji oleh mana mana pengkaji yang berminat. Walau bagaimanapun, usaha yang besepadu telah dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kesedaran terhadap pengkaji tentang pentingnya untuk mendapatkan bukti yang kukuh berdasarkan latihan atau intervensi yang telah dijalankan (Hanson 2004; Yorkston 2001a; Yorkston 2001b; Yorkston 2003).

Sains dan Gangguan Ujian Klinikal Klinikal dan Kumpulan Penyelidikan (CSDRG), sebagai contoh, menerima pembiayaan Institut Froman daripada Institut US National Kesihatan dan matlamat untuk menggalakkan kelakuan RCTs dalam komunikasi cacat penduduk (Baum 1999). A RCT besar SLT dioptimumkan untuk masalah komunikasi selepas strok (termasuk dysarthria) sedang dijalankan di UK (AKTA sekarang 2004). Oleh hal yang demikian, masalah masalah kajian ini merupakan permasalahan yang biasa dihadapi oleh mana mana pengkaji yang ingin membuat kajian yang mempunyai skala kajian yang besar melibatkan ramai responden sebagai subjek kajian.

Soalan Penyelidikan atau Hipothesis

Berdasarkan pembacaan yang telah dilakukan, hipotesis yang telah dinyatakan dalam kajian ini ialah intervensi terapi pertuturan dan bahasa akan menjadi lebih efektif untuk dewasa yang menghidap dysarthia yang bukan disebabkan kerosakkan otak yang teruk. Persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam jurnal ini ialah;

Adakah pengurusan dan strategi untuk pengidap dysarthia yang telah disediakan oleh RCT ini dapat mengurangkan lagi masalah yang dihadapi oleh para pengidap dysarthia?

Adakah intervensi yang telah dirancang akan dapat membantu pengidap dysarthia yang bukan disebabkan kerosakan otak yang teruk?

Adakah ahli terapi bahasa dan pertuturan dapat membantu pengidap dysarthia ini mengurangkan masalah pertuturan yang dihadapi oleh pengidap dysarthia?

Kesimpulannya, persoalan yang wujud adalah merupakan persoalan kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji untuk mendapatkan kesahihan dalam kajian ini. Hal ini amat penting kerana persoalan kajian perlulah dapat dijawab dengan baik agar hasil dapatan kajian boleh digunakan oleh para pengkaji lain yang ingin meneruskan lagi kajian ini untuk masa akan datang.

Kajian Literatur

Merujuk kepada jurnal ini, pengkaji telah membuat beberapa pembacaan yang dapat menyokong segala persoalan yang timbul sebelum memulakan kajian ini. Pengkaji telah menganggaran kelaziman dysarthria berikut otak trauma kecederaan berbeza dari 10% kepada 60% dalam siri yang berbeza (Sarno 1986;Yorkston 1989). Frekuensi di antara 20% dan 30% telah dilaporkan untuk strok (Arboix 1990; Melo 1992; Warlow 1996).

Secara tradisinya, pertuturan dan terapi bahasa (SLTs; singkatan SLT juga digunakan untuk pertuturan dan terapi bahasa) telah berjaya dysarthria dengan membantu dalam diagnosis perbezaan, merawat masalah pertuturan, dan mencegah komplikasi sekunder dengan memudahkan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti biasa kehidupan (Yorkston 1996).

Diagnosis perbezaan tidak akan dipertimbangkan dalam kajian ini. Pengurusan strategi jika tidak dilaksanakan oleh SLTs termasuk yang berikut. Normal

(1) Percubaan nada otot dan / atau meningkatkan kekuatan dan pergerakan ketepatan dan penyelarasan (Netsell 1984).

(2) Pampasan Tingkah Laku, misalnya, mengurangkan kadar bersuara di luar kadar sudah lebih perlahan untuk menggalakkan kejelasan yang lebih baik (Yorkston 1987).(3) Penghapusan balas maladaptive seperti peningkatan kadar ucapan untuk mengurangkan kadar yang bercakap salah dilihat sebagai terlalu perlahan (Yorkston 1987).(4) Peruntukan peranti prostetik seperti lif langit-langit atau latihan perkakas untuk mengimbangi hypernasality dalam pertuturan (Tudor 1974).(5) Peruntukan alat bantu. Ini boleh terdiri daripada sangat alat bantu teknologi yang rendah seperti papan abjad kepada berkomputer berkeupayaan sistem. Mereka mungkin bertujuan untuk memudahkan fungsi tunggal seperti meningkatkan kadar pertuturan dengan papan pacing (Crow 1989) atau untuk menggantikan pertuturan sepenuhnya (McNamara 1983).

(6) Mengurangkan kecacatan dengan mengubah persekitaran, pendengar latihan, dan menggalakkan sikap positif dalam mereka kerap berkomunikasi dengan individu dysarthia (Berry 1983). Tempat dimana intervensi dijalankan juga adalah berbeza-beza dan termasuk hospital, unit pemulihan khusus, atau yang rumah pesakit. Rawatan mungkin melibatkan individu tunggal, kumpulan pesakit, berubah-ubah dalam intensiti, dan tertakluk kepada kajian semula dan terapi penyelenggaraan.

Berdasarkan dari kenyataan tokoh tokoh yang dikenalpasti ini, maka kajian ini perlu diteruskan. Hal ini berikut, tinjauan literature untuk kajian ini mempunyai banyak rujukan yang boleh dilakukan. Kajian ini juga boleh dipanjangkan untuk tajuk kajian mengenai penyakit dysarthia yang lebih mendalam dan terperinci.

Kaedah :

Berdasarkan kajian ini, terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam melaksanakan kajian ini. Terdapat tiga jenis kriteria kaedah pengumpulan data yang dilakukan oleh pengkaji, antaranya ialah jenis jenis kajian. Kajian ini digambarkan sebagai satu kajian percubaan secara rawak yang terkawal (RCTs), walaupun begitu kaedah secara rawak tidak dijelaskan sepenuhnya. Jika terdapat sebarang keraguan, maka penulias akan dirujuk semula untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci dan spesifik.

Kaedah kajian seterusnya ialah jenis pesakit atau pengidap. Semua orang dewasa (lebih 16 tahun pada permulaan kecederaan serebrum) yang telah menjadi dysarthia disebabkan kerosakan otak yang diperolehi (iaitu, terutamanya strok dan kecederaan otak trauma tetapi juga termasuk keadaan seperti meningitis, encephalitis, dan meningioma selepas pembedahan dan neuroma akustik). Pesakit di mana-mana peringkat selepas kecederaan bermulanya telah dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai subjek kajian mengikut peringkat dan akan direkodkan untuk analisis sensitiviti.

Selain itu juga, jenis intervensi merupakan salah satu kaedah dalam kajian ini. Kami telah menjalankan intervensi termasuk yang dihantar, ditentukan, diarahkan, atau dibantu oleh terapi pertuturan dan bahasa. Bagi tujuan kajian ini, ahli terapi bahasa dan peruturan telah membuat rujukan kepada individu-individu yang memegang professional kelayakan yang diiktiraf oleh Royal College of Ucapan dan Jurupulih Bahasa, UK, atau yang dimiliki oleh badan profesional sama berdiri di tempat lain di dunia. Berikut merupakan intervensi yang terlibat, sebagai contoh:

artikulasi, suara, dan latihan prosodi;

intervensi tingkah laku;

penggunaan bahasa isyarat sebagai tambahan atau alternatif untuk pertuturan;

peranti prostetik;

alat-alat perhubungan bantuan;

program latihan pendengar;

nasihat pendengar.

Berdasarkan jurnal ini, kesemua kaedah yang digunakan adalah melibatkan penerangan mengenai keberkesanan ahli terapi bahasa dan pertuturan dalam membantu pengikap dysarthia yang bukan disebabkan kerosakkan otak yang teruk. Oleh hal yang demikian, pengkaji kajian ini telah menggunakan instrumen yang sesuai dan pengolahan hasil dapatan yang tepat dan terperinci.

Keputusan :

Secara keseluruhannya jurnal ini banyak memberikan pengetahuan kepada pengkaji pengkaji lain untuk membuat kajian yang lebih mendalam lagi terhadap pengidap dysarthia ini. Hal ini disebabkan belum ada kajian yang lebih spesifik yang telah dibuat oleh pengkaji dalam membantu pengidap dysarthia ini. Sekiranya ada kajian berkaitan pengidap dysarthia ini, maka penyakit dysarthia ini boleh dielakkan dari menjadi lebih teruk. Intervensi pada awal diagnostik adalah amat penting kerana rawatan akan dilakukan sekiranya pengidap dysarthia dapat dikesan lebih awal. Seterusnya mengurangkan masalah yang telah dihadapi oleh pengidap itu sendiri.

Terapi dan strategi pengurusan untuk dysarthria bukan disebabkan kerosakan otak bukan progresif seperti yang dilaksanakan oleh pertuturan dan bahasa ahli terapi tidak boleh sewenang - wenangnya disokong atau disangkal untuk kajian ini. Hal ini disebabkan oleh perlu ada bukti kukuh serta berkualiti dari percubaan rawak yang dikawal (RCTs). Pesakit, penjaga, doktor, penyedia perkhidmatan dan pihak lain yang berminat perlu mempertimbangkan sumber-sumber lain bukti, seperti kes kajian dan pendapat pakar.

Walaupun permulaan baru-baru ini percubaan rawak secara terkawal (RCT) serta terapi bahasa dan pertuturan (SLT) untuk masalah komunikasi telah di optimumkan selepas strok, masih ada keperluan peting untuk RCTs untuk membandingkan intervensi SLT untuk dysarthria berikutan kerosakan otak bukan progresif tanpa rawatan, atau jika perkara ini tidak boleh diterima secara beretika, untuk membandingkan intervensi alternatif SLT.

Pembiayaan oleh mana mana badan boleh mempertimbangkan keperluan untuk menyelaraskan semula keutamaan-keutamaan mereka untuk menampung kawasan pemulihan yang telah setakat ini mendapat perhatian sedikit, manakala terapi pertuturan dan bahasa akan menghadapi cabaran merangka soalan kajian yang pelbagai beberapa cara untuk menangani kerumitan keadaan kebimbangan dan pemulihan yang pendekatan masa ini dijalankan oleh mereka.

Rujukan :

Sellar C, Hughes T, Langhorne P. Speech And Language Therapy For Dysarthria Due To Non-Progressive Brain Damage.

http://cre.sagepub.com/content/16/1/61.abstractMorgan AT, Vogel AP. Intervention For Childhood Apraxia Of Speech.http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18646142_1234567890.bin